You are on page 1of 5

MENGIRA PREMIUM INSURANS HAYAT

PREMIUM = NILAI MUKA POLISI X (KADAR PREMIUM PER RM x)


RM x

CONTOH :

Jadual di bawah menunjukkan kadar premium tahunan bagi seriap RM1000 nilai muka insurans hayat boleh baharu yang
ditawarkan oleh Syarikat Insurans Sejahtera.

Umur Lelaki (RM) Perempuan (RM)


Bukan Perokok Bukan Perokok
perokok perokok
35 2.12 2.72 1.45 1.78
36 2.18 2.80 1.50 1.84
37 2.26 2.91 1.56 1.93
38 2.36 3.05 1.63 2.03
39 2.49 3.23 1.71 2.14
40 2.66 3.47 1.80 2.26

Berdasarkan jadual itu, hitung premium tahunan bagi setiap situasi berikut.

a) Encik Aidil ingin membeli polisi insurans tersebut bernilai RM100 000. Dia berumur 40 tahun dan seorang
yang sihat serta tidak merokok.

b) Puan Marina berumur 35 tahun,seorang yang sihat dan tidak merokok ingin membeli polisi insurans tersebut
bernilai RM 250 000. Dia ingin menambah polisi penyakit kritikal dengan memberikan perlindungan
sebanyak 30% nilai muka asas dan kadar premium bagi setiap RM 1000 ialah RM 1.87 mengikut umur dan
status kesihatan Puan Marina.

PENYELESAIAN…..
Hitung premium tahunan….

A ) Kadar premium ialah RM 2.66

Premium tahunan Encik Aidil


= RM 100 000 X RM 2.66
RM 1000

= RM 266.00

B) Kadar premium tahunan ialah RM 1.45

= RM 250 000 X RM 1.45


RM 1000

= RM 362.50 ………… (a)

Kadar premium polisi penyakit kritikal ialah RM 1.87

= 30 X RM 250 000
100

= RM 75 000

= RM 75 000 X RM 1.87
RM 1000

= RM 140.25 ………..(b)
(a) + (b)

= RM 362.50 + RM 140.25
= RM 502.75

LATIHAN

1. Jadual di bawah menunjukkan kadar premium tahunan per RM 1 000 nilai muka insurans hayat boleh baharu yang
ditawarkan oleh Syarikat Insurans JJ.

Umur Lelaki (RM) Perempuan (RM)


26 2.12 2.72 1.18 1.40
27 2.12 2.73 1.19 1.42
28 2.12 2.75 1.21 1.44
29 2.12 2.79 1.23 1.46

Diberi bahawa nilai muka sebanyak RM 140 000.


a) Hitung premium tahunan bagi seorang lelaki berumur 28 tahun yang merokok dan yang tidak merokok.
b) Hitung premium tahunan bagi seorang perempuan berumur 29 tahun yang merokok dan yang tidak merokok.
c) Mengapakah kadar premium seorang lelaki lebih tinggi daripada seorang perempuan.

2. Jadual di bawah menunjukkan kadar premium tahunan bagi setiap RM 1000 nilai muka insurans hayat boleh
baharu yang ditawarkan oleh Syarikat Insurans Jaya.

Umur Lelaki (RM) Perempuan (RM)


28 2.15 2.75 1.24 1.54
29 2.15 2.77 1.25 1.56
30 2.15 2.79 1.26 1.58
31 2.15 2.82 1.28 1.61
32 2.15 2.83 1.31 1.64

Hitung premium tahunan bagi setiap kes berikut.


a) Encik Aziz ingin membeli polisi insurans hayat yang bernilai RM 250 000. Dia berumur 29 tahun dan merupakan
seorang perokok.
b) Puan Cheah ingin membeli polisi insurans hayat yang bernilai RM 300 000.Dia berumur 32 tahun dan tidak
merokok.

3. Jadual di bawah menunjukkan kadar premium tahunan bagi setiap RM 1000 nilai muka insurans hayat yang boleh
baharu yang ditawarkan oleh Syarikat Insurans Diana.

Umur Lelaki (RM) Perempuan (RM)


40 2.70 1.90 3.50 2.10
41 2.80 2.12 3.80 2.30
42 3.10 2.34 4.20 2.45
43 3.40 2.51 4.50 2.60

Encik Karim yang berumur 42 tahun , seorang yang sihat dan tidak merokok ingin membeli polisi insurans tersebut bernilai
RM 300 000 dengan menambah polisi penyakit kritikal. Syarikat insurans tersebut menawarkan polisi penyakit kritikal
dengan memberikan perlindungan sebanyak 30% nilai muka asas dan kadar premium bagi setiap RM 1000 ialah RM 1.84.
Hitung premium tahunan En Karim.

MENGIRA PREMIUM DI BAWAH TARIF MOTOR BAGI POLISI MOTOR

Jadual di bawah menunjukkan kadar premium di bawah Tarif Motor bagi polisi motor yang dikeluarkan di Semenanjung
Malaysia,Sabah dan Sarawak.
Kapasiti enjin tidak Semenanjung Malaysia Sabah dan Sarawak
melebihi Polisi komprehensif Polisi pihak ketiga Polisi Polisi pihak ketiga
(cc) (RM) (RM) komprehensif (RM)
(RM)
1 400 273.80 120.60 196.20 67.50
1 650 305.50 135.00 220.00 75.60
2 200 339.10 151.20 243.90 85.20
3 050 372.60 167.40 266.50 93.60
4 100 404.30 181.80 290.40 101.70
4 250 436.00 196.20 313.00 110.10
4 400 469.60 212.40 336.90 118.20
Melebihi 4 400 501.30 226.80 359.50 126.60
. Bagi polisi komprehensif, kadar yang dikenakan adalah bagi RM 1 000 pertama daripada jumlah yang diinsuranskan.

Polisi Kadar premium


Akta +Bergantung pada kapasiti enjin kenderaan
Pihak ketiga +Bergantung pada kapasiti enjin kenderaan
Pihak ketiga, kebakaran + kadar premium ialah 75% daripada premium asas polisi komprehensif.
dan kecurian + bergantung pada kapasiti enjin dan nilai kenderaan semasa yang ingin
diinsuranskan.
Komprehensif + bergantung pada kapasiti enjin dan nilai kenderaan semasa ingin diinsuranskan

Premium asas polisi Bagi Semenanjung Malaysia


komprehensif = kadar bagi RM 1 000 yang pertama + RM 26 bagi setiap RM 1000 atau sebahagian
daripada itu bagi nilai yang melebihi RM 1 000

Bagi Sabah dan Sarawak


= kadar bagi RM 1000 yang pertama dan + RM 20.30 bagi setiap RM 1000 atau
sebahagian daripada itu bagi nilai yang melebihi RM 1000.

CONTOH

Berikut ialah maklumat kereta Encik Zarul yang menetapkan di Kampar , Perak.

Jumlah yang ingin diinsuranskan : RM 80 000


Kapasiti enjin : 1600 cc
NCD : 30%

Dengan merujuk Jadual Tarif Motor 2015, hitung premium kasar bagi kereta Encik Zarul untuk
a) Polisi Komprehensif
b) Polisi pihak ketiga, kebakaran dan kecurian
c) Polisi pihak ketiga

PENYELESAIAN

a) Bagi polisi komprehensif


(i) RM 1000 yang pertama (Rujuk jadual ) RM 305.50

(ii) RM 26 X RM 80 000 – RM 1 000


RM 1 000 RM 2 054
RM 26 X 79 ( setiap RM 1000 baki)

(iii) Premium Asas = (i) + (ii) RM 2 359.50


RM 305.50 + RM 2 054

(iv) NCD 30% = 0.3 X RM 2 359.50 RM 707.85

(v) Premium kasar = (iii) – (iv) RM 1 651.65


= RM 2 359.50 – RM 707.85

b) Bagi polisi pihak ketiga, kebakaran dan kecurian :

(i) 0.75 X Premium asas RM 1 769.63


0.75 X RM 2 359.50
(ii) NCD 30% = 0.3 X RM 1 769.63 RM 530.89

Premium kasar = (i) – (ii) RM 1 238.74


RM 1 769.63 – RM 530.89

c) Bagi polisi pihak ketiga :


(i) Premium Asas (Rujuk jadual) RM 135
(ii) NCD 30% = 0.3 X RM 135 RM 40.50

Premium kasar = (i) – (ii) RM 94.50


RM 135 – RM 40.50

LATIHAN

1. Encik Arun yang menetap di Semenanjung Malaysia ingin membeli satu polisi insurans motor dengan jumlah yang
ingin diinsuranskan berjumlah RM 40 000. Kapasiti enjin kereta ialah 1 600cc dan kadar NCD ialah 30%.
Berdasarkan Jadual Tarif Motor 2015 di atas, hitung premium kasar bagi polisi komprehensif, polisi pihak ketiga,
kebakaran dan kecurian , dan polisi pihak ketiga.

2. Berdasarkan Jadual Tarif Motor 2015 di atas, hitung premium kasar bagi polisi komprehensif, polisi pihak ketiga,
kebakaran dan kecurian , dan polisi pihak ketiga.

Jumlah yang ingin diinsuranskan : RM 120 000


Kapasiti enjin : 4 200 cc
NCD : 45%

3. Puan Habibah membeli insurans motor untuk keretanya daripada Syarikat Insurans ABC

Jumlah yang ingin diinsuranskan : RM 31 000


Kapasiti enjin : 1594 cc
NCD : 55%

Berdasarkan Jadual Tarif Motor 2015 di atas, hitung premium kasar bagi polisi komprehensif, polisi pihak ketiga,
kebakaran dan kecurian , dan polisi pihak ketiga.
MENYELESAIKAN MASALAH YANG MELIBATKAN INSURANS

1. Terdapat dalam kontrak insurans yang menyebabkan pemegang polisi yang mungkin menerima pampasan yang
kurang daripada kerugian yang sebenar.
2. Peruntukkan tersebut dikenali sebagai insurans bersama. Peruntukkan tersebut terdiri daripada
 Deduktibel
 Ko-insurans

DEDUKTIBEL
1. Deduktibel ialah suatu jumlah yang perlu ditanggung oleh pemegang polisi sebelum membuat tuntutan
daripada syarikat insurans.
2. Deduktibel terdapat dalam kontrak insurans harta, insurans perubatan dan kesihatan dan insurans motor.
3. Deduktibel tiada dalam insurans hayat dan insurans liabiliti diri.
4. Kebolehtuntutan deduktibel bergantung kepada jumlah amaun deduktibel.
5. Contoh : peruntukkan deduktibel ialah RM 400. Kerugian Januari sebanyak RM 3000, boleh tuntut deduktibel.
Jumlah pampasan : RM 3000-RM 400 = RM 2600. Kerugian Jun ialah RM 300 tidak boleh tuntut deduktibel.
Jika kerugian RM500 makampampasan akan dapat RM 100. Jika kerugian RM 150 maka tidak boleh tuntut
deduktibel.

KO-INSURANS
1. Perkongsian bersama kerugian antara syarikat insurans dan pemegang polisi insurans.

FORMULA :

JUMLAH INSURANS YANG HARUS DIBELI = PERATUSAN KO-INSURANS X NILAI BOLEH INSURANS
HARTA

APAKAH KO-INSURANS DALAM INSURANS KESIHATAN?

1. Pemegang polisi menanggung sebahagian daripada kos perubatan yang dilindungi kontrak mengikut suatu kadar
yang dipersetujui selepas mengambil kira peruntukan deduktibel.
2. Contoh : Penyertaan peratusan ko-insurans 80/20 bermaksud syarikat insurans menanggung 80% kos perubatan
manakala 20% ditanggung oleh pemegang polisi.

You might also like