You are on page 1of 1

2.

0 LIPUTAN ARTIKEL

Dalam artikel ini meneceritakan bahawa kerajaan Islam berusaha menakluki konstantinopel
sejak zaman saidina Ali pada tahun 34 Hijrah, Muawiyah bin Abu Sufian pada tahun 84 Hijrah, Sultan
Sulaiman pada tahun 91 Hjrah, Khalifah Harun al-Rasyid pada tahun 165 Hijrah, Sultan Beyazid pada
tahun 1391, 1397, dan 1400 Masihi tetapi malangnya usaha mereka itu gagal. Namun pada tahun 857
bersamaan 29 Mei 1453 Sultan Muhammad Al-Fateh telah berjaya menawan konstantinopel(Abdul Latip
Talib,2010)1.Terdapat beberapa faktor yang menjadi penyumbang kepada kejayaan Sultan Muhammad
Al-Fateh antaranya Perancangan Taktikal Peperangan. Semasa peperangan,Sultan Muhammad Al-Fateh
telah menggunakan strategi dimana kubuh pertahanan berperanan sebagai tempat tindakan ofensif
dimana tentera dikawal dalam persekitaran perlindungan tembakan. Seterusnya ialah perancangan
logistik dan pentadbiran. Sultan Muhammad Al-Fateh telah menggunakan kepakaran sumber manusia
seperti Kritovoulos telah menyatakan terlibat dalam menentukan lokasi sebenar bagi kedudukan
Mariam semasa peperangan menawan konstantinopel(Kritovoulos,1954) 2. Sultan Al-Fateh telah
menyediakan 140 buah kapal perang dan 320 buah bot untuk menakluki konstantinopel.

1
Abdul Latip Talib,2010. Muhammad Al-FATEH Penakluk Konstantinopel. PTS Litera Utama Sdn.Bhd.
2
Kritovoulos of Imbrois,1954. History of Mehmed the Conqueror by Kritovoulos(1451-1467),eds. Charles Riggs
Princeton University Press.

You might also like