You are on page 1of 2

Pendidikan kesihatan penting

dalam masyarakat
  2017-09-18T00:00:01+08:00

Dengan ilmu, masyarakat mampu ambil langkah pencegahan sekali gus elak
penyakit berbahaya
SIBU: Pendidikan kesihatan amat penting dalam masyarakat bagi meningkatkan
kesedaran orang ramai pentingnya mengamalkan cara hidup sihat dan cara betul
menjaga kesihatan diri.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan E-Dagang Dato Sri Wong Soon Koh berkata
dengan melengkapkan diri dengan pengetahuan kesihatan, masyarakat mampu
mengamalkan langkah pencegahan sekali gus mengelak daripada menghidap penyakit
berbahaya.
“Adalah penting mengetahui bahawa langkah pencegahan lebih baik daripada
mengubati.
“Jika kamu mengambil langkah pencegahan tepat banyak penyakit dapat dielakkan.
“Budaya hidup, cara kita menjaga kesihatan diri dapat memelihara diri kita daripada
pelbagai penyakit seperti HIV, AIDS, denggi dan sebagainya,” katanya pada Majlis
Penghargaan dan Sambutan Hari Penderma Darah Sedunia Peringkat Kebangsaan 2017
di sini semalam.
Hadir sama Pengarah Hospital Sibu Dr Ngian Hie Ung, Pengerusi Kebangsaan Kempen
Derma Darah Sedunia, HIV/AIDS dan Jawatankuasa Penyalahgunaan Dadah Dr Seri
Buana Zainudin, Pengerusi PBSM Sibu Penghulu Chua Hiong Kee dan tetamu lain.
Wong berkata pendidikan kesihatan dilaksanakan hospital secara sukarela melalui
kakitangan kesihatan mereka.
Bagaimanapun, ia terhad kerana mereka juga mempunyai urusan hakiki di tempat kerja
sendiri.
Sehubungan itu, beliau menyeru pelbagai persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan
(NGO) turut sama melibatkan diri  menyebarkan kepentingan pendidikan kesihatan
kepada masyarakat secara sukarela.
“Kempen derma darah adalah baik tetapi langkah pencegahan adalah lebih baik
daripada mengubati,” katanya.
Berhubung majlis tersebut, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bawang Assan itu
berharap aktiviti menderma darah dijadikan sebagai budaya dalam kehidupan
masyarakat.
Katanya setiap pendermaan darah mampu menyelamatkan nyawa insan yang
memerlukan termasuk penghidap penyakit kronik dan mangsa kemalangan.
Terdahulu, dalam ucapannya Dr Ngian yang merupakan pengerusi penganjur berkata
pada 2015 Hospital Sibu berjaya mengumpul sebanyak 7,943 pain darah di mana 72.7
peratus daripadanya adalah daripada kempen derma darah manakala 80.4 daripada
penderma tetap.
“Kami menetapkan empat objektif iaitu meningkatkan kekerapan penderma darah tetap
sebanyak dua kali setahun, penyertaan semua kaum, jumlah penganjuran kempen
derma darah dan kesedaran derma darah dalam kalangan masyarakat,” katanya.
  oleh 
Borhaniza Ali Basah

You might also like