You are on page 1of 11

SCCA 1013 PENGANTAR KOMUNIKASI

1.0 Pengenalan

Teknologi bukan lagi perkataan yang luar biasa yang jarang digunakan pada zaman ini.Hal ini

kerana dunia sekarang sudah sinonim dengan penggunaan teknologi dalam pelbagai perkara

untuk melengkapkan dan menyempurnakan tugasan seharian mereka.Teknologi merupakan

satu proses yang kompleks dan bersepadu yang melibatkan manusia bagi memudahkan urusan

seseorang individu.Teknologi juga boleh menjadi suatu benda seperti mesin,alat atau

sebagainya yang boleh digunakan dan ianya mendatangkan kesan yang positif kepada

penggunanya sebagai contoh mesin basuh yang dicipta bagi memudahkan manusia untuk

membasuh pakaian mereka di mana mereka tidak perlu lagi untuk bersusah payah membasuh

pakaian menggunakan tangan.Dengan adanya teknologi seperti ini,ia banyak membantu dan

memudahkan urusan seharian manusia.Ini disokong oleh Hjetland (1995),yang menyatakan

bahawa “Technology can make oyr lives easier.Everyday task are simplified”.

Malahan teknologi juga turut membantu individu-individu yang berkeperluan khas

(OKU).Ini kerana Orang Kurang Upaya (OKU) memerlukan kemudahan-kemudahan ini bagi

memudahkan pergerakan mereka dan juga urusan seharian mereka.Perkembangan teknologi

selari dengan pembangunan peradaban dunia telah melahirkan sebahagian teknoligi yang

mampu membantu golongan berkeperluan khas ini.Selain itu,teknologi ini juga memudahkan

pertukaran maklumat berlaku untuk kepentingan bersama

Di Malaysia,golongan berkeperluan khas ini tidak terkecuali dari terkesan dengan

pembangunan teknologi semasa.Ini membolehkan mereka memanfaatkan teknologi tersebut

untuk kegunaan sendiri dan seterusnya menyumbang kepada kemaslahatan masyarakat

amnya.Penulisan ini akan membincangkan definisi orang kurang upaya atau golongan yang

berkeperluan khas ini dan sumbangan teknologi komunikasi kepada golongan ini melalui aspek

politik,ekonomi dan sosial.

1
SCCA 1013 PENGANTAR KOMUNIKASI

2.0 Definisi OKU

Menurut WHO (World Health Organisation),orang kurang upaya ini didefinisikan sebagai

“kanak-kanak atau orang dewasa yang cacat adalah mereka yang pada sesuatu masa,

terhalang oleh keadaan fizikal atau mental dari melakukan aktiviti-aktiviti normal rakan sebaya

seperti social,rekreasi,pelajaran dan vokasional”.

2.1 Kategori Orang Kurang Upaya

Orang Kurang Upaya (OKU) ini terbahagi kepada 3 kategori utama iaitu:

i. Kecacatan Fizikal

Kecacatan fizikal merujuk kepada seseorang yang disebabkan oleh keadaan fizikal terhalang

dari mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti sosial,rekreasi dan vokasional,contohnya seperti

Palsi Serebrum,autism,kecacatan anggota congenital,muscular dystrophy,spina bifida.

ii. Kecacatan Mental

Kecacatan mental pula merujuk kepada keadaan perkembangan otak yang terbantut

terutamanya dari segi kepintaran hingga memerlukan rawatan penjagaan atau latihan khas

contohnya seperti Down’s syndrome.

iii. Kecacatan Sensori

Kacacatan sensori pula melibatkan kecacatan deria pada manusia seperti deria pendengaran

dan penglihatan contohnya pekak dan buta.

2
SCCA 1013 PENGANTAR KOMUNIKASI

3.0 Teknologi untuk golongan cacat penglihatan

3.1 Perisian pembaca skrin

Perisian pembaca skrin merupakan satu perisian yang mengandungi kompenen sintesis

pengucapan yang akan mengucapkan sebarang teks yang muncul pada skrin.Golongan buta

atau rabun yang teruk kimi mampu berada dalam kelas yang sama dengan golongan normal

dengan bantuan perisian-perisian ini.Perisian pembaca skrin atau screen reader ini akan

membacakan apa sahaja yang terdapat di atas skrin komputer.Dengan itu,pengguna yang buta

atau rabun yang teruk akan mendapat maklumat yang sama dengan orang lain.

Window-eye merupakan perisian untuk cacat penglihatan atau lemah penglihatan.Window-eye

akan menterjemah kompenen dalam sistem pengoperasian sistesis pengucapan yang akan

mengucapkan sebarang teks yang muncul pada skrin.Ia akan memudahkan pengguna tanpa

perlu menghafal keystroke.Window-eye membolehkan pengguna melayari internet,menghantar

dan menerima email.Malah ia juga boleh membaca laman web dan membaca fail PDF.

3.2 Perisian JAWS

Perisian JAWS yang direka khusus untuk membaca perubahan pada skrin komputer.Semua

perkara yang berlaku pada skrin akan dibaca secara lisan kepada pengguna.Ini membolehkan

3
SCCA 1013 PENGANTAR KOMUNIKASI

golongan kurang upaya penglihatan menggunakan komputer seperti biasa tanpa perlu melihat

skrin komputer tersebut.Perisian JAWS yang terbaru juga boleh menyokong penggunaan

Windows Vista.

Ciri-ciri yang ada pada perisian JAWS ialah didatangkan dengan instalasi percakapan

yang pantas dan mudah dan menggunakan format asas bagi teks dan audio.Selain itu,perisian

JAWS juga mempunyai 15 tahun pengalaman dengan Windows dan telah digunakan oleh 50

buah negara dalam 23 bahasa yang berbeza.

3.3 Perisian Duxbury (Duxbury Braille Translator)

Braille diibaratakan sebagai “mata” dan “nyawa” kepada orang-orang buta.Menerusi

Braille,mereka boleh mendapat pelbagai informasi,menambah ilmu dan membaca kisah-kisah

menarik.Sebelum munculnya peralatan canggih yang serba moden ini,Braille dihasilkan secara

manual iaitu ditaip dengan menggunakan mesin taip di atas sekeping kertas khas yang akan

menimbulkan huruf Braille.

Kemunculan sistem Braille moden seperti perisian Terjemahan Braille Duxburry

(DBT),perisian JAWS(boleh mengeluarkan suara) dan mesin pencetak tulisan Braille atau

dikenali sebagai embosser menjadikan kerja-kerja penghasilan buku Braille berjalan dengan

pantas.Buku akan diimbas terlebih dahulu di atas mesin imbasan yang dimulai daripada muka

surat pertama.Kemudian,segala butiran yang diimbas sebentar tadi akan tertera di komputer

menerusi perisian “text document” dalam huruf rumi.

Ketika proses ini berjalan,perisian JAWS akanmengeluarkan suara akan membaca satu persatu

ayat yang diimbas dari buku tersebut.Dengan ini,tugas-tugas penyuntingan dan mengenal pasti

kesalahan ejaan dapat dilakukan oleh golongan buta sendiri tanpa bantuan sukarelawan.

4
SCCA 1013 PENGANTAR KOMUNIKASI

Menariknya sistem JAWS ini,selain membaca ayat-ayat yang tertera,JAWS juga akan

bersuara apabila kursor tetikus terkena mana-mana item di skrin komputer.Contohnya,JAWS

akan menyebut perkataan fail jika kursor terkena pada item fail.Setelah membetulkan

kesalahan ejaan,ayat-ayat rumi akan dihantar dan disimpan di dalam perisisan DBT dengan

tujuan menterjemahkan huruf rumi ke dalam Braille.

3.4 BrailleNote

Alat ini digunakan oleh golongan cacat penglihatan untuk membaca menggunakan Braille.Alat

ini kecil seperti komputer atas riba yangmudah dibawa oleh penggunanya.Alat ini mempunyai

fungsi yang sangat “user friendly”.Ia boleh digunakan bersama pemprosesan perkataan untuk

membentuk ,mengubah dan menyimpan dokumen dengan menterjemahkannnya dari Braille

kepada pemprosesan perkataan.Dokumen boleh dicetak secara Braille atau dihantar kepada

pengguna lain menggunakan email.Alat ini juga boleh disambung dengan modem untuk

membolehkan pengguna berhubung secara dalam bentuk rangkaian dengan pengguna lain.

3.5 WebAnywhere

WebAnywhere merupakan pembaca skrin berasaskan web.Ia digunakan oleh golongan cacat

penglihatan untuk mengakses web dari mana-mana komputer yang mempunyai sambungan

internet dan output audio.Sebelum wujudnya WebAnywhere,pengguna cacat penglihatan

menggunakan perisian pembaca skrin untuk menukarkan maklumat dan visual pada skrin

kepada percakapan atau suara.Terdapat lebih 1 million pengguna cacat penglihatan

mengakses web menggunakan Persian pembaca skrin.Kos membeli perisian pembaca skrin

menjadi rintangan kepada penggunanya untuk capaian web.Kebanyakan perpustakaan di US

menyediakan kemudahan capaian internet tetapi tidak menyediakn perisian pembaca skrin

kerana harganya mahal.Pengguna cacat penglihatan juga ada kalanya tidak mampu untuk

memiliki perisian pembaca skrin sendiri.Ini menyekat capaian maklumat oleh golongan

5
SCCA 1013 PENGANTAR KOMUNIKASI

tersebut.Harga bagi perisian pembaca skrin agak mahal kerana ia sangat kompleks,pasarannya

kecil dan memerlukan kos sokongan yang tinggi.Pembangunan perisian pembaca skrin sangat

kompleks kerana setiap antara muka dalam program perlu mentafsir tulisan secara

sendiri.Oleh kerana perisian pembaca skrin ini memerlukan kos yang tinggi ia tidak dimasukkan

pada semua komputer.

Pengguna komputer cacat penglihatan apabila mereka bergerak ke sesuatu tempat

yang lain contoh ke perpustakaan atau komputer milik individu lain,mereka tidak dapat

mengakses web.Ini kerana komputer lain tidak dimasukkan dengan perisian pembaca

skrin.Walaupun terdapat perisian pembaca skrin yang mudah dibawa,namaun ia memerlukan

kebenaran untuk memasukkan perisian baru.

Dengan wujudnya WebAnywhere ia dapat menyediakn capaian web secara percuma

daripada semua komputer seperti komputer di perpustakaan,di universiti,komputer rakan dan

lain-lain lagi.Kelebihan WebAnywhere ini membolehkan capaian maklumat dimana-mana oleh

golongan cacat penglihatan.

3.6 Mesin pembaca “ScannaR”

Alat ini memberi kemudahan kepada golongan cacat penglihatan untuk membaca teks.Ia

membolehkan pengguna membaca majalah tanpa menggunakan bantuan komputer.Teks akan

diimbas dan dibaca.Alat-alat ini akan disambung dengan BrailleNote atau VoiceNote.Apabila

scanner disambung dengan BrailleNote,pengguna akan dapat membaca menggunaka tulisa

Braille.Apabila scanner disambung dengan VoiceNote dengan kemudahan audio,pengguna

hanya perlu mendengar teks yang dibaca.Kemudahan audio output ini dapat memudahkan

pelajar membuat ulangkaji.Alat ini sesuai untuk golongan yang cacat penglihatan dan rabun

pada tahap yang tinggi.Kebolehan alat ini dapat membaca 50000 mukasurat dan dapat

disimpan dalam satu masa tertentu.

6
SCCA 1013 PENGANTAR KOMUNIKASI

Cara penggunaan alat ini ialah pengguna hanya perlu meletakkan dikumen pada

scanner dan menekan butang.Teks akan dibaca dan mengeluarakan suara.Pengguna juga

boleh menyimpan teks yang dibaca dengan menekan butang dan menyebut nama fail dan akan

disimpan.Alat ini juga dapat menyokong pelbagai jenis bahasa seperti Spanish,Italian,Franch

dan lain-lain lagi.

4.0 Perisian untuk golongan cacat anggota fizikal

4.1 Naturally Speaking

Perisian Naturally Speaking berfungsi untuk menerima arahan lisan dan menaipkannya secara

automatic dalam pemproses perkataan.Mereka yang kurang upaya fizikal sepeti hilang anggota

tangan akan dapat melakukan kerja-kerja pemprosesan perkataan secara sendirian.Perisian ini

mampu melakukan semua fungsi perisian tersebut hanya dengan arahan lisan sahaja dan

untuk menaip teks pengguna akan bercakap dan teks akan tertera pada skrin.Bagi menjalankan

perisian ini,memerlukan satu mikrofon yang sangat peka terhadap suara untuk mengesan suara

pengguna dan menterjemahkan dalam bentuk teks.Bagi proses atau aplikasi menyimpan fail

atau menghapuskan fail pengguna hanya perlu bercakap dan memberi arahan.Perisian ini akan

berfungsi mengikut arahan penggunanya.Perisian ini juga boleh menyediakn kemudahan untuk

membaca web dengan hanya pengguna memberikan arahan untuk membaca web.

5.0 Alat bantuan pendengaran bagi golongan bermasalah pendengaran

Kajian menunjukkan teknologi komputer mampu memudahkan pengguna terutamanya pelajar-

pelajar khas yang mempunyai masalah tingkahlaku dan bermasalah dalam pembelajaran

mempelajari kemahiran membaca,menulis dan mengira (Fuchs & Allinder,1993;Matrher &

Bos,1993).Menurut Kneedler (1990), menyatakan bahawa pengajaran berbantukan komputer

(computer-assisted instruction) menjadi penting dalam pengajaran kanak-kanak yang

7
SCCA 1013 PENGANTAR KOMUNIKASI

berkepeluan khas disebabkan ianya melibatkan latihtubi (drill and practice) dan kaedah

pembelajaran yang diubahsuai (Learning style modification).Terdapat beberapa teknologi yang

telah dan sedang dugunakan oleh golongan bermasalah pendengaran di Malaysia.Antaranya

ialah seperti berikut:

Alat bantuan pendengaran

Alat ini dicipta pada abad ke 17 dan apada waktu itu alat ini berbentuk seperti “walkman” atau

cangkuk besar di belakang telinga.Ia kelihatan besar dan tidak bergaya.Ia menguatkan hampir

kesemua bunyi (termasuk bunyi persekitaram yang tidak diperlukan ),menggunakan teknologi

analog serta tidak selesa untuk dipakai.

Perkembangan teknologi ini menjadikan alat ini lebih kecil,selesa dan berfungsi dengan lebih

baik.Audiologis perlu membuat penilaian menyeluruh bagi memastikan spesifikasi alat bantu

pendengaran bersesuaian dengan tahap masalah pendengaran.

Alat bantu pendengaran ini kebiasaannya dimport dari negara luar dan terdapat dalam pelbagai

jenama contohnya seperti Phonak,Oticon,Bernafon,Unitron,Starkey,Widex,Hansaton dan

Siemens.Pengguna dinasihatkan menggunakan dengan sekerap yang mungkin bagi tujuan

adaptasi dan melakukan latihan mendengar dan menggunakan strategi dalam berkomuniaksi

untuk memaksimumkan manfaatnya.

6.0 Sumbangan teknologi komunikasi untuk masyarakat kurang upaya di Malaysia.

Teknologi komunikasi telah memberi kesan dalam banyak aspek di Malaysia terutamanya

golongam kurang upaya.Ianya bukan sahaja membantu golongan ini,malah sumbangannya

melangkau sistem pendidikan negara,pembangunan ekonomi rakyat dan pembangunan sosial

negara.

8
SCCA 1013 PENGANTAR KOMUNIKASI

6.1 Pembangunan pendidikan

Murid-murid yang bermasalah penglihatan,fizikal atau pendengaran dikategorikan sebagai

murid berkeperluan khas.Di Malaysia,murid-murid bermasalah pendengaran berpeunag

mendapat peluang pendidikan seperti murid-murid biasa yang lain tetapi dalam program

persekolahan yang dikhaskan intuk mereka.Mereke belajar di sekolah yang dinamakan sekolah

pendidikan khas (Jabatan Pendidikan Khas,1997).

6.2 Pembangunan Masyarakat

Melalui jabatan kebajikan masyarakat,pelbagai kemudahan program disediakan untuk golongan

ini.Bantuan kewangan disedikan untuk membeli alat bantuan pendengaran bagi individu yang

tidak berkemampuan.Untuk menggalakkan Orang Kurang Upaya (OKU) melanjutkan ke

pengajian yang lebih tinggi,kerajaan telah menyediakan bantuan kewangan kepada semua

pelajar OKU yang melanjutkan pengajian ke IPTA,IPTS dan lain-lain.

6.3 Pembangunan Ekonomi

Kerajaan turut membantu golongan ini mendapatkan pekerjaan di sektor awam dan swasta

melalui dasar-dasar yang digubalnya.Kerajaan telah membuka peluang pekerjaan kepada

golongan OKU dalam sektor awam melalui Dasar Satu Peratus Peluang Pekerjaan berdasarkan

Pekeliling Perkhidmatan Bil.10/1988 dan dipertingkatkan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bil

3/2008.

7.0 Kesimpulan

Komunikasi adalah aktiviti yang dilakukan setiap hari oleh manusia bagi mendapatkan

keperluan dan bertukar maklumat.Golongan kurang upaya tidak terkecuali dari keperluan

ini.Sungguhpun golongan ini mempunyai kelainan di dalam cara berkomunikasi,matlamatnnya

adalah sama seperti yang lain.Dengan kemajuan teknologi,berbagai peralatan dan teknologi

9
SCCA 1013 PENGANTAR KOMUNIKASI

telah dibangunkan melalui kajian sains dalam membantu golongan kurang upaya ini

berkomunikasi dengan dunia sebenar.Sebagai masyarakat yang minority (bahasa isyarat)

mereka berpeluang untuk berinteraksi dengan golongan lain,mendapatkan pendidiakn yang

lebih tinggi dan seterusnya mendapatkan pekerjaan untuk menyara diri dan

keluarga.Diharapkan dengan semua teknologi yang dibangunkan ini,golongan kurang upaya ini

dapat memanfaatkan sepenuhnya dari penggunaan alatan dan perisian tersebut.Semua ini

adalah untuk kelangsungan dan meningkatkan kualiti hidup mereka kearah yang lebih baik.

RUJUKAN

Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.pendidikan khas

Jeffrey P.Bighsm et al (2007),WebAnywhere: A screen Reader On-The-Go.Diperoleh 4 Jun

2018 daripada http://webinsight.cs.washington.edu/papers/webanywhere-html

Vibiana Bowman (2002) Reading Between The Line : An evaluation of WindowsEyes scree

reader as a reference tool teaching and learning.Academic Reseach Library vol 20 pg 162

http://www.humanware.com/en-europe/products/braille_and_speech/braillenotes diperoleh pada

4 Jun 2018

http://www.nuance.com/naturallyspeaking/ diperoleh pada 5 Jun 2018

http://www.gwmicro.com/ diperoleh 5 Jun 2018

www.freedomscientific.com/fs_products/software_jaws.asp diperoleh pada 4 Jun 2018

www.duxburysystems.com/ diperoleh pada 4 Jun 2018

http://www.aisquared.com/ diperoleh pada 4 Jun 2018

10
SCCA 1013 PENGANTAR KOMUNIKASI

http://www.humanware.com/en-europe/products/braille_and_speech/reading_machine/_details/

id_45/scannar.html diperoleh pada 5 Jun 2018

http://www.saahifah.com/index.pho?option=com_content&task=view&id=69&Itemid=68

diperoleh pada 5 Jun 2018

http://www.drspeech.com/ diperoleh pada 7 Jun 2018

http://ipwpkl.moe.gov.my/index.php/maklumat-pendidikan/murid/28.pendidikan.khas diperoleh

pada 7Jun 2018

11

You might also like