You are on page 1of 1

Apabila negara telah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, Enakmen Kesatuan Sekerja 1940 telah

dinamakan semula sebagai Ordinan Kesatuan Sekerja 1959. Pineapple Industry Worker’s Union telah
menjadi perantis pertama yang berdaftar di bawah Ordinan ini. Kemudian kemasukan Sabah dan
Sarawak ke dalam penubuhan Malaysia pada tahun 1963, Ordinan Kesatuan Sekerja 1959 telah
diperluaskan penggunaannya kepada kedua-dua negeri tersebut pada tahun 1965. Artikel 10
Perlembagaan Persekutuan memberi hak kepada setiap rakyat untuk berpersatuan. Sebagai sebuah
negara yang menganggotai International Labour Organisation (ILO), Konvensyen ILO 98 telah
ditandatangani Malaysia pada 5 Jun 1961 iaitu mengenai hak untuk mengadakan perundingan kolektif.
Daripada perkara ini kesatuan-kesatuan sekerja di Malaysia boleh membuat perjanjian bersama dengan
majikan mereka. Pada tahun 1989, Ordinan Kesatuan Sekerja 1959 telah ditukar kepada Akta Kesatuan
Sekerja 1959. Nama tersebut kekal hingga ke hari ini dan ini disesuaikan dengan perubahan dan
tanggungjawab jabatan mahupun aktiviti Kesatuan Sekerja pada masa kini.

You might also like