You are on page 1of 1

3.

0 Pendaftaran Kesatuan Sekerja di Malaysia

Penubuhan satu kesatuan sekerja yang baru perlu melalui proses-proses tertentu sebelum disahkan
penubuhannya. Pekerja-pekerja yang ingin menubuhkan satu kesatuan sekerja yang baru perlu
memohon kepada Jabatan Hal Ehwal kesatuan sekerja untuk mendaftar kesatuan mereka. Sekurang-
kurangnya tujuh orang anggota diperlukan untuk tujuan tersebut. Pekerja yang ingin mendapatkan
keanggotaan kesatuan sekerjanya daripada pelbagai syarikat dalam negara perlu membentuk sebuah
kesatuan sekerja yang dinamakan sebagai Kesatuan Kebangsaan. Berbeza pula dengan kesatuan
dalaman dimana kesatuan ini hanya terdiri daripada pekerja-pekerja dalam organisasi berkenaan sahaja.
Namun, prosedur atau cara untuk memohon pendaftaran bagi kedua-dua kesatuan tersebut adalah
sama. Sebagai alternatif, pekerja boleh sertai kesatuan sekerja yang sedia ada sama ada kesatuan
dalaman mahupun kesatuan kebangsaan. Sekiranya ingin menubuhkan kesatuan yang baru juga tidak
menjadi masalah. Kedua-duanya juga perlu menjalani proses-proses tertentu untuk mendapatkan
pengesahan. Semuanya bergantung kepada perkerja itu sendiri dalam membuat keputusan demi
kepentingan bersama.

You might also like