You are on page 1of 13

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/340861616

FIQH MUAMALAT ISLAM: HUKUM DALAM SISTEM JUAL BELI ATAS TALIAN
(E-DAGANG) DARI SUDUT PANDANGAN FUQAHA [ISLAMIC MUAMALAT OF
FIQH: LEGAL SYSTEM IN SELLING ONLINE (E-COMMERCE) FROM THE...

Article · April 2020

CITATIONS READS

5 81,064

1 author:

Noradilah binti Abdul Wahab


Universiti Sultan Zainal Abidin | UniSZA
26 PUBLICATIONS   53 CITATIONS   

SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

Issues in Education, School and Society View project

All content following this page was uploaded by Noradilah binti Abdul Wahab on 23 April 2020.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


Vol. 2, No.1 (2019) E-ISSN: 2637-0271

FIQH MUAMALAT ISLAM: HUKUM DALAM SISTEM JUAL BELI ATAS


TALIAN (E-DAGANG) DARI SUDUT PANDANGAN FUQAHA
[ISLAMIC MUAMALAT OF FIQH: LEGAL SYSTEM IN SELLING
ONLINE (E-COMMERCE) FROM THE FUQAHA ISLAMIC VIEW]
1NORADILAH ABDUL WAHAB
adilahphd@yahoo.com
1WAN MOHD KHAIRUL FIRDAUS WAN KHAIRULDIN
wanfirdaus@unisza.edu.my
*1MOHD SANI ISMAIL
msaniismail@unisza.edu.my

1
Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin, Kampus Gong Badak,
21300 Kuala Nerus, Terengganu, MALAYSIA

*Corresponding Author

ABSTRACT

Internet usage is a new alternative in today's business transaction (e-commerce) and the using of this
transaction is very efficient because sellers do not need certain space, and have no time boundary.
The buyers will save time, even can make purchases regardless of time and place. E-commerce will
be able to interpret purchases and sales in more modern and complex market. However, what is the
Islamic perspective towards e-commerce regarding rules and other issues in conducting online
transactions. Therefore, this article discusses previous studies on issues related to e-commerce and
online transactions to ensure that it is in accordance with Islamic law. This article is a qualitative
descriptive study, which review previous studies. Based on the deliberation of literature review, it is
required (mubah) to run e-commerce in Islam, and it is expected to increase the level of confidence
among Muslim community towards e-commerce, and further enhance muamalah activities in
Malaysia.

Keyword: Muamalah Islam; E-Commerce; Fuqaha Perspective

ABSTRAK

Penggunaan internet merupakan alternatif baru dalam urusan perniagaan (e-dagang) pada hari ini dan
penggunaannya sangat efisien kerana penjual tidak memerlukan ruang yang tertentu, serta tidak
terikat dengan masa. Pembeli juga dapat menjimatkan masa, malah boleh membuat pembelian tanpa
mengira masa dan tempat. E-dagang dapat menginterpretasikan jual beli dalam bentuk pasaran yang
lebih moden dan kompleks. Namun, bagaimana pula e-dagang menurut kaca mata Islam dan syarak,
rukun serta isu ketika menjalankan transaksi online. Justeru, artikel ini membincangkan kajian
terdahulu mengenai isu-isu yang berkaitan dengan e-dagang dan transaksi atas talian bagi memastikan
ia bertepatan dengan kehendak syarak. Artikel ini merupakan kajian kualitatif deskriptif berdasarkan
penelitian terhadap kajian-kajian lepas. Berdasarkan perbincangan terhadap kajian lepas, e-commerce
diharuskan (mubah) dan diharap dapat meningkatkan keyakinan masyarakat yang beragama Islam
terhadap e-dagang serta mempertingkatkan lagi perkembangan aktiviti muamalah di Malaysia.

Kata kunci: Muamalah Islam; E-Dagang; Pandangan Fuqaha

24
Vol. 2, No.1 (2019) E-ISSN: 2637-0271

PENGENALAN

Islam merupakan suatu cara hidup yang syumul meliputi komponen aqidah, syariah dan akhlak
sebagai panduan dan peraturan dalam menjalani kehidupan (Nasrul Hisyam, 2008), bahkan ajaran
Islam juga menitik beratkan urusan perniagaan dan muamalat (Muslim Djuned, 2009) bersandarkan
al-Quran sebagai sumber utama hukum yang bersifat fleksibel (al-Munawar, 1998). Al-Quran juga
diutuskan bagi menunjukkan manusia ke jalan yang benar.
Lantaran itu, timbulnya syarak yang bertindak sebagai pengatur tatacara serta undang-undang
kepada manusia menerusi hukum-hukumnya yang bersesuaian dengan setiap masa dan tempat (al-
Ashqar, 2003). Ahli fuqaha telah mengkategorikan bidang kehidupan manusia kepada dua kategori
utama iaitu ibadah dan muamalat. Perkataan muamalat secara umumnya membawa maksud sebarang
aktiviti manusia yang mencakupi aspek politik, ekonomi, sosial, kekeluargaan, perundangan, dan
jenayah kerana aspek-aspek tersebut tidak termasuk dalam kategori ibadah khusus (al-Suyuti 1983).
Namun, kemajuan dan perkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah
membawa perubahan yang besar kepada budaya kehidupan manusia yang merangkumi pelbagai
aspek kehidupan. Di katakan demikian kerana, pengaruh teknologi terbukti memberikan kesan dan
manfaat yang berskala besar kepada manusia di seluruh dunia (Noordin, 2012). Di samping itu,
ledakan perkembangan teknologi maklumat yang pesat juga telah memberi kesan kepada penggunaan
elektronik secara menyeluruh dalam pelbagai bidang, contohnya ialah e-niaga, e-dagang, e-kejaraan
(Zulfamy & Mohamad Fazli, 2016), e-tiket (Nor Adila & Nor Azlina, 2008) dan transaksi perniagaan
yang tidak memerlukan pelanggan untuk keluar daripada rumah bagi membeli sesuatu barang
keperluan (Ahmad Jazlan, Joni & Mohd Borhanuddin, 2015).
Penggunaan teknologi moden pada hari ini sebagai alat perantaraan dalam melancarkan
urusan manusia dan merupakan antara alternatif yang sangat berkesan dalam berurusan jual beli yang
dikenali sebagai e-dagang atau E-Commerce. T. Efraim et. al. (2004) telah mendefinisikan e-dagang
sebagai suatu proses pembelian, penjualan, pertukaran atau pemindahan produk, perkhidmatan atau
maklumat melalui jaringan internet. Manakala, E-Commerce menurut Thomas, (2001) pula adalah:

“The use of information and communication technologies to network economic activities and
processes, in order to reduce information related to transaction costs to gain a strategic, information
advantage.”

Memandangkan e-dagang merupakan transaksi baru dalam dunia perniagaan, maka para ahli
fuqaha berhadapan dengan cabaran baru dalam menyata dan memperjelaskan hukum-hakam yang
berkaitan (Ahmad Jazlan et. al., 2015) kerana tiada perbahasan yang khusus dalam kitab klasik (Nor
Adila & Nor Azlina, 2008). Walau bagaimanapun, perkembangan yang pesat dalam bidang sains dan
teknologi bukan sahaja memudahkan masyarakat, bahkan juga menyebabkan berlakunya hal-hal yang
rumit dan sukar untuk dihuraikan (al-Qardawi, 2002). Justeru, pelbagai isu-isu syariah telah timbul
dalam pelaksanaan e-dagang seperti hukum melakukan transaksi e-dagang, dan jenis kontrak sama
ada secara lafaz, bertulis, perbuatan atau isyarat serta pelbagai isu-isu yang lain. Oleh itu, kajian ini
berhasrat untuk mengupas serta melihat sejauh manakah konsep dan amalan jual beli dalam e-dagang
selari dengan muamalat yang dianjurkan Islam.

25
Vol. 2, No.1 (2019) E-ISSN: 2637-0271

JUAL BELI

Jual beli dalam Bahasa arab ialah al-bai’ (‫)البیع‬. Menurut Ibn Manzur (1996), al-bai’ membawa
maksud jualan yang telah ditentukan harganya. Dalam masa yang sama, al-bai’ juga bermaksud
menjual, mengganti, menukar sesuatu dengan sesuatu yang lain (Hasan, 2003) atau menukar barang
dengan barang (Rachmat, 2006). Jual beli juga merupakan aqad yang merujuk kepada pertukaran
sesuatu harta dengan harta yang lain bagi tujuan pemilikan kekal. Oleh itu, konsep Jual beli harus
melibatkan sesuatu harta mengikut nilaian syarak. Ia juga perlu membabitkan, pemilikan dan
penyerahan hak milik dan tidak boleh ditetapkan untuk tempoh tertentu sahaja (Mustofa et. al., 2004).
Manakala jual beli dari segi istilah menurut Imam Hanafi ialah, menukar barang atau harta dengan
barang atau harta milik orang lain yang dilakukan dengan cara ijab dan qabul. Menurut Imam
Nawawi, jual beli merupakan proses tukar menukar barang dengan barang dengan tujuan pemilikan
(Syarbini, 2003).
Adapun menurut Ibnu Qudamah, jual beli adalah tukar menukar barang dengan barang
bertujuan memberi kepemilikan dan menerima hak milik (al-Zuhailiy, 1985). Menurut fuqaha
mazhab Maliki, jual beli dari sudut syarak ialah sesuatu aqad yang mengandungi pertukaran barangan
antara kedua-dua belah pihak yang melakukan aqad (al-Dusuqi, T.t). Manakala menurut mazhab
Syafie, jual beli menurut istilah syarak adalah pertukaran barangan dengan barangan lain melalui
vara-cara tertentu (al-Syarbini, 1981). Adapun mazhab Hambali mendefinisikan jual beli sebagai
pertukaran barangan dengan barangan lain secara pertukaran hak milik (Ibn Ahmad, 1972). Jual beli
merupakan kegiatan yang diharuskan dalam Islam. Sebagaimana firman Allah SWT:

ْۚ ۡ
ِّ ‫ٱَّللُ ٱلبَ ۡي َع َو َحَّرَم‬
٢٧٥ ‫ٱلربَ ٰوا‬ َّ ‫َح َّل‬
َ ‫َوأ‬

Maksudnya: Dan Allah SWT telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba 1(Q.S. al-Baqarah
2: 275).

Ibn Kathir (2000) menjelaskan ayat ini adalah satu gambaran tentang keharusan umat Islam untuk
berjual beli dalam segenap perkara berlandaskan kepada petunjuk syarak. Namun, dalam masa yang
sama, Allah SWT turut menjelaskan tentang perbezaan antara jual beli dan riba. Hal ini adalah untuk
menjadikan umat Islam mengelakkan daripada terlibat dalam transaksi riba ketika melakukan urusan
jual beli.
Allah SWT turut berfirman dalam ayat-ayat yang lain tentang keharusan jual beli sebagaimana
firman-firmanNya:

ْۚ ۡ
١٩٨ ‫اح أَن تَ ۡب تَ غُوا فَضلٗا ِّمن َّربِّ ُك ۡم‬ ۡ ۡ
ٌ َ‫س َعلَي ُكم ُجن‬ ‫ي‬
َ َ
ۡ‫ل‬

Maksudnya: Tidak berdosa bagimu untuk mencari rezeki (daripada hasil perniagaan) daripada
Tuhanmu (Q.S. al-Baqarah 2: 198).

. Terjemahan daripada Quran Pimpinan Ar-Rahman.1

26
Vol. 2, No.1 (2019) E-ISSN: 2637-0271

ْۚ
٢٩ ‫إََِّّّلٓ أَن تَ ُكو َن ِّ ٰتََرًة َعن تَ َراضٗ ِّمن ُك ۡم‬

Maksudnya: Kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama suka di antara kamu
(Q.S. al-Nisa’ 4: 29).

Manakala hadith daripada Rasulullah SAW:

. 2‫حديد‬ ‫درعا من‬


ً ‫ورَهنه‬
َ ،‫طعاما من يهودي إىل أجل‬ ََ ‫النيب صلَّى هللاُ عليه وسلَّم‬
ً ‫اشَتى‬ َّ ‫أن‬
Dari ‘Aisyah radliyallaahu ‘anhaa: “Bahwasannya Nabi shallallaahu ‘alaihi wasallam pernah
membeli makanan dari seorang Yahudi dengan pembayaran tertunda dan menggadaikan baju besinya
sebagai boroh atau gadai”.
Namun, Islam juga mencegah jual beli yang tidak mematuhi syariat Islam, sebagaimana firman Allah
SWT:

ْۚ ۡ ْۚ ۡ ۡ ۡ ۡ
َّ ‫ين ءَ َامنُوا ََّل ََت ُكلُٓوا أَم َٰولَ ُكم بَي نَ ُكم بِّٱلٰبَ ِّط ِّل إََِّّّلٓ أَن تَ ُكو َن ِّ ٰتََرةً َعن تَ َراضٗ ِّمن ُك ۡم َوََّل تَقتُلُٓوا أَن ُف َس ُك ۡم إِّ َّن‬
‫ٱَّللَ َكا َن‬ ِّ َّ
َ ‫ََٰٓيَيُّ َها ٱلذ‬
٢٩ ‫بِّ ُك ۡم َرِّحيمٗا‬

Maksudnya: hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesama kamu
dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama suka
diantara kamu dan janganlah kamu membunuh diri. Sesungguhnya Allah maha penyayang kepada
kamu. (Q.S. an-Nisa’ 4:29).
Ayat di atas menjelaskan bahawa tegahan untuk mendapatkan hak orang lain dengan cara
yang batil apabila melakukan urusan jual beli (Ibn Kathir, 2000). Ayat tersebut juga menjelaskan
jalan yang batil merujuk kepada jalan yang haram menurut agama iaitu jual beli yang tidak memenuhi
rukun dan syarat-syaratnya, seperti jual beli najis dan arak (al-Suyuti, 2004). Sebagaimana firman
Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 90:

ۡ ۡ ‫َٰٓيَي ها ٱلَّ ِّذين ءامن وا إََِّّّنا ۡٱۡل ۡمر و ۡٱلم ۡي ِّسر و ۡٱۡلَنصاب و ۡٱۡل َۡزَٰل ِّر ۡجسٗ ِّم ۡن عم ِّل ٱلش َّۡي ٰط ِّن ف‬
٩٠ ‫ٱجتَنِّبُوهُ لَ َعلَّ ُك ۡم تُفلِّ ُحو َن‬َ َ ََ َُ َ ُ َ َ ُ َ َ ُ َ َ ٓ ُ َ َ َ َ ُّ َ

Maksudya: Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi, menyembah berhala dan
mengundi masa dengan anak panah adalah perbuatan keji dan termasuk dalam amalan syaitan. Maka
jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu beruntung (Q.S. al-Maidah 5:90).
Manakala menurut Sayuti (1983), terdapat satu kaedah fiqah dalam muamalah yang menyatakan:

‫اَۡلَص ُل ِِّف اۡلَشيَ ِّاء ا ِّإل ََب َحة َح ََّّت يَ ُد َّل الدَّلِّي ُل َعلَى التَّح ِّرِّي‬

. [HR. Bukhari no. 2068, 2096, 2200, 2251, 2252, 2386, 2509, 2513, 2916, 4467; Muslim 2
no. 1603; An-Nasa’i no. 4609, 4650; Ibnu Majah no. 2436; dan Ahmad no. 23626, 24746,
25403, 25467].

27
Vol. 2, No.1 (2019) E-ISSN: 2637-0271

Maksudnya: Hukum asal dalam sesuatu muamalah adalah harus sehingga ada dalil yang
mengharamkannya.
Manakala rukun jual beli pula terbahagi kepada empat iaitu, penjual, pembeli, ijab qabul dan
barang yang dijual (Asy-Syawkani, 1989). Pendapat lain menyatakan bahawa terdapat tiga rukun
penting dalam aqad jual beli iaitu pihak yang mengikat kontrak, sighah (Ijab dan Qabul) dan barang
jualan serta harganya.
Rukun yang pertama ialah pihak yang mengikat kontrak, iaitu mereka mestilah waras, baligh,
berakal dan boleh menguruskan harta dengan baik. Para ulama bersepakat mengatakan bahawa
kedua-dua pihak yang beraqad perlulah berakal (al-Kusani, T.t). Justeru itu, kanak-kanak, orang gila
dan bodoh tidak boleh melakukan sebarang muamalah serta tidak boleh melakukan aqad jual beli.
Walau bagaimana pun, golongan tersebut boleh melakukan muamalah dengan keizinan wali atau
penjaga mereka (al-Kusani, T.t). Sebagaimana firman Allaw SWT dalam Surah al-Nisa’ 4:6:

ْۚ ۡ ۡ ۡۖۡ ۡ ۡ ِّ ۡ ِّ ۡ ۡ ۡ ۡ ِّ ۡ ۡ ِّ ۡ ۡ
‫وهآ إِّ ۡسَرافٗا َوبِّ َد ًارا أَن يَك ََبُوا‬ ‫ل‬
ُ
َ َ َ َُ ‫ك‬
ُ ‫َت‬ ‫َّل‬
َ‫و‬ ‫م‬ ‫َل‬
َ ‫و‬ٰ ‫َم‬
‫أ‬ ‫م‬ ‫ه‬ ‫ي‬َ‫ل‬‫إ‬ ‫ا‬
‫و‬ ‫ع‬
ُٓ َ َ‫ف‬ ‫ٱد‬‫ف‬ ‫ا‬ ٗ ‫د‬ ‫ش‬ ‫ر‬ ‫م‬ ‫ه‬ ‫ن‬
ُ ُ ُ ََ َ َ‫م‬ ‫م‬ ‫ت‬ ‫س‬ ‫ن‬ ‫ا‬ ‫ء‬ ‫ن‬‫إ‬ ‫ف‬ ‫اح‬‫ك‬َ ِّ
‫ٱلن‬ ‫ا‬
‫و‬ ِّ ٰ
ُ َ ٰ َ ٰ َ َ َ ‫َوٱب تَ لُوا‬
‫غ‬َ‫ل‬ ‫ب‬ ‫ا‬ ‫ذ‬
َ ‫إ‬ ‫َّت‬
َّٓ ‫ح‬ ‫ى‬ ‫م‬‫ت‬ ‫ي‬ ‫ٱل‬
ْۚ ۡ ۡ ۡ ۡ ۡ
َّ ِّ‫وف فَِّإذَا َدفَعتُ ۡم إِّلَي ِّه ۡم أَم َٰوََلُ ۡم فَأَش ِّه ُدوا َعلَي ِّه ۡم َوَك َف ٰى ب‬
ِّ‫ٱَّلل‬ ِّْۚ ‫ومن َكا َن َغ ِّنٗا فَ ۡلي ۡست ۡع ِّف ۡۖۡف ومن َكا َن فَِّقريٗا فَ ۡلي ۡأ ُك ۡل بِّ ۡٱلم ۡعر‬
َُ َ ََ َ َ ََ
٦ ‫سيبٗا‬ ِّ ‫ح‬
َ

Maksudnya: “Dan ujilah anak-anak yatim itu (sebelum baligh) sehingga mereka cukup umur
(dewasa). Kemudian jika kamu nampak dari keadaan mereka (tanda-tanda yang menunjukkan
bahawa mereka) telah cerdik dan berkebolehan menjaga hartanya, maka serahkanlah kepada mereka
hartanya.”
Seterusnya, penjual dan pembeli bebas membuat pilihan ketika mengikat kontrak dan tidak
akan terjadi aqad sekira dipaksa. Sebagaimana menurut mazhab Syafie, tidak sah jual beli dengan
paksaan, kecuali paksaan tersebut dilakukan oleh hakim bagi melunaskan hutang orang yang dipaksa
(al-Abbas, 1967).
Seterusnya penjual dan pembeli merupakan individu yang berlainan iatu wujud dua pihak
yang berlainan yang mengikat kontrak tersebut dan bukanlah penjual serta pembeli adalah orang yang
sama (Mustofa et. al., 2004). Syarat seterusnya ialah pengikat kontrak tersebut bukanlah seorang yang
cacat penglihatan atau buta kerana jual beli yang dijalankan oleh orag buta tidak sah kerana wujudnya
kejahilan yang ketara. Melainkan penjual atau pembeli tersebut mewakilkan kepada orang yang
sempurna bagi pihaknya (Mustafa et. al., 2004).
Manakala rukun yang kedua pula ialah sighah kontrak yang melibatkan Ijab dan Qabul. Ijab
dan Qabul merupakan unsur penting ketika berlakunya aqad jual beli dengan lafaz seperti “saya
menjual kereta ini kepada anda dengan harga sekian” dan Qabul pula seperti “saya setuju atau saya
membelinya” (Zaidan, 1989). Adapun menurut mazhab Hanafi, lafaz ijab boleh dilafazkan oleh salah
seorang daripada penjual atau pembeli (al-Siwasi, 1970). Manakala Syafie, Maliki dan Hambali pula
bersepakat bahawa, lafaz ijab merupakan penyerahan hak milik daripada penjual, walaupun ia
diucapkan terkemudian daripada qabul (al-Abbas, 1967).
Manakala bagi rukun ketiga pula ialah barang jualan dan harganya iatu dikenali juga sebagai
subjek kontrak. Subjek kontrak ini perlu memenuhi beberapa syarat seperti barangan yang dijual

28
Vol. 2, No.1 (2019) E-ISSN: 2637-0271

mestilah dalam bentuk yang bernilai mengikut syarak, berfaedah dan bermanfaat, barangan boleh
diserahkan ketika berakad, barangan dan nilai harga diketahui, dan pihak yang berkontrak mestilah
orang yang mempunyai kuasa ke atas barangan yang ingin dijual. Justeru itu, dapat disimpulkan
bahawa barangan yang dijual beli memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh syarak, agar urusan
muamalah jual beli bertepatan dengan kehendak syarak dan mengelak perselisihan antara masyarakat
berlaku.

JUAL BELI ONLINE (E-DAGANG)

Perniagaan dalam talian atau lebih dikenali sebegai E-dagang merupakan salah satu medium
perniagaan terkini yang banyak diaplikasikan oleh para peniaga pada ini (Nik Rahim, 2009). E-
dagang juga merupakan sistem perniagaan yang menggunakan kemudahan teknologi maklumat,
terutamanya telekomunikasi yang canggih dan talian internet untuk berurusan dengan pelanggan.
Selain itu, e-dagang juga melibatkan kegiatan perniagaa yang menggunakan internet sebagai
instrumen pemasaran dengan jangkauan potensi jualan seantero dunia (Noordin, 2012).
E-dagang boleh ditakrifkan sebagai satu sistem yang membolehkan penjualan dan pembelian
barangan atau perkhidmatan oleh penjual dan pengguna di internet (Suhana Safari & Maisharah,
2013). Istilah e-dagang juga boleh diinterpretasikan berdasarkan konteks yang lebih luas atau umum
dan konteks yang lebih sempit. Istilah daripada konteks yang lebih umum dilihat sebagai bentuk atau
cara pelaksanaan perniagaan secara eloktronik. Manakala daripada konteks yang lebih sempit pula
ialah satu transaksi perniagaan atau perdagangan secara elektronik (McGeachine, 1999). Manakala
Kalakota dan Whinston (1996) telah mendefinisikan e-dagang kepada empat perspektif:

i. Perspektif komunikasi- penyampai maklumat, produk atau perkhidmatan melalui cara


elektronik.
ii. Perspektif perniagaan- merupakan satu aplikasi teknologi ke arah transaksi perniagaan
automatik.
iii. Perspektif perkhidmatan- pengurangan kos besar-besaran di samping meningkatkan kualiti
dan mempercepatkan kelajuan perniagaan dan perkhidmatan penghantaran.
iv. Perspektif dalam talian- e-dagang merujuk kepada kemungkinan untuk membeli atau menjual
produk dan maklumat serta perkhidmatan dalam talian lain.
Pada asasnya, e-dagang terbahagi kepada dua jenis, iaitu e-dagang antara perniagaan dengan
perniagaan dan e-dagang antara perniagaan dengan pengguna. E-dagang antara perniagaan dengan
perniagaan melibatkan transaksi antara dua atau lebih syarikat, iaitu satu pihak merupakan syarikat
pembekal kepada satu pihak yang lain. E-dagang antara perniagaan dengan pengguna pula melibatkan
transaksi antara penjual produk akhir dengan pengguna (Zulfamy et. al., 2016).
Kemudahan internet telah memudahkan lagi perniagaan e-dagang dijalankan dan bancian
Nielsen Online mendapati jumlah pengguna internet di Asia adalah sebanyak 825,094,396 orang
(42%) berbanding populasi seramai 3,834 792,852 pada tahun 2010. Manakala di Malaysia, kajian
yang sama mendapati kadar pengguna internet telah bertambah saban hari iaitu sebanyak 3.7 juta
orang pada tahun 2000 dan meningkat kepada 20.1 juta pengguna yang dianggarkan sehingga 31
Disember 2014. Di Malaysia, dianggarkan hanya 28 peratus daripada keseluruhan syarikat
perusahaan kecil sederhana menggunakan e-dagang berbanding dengan negara lain. Sektor e-dagang

29
Vol. 2, No.1 (2019) E-ISSN: 2637-0271

di Malaysia pada masa kini masih belum dimanfaatkan sepenuhnya walaupun telah mengalami
perkembangan yang ketara (Bernama, 29 Jun 2015).
Justeru itu, kemudahan internet pada hari ini tidak lagi dianggap sebagai trend, tetapi
merupakan media yang memudahkan urusan harian masyarakat (Siti Haniah, 2015). Internet sebagai
medan informasi yang efektif dan efisien serta dapat diakses oleh semua masyarakat (Elpina & Deni,
2015). Bukan itu sahaja, bahkan di Malaysia, seramai 37% pengguna internet terlibat dalam aktiviti
E-dagang sehingga tahun 2009 (Siti Haniah, 2015). Aplikasi e-dagang ini memudahkan lagi aktiviti
perniagaan dijalankan pada setiap masa tanpa mengira tempat (Nik Rahim, 2009; Haniah, 2015).

KELEBIHAN PERNIAGAAN SECARA E-DAGANG

Terdapat banyak kelebihan perniagaan secara e-dagang yang dapat dilihat, dan kewujudan e-dagang
telah memberi impak yang positif dalam pemasaran masa ini. Bahkan dilihat lebih banyak
mendatangkan kebaikan berbanding kekurangan (Noornizam, 2006). Namun artikel ini hanya melihat
melalui dua sudut sahaja iaitu daripada sudut peniaga dan pengguna.

1. Kelebihan Daripada Sudut Peniaga


Penyebaran melalui internet berhasil kerana ia menghubungkan pengguna akhir dengan
pengeluar secara terus. Justeru itu, penggunaan agen dan pengedar dalam pemasaran dapat
dikurangkan selain dapat mengurangkan kos yang tidak diperlukan oleh pengeluar dalam
memasarkan produk dan hasil harga yang sampai kepada pengguna lebih murah berbanding
menggunakan perantara (Peattie, 1997). Selain itu juga, e-dagang dapat mengurangkan kos
sewaan premis perniagaan atau gudang, insurans, kos-kos transaksi pemindahan barangan
atau perkhidmatan dan sebagainya. Kos buruh dan bil utiliti juga dapat dijimatkan.
a. Hubungan secara langsung dengan pengguna
Peniaga dapat berhubung terus dengan pengguna tanpa melibatkan pihak ketiga dan ini
mempercepatkan lagi urusan bersama pembeli (Keen et. al., 2004).
b. Mudah membuat perubahan
Perniagaan e-dagang dapat memudahkan peniaga melakukan perubahan dari semasa ke
semasa ke atas produk keluaran mereka daripada segi pengiklanan, harga barangan dan
perkara lain. Selain itu, medium e-dagang ini juga dapat disalurkan kepada pengguna dengan
cepat dan tepat walaupun hanya dengan berada di rumah sahaja dan medium ini juga lebih
fleksibel (Nor Adila & Nor Azlina, 2008).
c. Prospek dan pemasaran yang lebih luas
Perniagaan e-dagang dapat meluaskan lagi peluang pengiklanan dan pemasaran barangan atau
perkhidmatan. Usahawan yang mempunyai orientasi internet juga dapat dipertingkatkan
dalam memperluaskan hasil perniagaan mereka (Mostafa, Wheeler & Jones, 2006).

2. Kelebihan Daripada Sudut Pengguna

a. Banyak pilihan
Pengguna dapat membuat perbandingan dan mempunyai pilihan dari segi harga, kualiti dan
perkhidmatan. Perniagaan e-dagang dapat memberi banyak pilihan kepada pembeli dan harga

30
Vol. 2, No.1 (2019) E-ISSN: 2637-0271

yang lebih kompetitif selain mudah untuk diakses bagi mendapatkan pelbagai maklumat
(Khristianto et al., 2012).
b. Menjimatkan masa
Menurut Grewaletal, (2002) Chen dan Leteney, (2000) membeli belah melalui internet dapat
memenuhi keperluan pengguna dengan lebih berkesan dan cekap berbanding membeli beli-
belah secara konvensional. Aplikasi e-dagang dapat memudahkan lagi aktiviti perniagaan
dijalankan tanpa mengira masa dan tempat seiring dengan perubahan kehidupan manusia yang
lebih mementingkan masa (Nik Rahim, 2009). Bahkan kenyataan ini disokong oleh Grewal
et. al., (2002) yang menyatakan bahawa membeli belah dalam talian dapat memudahkan bagi
mereka yang mementingkan masa berbanding dengan urus niaga konvensional.
c. Keselesaan membuat pilihan belian
Pembelian secara atas talian boleh memberi keselesaan kepada pengguna (Childers et. al.,
2001) dan dapat memberi maklumat yang mesra pelanggan serta terkini. Maklumat yang tepat
dan terkini membolehkan pengguna membuat pilihan, pembelian dan pertimbangan yang
tepat (Davis, 1993). Selain itu juga, pembeli dapat membuat pemilihan yang tepat kerana
pembeli boleh membuat pertimbangan masa

ISU-ISU SYARIAH DALAM BERMUALAT MENGGUNAKAN E-DAGANG

Teknologi merupakan antara salah satu daripada elemen perubahan yang terjadi dalam dunia moden
hari ini (Muhammad Fakhruddin, 2010). Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai isu yang melibatkan
undang-undang syariah dalam perniagaan e-dagang yang memerlukan penelitian dan kajian secara
terperinci. Namun, artikel ini hanya akan membincangkan isu yang berkaitan dengan kontrak e-
dagang dan isu barangan jualan e-dagang sahaja serta tidak melibatkan isu-isu syariah yang lain.

i. Isu Bentuk Kontrak E-Dagang

Bentuk kontrak sama ada melibatkan kontrak secara berlafaz, bertulis, perbuatan dan isyarat
merupakan antara isu yang sering dikaitkan dalam e-dagang dan perniagaan atas talian yang
menggunakan komputer sebagai perantara dalam melakukan transaksi e-dagang. Justeru itu,
kontrak yang berlaku boleh dikira sebagai kontrak secara bertulis kerana pembeli dan penjual
berinteraksi melalui komputer dan setiap data yang dihantar melalui dua komputer tersebut
boleh dicetak (Zamzuri & Mat Noor, 2003: 532).
Bahkan para ulama fuqaha terdahulu juga telah menjelaskan bahawa bertulis atau
bercetak merupakan antara salah satu bentuk kontrak (Badran, 1983: 379). Ia juga merupakan
satu bentuk kontrak yang dibenarkan oleh syarak bagi menunjukkan kehendak kedua belah
pihak yang berkontrak sama ada kedua-duanya mampu berkata-kata atau kedua-duanya tidak
mampu berkata-kata atau salah seorang sahaja yang mampu berkata-kata. Begitu juga dengan
situasi kedua-dua pembeli dan penjual berada dalam satu majlis atau mereka berdua berada di
dua tempat yang berlainan (Madkur, 1963: 535-536).
Menurut al-Bacli (198998), kontrak yang dilakukan secara bertulis antara dua pihak yang ghaib adalah
sama seperti kontrak yang dilafazkan oleh kedua pihak yang hadir. Mengikut asas-asas tersebut, maka

31
Vol. 2, No.1 (2019) E-ISSN: 2637-0271

para perundangan Islam telah mengeluarkan satu kaedah an (Ibn al-Humam T.th: 79, Ibn Abidin,
1995:11).
‫الكتاب كاۡلطاب‬

Maksudnya: Tulisan itu adalah seumpama dengan percakapan.

Walau bagaimana pun, kehendak daripada dua pihak yang berkontrak merupakan perkara
penting dalam melakukan sebarang kontrak (Shalabi, 1983: 440) kerana kehendak itu merupakan
asas kepada konsep redha-meredhai sebagai mana firman Allah s.w.t.

ۡ
ْۚ ۡ ْۚ ِّ ‫َٰٓيَيُّها ٱلَّ ِّذين ءامنُوا ََّل ََت ُكلُوا أ َۡم ٰولَ ُكم ب ۡي نَ ُكم بِّ ۡٱلب‬
َّ ‫ٰط ِّل إََِّّّلٓ أَن تَ ُكو َن ِّ ٰتََرًة َعن تَ َراضٗ ِّمن ُك ۡم َوََّل تَقتُلُٓوا أَن ُف َس ُك ۡم إِّ َّن‬
‫ٱَّللَ َكا َن‬ َ َ َ ٓ ََ َ َ َ
٢٩ ‫ك ۡم َرِّحيمٗا‬ ُ ِّ‫ب‬

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan harta orang lain dengan jalan
yang batil, kecuali dengan perniagaan (jual beli) dengan suka sama suka di antara kamu (al-Quran,
al-Nisa’ 4:29).

Ayat di atas jelas menunjukkan larangan terhadap orang-orang beriman supaya tidak
memakan harta orang lain secara batil, melainkan telah berlaku jual beli di antara dua pihak iaitu
penjual dan pembeli secara reda dan meredai. Justeru itu, kontrak secara bertulis ini dibenarkan oleh
syarak jika memenuhi dua syarat yang telah ditetapkan iaitu mustabinah wa marsumah (al-Zuhayli,
1989: 103). Menurut al-Zarqa’ (1998:412), mustabinah ialah tulisan yang kekal sama ada ditulis di
atas kertas, papan tulis, tanah, ukiran di atas kayu dan tidak sah sekiranya ditulis di atas udara dan
angin. Manakala marsumah pula merupakan tulisan itu ditulis dengan cara tulisan yang biasa
diamalkan oleh kebanyakan manusia seperti dalam urusan surat menyurat dan memadai surat tersebut
mengandungi nama orang yang dikirim surat dan nama pengirim.

ii. Isu Barang Jualan E-Dagang

Terdapat dua persoalan berkaitan dengan barang jualan dalam e-dagang iaitu hukum
melakukan kontrak ke atas barang yang ghaib dan hukum melakukan kontrak ke atas barang
yang masih tidak wujud. Terdapat pelbagai pandangan daripada para ulama, dan menurut
Mazhab Hanafi, sesiapa yang membeli sesuatu barang yang tidak dilihat (ghaib) maka jual
beli tersebut adalah sah dan mempunyai hak khiyar bagi meneruskan jual beli tersebut atau
tidak tanpa mengira barang tersebut menepati sifat-sifat yang dinyatakan atau sebaliknya (Ibn
al-Human, 1989, 137-138).
Manakala mengikut Mazhab Maliki, jual beli barang secara ghaib adalah sah tetapi
disyaratkan bagi menyata sifat-sifat sekiranya barang tersebut tiada dalam majlis kontrak.
Namun, sekiranya barang tersebut wujud ketika majlis, maka tidak sah jual belinya hanya
dengan menyatakan sifat sahaja, bahkan barang itu mesti dilihat melainkan sekiranya barang
tersebut boleh menyebabkan kerosakan jika dibuka (al-Dardir 1973, 42-43).

32
Vol. 2, No.1 (2019) E-ISSN: 2637-0271

Walau bagaimana pun, mengikut pendapat mazhab Shafie yang pertama, tidak sah
sama sekali berkaitan dengan jual beli barang yang ghaib iaitu barang yang tidak dilihat oleh
penjual dan pembeli, atau salah seorang daripada mereka berdua, sekalipun barang tersebut
wujud semasa majlis kontrak kerana terdapat unsur-unsur penipuan. Seterusnya pendapat
yang kedua pula ialah, sah jual beli tersebut dengan syarat hendaklah dinyatakan sifat-sifatnya
dan pembeli berhak khiyar sebaik sahaja melihatnya (al-Khatib al Sharnini t.th: 18).

KESIMPULAN

Kecanggihan dunia teknologi pada hari ini telah menyaksikan pelbagai aplikasi bagi memudahkan
masyarakat dalam meneruskan kehidupan seharian. Justeru itu, kemodenan telah mewujudkan
perniagaan secara e-dagang dengan pelbagai barangan yang disediakan bagi memenuhi permintaan
pengguna. E-dagang bukan sahaja memberi manfaat kepada pengguna, malah memberikan
kemudahan dan kebaikan kepada peniaga. E-dagang mampu meningkatkan jualan dan mengurangkan
kos-kos yang tertentu serta dapat berinteraksi dengan pengguna secara langsung. Walaupun tidak
terdapat hukum asal dalam perlaksanaan dan pembentukannya, namun fuqaha telah menetapkan asas-
asas hukum dan teori secara jelas berkaitan dengan urusan jual beli. Justeru, penyesuaian dan
pengaplikasian mengikut kesesuaian sebagai gambaran jelas berkaitan dengan keharusan e-dagang
supaya dapat mengelak berlaku kekeliruan kepada masyarakat. Kemunculan e-dagang juga
merupakan muamalah yang tidak bercanggah dengan sistem jual beli yang telah ditetapkan oleh
syarak, sekiranya menepati syarat dan rukun jual beli. Oleh kerana hukum asal bagi sesuatu itu adalah
mubah (harus), maka e-dagang juga adalah harus selagi mana ia menepati rukun dan syarat jual beli
yang telah digariskan oleh Islam bagi menjamin kemaslahatan manusia secara keseluruhannya.

RUJUKAN

Abdul Karim Zaidan. 1989. al-Madkhal Li Dirasah al-Syariah al-Islamiah. Cet. 11. Baghdad:
Maktabah al-Quds, hlm. 239.
Abi Muhammad Abdullah Ibn Ahmad. 1972. Al-Mughni. Juzuk 4. Beirut: Dar al-Kitab al-cArabi.
Hlm. 45.
Al-Allamah Syamsuddin Al-Syeikh Muhammad Al-Dusuqi.. t.t. Hasyiah Al-Dusuqi Ala Syarh Al-
Kabir, Juzuk 3. Mesir: Maktabah Isa al-Babi al-Halabi Wa Syirkuh, hlm. 2.
al-Darulqutni, ‘Ali ibn ‘Umar ibn Ahmad ibn Mahdi. 1993. Sunan al-Daruqutni. Delhi: Tab’at Delhi.
Al-Imam Kamaluddin Muhammad Ibn Abdul Wahid al-Siwasi. 1970. Op. cit., hlm. 248.
al-Suyuti, Jalaluddin Abd Rahman. 1983. Al-Ashbah wa al-Naza’ir. Beirut: Dar al-Kutub al-
‘Ilmiyyah.
al-Tirmidhi, Abu ‘Isa Muhammad ibn ‘Isa. 2011. Sunan al-Tirmidhi. Kaherah: Matba’ah Mustafa al-
Halabi.
Al-Syawkani. 1989. Fathul Qadiir. Juz 5. Mesir: al-Habib.
Badran, Abu alcAynayn. 1983. al-Sharicah al-islamiyyah tarikhuha wa nazariyyat al-milkiyyah wa
alcuqud. Iskandariah: Muassasat Shabab al-Jamicah.
Chandra, G. 2001. Pemasaran Global Edisi 1. Yongyakarta: Penerbit Andi.
Chellappa, R.K. 2002. Customer’s Trust in Electronic Commerce Transactions: The Role of
Perceived Privacy and Perceived Security. Unpublished manuscript, Emory University,
Atlanta, GA.

33
Vol. 2, No.1 (2019) E-ISSN: 2637-0271

Chen, S. & Leteney, F. 2000. Get real! Managing the next stage of internet retail. European
Management Journal. Vol. 18 (5), 519–28.
Childers, T.L., Carr, C.L., Peck, J., & Carson, S. 2001. Hedonic and utilitarian motivations for online
retail shopping behavior. Journal of Retailing, 77(4), 511–35.
David McGeachine. l999. Defining E-Commerce dalam conference of the Measurement of Electronic
Commerce. Singapore: Singapore Department of Statistic.
Davis, F.D. 1993. User acceptance of information technology: system characteristics, user
perceptions and behavioral impacts. International Journal of Man-Machine Studies, 38(3),
475-487.
Elpina Pitriani & Deni Purnama. 2015. Dropshiping dalam Perspektif Konsep Jual Beli Islam. Jurnal
Ekonomi dan perbankan Syariah. Vol. 3. No. 2. Hlm: 87-104.
H. Said Agil Husin Al-Munawar. 1998. Konsep al-Maslahah Sebagai salah satu sumber perundangan
Islam. Jurnal Islamiyyat, 18 & 19. Hlm. 59-75.
Imam Jalaluddin al- Mahalli. 2004. Tafsir Jalalain. Jilid 1.
Kalakota, R. dan Whinston, A.B. 1996. Frontiers of 0. Boston: Addison-Wesley Longman,
Incorporated.
Mostafa, R., Wheeler, C., & Jones, M. 2005. Entrepreneurial orientation, commitment to the internet
and export performance in small and medium sized exporting firms. Journal of International
Enterprenuership, 3(4), 291– 302.
Muhammad al-Khatib al-Syarbini. (t.t). al-Iqna’. Juzuk 2. Dar A-l-Fikr, hlm. 2.
Muhammad Al-Syarbini. 2003. Mughnil-Muhtaaj, Juz 2. Beirut: Dar al-Fikr.
Muhammad Fakhruddin bin Ishak. 2010. Kesan Teknologi Moden Terhadap Perubahan Hukum:
Analisis Terhadap Penggunaan Short Message service (SMS). Tesis Sarjana Syariah.
Unpublished.
Muslim Djuned. 2009. Amar Ma’ruf Nahi Munkar Menurut Perpektif Al-Qur’an”, Jurnal Ilmiah Al-
Mua’shirah. Vol. 6, Nomor 1, Januari 2009, h. 49
Mustafa Al-Khin, Mustofa Al-Bugha, Ali al-Syarbaji. 2004. Kitab Feqah Mazhab Syafie (Jilid 6).
Terj. Ust Solehan bin Ayub. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd., hlm. 1000. (2).
Nik Rahim Bin Nik Wajis. 2009. E-dagang Menurut Perspektif Islam. Jabatan Syariah, Institut
Pengajian Islam, Universiti Brunei Darussalam.
Nor Adila & Nor Azlina. 2008. Kontrak E-Dagang: Perbandingan Aqad (Kontrak) dalam Muamalah
Islam. Vol. 1. Conference: International Conference of Entrepreneurship.
Noordin Zakaria. 2012. Perniagaan Internet patuh dengan syariah?. Dewan Ekonomi, 17–20.
Rachmat Syafei. 2006. Fiqih Muamalah. Pustaka Setia, Bandung.
Syamsuddin Muhammad Ibn Abi al-Abbas al-Ramli. 1967. Nihayah al-Muhtaj Ila Syarh al-Minhaj.
Juzuk 3. Mesir: Maktabah Wa Matbaah Mustafa al-Babi al-Halabi Wa Auluduhu, hlm. 387.
Umar Sulaiman, al- Ashqar. 2003. Tarikh al-Fiqh al-Islamiy. c. 3. Jordan: Dar al-Nafais., h. 41.
Wahbah Az-Zuhailiy. 1985. Fiqh Islam wa Adillatuhu. Juz 5. Cetakan 2.
Yusuf, al-Qaradawi. 2002. Ijtihad dalam Syariat Islam. (terj.), Kuala Lumpur: Cresent News Sdn.
Bhd., h. 61-63.
Zulfamy Mat Udi & Mohamad Fazli Sabri. 2016. Kebaikan, kelemahan dan Isu Semasa E-Dagang.
Jurnal Pengguna Malaysia. Jilid 26, Jun 2016.

34
Vol. 2, No.1 (2019) E-ISSN: 2637-0271

SENARAI SINGKATAN

SAW Salla Allahu ‘Alayhi wa Sallam


SWT Subhanhu wa Taala

35

View publication stats

You might also like