You are on page 1of 18

NTJ 36/2020

N T J 40/2020
©2020 Jabatan Kerja Raya Malaysia
Hak Cipta Terpelihara
KERAJAAN MALAYSIA
Tidak dibenarkan mengeluarkan mana-mana bahagian artikel,
ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk
dan dengan apa jua cara sama ada secara elektronik,
mekanikal, salinan, rakaman atau cara lain sebelum

LY
mendapat keizinan bertulis daripada penerbit

N
O
PANDUAN SISTEM

SE
PENOMBORAN JALAN

U
AL
N
RManual for Precast Beam Installation and Launching
TE
IN
R
JK

Panduan Sistem Penomboran Jalan


R
FO

CAWANGAN JALAN
JABATAN KERJA RAYA

KETUA PENGARAH KERJA RAYA


JABATAN KERJA RAYA MALAYISA
JALAN SULTAN SALAHUDDIN
50582 KUALA LUMPUR
LIST OF CONTENTS

FOREWORD i
ACKNOWLEDGEMENT ii
LIST OF FIGURES iii
LIST OF TABLES iv
1.0 PENGENALAN 1
2.0 OBJEKTIF 2
3.0 LATAR BELAKANG JALAN DI MALAYSIA 2
3.1 Jalan Persekutuan 2
3.2 Jalan Negeri 3
4.0 TAKRIFAN JALAN 4
5.0 SISTEM PENOMBORAN JALAN 6
5.1 Sistem Penomboran Jalan Persekutuan 6
5.2 Sistem Penomboran Jalan Negeri 10
5.2.1 Jalan Negeri Yang Ditadbir oleh JKR Negeri 10
5.2.2 Jalan Negeri Yang Ditadbir oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) 11
6.0 PERMULAAN SEKSYEN JALAN 12
LAMPIRAN 14

iii
LIST OF TABLES

JADUAL 1 JENIS-JENIS JALAN PERSEKUTUAN DAN TAKRIFAN


JADUAL 2 SISTEM PENOMBORAN JALAN PERSEKUTUAN
JADUAL 3 PERBANDINGAN SISTEM PENOMBORAN JALAN PERSEKUTUAN YANG KINI
DAN DAHULU
JADUAL 4 ABJAD AWALAN BAGI JALAN NEGERI

LIST OF FIGURES

RAJAH 1 CONTOH PENOMBORAN JALAN BARU YANG BERSAMBUNG DENGAN JALAN


SEDIA ADA
RAJAH 2 PEWARTAAN SEMULA SISTEM PENOMBORAN JALAN PERSEKUTUAN
RAJAH 3 CONTOH JALAN NEGERI YANG DITADBIR JKR NEGERI (LALUAN J32)
RAJAH 4 CONTOH JALAN NEGERI YANG DITADBIR OLEH PBT (JALAN KARPAL SINGH)
RAJAH 5 PENETAPAN SEKSYEN JALAN

iv
NTJ 36 / 2021
PANDUAN SISTEM
PENOMBORAN
JALAN
NTJ 36/2021 Panduan Sistem Penomboran Jalan

PANDUAN SISTEM PENOMBORAN JALAN

1. PENGENALAN

Nota Teknik Jalan 36/2020: Panduan Sistem Penomboran Jalan ini diwujudkan
sebagai panduan kepada pegawai-pegawai Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pengguna
jalan raya di Malaysia terutamanya dalam mengetahui sistem penomboran jalan di
Malaysia.

Sebagai mana lazim yang diketahui, jalan di Malaysia boleh dibahagikan kepada
dua kategori iaitu Jalan Persekutuan dan juga Jalan Negeri. Bagi jalan Persekutuan,
jalan tersebut perlu diwartakan dan adalah dibawah bidang kuasa Menteri Kerja Raya
sepenuhnya. Manakala Jalan Negeri pula dibahagikan kepada dua iaitu Jalan Negeri
yang ditadbir JKR Negeri dan Jalan Negeri yang ditadbir oleh Pihak Berkuasa
Tempatan.

Proses penomboran jalan ini merupakan sebahagian daripada Prosedur


Pewartaan Jalan Persekutuan. Manakala penomboran jalan Negeri bergantung kepada
sambungan nombor terakhir yang diberikan mengikut setiap negeri. Selain itu, jalan
Negeri yang ditadbir oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tidak mempunyai nombor
jalan dan hanya menggunakan nama jalan yang diberikan. Penomboran jalan PBT pula
diputuskan di peringkat mesyuarat Unit Pusat Setempat (OSC).

Penomboran jalan bagi Jalan Persekutuan yang digunakan pada masa kini
bergantung kepada jenis dan fungsi jalan tersebut. Penomboran tersebut boleh dirujuk
dalam Lampiran 1. Rizab nombor yang diberikan untuk jenis jalan dan negeri tersebut
kini kian susut dan ada sebahagian jalan yang sudah kehabisan rizab nombor laluan
seperti penomboran bagi jalan sekunder. Disebabkan faktor ini juga, garis panduan
NTJ 36/2021 dihasilkan bagi memudahkan proses penomboran Jalan Persekutuan
yang akan dibina pada masa hadapan.

2
NTJ 36/2021 Panduan Sistem Penomboran Jalan

2. OBJEKTIF

Antara tujuan penyediaan NTJ 36/2021 adalah:

a) Untuk mewujudkan sistem penomboran yang seragam bagi jalan-jalan di


bawah seliaan Jabatan Kerja Raya.
b) Untuk menyediakan maklumat berkaitan sistem penomboran.
c) Sebagai panduan bagi pewartaan jalan di bawah seliaan Jabatan Kerja
Raya.
d) Memudahkan pengguna jalan raya untuk memahami sistem penomboran
jalan-jalan di Malaysia.

3. LATAR BELAKANG JALAN DI MALAYSIA

Secara amnya, jalan di Malaysia terbahagi kepada dua jenis iaitu Jalan
Persekutuan dan Jalan Negeri.

3.1 Jalan Persekutuan

Jalan Persekutuan adalah di bawah bidang kuasa Menteri Kerja Raya dan boleh
dibahagikan kepada lapan (8) kategori iaitu:

a) Jalan Utama;
b) Jalan Sekunder;
c) Jalan Masuk ke Institusi Persekutuan (FI);
d) Jalan Masuk Felda (LKTP);
e) Jalan Masuk ke Lembaga Kemajuan Wilayah (LKW);
f) Jalan Masuk ke Kawasan Perindustrian;
g) Jalan Wilayah Persekutuan Yang Ditetapkan (FD);
h) Jalan Perkampungan Felda.

3
NTJ 36/2021 Panduan Sistem Penomboran Jalan

3.2 Jalan Negeri


Jalan Negeri terbahagi kepada 2 kategori iaitu:
a) Jalan Negeri yang ditadbir oleh JKR Negeri;
b) Jalan Negeri dibawah penguasaan Pihak Berkuasa Tempatan.

4. TAKRIFAN JALAN
Jalan-jalan di Malaysia boleh dibahagikan kepada kategori Jalan Persekutuan dan
Jalan Negeri:

Jadual 1 Jenis-jenis Jalan Persekutuan dan takrifan


Jenis Jalan Deskripsi
Rangkaian jalan utama yang
1. Jalan Utama
menghubungkan antara negeri-negeri di
Malaysia

KEDAH

JOHOR

Laluan 11 Lebuhraya Bahau - Keratong

Rangkaian jalan yang menghubungkan


2. Jalan Sekunder
antara daerah-daerah dalam Negeri

Daerah Kinta Daerah Perak Tengah

PERAK

Laluan 63 Jalan Leban Chongdong – Bukit Ibam

4
NTJ 36/2021 Panduan Sistem Penomboran Jalan

Jalan masuk ke bangunan atau institusi


3. Jalan Masuk ke Institusi
Kerajaan Persekutuan, lapangan terbang,
Persekutuan (FI)
pelabuhan atau stesen pemancar.

Laluan 343 Jalan Pekeliling 4, KLIA

Rangkaian jalan yang dibina dalam kawsan


4. Jalan Masuk Felda (LKTP)
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan
(FELDA)

Laluan 1572 Sebertak – Bera Selatan

5
NTJ 36/2021 Panduan Sistem Penomboran Jalan

Jalan masuk ke kawasan Lembaga Wilayah


5. Jalan Masuk ke Lembaga
seperti KETENGAH, DARA dan KESEDAR.
Kemajuan Wilayah (LKW)

Laluan 2487 Jalan Masuk ke Perantau Damai, Rompin

Jalan masuk ke kawasan perindustrian yang


6. Jalan Masuk ke Kawasan
diwartakan
Perindustrian

Laluan 3374 Jalan Masuk ke Kawasan Perindustrian Tampoi

6
NTJ 36/2021 Panduan Sistem Penomboran Jalan

7. Jalan Wilayah Persekutuan Yang


Ditetapkan

Rangkaian jalan yang menghubungkan


kawasan-kawasan dalam suatu Wilayah
Persekutuan yang diisytiharkan sebagai Jalan
Persekutuan

8. Jalan Perkampungan Felda

Rangkaian jalan-jalan di dalam


perkampungan sesebuah Felda
Perkampungan
Felda

5. SISTEM PENOMBORAN JALAN

5.1 Sistem Penomboran Jalan Persekutuan

Bagi Jalan Persekutuan yang ditadbir oleh JKR Persekutuan, sistem


penomboran jalan adalah seperti dalam Jadual 2 di bawah.

7
NTJ 36/2021 Panduan Sistem Penomboran Jalan

Jadual 2 Sistem Penomboran Jalan Persekutuan

Jenis Jalan Persekutuan Rizab Nombor Laluan

Jalan Utama 1 sehingga 49

Jalan Sekunder 50 sehingga 999

Jalan Masuk Felda (LKTP) 1000 sehingga 1999


Jalan Masuk Lembaga Kemajuan Wilayah
2000 sehingga 2999
(LKW)
Jalan Masuk Ke Kawasan Perindustrian 3000 sehingga 3999

Jalan Masuk Ke Institusi Persekutuan (FI) 4000 sehingga 4999

Jalan Perkampungan Felda (nombor laluan masuk Felda)-Z*


*Z merupakan nombor laluan dalam jalan-jalan Felda.

Sistem penomboran ini diadaptasi dari sistem penomboran jalan Persekutuan sedia
ada dan ditambah baik dengan menstrukturkan semula rizab nombor laluan agar lebih
banyak ruang nombor jalan boleh dipilih dari setiap jenis jalan Persekutuan yang ada.
Perbandingan sistem penomboran jalan Persekutuan yang terkini boleh dibandingkan
dengan sistem penomboran jalan Persekutuan terdahulu dalam Jadual 3.

Dengan memberi lebih ruang nombor, ianya dapat mengelakkan berlakunya


kekurangan tiada nombor jalan sekiranya terdapat jalan-jalan baru yang siap dibina
pada masa hadapan. Selain itu, sekiranya terdapat jalan baharu yang dibina dan
dikategorikan sebagai jalan utama, penomboran semula jalan perlu dipertimbangkan
dengan memberi nombor utama kepada jalan baru yang bersambung dengan jalan
utama sedia ada. Contoh penomboran adalah seperti dalam Rajah 1.

Manakala, penomboran jalan Persekutuan juga perlu dikemaskini dari masa ke


semasa dan proses pewartaan semula perlu dilaksanakan agar sistem penomboran
lebih tersusun dan efektif bagi keperluan pengguna jalanraya. Sebagai contoh, Rajah 2
menunjukkan bagaiman proses pewartaan semula nombor jalan Persekutuan
dilaksanakan.

8
NTJ 36/2021 Panduan Sistem Penomboran Jalan

Jadual 3 Perbandingan sistem penomboran jalan Persekutuan yang kini dan dahulu

Rizab Nombor Laluan


Jenis Jalan Persekutuan Rizab Cadangan Nombor Laluan
Sedia Ada
Jalan Utama 1 - 49 1 - 49

50 – 249 (Semenanjung Malaysia)


Jalan Sekunder 500 – 599 (Sabah) 50 - 999
800 – 899 (Sarawak)

Jalan Masuk Felda (LKTP) 1000 - 1999 1000 - 1999

Jalan Masuk Lembaga Kemajuan Wilayah


2000 - 2999 2000 - 2999
(LKW)

Jalan Masuk Ke Kawasan Perindustrian 3000 – 3999 3000 - 3999


250 – 499 (Semenanjung Malaysia)
Jalan Masuk Ke Institusi Persekutuan (FI) 600 – 699 (Sabah) 4000 - 4999
900 – 999 (Sarawak)
Jalan Perkampungan Felda - (nombor laluan masuk Felda)-Z**

9
NTJ 36/2021 Panduan Sistem Penomboran Jalan

Rajah 1 Contoh Penomboran Jalan Baru Yang Bersambung Dengan Jalan Sedia Ada

Rajah 2 Pewartaan semula sistem penomboran jalan Persekutuan

Proses pewartaan semula jalan Persekutuan dilaksanakan kerana nombor laluan sedia
ada boleh digunapakai untuk laluan yang bersambung dengannya yang mempunyai
fungsi dan ciri yang sama. Semakan semula ke atas inventori jalan Persekutuan di
setiap negeri dan membantu mengoptimumkan penggunaan nombor jalan Persekutuan

10
NTJ 36/2021 Panduan Sistem Penomboran Jalan

dan memudahkan pengguna jalan raya untuk mengenalpasti destinasi yang ingin
dituju.

5.2 Sistem Penomboran Jalan Negeri

5.2.1 Jalan Negeri Yang Ditadbir oleh JKR Negeri

Sistem penomboran di setiap jalan Negeri adalah serupa dengan sistem penomboran
jalan Persekutuan kecuali ianya hendaklah didahului oleh huruf seperti dalam Jadual
4. Penomboran Jalan Negeri ini dilaksanakan oleh JKR Negeri yang terlibat.

Jadual 4 Abjad Awalan Bagi Jalan Negeri

Abjad Awalan Abjad Awalan


Negeri Bagi Laluan Negeri Bagi Laluan
Negeri Negeri
Perak A N. Sembilan N
Selangor B Pulau Pinang P
Pahang C Sarawak Q
Kelantan D Perlis R
Johor J Sabah S
Kedah K Terengganu T
Wilayah Persekutuan
L
Labuan
Melaka M

11
NTJ 36/2021 Panduan Sistem Penomboran Jalan

Rajah 3 Contoh Jalan Negeri yang ditadbir JKR Negeri (Laluan J32)

5.2.2 Jalan Negeri Yang Ditadbir oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

Sistem penomboran bagi jalan Negeri yang berada di bawah bidang kuasa PBT diberi
dengan menamakan jalan tersebut tanpa sebarang nombor. Nama jalan tersebut dipilih
berdasarkan keputusan bersama oleh semua ahli dalam mesyuarat Pusat Setempat
(OSC). Contoh jalan-jalan di bawah PBT adalah seperti dalam Rajah 4 di bawah.

12
NTJ 36/2021 Panduan Sistem Penomboran Jalan

Rajah 4. Contoh Jalan Negeri yang ditadbir oleh PBT (Jalan Karpal Singh)

6. PERMULAAN SEKSYEN JALAN

Penetapan Seksyen jalan secara prinsip adalah dari Selatan ke Utara dan dari Barat
ke Timur. Sekiranya jalan tersebut mempunyai kedua-dua kriteria di atas, keutamaan
akan diberi kepada Selatan ke Utara seperti rajah 5 di bawah.

Seksyen 0 bermula dari Selatan


menghala ke Utara walaupun
laluan tersebut juga adalah dari
Barat ke Timur

Rajah 5. Penetapan Seksyen


Jalan

13
LAMPIRAN

14
LAMPIRAN 1

Rizab Nombor Laluan Bagi Jalan-Jalan Persekutuan di Malaysia

PERLIS KEDAH P.PINANG PERAK SELANGOR N. SEMBILAN MELAKA JOHOR PAHANG TERENGGANU KELANTAN SABAH SARAWAK LABUAN

JALAN UTAMA Malaysia (001-049)

JALAN SEKUNDER Semenanjung Malaysia (050-249) 500-599 800-899

JALAN MASUK KE
INSTITUSI (FI) 250-269 270-291 292-311 312-333 334-355 358-377 378-397 398-419 420-458 459-478 479-499 600-699 900-999

JALAN MASUK 1000- 1050- 1110- 1145- 1205- 1285- 1335- 1374- 1484- 1739- 1800- 1900-
1684-1738
FELDA (LKTP) 1049 1109 1144 1204 1284 1334 1373 1483 1683 1799 1899 1999

JALAN MASUK KE
LEMBAGA 2000- 2050- 2110- 2145- 2205- 2264- 2335- 2374- 2484- 2739- 2800- 2900-
2684-2738
KEMAJUAN 2049 2109 2144 2204 2264 2334 2374 2483 2683 2799 2899 2999
WILAYAH (LKW)

JALAN MASUK KE
3000- 3050- 3110- 3145- 3205- 3264- 3265- 3374- 3484- 3739- 3800- 3900-
KAWAN 3684-3738
PERINDUSTRIAN 3049 3109 3144 3204 3264 3334 3334 3483 3683 3799 3899 3999

JALAN WILAYAH
PERSEKUTUAN
YANG 700-799
DITETAPKAN (FD)

You might also like