You are on page 1of 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SEKOLAH KEBANGSAAN BANGGOL SAMAN,


PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KOTA Tel : 011-65733544
BHARU, Faks :
16450 KETEREH, KOTA BHARU, Email : dba1042@moe.edu.my
KELANTAN

Ruj. Kami : SKBS 600-3/2/10( )


Tarikh : OGOS 2022
Kepada :
Ibu bapa/Penjaga Murid,
Semua murid Tahun 1,2,3,4,5 dan 6.

Tuan/Puan,

MAKLUMAN PELAKSANAAN KEM BESTARI SOLAT SIRI 1/2022

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk maklumat pihak tuan Kem Bestari Solat (KBS) Siri 1/2022 akan diadakan seperti
ketetapan berikut

Tarikh : 5 Ogos 2022 ( Jumaat)


Masa : 8.30 pagi – 12.30 petang
Tempat : SK Banggol Saman
Sasaran : Semua murid Tahun 1,2,3,4,5 dan 6
Pakaian : Baju Melayu ( murid lelaki)
Baju kurung (murid perempuan)

3. Tujuan Kem Bestari solat ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada
semua murid di bawah program j-Qaf agar boleh menunaikan solat dengan sempurna dari segi
bacaan dan perbuatan.

4. Sehubungan itu, anak tuan/puan diwajibkan hadir ke sekolah untuk mengikuti program
tersebut. Perhatian dan komitmen daripada pihak tuan/puan didahului dengan ucapan terima
kasih.

Sekian, terima kasih.

“ WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

( WAN AZHAN BIN WAN IBRAHIM )


Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Banggol Saman,
16450 Ketereh,
Kelantan.

s.k : Fail

You might also like