You are on page 1of 3

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUALA KANGSAR, Tel. : 05-7761184


JALAN TUN ABDUL RAZAK, Faks : 05-7761188
33000 KUALA KANGSAR, E-mel : ppdkuala@moe.gov.my
PERAK DARUL RIDZUAN. Portal : jpnperak.moe.gov.my/ppdkualakangsar/

“BERSAMA-SAMA MEREALISASIKAN ASPIRASI PPPM 2013-2025”


“PENDIDIKAN BERKUALITI, SEKOLAH UNGGUL, MURID HOLISTIK”

Ruj. Tuan:
Ruj. Kami: PPDKUK.800-1/5/2 Jld. 2 ( )
Tarikh : JULAI 2022
ZULHIJAH 1443

Pengetua dan Guru Besar,


Sekolah-sekolah daerah Kuala Kangsar.

Tuan,

PENCALONAN SEKOLAH UNTUK ANUGERAH PUSAT SUMBER SEKOLAH


NEGERI PERAK TAHUN 2022

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Sektor Sumber Teknologi Pendidikan (SSTP),


Jabatan Pendidikan negeri Perak akan menganjurkan Anugerah Pusat Sumber
Sekolah Peringkat negeri Perak (APSSNP) bagi tahun 2022. Anugerah ini merupakan
pengiktirafan JPN kepada sekolah-sekolah yang mempunyai pusat sumber berkualiti
dan menjadi pemangkin kepada budaya membaca dan literasi maklumat dalam
kalangan warga sekolah.

3. Untuk makluman, terdapat lima kategori sekolah dalam penilaian APSSNP iaitu:
a. Sekolah Rendah Bandar
b. Sekolah Rendah Luar Bandar
c. Sekolah Rendah (SKM)
d. Sekolah Menengah Bandar
e. Sekolah Menengah Luar Bandar

4. Penilaian APSSNP 2022 akan dilaksanakan berdasarkan bahan powerpoint


sebagai saringan 1. Borang pencalonan dan contoh powerpoint Anugerah Pusat
Sumber Sekolah 2022 boleh diperolehi melalui pautan: https://tinyurl.com/APSSNP2022
. Sekolah yang disenarai pendek pada saringan 2 akan dinilai oleh panel secara
Onsite. Semua bahan powerpoint perlu dimuat naik ke pautan:
https://tinyurl.com/CalonAPSSNP sebelum atau pada 19 Ogos 2022. Penilaian
secara Onsite bagi daerah Kuala Kangsar akan diadakan pada 29 Ogos 2022
hingga 09 September 2022.
Ruj. Kami: PPDKUK.800-1/5/2 Jld. 2 ( )

5. Sehubungan dengan itu, satu taklimat akan dijalankan pada 26 Julai 2022, jam
3.00 petang melalui pautan: abcdefg. Kerjasama dan perhatian tuan
berhubung perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih. Maklumat lanjut
berkaitan program boleh diperoleh daripada Encik Ahmad Yusri bin Mohamed
Shahrehan di talian 05-7771672/ 010-4043996.

Sekian, terima kasih.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(AZMAN BIN MAZLAN)


Timbalan PPD Sektor Pembangunan Murid
b.p Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Kangsar.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUALA KANGSAR, Tel. : 05-7761184
JALAN TUN ABDUL RAZAK, Faks : 05-7761188
33000 KUALA KANGSAR, E-mel : ppdkuala@moe.gov.my
PERAK DARUL RIDZUAN. Portal : jpnperak.moe.gov.my/ppdkualakangsar/

You might also like