You are on page 1of 12

LAM-PT-11-04

LAM-PT-11-04

Aktiviti 2 : Slot 1 : Sesi Pengenalan : Integrasi Kumpulan


Penceramah : En. Muhammad Faiz bin Abd. Rahman
Tarikh / hari : 10 April 2022 / Ahad
Masa : 10.30 – 12.30 pagi

Slot pertama Integrasi Kumpulan bermula pada 10.30 pagi telah dikendalikan
oleh En. Muhammad Faiz bin Abd. Rahman. Mereka telah membuat aktiviti ice-
breaking dan membahagikan peserta kepada 10 kumpulan. Dalam tempoh 15 minit
peserta diminta untuk berbincang secara digital antara ahli kumpulan untuk
menetapkan nama kumpulan dan moto kumpulan masing-masing. Pelantikan
penghulu dan penghuluwati serta ketua kumpulan turut dibuat bagi tujuan
pengagihan tugas.
LAM-PT-11-04

Aktiviti 3 : Slot 2 : Topik Segmen 1 : Negara dan Perkhidmatan Awam


1. En. Ahmad Shukri bin Ahmad - Hala Tuju Negara
- Menjana Negara Sejahtera &
2. Dr. Yee Bee Choo
Penceramah : Bahagia
3. Dr. Rosly bin Kayar - Sistem Pentadbiran Negara
4. Dr. Faridah binti Mohd. Sopah - Overview Perkhidmatan Awam
Tarikh / hari : 10 April 2022 / Ahad
Masa : 2.30 – 4.30 petang

Pengisian slot kedua bermula tepat jam 2.30 petang bagi topik Segmen I. Empat
orang penceramah terlibat menyampaikan tajuk masing-masing iaitu En. Ahmad Shukri bin
Ahmad, Dr. Yee Bee Choo, Dr. Rosly bin Kayar dan Dr. Faridah binti Mohd. Sopah. Slot
tamat pada jam 4.30 petang. Sebelum bersurai semua peserta diingatkan untuk mengisi
borang penilaian slot.
LAM-PT-11-04

Aktiviti 4 : Slot 3 : Topik Segmen II (Bhg 1) : Tanggungjawab & Peranan Pegawai


1. Pn. Zuliani binti Kamaruddin - Tatakelakuan & Tatatertib (Aku Janji)
- Pengenalan kepada organisasi
Penceramah : Pn. Hjh. Faziah binti Abd.
2. - Pengenalan kepada laluan kerjaya
Karim
dalam perkhidmatan
Tarikh / hari : 11 April 2022 / Isnin
Masa : 8.30 – 10.30 pagi

Program hari kedua secara maya bermula tepat jam 8.30 pagi setelah bacaaan doa
dilakukan oleh wakil peserta. Slot 3 (Topik Segmen 2 –Bahagian 1) di bawah tajuk Tatakelakuan
& Tatatertib (Aku Janji) telah dilaksanakan oleh Pn. Zuliani binti Kamaruddin selama 1 jam. Pn.
Hjh. Faziah binti Abd. Karim meneruskan program bagi tajuk Pengenalan kepada Organisasi dan
Laluan Kerjaya dalam Perkhidmatan Awam.
LAM-PT-11-04

Aktiviti 5 : Slot 4 : Topik Segmen II (Bhg II) : Tanggungjawab & Peranan Pegawai

Penceramah : 1. En. Mohd. Razali bin Hashim - Peraturan Pegawai dan Perintah Am

Tarikh / hari : 11 April 2022 / Isnin


Masa : 10.30 pagi – 12.30 tgh

Slot 4 bermula selepas rehat tepat jam 10.30 pagi. Topik bagi Segmen II (Bahagian 2)
dikendalikan oleh En. Mohd. Razali bin Hashim. Peserta didedahkan dengan Peraturan dan
Perintah Am yang perlu diberi perhatian sebagai penjawat awam. Antara yang diberi penekanan
adalah berkaitan Perintah Am Bab B, C dan F.
LAM-PT-11-04

Aktiviti 6 : Slot 5 : Topik Segmen II (Bhg IIl) : Tanggungjawab & Peranan Pegawai
1. En. Salahuddin bin Md. Nor
Khas topik berkaitan Pengurusan
2. En. Zainuddin bin Abd Hamid -
Integriti, Keselamatan dan Rasuah
3. En. Abd. Sukur bin Kamsir
Tarikh / hari : 11 April 2022 / Isnin
Masa : 2.30 – 4.30 petang

Pada jam 2.30 petang, program diteruskan dengan Slot 5 oleh 3 penceramah iaitu En.
Salahuddin bin Md. Nor, En. Zainuddin bin Abd. Hamid dan En. Abd Sukur bin Kamsir. Ceramah
selama 2 jam merangkumi tajuk Pengurusan Pelanggan, Pemikiran Kritis dan Inovatif,
Mengutamakan Masyarakat dan Keterampilan Diri. Penerangan yang ringkas dan padat bagi
setiap tajuk telah disampaikan dalam tempoh masa yang singkat. Slot ini selesai pada 4.30
petang.
LAM-PT-11-04

Aktiviti 7 : Slot 6 : Topik Segmen IIl : Budaya Kerja Kelas Pertama


- Pemikiran Kritis dan Inovatif
1. Pn. Kharshiah binti Khalid
- Mengutamakan Masyarakat
- Keterampilan Pelanggan
2. Dr. Hj. Abd. Latif bin Ahmad
- Pengurusan Pelanggan
Tarikh / hari : 12 April 2022 / Selasa
Masa : 8.30 – 10.30 petang

Slot terakhir bagi PTM ialah Segmen Ill bermula pada 8.30 pagi. Slot 6 dilaksanakan oleh 2
penceramah berbeza iaitu Pn. Kharshiah binti Khalid danDr. Hj Abd. Latif bin Ahmad. Tajuk
Pemikiran Kritis dan Inovatif dan Mengutamakan Masyarakat disampaikan oleh Pn Kharshiah
binti Khalid. Tajuk Keterampilan Pelanggan disampaikan oleh Dr. Hj. Abd. Latif bin Ahmad,
peserta teruja bila diselitkan dengan aktiviti Kahoot bagi menilai kefahaman peserta. Slot berakhir
jam 10.30. Aktiviti berikutnya adalah pembelajaran kendiri dan menyelesaikan tugasan yang
diberikan.
LAM-PT-11-04

Aktiviti 8 : Pembelajaran Kendiri


Tarikh / hari : 13 April 2022 / Rabu
Masa : 8.30 pagi – 12.30 tgh

Pada 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari, peserta melaksanakan pembelajaran kendiri dan
bersama ahli kumpulan masing-masing secara maya bagi berbincang dan menyiapkan tugasan 4.
Tepat jam 2.30 petang semua peserta diminta hadir secara maya bagi membuat ujian pasca.
Semua peserta selesai menjawab ujian tersebut pada 3.00 petang dan diberi ruang dan masa
untuk menyiapkan tugasan yang masih belum diselesaikan
LAM-PT-11-04

Aktiviti 8 : Penilaian Kefahaman dan Borang Penilaian Kursus


Tarikh / hari : 14 April 2022 / Khamis
Masa : 8.30 – 10.30 pagi

Pada hari terakhir, semua peserta diminta untuk menghadirkan diri secara maya sebelum
8.30 bagi melaksanaan Penilaian Kefahaman dan pengisian penilaian rakan sejawat dan penilaian
program. Penilaian Kefahaman telah dikendalikan oleh Unit Peperiksaan dan Penilaian bermula
tepat jam 8.30 pagi sehingga 9.00 pagi. Peserta seterusnya diminta untuk mengisi penilaian rakan
sejawat dan penilaian program. Sesi pagi tamat jam 9.30 pagi dan peserta dibenarkan berehat
sehingga 10.15pagi
LAM-PT-11-04

Aktiviti 8 : Penilaian Kefahaman dan Borang Penilaian Kursus


Tarikh / hari : 14 April 2022 / Khamis
Masa : 10.30 – 11.10 pagi

Majlis penutupan ringkas telah diadakan tepat jam 10.30 pagi yang dihadiri oleh wakil
Pengarah En Rosman bin Salubin, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan IPGKTHO (perasmi), Pn.
Normazura binti Md Nawi, KPP Sektor Sumber Manusia, JPNJ, para penceramah PTM Fasa 1 Siri
1 dan 2 2022, semua peserta dan urus setia yang terlibat. Majlis Penutupan selesai pada jam
11.10 pagi.
1-Sangat Tidak
Setuju
2 – Tidak Setuju
3- Kurang Setuju
4- Setuju
LAM-PT-11-04
5- Sangat Setuju

Cadangan/ Ulasan :

Cadangan
1. Mengadakan aktiviti yang seronok, agar peserta mampu mengingati apa yang dipelajari
(1)
2. Diharapkan semua aktiviti boleh mula dan tamat dalam tempoh masa yang ditetapkan.
(1)
3. Aspek teknikal peserta untuk siri seterusnya peserta perlu membuat persediaan yang
lebih rapi untuk aspek teknikal supaya peserta boleh mengikuti program dengan lancar
(1)
4. Kongsikan slide sebelum bermula taklimat supaya kami dapat muat turun lebih awal.
Sekiranya penceramah ada masalah lain boleh minta wakil kumpulan yang
bertanggungjawab untuk paparkan slide.(1)
5. Perbaiki masalah-masalah teknikal yang dihadapi pada masa ini untuk program akan
datang (3)
6. Penambahbaikkan dari segi isu-isu teknikal...sebagai contoh jika penceramah perlu
melakukan pergerakan semasa ice breaking (suara sangat tidak jelas).
7. Saya cadangkan PTM online diteruskan kerana banyak perkara dapat dimudahkan
seperti masa dan tempat (1)
Kelebihan 
1. Program ini seronok dan banyak memberikan input dan pengetahuan baru tentang
penjawat awam (6)
2. Pengisian program adalah sesuai, penceramah berpengetahuan luas, urusetia yang
sentiasa memberikan bimbingan dan kawalan yang berterusan, para peserta yang
komited.(2)
3. Aktiviti penceramah yang menarik terutamanya terdapat permainan online seperti kahoot
amat memberi semangat kepada peserta.(1)
4. Program telah berjaya dijalankan dengan lancar teratur dan sempurna (8)
5. Singkat dan padat.(1)

Kekurangan
Tiada

Disediakan oleh:
LAM-PT-11-04

ERNIEYANTI BINTI BAKRI


PEGAWAI PENGURUSAN ULDP
IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN

You might also like