You are on page 1of 9

Semester 1 Sesi 2022-2023

FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN


SEMESTER 1 SESI 2022-2023

EPPD1033 PRINSIP PERAKAUNAN


Tutorial 2 Proses Perekodan

SOALAN 1

Perkhidmatan One-Stop dimiliki oleh En. Rohi, mula beroperasi pada bulan Jun 2022. Urusniaga pada
1 Jun 2022 adalah seperti berikut:

1. Melabur RM40,000 tunai ke dalam perniagaan.


2. Mengambil dua orang kakitangan untuk bertugas. Setiap kakitangan akan dibayar gaji sebanyak
RM3,050 sebulan.
3. Tandatangan perjanjian sewa pejabat untuk selama dua tahun. Membayar RM24,000 pendahuluan
untuk sewa tahun pertama.
4. Membeli peralatan pejabat bernilai RM30,000. Membayar tunai RM10,000 dan baki dalam tempoh 6
bulan.
5. Membayar RM1,800 tunai untuk polisi insuran tempoh setahun bagi insuran peralatan.

Urusniaga sepanjang bulan Jun yang lain adalah seperti berikut:


6. Membeli bekalan pejabat bernilai RM1,500 secara hutang.
7. Jumlah hasil bagi bulan Jun adalah sebanyak RM20,000 di mana RM8,000 adalah secara tunai dan baki
secara hutang.
8. Membayar RM400 kepada pembekal untuk akaun belum bayar yang telah matang.
9. Menerima RM3,000 daripada pelanggan untuk penyelesaian akaun belum terima.
10. Menerima bil utiliti pada amaun RM380, akan dibayar pada bulan Julai.
11. Membayar gaji bulanan kakitangan berjumlah RM6,100.

Dikehendaki:

a) Sediakan catatan jurnal untuk merekod semua urusniaga yang berkaitan. Abaikan penerangan.
b) Pos catatan jurnal kepada lejer (akaun T).
c) Sediakan Imbangan Duga pada 30 Jun 2022.

1
Semester 1 Sesi 2022-2023

SOALAN 2

Puan Nazura telah memulakan perniagaan dobi pada 1 Januari 2022. Perniagaannya dinamakan sebagai
Kedai Dobi Az-Zahra. Berikut adalah urusniaga yang telah berlaku dalam bulan pertama perniagaan:

Januari 1 Puan Nazura telah mendepositkan RM150,000 ke akaun semasa di atas nama Kedai Dobi
Az-Zahra dan RM 5,000 dipegang secara tunai.

2 Membeli 5 unit mesin basuh dengan harga RM5,500/unit, 3 unit mesin pengering
dengan harga RM3,500/unit dan 1 unit mesin cucian kering pada harga RM21,000.
Bayaran telah dibuat menerusi cek.

Membayar RM1,050 menerusi cek bagi sewa kedai pada bulan Januari 2019.

Membayar premium insuran RM2,500 bagi lindungan daripada kecurian dan


kebakaran selama setahun. Pembayaran telah dibuat menerusi atas talian daripada
akaun bank Kedai Dobi Az-Zahra.
Mengambil 4 orang pekerja dan gaji akan dibayar pada setiap 25 haribulan setiap bulan.
Gaji setiap pekerja adalah sebanyak RM800.
4 Puan Nazura telah membeli bekalan pejabat yang berjumlah RM560. Bayaran telah
dibuat secara tunai.
5 Puan Nazura telah membayar wang tunai sebanyak RM300 untuk mengikuti kursus
perniagaan dobi.

6 Membayar RM500 secara tunai kepada syarikat Master Studio bagi kos pengiklanan.

8 Membayar RM300 secara tunai kepada Encik Johari atas perkhidmatan beliau
menghantar sebut harga ke hotel-hotel berdekatan.

12 Menerima RM550 tunai daripada Restoran Kebab Kid atas perkhidmatan mendobi.

15 Menandatangani kontrak perjanjian dengan Hotel Riverside bagi perkhidmatan


mendobi.
Menerima tunai sebanyak RM360 daripada Mayra Catering atas perkhidmatan
mendobi.

17 Menandatangani kontrak perjanjian dengan Hotel Parkland bagi perkhidmatan


mendobi.
18 Menerima cek sebanyak RM6,600 daripada Hotel Riverside atas perkhidmatan mendobi.

Menerima secara tunai sebanyak RM890 daripada Lilea Catering atas perkhidmatan
mendobi.

19 Menerima panggilan telefon daripada wakil Muara Resort berkenaan sebut harga
perkhidmatan mendobi.

19 Menerima cek sebanyak RM8,500 daripada Hotel Parkland atas perkidmatan mendobi.

2
Semester 1 Sesi 2022-2023

22 Mengeluarkan cek sebanyak RM10,000 untuk membayar hutang peribadi.

25 Membayar gaji pekerja secara tunai.

29 Membayar tunai sebanyak RM250 bagi bil telefon yang digunakan untuk urusan
peribadi.
30 Membayar RM650 belanja utiliti bulan Januari.

31 Membeli 3 unit mesin seterika automatik berharga RM1,200/unit. Bayaran dibuat


menerusi cek.

Dikehendaki:

a) Jurnalkan urusniaga bulan Januari.


b) Poskan catatan-catatan jurnal bagi urusniaga bulan Januari ke dalam akaun-akaun yang berkenaan.
c) Sediakan Imbangan Duga pada 31 Januari 2022.

SOALAN 3

Pada 1 April 2022, Encik Kamal telah menubuhkan sebuah agensi pelancongan Mai Travel & Tours (MTT).
Berikut urusniaga yang dilibatkan oleh MTT sepanjang bulan April 2022:

April 1 Memulakan perniagaan dengan pelaburan sebanyak RM50,000. RM40,000


daripadanya telah disimpan ke dalam bank dan RM10,000 sebagai tunai di tangan.
Selain tunai, En Kamal juga telah membawa masuk sebuah bas persiaran bernilai
RM45,000 bagi tujuan operasi perniagaan.
2 Membayar sewa pejabat bulan April sebanyak RM2,000 dan sewa untuk dua bulan
akan datang RM4,000.
3 Membeli polisi insurans kenderaan RM2,500 bagi tempoh setahun untuk bas persiaran
MTT.
4 Membeli peralatan pejabat berjumlah RM3,000 yang akan dibayar dalam 3 kali
ansuran. Ansuran pertama telah dijelaskan.
6 Membeli bekalan pejabat berjumlah RM500 secara tunai.
8 Encik Kamal telah menggunakan sebanyak RM100 wang perniagaan untuk belian
minyak petrol untuk keretanya.
10 Menerima tunai berjumlah RM10,000 daripada pelanggan bagi tempahan tiket
penerbangan domestik. 85% daripadanya adalah milik syarikat penerbangan AA
manakala 15% merupakan komisen yang diperolehi MTT.
11 Menerima invois dari R&R Advertising berjumlah RM800 untuk kos pengiklanan. Ia
akan dijelaskan pada bulan hadapan.
14 Membuat belian minyak diesel RM150 untuk bas persiaran MTT.
15 Mendapat tawaran dari daripada sebuah sekolah untuk perkhidmatan membawa
pelajar-pelajar sekolah tersebut ke Singapura untuk lawatan sambil belajar selama 3
hari 3
Semester 1 Sesi 2022-2023

2 malam mulai 1 Disember 2022. Pakej pelancongan menggunakan bas tersebut


berjumlah RM6,400. Sekolah tersebut telah membayar dengan cek RM1,200 sebagai
wang pendahuluan.
19 Membawa pelancong-pelancong dari Taiwan dengan bas melawat sekitar Kuala Lumpur.
MTT telah menerima bayaran tunai untuk perkhidmatan tersebut sebanyak
RM550.
22 Menerima komisen sebanyak 10% daripada syarikat penerbangan atas jualan 3 tiket
penerbangan antarabangsa, RM4,200 setiap satu.
23 Membil pelanggan, Edar Ria Sdn. Bhd. atas khidmat perundingan pelancongan yang
telah diberikan bernilai RM1,200.
25 Menerima RM10,000 daripada BM Commerce atas pinjaman yang dibuat oleh MTT.
Amaun ini telah dikredit terus ke akaun perniagaan.
29 Menerima cek RM 1,200 dari Edar Ria Sdn Bhd.
30 Menjelaskan belanja-belanja berikut yang telah dibuat dalam bulan April: belanja gaji
RM2,500 dan belanja utiliti RM350.
Dikehendaki:

a) Sediakan catatan jurnal bagi setiap urusniaga yang berlaku dalam bulan April bagi MTT. Keterangan
tidak diperlukan.
b) Jelaskan dengan ringkas TIGA (3) kelebihan catatan jurnal dalam proses perekodan.
c) Jelaskan dengan ringkas perbezaan di antara catatan berganda dan catatan mudah beserta contoh.

SOALAN 4
Encik Ziyad memulakan operasi Taman Tema Keluarga (TTK) pada 1 Februari 2022. Berikut adalah
catatan jurnal yang telah dibuat bagi merekod urusniaga yang telah berlaku dalam bulan Februari:

Feb 1 Dt Tunai 40,000


Kt Modal,Encik Zul 40,00
0
4 Dt Tanah 30,000
Kt Tunai 30,000

8 Dt Belanja Pengiklanan 1,800


Kt Akaun Belum Bayar 1,800

11 Dt Belanja Gaji 1,500


Kt Tunai 1,500

13 Dt Insurans Prabayar 1,500


Kt Tunai 1,500

17 Dt Ambilan, Encik Zul 1,000


Kt Tunai 1,000

4
Semester 1 Sesi 2022-2023

20 Dt Tunai 5,700
Kt Hasil Yuran Kemasukan 5,700

25 Dt Tunai 2,500
Kt Yuran Kemasukan Belum Terperoleh 2,500
30 Dt Tunai 8,900
Kt Hasil Yuran Kemasukan 8,900

30 Dt Akaun Belum Bayar 900


Kt Tunai 900

Dikehendaki:

a) Tunjukkan pengeposan ke akaun lejar berkaitan.


b) Sediakan Imbangan Duga pada 28 Februari 2022.
c) Jelaskan dengan ringkas SATU (1) kelebihan dan SATU (1) kelemahan penyediaan imbangan duga.
d) Kenalpasti sama ada item-item berikut boleh atau tidak menjadi dokumen sumber bagi merekod
urusniaga perniagaan :
i. Pesanan Belian
ii. Invois
iii. Penyata Kedudukan Kewangan
iv. Penyata Bank
v. Bil Utiliti
vi. Rekod Perakam Masa Pekerja
vii. Resit Kad Kredit

SOALAN 5
Qiran Shafiq telah memulakan perniagaan pencetakan dan rekabentuk grafik pada 1 Jun 2022, yang
diberi nama S’Que Prints. Qiran telah dibantu oleh anak saudaranya yang mempunyai sedikit asas
simpan kira untuk menyediakan rekod perniagaannya. Walau bagaimana pun usaha tersebut tertunda
apabila anak saudaranya melanjutkan pelajaran ke peringkat pra universiti. Sehubungan itu, Qiran telah
meminta agar anda membantu beliau.

Anda telah menyemak rekod yang telah disediakan dan mendapati perkara
berikut:

1. Semua dokumen berkaitan urusniaga bulan Jun, lengkap dan disimpan dengan baik.

2. Urusniaga bulan Jun telah dijurnalkan. Anda mendapati bahawa maklumat tentang urusniaga
adalah betul, namun terdapat beberapa kesilapan merekod. Berikut ialah catatan jurnal yang
telah disediakan:

5
Semester 1 Sesi 2022-2023

1 Jun Mendepositkan RM25,000 ke dalam akaun semasa di atas nama S’Que


Print.
Dt Tunai 25,000
Kt Modal Qiran 25,000
2 Jun Menandatangani perjanjian sewa dan membayar sewa untuk lima bulan
pertama bermula Jun 2017. Kadar sewa bulanan ialah RM1,000.
Dt Sewa pra bayar 5,000
Kt Tunai 500

3 Jun Membayar RM6,420 untuk pembelian perabot.


Dt Perabot 6,420
Kt Tunai 6,420

4 Jun Membayar RM1,200 bagi kerja-kerja penyediaan dan pemasangan papan


tanda perniagaan.
Dt Belanja pengiklanan 1,200
Kt Tunai 1,200

5 Jun Menggunakan wang simpanan peribadi untuk membeli peralatan percetakan


bernilai
RM18,000. Peralatan tersebut adalah untuk kegunaan perniagaan.
Dt Peralatan 18,000
Kt Tunai 18,000
6 Jun Mengambil dua orang pekerja sepenuh masa yang akan dibayar gaji
RM2,000 sebulan seorang.
Dt Belanja gaji 4,000
Kt Gaji belum bayar 4,000

6 Jun Membeli bekalan pejabat bernilai RM5,150 dan membayar 10% secara tunai
manakala bakinya akan dijelaskan pada 5 Julai 2014.
Dt Bekalan 5,150
Kt Tunai 515
Kt Akaun belum bayar 4,635

12 Jun Menerima RM5,800 daripada Armeelace Exclusive bagi perkhidmatan yang


telah diberikan.
Dt Tunai 5,800
Kt Hasil perkhidmatan 5,800

16 Jun Membayar RM400 bagi kos pengangkutan.


Dt Belanja pengangkutan 400
Kt Tunai 400

6
Semester 1 Sesi 2022-2023

20 Jun Menerima bayaran pendahuluan dari SY Event Management berjumlah RM4,500


untuk kerja rekabentuk dan percetakan yang akan dilaksanakan pada bulan
awal bulan September 2022.
Tiada catatan – urusniaga bulan September

24 Jun Menerima RM4,000 daripada Farrabill Cafe untuk perkhidmatan yang


telah diberikan.
Dt Tunai 4,000
Kt Hasil perkhidmatan 4,000

26 Jun Membayar gaji pekerja untuk bulan Jun.


Dt Belanja gaji 4,000
Dt Tunai 4,000

28 Jun Menghantar bil kepada Bella Design untuk perkhidmatan yang telah diberikan
yang bernilai RM5,700.
Dt Akaun belum terima 5,700
Kt Hasil perkhidmatan 5,700

29 Jun Menerima bil utiliti untuk bulan Jun yang berjumlah RM580 yang akan
dijelaskan pada awal bulan Jun.
Dt Belanja utiliti 580
Kt Utiliti belum bayar 580
30 Jun Mengambil toner pencetak untuk digunakan di rumah. Toner tersebut yang berkos
RM215 adalah sebahagian dari bekalan pejabat.
Dt Belanja bekalan 215
Kt Bekalan 215

30 Jun Membayar bil telefon bimbit berjumlah RM280. Perincian bil menunjukkan bahawa
75% dari jumlah yang dicaj ialah untuk tujuan perniagaan.
Dt Belanja telefon 208
Kt Tunai 280

3. Akaun lejer yang disediakan tidak lengkap. Anda mendapati bahawa beberapa akaun lejer
belum disediakan dan urusniaga berkaitan belum diposkan. Selain dari itu terdapat kesilapan
dalam SATU (1) akaun lejer yang telah disediakan. Berikut ialah akaun lejer yang disediakan:

Sewa Pra Bayar Akaun BelumTerima


Jun Jun Jun Jun
2 Tunai 5,000 28 Hasil perkhidmatan 5,700
30 Baki h/b 5,000 31 Baki h/b 5,700
5,000 5,000 5,700 5,700

7
Semester 1 Sesi 2022-2023

Perabot Akaun Belum Bayar


Jun Jun Jun Jun
3 Tunai 6,420 6 Bekalan 4,635
30 Baki h/b 6,420 30 Baki h/b 4,635
6,420 6,420 4,635 4,635

Utiliti Belum Bayar Belanja Utiliti


Jun Jun Jun Jun
29 B utiliti 580 29 Utiliti BB 580
30 Baki h/b 580 30 Ringkasan
Pendapatan 580
580 580 580 580

Belanja Pengangkutan Belanja Pengiklanan


Jun Jun Jun Jun
16 Tunai 400 4 Tunai 1,200
Ringkasan
30 Baki h/b 800 16 Tunai 400 30 Pendapatan 1,200

800 800 1,200 1,200

4. Imbangan Duga berikut yang disediakan, tidak lengkap dan mempunyai kesilapan:

S’Que Prints
Imbangan Duga bagi bulan berakhir 30 Jun 2022
Debit Kredit
RM RM
Akaun belum bayar 4,635
Akaun belum terima 5,700
Belanja pengangkutan 400
Belanja pengiklanan 1,200
Belanja utiliti 580
Perabot 6,420
Sewa pra bayar 5,000
Utiliti belum bayar 580
12,395 12,120

8
Semester 1 Sesi 2022-2023

Dikehendaki:

a) Kenalpasti catatan jurnal yang mempunyai kesilapan dan jelaskan kesilapan yang dilakukan.
b) Sediakan catatan jurnal yang betul untuk setiap kesilapan yang dikenalpasti dalam (a) di atas
(penerangan tidak diperlukan). Jika terdapat situasi yang tidak memerlukan catatan, nyatakan
bahawa catatan tidak diperlukan.
c) Kenalpasti akaun lejer yang mempunyai kesilapan dan jelaskan kesilapan yang berlaku.
d) Sediakan akaun lejer yang diperlukan untuk melengkapkan proses pengeposan.
e) Sediakan Imbangan Duga pada 30 Jun 2022.
f) Kenalpasti DUA (2) contoh akaun nominal dan DUA (2) contoh akaun benar bagi S’Que Prints.
g) Jelaskan dengan menyertakan contoh yang bersesuaian dari S’Que Prints, DUA (2) jenis kesilapan
yang tidak akan menjejas keseimbangan Imbangan Duga dan DUA (2) jenis kesilapan yang akan
menjejas keseimbangan Imbangan Duga.

You might also like