You are on page 1of 6

FAKULTI EKONOMI & PENGURUSAN PUSAT PENGAJIAN PERAKAUNAN EPPD1033 PRINSIP PERAKAUNAN SEMESTER 1 SESI 2013/2014 Tutorial 3 &

4 PROSES PEREKODAN PENJURNALAN & PENGEPOSAN SOALAN 1


Urusniaga bulan Januari (bulan pertama operasi) bagi Perniagaan Lambada, iaitu sebuah perniagaan perkhidmatan hiasan dalaman, adalah seperti berikut: Jan. 1 Pemilik melabur modal tunai sebanyak RM50,000 ke dalam perniagaan dengan mengkreditkannya ke dalam akaun bank perniagaan. 1 Membayar sewa kedai untuk bulan Januari sebanyak RM800. 4 Membeli peralatan berjumlah RM8,000. RM2,000 telah dibayar tunai dan bakinya akan dijelaskan secara ansuran. 9 Menerima tunai daripada pelanggan ke atas perkhidmatan yang telah diberikan berjumlah RM1,200. 10 Membeli majalah hiasan dalaman untuk kegunaan perniagaan berharga RM15 secara tunai. 18 Membayar tukang paip untuk kerja-kerja pembaikan di premis perniagaan berjumlah RM120. 19 Menyempurnakan perkhidmatan hiasan dalaman bernilai RM5,200, tetapi belum menerima bayaran daripada pelanggan berkenaan.

20 Membayar RM350 untuk kos pengiklanan di akhbar. 24 Pemilik membayar bil sebanyak RM150 atas penggunaan telefon bimbit miliknya menggunakan wang perniagaan. Telah dikenalpasti sebanyak RM50 daripada bil tersebut adalah untuk penggunaan peribadi dan selebihnya adalah untuk urusan perniagaan. 28 Membayar ansuran pertama sebanyak RM500 kepada pemiutang pada 4 hb Januari. 31 Menjelaskan bil elektrik untuk bulan Januari perkhidmatan perbankan internet. berjumlah RM130 menggunakan

Dikehendaki: Jurnalkan urusniaga di atas.

SOALAN 2
Taman Tema Harmoni mula beroperasi pada 1 Mac 2013 lalu oleh Encik Zul. Peristiwa dan urusniaga berikut telah berlaku dalam bulan Mac. Mac 1 4 8 11 12 13 17 20 25 Encik Zul melabur RM40,000 tunai dalam perniagaan Membeli tanah secara tunai pada kos RM30,000 Melibatkan belanja pengiklanan RM1,800 secara kredit. Membayar gaji pekerja RM1,500. Mengambil pengurus taman dengan gaji RM4,000 sebulan bermula 1 April. Membayar RM1,500 tunai bagi polisi insuran setahun. Mengeluarkan RM1,000 tunai bagi kegunaan peribadi. Menerima RM5,700 tunai yuran kemasukan. Menjual 100 buku kupon pada harga RM25 sebuah. Sebuah buku mengandungi 10 kupon yang membolehkan pemegangnya memasuki taman sekali.

30 30

Menerima RM8,900 tunai yuran kemasukan. Membayar RM900 sebahagian baki belanja pengiklanan yang dihutang pada 8 Mac.

Encik Zul menggunakan akaun-akaun berikut: Tunai, Insurans Prabayar, Tanah, Akaun Belum Bayar, Yuran Kemasukan Belum Terperoleh, Modal Encik Zul, Ambilan Encik Zul, Hasil Yuran Kemasukan , Belanja Pengiklanan dan Belanja Gaji. Dikehendaki: a) b) Jurnalkan urusniaga bulan Mac. Poskan catatan-catatan jurnal bagi urusniaga bulan Mac ke dalam akaun-akaun yang berkenaan. Sediakan Imbangan Duga pada 30 Mac 2013. Sediakan Penyata Pendapatan dan Penyata Ekuiti Pemilik untuk bulan Mac, dan Penyata Kedudukan Kewangan Dikelaskan pada 30 Mac 2013.

c) d)

SOALAN 3
Shah Yusri adalah seorang juruhebah bebas yang dikenali ramai. Beliau juga terlibat sebagai pengacara di majlis keraian. Pada 1 Januari 2013, beliau telah memulakan perniagaan sendiri yang dikenali sebagai SY Event Management. Berikut adalah urusniaga yang telah berlaku dalam bulan pertama perniagaan: Januari 1 Shah Yusri telah mendepositkan RM18,000 ke dalam akaun semasa di atas nama SY Event Management. Menerima RM12,400 daripada Suria FM sebagai juruhebah undangan bagi perkhidmatan yang telah diberikan.

Bersetuju untuk berkongsi ruang pejabat dengan KE & Associates. SY Event Management akan membayar separuh daripada kos sewa pejabat. Di samping itu, SY Event Management akan membayar sebahagian daripada gaji penyambut tetamu dan suku daripada kos utiliti. Kos sewa pejabat ialah RM 1,500 sebulan dan gaji yang dijanjikan untuk penyambut tetamu ialah RM 3,000 sebulan.
3

Membayar RM750 bagi sewa pejabat. Membayar premium insuran RM2,700 bagi lindungan daripada kecurian dan kebakaran selama setahun. 4 Membeli bekalan pejabat bernilai RM3500 daripada Atril Berhad. Bersetuju untuk membayar RM1000 dalam tempoh 10 hari dan selebihnya pada 4 Februari. Membayar RM600 bagi kos pengiklanan. Membayar RM5000 bagi menyewa peralatan rakaman. Menandatangani perjanjian dengan Syarikat Radio Era bagi mengacara slot juruhebah jemputan selama 3 bulan mulai awal bulan hadapan. Shah Yusri menerima bayaran sebanyak RM17,200 sebagai pendahuluan bagi bulan pertama. Membayar RM2500 (belanja muzik) kepada ProEquipment Bhd bagi penggunaan peralatan muzik. Membayar hutang Atril Berhad sebanyak RM1000. Membayar Kril & Associates sebanyak RM800 bagi perjanjian yang ditangani pada 10 Januari. Menerima RM4000 daripada Ananaz MediSpa kerana menyediakan kompilasi muzik untuk dimainkan di spa tersebut. Menjadi juruhebah bagi majlis makan malam. Caj perkhidmatan RM13,500 akan dibayar pada 1 Februari. Menerima RM20,000 daripada pihak Astro kerana menjadi pengacara Gelak SY. Membayar RM2400 (belanja muzik) kepada UniverseMusic bagi penggunaan koleksi muzik mereka. Membayar RM400 gaji penyambut tetamu dan RM200 belanja utiliti bulan Januari. Menerima RM2,000 kerana menjadi pengacara di majlis harijadi. 31 Mendapati baki bekalan di tangan bernilai RM1700. Mengambil RM1,000 tunai daripada SY Event Management bagi kegunaan peribadi.
4

6 8 10

12

13 15

16

22

25 29

30

Dikehendaki: a) b) Jurnalkan urusniaga bulan Januari. Poskan catatan-catatan jurnal bagi urusniaga bulan Januari ke dalam akaun-akaun yang berkenaan. Sediakan Imbangan Duga pada 31 Januari 2013. (Petikan dari soalan peperiksaan)

c)

SOALAN 4
Pusat Penjagaan Kereta Sinar, dimiliki dan diurus oleh Encik Zainal Arief, telah memulakan perniagaan pada bulan Mac tahun ini. Maklumat berikut dipetik dari lejar am Pusat Penjagaan Kereta Sinar:

Mac 1 11 15

Tunai (a) 4,200 Mac 4 (d) 150 25 (e) 190

(b) (g)

500 620

Akaun Belum Terima Mac 9 (c) 275 Mac 15

(e) 190

Mac 1 4

Peralatan (a) 800 (b) 2,550

Modal, Zainal Arief Mac 1

(a)5,000

Akaun Belum Bayar Mac 4 17

(b) 2,050 (f) 350

Hasil Perkhidmatan Mac 9 11

(c) 275 (d) 150

Mac 25

Belanja sewa (g) 620

Mac 17

Bekalan (f) 350

Dikehendaki:

a)
b)

Jelaskan urusniaga yang telah direkod di dalam lejar am Pusat Penjagaan Kereta Sinar mengikut urutan a hingga e. Sediakan catatan jurnal berdasarkan pengeposan yang dibuat ke dalam lejar am Pusat Penjagaan Kereta Sinar mengikut urutan a hingga e. Sediakan Imbangan Duga Pusat Penjagaan Kereta Sinar pada 31 Mac 2013. Terangkan DUA (2) kesilapan yang tidak akan menjejaskan keseimbangan imbangan duga.

c) d)

(Petikan dari soalan peperiksaan)

You might also like