You are on page 1of 2

LATIHAN PENGUKUHAN BAJET TUNAI

1. Pada 1 Mei 1998, Syarikat Proton mempunyai baki tunai sebanyak RM 4 000. Maklumat di
bawah telah diberikan oleh pengurus syarikat iaitu Encik Farees.
Bulan Jualan
(RM)
Belian
(RM)
Gaji
(RM)
Belanja
(RM)
Mei 600 000 200 000 35 000 67 000
Jun 650 000 210 000 40 000 69 000
Julai 670 000 230 000 42 000 69 500

Maklumat Lain:
(a) Separuh daripada jualan adalah jualan kredit. Penerimaan daripada jualan kredit adalah
pada bulan berikutnya.
(b) Semua belian adalah kredit. Pembayaran dibuat pada bulan berikutnya.
(c) Segala perbelanjaan dibayar di dalam bulan berkenaan.
(d) Sebuah van dibeli pada bulan Mei bernilai RM 30 000. Bayaran tunai sebanyak RM 20 000
dibuat semasa pembelian dan bakinya dibayar secara ansuran selama 2 bulan.
(e) Cukai perniagaan dibayar pada bulan Julai sebanyak RM 45 000.
(f) Jumlah belian kredit pada bulan April 1998 ialah RM 190 000 dan jualan kredit sebanyak
RM 400 000.

Anda dikehendaki menyediakan Bajet Tunai bagi 3 bulan berakhir 31 Julai 1998. (13
markah)


2. Cik Su Lin memulakan Perusahaan Gula Melaka pada 1 Januari 2004 dengan modal tunai
sebanyak RM 30 000. Beliau telah menyediakan anggaran kewangan bagi 3 bulan berakhir 31
Mac 2004. Anggaran tersebut adalah seperti berikut:
(i) Pada awal bulan Januari, perniagaan akan membeli sebuah mesin bernilai RM 20 000
secara tunai.
(ii) Perniagaan akan mendapat pinjaman bank RM 20 000 pada bulan Januari 2004.
Ansuran pinjaman akan dibayar balik RM 500 setiap bulan bermula bulan Februari 2004.
(iii) Jualan tunai bagi bulan Januari berjumlah RM 10 000 dan akan bertambah pada tiap-tiap
bulan sebanyak 10% daripada jualan bulan seterusnya.
(iv) Belian tunai :
RM
Januari 3 000
Februari 3 200
Mac 3 300
(v) Belanja bulanan yang tidak berubah ialah:
RM
Gaji 700
Sewa premis 800
Angkutan 200
Anda dikehendaki menyediakan Bajet Tunai bagi 3 bulan berakhir 31 Mac 2004 bagi
Perusahaan Gula Melaka. (12 markah)


3. Berikut ialah anggaran pendapatan dan perbelanjaan yang dibuat oleh peniaga Ling bagi suku
tahun pertama 2004 tentang perniagaannya.
(i) Baki tunai pada 1 Januari 2004 ialah RM 4 050.
(ii) Anggaran belian dan jualan.
Januari
RM
Februari
RM
Mac
RM
Belian
Jualan
3 500
5 000
3 750
5 540
4 680
6 560

(iii) Semua urusniaga belian dan jualan dibuat secara tunai.
(iv) Peniaga Ling bercadang untuk membeli sebuah komputer berharga RM 2 000 pada bulan
Februari 2004.
(v) Sebuah mesin berharga RM 7 000 akan dibeli dengan bayaran pendahuluan RM 1 500
pada 1 Mac 2004. Bakinya dibayar secara ansuran sebanyak RM 600 sebulan bermula
daripada 1 April 2004.
(vi) Gaji RM 500 sebulan dibayar setiap bulan.
(vii) Kadar bayaran dijangka RM 350 sebulan dibayar pada permulaan bulan berikut.
(viii) Belanja am ialah RM 100 setiap bulan.
(ix) Meminjam RM 10 000 pada 1 Mac 2004 untuk membesarkan perniagaan.

Anda dikehendaki menyediakan Bajet Tunai bagi 3 bulan berakhir 31 Mac 2004.

You might also like