You are on page 1of 1

HADIS 16

Daripada Abu Hurairah r.a.: Bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW: Berikan daku
wasiat. Baginda bersabda: "Janganlah engkau marah." Lelaki itu mengulangi soalan itu
beberapa kali. Baginda tetap bersabda: "Janganlah engkau marah."           

(Riwayat Ahmad no. 8729, al-Bukhari no. 5765 dan al-Tirmizi no. 2020)
                                 

Pelajaran yang terdapat dalam hadits :

1.     Anjuran bagi setiap muslim untuk memberikan nasihat dan mengenal perbuatan-
perbuatan kebajikan, menambah wawasan ilmu yang bermanfaat serta memberikan nasihat
yang baik.

2.     Diriwayatkan daripada Nabi Muhammad SAW bahawa baginda bersabda: “ Sesiapa
yang menahan marahnya padahal dia boleh melepaskannya, kelak Allah akan memanggilnya
pada hari kiamat di hadapan segala makhluk, sehingga dia diberi hak hak unutk memilih
bidadari yang disukainya.”

4.     Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: “Bukanlah dikatakan orang kuat kerana
dapat menumbangkan lawannya, tetapi orang kuat ialah orang yang mampu mengendalikan
hawa nafsunya di waktu marah.”

Langkah menghadapi kemarahan

1.  Jauhi akhlak tercela dan didiklah diri dengan akhlak mulia.


2.  Berlatih memaafkan orang lain.
3.  Bersikap tawaduk
4.  Mengucapkan ta’awwuz
5. Mengubah posisi ketika marah daripada berdiri kepada duduk, daripada
duduk kepada berbaring.
6.  Berhenti becakap
7.  Mengambil wuduk

You might also like