You are on page 1of 10

Bincangkan konsep dan kepentingan jihad serta halangan dalam pelaksanaan

jihad.
Definisi Jihad

Jihad daripada sudut bahasa adalah masdar kepada jahada, yujahidu, jihadan dan mujahadatan.
Jihad berasal daripada perkataan jahada, yajhadu, dan jahdan. Sebagai contoh, kamu berkata:
maksudnya: Seseorang itu bersungguh-sungguh melakukan sesuatu dan maksudnya: Seorang lelaki
membebankan binatangnya dengan barang yang di luar kemampuan binatang itu. Contoh ini
terdapat dalam Mu’jam al-Mufahras li Alfaz al-Qur’an al-Karim Kemudian, dalam Mu’jam itu
menyebutkan lagi: al-jahdu ( ) baris atas pada huruf jim adalah kata nama dan al-juhdu, iaitu baris
dhommah pada huruf jim adalah sebutan bahasa.

Jihad dan mujahadah bererti mencurahkan tenaga bagi menentang musuh.

Dalam al-Fiqh al-Manhaji menyebut: Jihad dalam bahasa Arab ialah kata nama terbitan daripada
jaahada ( ) yang bermaksud berusaha gigih untuk mencapai sesuatu matlamat.

Jihad dan Konsepnya

Jihad menurut istilah syariat Islam ialah berusaha gigih untuk menegakkan sebuah masyarakat Islam
dan meletakkan kalimah Allah di tempat yang tertinggi, seterusnya membawa syariat Allah untuk
memimpin seluruh alam.

Kesimpulannya, jihad bererti seseorang muslim mencurahkan tenaga dan kekuatan bagi menentang
kejahatan dan membuang kebatilan bermula daripada membuang kejahatan dalam diri dengan
menolak godaan-godaan syaitan. Manakala yang keduanya jihad menentang kejahatan yang berlaku
dalam masyarakat sekeliling di mana ia berada sekadar mana yang termampu.

Terdapat tiga bahagian dalam jihad:

i. Jihad melawan musuh yang jelas.


ii. Jihad melawan syaitan.
iii. Jihad melawan nafsu.

Ketiga-tiga bahagian ini termasuk dalam ayat:

Maksudnya: Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenarbenarnya.

(Surah al-Hajj: 78)

Al-Maghari berkata: “Berjihadlah pada jalan Allah SWT dengan jihad yang sebenarnya, dengan hati
yang tulus ikhlas demi mendapatkan keredhaan-Nya tanpa berasa takut terhadap celaan orang yang
mencela
Jihad nafsu
Nafsu merupakan anugerah Allah kepada manusia. Dengan itu, menentang hawa nafsu tidak
bermakna menolak semua bentuk kesenangan dan kenikmatan di dunia ini. Ia lebih kepada
mengawal dan menyalurkan nafsu ke arah yang betul. Bagi mencapai maksud itu jiwa hendaklah
dibersihkan.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

Dan demi jiwa serta penyempurnaannya maka Allah mengilhamkan kepada


jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaan. Sesungguhnya beruntunglah orang
yang menyucikan jiwa itu dan sesungguhnya merugilah orang yang
mengotorinya.

(Surah al-Syams: 7 – 10)

Jihad melawan hawa nafsu boleh dibahagikan kepada empat bahagian iaitu:

1. Jihad mencari petunjuk dan jalan yang benar

Bagi mendapat petunjuk, ilmu menjadi langkah permulaan dan prasyarat utama, dan dalam konteks
ini ialah ilmu agama. Dengan ilmu agama seseorang itu dapat membezakan antara yang hak dan
yang batil. Ilmu agama juga akan membantu seseorang itu mengetahui keutamaan dalam beramal.

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

Katakanlah: Adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak
berilmu.

(Surah al-Zumar: 9)

2. Jihad mengamalkan ilmu yang dipelajari dan berpegang teguh dengannya

Setelah ilmu dikuasai, ia mestilah diamalkan dengan bersungguh-sungguh. Hawa nafsu akan sentiasa
menganggu seseorang yang cuba mengamalkan ilmunya. Oleh itu, hawa nafsu ini mesti dikawal. Jika
tidak, ia akan menyesatkan seseorang individu. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

Maka datanglah sesudah mereka (pengganti yang jelek) yang mensia-


siakan solat dan memperturutkan hawa nafsu mereka, maka mereka
kelak akan menemui kesesatan, kecuali orang yang bertaubat, beriman
dan beramal soleh, maka mereka akan masuk syurga dan tidak
dianiaya sedikit pun.

(Surah Maryam: 59 – 60)

3. Jihad menyebarkan ilmu dan dakwah

Ilmu dan petunjuk yang telah diperoleh dan diamalkan hendaklah disebarkan kepada orang lain. Ini
ialah tugas yang mulia. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

Dan serulah kepada tuhanmu, sesungguhnya kamu di atas petunjuk


yang lurus.

(Surah al-Hajj: 67)

4. Jihad menanggung kesulitan ketika berdakwah

Sudah menjadi sunnatullah, usaha dakwah akan ditentang oleh musuhmusuh dakwah yang terdiri
daripada syaitan dan pengikutnya dalam kalangan manusia. Seorang pendakwah hendaklah bersabar
kerana ganjaran yang besar dijanjikan oleh Allah s.w.t. di akhirat nanti. Merekalah golongan yang
beruntung. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

Sesungguhnya manusia di dalam kerugian. Melainkan mereka yang beriman


dan beramal soleh, dan nasihat-menasihati dengan kebenaran dan
nasihatmenasihati dengan kesabaran.

(Surah al-Asr 2 – 5)

Jihad menentang hasutan iblis dan syaitan


Syaitan adalah pengikut kepada iblis. Iblis telah bersumpah untuk menyesatkan manusia. Allah s.w.t.
telah merakamkan keazaman iblis di dalam al-Qur’an melalui firman-Nya yang bermaksud:
Iblis menjawab: Kerana engkau telah menghukum aku tersesat maka
aku pasti akan menghalang mereka dari jalan engkau yang lurus,
kemudian aku akan mendatangi mereka dari hadapan dan dari
belakang, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan engkau akan mendapati
kebanyakan mereka bersyukur.

(Surah al-A’raf: 16 – 17)

Seterusnya, Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

Sesungguhnya syaitan itu musuh bagimu maka jadikanlah dia sebagai


musuh.

(Surah al-Fatir: 6)

Bagi menghadapi iblis dan syaitan langkah-langkah berikut perlu dilaksanakan:

1. Azam yang kuat untuk memperbaiki diri

Ini adalah langkah permulaan. Seseorang haruslah mengubah nasibnya dahulu sebelum
mengharapkan Allah s.w.t. mengubah nasibnya:

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

Sesungguhnya Allah tidak merubah nasib sesuatu kaum sehingga


mereka merubah keadaan diri mereka sendiri.

(Surah al-Ra’d: 11)

2. Memahami ilmu dan petunjuk agama

Syaitan lebih takut kepada orang yang alim daripada orang yang kuat beribadat tetapi jahil, kerana
orang yang berilmu tidak mudah tertipu. Ilmu tersebut ialah ilmu Islam yang membolehkan kita
mengenal halal dan haram, cara melaksanakan yang halal dan menjauhi yang haram. Islam
hendaklah difahami dengan betul dan tepat bersumberkan al-Qur’an dan al-Sunnah dengan tafsiran
ulamak yang muktabar.

3. Berpegang teguh dengan kebenaran

Seorang yang berjihad mestilah berpegang kepada kebenaran dan menentang kebatilan. Jika dia
berpaling daripada kebenaran, syaitan akan menjadi temannya.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

Barang siapa yang berpaling daripada pengajaran Tuhan yang Maha


Pemurah, Kami adakan baginya syaitan, maka syaitan itulah yang
menjadi teman yang selalu menyertainya.
(Surah al-Zukhruf: 36)

4. Mengukuhkan hubungan dengan Allah

Hubungan dengan Allah s.w.t. yang kukuh akan membuka jalan kepada pertolongan Allah untuk
menyelesaikan segala permasalahan hidup terutama sekali dalam menghadapi godaan syaitan.
Hubungan dengan Allah s.w.t. diperkukuhkan dengan memperbanyakan ibadat dan zikir. Ibadat dan
zikir yang dilaksanakan hendaklah bertepatan dengan apa yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad
saw bukan rekaan atau tambahan manusia (bid’ah). Agama hendaklah dikekalkan keasliannya.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

Sesungguhnya orang yang bertakwa ialah apabila mereka ditimpa was-


was daripada syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga
mereka melihat kesalahan mereka.

(Surah al-A’raf: 201)

5. Bersama-sama dengan jemaah orang salih

Untuk menghadapi hasutan syaitan, sokongan rakan-rakan juga penting. Oleh itu hendaklah
seseorang Muslim bergaul dengan mereka yang salih serta taat kepada perintah agama.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang yang menyeru


tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keredaannya
(Allah), dan janganlah kamu palingkan wajahmu dari (mereka)
mengharapkan perhiasan kehidupan dunia ini, janganlah kamu
mengikuti orang yang hatinya telah kami lalaikan daripada mengingati
kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu
melampaui batas.

(Surah al-Kahfi: 28)

6. Menggunakan neraca Allah dalam kehidupan

Seorang yang berjihad hendaklah menilai setiap isu kehidupan dari kaca mata agama dan tidak
mudah terpengaruh dengan idea dan pandangan yang berlawanan dengan kehendak Islam. Jika
tidak dia akan dipengaruhi oleh syaitan.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

Janganlah sekali-kali kamu terpedaya oleh kebebasan orang kafir


bergerak dalam negeri. Ini hanyalah kesenangan sementara, kemudian
tempat tinggal mereka ialah neraka jahanam dan itulah seburuk-buruk
tempat kembali.

(Surah al-Imran: 196 – 197)

Jihad menentang golongan yang memusuhi Islam


Islam tidak memerintahkan umatnya untuk memerangi semua orang yang tidak menerima
dakwahnya. Jika mereka sudi untuk hidup berbaik-baik dengan orang Islam, maka mereka akan
diberikan hak dan tanggungjawab sama seperti hak dan tanggungjawab yang diperolehi oleh umat
Islam yang lain. Ini telah dibuktikan oleh Islam sepanjang sejarah pemerintahan dan kekuasaannya
dahulu. Malah tercatat dalam sejarah Islam lampau bahawa kementerian tertentu di bawah
kekuasaan Islam diketuai oleh orang bukan Islam yang mahir dalam bidang yang berkenaan.

Golongan yang sentiasa memusuhi Islam telah, sedang dan akan wujud sepanjang perjalanan
sejarah. Golongan ini tidak akan sama sekali membiarkan dakwah Islam berkembang. Malah, ada
yang sanggup mengusir umat Islam daripada tanah air mereka sendiri seperti yang berlaku di
Palestin. Hanya orang yang memerangi Islam dan umatnya seperti ini, serta golongan yang
menghalang daripada perlaksanaan usaha dakwah sahaja yang diperintahkan oleh Islam untuk
diperangi.

Akan tetapi bentuk jihad untuk menghadapi golongan kafir adalah bergantung kepada keadaan.
Islam bukanlah agama yang keras dan kaku. Ia memandu umatnya supaya bertindak sesuai dengan
situasi serta kemampuan yang ada.

Situasi yang dimaksudkan terbahagi kepada dua:

1. Ketika kaum muslimin tidak mempunyai kekuasaan

Ketika kaum Muslimin tidak mempunyai kekuatan dan pemerintahan yang kukuh, manakala musuh
pula mempunyai kuasa ke atas umat Islam maka jihad yang sesuai ialah jihad melalui lisan iaitu
dakwah menyeru manusia kepada Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

Dan berjihadlah terhadap mereka dengan al-Quran dengan jihad yang


besar.

(Surah al Furqan: 52)

Jihad ini dilaksanakan melalui lisan dan hujah terhadap golongan kafir agar hati mereka kembali
kepada Islam. Pada zaman moden, jihad ini boleh dilakukan melalui penulisan, media elektronik dan
Internet bagi menjawab tuduhan dan menyampaikan mesej Islam. Walau bagaimanapun, kaum
Muslim hendaklah mencari jalan untuk memperkuatkan diri mereka sehingga dapat menghadapi
musuhnya dengan kekuatan jika diancam.

2. Ketika kaum muslimin mempunyai kekuasaan


Apabila orang Islam telah memiliki kekuasaan pemerintahan yang sempurna dan mereka dihalang
daripada menyampaikan dakwah secara aman, maka jihad melalui senjata atau berperang
hendaklah dilaksanakan. Jihad ini dinamakan Jihad al-Qital. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

Perangilah orang yang tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat dan
mereka tidak mengharamkan apa yang diharamkan oleh Allah dan
Rasul-Nya, dan tiada beragama dengan agama yang benar (iaitu orang)
yang diberikan kitab kepada mereka, sehingga mereka membayar
jizyah dengan patuh sedang mereka dalam keadaan tunduk.

(Surah al-Taubah: 29)

Melalui ayat di muka surat sebelah, golongan kafir diberi tiga pilihan iaitu:

a. Menganut Islam secara sukarela.

b. Mene ruskan kepe rcayaan agama mereka tetapi menerima pemerintahan Islam dengan
membayar jizyah (cukai) dan tidak menyekat usaha dakwah Islam.

c. Berperang.

Jihad menentang golongan munafik


Golongan munafik terdiri daripada orang yang berpura-pura menganut Islam tetapi di dalam hati
amat memusuhi umat Islam. Mereka sentiasa mencari peluang untuk merosakkan umat Islam
dengan pelbagai cara. Antaranya, melalui penyebaran fitnah dan bekerjasama dengan musuh-musuh
Islam untuk menyerang umat Islam.

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

Hai Nabi berjihadlah (menentang) orang kafir dan munafik itu dan
bersikap keraslah terhadap mereka.

(Surah al-Taubah: 73)


KEPENTINGAN DAN KELEBIHAN PELAKSANAAN JIHAD

1. TIGA (3) KEPENTINGAN JIHAD

1.1 Menyebarkan Agama Allah (Dakwah)

Melalui jihad kita menyebarkan dakwah islam agar tersebar ke seluruh alam maya ini. Islam sebagai
agama dakwah mengharuskan untuk melaksanakan dakwah agama kepada orang lain.
Melaksanakan dakwah adalah sebahagian daripada pelaksanaan jihad itu sendiri iaitu berjihad
dengan menyeru umat manusia kepada mengerjakan kebaikan, amal soleh (amar ma’ruf) dan
meninggalkan kejahatan, maksiat (nahi mungkar). Firman Allah S.W.T dalam surah Ali-Imran ayat
104 yang bermaksub : “ Dan hendaklah ada diantara kami satu golongan yang menyeru ke jalan
kebaikan dan menyuruh yang makruf (kebajikan), serta menegah yang mungkar (kejahatan) dan
mereka itu adalah orang-orang yang berjaya”.

Memang tidak dapat dinafikan tugas menyebarkan dakwah adalah amat berat terutamanya di dalam
arus globalisasi dunia hari ini. Pelbagai cabaran terpaksa dilalui dan ditangani oleh umat islam
khususnya pendakwah islam itu sendiri. Maka semangat jihad yang ada telah memberikan semangat
dan kekuatan kepada umat islam di dalam menyebarkan agama Allah yang suci ini. Apabila sesuatu
pelaksaan jihad yang dilakukan itu disandarkan kepada Allah dan RasulNya semata-mata maka sudah
pasti setiap seruan dakwah kepada agama Allah dibuat dengan penuh hikmah, kebijaksanaan dan
dengan pengajaran yang baik agar ianya tidak memberi gambaran yang tidak baik dan disalah
ertikan oleh masyarakat bukan islam mahupun masyarakat islam itu sendiri. Sebagaimana firman
Allah S.W.T di dalam surah al-Nahl ayat 125 yang bermaksub : “ Serulah ke jalan tuhanmu (wahai
Muhammad) dengan hikmah, kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah
dengan mereka dengan cara yang lebih baik”.

1.2. Penyerahan Diri Kepada Allah

Menyandarkan jihad sebagai penyerahan diri kepada Allah S.W.T dengan bertauhid, mentaati,
tunduk dan patuh kepada perintahNya. MentaatiNya dengan menjalankan perintah-perintahnya dan
menjauhi segala larangannya di mana ketaatan itu wujud dalam melaksanakan perintah dan
meninggalkan larangan. Firman Allah S.W.T melalui surah Ali-Imran ayat 83 yang bermaksub
: “…padahal kepadaNya menyerah diri, segala apa yang dilangit dan dibumi, baik dengan suka
mahupun terpaksa dan hanya kepada Allah mereka dikembalikan”.

1.3 Membela Agama Allah

Melalui jihad juga kita dapat mempertahankan islam merangkumi juga membenteras sebarang
pergerakan, usaha dan rancangan untuk memutarbelitkan ajaran islam yang sebenar melalui
pelbagai aspek, atau menghancurkan akidah orang-orang islam samada secara terang-terangan
mahupun berselindung. Firman Allah S.W.T di dalam surah Muhammad, ayat 7 yang bermaksub : “
Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah, nescaya Allah membela
kamu dan meneguhkan tapak pendirian kamu”.
Ummat islam mestilah peka dan menyedari akan propaganda yang ditimbulkan oleh musuh yang
menggunakan pelbagai taktik di dalam usaha untuk menghancurkan aqidah orang-orang islam
samada melalui penulisan atau kajian tentang islam itu sendiri, melalui serangan pemikiran, ekonomi
mahupun budaya hidup. Dengan adanya jihad dihati setiap orang-orang islam maka perjuangan di
dalam mengembalikan integriti islam sebagai agama yang sebenar dan mentauhidkan Allah akan
sentiasa hidup dan dilaksanakan. Jihad boleh dilakukan melalui kata-kata, ilmu, penulisan
dan ekonomi adalah amat sesuai apabila dilihat kepada keadaan dan situasi yang pada alaf kini.

2. TIGA (3) KELEBIHAN JIHAD

2.1 Perniagaan Yang Menguntungkan

Merujuk kepada Firman Allah S.W.T melalui surah al-Saff yang bermaksub : “ Wahai orang orang-
orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan suatu perniagaan yang menyelamatkan kamu dari
azab seksa yang tidak terperi sakitnya?

Iaitu kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan
agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika
kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

(Dengan itu Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-
taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat
tinggal yang baik dalam syurga “Adn”. Itulah kemenangan yang besar.

Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang
cepat (masa berlakunya). Dan sampaikanlah berita yang mengembirakan itu kepada orang-orang
yang beriman (al-Saff 61: 10-13)

Ayat di atas Allah S.W.T telah mengumpamakan jihad sebagai satu “perniagaan” kerana adalah satu
kelaziman manusia untuk mencari satu perniagaan yang dapat menguntungkan mereka dan
memelihara mereka daripada kesusahan. Maka dengan itu Allah S.W.T menerangkan bahawa tiada
perniagaan yang lebih menguntung dan menyelamatkan di dunia dan di akhirat melainkan amalan
jihad di jalan Allah.

2.2 Diampunkan Dosa-Dosa, Diberi Ganjaran Pahala & Syurga

Merujuk kepada Firman Allah S.W.T dalam surah al-Saff, ayat 10-13 seperti dinyatakan sebelum ini,
Allah telah menjanjikan ganjaran yang amat besar kepada orang-orang yang berjihad (mujahid).
Dosa-dosa mujahid akan diampunkan ,dijanjikan pahala dan syurga oleh Allah S.W.T .

2.3 Mendapat Pertolongan dan Bantuan Allah S.W.T

Mereka yang berjihad kepada jalan Allah telah dijanjikan pertolongan olehNya. Merujuk kepada
Firman Allah S.W.T di dalam surah al Saff ayat 13 seperti yang dinyatakan sebelum ini. Allah
menjanjikan pertolongan dan kemenangan yang tidak disangka-sangka kepada mereka yang
berjihad. Firman Allah S.W.T di dalam surah Al-Ankabut ayat 69 yang bermaksub : “ Dan orang-orang
yang bersungguh kerana memenuhi kehendak agama kami. Sesungguhnya kami akan memimpin
mereka ke jalan kami, dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah beserta orang-
orang yang berusaha memperbaiki amalannya”. Ayat ini menerangkan bahawa mereka yang
berjihad kepada jalan Allah akan dipimpin oleh Allah ke jalan yang benar (kejayaan), mendapat
rahmat serta pertolongan dan bantuan Allah akan sentiasa disamping mereka yang berjihad

You might also like