You are on page 1of 6

FAKULTI: FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN

PROGRAM: DIPLOMA PENGURUSAN DAN TEKNOLOGI


PEJABAT (BA132)

HBU 111 : KESATRIA NEGARA

KUMPULAN: HBU121I

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA NO KAD PELAJAR


NUR NAZLIN NAJIHAH 2022870164
BINTI HAIRUL AMIR

DISEDIAKAN UNTUK:

NAMA TARIKH PENYERAHAN


MUHAMMAD ZAHIR BIN 18 MEI 2023
1.1 Maksud JIhad

Istilah jihad diperoleh daripada akar bahasa Arab iaitu jahada, yang bermaksud
"mengerahkan kekuatan dan usaha, menggunakan segala cara untuk
menyelesaikan tugas". Dalam pengertian yang lebih luas, ia boleh membawa
maksud memerangi musuh-musuh Islam, serta berpegang kepada ajaran agama,
menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Terdapat juga pengertian
yang damai iaitu "usaha ke arah peningkatan akhlak masyarakat atau ke arah
penyebaran Islam", dikenali sebagai "jihad lidah" atau "jihad pena/penulisan",
berbanding "jihad pedang". Istilah ini kebanyakannya digunakan
dalam fiqah (perundangan Islam) dalam pengertian yang kedua, manakala erti kata
ini dalam tasawuf kebanyakannya merujuk kepada memerangi nafs al-ammara, iaitu
keadaan psikologi yang termakan oleh keinginan diri sendiri. Jihad kerohanian dan
moral secara amnya ditekankan dalam kalangan soleh dan mistik.

1.2 Ciri-ciri penting dalam pelaksanaan jihad

Sesuatu jihad yang hendak diperjuangkan hendaklah mempunyai ciri-ciri yang jelas
dan mestilah mengikut syarat-syarat yang ditetapkan oleh syara’. Diantara ciri-ciri
yang benar dan perlu ada di dalam jihad ialah :-

1.2.1 Matlamat hendaklah kerana Allah SWT dan Rasul semata-mata

Segala tindakan dan pelakuan yang dilukukan di atas nama jihad hendaklah ikhlas
semata-mata kerana Allah dan Rasulnya. Justeru itu, segala tindakan yang
matlamatnya selain dari itu tidak boleh dikatakan jihad. Malahan kalimah jihad
seringkali dikaitkan dengan “Iman kepada Allah dan Rasulnya” yang menguatkan lagi
bahawa segala tindakan atau pelakuan yang dilakukan di bawah kalimah jihad
hendaklah semata-mata kerana Allah dan Rasulnya. Ikhlas kerana Allah dan Rasul
adalah roh segala ibadah maka ibadah jihad sekiranya dilakukan kerannya akan
menjadi satu ibadah yang amat besar. Seorang pelajar yang belajar menuntut ilmu
dengan bersugguh-sungguh dengan niat ikhlas kerana Allah SWT untuk
memperbaiki hidup diri dan keluarganya bolehlah dikatakan sedang berjihad dan
menjadi satu ibadah serta mendapat keredhaan dan kerahmatan daripada Allah
SWT.

1.2.2 Mencurahkan Daya dan Tenaga Kekuatan

Setiap jihad yang hendak dilaksanakan hendaklah memerlukan kepada usaha yang
memerlukan kepada curahan daya tenaga dan kekuatan demi mencapai matlamat
dan cita-cita islam, mendapat keredhaan, keampunan dan kerahmatan Allah SWT.
Tidak dapat dinafikan sudah pasti setiap perkara kebaikan yang hendak dilakukan
sudah pasti akan menempuh pelbagai halangan, cubaan dan juga dugaan yang
sudah pasti memerlukan kepada kekuatan hati, jiwa dan juga fizikal bagi
menghadapinya. Contohnya, pelajar-pelajar yang sedang berjihad dengan jihad ilmu
hendaklah sentiasa bersedia mencurahkan segenap daya dan tenaga mereka
dengan bersunguh-sungguh di dalam menuntut ilmu yang dicar. Sudah pasti
pelbagai pengorbanan yang terpaksa dilakukan samada dari segi pengorbanan harta
benda, wang ringgit, tenaga, waktu, fikiran, melawan nafsu dan sebagainya.

1.3 Peringkat-peringkat jihad

Bagi menjelaskan lagi bahawa jihad bukan sekadar bermaksud perang,


amat baik jika kita merujuk kepada perbahasan mengenai peringkat-
peringkat jihad sebagaimana yang dibentangkan oleh Ibn al-Qayyim
dalam Zad al-Ma’ad. Menurut Ibn al-Qayyim, secara amnya, jihad
terbahagi kepada 4 bahagian iaitu jihad memperbaiki diri (melawan nafsu),
jihad melawan godaan syaitan, jihad memerangi orang-orang kafir dan
jihad terhadap orang-orang munafik.

Pertama: Jihad melawan nafsu

Jihad melawan nafsu adalah perkara yang perlu setiap umat Islam
mengambil berat kerana ia jihad untuk mengawal diri dari dikuasai oleh
hawa nafsu. Cara untuk berjihad melawan nafsu mempunyai empat
peringkat iaitu:

1. Melakukan jihad terhadap diri supaya mempelajari. petunjuk, dan


agama yang sebenar. Tiada kebahagiaan dan kejayaan untuk diri
sendiri tanpanya dan tiada kebahagiaan di dunia dan akhirat
tanpanya. Apabila jiwa tidak dibekalkan dengan ilmu, maka malang
dia di dunia dan akhirat.
2. Berjihad terhadap diri supaya mengamalkan ilmu yang diperoleh.
Apabila seseorang itu tidak mengamalkannya, maka ilmu yang
dipelajari hanya sekadar menjadi ilmu tanpa amal. Walaupun tidak
membahayakannya, tetapi tiada manfaat yang dapat diambil.
3. Berjihad dengan kesabaran ketika mengalami kesukaran dan
seksaan daripada makhluk dalam berdakwah pada jalan Allah s.w.t
dan menanggung semuanya dengan mengharapkan redha Allah
s.w.t

Kedua: Jihad melawan syaitan

Jihad melawan syaitan mempunyai dua peringkat, iaitu:

1. Berjihad melawan syaitan dengan membuang segala kebimbangan


dan keraguan (shubuhat) yang dilemparkan oleh syaitan kepada
manusia bagi merosakkan iman. Ini termasuk menjawab segala
bentuk keraguan yang ditimbul oleh pihak tertentu terhadap aqidah
dan syariat Islam seperti menuduh Islam sebagai agama terroris,
Nabi Muhammad seorang pedofilia kerana menikahi kanak-kanak,
majoriti para sahabat telah murtad dan lain-lain.
2. Berjihad melawan syaitan yang mengarahkan manusia agar
memenuhi nafsu syahwatnya dengan melakukan kemungkaran dan
kemaksiatan. Ia seperti mencegah manusia melakukan zina,
pergaulan bebas, orientasi seks songsang (LGBT), rasuah,
penyelewengan kuasa, zalim, khianat dan lain-lain.

Ketiga: Jihad melawan bid’ah dan penyelewengan intelektual

Jihad melawan bid’ah bermaksud berjihad dalam menyekat ajaran-ajaran


baharu dalam akidah dan syariah yang menyesatkan atas nama Islam. Ia
dikenali sebagai ajaran sesat seperti Syiah, Qadiyani, Khawarij, Murji’ah,
Muktazilah, Ayah Pin, Haji Kahar Rasul Melayu dan lain-lain. Bid’ah yang
direkacipta atas nama agama jauh lebih bahaya berbanding maksiat
kerana maksiat dapat dilihat dan disingkap urusannya. Manakala bid’ah
bersembunyi di sebalik pakaian agama dan diperkenalkan sebagai
perkara yang mampu mendekatkan diri kepada Allah s.w.t sedangkan ia
perkara yang tertolak di sisi agama.

Manakala penyelewengan intelektual pula merupakan bentuk-bentuk


pemikiran yang disandarkan kepada Islam atas nama progresif dan
kemodenan. Namun hakikatnya, ia telah melanggar prinsip-prinsip dan
batasan-batasan syarak. Antaranya seperti menyeru kepada pentafsiran
semula al-Quran, kebebasan murtad, kesaksamaan gender termasuk
dalam isu faraid, menyamaratakan semua agama dan seumpamanya.

Keempat: Jihad melawan musuh yang jelas

Jihad melawan orang kafir dan munafik yang jelas disebut dalam
surah Al-Furqan, ayat 51 dan 52:

“Dan kalau Kami kehendaki, tentulah Kami utuskan dalam tiap-tiap negeri,
seorang Rasul pemberi amaran. Oleh itu, janganlah engkau (Wahai
Muhammad) menurut kehendak orang-orang kafir, dan berjuanglah
dengan hujjah-hujjah Al-Quran menghadapi mereka dengan perjuangan
yang besar dan bersungguh-sungguh.

Jihad menentang orang kafir dan munafik ada empat peringkat iaitu jihad
dengan hati, lidah, harta, dan jiwa. Jihad menentang orang kafir lebih
dikhususkan dengan tangan (kekuatan), manakala jihad menentang orang
munafik lebih dikhususkan dengan lidah (dakwah).

Kesimpulan

Kesimpulannya, adalah tidak tepat jika jihad hanya diertikan sebagai


peperangan semata-mata. Ini kerana, maksud jihad yang sebenar adalah
lebih luas dan bukan hanya tertumpu pada erti peperangan. Seharusnya
setiap muslim itu melalui dan melaksanakan setiap tingkatan jihad
mengikut kemampuan diri masing-masing. Ia bermula dengan
memperbaiki diri (jihad nafsu), jihad melawan syaitan, jihad melawan
bid’ah dan penyelewengan intelektual dan jihad menentang musuh yang
nyata. Jika ditelusuri sejarah para rasul, sahabat dan tabiin, Islam
tersebar dengan dengan dakwah penuh ilmu, beradab dan disulami
hikmah. Justeru, Islam tidak sekali-kali mensyariatkan peperangan
kecuali apabila keadaan memerlukan demi mempertahankan Islam dan
umatnya.

You might also like