You are on page 1of 7

SEKOLAH KEBANGSAAN PULAU TAWAR,

27050 BUKIT RANG, JERANTUT


PAHANG

KERTAS KERJA PROGRAM


GOTONG ROYONG DAN KECERIAAN

TEMPAT:

ANJURAN:
GURU PELATIH PRASEKOLAH

KERTAS CADANGAN

1.0 Tujuan Mengemukakan Kertas Kerja


Tujuan mengemukakan kertas kerja ini adalah untuk memohon kebenaran
untuk mengadakan gotong royong dan keceriaan di Prasekolah Sekolah
Kebangsaan Pulau Tawar.

2.0 Pendahuluan

2.1 Guru pelatih opsyen Prasekolah dengan kerjasama guru pembimbing


bercadang untuk mengadakan gotong royong dan keceriaan prasekolah.
Program ini melibatkan kerjasama ibu bapa atau penjaga murid prasekolah.

2.2 Program ini merupakan sebahagian daripada tugasan projek yang


diwajibkan kepada guru pelatih semasa menjalani internship di sekolah.
Program yang dirancang ini memberi fokus kepada gotong-royong dan
keceriaan taman permainan prasekolah.

3.0 Objektif

3.1 Merapatkan silaturrahim dan memupuk kepersefahaman yang jitu


diantara ibubapa, guru dan murid SK Pulau Tawar.

3.2 Memberi peluang kepada ibubapa bekerjasama dengan guru-guru


dengan lebih optimum.

3.3 Memulihara, menceriakan dan membersihkan kawasan sekolah agar lebih


kondusif dan lebih terjamin akan  keselamatan anak-anak serta warga
sekolah semasa waktu belajar.

4.0 Kumpulan Sasaran

Semua waris murid prasekolah SK Pulau Tawar iaitu Ibubapa, dan guru-guru
serta kakitangan sekolah yang berkenaan.

5.0 Rasional Menjayakan Program


5.1 Bersama-sama bergabung tenaga antara guru, ibu bapa dan kakitangan
sekolah dalam membantu menceriakan kawasan prasekolah.

5.2 Memberi peluang kepada ibubapa untuk menyediakan suasana yang


ceria, selesa, bersih dan harmoni untuk anak-anak belajar.

5.3 Memberi gambaran yang lebih jelas kepada ibu bapa akan suasana
pembelajaran dan pengajaran yang dilalui oleh anak anak mereka sewaktu di
sekolah.

6.0 Justifikasi

Guru, kakitangan sekolah dan Ibubapa dapat bekerjasama dalam


menyediakan suasana yang lebih ceria, selesa, harmoni dan bersih serta
perasaan seronok untuk hadir ke sekolah demi menimba ilmu baik di waktu
pagi dan petang. Menghayati konsep sekolahku rumahku

7.0 Anjuran

Guru Pelatih Prasekolah dengan kerjasama SK. Pulau Tawar

8.0 Lokasi Cadangan

Prasekolah SK Pulau Tawar

9.0 Cadangan Tarikh Perlaksanaan

23 Julai 2011 bersamaan hari Sabtu

10.0 Struktur Organisasi


JAWATANKUASA INDUK

Penasihat : Pn Sarimah bt Ismail


Tn Haji Ahmad Nadzri b. Hj Awang
Pn Hjh Halimahton bt. Hj Rebo
Pn Hjh Yuhana bt Yaakub

Pengerusi : Pn Norzita bt Harun


Naib Pengerusi : Pn Raja Nadia bt Raja Ismail
Setiausaha : Cik Ainul Diyana Bt Suhaimee
Bendahari : Pn Nor suriyani Bt Abdul Majid

JAWATANKUASA KERJA
AGIHAN TUGAS

TUGAS TINDAKAN PENJAGA/ IBU BAPA CATATAN


Memasak 1. Qistina Ayuni bt. Azman
2. M. Hanif Irfanuddin b. Ruzaimi
3. M. XY Darwish b. Azman
4. M. Zulkifli b. Mohamad Azmi
5. Norain Fatihah bt Jenasman
Simen Tempat Berus 1. M. Iffat Arib b. Mohammad Sebian
Gigi 2. M. Amirul Ifwan b. Azman
3. M. Haikal Daniel b. Rasidi
4. Hadfinamiza bt Mohammad Fadzli
5. Nursyahmina Husna bt Baharani
Tanam Bunga dalam 1. M. Daniel Haiqal b. Rozuwan
Tayar 2. M. Daniel Idham b. Zulkifly
3. M. Syahmy b. Mohd. Sayuti
4. M. Wafi Afnan b. Zaharudin
Cat Alat Permainan 1. Mohamad Rizal b. Baharuddin
2. M. Rusyaidi b. M. Ridzuan
3. M. Wazif Hafiy b. Ahmad Fauzi
4. Nur Liyana Aqilah b. Muhammad Azlan
5. Nurhannani bt Rosman
Gantung Bahan P&P 1. Safiah bt. Kamal Nawawi
dalam Kelas 2. Nurul Farahnajwa bt Khairul Anuar

11.0 Tentatif Program

  8:00 pagi               Berkumpul di Prasekolah

  8:15 pagi               Ucapan Aluan

  8:20 pagi              Ucapan Guru Prasekolah SKPT

  8:25 pagi              Ucapan Guru Besar SKPT

8:45 pagi Gotong Royong Bermula

10:00 pagi              REHAT

10:45 pagi              Aktiviti Gotong royong diteruskan lagi

11:45 pagi             Berkumpul dan menyimpan alatan

12:00 tengahari      Jamuan dan Bersurai

13.0 Anggaran Perbelanjaan

1.  Peralatan mengecat                 RM200.00

2. Alatan membersih RM 100.00


3. Peralatan Pertukangan RM100.00

(simen, cangkuk dan lain-lain)

4.   Jamuan  RM100.00

                                Jumlah           RM500.00

14.0 Penutup

Program gotong royong ini adalah salah satu rancangan bagi Prasekolah SK
Pulau Tawar bagi tahun 2011 dan dapat dilaksanakan dengan sokongan dan
bantuan dari pelbagai pihak terutama dari ibubapa serta guru-guru SK Pulau
Tawar. Semoga rancangan ini dapat membantu menceriakan prasekolah agar
dapat menyediakan persekitaran yang kondusif buat murid-murid prasekolah.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………………………. ..................................................
(Cik Ainul Diyana Bt Suhaimee) (Pn Sarimah Bt Ismail)
Guru Pelatih Prasekolah, Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Pulau Tawar, Sekolah Kebangsaan Pulau Tawar,
27050 Bukit Rang, Jerantut 27050 Bukit Rang, Jerantut
Pahang. Pahang.

You might also like