You are on page 1of 14

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN

PEREMPUAN LIKAS

2022

FOLIO RBT
REKA BENTUK FESYEN

NAMA : Aiza Suhana Binti Halimuddin


KELAS : 1 Zamrud
GURU MATA PELAJARAN: Cikgu Nur Ashiqin binti Ayub
ISI KANDUNGAN

1. Pendahuluan / Penghargaan
2. Abstrak
 Pengenalan kepada reka bentuk fesyen
 Kerjaya dalam bidang reka bentuk fesyen
 Gambar
3. Kandungan
 Mengenal pasti teknik cantuman dan penggunaan alatan dalam proses
penyediaan reka bentuk fesyen
 Menghasilkan dua lakaran (2D & 3D) reka bentuk fesyen
 Menganalisis elemen dalam reka bentuk fesyen (borang penilaian)
 Jenis bahan dalam reka bentuk fesyen berdasarkan lakaran
 Lakaran reka bentuk yang dipilih.
4. Rujukan
5. Penutup
PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan penghargaan kepada pengetua sekolah,


Puan Rafidah bt Karaman kerana telah memberikan kebenaran kepada saya untuk
menjalankan kajian ini.Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru
Reka Bentuk Teknologi saya, Cikgu Nur Ashiqin kerana telah memberikan bimbingan
dan tunjuk ajar dalam menjalankan kajian. Ribuan terima kasih lagi saya ucapkan
kepada ibu bapa saya, Maznah Mersin dan Halimuddin Chongge kerana memberi
bantuan kewangan dan sokongan moral. Akhir sekali, tidak lupa juga terima kasih
diucapkan kepada rakan rakan yang telah berkongsi maklumat dan idea yang
berkaitan dengan reka bentuk fesyen.
ABSTRAK

 PENGENALAN KEPADA REKA BENTUK FESYEN

Reka bentuk fesyen murapakan suatu proses atau bidang seni yang
mengaplikasikan idea pada sesuatu reka bentuk atau rekaan pakaian atau aksesori.
Reka bentuk fesyen menekankan aplikasi konsep, prinsip, elemen reka bentuk dan
estetika atau keindahan semula jadi dalam rekaan. Penghasilan reka bentuk fesyen
melibatkan proses pengulangan, peniruan, dan inovasi bagi menghasilkan reka
bentuk fesyen yang baharu.
ABSTRAK

 KERJAYA DALAM BIDANG REKA BENTUK FESYEN

Pereka Fesyen (Fashion Designer)


Individu yang terlibat dalam proses mereka bentuk fesyen pakaian dan aksesori.
Pereka fesyen berperanan untuk menghasilkan lakaran atau ilustraasi reka bentuk
fesyen yang baharu sama ada secara manual atau dengan bantuan program
komputer.

Peramal Fesyen (Fashion Forecasting)


Membuat ramalan trend fesyen yang akan popular. Berperanan untuk membuat
analisin trend fesyen dari dahulu hingga sekarang. Membuat analisis penggunaan
jenis fabrik, corak, warna, tema, bentuk, elemen seni reka dan lain-lain.

Tenaga Pengajar Fesyen


Mengajar kemahiran menjahit serta ilmu yang berkaitan jahitan kepada pelajar.
Tenaga pengajar termasuklah guru sekolah, pensyarah kolej dan universiti, dan
institut latihan kemahiran. Tugan utama mereka adalah untuk menyampaikan ilmu
daan kemahiran berkaitan fesyen.

Perunding Imej (Image Consultant)


Memberi khidmat nasihat dan perundingan kepada pelanggan. mereka bertindak
sebagai penata gaya bagi meningkatkan imej dan personaliti pelanggan.
ABSTRAK
GAMBAR PAKAIAN
GAMBAR AKSESORI
KANDUNGAN

 MENGENAL PASTI TEKNIK CANTUMAN DAN PENGGUNAAN


ALATAN DALAM PROSES PENYEDIAAN REKA BENTUK FESYEN

TEKNIK CANTUMAN
i. Proses mencantum, menyambung atau menyatukan kepingan fabrik atau bahan
lain bagi menghasilkan produk reka bentuk fesyen.

Kaedah Jahitan
 Jahitan tangan atau jahitan mesin
 Lebih praktikal - lebih kukuh, sekata, dan kemas.
 Pengokot atau stapler dan pita selofan boleh digunakan untuk membuat
cantuman mock-up reka bentuk fesyen.

Kaedah Sulaman
 Untuk tujuan hiasan bagi menyerlahkan lagi keindahan dan estetika
pada reka bentuk fesyen.
 Jenis sulaman - sulaman manik, reben labuci, benang dan applique.

Kaedah Tampalan
 Untuk menampal susunan bahan seperti manik, reben, fabrik, dokoh,
mutiara, butang, dan hiasan lain pada reka bentuk fesyen.
 Bahan ditampal menggunakan gam fabrik, gam panas, cecair lilin, dan
gam serba guna.

Kaedah Lain
 Pengokot atau stapler da pit selofan - membuat cantuman bagi bahan
seperti kertas, plastik dan fabrik.
 Kaedah cantuman ini bersifat sementara.
Borang Penilaian Pelanggan

Umur: Jantina:

1. Adakah anda suka membeli kasut? 7. Apakah warna kasut yang menjadi
Ya ( ) Tidak ( ) kesukaan anda?
(a) Sejuk
2. Di manakah anda selalu membeli (b) Panas
kasut? (c) Kombinasi pelbagai warna
(a) Pasar raya / Gedung beli belah
(b) Butik kasut berjenama 8. Adakah anda suka dengan kasut
(c) Pasar malam ` yang bercorak?
(d) Lain-lain Ya ( ) Tidak ( )

3. Apakah anda terpengaruh dengan. 9. Corak yang bagaimanakah


fesyen yang dipakai oleh selebriti? menjadi pilihan anda?
Ya ( ) Tidak ( ) (a) Abstrak
(b) Garisan
4. Berapakah anggaran belanjawan. (c) Tanpa corak
anda untuk membeli kasut? (d) Motif flora / fauna
(a) RM50 - RM100 sepasang
(b) Lebih daripada RM100 sepasang
(c) Kurang daripada RM50 sepasang

5. Apakah jenis kasut yang menjadi


pilihan anda?
(a) Bertapak rata
(b) Bertumit tinggi
(c) Bertumit rendah

6. Anda suka kasut yang diperbuat


daripada.........
(a) fabrik.
(b) getah.
(c) kulit.
ALATAN
i. Pelbagai jenis alatan - untuk menanda, mengukur, menggunting, mencantum,
dan lain-lain.
ii. Penggunaan alatan yang betul - proses penyediaan produk dapat dijalankan
dengan mudah, lancar, dan selamat.

ALATAN MENGUKUR

a. PEMBARIS
- Untuk membuat garisan lurrus, mengukur dan menanda.
b. PITA PENGUKUR
- Mengukur dengan tepat khususnya yang melibatkan bahagian
melangkung (ukuran badan).

ALATAN MENDRAF

a. PEMBARIS MELENGKUNG
- Membuat dan membentuk garisan melengkung dalam proses mendraf
pola atau mengubah suai pola.
b. PEMBARIS SESIKU L
- Membuat garisan lurus khususnya yang mempunyai sudut tepat serta
memastikan ia lurus selari dengan serong.

ALATAN MEMOTONG

a. GUNTING KERTAS
- Digunakan untuk menggunting kertas.
b. GUNTING FABRIK
- Digunakan untuk menggunting fabrik.
c. KACIP / SNIPPER
- Digunakan untuk menggunting benang dan lubang butang,
menggunting bahagian yang kecil atau sempit.
d. PENETAS
- Digunakan untuk membuka jahitan yang tersilap dan menebuk lubang
butang
ALATAN MENANDA

a. PENSEL TUKANG JAHIT


- Digunakan untuk menanda, menulis dan membuat garisan penanda
pada kertas dan fabrik.
b. KAPUR PENANDA
- Digunakan untuk menanda garisan pemadan dan memindahkan garis
pola pada fabrik.
c. RODA SURIH DAN KERTAS KARBON
- Digunakan bersama untuk memindahkan tanda dan garis pemadan ke
fabrik, memindahkan tanda dan garis dalam kerja membuat penyesuaian
pola.
d. JARUM PENITI
- Digunakan untuk menyemat pola pada fabrik dan menetapkan
kepingan fabrik sebelum menjahit.

ALATAN MENJAHIT

a. JIDAL
- Disarung di jari tengah pada tangan yang menjahit bagi mengelakkan
jari tercucuk jarum.
b. JARUM JAHIT TANGAN
- Digunakan untuk menjahit bahagian - bahagian tertentu pada fabrik
dengan menggunakan tangan.
c. MESIN JAHIT
- Digunakan untuk jahitan kurus dan cantuman kepingan fabrik.
d. MESIN SULAMAN
- Digunakan untuk menjahit hiasan sulaman

ALATAN LAIN

a. TWEEZER
- Digunakan untuk memasukkan benang ke dalam lubang jarum atau
memegang batu perhiasan ketika menggunakan cecarir lilin.
b. PENGOKOT ATAU STAPLER
- Digunakan untuk mencantum kepingan-kepingan kertas.
c. PISTOL PEREKAT PANAS
- Digunakan untuk mencairkan rod perekat panas semasa mengglu.
KANDUNGAN

 JENIS BAHAN DALAM REKA BENTUK FESYEN BERDASARKAN


LAKARAN
RUJUKAN

Rujukan Internet
https://www.slideshare.net/securestar/bab-5-reka-bentuk-fesyen
https://images.app.goo.gl/Ah7q9ys2hHoB1TVC6
https://images.app.goo.gl/tZUuLGuaug5y7bjT6
https://images.app.goo.gl/rst5gCzpMimZccDP6
https://images.app.goo.gl/GUWTVjsXiLHKnSz78
https://images.app.goo.gl/jxN5KsuMhXyWbM946
https://images.app.goo.gl/9uc6hzzgKvPTuoXJ8
https://images.app.goo.gl/E3dLjziaZUUUS7vS9
https://images.app.goo.gl/FAyq7ABPGZfANjgu8
https://images.app.goo.gl/inK2R7CstDoeHgUd7
https://images.app.goo.gl/bNzse4jTcXbciJS49

Buku
Reka Bentuk dan Teknologi Tingkatan 1, Dr Salmiah Binti Jaba, Dr Rahimah
Binti Jamaluddin, Mohd Shukri Bin Mohd Rejab PPN., PJK, Abd Samad Bin
Hanif, Zamri Bin Sahaat, Pustaka Pepada Jaya Sdn. Bhd., 2016
PENUTUP

Saya amat bersyukur kerana telah menyelesaikan Folio RBT dalam tempoh masa
yang ditetapkan. Semasa melakukan Folio ini, banyak pengetahuan yang saya
pelajari. Seterusnya, saya juga dapat mengetahui tentang reka bentuk fesyen dan
boleh mengaplikasi pengetahuan tersebut dalam kehidupan seharian saya. Saya juga
dapat mengetahui prospek kerjaya dalam bidang reka bentuk fesyen.

You might also like