You are on page 1of 6

5.

2 : Reka Bentuk Fesyen

Definisi Reka Bentuk dan Fesyen


1. Reka bentuk adalah proses menterjemahkan idea serta
kreativiti bagi menghasilkan suatu produk yang mempunyai
nilai estetika serta memenuhi keperluan pengguna.
2. Fesyen adalah gaya atau stail serta perlakuan yang diterima
dan menjadi kegemaran pada satu-satu masa. Fesyen
merujuk kepada trend semasa dan terdahulu.
3. Reka bentuk fesyen merupakan seni atau proses mereka
bentuk dan mencipta produk atau fesyen kepada pengguna.
4. Reka bentuk fesyen ialah satu proses atau bidang seni yang
mengaplikasikan idea pada sesuatu reka bentuk atau rekaan
pakaian atau aksesori yang boleh dipakai erdasarkan nilai
estetika, fungsi dan keupayaan.
5. Reka bentuk fesyen menekankan aplikasi konsep, prinsip dan
elemen reka bentuk serta nilai estetika dan keindahan alam
semula jadi dalam rekaan.
6. Pengetahuan mengenai fesyen dapat menghasilkan fesyen
yang menarik dan sesuai dengan si pemakai, melindungi
kelemahan serta menonjolkan kelebihan dan memberikan
keyakinan diri yang lebihkepada si pemakai.
7. Rekaan fesyen juga dipengaruhi oleh budaya, politik, sosial,
peredaran zaman, tempat dan lokasi, dan berkembang
mengikut trend dari masa ke semasa.

Kerjaya dalam Bidang Reka Bentuk Fesyen

Bidang Kerjaya Penerangan Tugas


Pereka fesyen Individu yang terlibat Menghasilkan lakaran atau
dalam proses mereka ilustrasi reka bentuk
bentuk fesyen fesyen yang baharu
pakaian dan aksesori
Peramal fesyen Individu yang Membuat analisis dari segi
membuat ramalan penggunaan fabrik, corak,
trend fesyen yang warna, bentuk, elemen,
akan popular seni reka, penyediaan
buku ramalan trend serta
terlibat penganjuran
pameran pakaian dan
aksesori
Tenaga pengajar Individu yang Menyampaikan ilmu dan
mengajar kemahiran kemahiran berkaitan
menjahit serta fesyen kepada pelajar
pelbagai ilmu kepada
pelajar
Perunding imej Individu yang Sebagai penata gaya bagi
memberi nasihat dan meningkatkan imej dan
perundingan kepada personaliti pelaggan
pelanggan

Jenis Reka Bentuk Fesyen


1. Pakaian ialah penutup kepada bahan dan anggota yang lain.
Contohnya seluar, baju, blaus, kemeja, skirt, dan lain-lain.
2. Aksesori dipakai sebagai perhiasan atau tambahan kpada
pakaian. Contoh aksesori ialah topi, kasut, cermin mata, tas
tangan, skaf, barang kemas.

Teknik Cantuman dan Penggunaan Alatan dalam Proses


Penyediaan Reka Bentuk Fesyen
1. Cantuman ialah proses menyambung atau menyatukan
kepingan fabrik atau bahan lainbagi menghasilkan produk
reka bentuk fesyen.
2. Teknik cantuman yang digunakan termasuklah jahitan,
sulaman, tampalan, atau cantuman separa kekal dengan
menggunakan pengokot dan pita selofan.
3. Proses penyediaan reka bentuk fesyen memerlukan
penggunaan pelbagai jenis alatan.
4. Alatan yang digunakan termasuklah alatan mengukur (pita
pengukur dan pembaris), alatan mendraf (pembaris
melengkung, pembaris sesiku L), alatan menanda (kapur
penanda, pensel tukang jahit, roda surih dan kertas karbon,
jarum peniti), alatan menjahit (jarum jahit tangan, jidal, mesin
jahit, mesin sulaman), alatan memotong (gunting kertas,
gunting fabrik, kacip/snipper, penetas) dan alat lain seperti
seterika, tweezer, pistol perekat panas, pengokot, dan pita
selofan.

Lakaran Reka Bentuk Fesyen


1. Lakaran berfungsi untuk menterjemahkan idea kepada bentuk
2D atau 3D supaya dapat dilihat dengn lebih jelas. Kenal pasti
elemen reka bentuk, bahan dan teknik campuran yang akan
digunakan dan kemudian labelkan lakaran.

Analisis Elemen dalam Reka Bentuk Fesyen


1. Bentuk - merujuk kepada garis luar bentuk badan atau dikenali
sebagai silhouette.
2. Pereka perlu memahami bentuk asa badan supaya reka bentuk
pakaian yang dihasilkan dapat menutup kelemahan dan
menonjolkan kelebihan.
3. Jenis-jenis bentuk badan terbahagi kepada:
(a) Bentuk segi empat (tubular)
(b) Bentuk jam pasir (hour glass)
(c) Bentuk segi empat terbalik (inverted triangle)
(d) Bentuk tiga segi (triangle)
4. Garisan - terhasil daripada cantuman bahagian/stail pada
pakaian atau garisan pada corak fabrik itu sendiri.
5. Garisan terbahagia kepada garisan lurus dan garisan
melengkung dan dapat menghasilkan kesan yang berbeza dari
segi ebntuk, ruang, dan pergerakan.
6. Warna memberikan kesan yang berbeza pada reka bentuk
fesyen seperti warna panas, cerah, gelap, dan sejuk.
7. Warna yang berbeza menghasilkan kesan yang berbeza dan
mempengaruhi perasaan serta emosi serta menonjolkan
personaliti si pemakai.
8. Tekstur adalah permukaan sesuatu jalinan atau rasa pada
fabrik tau bahan yang digunakan dalam reka bentuk fesyen.
9. Setiap fabrik atau bahan mempunyai tekstur yang berbeza
bergantung pada jenis gentian yang digunakan, benang, dan
cara membuatnya.
10. Pemilihan tekstur fabrik yang sesuai dapat menghasilkan reka
bentuk fesyen yang menarik. Tekstur memberikan kesan
tampak dan ilusi yang berbeza kepada reka bentuk fesyen.
11. Tekstur terbahagi kepada:
(a) Tekstur lembut - memberikan tekanan kepada bentuk
badan dan menampakkan ciri kelembutan.
(b) Tekstur berkilat memanulkan cahaya.
(c) Tekstur kasar - membuatkan sesuatu reka bentuk nampak
lebih lasak.
(d) Tekstur legap - menyerapcahaya dan memberikan kesan
kecil.

Penghasilan Reka Bentuk Fesyen


1. Langkah penghasilan reka bentuk fesyen adalah seperti yang
berikut:

Tinjaun dan
Pemilihan tema penyelidikan
Pembinaan
Penjanaan idea mock-up projek

Pengujian dan
penambahbaikan

2. Langkah- langkah untuk membangunkan produk reka bentuk


fesyen ialah:

Sediakan
bahan dan Mengukur Mendraf Menanda
alatan

Kemasan/
Memotong Mencantum membuat Produk siap
hiasan

You might also like