You are on page 1of 10

BAB 4 : LAKARAN

1. Lakaran merupakan contengan berbentuk garisan, gambar,


dan simbol bahasa yang menerangkan sesuatu perkara.
2. Lakaran ialah lukisan awal tau lukisan draf yang dihasilkan
melalui cara lukisan bebas (freehand drawing).
3. Lakaran awal dihasilkan dengan adanya pencetus idea.

Pencetus idea Lakaran awal

4. Lakaran bebas ialah hasil lakaran yang spontan dan ringkas


untuk tujuan melajirkan idea.
5. Lakaran berpernan menjadikan gambaran awal untuk
menunjukkan rupa atau bentuk sesuatu produk dan
memudahkan komunikasi antara pereka bentuk dengan
pembuat produk.
6. Lakaran melibatkan proses yang berulang sehingga lakaran
tersebut menepati kehendak pelanggan.
7. Proses lakaran bermula daripada contengan idea, perincian
konsep asas, perincian visual, dan akhirnya lakaran lengkap.

Peranan Lakaran Utama


1. Lakaran berperanan dalam menentukan konsep awal proses
reka bentuk sesuatu produk, proses pembinaan, bahan yang
akan digunakan, dan kos pembinaan projek yang terlibat.
2. Peranan utama lakaran termasuklah:
(a) Mempercepatkan pembangunan konsep - menerokai
konsep dengan baik dan menjimatkan masa.
(b) Asas komposisi untuk ilustrasi - menunjukkan komposisi
komponen dalam ilustrasi awal.
(c) Medium komunikasi pereka dengan pelanggan.
(d) Eksplorasi visual - sebagai catatan aktiviti dan eksplorasi
pereka.
(e) Penyelesaian perincian visual - penerangan tentang
elemen, prinsip, dan bahan yang digunakan untuk
memudahkan pembangunan produk.
3. Lakaran penting kerana:
(a) Merupakan komponen utama dalam reka bentuk dan
merupakan lukisan kasar yang dihasilkan oleh pereka
untuk menggambarkan idea.
(b) Idea reka bentuk dapat diterjemahkan dalam bentuk
visual untuk memudahkan pereka bentuk.
(c) Lakaran dapat memudahkan pereka membentuk
perbandingan pelbagai reka bentuk.
(d) Lakaran juga berfungsi menyampaikan maklumat
berkenaan bahan, dimensi, warna, dan fungsi dan
berguna dijadikan sebagai rujukan kepada pereka bentuk
sekiranya terdapat pengubahsuaian.
4. Jenis-jenis lakaran yang biasanya digunakan:

Jenis Lakaran Ciri-ciri Lakaran


Peribadi atau contengan Tidak kemas, tidak tersusun,
digunakan untuk penyediaan
konsep produk
Penerokaan Dilakar untuk membuat
perbandingan dengan produk
yang sedia ada
Teknikal Lakaran ini mengandungi
perincian dimensi, mungkin
menggunakan lakaran ceraian,
keratan rentas, dan pelbagai
pandangan untuk
menggambarkan rekaan
produk yang akan dihasilkan
Perkembangan idea Digunakan untuk
menenjukkan kesemua lakaran
objek bermula daripada idea
pertama hingga ke produk
yang akan dihasilkan
Persembahan Membantu pelanggan
memahami konsep rekaan
produk
Digital Imej yang dihasilkan
menggunakan komputer

Teknik Lakaran Piktorial


1. Lakaran piktorial ialah gambaran objek sebenar atau
bayangan yang akan dilihat oleh orang yang akan
melihatnya dari pelbagai sudut.
2. Lakaran piktorial boleh dibuat dengan cara ortografik atau
perspektif.
3. Lakaran ortografik melibatkan tiga pandangan iaitu
pandangan atas (pelan), pandangan hadapan, pandangan
sisi objek.
4. Terdapat tiga kaedah untuk membua lakaran piktorial iaitu:

Jenis Lakaran Piktorial Ciri-ciri Lakaran


Mempunyai sudut 45” pada
satu sisi paksi mendatar

Mempunyai sudut-sudut 30”


pada kiri dan kanan paksi
mendatar
Dihasilkan dengan kaedah satu
titik, dua titik atau tiga titik

Teknik Lakaran Piktorial


1. Teknik melakar akan menentukan kualii lakaran yang akan
dihasilkan.
2. Teknik-teknik lakaran adalah seperti berikut:

Kaedah asas lakaran


Melakar garisan lurus adalah
sangat pentung untuk
menguasai teknik melakar
supaya garisan tidak tersasar
dari titik yang dikehendaki.
Terdapat kaedah garisan dan
kaedah garisan terus dua titik.
Lakaran Oblik
Lakaran yang berbentuk 3D.
Lakaran ini dilakar
berpandukan tiga paksi asas -
paksi menegak, paksi surut,
dan paksi mendatar. Paksi
surut adalah cenderung
kepada paksi mendatar
bersudut 45” dan paksi
mendatar adalah bersudut
tepat dengan paksi menegak.
Lakaran Isometik
Lakaran piktorial 3D yang
menunjukkan keseluruhan dari
segi pandangan atas (pelan),
pandangan hadapan, dan
pandangan sisi.
Lakaran Perspektif
Lakaran ini merupakan satu
kaedah ilustrasi objek di mana
objek yang dekat bersaiz lebih
besar berbanding objek yang
jauh. Lakaran perspektif boleh
dihasilkan dengan kaedah satu
titik, biasanya digunakan untuk
mempersembahkan produk
sebenar seperti bangunan dan
jalan raya.
Lakaran bulatan, lengkung,
dan elips
Kaedah ini digunakan untuk
objek yang tidak bergarisan
lurus, contohnya objek
berbentuk silinder, sfera dan
kon.
Gaya visual Lakaran
Kaedah yang digunakan untuk
menjadikan lakaran lebih
realistik. Teknik rendering
memaparkan permukaan rata
supaya kelihatan melengkung
atau membonjol keluar.
Kaedah kesan cahaya dan
bayang perlu mengenal pasti
kedudukan sumber cahaya
terlebih dahulu.

Lakaran Asas Produk dalam Bentuk 3D Berdasarkan 2D

Jenis Lakaran Ciri-ciri


Lakaran 2D Terdiri daripada datu
pandangan sahaja, dilihat dari
satu arah, ukuran yang
terdapat dalam lakaran ini
bergantung kepada sudut
pandangan, sama ada panjang
dan lebar, panjang dan tinggi,
atau lebar dan tinggi.

Lakaran 3D Memberikan gambaran yang


sebenar objek ingin dibina.
Lakaran ini mempunyai lebih
daripada satu permukaan
kerana menunjukkan tiga
ukuran dimensi, iaitu tinggi,
lebar, dan panjang.

Pemilihan Lakaran Produk Terbaik Berdasarkan Elemen Reka


Bentuk
1. Pemilihan lakaran produk terbaik dibuat berdasarkan elemen
reka bentuk. Hanya satu lakaran yang terbaik dipilih setelah
membuat penilaian terhadap beberapa lakaran yang telah
dihasilkan.
2. Pemilihan lakaran terbaik juga boleh dibuat menggunakan
borang penilaian. Kaedah ini memastikan pandangan dan
pendapat kumpulan sasaran atau pengguna diambil kira.
3. Maklumat yang diperoleh dapat digunakan untuk pereka
bentuk memilih lakaran yang terbaik berdasarkan kriteria
lakaran.
4. Kriteria pemilihan lakaran adalah seperti yang berikut:

5. Pereka bentuk perlu sentiasa peka kepada perubahan


keperluan dan kehendak pengguna, dan sentias mencari
idea baru untuk memastikan produk mereka sentiasa berada
dipasaran.
6. Maklumat yang ada pada lakaran produk yang dipilih
menunjukkan bahan yang digunakan, penyambungan yang
dibuat, jenis kemasan produk, fungsi produk, dan elemen
yang digunakan.

7. Berdasarkan penilaian, pereka boleh membuat


penambahbaikan atas lakaran akhir.
8. Penambahbaikan atas lakaran mungkin disebabkan oleh
kehendak bahagian pengeluaran, kesukaran menghasilkan
produk rekaan itu, atupun reka bentuk itu tidak lagi
menepati keperluan kerana terdapatnya pesaing atau
citarasa pelanggan sentiasa berubah. Semua faktor tersebut
akan menjadi reka bentuk sedia ad tidak lagi dapat
memenuhi keperluan pasaran dan penambahbaikan adalah
diperlukan.

9. Tujuan penambahbaikan dilakukan adalah:


Memenuhi citarasa
Mengikut trend semasa
terkini pengguna

Menyaingi produk-
Mengikut kehendak
produk yang ada di
pengguna
pasaran

10. Penambahbaikan pada lakaran bagi menghadapi persaingan


daripada produk lain dalam pasaran adalah dengan:

Menambahkan elemen Menggunakan bahan


reka bentul yang lebih baik

Menukar bentuk Menambah fungsi


lakaran produk

You might also like