You are on page 1of 4

UCAPAN YANG DIPERTUA

MESYUARAT AGUNG KAWASAN 2022


IKRAM KAWASAN MANJUNG

ِ َّ ُ‫علا ْي ُك ْم او ارحْ امة‬


ُ ‫ٱَّلل اوبا اركاتُه‬ ‫س اَل ُم ا‬
َّ ‫ال‬

ِ ‫ َم ْن يَ ْه ِد هللاُ فَالَ ُم‬،‫ت أ َ ْع َما ِلنَا‬


ْ ُ‫ضلَّ لَهُ َو َم ْن ي‬
‫ضل ِْل‬ ِ ‫سيِئ َا‬
َ ‫مِن‬ ِ َّ ِ ‫إِ َّن ْال َح ْم َد‬
ْ ‫َلِل نَ ْح َم ُدهُ َونً ْست َ ِع ْينُهُ َونً ْست َ ْغف ُِر ْه َونًعُوذً ِبِاهللِ م ِْن ش ُُر ْو ِر أ َ ْنفُ ِسنَا َو‬
َ ‫ أ َ ْش َه ُد أ َ ْن الَ إِلَهَ إِالَّ هللا َوأ َ ْش َه ُد أ َ َّن ُم َح َّمدًا‬.ُ‫ِي لَه‬
ُ ‫ع ْب ُدهُ َو َرسُ ْولُه‬ َ ‫فَالَ هَاد‬

Yang dimuliakan, Tuan Pengerusi Tetap, Tuan Haji Rasidi Adenin bersama Tuan
Timbalan Pengerusi Tetap, Hasanun Arif Massuti.

Yang dihormati, Dr Hasbullah Ashari, Yang Dipertua IKRAM Negeri Perak, yang bakal
merasmikan Mesyuarat Agung IKRAM Kawasan Manjung pada pagi ini.

Seterusnya, yang dihargai, para ahli jawatankuasa IKRAM Kawasan Manjung yang telah
berusaha bersama-sama saya pada sesi lepas dalam melayari bahtera kepimpinan
IKRAM Manjung selama 4 tahun, teristimewa buat TYDP, akhuna Fakru Razi Md Nawi.

Begitu juga para ahli IKRAM Kawasan Manjung yang saya kasihi dan cintai sekalian.

Kita telah memasuki tahun ketiga pandemic COVID19. Krisis ini telah banyak
memberikan kesan kepada setiap orang daripada kita. Tidak ada yang terkecuali.

Sebagai sebuah pertubuhan, IKRAM juga tidak terlepas daripada menerima kesan
pandemic COVID19. Keterbatasan dalam beraktiviti dan beramal menyulitkan kita untuk
mencapai pelbagai matlamat yang direncanakan. Pelbagai perintah kawalan dan SOP
menyebabkan kurangnya pertemuan dikalangan kita. Tak kurang juga sedikit sebanyak
merenggangkan ukhuwah sesama kita.

Sebagai Yang Dipertua IKRAM Manjung sepanjang sesi 2020 – 2022, saya merasakan
bahawa saya telah gagal dalam membawa jamaah ini ke mercu kejayaan sepanjang
pandemic berlangsung. Untuk itu, saya ingin memohon maaf kepada seluruh ahli IKRAM
Kawasan Manjung atas kelemahan dan keterbatasan saya dalam mengendalikan jamaah
ini.
UCAPAN YANG DIPERTUA
MESYUARAT AGUNG KAWASAN 2022
IKRAM KAWASAN MANJUNG

Inshaallah, bermula bulan hadapan, negara bakal memasuki fasa endemik yang
membolehkan kita kembali kepada kehidupan sebelumnya. Pelbagai kelonggaran akan
diberikan. Saya berdoa dan berharap agar kita semua dapat kembali mengimarahkan
amal-amal kita dalam IKRAM Manjung ini.

Ikhwah dan akhwat yang dikasihi sekalian,

Ini merupakan ucapan saya yang terakhir sebagai YDP IKRAM Manjung. Suka untuk
saya kongsikan tentang betapa istimewanya wadah perjuangan IKRAM ini. IKRAM bukan
sekadar sebuah NGO atau pertubuhan berdaftar. Malah, ia juga sebuah gerakan massa,
gerakan dakwah dan harakah Islam.

Sebagai sebuah pertubuhan yang mempunyai cita-cita besar, maka ahli-ahlinya juga
mesti berjiwa besar. Jiwa-jiwa ini tidak dapat dipupuk dalam IKRAM melainkan perlunya
ukhuwah yang utuh dikalangan kita.

Sebagaimana yang saya sebut tadi, pandemic COVID19 sedikit sebanyak telah
merenggangkan ukhuwah dikalangan ahli-ahli IKRAM. Kini tiba masanya untuk kita
perkemaskan dan perkukuhkan ukhuwah sesama kita.

Ukhuwah amat penting dalam kita melayari bahtera dakwah ini. Tanpanya, tiada lagi
kemanisan dalam perjuangan. Tagline atau motto IKRAM juga menyebutkan “Ukhuwah
Teras Kegemilangan”.

Dalam jamaah ini, kalau boleh kita umpamakan ia sebagai sebuah bangunan yang besar,
qiyadah atau pimpinan adalah pilar-pilar konkrit manakala kita sebagai jundi atau ahli
adalah batu-batanya.

Batu-bata ini pula takkan mampu mengikat dan melekat tanpa adanya simen. Nah, simen
inilah ukhuwah. Simenlah yang mengikat kita semua untuk terus berdiri teguh.

Simen ini pula tak dapat mengikat jika tidak dibasahkan dengan air. Jika tidak dibancuh
dengan air, ia hanya sekadar debu yang tak mampu mengikat bata.
UCAPAN YANG DIPERTUA
MESYUARAT AGUNG KAWASAN 2022
IKRAM KAWASAN MANJUNG

Begitu juga ukhuwah, tidak boleh kering hanya sekadar kata-kata dan taujihat. Ukhuwah
perlu dibasahi dengan kemanisan, amal, praktis, adab dan pelbagai lagi. Konfilik
ketegangan atau perbezaan pandangan juga, jika diurus dengan baik mampu
menatijahkan ukhuwah yang indah.

Mari kita ulangkaji perihal ukhuwah yang disebut dalam tarbiah kita.

َ‫ّٰللا لَ َعلَّكُ ْم ت ُ ْر َح ُم ْون‬ ْ َ ‫اِنَّ اما ْال ُم ْؤ ِمنُ ْونَ ا ِْخ َوة ٌ فَا‬
َ ‫ص ِل ُح ْوا َبيْنَ اَخ ََو ْيكُ ْم َواتَّقُوا ه‬
“Sesungguhnya orang-orang beriman itu bersaudara, maka damaikanlah antara
mereka. Dan bertaqwalah kepada Allah mudah-mudahan kalian mendapat rahmah.”
(Al-Hujurat: 49)

‫الَ يُؤْ ِم ُن أ َ َح ُدكُ ْم َحتَّى يُحِ بَّ ألَخِ ْي ِه َما يُحِ بُّ ِلنَ ْف ِس ِه‬
“Tidak beriman kamu hingga dia mencintai untuk saudaranya apa yang dia cintai untuk
dirinya sendiri.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Al-Imam Asy-Syahid Hasan Al-Banna mendefinisikan ukhuwah:

“Yang saya maksudkan dengan ukhuwah ialah hati dan jiwa yang terikat dengan ikatan
aqidah. Ukhuwah ialah hati atau jiwa yang terikat. Ia diikat oleh tauhidullah dan bukan
dengan ikatan yang lain. Tauhid kepada Allah Subhanahuwata’ala merupakan ikatan
yang paling kukuh. Dengan ukhuwah seseorang itu akan merasai bahagia bersama-
sama dengan saudaranya. Perpecahan pula adalah saudara kepada kekufuran.

Ukhuwah lahir daripada kekuatan kasih sayang. Darjat kasih sayang yang paling
rendah ialah ‫( سالمة الصدر‬berlapang dada). Dengan berlapang dada, tidak ada di dalam
hati seseorang sebarang halangan dengan saudaranya. Ini kerana telah wujud saling
percaya mempercayai antara mereka.
UCAPAN YANG DIPERTUA
MESYUARAT AGUNG KAWASAN 2022
IKRAM KAWASAN MANJUNG

Manakala darjat kasih sayang yang paling tinggi ialah ‫االثار‬, iaitu mengutamakan
saudaranya lebih daripada diri sendiri.”

Kunci kepada keutuhan ukhuwah adalah pada keimanan kepada Allah s.w.t.
Pertingkatkan iman dan hubungan dengan Allah, maka inshaallah ukhuwah sesama kita
akan kukuh.

Inshaallah, Ramadan bakal tiba 2 minggu dari sekarang. Mari sama-sama kita
manfaatkan kedatangan bulan mulia ini dengan amal ibadah yang membina iman
disamping menguatkan ukhuwah.

Sebelum mengundur diri, sekali lagi saya memohon maaf atas segala kesilapan atau
kekhilafan sepanjang mengemudi IKRAM Kawasan Manjung dari tahun 2018 hingga kini.
Saya juga mengucapkan syukur dan terima kasih tidak terhingga kepada seluruh ahli
jawatankuasa serta ahli-ahli IKRAM Manjung yang telah bersama-sama saya bertungkus
lumus menjayakan agenda IKRAM di sini. Moga Allah s.w.t menerima dan memberkati
amal-amal kita semua, dan mengurniakan kita syurga.

ُ ‫علَ ْيكُ ْم َو َرحْ َمةُ هللاِ َو َب َركَاتُه‬


َ ‫سالَ ُم‬
َّ ‫َو ال‬

Dr Azizul Bin Salehudin


Yang Dipertua
Pertubuhan IKRAM Malaysia

Kawasan Manjung

2018 - 2022

You might also like