You are on page 1of 7

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MENJALARA

BANDAR MENJALARA, KEPONG 52100 KUALA LUMPUR

MINIT MESYUARAT AJK ICT SMK MENJALARA KALI PERTAMA / 2014

Tarikh/Hari : 18 Febuari 2014/Selasa


Masa : 1.30 – 2.30 petang
Tempat : Bilik Seminar
Pengerusi : Pn Hjh Azizah Bt Yahya
Kehadiran :

1. Pn. Hjh Azizah Binti Yahya -Pengetua/Pengerusi


Pn. Tuan Hasnah Bt Raja Hassan -Penolong Kanan 1/ Naib Pengerusi
2. Pn. Hjh Faridah Bt Abd. Hamid -Ketua Bidang Kemanusiaan
3. En. Abdul Rahim Bin Jantan
4. Pn. Azura Bt Othman
5. Pn. Badaruyatulliza Bt Baharuddin
6. Pn. Koay Wan Choo
7. Pn. Norliza Bt Ibrahim
8. Pn. Nurul Huda Bt Azizi
9. Pn. Norsyamsiah Bt Ramli
10. Pn. Shazwaatirah Bt Ahamad Walad
11. Pn. Wan Rozila Bt Wan Engah
12. Pn. Norzita Bt Yusoff
13. Pn. Nor Afizah Bt Osman
14. Cik Siti Mardziah Bt Fadzil Hajazi
15. Pn. Cik Noor Lyziana Bt Zahari
16. Datin Shahrulhaida Bt Makhusin
17. En. Shopian Bin Md Zain
18. Pn. Wajiha Bt Abd Wahab
19. Pn. Wan Nor Aishah Bt Wan Muhd
20. Cik Zuliza Bt Mat

Tidak hadir bersebab :


1. Pn. Ho Chooi Sean - PK HEM/ Naib Pengerusi
2. Datin Hjh Foziah Bt Datuk Hj Ahmad - PK Kokurikulum/ Naib Pengerusi
3. Pn. Rozilwati Bt Zauzi
4. Pn. Devi Indra a/p Parasuram
5. Pn. Najwa Bt Sidi Ahmad

Urus Setia/ Setiausaha : Pn Wajiha Bt Abd Wahab


AGENDA MESYUARAT

1.0 UCAPAN PENGERUSI


Pengerusi merangkap Pengetua SMK Menjalara, Puan Hajah Azizah Bt Yahya mengalu-
alukan kedatangan semua guru dan mengucapkan terima kasih kerana sudi hadir pada LDP
hari ini. Beliau juga mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada guru-guru yang telah
dilantik menjadi AJK ICT sekolah.

2.0 PERLANTIKAN JAWATANKUASA ICT

2.1 Sistem Pengurusan Sekolah (SPS)

Guru SPS pagi dan petang perlu melaksanakan tugas-tugas berikut:

2.1.1 Menyimpan surat menyurat, laporan kerosakan,, aktiviti yang akan


dijalankan dan bahan mengenai perlaksanaan SPS ke dalam fail.
Makluman guru data SPS (Pn. Norliza & Pn. Wajiha)

2.1.2 Di akhir tahun, salinan perlulah dibuat dan salinan tersebut akan
diletakkan ke dalam fail ICT sekolah (Makmal Komputer Bestari-bawah).
2.1.3 Membuat taklimat / LDP penggunaan modul SPS apabila perlu
2.1.4 Memantau kemas kini data guru

- Memastikan semua bilangan staf dan staf sokongan sama seperti data terkini
- Mememastikan semua staf dan staf sokongan mengisi maklumat terkini.
Menurut Pn. Azura bt Othman, guru biasa akan mengalami masalah ketika proses
kemaskini bahagian-bahagian lain dalam SPS iaitu hanya admin sahaja yang
boleh mengemaskini bahagian tertentu. Beliau meminta agar ID admin SPS
dibuka dalam tempoh tertentu bagi membolehkan guru-guru dapat mengemaskini
bahagian keseluruhan data guru.
Makluman Pn Azura Othman

2.1.5 Memantau kemas kini data pelajar

- Memastikan semua bilangan pelajar setiap kelas mencukupi seperti data


terkini/buku rekod kehadiran
- Memastikan semua maklumat pelajar yang dikehendaki diisi oleh guru kelas
Makluman Pn Nurul Huda & Pn Najwa

2.1.6 Memasukkan data dan memantau kemas kini data kemudahan sekolah
temasuklah kemudahan/kelengkapan/bangunan.
Makluman Pn Badariyatulliza

2.1.7 Mengemaskini maklumat penting


Makluman Nor Afiza & Cik Mardziah

2.2 Mobile Lab

Dua orang guru dipertanggungjawabkan dalam menjaga Mobile Lab iaitu Pn Norliza (Mobile
Lab di Makmal Komputer) dan Pn Wajiha (Mobile Lab di Bilik TK). Di antara tanggungjawab
yang perlu dilaksanakan ialah:

2.2.1 Menguruskan segala aset/peralatan mobile lab


2.2.2 Melaporkan sebarang kerosakan peralatan (menggunakan email sekolah
dan setiap laporan perlu dicetak dan disimpan ke dalam fail)
2.2.3 Memantau penggunaan chromebook oleh guru dan pelajar
2.2.4 Membuat taklimat penggunaan peralatan dan aplikagi google (email dan
aplikasi google drive, sekiranya perlu)
Makluman Pn Norliza & Pn Wajiha
2.3 Data ICTS
Manakala tugas yang perlu dilaksanakan dalam menguruskan data ICTS ialah

2.3.1 Memasukkan data ICTS sekolah (Data ICT diambil oleh penyelaras dari
Pejabat, bilik Ketua Bidang dan bilik TK. Manakala bilik-bilik khas yang lain
melalui guru bilik khas masing-masing)
2.3.2 Memasukkan data VLE Frog
2.3.3 Memasukkan data PPSMI
Makluman Pn Norliza & Pn Rozilawati

2.4 Data SSQS

Tugas guru data SSQS ialah

2.4.1 Membuat taklimat dan mengedarkan borang kepada guru-guru panitia dan
guru perpustakaan / guru media
Makluman Pn Norliza

2.4.2 Menjawab soal selidik


Makluman Guru Panitia & Guru Perpustakaan/ Guru Media

2.4.3 Memasukkan data ke dalam sistem


Makluman kepada guru berkenaan

2.4.4 Mencetak laporan dan menghantar ke PKG


Makluman Pn Norliza

2.5 Laman Web Rasmi Sekolah

Laman web rasmi sekolah perlu dikemaskini mengikut perkembangan semasa. Diantara
tugas-tugas yang perlu dilaksanakan ialah

2.5.1 Memasukkan data mengenai


- Kokurikulum
- Kurikulum
- HEM
Makluman Skuad Siber
- PPKI
Makluman Pn Nor Afiza
- Jadual Guru Bertugas
- Aktiviti semasa
Makluman Pn Norliza
- Pengumuman
Makluman Skuad Siber & Cik Mardziah

Pn Norliza akan melatih Skuad Siber sekolah bagi membantu beliau dalam
menguruskan laman web rasmi sekolah.
Makluman Pn Norliza

2.6 VLEFrog

Tugas-tugas guru dalam melaksanakan VLEFrog ialah

2.6.1 Menubuhkan ‘Frog Team’


Menurut Pn Norliza, guru-guru tingkatan boleh dapatkan senarai ID Frog pelajar bagi
tingkatan 2 tahun 2014 berdasarkan senarai tahun 2013.

2.6.2 Menubuhkan ‘Students Champion’


Menurut Pn Norliza lagi, pelajar-pelajar yang telah terpilih sebagai Student Champion
telah dilatih terlebih dahulu sehingga mahir sebelum membantu guru dan rakan
pelajar yang lain.
Makluman Pn Norliza
2.6.3 Mengubah suai Dashboard Sekolah
Makluman Pn Norliza

2.6.4 Mengubah suai Dashboard Personal Sekolah


Makluman En Shopian

2.6.5 Mengadakan kursus penggunaan VLEFrog kepada guru dan pelajar


Kursus penggunaan VLEFrog ini telah dilaksanakan pada tahun lepas.
Makluman Pn Norliza (pagi) & En Shopian (petang)

2.6.6 ID VLEFrog
- Mendaftar/Transfer In/Transfer Out ID Frog
- Memaparkan ID Pengguna baru pada board VLEFrog
- Disable ID pelajar yang telah dibuang
- ID pelajar akan diberi kepada guru kelas untuk rujukan mereka
- ID ibubapa akan diberikan semasa PIBG (1/3/2014)
Makluman Pn Rozilawati, Cik Zuliza & Students Champion

2.6.7 Mempromosikan VLEFrog


- Menghias board (guna papan kenyataan Kurikulum-Tingkatan 1)
- Menganjurkan pertandingan
- Menampal poster dan menggantung banner
Makluman Pn Norzita, Pn Norhasliza, CIk Noor Lyziana,
Pn Wan Noraisyah & Students Champion

2.6.8 Menguruskan Booking Calender


- Membuat tempahan bilik khas (Makmal Komputer & Bilik TK yang ada
chromebook)
- Memberi kunci
Menurut Pn Norliza, guru-guru boleh menggunakan mana-mana bilik tetapi mestilah
membuat tempahan terlebih dahulu iaitu secara online sehari sebelum
menggunakannya. Guru-guru juga boleh menempah secara manual pada buku
tempahan yang telah disediakan di pejabat sekolah. Ini kerana pada akhir tahun,
setiap bilik-bilik ini akan dianalisis penggunaanya.
Makluman semua guru & Pn Noornastrikin

2.6.9 Kongsi departmental site kurikulum dan pastikan tugas kerja dilaksanakan
Makluman Pn Shamsiah

2.6.10 Kongsi site kokurikulum dan pastikan tugas kerja dilaksanakan


Makluman Pn Shazwaathirah

2.6.11 Kongsi site kelas dan pastikan tugas kerja dilaksanakan


Makluman Pn Koay Wan Choo

2.6.12 Kongsi site PPKI dan pastikan tugas kerja dilaksanakan


Makluman Pn Nor Afiza

2.6.13 Kongsi site PIBG dan pastikan tugas kerja dilaksanakan


Makluman SU PIBG (wakil ibubapa pelajar)

Penyelenggaraan

Tugas-tugas guru dalam menyelenggara peralatan ICt ialah

2.7.1 Sekiranya guru yang menyelenggara peralatan ICT yang mempunyai tagging,
guru perlu mengisi:
- KewPA 2 (Daftar Harta Modal) – tulis laporan di bahagian belakang.
- KewPA 6 (Buku Daftar Pergerakan Harta Modal) – sekiranya peralatan
tersebut perlu dibawa keluar dari sekolah untuk diselenggara.
2.7.2 Sekiranya guru penyelenggara ingin mendapatkan spare part/ komponen
komputer, boleh dapatkan di dalam stor Makmal Komputer Atas.
2.7 Makluman Pn Norliza (Penyelaras), En Shopian & En Abdul Rahim

3.0 HAL-HAL LAIN

3.1.1 Capaian Internet dalam kawasan sekolah


Menurut En Shopian, capaian Internet di bilik guru sangat lemah dan kadang kala
tidak ada capaian Internet. Ini amat menyukarkan kerja-kerja guru yang memerlukan
capaian internet terutama guru sesi petang bagi memasukkan skor PSB pelajar serta
sistem lain seperti SPS, HERMIS, APDM serta VLEFrog yang akan digunakan dalam
pembelajaran dan pengajaran.

Menurut Pn Norliza pula, ketika pegawai dari pihak YES datang memantau, speed test
menunjukkan capaian internet yang baik. Walaupun hakikat sebenarnya tidak bergitu
memuaskan.

Tuan Pengetua meminta agar setiap guru mengaktifkan VLEFrog menggunakan


Chromebook supaya dapat menarik signal yang lebih kuat dan mempunyai rekod
penggunaan yang tinggi. Beliau juga berharap guru-guru dapat mengaplikasikan
penggunaan VLEFrog dalam pembelajaran dan pengajaran.

3.1.2 Penggunaan Pencetak

Tuan Pengetua telah menghadkan penggunaan pencetak. Guru-guru hanya boleh


membuat cetakan untuk hal-hal berkaitan pentandbiran dan hal sekolah sahaja. Ini
kerana terdapat guru telah menyalahgunakan peralatan sekolah tersebut. Menurut
beliau lagi, guru-guru boleh menggunakan pencetak berwarna dan pencetak hitam-
putih yang ada di bilik pengetua. Selain itu, guru-guru juga boleh menggunakan
pencetak di bilik Pn. Tuan Hasnah. Penggunaan pencetak bewarna di bilik media
hanyalah dikhaskan untuk kegunaan pelajar Multimedia sahaja.

4.0 PENUTUP
Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir dalam mesyuarat kali
ini dan berharap setiap guru dapat menjalankan tugas yang amanahkan dengan baik dan
lancar.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

……………………………….. ……………………………
(Wajiha binti Abd. Wahab) ( )
Setiausaha
MAKLUMBALAS MESYUARAT

Nama Mesyuarat : Mesyuarat AJK ICT SMK Menjalara Kali Pertama 2014

Tarikh : 18 Febuari 2014

Tempat : Bilik Seminar

MUKA SURAT PARA PERKARA TINDAKAN MAKLUM BALAS

Disediakan oleh

………………………………..

(Pn. Wajiha binti Abd. Wahab) Tarikh :

You might also like