You are on page 1of 1

KELAB BOLA SEPAK SELENDANG UNITED

WISMA BELIA MBFM FELDA SELENDANG 01


26800 KUALA ROMPIN,
PAHANG DARUL MAKMUR
011-70775889 / 0166225652

Tarikh : 10 Januari 2022


Pengerusi Pengadil
En Zamri bin Kamal
Persatuan Bolasepak Daerah Rompin
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Daerah Rompin
Blok A, 26800 Rompin, Pahang
Tuan,

MEMOHON MENDAPATKAN KHIDMAT PENGADIL UNTUK KEJOHANAN


PENALTI BOLA SEPAK DAN FUTSAL

Perkara di atas dirujuk.


2. Kelab Bola Sepak Selendang United akan mengadakan Kejohanan Penalti Bola Sepak
dan Futsal pada 15 Januari 2022 yang bertempat di Padang Awam Felda Selendang 01 bermula
jam 8.00 pagi hingga 12.00 malam.

3.  Sehubungan dengan itu, pihak kelab memohon pihak tuan untuk menyediakan seramai 3
orang pengadil bagi mengadili kejohanan tersebut.

4.        Perhatian dan pertimbangan dari pihak tuan amatlah kami harapkan bagi menjayakan
kejohanan ini seterusnya dapat mencapai matlamat kejohanan iaitu mencungkil bakat-bakat baru
dalam bola sepak di Felda Selendang ini khasnya. Segala kerjasama pihak tuan kami dahului
dengan jutaan terima kasih.

Sekian,

Disediakan oleh ,

Khairil
…………………………….…
(Mohd Khairil bin Omar)
Pengerusi
Kelab Bola Sepak Selendang United
011-70775889

You might also like