You are on page 1of 3

PUSAT ANAK GENIUS NEGARA PULAU PANGKOR

LOT 3765 KG. SUNGAI PINANG BESAR


PULAU PANGKOR
PERAK DARUL RIDZUAN
Telefon: 05-6851189
Email : pangkor@moe.gov.my

Ruj. Kami :PAGNPANGKOR/100/1/1/1( )


Tarikh :23 DISEMBER 2022

JABATAN PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR DAN TAMAN NEGARA NEGERI PERAK,


TINGKAT 3, WISMA PERSEKUTUAN,
JALAN DATO SERI AHMAD SAID, GREENTOWN,
30459, IPOH , PERAK

Tuan,
ADUAN GANGGUAN MONYET LIAR

Dengan segala hormatnya,perkara di atas adalah di rujuk.

2. Untuk pengetahuan pihak tuan , Pusat Anak Genius Negara Pulau Pangkor yang
terletak di alamat LOT 3765, Kg Sungai Pinang Besar, Pulau Pangkor adalah sebuat pusat
asuhan dan didikan awal kanak-kanak yang bernaung di bawah Kementerian Pendidikan
Malaysia. Seramai 40 orang kanak-kanak berumur 2-4 tahun yang mengikuti program
Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan seramai 5 orang pendidik serta 4 orang staf sokongan
bekerja di PAGN Pulau Pangkor.

3. Terdapat gangguan monyet liar yang sering berlaku di pusat ini dan mengakibatkan
kemusnahan harta benda pihak PAGN Pulau Pangkor antaranya alat permainan yang
diletakkan di pondok mainan, pokok-pokok serta kebun tanaman dan barangan peribadi
kanak-kanak seperti selipar dan sebagainya.

4. Gangguan monyet liar ini semakin mengganas apabila terdapat sekumpulan monyet
yang berani mengejar pendidik dan staf serta menakutkan kanak-kanak di PAGN. Kacau
ganggu monyet liar ini bukan sahaja memberi kesan kepada PAGN Pulau Pangkor malah
kepada penduduk setempat berdasarkan perbincangan dengan penduduk berdekatan.
5. Disebabkan gangguan monyet liar ini , aktiviti rutin bagi program di asuhan dan
didikan di PAGN terganggu kerana kanak-kanak tidak dapat melakukan aktiviti nature walk,
main air dan main pasir di ruangan luar PAGN.

6. Saya menggesa pihak PERILITAN yang terlibat mengambil serius aduan ini sebelum
berlaku perkara yang memudaratkan kepada kanak-kanak yang mengikuti program
Pendidikan di PAGN PULAU PANGKOR.

7. Sekali lagi saya memohon pihak PERHILITAN dapat mengambil tindakan


sewajarnya bagi permasalahan ini.

Segala kerjasama amat saya hargai.

Sekian terima kasih.

Saya yang menjalankan amanah,

………………………………..
(NUR DZALIHA BINTI HALID)
KETUA PENDIDIK
PUSAT ANAK GENIUS NEGARA PULAU PANGKOR

S. K

TUAN AZLAN BIN BAHARUDIN (KETUA KAMPUNG SUNGAI PINANG BESAR,PANGKOR)

PUAN ROSNANI BINTI DAUD (PEGAWAI PAKSI, BAHAGIAN GENIUS, KEMENTERIAN PENDIDIKAN
MALAYSIA)
BEBERAPA GAMBAR KEMUNCULAN MONYET LIAR DI PAGN PULAU PANGKOR

You might also like