You are on page 1of 4

A07200 Pendidikan Moral

BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL

PENDIDIKAN MORAL

UNIT KEMANUSIAAN
TAHUN PENGAJIAN TAHUN 1(SEMESTER 2)
BIDANG 3.0 MORAL DAN KENEGARAAN
STANDARD KANDUNGAN 3.4 KEUNIKAN RAKYAT MALAYSIA
3.4.1 Menyenaraikan keunikan rakyat Malaysia dari
segi agama, bangsa, budaya dan bahasa.
3.4.2 Menjelaskan dengan contoh keunikan yang
menjadi kebanggaan rakyat Malaysia.
3.4.3 Menghuraikan kepentingan mengekalkan
STANDARD keunikan rakyat Malaysia.
PEMBELAJARAN 3.4.4 Mengekspresikan perasaan apabila dapat
mengekalkan keunikan rakyat Malaysia
3.4.5 Mempraktikkan peranan dalam mengekalkan
keunikan rakyat Malaysia dalam kehidupan
harian.

Pada akhir pembelajaran, murid dapat:


1. Menjelaskan dengan contoh keunikan yang
OBJEKTIF
menjadi kebanggaan rakyat Malaysia.

NO. KOD A07200

3.4 KEUNIKAN RAKYAT MALAYSIA

TUJUAN:

Kursus Pendidikan Moral ini menghubung kait konsep dengan kenegaraan dalam kehidupan
bermasyarakat. Bidang ini membincangkan hak sebagai warganegara yang mengamalkan sikap
bekerjasama dalam kalangan masyarakat majmuk, memperoleh kewangan secara beretika dan
berbangga sebagai rakyat Malaysia dalam mengekalkan kedaulatan negara

1
A07200 Pendidikan Moral

BIDANG 3: MORAL DAN KENEGARAAN


3.4 KEUNIKAN RAKYAT MALAYSIA
Malaysia ialah sebuah negara yang unik atau istimewa. Keunikan rakyat Malaysia dapat dilihat
dari segi kepelbagaian agama dan kepercayaan, bangsa, budaya dan Bahasa yang menjadi
warisan negara.

KEUNIKAN RAKYAT
MALAYSIA

.
AGAMA DAN KEPERCAYAAN BAHASA
❖ Agama islam sebagai agama rasmi, ❖ Bahasa Melayu sebagai Bahasa
namun agama, buddha, hindu, kebangsaan dan dipertuturkan oleh
Kristian, sikh dan lain-lain bebas pelbagai kaum di Malaysia. Bahasa
diamalkan dan dianuti. Selain itu, lain seperti mandarin, tamil, Punjabi,
terdapat juga penduduk yang iban, kadazandusun termasuk pelbagai
mengamalkan kepercayaan kepada Bahasa dan dialek mengikut suku
roh dan semangat alam semulajadi kaum di Malaysia juga dipertuturkan.

BANGSA BUDAYA
❖ Terdapat banyak bangsa, kaum dan ❖ Terdapat pelbagai adat resam,
etnik di Malaysia, antaranya makanan, cara berpakaian, tarian, dan
termasuklah Melayu, Cina, India, pantang larang dalam budaya rakyat
Punjabi, Siam, Orang Asli, Malaysia. Kebudayaan yang pelbagai
Peranakan Baba dan Nyonya, ini bukan sahaja diwarisi oleh sesuatu
Peranakan Chetti, Kadazandusun, kaum tetapi sebahagiannya turut
Bajau, Murut, Suluk, Iban, Dayak, diterima oleh masyarakat Malaysia.
Melanau dan Kelabit. Contohnya, baju Punjabi yang turut
dipakai oleh kaum lain.

2
A07200 Pendidikan Moral

KEPENTINGAN MENGEKALKAN KEUNIKAN RAKYAT MALAYSIA.


1. Kepelbagaian agama dan kepercayaan, bangsa, budaya dan Bahasa tidak akan hilang
dan dilupakan.
2. Memajukan ekonomi negara kerana keunikan Malaysia menjadi asset kepada kemajuan
negara.
3. Menjadi lambing identiti sesuatu kaum dan kesinambungan tamadun bangsa.
4. Membentuk jati diri bangsa Malaysia.
5. Menjalin dan memperkukuh perpaduan antara kaum.
6. Meningkatkan semangat patriotism terhadap negara.
7. Generasi muda dapat mengetahui asal usul nenek moyang mereka dan tidak mudah lupa
diri.

Bagi mengekalkan keunikan sebagai rakyat Malaysia yang berbagai kaum, agama, bangsa
dan kebudayaan maka beberapa nilai perlu diterapkan di dalam diri setiap rakyat Malaysia.
Antara nilai yang boleh diterapkan adalah.

PATRIOTISME Berbangga menjadi rakyat Malaysia dan bersikap keterbukaan serta


bersedia menerima kepelbagaian yang ada tanpa mengabaikan tradisi
masing-masing.
KERAJINAN Berusaha bersungguh-sungguh mengekalkan keunikan warisan
bangsa.
BERDIKARI Bertindak secara proaktif dalam menjalin hubungan baik antara kaum.
KEBERANIAN Sanggup menghadapi cabaran demi mempertahankan budaya dan
identiti yang diwarisi agar tidak ditelan zaman.

3
A07200 Pendidikan Moral

SOALAN PENGUKUHAN
8

I
5. 6.

1. 7.

P A

P
2.

A
9.

3. 4.

B N

MELINTANG MENEGAK
1._______ suka melihat kepelbagaian 5. _____________ negara terjamin apabila
budaya di Malaysia. pelbagai kaum bersikap toleransi.
2. Kaum terbesar di Malaysia ialah_______ 6. Perkataan _____________ daripada Bahasa
3. Keunikan rakyat Malaysia boleh dilihat Cina bermaksud “ mahu bungkus makanan yang
melalui penggunaan _____________. di beli”, telah dituturkan secara meluas oleh
4. Kebanyakan kaum ___________ terdapat masyarkat Malaysia.
di Serawak. 7. _____________ merupakan makanan tradisional
kaum Punjabi yang digemari oleh kebanyakkan
masyarakat Malaysia.
8. Tarian _______________ ialah sebahagian
daripada tarian tradisional dan warisan
masyarakat cina.
9. Saya berasa _______________ apabila dapat
bertutur Bahasa Melayu.

You might also like