You are on page 1of 5

Pendidikan Moral Semester I

NOTA KULIAH PENDIDIKAN MORAL

UNIT KEMANUSIAAN
TAHUN PENGAJIAN TAHUN 1 (SEMESTER 1)
BIDANG 2.0 JATI DIRI MORAL
2.2 Menghargai Nyawa demi Kesejahteraan Diri dan
STANDARD KANDUNGAN
Masyarakat
2.2.1 Memberi maksud menghargai nyawa.
2.2.2 Menjelaskan cara menghargai nyawa.
2.2.3 Menghuraikan dengan contoh kepentingan
menghargai nyawa.
STANDARD 2.2.4 Mengekspresikan perasaan apabila
PEMBELAJARAN mengamalkan tindakan menghargai nyawa dalam
kehidupan seharian.
2.2.5 Mengamalkan sikap menghargai nyawa dalam
kehidupan seharian

Pada akhir pembelajaran, murid dapat:


1. Menyatakan maksud menghargai nyawa
dalam sesuatu situasi.
OBJEKTIF
2. Menerangkan nyawa dengan contoh dan
menunjukkan sikap menghargai nyawa dalam
sesuatu situasi.
NO. KOD A07100

2.2 MENGHARGAI NYAWA DEMI KESEJAHTERAAN DIRI DAN MASYARAKAT

TUJUAN:

Supaya pelajar dapat memerihalkan cara mengamalkan sikap menghargai nyawa dalam
kehidupan harian dan mengamalkannya dalam pelbagai situasi serta dapat
mempamerkan perlakuan mengamalkan tindakan menghargai nyawa dalam kehidupan
harian.

1
Pendidikan Moral Semester I

BIDANG : JATI DIRI MORAL


2.2 MENGHARGAI NYAWA DEMI KESEJAHTERAAN DIRI DAN
MASYARAKAT

MENGHARGAI NYAWA
Menghargai nyawa bermaksud memelihara dan menjaga keselamatan diri dan makhluk
lain dengan baik. Hal ini dikatakan demikian kerana nyawa tidak boleh diganti. Dengan
adanya nyawa, barulah kita dapat meneruskan kehidupan dan melakukan pelbagai
aktiviti di dunia ini. Tanpa nyawa berakhirlah kehidupan kita.

CARA MENGHARGAI NYAWA

Diri Makhluk Lain

• Menyayangi diri • Menyelamatkan nyawa


Contoh – menghindari pengambilan Contoh – mendermakan darah untuk
dadah, rokok, vape dan inhalan yang menyelamatkan nyawa orang lain atau
boleh menjejaskan kesihatan. merawat haiwan yang tercedera.

• Menjaga keselamatan diri • Memberikan sumbangan


Contoh – menghindari aktiviti lumba Contoh – mendermakan wang
haram yang boleh menyebabkan untukmembantu mangsa banjir dan
kecederaan diri atau kematian. menyokong kempen melindungi haiwan
yang semakin pupus.
• Mengamalkan gaya hidup sihat.
Contoh – bersenam dan menjaga • Tidak mengancam keselamatan orang
pemakanan supaya sihat serta dapat lain
menjalankan aktiviti harian dengan Contoh – menghindari pergaduhan atau
cergas. rusuhan yang boleh menyebabkan
kecederaan atau mengancam
• Bersyukur dan mematuhi suruhan keselamatan diri dan orang lain.
Tuhan.
Contoh – menghargai nyawa yang • Menjadi sukarelawan
dianugerahkan dan menghindari Contoh – melibatkan diri sebagai
perbuatan yang mencederakan diri. sukarelawan dalam program perlindungan
alam sekitar

2
Pendidikan Moral Semester I

Dapat meneruskan kehidupan dalam


keadaan yang sihat dan bahagia

Dapat menyelamatkan nyawa diri


sendiri dan makhluk lain.

Dapat mengekalkan ekosistem demi


KEPENTINGAN kesejahteraan hidup
MENGHARGAI NYAWA

Dapat hidup sejahtera dan diberkati

Dapat mewujudkan masyarakat


penyayang

NILAI UNIVERSAL

i. Kepercayaan kepada tuhan


Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala ajaran
berlandaskan pegangan agama atau kepercayaan masing-masing selaras dengan
prinsip Rukun Negara.
ii. Baik hati
Kepekaan terhadap keperluan dan kebajikan diri dan orang lain dengan
memberikan bantuan serta sokongan moral secara ikhlas.
iii. Kasih sayang
Kepekaan dan perasaan cinta yang lahir daripada hati yang ikhlas.
iv. Berterima kasih
Perasaan dan perlakuan untuk menunjukkan pengiktirafan dan penghargaan.

3
Pendidikan Moral Semester I

LATIHAN PENGAYAAN

1. Baca dan fahami situasi di bawah, kemudian bincangkan situasi berikut.

a)
________________________________
Seorang murid di kelas anda
sedang bersedih kerana ________________________________
rumahnya terbakar. Apakah
________________________________
yang akan anda lakukan?
________________________________

b) ________________________________
Remaja yang terlibat dalam ________________________________
aktiviti lumba haram dikatakan
tidak menyayangi nyawa. ________________________________
Jelaskan.
________________________________

c) ________________________________

Apakah kesan kepada ________________________________


manusia apabila mandi di
________________________________
sungai yang kotor?
________________________________

d) ________________________________
Golongan yang mendera
kanak-kanak termasuk ibu ________________________________
bapa perlu dikenakan hukuman
________________________________
yang berat. Setujukah anda?
Berikan alasan. ________________________________

4
Pendidikan Moral Semester I

2. Maklumat di bawah berkaitan dengan “Women’s Aid Organization (WA0)

“Bantulah kami untuk mengubah kehidupan golongan wanita dan kanak-kanak mangsa
keganasan rumah tangga. Berikan sumbangan anda. Hanya dengan RM50.00, anda
telah membiayai satu sesi tuisyen untuk kanak-kanak tersebut”.

Women’s Aid Organization (WAO) – 2018


https://wao.org.my/donate/

(a) Nyatakan nilai yang di amalkan WAO.


___________________________________________________________________

(b) Ramalkan kesan sekiranya tiada bantuan diberikan kepada kanak-kanak yang
menjadi mangsa keganasaan rumah tangga.
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

(c) Selain bantuan kewangan, apakah cara lain yang boleh anda lakukan untuk
membantu kanak-kanak yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga?
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

(d) Jelaskan perasaan anda apabila melakukan kebaikan dalam menjayakan misi
kemanusiaan.
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

TAMAT STANDARD KANDUNGAN


MENGHARGAI NYAWA DEMI KESEJAHTERAAN DIRI DAN MASYARAKAT

You might also like