You are on page 1of 4

KERTAS CADANGAN

PROGRAM KIRANA
TAHUN 2022

YBrs. Puan Azian Binti Sali,

PROGRAM KIRANA

2. PENGENALAN / LATAR BELAKANG PROGRAM

2.1 Persekitaran kelas Pemulihan Khas yang cantik, elok dan indah (KIRANA) dapat
memberangsang suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Salah satu cara yang dapat
dijalankan ialah dengan mewujudkan kawasan sekolah yang ceria dan indah.

2.2 Murid dari kelas pemulihan banyak dikaitkan dengan daya kognitif yang lemah dan perlu
dipulihkan di kelas pemulihan khas bersama guru Pemulihan Khas yang akan melaksanakan bimbingan
berfokus mengikut aras kemahiran murid dalam subjek Bahasa Melayu dan Matematik dalam satu
tempoh tertentu.

2.3 SK Kuala Kubu Bharu Dua juga terlibat sebagai sekolah TS25, yang mana salah satu objektif
utamanya ialah “Membangunkan persekitaran pembelajaran yang lebih bermakna dengan menyediakan
suasana biiik darjah dan sekolah yang kondusif dan fleksibel, teknik PdP yang kreatif dan berkesan,
pengurusan sekolah yang cekap dengan mengutamakan kemenjadian murid”.

2.4 Oleh yang demikian, Program Kirana ini dilihat menjadi salah satu pelengkap untuk Program TS25
yang sedang dilaksanakan di SK Kuala Kubu Bharu Dua ini.

3. OBJEKTIF

3.1 Mewujudkan dan menyediakan persekitaran pembelajaran yang cantik, elok dan indah (KIRANA)
dengan memaksimumkan penggunaan sudut bacaan dan bahan mengajar dalam kelas Pemulihan Khas.

3.2 Menjadikan suasana bilik Pemulihan Khas lebih efektif dan kondusif bagi meningkatkan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di kelas Pemulihan Khas selari dengan kehendak Program
Transformasi Sekolah (TS25)
4. KUMPULAN SASAR
Murid Kelas Pemulihan Khas Tahun 2 hingga Tahun 6

5. BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM


Tarikh : Bulan Ogos hingga September 2022
Tempat : Kelas Pemulihan Khas SK Kuala Kubu Bharu Dua.

6. JAWATANKUASA KERJA
- Unit Program Pemulihan Khas SK Kuala Kubu Bharu Dua.

7. IMPLIKASI KEWANGAN

CADANGAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA KUANTITI HARGA SEUNIT JUMLAH

A BANNER 6 KAKI X 2 KAKI 22 SET RM 24 RM 528

B BANNER 6 KAKI X 1 KAKI 12 SET RM 12 RM 144

C BAHAN BANTU MENGAJAR 1 SET RM 100 RM 100

D CAT PLAKA 5 BEKAS RM 35 RM 175

E CAT DINDING (PUTIH) 1 TONG

F CAT KAYU (PINTU) 2 TONG

JUMLAH RM
9. PENUTUP
Kertas Cadangan untuk mengadakan Program KIRANA dikemukakan untuk pertimbangan dan kelulusan.

Disediakan Oleh: Disemak oleh:

…………………………………………………………………… ……………………………………………………………………

Nama: FAKHRUZZAMAN BIN RAMLI Nama: PUAN AZIAN BINTI SALI


Jawatan: GURU PEMULIHAN KHAS Jawatan: GURU BESAR
Nama Sekolah: SK KUALA KUBU BHARU DUA Nama Sekolah:SK KUALA KUBU BHARU DUA
Tarikh: 23.8.2022 Tarikh: 23.8.2022
KERTAS CADANGAN PROGRAM KIRANA

KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

Meluluskan Kertas Cadangan PROGRAM KIRANA

Atau

Tidak meluluskan Kertas Cadangan PROGRAM KIRANA

Ulasan:
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………

_____________________
(PUAN AZIAN BINTI SALI)
(GURU BESAR)
(SK KUALA KUBU BHARU DUA)
Tarikh:

You might also like