You are on page 1of 4

LAMPIRAN A

SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA KUBU BHARU DUA


Daerah Hulu Selangor
PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025
KOHORT 6

KERTAS KERJA
PROGRAM SEHARI SELEMBAR BENANG

ANJURAN:
PANITIA BAHASA MELAYU
SK KUALA KUBU BHARU DUA
1. PENGENALAN

Dunia pendidikan semakin kompetitif dan kompleks. Peranan pendidik semakin


mencabar untuk mendidik, membimbing dan membentuk murid-murid selaras dengan
matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Sebarang
perubahan dan perancangan sebagai seorang pendidik perlu bersifat mudah ubah
(agile) serta relevan dengan situasi semasa. Ini bermakna pemimpin pendidikan perlu
sedia berubah daripada segi strategi, pendekatan dan medium untuk menyampaikan
maklumat serta pengunaan bahan bantu mengajar (BBM) mengikut keperluan murid
berdasarkan situasi semasa.

Di dalam konteks sistem pendidikan, dunia sekarang yang volatile, uncertain, complex,
and ambiguous (VUCA) memerlukan pemimpin sekolah dan guru yang sentiasa bersiap
siaga, peka terhadap perubahan dan dinamik dalam mentadbir organisasi dan amalan
kepimpinan. Sekiranya berlaku sesuatu yang di luar jangkaan seperti bencana alam
atau pandemik (COVID-19), pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dilaksanakan
secara bersemuka. Guru perlu cekap mengadaptasi perubahan kaedah penyampaian
pengajaran dan pembelajaran (PdP) dengan menambahbaik proses membuat
keputusan. Keputusan boleh dibuat melalui tindakan kolaboratif, kreatif dan konstruktif
supaya PdP yang dilaksanakan berupaya memberi impak yang berkesan terhadap
pembelajaran murid dan pengajaran guru. Perkara penting yang perlu dititikberatkan
adalah pelaksanaan tugas dengan terancang dan cekap serta mengambil kira
kepelbagaian latar belakang serta keupayaan kepelbagaian kecerdasan murid (multiple
intelligences). Situasi COVID-19 menuntut guru menyampaikan PdP dengan berkesan
menerusi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bagi memastikan hak murid-
murid untuk mendapat pendidikan yang terbaik walau dalam keadaan apa sekali pun.

Justeru, pemimpin pendidikan iaitu Pengetua, Guru Besar dan guru menggalas
tanggungjawab penting dalam memastikan matlamat dan agenda pendidikan dapat
dilestarikan walau pun pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19
dilaksanakan. Peranan pendidik terhadap murid perlu dilihat di dalam konteks
menyelesaikan masalah persekitaran yang kompleks, mengamalkan komunikasi
berkesan, mempunyai fleksibiliti, mengaplikasi teknologi terkini, menggabungkan
konsep lama dan baharu, serta menjadi fasilitator perubahan.

Aktiviti yang direncanakan sepanjang PdPR mestilah mampu membekalkan murid-


murid dengan kesedaran diri yang kukuh dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan
sahsiah. Pelibatan murid secara aktif dalam semua aktiviti akademik dan kokurikulum
perlu kekal relevan menerusi PdPR dalam talian.

Bagi menghargai penglibatan murid dalam PdPR, Pihak pengurusan sekolah akan
menyediakan hadiah galakan kepada murid yang aktif dalam PdPR termasuklah hasil
kerja murid yang terbaik. Hadiah galakan ini diberi mengikut kategori murid iaitu
Kategori prasekolah, murid asli, murid perdana dan murid pemulihan.

2
2. OBJEKTIF

2.1 Membantu murid pemulihan khas untuk menguasai 24 kemahiran dalam


Bahasa Melayu Pemulihan Khas.
2.2 Membantu murid pemulihan khas untuk menguasai kemahiran menulis ayat
secara mekanis 24 kemahiran dalam Bahasa Melayu Pemulihan Khas.

3. SASARAN

3.1 Semua murid pemulihan khas tahun 2 hingga 5 yang belum menguasai
kemahiran Bahasa Melayu Pemulihan Khas.

4. TEMPOH MASA

4.1.1 Oktober hingga November 2022

5. PERUNTUKAN

5.1 OS42000 dibawah Program Transformasi Sekolah 2021

6. ANGGARAN PERBELANJAAN

HARGA
BIL JENIS BARANG KUANTITI JUMLAH
SEUNIT
1. Modul Sehari Selembar Benang 20 RM 5.50 RM 110
Hadiah Galakan Peningkatan RM 9 RM 180
2. 20
Prestasi.
JUMLAH RM 290

7. PENUTUP

Bagi menangani isu pendidikan di dalam dunia VUCA ini, cabaran baharu bagi pemimpin
pendidikan adalah mereka perlu fleksibel serta berupaya menguasai pelbagai kemahiran
(multi-skills) terutama yang melibatkan teknologi dalam pendidikan bagi melahirkan
murid yang berdaya saing serta mampu menangani cabaran di peringkat global. Jika
murid digalakkan untuk terus menguasai ilmu dan kemahiran, pemimpin pendidikan juga
seharusnya mempunyai sikap yang sama untuk terus kompetitif bagi menguasai ilmu
dan kemahiran baharu.

3
Disediakan oleh : Disemak oleh :

.......................................... .................................................

SAIFULLAH BIN YUNUS PN.ZAHANA BINTI HAMDZAH


Guru Pemulihan Khas Penolong Kanan Pentadbiran
SK Kuala Kubu Bharu Dua SK Kuala Kubu Bharu Dua

Diluluskan oleh:

.........................................

PN. AZIAN BINTI SALI


Guru Besar
Sk Kuala Kubu Bharu Dua

Tarikh :

You might also like