You are on page 1of 1

Bil KMS : KMS/AHP/129-55

Tarikh : 21 September 2020

Encik Kamarul Zaki bi Khalid


Pengurus Projek & Teknikal
Perbadanan Menteri Besar Selangor
40000 Shah Alam, Selangor

Tuan

JEMPUTAN SEBAGAI PANEL TEMUDUGA UNTUK MOCK INTERVIEW BAGI PROGRAM EXPOSURE TO THE REAL-
WORLD INDUSTRY DI KOLEJ MARA SEREMBAN

Perkara di atas dengan segala hormatnya adalah dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa program mock interview ini adalah inisiatif pensyarah daripada Jabatan Bahasa,
Kolej MARA Seremban untuk pendedahan buat pelajar semester 1 yang mengambil program Cambridge A-level
kepada sesi temuduga sebenar oleh panel penemuduga daripada industri sendiri juga teknik menjawab soalan
temuduga yang betul.

3. Seramai 25 pelajar akan terlibat dan dibahagikan kepada beberapa kategori pekerjaan mengikut
program A-level yang diambil iaitu Arkitek, Jurutera & Penyelidik Biosains. Sesi mock interview juga akan
dijalankan secara berkumpulan seramai 4 orang dalam satu sesi selama 30 minit. Cadangan soalan akan
diberikan sewaktu sesi mock interview.

3. Sehubungan dengan itu, pihak kolej berbesar hati menjemput tuan menjadi salah seorang panel
penemuduga seperti ketetapa berikut:-

Tarikh : 24 September 2020 (Khamis)


Tempat : WISPI 1 & WISPI 2, Gate B, Kolej MARA Seremban
Masa : 10 pagi- 1 tengahari
Tentatif Aturcara : 10.00- 10.30 a.m. - Engagement with KMS Top Management
Explanation of Rubrics to the Interviewers
10.30 a.m. – 12.30 noon - Mock Interview Begins
12.30 noon – 1.00 p.m. - Exit Meeting
Debrief Session with the Students
Photography Session
Mock Interview Ends

4. Kesudian tuan menyumbang tenaga untuk membantu pihak KMS memberi pendedahan sebenar sesi
temuduga dalam mock interview tersebut didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

DR SAAIDAH BT ABDUL RAHMAN


Pengarah
Kolej MARA Seremban

You might also like