You are on page 1of 2

BAHAN A:

1 ekor ayam – potong 18

2 senduk tepung bestari perisa asli

Sedikit air

Minyak masak untuk menggoreng

BAHAN B:

500 gm tepung bestari asli

100 gm tepung gandum

100 gm tepung beras

CARA MEMASAK:

1. Ayam dibasuh bersih dan toskan. Bahagian kulit jangan dibuang untuk memberikan rasa ayam goreng
rangup yang sebenar.

2. Dalam bekas bersesuaian, masukkan tepung bestari. Tambah sedikit air. Pastikan kelikatannya tidak
terlalu cair.

3. Gaulkan dengan ayam. Perap selama 5 jam.

4. Dalam bekas berasingan, satukan bahan-bahan B. Adun rata.

5. Ambil seketul ayam yang diperap tadi, lumurkan ke dalam campuran tepung. Tekap hingga mampat
untuk menghasilkan salutan yang berkerak. Boleh salut 5-6 ketul sekaligus untuk sekali gorengan.

6. Panaskan minyak masak yang banyak di dalam periuk. Empunya resipi goreng guna periuk kerana ia
dalam dan boleh memuatkan minyak yang banyak. Ayam pun boleh masak dengan sekata.

7. Masukkan ayam yang telah disalut tadi satu persatu. Goreng guna api sederhana kuat. Balikkan ayam
sekali sekala.
8. Bila ayam telah berwarna coklat keemasan, angkat dan toskan minyaknya.

9. Sedia untuk dinikmati.

You might also like