You are on page 1of 1

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LANGGAR

06500 ALOR SETAR, KEDAH


Telefon: 04-7876390
No. Faks: 04 7876391

Ruj. Kami : SMKL 40/001/1 JLD2(87)


Tarikh: 15 OKTOBER 2018

Kepada;

YANG DIPERTUA PIBG SMK LANGGAR,


SMK LANGGAR,
06500 ALOR SETAR,
KEDAH DARUL AMAN.

Tuan,

MEMOHON PERUNTUKAN UNTUK PEMBELIAN KERUSI DI KAFETERIA

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman pihak tuan, Sekolah Menengah Kebangsaan Langgar menghadapi masalah
kekurangan kerusi di kafeteria kerana kebanyakan kerusi tersebut telah rosak.

3. Hal ini mendatangkan masalah kekurangan tempat duduk pelajar terutama pada waktu rehat.
Selain itu, kafeteria juga merupakan tempat pelajar mengikuti pdpc dan ceramah teknik menjawab.
Sehubungan dengan itu pihak sekolah memohon jasa baik PIBG untuk meluluskan peruntukan
pembelian 100 buah kerusi sebanyak RM 2400.00.

4. Kami amat berharap agar pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan dan menjayakan usaha
ini. Kerjasama serta keprihatinan pihak tuan, amat kami hargai dan diucapkan jutaan terima kasih

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


“KEDAH AMAN MAKMUR-HARAPAN BERSAMA MAKMURKAN KEDAH”

Yang menjalankan amanah,

……………………………………
(ABD RAZAK BIN MAT, BCK)
Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan Langgar,
06500 Langgar, Alor Setar,
Kedah Darul Aman.

You might also like