You are on page 1of 4

PUSAT SUMBER MUMTAZ AMAN

SK TAMAN AMAN,
06550 ALOR SETAR,
KEDAH.

KERTAS KERJA

PROGRAM MEMBACA 10 MINIT


2021
1. PENGENALAN

Pusat Sumber Sekolah merupakan pusat yang menempatkan berbagai-bagai jenis sumber
maklumat terutamanya buku-buku. Sumber-sumber maklumat yang ada di dalamnya tidak akan
diketahui jika tidak dibaca. Memandangkan kepada kepentingan inilah maka Program Membaca
10 Minit ini diadakan bertujuan untuk menarik perhatian murid-murid untuk membaca buku-buku
tersebut. Tidak ada ertinya jika longgokan koleksi buku yang ada di Pusat Sumber Sekolah tidak
dibaca oleh seluruh warga sekolah.

2. MATLAMAT

Program Membaca 10 Minit ini adalah merupakan satu program yang diadakan bagi
meningkatkan minat membaca di kalangan murid-murid. Antara matlamat yang ingin dicapai
sepanjang program ini ialah;
2.1 Mewujudkan budaya mementingkan ilmu.
2.2 Mewujudkan budaya membaca supaya terbina tabiat membaca dalam diri pelajar

3. OBJEKTIF
Antara objektif Program Membaca 10 Minit ini adalah :
3.1 Menarik minat pelajar untuk membaca.
3.2 Meningkatkan mutu penguasaan Bahasa.

4. SASARAN
Semua Pelajar

5. TARIKH
22 April 2021 (Khamis)
11.05-11.30 (a.m)

6. TEMPAT
Kelas masing-masing
7. PELAKSANAAN PROGRAM

7.1 Perbincangan dengan pentadbir.


7.2 Membuat kertas cadangan
7.3 Murid membuat bacaan di kelas masing-masing. Bahan untuk bacaan dan aktiviti
akan dibekalkan oleh pihak Pusat Sumber Mumtaz Aman

8. JAWATANKUASA PELAKSANA
Ahli Jawatankuasa Induk
Pengerusi : En. Muhamad Fuad bin Omar
Guru Besar

Naib Pengerusi I : Pn. Wan Azwa binti Mohd Yusuf


PK Pentadbiran

Naib Pengerusi II : Pn. Nor Hafizoh binti Hashim


PK Hal Ehwal Murid

Naib Pengerusi III : En. Mohammad Hafiz b. Abd. Hamid


PK Kokurikulum

Setiuasaha : Pn. Bashiroh binti Salleh


Guru Penyelaras Media

Pen. Setiausaha : Pn Hasnah binti Abdullah


Guru NILAM

Ahli Jawatankuasa Kerja

Jurugambar : Guru Pusingan Kelas

11. PENUTUP
Semoga dengan adanya program Membaca 10 Minit ini akan dapat meningkatkan minat
murid untuk membaca walau di mana mereka berada.
Disediakan oleh,

...........................................................
(PN BASHIROH BINTI SALLEH )
Guru Penyelaras Media,
SK Taman Aman.

Disemak oleh,

............................................................
(PN WAN AZWA BINTI MOHD YUSUF )
PK Pentadbiran,
SK Taman Aman.

Disahkan oleh,

....................................................................
(EN. MUHAMAD FUAD BIN OMAR)
Guru Besar,
SK Taman Aman

You might also like