You are on page 1of 39

ANALISIS KESALAHAN TATABAHASA UMUM

Saya telah menjalankan Kuiz Tatabahasa Melayu yang berbentuk Ujian Pilihan
Jawapan. Kuiz tersebut telah diambil oleh 12 orang responden yang berumur diantara 8
hingga 9 tahun di kelas Tahun 3, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina(SJKC) Kok
Wah Telibong Tuaran pada bulan September 2014 yang lepas. Responden terdiri
daripada 6 orang lelaki dan 6 orang perempuan. Masa menjawab Ujian tersebut adalah
40 minit dan kesemua soalan adalah berbentuk soalan tatabahasa. Jumlah kesemua
soalan penilaian yang telah saya lakukan ialah sebanyak 20 soalan yang terdiri
daripada kata sendi, imbuhan, kata ganda, penjodoh bilangan dan kata adjektif.

ANALISIS BENTUK SOALAN TATABAHASA

NOMBOR SOALAN JENIS SOALAN TATABAHASA


Soalan 1, 2, 3 Kata sendi
Soalan 4, 5, 6, 7, 18, 19 Imbuhan
Soalan 8, 9, 14, 15 Kata ganda
Soalan 10, 11, 12, 13, 20 Penjodoh bilangan
Soalan 16, 17 Kata adjektif
Soalan 6 Ejaan
PERATUSAN BILANGAN SOALAN MENGIKUT JENIS SOALAN

16%
5%
26%

kata sendi
imbuhan
kata ganda
penjodoh bilangan
kata adjektif
ejaan
32%

21%

Graf 1

ANALISIS JUMLAH RESPONDEN SECARA KESELURUHAN MENGIKUT JANTINA

JUMLAH RESPONDEN MENGIKUT JANTINA


7

5
BILANGAN(ORANG)

0
LELAKI PEREMPUAN
JANTINA

Graf 2
ANALISIS RESPONDEN YANG LULUS DAN GAGAL UJIAN BERSERTA MARKAH

Seramai 12 orang responden telah berjaya menjawab kesemua soalan penilaian


tatabahasa yang terdiri daripada 20 soalan. Seramai 11 orang responden berada pada
tahap pencapaian yang memuaskan iaitu lulus, manakala seorang responden berada
pada tahap pencapaian yang gagal. Berikut merupakan jadual analisis responden yang
lulus dan gagal ujian beserta markah.

BIL (RESPONDEN) TAHUN JANTINA MARKAH ( /20) LULUS / GAGAL

1 3 P 11 / 20 LULUS

2 3 P 7 / 20 LULUS

3 3 P 8 / 20 LULUS

4 3 P 13 / 20 LULUS

5 3 P 8 / 20 LULUS

6 3 P 11 / 20 LULUS

7 3 L 3 / 20 GAGAL

8 3 L 8 / 20 LULUS

9 3 L 10 / 20 LULUS

10 3 L 12 / 20 LULUS

11 3 L 9 / 20 LULUS

12 3 L 7 / 20 LULUS
JADUAL JUMLAH SOALAN BETUL MENGIKUT RESPONDEN

SOALAN
RESPONEN 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 1 12 13 1 15 1 17 1 19 20
1 4 6 8
1 / / / / / / / / / / /
2 / / / / / / /
3 / / / / / / / /
4 / / / / / / / / / / / / /
5 / / / / / / / /
6 / / / / / / / / / / /
7 / / /
8 / / / / / / / /
9 / / / / / / / / / /
10 / / / / / / / / / / / /
11 / / / / / / / / /
12 / / / / / / /
JUMLAH 5 7 4 10 2 1 1 4 6 5 0 1 10 3 7 9 3 7 2 11
BETUL 0

ANALISIS SOALAN TATABAHASA

Soalan pertama, kedua dan ketiga adalah mengenai kata sendi. Dalam
tatabahasa, kata sendi nama ialah satu golongan kata sendi yang memperkenalkan
suatu frasa kata depan. kata ini digunakan untuk merangkaikan frasa nama dengan
kata-kata atau frasa-frasa lain dan memerlukan frasa nama sebagai objek untuk
membentuk frasa sendi. Contohnya, dalam ayat "kucing tidur di sofa", perkataan "di"
adalah suatu kata sendi nama, memperkenalkan frasa kata sendi nama "di sofa".
Dalam bahasa Melayu, kata sendi nama yang paling banyak digunakan adalah "dari",
"ke", "dalam", "untuk", "dengan" dan "di". Dalam kata mudah, kata sendi nama
menandakan bahawa suatu hubungan di antara perkara-perkara yang disebutkan
dalam suatu ayat.
1. Abang saya akan melanjutkan pelajarannya __________________ Australia
_____________ akhir bulan ini.

a. di, di
b. ke, di
c. dari, pada
d. di, pada

Jawapan yang tepat berdasarkan soalan di atas ialah d. di, pada. Ruangan
kosong yang pertama adalah menunjukkan tempat(Australia), oleh itu, kata sendi di
perlu digunakan bagi menyempurnakan ayat berkenaan. Ruangan seterusnya pula
adalah menunjukkan masa. Oleh itu, pada merupakan jawapan yang tepat kerana
boleh digunakan untuk masa, orang dan abstrak. Jawapan selain daripada itu adalah
salah dan kurang tepat
PERATUSAN JUMLAH MURID YANG BETUL DAN
SALAH

BETUL
42% SALAH

58%

Graf 3

Jumlah keseluruhan responden :

1.Lelaki : 6 Orang

2.Perempuan : 6 Orang

2. Gambar yang tergantung _______________ dinding itu dibelinya _____________


pelukis itu.

a. pada, daripada
b. di, dari
c. dengan, daripada
d. kepada, dari
Soalan yang kedua juga berkisar mengenai kata sendi. Jawapan yang tepat
mengenai soalan di atas ialah a. pada, daripada. Jawapan bagi ruangan pertama pada
soalan tersebut ialah pada. Penggunaan kata adalah untuk menunjukkan masa dan
tempat, manusia, binatang, benda abstrak, dan benda konkrit tertentu. Kata dinding
adalah benda konkrit tertentu.

Manakala jawapan bagi ruangan kedua pula ialah daripada. Kata sendi
daripada adalah untuk orang, perbandingan, asal kejadian, dan menunjukkan
keanggotaan. Oleh itu, berdasarkan konteks ayat pada soalan kata sendi daripada
paling sesuai digunakan sebelum pelukis(orang).

PERATUSAN JUMLAH MURID YANG BETUL DAN SALAH

47% BETUL
SALAH
53%

Graf 4

Jumlah keseluruhan responden :


1.Lelaki : 6 Orang

2.Perempuan : 6 Orang

3. Kami memang gemar _________________ hobi mengumpul setem.

A. dengan
B. akan
C. dari
D. daripada

Jika diperhatikan soalan ketiga, soalan kata sendi masih digunakan sebagai ujian
tatabahasa ini. Jawapan yang paling sesuai dan tepat untuk soalan ini adalah B. akan.
Penggunaan kata sendi akan adalah lebih kepada untuk menunjukkan emosi dan sikap.
Pengunaan kata sendi akan juga mempunyai maksud yang sama dengan kepada dan
terhadap.

Berdasarkan soalan yang diuji diatas menunjukkan bahawa hobi mengumpul


setem adalah salah satu bentuk sikap dan emosi suka terhadap sesuatu benda atau
perkara. Oleh itu, jawapan kata sendi akan adalah bersesuaian digandingkan dengan
hobi mengumpul setem berbanding pilihan-pilihan jawapan yang lain.
PERATUSAN JUMLAH MURID YANG BETUL DAN SALAH

44%
BETUL
SALAH

56%

Graf 5

Jumlah keseluruhan responden :

1.Lelaki : 6 Orang

2.Perempuan : 6 Orang

Kajian soalan yang seterusnya adalah soalan mengenai imbuhan. Jika dilihat
pada kertas ujian penilaian, soalan mengenai tatabahasa ini berada pada soalan
nombor 4, 5, 7, 18 dan 19. Penggunaan imbuhan acapkali digunakan dalam kehidupan
seharian. Imbuhan dikenali sebagai penambahan. Imbuhan-imbuhan ini ditambah
kepada kata dasar untuk menghasilkan kata terbitan (kata nama, kata kerja, kata
adjektif, kata keterangan, dan kata bilangan). Imbuhan dapat dibahagikan kepada
empat iaitu imbuhan awalan, akhiran, sisipan dan apitan.
4. Bendera yang _________________ itu bendera negara Afrika selatan.

A. berkocak
B. berbuai
C. berkumandang
D. berkibar.

Soalan ini adalah mengenai imbuhan awalan ber-. Imbuhan jenis ini adalah
wujud apabila bertemu kata akar kecuali kata akar di bawah. Oleh itu, jawapan yang
paling sesuai untik soalan diatas ialah D. berkibar. Soalan merujuk kepada bendera
Negara Afrika Selatan yang sedang berkibar.

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan pustaka kibar bermaksud ;


berkibar, berkibaran bergerak ke kiri ke kanan kerana ditiup angin dll
(spt bendera): Bendera Malaysia ~ di tiap-tiap rumah. mengibarkan
menaikkan (bendera dll) supaya berkibar: Pd hari itu, bendera
dikibarkan di setiap rumah.
PERATUSAN JUMLAH MURID YANG BETUL DAN SALAH
17%

BETUL
SALAH

83%

Graf 6

Jumlah keseluruhan responden :

1.Lelaki : 6 Orang

2.Perempuan : 6 Orang

5. Itik yang sedang _________________ makanan itu besar-besar belaka.

A. mematuk
B. menyudu
C. memagut
D. menghisap.

Soalan 5 masih berkisar mengenai imbuhan. Imbuhan yang digunakan dalam


pilihan jawapan kali ini ialah imbuhan awalan meN-. Jawapan yang tepat mengenai
soalan diatas ialah B. menyudu. Imbuhan meN- ialah imbuhan yang diguna pakai
untuk kata kerja transitif. Awalan meN- menjadi awalan me- apabila diimbuhkan pada
kata dasar yang bermula dengan huruf l, m, n, ng, ny, r, w, dan y. Huruf awal pada kata
dasar yang bermula dengan huruf k, p, s, dan t akan berubah

Menurut Kamus Dewan dan Pustaka maksud menyudu


adalah mematuk dgn sudu (itik dll): bunyi hirupannya macam
bunyi itik ~; 2. mencedok dgn sudu;. Oleh demikian,
perbuatan makan yang khas bagi itik ialah menyudu.

PERATUSAN JUMLAH MURID YANG BETUL DAN SALAH


17%

BETUL
SALAH

83%

Graf 7

Jumlah keseluruhan responden :

1.Lelaki : 6 Orang

2.Perempuan : 6 Orang
6. Dalam ________________ seminggu, saya harus menyiapkan tugasan ini.

A. tempo
B. tempuh
C. tempoh
D. tempah.

Soalan 6 merupakan soalan yang berbeza sedikit berbanding soalan-soalan


yang lain. Hal ini kerana soalan 6 lebih kepada ejaan. Oleh itu, seorang murid mestilah
fasih dan memahami setiap erti dan makna pada setiap pilihan jawapan untuk
memungkinkan murid menjawab dengan betul soalan tersebut. Bunyi setiap kata
jawapan adalah hampir sama namun berbeza makna. Oleh itu, murid harus juga
memahami inti sari soalan dengan sebaiknya.

Jawapan yang paling tepat mengenai soalan diatas ialah C. tempoh. Tempoh
bermaksud jangka masa yang telah ditetapkan. Manakala, tempo pula rentak dan
ukuran sesuatu dalam muzik. Tempuh bermaksud menghadapi dan meneruskan
perjalanan dengan susah payah kerana cabaran mendatang. Akhir sekali ialah tempah
yang bermaksud memesan sesuatu terlebih dahulu sebelum bayaran dijelaskan.
Berdasarkan soalan diatas jawapan tempoh adalah yang paling sesuai kerana
melibatkan jangka masa tertentu bagi menyiapkan tugasan.
PERATUSAN JUMLAH MURID YANG BETUL DAN SALAH
17%

BETUL
SALAH

83%

Graf 8

Jumlah keseluruhan responden :

1.Lelaki : 6 Orang

2.Perempuan : 6 Orang

7. Para pengundi ______________ ke pusat pengundian di sekolah itu.

A. berebut-rebut
B. berdedai-dedai
C. berduyun-duyun
D. berlelai-lelai

Soalan 7 merupakan gabungan soalan tatabahasa diantara imbuhan dan kata


ganda. Imbuhan yang digunakan dalam jawapan-jawapan diatas ialah imbuhan awalan
ber-. Imbuhan jenis ini adalah untuk membentuk kata kerja tak transitif daripada kata-
kata lain. Contohnya setiap hari Azim berjalan kaki ke sekolah. Manakala kata ganda
yang digunakan sebagai pilihan jawapan bagi soalan diatas ialah kata ganda penuh.
Kata ganda penuh adalah kata dasar yang digandakan seluruhnya. Kata ganda seluruh
terdiri daripada kata nama, kata adjektif, kata kerja, dan kata keterangan. Contohnya
cantik-cantik, besar-besar dan baik-baik.
Oleh itu, jawapan yang paling tepat diatas ialah C. berduyun-duyun. Jika diteliti
pilihan jawapan yang pertama iaitu berebut-rebut, bermaksud berlumba-lumba
mengambil sesuatu. Pilihan jawapan kedua iaitu berdedai-dedai pula bermaksud
berjalan dengan berturut-turut tanpa berperaturan. Pilihan jawapan ketiga pula iaitu
berduyun-duyun bermaksud datang beramai-ramai tanpa putus-putus. Oleh itu, pilihan
jawapan berduyun-duyun adalah paling sesuai sekali digunakan berdasarkan konteks
soalan diatas.

PERATUSAN JUMLAH MURID YANG BETUL DAN SALAH


8%

BETUL
SALAH

92%

Graf 9
Jumlah keseluruhan responden :

1.Lelaki : 6 Orang

2.Perempuan : 6 Orang

8. Isikan ________________ ini ke dalam sarung bantal yang baru dijahitkan oleh ibu.

A. kekacang
B. kekabu
C. kekisi
D. bebola.

Pilihan jawapan yang terdapat diatas ialah kata ganda separa yang bertindak
sebagai kata nama. Kata nama yang digunakan untuk pilihan jawapan pertama ialah
kekacang yang bermaksud makanan bagi haiwan ternakan. Kekabu pula bermaksud
buah yang berisi kapas. Manakala, kekisi pula bermaksud besi atau kayu yang
dipasang menegak pada tingkap, tepi tangga dan lain-lain. Terakhir adalah bebola yang
bermaksud sesuatu benda yang bulat seperti bebola ikan iaitu makanan berunsurkan
ikan yang berbentuk bulat. Berdasarkan konteks ayat pada soalan diatas, jawapan yang
paling tepat sekali ialah B. kekabu.
PERATUSAN JUMLAH MURID YANG BETUL DAN SALAH

33%

BETUL
SALAH

67%

Graf 10

Jumlah keseluruhan responden :

1.Lelaki : 6 Orang

2.Perempuan : 6 Orang

9. Kapal yang _________________ dari pelabuhan itu ke tempat ini kepunyaan


Syarikat Azeem.

A. bolak-bolak
B. turun-naik
C. lalu-lalang
D. mundar-mandir.
Soalan 9 masih berkisar mengenai kata ganda. Namun kata ganda ini berbeza
dengan kata ganda penuh. Kata ganda ini dikenali sebagai kata ganda berentak bebas
kata nama. Penggandaan jenis ini tidak mengandungi ciri-ciri persamaan pada bunyi
vokal atau konsonan. Berdasarkan konteks ayat diatas, didapati bahawa jawapan yang
paling tepat ialah C. lalu-lalang.

PERATUSAN JUMLAH MURID YANG BETUL DAN SALAH

42%
BETUL
SALAH

58%

Graf 11

Jumlah keseluruhan responden :

1.Lelaki : 6 Orang

2.Perempuan : 6 Orang
Penjodoh bilangan digunakan sebelum sesuatu kata atau nama yang
menunjukkan jumlah atau bilangan. Penjodoh bilangan ialah kata yang digunakan
bersama-sama dengan kata bilangan. Penjodoh bilangan digunakan untuk menentulkan
sesuatu benda mengikut bentuk, rupa, saiz, dan sebagainya. Penjodoh bilangan
digunakan sebelum sesuatu kata atau nama yang menunjukkan jumlah atau bilangan.
Kadangkala kata bilangan disertai penjodoh bilangan seperti batang, buah, ekor, orang,
dan sebagainya.

10. Masukkan beberapa ___________________ bawang ke dalam sambal kicap itu.

A. iris
B. ketul
C. biji
D. buah.

Kata bawang sebelum ruangan jawapan tersebut menjelaskan bahawa


bawang yang dicampurkan ke dalam sambal kicap itu berbentuk yang kecil untuk
dicampur bersama kicap untuk dimakan. Oleh itu, mustahil dalam bentuk yang besar
untuk dimakan. Jawapan yang paling sesuai dengan konteks soalan diatas ialah A. iris.
PERATUSAN JUMLAH MURID YANG BETUL DAN SALAH

44%
BETUL
SALAH

56%

Graf 12

Jumlah keseluruhan responden :

1.Lelaki : 6 Orang

2.Perempuan : 6 Orang

11. Harga tiga _________________ petai itu ialah RM3.00.

A. papan
B. buah
C. gelung
D. gelang.
Soalan 11 masih berkisar mengenai penjodoh bilangan. Penjodoh bilangan untuk
papan adalah
untuk benda-benda yang berbentuk kepingan seperti coklat, petai, dan mercun.
Manakala penjodoh bilangan buah pula adalah untuk benda-benda besar dan padu,
yang tidak mempunyai bentuk yang tertentu, contohnya seperti kereta, negeri, rumah,
buku, kotak, radio, bandar, kampung, piano, komputer, kamera.

Seterusnya, penjodoh bilangan untuk gelung dan gelang adalah untuk benda-benda
yang bergulung seperti filem, permaidani, tikar, dawai, dan kertas. Berdasarkan konteks
soalan, jawapan yang paling tepat ialah A. papan.

PERATUSAN JUMLAH MURID YANG BETUL DAN SALAH

BETUL
SALAH

100%

Graf 13

Jumlah keseluruhan responden :

1.Lelaki : 6 Orang

2.Perempuan : 6 Orang
12. _______________ pohon kemboja itu dicantas oleh ayah.

A. Bebatang
B. Bebuli
C. Reranting
D. Kekayu.

Soalan 12 juga merupakan soalan mengenai penjodoh bilangan. Jawapan


yang paling tepat ialah C. Reranting. Berdasarkan konteks soalan diatas merujuk
kepada bahagian pohon yang dicantas. Berdasarkan Kamus Dewan dan Pustaka,
cantas bermaksud memancung sesuatu dengan benda tajam dgn sekali ayun. Hanya
ranting sahaja yang boleh dicantas dengan sekali hayun kerana ranting bersifat kecil
dan ringan. Oleh sebab pohon mempunyai banyak ranting maka, reranting diguna pakai
dalam konteks ayat.
PERATUSAN JUMLAH MURID YANG BETUL DAN SALAH
8%

BETUL
SALAH

92%

Graf 14

Jumlah keseluruhan responden :

1.Lelaki : 6 Orang

2.Perempuan : 6 Orang

13. Dia membaling anjing itu dengan se ____________ kayu api.

A. batang
B. papan
C. berkas
D. laras.

Berdasarkan konteks ayat pada soalan diatas, jawapan yang paling sesuai
adalah penjodoh bilangan bagi kayu api. Jika dilihat pada kesemua pilihan jawapan
terbabit, dapat disimpulkan bahawa kesemua jawapan adalah hampir sama. Maksud
batang menurut Kamus Dewan dan Pustaka adalah untuk menunjukkan benda-benda
yang panjang seperti sungai, lilin, dan galah. Manakala, maksud papan pula dari sudut
penjodoh bilangan adalah untuk benda-benda yang berbentuk kepingan, contohnya
coklat, petai, dan mercun. Seterusnya, maksud berkas pula adalah untuk benda-benda
yang diikat bersama-sama seperti kunci, lidi, dan kayu. Akhir, maksud laras adalah
untuk senjata api seperti pistol, senapang dan Meriam. Oleh itu, jawapan yang paling
tepat berdasarkan konteks ayat ialah A. batang.

PERATUSAN JUMLAH MURID YANG BETUL DAN SALAH


17%

BETUL
SALAH

83%

Graf 15

Jumlah keseluruhan responden :

1.Lelaki : 6 Orang

2.Perempuan : 6 Orang
14. Sarang ______________ yang memenuhi ruang rumah itu telah saya bersihkan.

A. Ielabi
B. lelabah
C. kekabu
D. tetupai.

Soalan 14 merujuk kepada soalan tatabahasa berbentuk kata ganda. Kesemua


kata ganda yang terdapat pada pilihan jawapan ialah kata ganda separa kata tunggal,
contohnya pepohon, gegelang dan tetikus. pilihan jawapan pertama ialah lelabi atau
labi-labi iaitu sejenis hidupan air seperti kura-kura.

Lelabah pula adalah labah-labah, kekabu adalah sejenis pokok dan


buahnya berisi bahan seperti kapas yang boleh digunakan untuk menghasilkan bantal.
Manakala, tetupai pula adalah komponen penyokong beban yang dilekatkan pada
dinding atau tiang bangunan. Oleh itu, jawapan yang paling tepat berdasarkan konteks
penggunaan ayat pada soalan ialah B. lelabah
PERATUSAN JUMLAH MURID YANG BETUL DAN SALAH

40%
BETUL
SALAH

60%

Graf 16

Jumlah keseluruhan responden :

1.Lelaki : 6 Orang

2.Perempuan : 6 Orang

15. Tudung saji digunakan untuk menutup ______________ itu.

A. sampah-sarap
b. semak-samun
C. sayur-mayur
D. lauk-pauk.

Soalan 15 masih menguji murid dengan kata ganda. Kata ganda yang digunakan
dalam soalan kali ini ialah kata ganda berentak. Jika dilihat pada konteks soalan,
tudung saji merupakan alat yang diguna pakai untuk menutup makanan daripada
dicemari oleh lalat, lipas dan sebagainya. Pilihan jawapan yang pertama ialah sampah-
sarap. Ini merupakan kata ganda berentak bebas yang bermaksud sampah yang
banyak.

Seterusnya ialah semak-samun yang merupakan kata ganda berentak


pengulangan konsonan yang bermaksud semak yang banyak dan tebal. Sayur-mayur
pula adalah kata ganda berentak jenis pengulangan vokal. Akhir, merupakan kata
ganda pengulangan vokal. Berdasarkan konteks ayat pada soalan, jawapan yang paling
sesuai digunakan ialah D. lauk-pauk.

PERATUSAN JUMLAH MURID YANG BETUL DAN SALAH

42%
BETUL
SALAH

58%

Graf 17

Jumlah keseluruhan responden :

1.Lelaki : 6 Orang
2.Perempuan : 6 Orang

Kata Adjektif ialah perkataan yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu kata
nama seperti hitam, besar, kuat, banyak dan sedikit. sifat atau keadaan sesuatu benda,
orang, tempat, binatang, dan sebagainya. Kata adjektif juga dikenal sebagai kata
sifat.Kata adjektif boleh disertai kata keterangan amat, paling, sangat, dan sebagainya
yang bertugas sebagai penguat. Contohnya; sangat cantik, amat rajin, paling tinggi,
dan sebagainya.

1. Adjektif Jati

Ia menerangkan sifat atau rupa yang jati.

Contoh

Buku itu berwarna biru.

Budak kurus itu kawan saya.

2. Ajdektif Bilangan atau pecahan

Ia menunjukkan bilangan atau pecahan.

Contoh

Ayah memiliki dua buah kereta.

Saya membeli beberapa kuntum bunga.

3. Adjektif Tunjuk

Ia menunjukkan “bagaimana” / “yang mana”

contoh

Baju ini mahal harganya.


Perkara demikian jangan diulangi lagi.

4. Adjektif pencerai / pengasingan

Ia menerangkan benda yang disifatkan itu dikira satu-satu atau selonggok-


selonggok.

Contoh

Setiap pelajar mesti berdiplin.

Ambil barang masing-masing.

Kata adjektif dapat dibahagikan kepada jenis-jenis yang berikut

(a) menerangkan sifat keadaan seperti sihat dan cantik;

(b) menerangkan sifat warna seperti hitam dan hijau;

(c) menerangkan sifat ukuran seperti tebal dan besar;

(d) menerangkan sifat bentuk seperti lurus dan bujur;

(e) menerangkan sifat jarak seperti hampir dan jauh;

(f) menerangkan sifat waktu seperti lama dan awal;

(g) menerangkan sifat perasaan seperti malu dan gembira;

(h) menerangkan sifat cara seperti lincah dan lambat;

(i) menerangkan sifat pencaindera seperti masin dan harum.

Pangkat-pangkat Adjektif

1. Pangkat biasa
ia dinyatakan dengan menggunakan kata adjektif biasa.

Contoh

Baju dia cantik.

Buah betik itu manis.

2. Pangkat perbandingan

Ia merupakan perbandingan sama, lebih atau kurang.

Contoh

Tenaganya sekuat Badang.

Buah jambu itu semanis gula.

3. Pangkat menyangat

Ia menerangkan adjektif yang keterlaluan seperti sangat, amat, benar-benar dan


sebagainya.

Contoh

Cuaca hari ini sangat mendung.

Buah rambutan ini terlalu masak.

4. Pangkat penghabisan

Ia menerangkan adjektif paling atau penghabisan.


Contoh

Gunung Kinabalu adalah gunung yang paling tinggi di Malaysia.

Menera KLCC bangunan yang tertinggi di Malaysia.

16. Keadaan malam itu sangat _______________ dan tidak berbintang di langit.

A. cerah
B. gelap
C. bahaya
D. suram.

Soalan 16 lebih menekankan kepada kata adjektif kepada malam dan tidak
berbintang. Jika diteliti maksud pada pilihan jawapan yang pertama iaitu cerah yang
bermaksud terang. Manakala, gelap pula bermaksud kelam dan tidak nampak. Bahaya
pula beerti sesuatu yang mendatangkan bencana. Akhir, suram yang bermaksud tidak
berapa terang. Jawapan yang paling sesuai untuk digunakan ialah B. gelap.
PERATUSAN JUMLAH MURID YANG BETUL DAN SALAH

25%

BETUL
SALAH

75%

Graf 18

Jumlah keseluruhan responden :

1.Lelaki : 6 Orang

2.Perempuan : 6 Orang

17. Kita tidak boleh memandang _________________ kepada orang lain walaupun
mereka miskin.

A. serong
b. jijik
C. sombong
D. hina.
Soalan 17 adalah mengenai kata adjektif. Kesemua pilihan jawapan adalah kata adjektif
yang perlu dipadankan agar sesuai dengan konteks ayat pada soalan. Jawapan yang
paling sesuai dengan digunakan ialah D. hina.

PERATUSAN JUMLAH MURID YANG BETUL DAN SALAH

25%

BETUL
SALAH

75%

Graf 19

Jumlah keseluruhan responden :

1.Lelaki : 6 Orang

2.Perempuan : 6 Orang
Imbuhan daripada Bahasa Sanskrit ialah jenis imbuhan yang telah lama terserap
ke dalam system tatabahasa Bahasa Melayu. Antaranya, seperti maha-, tata-, dan
pasca-, telah menjadi sebati dengan perkataan-perkataan dasar bahasa Melayu,
sehingga penggunaannya amat produktif. Tetapi terdapat juga bentuk imbuhan, seperti
tuna-, tri-, dan –nita, yang penggunaannya atau terbitannya tidak begitu produktif.

18. Pelajar lelaki universiti dipanggil ____________________.

A. mahasiswi
B. mahasiswa
C. mahaguru
D. mahaputera.

Soalan 18 adalah mengenai imbuhan. Imbuhan yang digunakan pada kali ini
adalah imbuhan daripada bahasa Sanskrit. Imbuhan jenis ini acapkali digunakan kerana
telah sebati dengan bahasa Melayu walaupun bahasa asing. Penggunaan maha-
adalah berfungsi melahirkan bentuk kata adjektif dan kata nama, dan membawa
pengertian paling atau tahap terbesar. Oleh itu, jawapan yang paling sesuai untuk
soalan 18 ialah B. mahasiswa untuk pelajar lelaki universiti.
PERATUSAN JUMLAH MURID YANG BETUL DAN SALAH

33%

BETUL
SALAH

67%

Graf 20

Jumlah keseluruhan responden :

1.Lelaki : 6 Orang

2.Perempuan : 6 Orang

19. Dalam filem, pelakon wanita dipanggil_________________.

A. seniman
B. biduan
C. biduanita
D. seniwati.

Soalan 19 masih berlegar mengenai imbuhan daripada bahsa Sanskrit, namun


bukanlah imbuhan jenis awalan, tetapi imbuhan jenis akhiran seperti, -wan, -man, -wati,
dan -nita. Seorang pelakon akan dikenali sebagai seniwati untuk perempuan dan
seniman untuk lelaki. Berdasarkan konteks ayat pada soalan 19, didapati jawapan yang
tepat ialah D. seniwati.

PERATUSAN JUMLAH MURID YANG BETUL DAN SALAH


8%

BETUL
SALAH

92%

Graf 21

Jumlah keseluruhan responden :

1.Lelaki : 6 Orang

2.Perempuan : 6 Orang
20. Bapa Tong Fong memelihara beberapa _________________ anjing untuk
mengawal rumahnya.
A. buah
B. biji
C. ekor
D. bilah.

Soalan yang terakhir untuk ujian tatabahasa ini adalah berbentuk penjodoh
bilangan. Pilihan jawapan pertama iaitu penjodoh bilangan buah adalah untuk benda-
benda besar dan padu, yang tidak mempunyai bentuk yang tertentu seperti, kereta,
negeri, rumah, buku, kotak, radio, bandar, kampung, piano, komputer, kamera.
Manakala, penjodoh bilangan biji pula adalah untuk jenis buah, sayur-sayuran, dan
benda-benda yang kecil, contohnya labu, lobak, dan kubis.

Penjodoh bilangan ekor pula adalah untuk semua jenis binatang, seperti angsa,
kuda dan itik. Akhir, penjodoh bilangan bilah pula merujuk kepada untuk benda-benda
yang tajam seperti, pisau, parang dan gunting. Oleh itu, jawapan yang paling sesuai
menurut konteks ayat pada soalan ialah C. ekor.
PERATUSAN JUMLAH MURID YANG BETUL DAN SALAH
8%

BETUL
SALAH

92%

Graf 22

Jumlah keseluruhan responden :

1.Lelaki : 6 Orang

2.Perempuan : 6 Orang
KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, majoriti responden berjaya menjawab dengan lulus dan


cemerlang, walaupun terdapat segelintir yang masih belum menguasai sepenuhnya
subjek ini dengan sebaiknya. Didapati terdapat beberapa soalan tatabahasa daripada
soalan imbuhan dan penjodoh bilangan yang hampir kesemua responden menjawab
dengan betul. Tetapi terdapat juga soalan yang tidak dapat dijawab betul oleh seorang
responden, iaitu soalan 11.

Soalan sebegini sukar dijawab oleh responden kerana mengelirukan dan


mempunyai jawapan yang hampir sama. Responden yang mempunyai kemahiran
berfikir secara kreatif dan kritis sahaja akan mampu menjawab dengan betul dan tepat.
Secara keseluruhan, terdapat 11 orang responden berjaya menjawab dan memperoleh
gred lulus, dan terdapat seorang murid berada pada gred gagal. Responden berkenaan
adalah murid pemulihan yang senantiasa mengikuti proses pemulihan LINUS di sekolah
berkenaan dari semasa ke semasa.

Selain itu, responden juga kurang menguasai dan mengetahui pelbagai kosa
kata dalam bahasa Melayu sehingga kurang memahami isi soalan dan jawapan. Oleh
demikian, kemungkinan responden berkenaan hanya menjawab secara membabi buta
tanpa mempunyai asas pengetahuan yang jelas terhadap soalan berkenaan. Selain itu,
kekeliruan terhadap pilihan jawapan yang hampir sama juga merupakan salah satu
faktor berlakunya kesalahan-kesalahan berkenaan. Kurang memahami istilah dan
makna menyebabkan responden keliru dan buntu dalam menjawab soalan tatabahasa
berkenaan.

Berdasarkan kefahaman dan penguasaan responden yang terlakar pada kertas


soalan tatabahasa tersebut, dapat disimpulkan bahawa secara puratanya kesemua
responden berada pada tahap yang sederhana berdasarkan markah dan gred yang
mereka perolehi.

You might also like