You are on page 1of 32

3.

GARIS PANDUAN CERAPAN ASTROGEODETIK

Penerangan lebih lanjut tentang tatacara pelaksanaan Cerapan Astrogeodetik


terkandung di dalam dokumen Garis Panduan Teknikal Pelaksanaan Cerapan
Astrogeodetik seperti di Lampiran ‘A’ yang disertakan. Intisari kandungan garis
panduan tersebut adalah seperti berikut:

BAHAGIAN I
AM

1.0 TUJUAN

2.0 TAFSIRAN

3.0 PENGENALAN

BAHAGIAN II
PENENTUAN LATITUD ASTROGEODETIK

4. PENENTUAN LATITUD DENGAN KAEDAH CIRCUM-MERIDIAN

4.1 PENGENALAN
4.2 FORMULA PENGIRAAN LATITUD
4.3 PERANCANGAN SEBELUM MENJALANKAN CERAPAN
4.4 ATURCARA KERJA

BAHAGIAN III
PENENTUAN AZIMUT

5. PENENTUAN AZIMUT DENGAN KAEDAH CERAPAN KETIKA BINTANG


ELONGGASI
5.1 PENGERTIAN AZIMUT
5.2 ELONGGASI BINTANG
5.3 SPESIFIKASI PENENTUAN AZIMUT
5.4 SYARAT-SYARAT BINTANG ELONGGASI
5.5 FORMULA PENGIRAAN
5.6 PENGIRAAN BAGI PERANCANGAN CERAPAN ELONGGASI
5.7 ATURCARA KERJA

BAHAGIAN IV
PENENTUAN LONGITUD ASTROGEODETIK

6. PENENTUAN LONGITUD DENGAN KAEDAH CERAPAN PADA PUGAK


UTAMA

.2.
Salinan Edaran Dalaman:

Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan I

Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan II

Salinan Edaran Luaran:

Setiausaha Bahagian (Kanan)


Tanah, Ukur dan Geospatial
Kementerian Tenaga dan Sumber Asli
Wisma Sumber Asli
No. 25, Persiaran Perdana, Presint 4
62574 PUTRAJAYA

Ketua Pengarah
Jabatan Kerajaan Tempatan
Bahagian Penyelidikan dan Perundangan Teknikal
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Aras 25 - 29, No. 51 , Persiaran Perdana, Presint 4
62100 PUTRAJAYA

Ketua Pengarah
PLANMalaysia (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa)
Aras 13, Blok F5, Parcel F, Presint 1
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62675 PUTRAJAYA

Pengarah
lnstitut Tanah dan Ukur Negara
Kementerian Tenaga dan Sumber Asli
Behrang
35950 TANJUNG MALIM

.4.
Pengarah
Cawangan Jalan
Tingkat 10, Blok F, lbu Pejabat JKR
Jin Sultan Salahuddin
50582 KUALA LUMPUR

Ketua Penolong Pengarah Kanan


Bahagian Ukur Tanah
Cawangan Kejuruteraan lnfrastruktur Pengangkutan
lbu Pejabat JKR Malaysia
Aras 19, No. 50, Menara PJD
Jalan Tun Razak
50400 KUALA LUMPUR

Setiausaha
Lembaga Jurukur Tanah Malaysia (LJT)
Level 5-7, Wisma LJT
Lorong Perak, Pusat Bandar Melawati
53100 KUALA LUMPUR

Presiden
Persatuan Jurukur Tanah Bertauliah Malaysia
2735A, Jalan Permata 4
Taman Permata, Ulu Kelang
53300 WP KUALA LUMPUR

.5.
Lampiran 'A'

Garis Panduan Teknikal


Pelaksanaan Cerapan
Astrogeodetik

JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA


2021

.1.
KANDUNGAN
BAHAGIAN I
AM

1. TUJUAN 4

2. TAFSIRAN 4

3. PENGENALAN 5

BAHAGIAN II
PENENTUAN LATITUD ASTROGEODETIK

4. PENENTUAN LATITUD DENGAN KAEDAH CIRCUM-MERIDIAN 6

4.1 PENGENALAN 6

4.2 FORMULA PENGIRAAN LATITUD 7

4.3 PERANCANGAN SEBELUM MENJALANKAN CERAPAN 7

4.4 ATURCARA KERJA 8

BAHAGIAN III
PENENTUAN AZIMUT

5. PENENTUAN AZIMUT DENGAN KAEDAH CERAPAN KETIKA 10


BINTANG ELONGGASI

5.1 PENGERTIAN AZIMUT 10

5.2 ELONGGASI BINTANG 11

5.3 SPESIFIKASI PENENTUAN AZIMUT 12

5.4 SYARAT-SYARAT BINTANG ELONGGASI 13

5.5 FORMULA PENGIRAAN 14

5.6 PENGIRAAN BAGI PERANCANGAN CERAPAN ELONGGASI 14

5.7 ATURCARA KERJA 15

BAHAGIAN IV
PENENTUAN LONGITUD ASTROGEODETIK

6. PENENTUAN LONGITUD DENGAN KAEDAH CERAPAN PADA 16


PUGAK UTAMA

6.1 PENGENALAN 16

6.2 FORMULA PENGIRAAN 18

.2.
6.3 SPESIFIKASI CERAPAN LONGITUD 19

6.4 PERANCANGAN SEBELUM MENJALANKAN CERAPAN 19

6.5 ATURCARA KERJA 20

BAHAGIAN V
PENENTUAN LATITUD DAN LONGITUD ASTROGEODETIK

7. PENENTUAN LATITUD DAN LONGITUD DENGAN KAEDAH 21


GARISAN PENEMPATAN

7.1 PENGENALAN 21

7.2 SPESIFIKASI PENENTUAN CERAPAN 23

7.3 KELEBIHAN CERAPAN BINTANG KAEDAH GARISAN 25


PENEMPATAN

7.4 ATURCARA KERJA 25

8. RUJUKAN 26

LAMPIRAN A - START OBSERVATION 27

.3.
BAHAGIAN I
AM

1. TUJUAN

Dokumen ini bertujuan untuk memberikan garis panduan teknikal mengenai


tatacara menjalankan Cerapan Astrogeodetik.

2. TAFSIRAN

2.1. “Astronomi” bermakna pengetahuan tentang bintang-bintang yang


melibatkan kajian terhadap kedudukan, pergerakan dan perkiraan serta
tafsiran yang berkaitan dengan bintang.

2.2. “Jarak Hamal (Right Ascension)” yang diwakil dengan simbol (α) adalah
sudut yang dicakupi di antara Titik Awal Hamal dengan titik persilangan
antara meridian objek dengan garisan khatulistiwa samawi.

2.3. “Latitud” ialah garisan khayalan yang melintang di bumi. Latitud dilukis
antara Timur dan Barat pada sesebuah peta dan dinilai dalam unit darjah
(°). Ia dikira dari 0° hingga 90° Utara dan dari 0° hingga 90° Selatan.
Latitud 0° Utara ialah titik Kutub Utara, sementara latitud 90° Selatan ialah
titik Kutub Selatan.

2.4. Longitud ialah garisan khayalan yang menegak di bumi. Longitud dilukis
antara Utara dan Selatan pada sesebuah peta dan dinilai dalam unit
darjah (°). Ia dikira dari 0° hingga 180° Timur dan dari 0° hingga 180°
Barat. Longitud 0° merupakan Garisan Meridian Pangkal yang terletak di
Greenwich, London, Britain. Longitud 180° Barat dan longitud 180° Timur
terletak pada garisan yang sama.

2.5. “Penentududukan satelit” atau nama lainnya “Sistem Navigasi Satelit


Global (Global Navigation Satellite System - GNSS)” adalah satu kaedah
penentuan kedudukan tiga-dimensi (3D) berasaskan isyarat satelit yang
direkodkan pada alat penerima GNSS.

.4.
3. PENGENALAN

3.1. Pergerakan objek-objek samawi seperti bintang, bulan, meteor, planet


dan matahari di atas orbitnya telah digunakan oleh juruukur pada zaman
dahulu bagi penentuan kedudukan, jarak, dimensi, geometri dan arah
azimut. Bidang ini dikenali sebagai astronomi.

3.2. Pengukuran astronomi ini boleh dipecahkan kepada beberapa bahagian


iaitu astronomi asas, astronomi geodetik (astrogeodetik), astronomi
pelayaran dan astronomi penerbangan dan merupakan antara ilmu
terawal dalam pengukuran kedudukan pada masa dahulu.

3.3. Konsep asas bagi Cerapan Astrogeodetik adalah pengkelasan bintang-


bintang dikenali sebagai konstelasi bagi menetapkan arah orientasi di
langit dan dapat dijadikan rujukan di Bumi.

3.4. Bintang-bintang ini juga telah dinamakan dengan nama tertentu dan telah
dibukukan dalam Star Almanac yang digunakan oleh juruukur dalam
penentuan kedudukan geografi dan arah Utara Benar berpandukan
kepada Cerapan Astrogeodetik.

3.5. Sebelum wujudnya teknologi Global Navigation Satellite System (GNSS)


pada masa kini, pergerakan bintang-bintang telah dijadikan satu kaedah
dalam penentududukan koordinat astronomi bagi sesuatu titik di atas
permukaan Bumi.

3.6. Tujuan Cerapan Astrogeodetik ini dijalankan adalah bagi menentukan


dua (2) perkara utama iaitu:

(i) Latitud dan longitud titik-titik cerapan (kedudukan).

(ii) Arah (azimut) dan orientasi.

.5.
BAHAGIAN II
PENENTUAN LATITUD ASTROGEODETIK

4. PENENTUAN LATITUD DENGAN KAEDAH CIRCUM-MERIDIAN

4.1. PENGENALAN

(i) Kaedah penentuan latitud bagi garis panduan ini adalah


menggunakan kaedah circum-meridian.

(ii) Bagi kaedah ini, cerapan dijalankan kepada pasangan bintang yang
berada di sebelah utara dan selatan di mana altitud pasangan
bintang tersebut lebih kurang sama seperti Rajah 1.

Rajah 1: Kedudukan Bintang-Bintang Bagi Cerapan Latitud

(iii) Tujuan pemilihan pasangan bintang dengan syarat tersebut adalah


bagi mengurangkan kesan-kesan selisih biasan.

(iv) Bintang-bintang yang akan dicerap itu perlu dikenalpasti terlebih


dahulu melalui Almanak Bintang (Star Almanac).

(v) Data-data yang dicerap semasa cerapan bintang ini dijalankan


adalah waktu lintasan dan altitud bintang.

.6.
4.2. FORMULA PENGIRAAN LATITUD

(i) Pembetulan altitud = A x m


di mana 𝐴 = 𝑘𝑜𝑠 ∅ . 𝑘𝑜𝑠 𝛿 . 𝑘𝑜𝑠𝑒𝑘 𝛽
2𝑠𝑖𝑛2 𝑡
𝑚= 𝑘𝑜𝑠𝑒𝑘 1”
2

(ii) Latitud tempat cerapan


• Bintang Utara ∅ = 𝛿 + 𝛼 − 90°
• Bintang Selatan ∅ = 90° − (𝛼 + 𝛿)

4.3. PERANCANGAN SEBELUM MENJALANKAN CERAPAN

(i) Perancangan awal sebelum Cerapan Astrogeodetik dijalankan


adalah penting bagi menentukan bintang-bintang yang akan dicerap
pada tarikh yang ditetapkan.

(ii) Langkah pertama adalah menentukan julat jarak hamal (right


ascension) bagi bintang-bintang yang dicerap.

(iii) Langkah kedua adalah memilih bintang-bintang yang sesuai dari


segi kecerahannya. Bintang-bintang yang mempunyai magnitud dari
1 hingga 3 boleh dipilih untuk dicerap.

.7.
(iv) Langkah ketiga adalah menentukan waktu lintasan bintang-bintang
yang dipilih.

(v) Langkah keempat adalah menentukan altitud bintang ketika melintas


meridian.
• Bintang Utara = 90° + ∅ − 𝛿
• Bintang Selatan = 90° − ∅ − 𝛿
di mana ∅ adalah latitud anggaran

4.4. ATURCARA KERJA

(a) Terdapat empat (4) proses cerapan yang akan dijalankan seperti
berikut:

(i) Mendirisiapkan alat;

(ii) Mendapatkan azimut pada RO;

(iii) Membuat cerapan ke atas bintang-bintang; dan

(iv) Merekodkan cerapan.

(b) Mendirisiapkan alat

(i) Kakitiga didirikan dan plat di atasnya dilaraskan dengan


menggunakan ‘bull’s eye level’.

(ii) Alat dipasangkan pada kepala kakitiga dan bubble


dilaraskan dengan menggunakan ‘levelling knob’. Caranya
adalah seperti berikut:

• Bawa bubble selari dengan dua (2) dari levelling knob


dan laraskan supaya ianya berada di tengah-tengah.

• Alat dipusingkan 90° dan bubble sekali lagi dilaraskan


dengan menggunakan levelling knob yang satu lagi.

• Alat dibawa kepada kedudukan pertama, jika bubble


tidak di tengah-tengah, laraskan sekali lagi dan proses
ini diulangi sehingga bubble berada di tengah-tengah.

.8.
(c) Mendapatkan azimut pada RO

Setelah alat dilaraskan dan sedia untuk digunakan, alat diarahkan


pula kepada RO dan dicatatkan.

(d) Membuat cerapan pada bintang-bintang

Proses menjalankan cerapan adalah seperti berikut:

(i) Teropong diarahkan ke langit dengan nilai altitud yang telah


dikira. Untuk tujuan ini diagonal eyepiece digunakan.
Katakan untuk bintang pertama ini dengan penyilang kanan,
dan bintangnya berada di sebelah utara.

(ii) Apabila bintang berada pada masa 5 minit sebelum melintas


meridian, cerapan mula dilakukan dan diteruskan sehingga
bintang tersebut melintas meridian.

(iii) Bacaan diambil sebanyak enam (6) hingga lapan (8) bacaan
iaitu tiga (3) sebelum dan tiga (3) selepas bintang melintas
meridian.

(iv) Dengan menggunakan penyilang kiri juga, bintang sebelah


selatan dicerap sama seperti langkah (iii) menjadikan
sepasang bintang telah dicerap.

(v) Kemudian, dengan menggunakan penyilang kanan, bintang-


bintang sebelah utara dan selatan dicerap dengan kaedah
yag sama seperti langkah (iii) dan (iv).

(e) Merekod Bacaan

Makumat yang perlu direkodkan ke dalam borang seperti di


Lampiran A bagi hitungan penetuan latitud adalah seperti berikut:

(i) Waktu ketika bintang bersilang dengan cross-hair dalam alat


cerapan;

(ii) Altitud bintang; dan

(iii) Azimut bintang (hanya 1 atau 2 bacaan diambil).

.9.
BAHAGIAN III
PENENTUAN AZIMUT

5. PENENTUAN AZIMUT DENGAN KAEDAH CERAPAN KETIKA BINTANG


ELONGGASI

5.1. PENGERTIAN AZIMUT

(i) Datum yang dimaksudkan adalah arah Utara Benar (UB) atau
Selatan Benar atau mana-mana arah yang dipilih bersesuaian
dengan kerja pengukuran yang dijalankan.

(ii) Kebiasaan juruukur akan memilih arah utara benar (daripada 0°


hingga 360°) sebagai datum di mana semua azimut seperti dalam
Rajah 2 adalah merujuk kepadanya.

(iii) Bering Utara Benar (UB) satu garisan dari pencerap adalah 0° (atau
360°), timur benar adalah 90°, barat adalah 270° dan selatan adalah
180°.

Rajah 2: Gambaran Azimut

. 10 .
5.2. ELONGGASI BINTANG

(i) Dalam peredaran harian bintang mengelilingi kutub celestial, bintang


tersebut akan mempunyai dua kedudukan khas iaitu di langit timur
dan di langit barat di mana bintang-bintang ini berada di posisi yang
terjauh sekali dari meridian.

(ii) Pada kedua-dua posisi ini bintang-bintang tersebut dikatakan berada


pada ketika elonggasi.

(iii) Bila kedudukan bintang itu berada di timur ianya dipanggil elonggasi
timur dan apabila bintang berada di barat pula ianya dipanggil
elonggasi barat seperti Rajah 3.

Rajah 3: Kedudukan Elonggasi Bintang

(iv) Pada kedua-dua posisi ini bintang-bintang tadi akan mengalami


azimut yang maksima sama ada di timur atau di barat bergantung
kepada kedudukan elonggasi mana ia berada.

(v) Pada ketika elonggasi ini bulatan altitud adalah bersentuhan atau
tangen kepada bulatan peredaran bintang, menghasilkan segitiga
astronomi PZS seperti dalam Rajah 4 adalah segitiga bersudut
tepat.

. 11 .
Rajah 4: Gambaran Segitiga Astronomi

5.3. SPESIFIKASI PENENTUAN AZIMUT

Antara spesifikasi penentuan azimut dengan kaedah cerapan elonggasi


bintang adalah seperti berikut:

(i) Altitud bintang yang hendak dicerap itu hendaklah antara 15° hingga
30°.

(ii) Cerapan dibuat sama banyak pada kedua-dua silang atau pun
sepasang bintang timur dan barat dicerap pada satu silang dan
sepasang lagi dicerap pada silang yang lain.

(iii) Cerapan dibuat lima minit sebelum dan selepas elonggasi dan
diambil enam hingga lapan bacaan.

(iv) Setiap pasang bintang diseimbangkan altitudnya ± 5°.

. 12 .
5.4. SYARAT-SYARAT BINTANG ELONGGASI

Antara syarat-syarat bintang untuk elonggasi adalah:

(i) Tempat cerapan dan bintang mesti berada pada hemisfera yang
sama iaitu ∅ dan 𝛿 berada pada hemisfera yang sama seperti dalam
Rajah 5.

Rajah 5: Syarat Elonggasi Bintang

(ii) Deklinasi bintang mestilah lebih besar dari latitud tempat cerapan,
𝛿 > ∅.

(iii) Sudut waktu bintang mestilah kurang daripada 6 jam.

. 13 .
5.5. FORMULA PENGIRAAN

Formula-formula yang dipakai untuk menghitung sudut waktu (t), altitud


(𝛼) dan azimut (z) adalah terbitan dari Hukum Napier untuk penyelesaian
segitiga tepat:

tan ∅
(i) 𝑘𝑜𝑠 𝑡 =
tan 𝛿

sin 𝜃
(ii) sin 𝛼 = sin 𝛿

𝑘𝑜𝑠 𝛿
(iii) sin 𝑧 =
𝑘𝑜𝑠 𝜃

5.6. PENGIRAAN BAGI PERANCANGAN CERAPAN ELONGGASI

(i) Langkah pertama adalah mendapatkan julat Waktu Siderial


Tempatan (WST).

(ii) Langkah kedua adalah menghitung nilai deklinasi, 𝛿 dari formula

sin ∅
𝑠𝑖𝑛 𝛿 =
sin 𝛼

(iii) Langkah ketiga adalah menhitung sudut waktu, t dengan


menggunakan formula

tan ∅
𝑘𝑜𝑠 𝑡 =
tan 𝛿

(iv) Langkah keempat adalah menghitung nilai julat Jarak Hamal dengan
menggunakan formula

𝑅𝐴 = 𝐿𝑆𝑇 − 𝐿𝐻𝐴

(v) Pemilihan bintang adalah berdasarkan pengiraan julat bintang di (ii)


dan (iv).

(vi) Merujuk kepada Almanak Bintang, bintang-bintang yang memenuhi


syarat (v) akan dipilih.

. 14 .
5.7. ATURCARA KERJA

(i) Bering rujukan diarahkan kepada RO dan disetkan pada penyilang


kiri.

(ii) Kemudian, teropong diarahkan kepada bintang yang akan dicerap.


Sekiranya bintang tersebut agak tinggi, maka diagonal eyepiece
digunakan.

(iii) Bintang-bintang yang akan dicerap telah dikenalpasti melalui


perancangan awal dan maklumat-maklumat azimut, altitud dan
waktu elonggasi telah diketahui.

(iv) Pencerap akan mengikuti pergerakan bintang dan ketika bintang


menghampiri elonggasi, cerapan akan dimulakan dan sekurang-
kurangnya tiga (3) bacaan sebelum elonggasi dan tiga (3) bacaan
selepas elonggasi dicatatkan.

(v) Cerapan yang dicatatkan adalah bacaan altitud, bacaan azimut,


waktu elonggasi dan bacaan gelembung air (bubble).

(vi) Katakan bintang pertama yang dicerap tadi adalah bintang sebelah
Timur menggunakan penyilang kiri, bintang kedua sebelah Barat
juga dicerap dengan penyilang kiri sama seperti cara (iv) dan (v).

(vii) Dengan menggunakan penyilang kanan, sepasang bintang di Timur


dan Barat dicerap menggunakan cara yang sama seperti (iv) dan (v).
Dengan ini satu set cerapan telah dicerap.

(viii) Setiap kali sebelum beralih kepada bintang yang lain, alat
pengukuran perlu diarahkan kepada RO sebagai semakan.

. 15 .
BAHAGIAN IV
PENENTUAN LONGITUD ASTROGEODETIK

6. PENENTUAN LONGITUD DENGAN KAEDAH CERAPAN PADA PUGAK


UTAMA

6.1 PENGENALAN

(i) Bagi penentuan waktu ataupun penentuan longitud, kedudukan


bintang yang paling baik untuk membuat cerapan ialah ketika
bintang tersebut melintas pugak utama (vertical prime).

(ii) Bagi sesuatu tempat cerapan, bintang-bintang yang akan melintas


pugak utama ialah bintang-bintang yang mempunyai posisi di
hemisfera yang sama dengan tempat cerapan serta bintang-bintang
tersebut mempunyai deklinasi yang lebih kecil daripada latitud
tempat cerapan.

(iii) Maka, bintang yang melintas pugak utama sesuatu temat adalah
bintang-bintang yang beredar mengikut bulatan peredarannya di
antara bulatan khatulistiwa dan zenit tempat cerapan tersebut.

(iv) Semasa peredarannya, sesuatu bintang itu akan melintas dua (2)
kali pugak utama dalam satu (1) hari iaitu di sebelah timur dan
sebelah barat.

. 16 .
Rajah 6: Perlintasan Bintang 𝒔𝟏 , 𝒔𝟐 dan 𝒔𝟑 di Sebelah Timur dan Barat

. 17 .
6.2 FORMULA PENGIRAAN

Formula-formula yang digunakan dalam membuat hitungan penentuan


longitud adalah seperti berikut:

(i) 𝒌𝒐𝒔 𝒕 = 𝒌𝒐𝒕 ∅ . 𝐭𝐚𝐧 𝜹

𝐬𝐢𝐧 𝜹
(ii) 𝐬𝐢𝐧 𝜶 = 𝐬𝐢𝐧 𝜽

Bagi memudahkan penerbitan formula (ii), Rajah 7 digunakan sebagai


panduan.

Rajah 7: Panduan Penerbitan Rumus Penentuan Longitud

sin ______ = tan ______ . tan ______ (bersebelahan)

sin ______ = kos ______ . kos ______ (bersetentang)

Contoh :

sin (𝟗𝟎° − ∅) = kos (c) . kos (𝝃)

sin 𝜹 = sin (∅) . sin (𝜶)

𝐬𝐢𝐧 𝜹
sin 𝜶 =
𝐬𝐢𝐧 ∅

. 18 .
6.3 SPESIFIKASI CERAPAN LONGITUD

Antara spesifikasi cerapan penentuan longitud adalah seperti berikut:

(i) Azimut bintang adalah ± 𝟏𝟎° dari pugak utama tetapi seelok-eloknya
hampir atau pada pugak utama.

(ii) Cerapan diseimbangkan timur dan barat menjadi satu pasang dan
altitud setiap pasang itu adalah antara ± 𝟓°.

(iii) Diseimbangkan silangnya atau dibaca bertukar silang untuk suatu


bintang seperti yang telah disebutkan dalam projek yang lepas.

(iv) Altitud bintang adalah di antara 𝟑𝟓° hingga 𝟔𝟓°.

(v) Bacaan pada sesuatu bintang dibaca dalam jangka masa kurang
dari 3 minit untuk mengelakkan kesan kelengkungan laluan. Setiap
bintang diambil enam (6) atau lapan (8) bacaan.

(vi) Suhu dan tekanan diambil pada setiap setengah jam.

(vii) Sisihan piawai ialah ± 𝟓° . 𝒔𝒆𝒌 ∅.

6.4 PERANCANGAN SEBELUM MENJALANKAN CERAPAN

(i) Langkah pertama adalah memilih bintang-bintang yang deklinasinya


adalah lebih kecil dari nilai latitud tempat cerapan kerana syarat
perlintasan pugak utama adalah nilai deklinasi mestilah lebih kecil
dari latitud tempat cerapan.

(ii) Langkah kedua adalah mengira julat deklinasi yang berpadanan


dengan spesifikasi altitud iaitu dari 𝟑𝟓° hingga 𝟔𝟓°.

(iii) Langkah ketiga adalah menghitung nilai altitud bagi bintang-bintang


dengan menggunakan formula berikut:

sin 𝛿
𝑠𝑖𝑛 𝛼 =
sin ∅

(iv) Langkah keempat adalah menghitung waktu perlintasan bintang


pada pugak utama.

. 19 .
6.5 ATURCARA KERJA

(i) Setelah alat cerapan didirisiapkan dan bering RO ditentukan,


teropong diarahkan kepada pasangan bintang pertama
menggunakan penyilang kiri.

(ii) Setelah bintang yang akan dicerap itu dikesan dalam teropong,
pencerap akan mengikuti pergerakan bintang tersebut dan
memulakan cerapan apabila bintang berada pada julat 𝟏𝟎° sebelum
dan selepas perlintasan.

(iii) Pencerap akan memastikan bintang berada pada tengah cross-hair


teropong alat dan penjaga masa akan memulakan cerapan masa.

(iv) Pencerap akan mendapatkan nilai altitud dan azimut sementara


penjaga masa akan mendapatkan bacaan kronometer dan masa.

(v) Bacaan suhu dan tekanan juga dicatatkan pada awal dan akhir
cerapan.

(vi) Katakan cerapan kepada bintang pertama adalah merupakan


bintang Timur menggunakan penyilang kiri, maka bintang sebelah
Barat juga akan dicerap menggunakan penyilang kiri mendapatkan
nilai seperti (iv) dan (v).

(vii) Setelah selesai, maka cerapan ke atas pasangan penyilang kanan


dibuat sama seperti langkah (ii) hingga (v).

. 20 .
BAHAGIAN V
PENENTUAN LATITUD DAN LONGITUD ASTROGEODETIK

7. PENENTUAN LATITUD DAN LONGITUD DENGAN KAEDAH GARISAN


PENEMPATAN

7.1 PENGENALAN

(i) Kaedah cerapan garisan penempatan (position line) ini adalah


berasaskan kepada kedudukan bintang di mana bila ianya
diunjurkan ke Bumi akan membentuk satu bulatan kecil di mana
pusatnya adalah kedudukan geografi bintang tersebut dikenali
sebagai sub-stellar point (SSP).

(ii) SSP ini adalah titik di mana garisan yang disambungkan dari puat
Bumi kepada bintang dan bersilang dengan permukaan Bumi.

(iii) Jejari bulatan ini adalah bersamaan dengan jarak zenit bintang
tersebut.

(iv) Bila dua (2) bintang dicerap dan bulatan jarak zenit masing-masing
diplot di permukaan Bumi, kita akan dapati dua (2) persilangan
terjadi.

(v) Persilangan-persilangan tersebut adalah mewakili kedudukan


stesen cerapan.

(vi) Pemilihan kedudukan stesen cerapan yang sebenar dapat dilakukan


apabila kita mengetahui titik anggaran stesen cerapan.

. 21 .
Rajah 8: Kaedah Garisan Penempatan

Di mana 𝑺𝟏 & 𝑺𝟐 = Bintang yang dicerap

EQ = Khatulistiwa

𝑺′𝟏 & 𝑺′𝟐 = sub-stellar point untuk bintang


𝑺𝟏 & 𝑺𝟐

O = Pusat Bumi

A&K = Persilangan antara 2 bulatan jejari


zenit

(vii) Jadi, sebelum memulakan cerapan bintang, kita mesti mengetahui


koordinat anggaran stesen cerapan (∅𝒂 , 𝝀𝒂 ) seperti ditunjukkan
dalam Rajah 9.

(viii) Dengan menggunakan kedudukan anggaran ini, nilai altitud hitungan


(𝜶𝒄 ) dari RA dan deklinasi (𝜹) bintang yang dikenalpasti dari proses
pengenalan dapat diperolehi.

. 22 .
(ix) Setiap bintang yang dicerap akan mempunyai altitud hitungan dan
altitud cerapan (𝜶𝒐 ).

(x) Sekiranya altitud cerapan ini lebih besar daripada altitud hitungan,
kedudukan sebenar stesen cerapan akan menghampiri SSP, dan
sekiranya altitud cerapan lebih kecil daripada altitud hitungan,
kedudukan stesen cerapan adala menjauhi SSP.

(xi) Perbezaan antara altitud cerapan dan altitud hitungan dapat


digambarkan dari perbezaan bulatan jarak zenit sebenar (dari
cerapan) dengan bulatan jarak zenit yang dihitung yang melalui titik
anggaran.

Rajah 9: Kedudukan koordinat Anggaran Stesen Cerapan

7.2 SPESIFIKASI PENENTUAN CERAPAN

Berikut adalah spesifikasi bagi penentuan cerapan menggunakan kaedah


Garisan Penempatan:

(i) Bintang-bintang yang hendak dicerap itu seboleh-bolehnya berada


lebih kurang 45°, 135°, 225° dan 315° mengikut sukuan seperti dalam
Rajah 10.

. 23 .
(ii) Had azimut untuk bintang yang dicerap ialah ± 𝟏𝟎°. Sebagai
contohnya, untuk sukuan pertama, had yang sebaik-baiknya adalah
antara 𝟑𝟓° hingga 𝟓𝟓°.

(iii) Altitud bintang yang hendak dicerap hendaklah antara 𝟑𝟓° hingga
𝟔𝟓°. Satu set cerapan iaitu empat sukuan diseimbangkan altitudnya
± 𝟓°.

(iv) Bacaan yang dibuat ke atas sesuatu bintang dibuat sebanyak enam
(6) kali dengan menggunakan satu penyilang secepat mungkin bagi
mengelakkan kelengkungan laluan bintang.

(v) Bacaan waktu dicatat kepada 0.1 saat sementara bacaan sudut ufuk
dibaca sehingga 10 minit ketepatan.

(vi) Cerapan dibuat kepada empat (4) set bintang atau tiga (3) bintang di
mana satu set mengandungi enam (6) bintang.

(vii) Kejituan yang diperlukan adalah seperti berikut:

Sisihan piawai untuk latitud, 𝝈𝜽 = 5”

Sisihan piawai untuk longitud, 𝝈𝝀 = 5” . 𝒔𝒆𝒌 𝜽

Rajah 10: Kedudukan Bintang di Setiap Sukuan Serta Had Azimut


± 10°

. 24 .
7.3 KELEBIHAN CERAPAN BINTANG KAEDAH GARISAN PENEMPATAN

(i) Penentuan latitud dan longitud dapat ditentukan secara serentak


iaitu pada bintang yang sama.

(ii) Kaedah ini tidak bergantung kepada cerapan bintang pada


mana-mana azimut tertentu.

(iii) Tiada perancangan terperinci sebelum cerapan perlu dijalankan.

(iv) Cerapan yang dibuat dapat ditunjukkan dalam rajah, maka cerapan
yang kurang baik akan dapat diketahui.

(v) Kaedah ini sesuai digunakan untuk keadaan cuaca yang kurang baik
disebabkan had pemilihan bintang agak longgar pada sesuatu
azimut.

7.4 ATURCARA KERJA

(i) Setelah alat cerapan didirisiapkan dan bering RO ditentukan,


teropong diarahkan kepada pasangan bintang pertama
menggunakan penyilang kiri.

(ii) Setelah bintang yang akan dicerap itu dikesan dalam teropong,
pencerap akan mengikuti pergerakan bintang tersebut dan
memulakan cerapan kepada bintang-bintang mengikut spesifikasi
yang dinyatakan dalam Paragraf 7.2.

(iii) Untuk kaedah garisan penempatan ini, tidak semestinya bintang


yang berada dalam sukuan pertama dicerap dahulu, tetapi
bergantung kepada kenampakan bintang-bintang di langit.

(iv) Pencerap akan memastikan bintang berada pada tengah cross-hair


teropong alat dan penjaga masa akan memulakan cerapan masa.

(v) Pencerap akan mendapatkan nilai altitud dan azimut sementara


penjaga masa akan mendapatkan bacaan kronometer dan masa.

(vi) Bacaan suhu dan tekanan juga dicatatkan pada awal dan akhir
cerapan.

. 25 .
(vii) Katakan cerapan kepada bintang pertama adalah merupakan
bintang Timur menggunakan penyilang kiri, maka bintang sebelah
Barat juga akan dicerap menggunakan penyilang kiri mendapatkan
nilai seperti (iv) dan (v).

(viii) Setelah selesai, maka cerapan ke atas pasangan penyilang kanan


dibuat sama seperti langkah (ii) hingga (v) bagi tiga (3) atau empat
(4) set cerapan.

(ix) Setelah siap membuat cerapan pada satu sukuan, maka cerapan
dibuat pada sukuan lain seperti langkah (ii) hingga (v) sehingga
keempat-empat sukuan siap dicerap.

8. RUJUKAN

Ali, A., Zin, M., bt Ismail, K., & bin Abdul Niri, M. (2015). Sejarah dan Faktor
Perkembangan Astronomi Islam di Malaysia: Satu Penelitian. Journal of Al-
Tamaddun, 10(1).

Halicioglu, K., Deniz, R., & Ozener, H. (2012). Digital zenith camera system for Astro-
Geodetic applications in Turkey. Journal of Geodesy and Geoinformation, 1(2),
115-120.

Krasavtsev, B. & Khlyustin, B. (1970). Nautical Astronomy. MIR Publisher.

Mohamed, A. H. (2000). Asas Ukur Kejuruteraan. Penerbit UTM.

. 26 .
LAMPIRAN A

STAR OBSERVATION

PLACE OF OBSERVATION :.................................................. OBSERVER : ...........................................

LATITUDE OF OBSERVATION :.................................................. RECORDER : ...........................................

THEODOLITE NO :.................................................. DATE : ...........................................

BUBBLE DIV :.................................................. BAROMETER : ...........................................


READING

CHRONOMETER ERROR :.................................................. (FAST/SLOW)

OBJECT :.................................................. (NORTH/SOUTH/EAST/WEST)

CORRECTED BUBBLE
HORIZONTAL VERTICAL CHRONOMETER STOP
FACE CHRONOMETER REMARK
ANGEL ANGLE TIME WATCH
TIME
L B

. 27 .

You might also like