You are on page 1of 9

SEKOLAH KEBANGSAAN BANGSAR

JALAN PANTAI BHARU


59200 KUALA LUMPUR

LAPORAN
KEM CEMERLANG RAFFLESIA

TARIKH
13 FEBRUARI 2017

TEMPAT
DEWAN BESTARI SK BANGSAR

ANJURAN
UNIT PEMULIHAN KHAS SK BANGSAR

DENGAN KERJASAMA
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
PANITIA BAHASA MELAYU
SK BANGSAR

1.0 PENGENALAN
Pendidikan peringkat rendah ialah pendidikan yang bertujuan untuk
melahirkan insan yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan
bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan
falsafah pendidikan Negara. Penguasaan kemahiran asas membaca, menulis
dan mengira (3M) perlu dikuasai di peringkat awal bagi membolehkan murid-
murid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan. Perbezaan minat,
pengalaman, bakat dan gaya belajar individu murid mengakibatkan
segolongan mereka lebih lambat atau ‘terkebelakang’ menguasai sesuatu
kemahiran berbanding rakan sebayanya. Sekiranya mereka tidak diberi
pengajaran pemulihan, mereka mungkin gagal memperoleh pendidikan yang
perlu dan potensi mereka akan terbenam. Justeru melalui program pemulihan
khas, keperluan–keperluan murid berpencapaian rendah dapat dikenal pasti
dan dipenuhi seterusnya membantu murid menguasai kemahiran 3M.

2.0 LATAR BELAKANG


2.1 TARIKH PELAKSANAAN (TARIKH / TEMPAT / MASA)
Tarikh : 15 Februari 2017
Tempat : Dewan Bestari, SK Bangsar
Masa : 2.00 petang – 4.30 petang

2.2 JAWATANKUASA PELAKSANA


PENGERUSI : Pn Noriah Bt Hj. Ismail
NAIB PENGERUSI : Pn Siti Maziah Bt Malik
: Pn. Norsilah Bt. Dali
: En. Ikhwan Najib B. Badar
: Pn Tanma Rajasegaran A/P Rajasegaran
PENYELARAS : Pn. Vanitha A/P Sanasaya
SETIAUSAHA : Pn. Hazirah Bt. Mohd Jamil
URUSETIA : Pn. Hazirah Bt. Mohd Jamil
Pn. Vanitha A/P Sanasaya
JAWATANKUASA PELAKSANA

PERSIAPAN TEMPAT /
AKTIVITI HADIAH :
BACKDROP
En. Mohd Abdul Halim En. Mohd Nor Fahmi Pn. Hazirah
En. Mohd Norfahmi En. Mohd Norfahmi
En. Ahmad Shauqi En. Ahmad Shauqi
En. Adenan
Pn. Hazirah
Pn. Nor Afifah
Pn. Vanitha
Cik Nurnadiah
Pn. Nor Afifah
Cik Nurnadiah
PENDAFTARAN DOKUMENTASI JURUGAMBAR

Pn. Nik Nor Hafizah Pn. Vanitha En. Sharul Anuar

BUKU PROGRAM PA SISTEM PENGERUSI MAJLIS

Pn. Hazirah En. Ahmad Shauqi Pn. Mastura

2.3 OBJEKTIF
2.3.1 Membantu murid Tahun 2 mengenali dan mengecam huruf
vokal dan konsonan dengan betul dan tepat.
2.3.2 Membantu murid pemulihan mengeja, menyebut dan
membunyikan suku kata KV dan perkataan KVKV dengan betul
dan tepat.
2.3.3 Memastikan murid pemulihan dapat membaca perkataan mudah
KVKV dengan betul dan tepat tanpa bantuan guru.

2.4 KAEDAH PELAKSANAAN


2.4.1 Merancang dan menyediakan aktiviti mengikut 4 stesen yang
telah ditetapkan iaitu stesen pengamatan, stesen K1, stesen K2
dan stesen K3.
2.4.2 Murid akan dibahagikan kepada kumpulan kecil mengikut nama
bunga.
2.4.3 Melaksanakan aktiviti mengikut keperluan murid.
2.4.4 Membuat penilaian secara langsung terhadap kemampuan
murid

2.5 BAHAN-BAHAN PELATAN YANG DIGUNAKAN


2.5.1 Lembaran kerja
2.5.2 Kad huruf
2.5.3 Kad suku kata
2.5.4 Buku pengamatan
2.5.5 Aktiviti berkumpulan

3.0 HURAIAN PENILAIAN TUGASAN / AKTIVITI


3.1 Seramai 26 orag murid tahun 2 dan tahun 3 yang terlibat dengan kem
ini.
3.2 Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil dan menjalankan aktiviti
stesen mengikut kumpulan.

4.0 PENCAPAIAN AKTIVITI


4.1 Murid dapat mengikuti kem dengan bantuan guru sangat baik.
4.2 Guru mampu menyampaikan aktiviti dengan berkesan.
4.3 Sepanjang tempoh kem berlangsung, disiplin murid dapat dikawal
dengan baik.

5.0 KEMAJUAN / MASALAH


5.1 Terdapat murid yang dapat menguasai konstruk yang diajar oleh
fasilitator.
5.2 Ruang yang agak terhad ketika semua stesen berlangsung serentak.
5.3 Terdapat murid yang tidak focus ketika kem berlangsung dan hanya
mengikut atau meniru rakan yang lain.

6.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN


6.1 Tempoh kem boleh dilanjutkan kepada dua hari kerana masih ada
murid yang tidak dapat mengikuti kem yang berlangsung.
6.2 Latihan selepas aktiviti stesen perlu ditambah baik agar seiring denga
pengisian.
6.3 Guru atau fasilitator perlu diberikan taklimat yang khusus supaya dapat
memahami keperluan murid sepanjang kem berlangsung.
6.4 Tempat dan ruang yang kondusif supaya aktiviti dan bahan bantu
belajar dapat dipamerkan dengan baik.

7.0 PENUTUP
Secara keseluruhan, semua pihak memberikan kerjasama yang baik dan
semua murid yang terlibat berjaya di bawa ke pemeriksaan tersebut.

Disediakan oleh Tarikh

…………………………. 1 Mac 2017


HAZIRAH BINTI MOHD JAMIL
GURU PEMULIHAN KHAS
SK BANGSAR

Disahkan oleh Tarikh

…………………………
LAMPIRAN GAMBAR / SURAT MENYURAT / KERTAS KERJA / DLL

You might also like