You are on page 1of 243

1

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN


PADANG MIDIN
21400 KUALA TERENGGANU

MODUL
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
PENGGAL 1

KOD KERTAS: 940/1


SEJARAH DUNIA (1500 – 1955)

DISEDIAKAN OLEH

WAN ABDUL MANAF BIN WAN ABDULLAH


DISEMAK OLEH

ROSMANI BINTI DERAMAN

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
2

ANALISA SOALAN-SOALAN STPM TAHUN LEPAS PENGGAL 1


SEJARAH DUNIA (1500 - 1955)

TEMA 1; MASYARAKAT
T1 TOPIK DAN SUBTOPIK SC 2013 2014 2015 2016
MASYARAKAT FEUDALISME ABAD 16 DAN 17
Ciri-ciri Feudalisme Di England
Susunlapis Feudalisme di England
BAB 1

Ciri-ciri Feudalisme Zm Tokugawa di Jepun 1


Susunlapis Feudalisme Zm Tokugawa di Jepun
Perbandingan Feudalisme England dan Jepun 1
MASYARAKAT AGRARIA ABAD 16 DAN 17
Ciri-ciri Maysrakat Agraria di Belanda
Kegiatan ekonomi Masyarakat Agraria di Belanda
Perlaksanaan sistem Manor di Belanda
BAB 2

Ciri-ciri Masyarakat Agraria di China 1


Kegiatan ekonomi Masyarakat Agraria di China
Faktor Kemajuan Aktiviti Agraria / pertanian di China
TEMA 1; MASYARAKAT

Perbandingan Masyarakat Agraria Belanda dan China


MASYARAKAT MARITIM ABAD 16 DAN 17
Faktor Kemunculan Masyarakat Maritim di Portugal 1
Ciri-ciri Masyarakat Maritim di Portugal
Sumbangan Masyarakat Maritim di Portugal
BAB 3

Faktor-faktor Portugal merintis aktiviti maritim di Eropah


Faktor Kemunculan Masyarakat Maritim di Jepun
Ciri-ciri Masyarakat Maritim di Jepun
Aktiviti Ekonomi Masyarakat Maritim di Jepun
Sumbangan Masyarakat Maritim Jepun
MASYARAKAT INDUSTRI ABAD 18 DAN 19
Pengertian dan Ciri-ciri Umum Masyarakat Industri di Eropah Barat
Faktor Kemunculan Masyarakat Industri di England
Faktor Revolusi Industri di England
BAB 4

Kesan Revolusi Perindustrian di England


Faktor Kemunculan Masyarakat Industri di Jerman
Kesan Revolusi Perindustrian di Jerman
Perbandingan Masyarakat Industri di England dan Jerman
JUMLAH SOALAN 1 1 1 1

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
3
ANALISA SOALAN-SOALAN STPM TAHUN LEPAS PENGGAL 1
SEJARAH DUNIA (1500 - 1955)

TEMA 2; PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN


T2 TOPIK DAN SUBTOPIK SC 2013 2014 2015 2016
INSTITUSI PEMERINTAHAN BERAJA ABAD KE 16 HINGGA 20
Institusi Pemerintahan Maharaja di China
Kedudukan dan peranan Maharaja Ming dan Manchu di China
Faktor Kemerosotan Dinati Ching di China
Peranan Institusi Pembesar dalam sistem Maharaja di China 1
Institusi Pemerintahan Beraja di Russia abad ke 16 dan 20 (Umum)
Kedudukan dan peranan Tsar dan Tsarina di Russia 1
BAB 1

Ciri-ciri Sistem Pemerintahan Tsar Agung (Alexander 1) di Rusia


Pembaharuan-pembaharuan Peter The Great di Russia
Usaha Peter The Great Memajukan Russia
Perubahan yang dilakukan oleh Tsar Alexender II
TEMA 2; PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN

Peranan Institusi Pembesar di Rusia


Perbandingan Institusi Beraja di China dan Rusia
Perbandingan Institusi Pembesar di China dan Rusia
PEMERINTAHAN RAJA MUTHLAK DAN RAJA BERPERLEMBAGAAN DI EROPAH
BARAT
Ciri-ciri sistem pemerintahan Raja Muthlak / Monarki di England
Ciri-ciri sistem Pemerintahan Raja Muthlak / Monarki di Perancis
BAB 2

Pemerintahan Raja Louis XIV di Petrancis


Perbandingan raja Muthlak di Perancis dan Raja Berperlembagan di
England
NEGARA KESATUAN DAN NEGARA PERSEKUTUAN
Peristiwa Revolusi Cemerlang dan kesan-kesan kepada England
Peristiwa Revolusi Perancis dan kesan kepada Perancis 1879
BAB 3

Ciri-ciri Kerajaan Persekutuan Amerika Syarikat


Ciri-ciri Kerajaan Kesatuan Perancis
Perbandingan Kerajaan Persekutuan AS dan Kesatuan di Perancis
PENYATUAN NEGARA BANGSA ITALI DAN JERMAN
Faktor Penyatuan Itali selepas 1848
Proses Penyatuan Itali 1
Peranan Giuseppe Mazzini dalam penyatuan Italy
BAB 4

Peranan Count Camillo dalam menyatukan Itali


Peranan Guseppe Mazzini dalam menyatukan Itali
Proses Penyatuan Negara Bangsa Jerman
Peranan Otto Von Bismark Menyatupadu Jerman 1
JUMLAH SOALAN 1 1 1 1

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
4

ANALISA SOALAN-SOALAN STPM TAHUN LEPAS PENGGAL 1


SEJARAH DUNIA (1500 - 1955)

TEMA 3; KEMAJUAN DAN PEMBANGUNAN


T3 TOPIK DAN SUBTOPIK SC 2013 2014 2015 2016
SISTEM EKONOMI FEUDALISME DAN KAPITALISME
Sistem / Aktiviti Ekonomi Feudal di Jepun
Sistem /Aktiviti Ekonomi Feudal di China
Sistem Eknomi Feudal di Jerman
Sistem Ekonomi Feudal di Perancis
BAB 1

Eksploitasi Bangsawan terhadap petani di Perancis


Faktor Kemunculan Ekonomi Kapitalisme di Eropah Barat 1
Proses Perlaksanaan Merkantalisme di Englan abad 17 1
Konsep dan ciri-ciri Ekonomi Kapitalisme di England 1
Faktor Perkembangan ekonomi Kapitalisme di Amerika Syarikat
TEMA 3; KEMAJUAN DAN PEMBANGUNAN

PERKEMBANGAN EKONOMI
Faktor Perkembangan Perdagangan dan Perniagaan di Belanda
Faktor Perkembangan Perdagangan dan Perniagaan di Portugal
Faktor Perkembangan Pertanian di Belanda abad 17 dan 18 1
BAB 2

Faktor Kemajuan Pertanian di England


Faktor Perkembangan Perindustrian di Jerman abad 19 dan 20
Faktor Perkembangan Perindustrian di Jepun abad 19 dan 20
Langkah kerajaan Jepun memajukan Industri
Kesan Perkembangan Perindustrian di Jepun
PERKEMBANGAN INTELEKTUAL
Ciri-ciri dan Faktor Perkembangan zaman Enlightment
Perkembagan pemikiran Humanisme di Eropah abad ke 16 & 17 1
BAB 3

Sumbangan Charles Louis Montesquieu (1689-1755)


Sumbangan Jacques Rousseau (1712-1778)
Sumbangan Adam Smith (1723-1790) 1
Kesan Perkembangan Pencerahan terhadap pol-sos-ekon Eropah 1
KEMAJUAN PENDIDIKAN
Perkembangan Dasar Pendidikan di Perancis abad 18 daN 19
Perkembangan Sistem Pendidikan di Perancis 1
BAB 4

Kemajuan / Perubahan Pendidikan di Perancis


Perkembangan Sistem Pendidikan di Jerman
Perkembangan Institusi Pendidikan di Jerman abad 18 dan 19
JUMLAH SOALAN 2 2 2 2

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
5

ANALISA SOALAN-SOALAN STPM TAHUN LEPAS PENGGAL 1


SEJARAH DUNIA (1500 - 1955)

TEMA 4 ; NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA


T4 TOPIK DAN SUBTOPIK SC 2013 2014 2015 2016
REAKSI MASYARAKAT TEMPATAN TERHADAP PERLUASAN KUASA BARAT
Isu-isu Ketegangan Barat dan China 1
Faktor dan Kesan Perang Candu Pertama (1839 - 18420)
Faktor dan Kesan Perang Candu Kedua (1856 - 1860)
Gerakan Menguatkan diri (1861 - 1899)
BAB 1

Faktor-faktor Kebangkitan Boxer


Gerakan Pembaharuan Ching (1903 - 1911)
Transformasi ekonomi sosial China untuk memelihara Kedaulatan
Isu-isu kemarahan Masyarakat India terhadap British
TEMA 4; NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA

Faktor-faktor Tercetus Dahagi India 1857 1


Kesan dan Faktor Kegagalan Dahagi India
PERANG DUNIA P1 (1914 - 1918) & PD2 (1939 - 1945) & PRG DINGIN
(1945 - 55)
Faktor tercetusnya Perang Dunia Pertama 1
Kesan Perang Dunia Pertama
Faktor tercetusnya Perang Dunia Kedua
BAB 2

Kesan Perang Dunia Kedua


Penglibatan Jepun, Jerman dan AS dalam PD2 1
Faktor Perang Dingin / Peristiwa menyebabkan Perang Dingin
Kesan Perang Dingin 1
Polisi ekonomi dan poilitik AS di Eropah semasa Perang Dingin 1
DEKOLONISASI DAN PENGEMBALIAN KEDAULATAN
Usaha-usaha Mengembalikan kedaulatan China abad ke 20
Faktor Revolusi China 1911 1
Peranan Dr. Sun Yat Sen dalam Revolusi China 1911
BAB 5

Faktor kegagalan dan Implikasi Pemberontakan Boxer


Usaha mengembalikan kedaulatan di China
Faktor Kebangkitan Nasionalisme di India
Proses Dekolonisasi di India
PERHUBUNGAN LUAR
Struktur Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB)
Peranan PBB memelihara keamanan dunia
BAB 6

Penglibatan United Kingdom dalam Komanwel


Faktor penubuhan NATO
Penglibatan UK dan AS dalam North Atlantic treaty Organization
(NATO)
JUMLAH SOALAN 1 2 2 2

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
6

TEMA 1:
MASYARAKAT

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
7

Bincangkan ciri-ciri masyarakat feudal di Englad pada abad ke-16 hingga 17.

Pendahuluan.
 Masyarakat feudal ialah masyarakat berhieraki, kedudukan, kuasa dan status setiap lapisan ditentukan
melalul penguasaan terhadap tanah.
 Hal ini bersesuaian dengan perkataan feudal yang berasal dan perkataan fief atau feud yang bererti
sebidang tanah yang dimiliki oleh seseorang tuan tanah
 Ia juga diertikan sebagai pemilikan tanah dengan syarat berkhidmat; dengan lain perkataan
feudalisme dapat diertikan sebagai satu cara hidup berasaskan system tanah.

Ciri-ciri Masyarakat Feudal di England

1. Mempunyai golongan pemimpin dan dipimpin.


 Gololongan pemimpin terdiri daripada raja, bangsawan/baron, dan knight.
 Manakala golongan yang dipimpin ialah petani atau rakyat biasa yang dikenali sebagai serf
 Dalam mayarakat feudal di England, raja mempunyai kuasa mutlak.
 Antara ciri lain seorang raja ialah, raja menjadi pusat segala kekuasaan dan raja hanya
bertanggungjawab kepada Tuhan dalam menjalankan pemerintahan bukan kepada rakyat dan rakyat
tidak mempunyai apa-apa hak untuk membantah pemerintahan raja samada baik atau tidak.
 Walaubagaimanapun raja tetap menghormati prinsip pembatasan kuasa pemerintah.
 Contohnya semasa pemerintahan Dinasti Tudor, menghormati pembatasan dalam Magna Carta.
 Bermula abad ke-16 juga, kuasa raja tenbatas dengan panlimen.
 Contohnya semasa pemenintahan Raja Charles II. Baginda berjanji akan mematuhi dan menghormati
parlimen.

2. Raja memiliki semua tanah kerajaan.


 Sistem feudal adalah berasaskan pninsip bahawa raja memiliki semua tanah dalam kerajaanya.
 Sebagai pemilik tanah, raja menganugerahkan tanah itu kepada lord/baron (pembesar-pembesar).
 Lord pula akan menyewakan tanah itu kepada golongan Vassal (tuan tuan tanah) yang kemudiannya
membahagikan pula kepada golongan serf (petani) untuk diusahakan mengikut peraturan yang
ditetapkan oleh tuan-tuan tanah masing-masing.

3. Mengamalkan system timbal balik.


 Masyarakat feudal di England juga berasaskan sistem timbal balik, laitu raja memberi tanah,
perlindungan dan gelaran tertentu kepacla golongan bangsawan.
 Sebagai balasan, golongan bangsawan memberi khidmat dan kesetiaan kepada raja.
 Golongan bangsawan memberikan perkhidmatan ketenteraan dan keselamatan kepada raja.
 Golongan bangsawan pula memberi perlindungan kepada rakyat/petani,
 sementara pihak rakyat pula memberi sumbangan dengan menjadi petani dan buruh.

4. System ekonomi berasaskan pertanian.


 Kegialan ekonomi masyarakat feudal di England berasaskan pertanian.
 Kegiatan pertanian mi berasaskan system Manor.
 Pada abad ke-16 dan 17, system mi masih diamalkan terutama kawasan pedalaman.
 Keadaan ini berubah kerana masyarakat England semakin menuju era penindustrian.
 Sistem Manor pada peringkat awalnya menetapkan ketua ketua penyewa tanah atau Lord mempunyal
hak ke atas penyewa-penyewa tanah di kawasanya.
 Golongan petani/serf digunakan untuk mengusahakan tanah ketua penyewa.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
8

5. Mengamalkan pemerintahan monarki kebangsaan.


 Kesedaran kebangsaan di Eropah pada abad ke-15 telah merintis jalan kepada kemunculan
pemerintahan raja berkuasa mutlak di England pada abad ke-1 6 dan 17.
 Kesedaran ml telah membawa kepada pelantikan raja dikalangan bangsa sendiri yang diterima oleh
nakyat tanpa soal. Raja dilantik oleh tuhan untuk memerintah rakyat.
 Jika seseorang raja itu zalim, rakyat harus menerima juga pemerintahanya dengan tenang sebagai
hukuman ke atas dosa-dosa mereka.

6. Peranan golongan gereja.


 Pada peringkat awal sistem feudal di England, golongan gereja katolik amat berperanan dalam
mencorakkan kehidupan masyarakat di England.
 Mereka mempunyai tanah-tanah sendiri dan sangat berpengaruh.
 Pada abad ke-16 dan 17M, penguasan golongan mi semakin pudar apabila raja menguasai institusi
agama dengan raja menjadi ketua agama dan berkuasa melantik ketua paderi.
 Intitusi agama di England tidak lagi terikat dengan gereja katolik di Rom.
 Sebahagian besar masyarakat di England pada abad ini menganuti fahaman Protestan.

Kesimpulanya,
 masyarakat feudal di England telah mengalarni perubahan berikutan perkembangan perdagangan,
kestabilan politilc dan kemuneulan Bandar-bandar baru.
 Perubahan yan paling ketara apabila masyarakat di England terlibat dengan revolusi perindustrian.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
9
Sistem manor adalah sistem yang diamalkan oleh masyarakat feudal di England. Bincangkan ciri-ciri manor
yang diamalkan.

Pendahuluan
 Dalam masyarakat feudal di England, masyarakatnya bergantung kepada tanah.
 Golongan bangsawan dan knight memiliki banyak tanah.
 Tanah mi termasuklah tanah yang diberikan kepada vassal dan tanah yang diusahakan oleh golongan
petani.
 Di bawah sistem manor, manor merupakan asas kepada kegiatan ekonomi pada zaman feudal.
 Menerusi sistem mi, masyarakat disatukan dalam komuniti kampung yang dikenali sebagai manor.
 Dalam sistem ini juga, ketua manor ialah lord dan golongan serf akan mengerjakan tanah milik
ketuanya.
 Sistem mi penting dalam masyarakat feudal di England kerana menghasilkan makanan kepada semua
kelas dalam masyarakat feudal di England termasuk golongan raja.

Ciri-ciri manor yang diamalkan oleh masyarakat feudal di England

1. Aspek ekonomi.
 Ekonomi sistem manor lebih menjurus kepada kegiatan ekonomi yang diusahakan dalam manor
sendiri.
 Hal mi memperlihatkan bahawa aktiviti perdagangan tidak dijalankan antara manor.
 Segala aktiviti ekonomi dalam manor adalah menghasilkan barangan untuk keperluan sendiri sahaja.
 Misalnya, setiap manor di England akan menghasilkan makanan dan pertukangan sama ada
pertukangan besi, kayu, mahupun tukang kasut sendiri.
 Kaum wanita dalam manor pula akan melakukan aktiviti menenun kain dan menghasilkan pakaian
kepada para petani.
 Manor hanya mendapatkan bekalan besi dan garam dan kawasan luar.

2. manorial tenant
 Dalam sistem manor terdapat manorial tenant, iaitu terdapat seorang lord yang akan bertindak
sebagai raja, bishop, abbot, bangsawan besar atau sub-tenants di setiap institusi manor.
 Segala hal ehwal lord akan diuruskan oleh steward atau balffapabila lord tiada dalam daerah.
 Selain itu, terdapat pelbagai kumpulan tenant, iaitu freemen, villein, cottar, dan hamba di bawah lord.

3. Kegiatan pertanian
 Aktiviti pertanian merupakan aktiviti utama yang diusahakan dalam manor.
 Kaedah pertanian yang digunakan dikenali sebagai sistem tanah lapang.
 Mengikut sistem ini, tanah akan dibahagikan kepada tiga bahagian untuk pusingan dalam penanaman.
 Pusingan pertama dikenali sebagai tanaman musim bunga, seterusnya tanaman musim gugur, dan
pusingan ketiga ialah tanah rang, iaitu tanah dibiarkan kosong.
 Kaedah mi adalah untuk memastikan kesuburan pada tanah-tanah pertanian.
 Dalam sistem mi, para petani dijamin haknya untuk mengusahakan hanya satu bidang tanah sahaja.

4. tugas dan tanggungjawab lord


 Di dalam sesebuah manor, tugas dan tanggungjawab lord adalah ke atas tenant.
 Lord harus melindungi tenant daripada sebarang ancaman dan memastikan peraturan dalam manor
berjalan dengan lancar.
 Selain itu, lord juga menyelesaikan perbalahan tentang tanah dan hash pengeluaran.
 Tugas tenant pula menyerahkan sebahagian daripada hasil kepada tuan tanah, menghabiskan
sebahagian besar masa untuk bekerja sebagai buruh kepada tuan tanah, serta menggunakan kilang
lord untuk mengisar jagung mereka.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
10

5. Tanggungjawab Petani
 Petani dalam sistem manor mempunyai tanggungjawabnya tersendiri.
 Para petani dikehendaki mengusahakan tanah milik tuan tanah.
 Malahan, petani juga terpaksa membayar sewa dan memberi khidmat buruh kepada tuan tanah.
 Khidmat buruh mi termasuklah mengerjakan tanah tuan tanah dan bakinya barulah digunakan oleh
para petani untuk kegunaan mereka sendiri.
 Kerja-kerja buruh tersebut termasuklah membina bangsal dan menggali pant.
 Selain itu, petani juga turut berkhidmat kepada tuan tanah seperti membina, membaiki jalan-jalan
rumah dan dinding, melakukan kerja-kerja pembersihan hutan, mengangkut barang-barang, dan
memberi perkhidmatan penibadi.
 Seterusnya, petani juga tertakiuk kepada undangundang kehakiman yang ditetapkan oleh tuan tanah.

6. Kehidupan petani
 Rumah kediaman para petani dalam sistem manor mi dibina daripada kayu dan tanah, tiada tingkap,
atau bumbung dapur.
 Para petani hanya mendapat keselesaan yang minimum di dalam rumah mereka.
 Para petani juga kurang mendapat makanan dan tidak terdapat banyak pilihan makanan.
 Makanan seharjan ialah roti, susu, keju, arak, dan madu. Waktu bekerja para petani amat panjang dan
rutin kehidupan mereka hampir sama setiap han.

Kesimpulannya,
 sistem manor diumpamakan sebagai suatu dunia kecil yang terangkum di dalamnya sistem ekonomi
dan politik.
 Sistem mi dianggap sebagai satu kaedah untuk menjamin tenaga buruh untuk tuan tanah tanpa
membayar upah.
 Kehidupan para petani juga adalah tertutup dan mempunyai hubungan yang amat sedikit dengan
dunia luar.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
11
Bincangkan struktur masyarakat feudal England pada abad ke-1 6 hingga abad ke-17
Pendahuluan.
 Feudalisme ditakrifkan sebagai satu bentuk kerajaan yang mana kuasa politik dikuatkuasakan scr
tempatan o]eh individu-2 persendirian dan bukan oleh kerajaan pusat.
 Masyarakat feudal bermula di England apabila berlakunYa Perang Seratus Tahun yang merupakan siri
peperangan yang melibatkan pelbagai konflik di antara dua negara, iaitu England dan Perancis.
 Perang ini berlanjutan selama 116 tahun sehingga meninggalkan kesan kepada masyarakat England
apabila muncul semangat kesedaran nasional.
 Ketika peperangan ini berlaku, masyarakat England menggunakan bahasa lnggeris sebagai bahasa
persuratan dan institusi kebangsaan berakar umbi di England.
 Selepas itu, berlaku pula perang saudara di England yang dikenali sebagai The Wars of Rose atau
Perang Bunga Mawar.
 Sebagai alternatif untuk menamatkan huru-hara yang herlaku, masyarakat England terpaksa
menerima suatu sist pernerintahan yg dikenali sebagai sistem pemerintahan beraja mutlak.
 Penubuhan monarki kebangsaan di Eropah pada abad ke-15 telah merintis jalan kepada kemunculan
pemerintahan berkuasa mutlak pada abad ke- 16 dan ke- 17 di England.
 Di England, masyarakat feudal terbahagi kepada dua golongan, iaitu golongan pemimpin dan golongan
yang dipimpin.
 Golongan pemimpin terdiri daripada raja, bangsawan/baron, dan knight.
 Manakala gol yg dipimpin ialah petani atau rakyat biasa yang dikenali sbg serf dan hamba.

Struktur masyarakat feudal England pada abad ke-1 6 hingga abad ke-17
1. Raja
 Masyarakat England mempercayai sistem pemerintahan beraja mutlak ialah sistem yang
memperlihatkan bahawa seseorang raja dilantik oleh Tuhan untuk memerintah rakyatnya.
 Oleh itu, tugas rakyat kepada raja adalah membantu raja tanpa soal.
 Jika seseorang raja itu kejam dan tidak adil, rakyat harus menerima pemerintahannya dengan rela
sebagai hukuman ke atas dosa-dosa mereka.
 Pandangan mengenai perkara ini telah diterima o institusi gereja dan mendapat sokongan raja.
 Raja dianggap mempunyai kuasa mutlak. Oleh yang demikian, seorang raja adalah pusat segala
kekuasaan dan raja hanya bertanggungjawab kepada Tuhan dalam menjalankan pemerintahan, bukan
kepada rakyat.
 Rakyat tidak mempunyai apa-apa hak untuk membantah pemerintahan raja sama ada balk mahupun
tidak.
 Kedudukan tertinggi raja dibuktikan semasa era pemerintahan Dinasti Tudor pada tahun 1485
sehingga tahun 1603.
 Seterusnya, semasa pemerintahan Raja Henry VII dan Raja James I.
 Raja James I telah menggunakan sistem kewangan yang mengguna pakai sistem sedia ada, iaitu
pendapatan tetap yang diterima daripada harta dan kutipan diraja, cukai kastam, dan sebagainya.
 Malahan, Raja James I telah bertindak menggunakan kuasa mutlaknya dengan menaikkan cukai
kastam, memberi kuasa monopoli yang menganggu kebebasan perdagangan, dan menjual haknya.
 Raja juga diiktiraf sebagai penguasa ke atas semua tuan tanah (lord) dan merupakan pemilik semua
tanah dalam kerajaannya.
 Penguasaan tanah oleh raja membolehkan raja berhak memutuskan kepada sesiapa untuk
memajakkan tanah yang dimiliki.
 Pemilikan kuasa ini membolehkan raja menyeragamkan undang-undang yang berkaitan dengan hal-
ehwal politik, ekonomi, dan sosial.
 Malahan, raja membentuk pentadbiran yang akan membantu dalam melaksanakan segala peraturan
dan undang-undang.
 Raja akan memberi tanah kepada golongan baron dan knight sebagai ganjaran terhadap perkhidmatan
yang diberikan. Sebagai balasannya, golongan hangsawan perlu membekalkan askar-askar untuk
peperangan.
 Raja memperoleh pendapatan daripada cukai-cukai yang dikenakan terhadap golongan bangsawan
dan mempertahankan kuasa menerusi pemberian tanah kepada golongan bangsawan.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
12
2. Bangsawan/Baron
 Baron atau bangsawan pula berada dalam hierarki kedua selepas raja.
 Baron mempunyai peranan yang penting dalam pentadbiran dan ekonomi.
 Raja mengurniakan gelaran kepada bangsawan seperti count, duke, baron (lord), dan vassal.
 Duke berada dalam hierarki tertinggi diikuti oleh baron dan vassal dalam masyarakat feudal.
 Golongan bangsawan yang menerima tanah daripada raja akan memerintah di tanahnya.
 Sebagai balasan, golongan bangsawan akan menyediakan tempat tinggal dan makanan kepada raja
serta kumpulan yang mengiringi raja sewaktu raja melawat sekitar kerajaannya.
 Namun, golongan bangsawan yang menjadi “tenant in chief” ini ada ketikanya terlalu berkuasa dan
mencabar kuasa raja.

3. Knight
 Seterusnya, knight berada dalam golongan ketiga selepas golongan bangsawan.
 Knight mempunyai tanah yang luas dan diagihkan kepada serf untuk mengerjakan tanah itu semasa
ketiadaan knight.
 Sebagai balasan, serf akan memberikan khidmat kepada knight dan knight akan melindungi serf dan
keluarganya.
 Raja dan baron akan menentukan kehidupan knight dalam masyarakat feudal.
 Oleh itu, mereka menumpukan masa untuk meningkatkan kemahiran dalam bidang ketenteraan.
 Pada abad ke-16, berlaku perubahan dalam kedudukan knight apabila raja memperkukuhkan
kedudukannya dengan mengambil tentera upahan bagi menentang pemberontak atau musuh,
 Pengambilan tentera upahan ini dapat menjamin kestabilan politik dan membawa kemajuan ekonomi
dalam masyarakat feudal.
 Kesannya, knight tidak lagi mendominasi komposisi pasukan tentera.

4. Serf.
 Rakyat biasa yang dikenali sebagai serf atau petani berada di bawah sekali dalam lapisan masyarakat
feudal.
 Kehidupan mereka tidak bebas dan tidak boleh berpindah serta sentiasa di bawah pengawasan raja
dan baron.
 Lord manor atau institusi manor merupakan institusi yang melindungi petani, mendirikan mahkamah
supaya petani dapat merayu untuk keadilan, mendirikan kilang serta gereja untuk penduduk
kampung.
 Golongan petani yang menerima keistimewaan tersebut terpaksa berhutang dan memberi khidmat
kepada lord.
 Di bawah sistem manor, kesemua bahan yang dihasilkan daripada tanah digunakan dalam manor dan
mewakili golongan primitif.
 Golongan petani juga melakukan khidmat buruh. Antaranya seperti membina bangsal, menggali parit,
membina dan membaiki jalan, serta melakukan pembersihan hutan.
 Namun, kehidupan golongan petani berubah selepas berlakunya perubahan ekonomi di England.
 Golongan serf kini bebas danipada tuan tanah selepas berlaku peningkatan dalam pertanian
dagangan, kemunculan bandar, dan perkembangan sektor perusahaan.

5. Hamba
 Terakhir sekali dalam susun lapis masyarakat feudal England ialah hamba.
 Golongan hamba mewakili satu persepuluh penduduk di England.
 Golongan ini tidak memilild tanah dan tiada hak dalam perundangan.
 Mereka hanya mempunyaj hak yang terhad.

Kesimpulannya,
 masyarakat feudal di England mempunyaj struktur masyarakat tersendiri dan mengalami perubahan
berikutan perkembangan perdagangan, kestabilan politik, dan kemunculan bandarbandar baharu.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
13
Huraikan susun lapis masyarakat feudal di Englad pada abad ke-16 hingga 17.

Pendahuluan.
 Masyarakat feudal ialah masyarakat berhieraki, kedudukan, kuasa dan status setiap lapisan ditentukan
melalui penguasaan terhadap tanah.
 Hal ini bersesuaian dengan perkataan feudal yang berasal dan perkataan fief atau feud yang bererti
sebidang tanah yang dimiliki oleh seseorang tuan tanah
 Ia juga diertikan sebagai pemilikan tanah dengan syarat berkhidmat; dengan lain perkataan
feudalisme dapat diertikan sebagai satu cara hidup berasaskan system tanah.
 Masyarakat feudal di England bermula apabila berlaku perang seratus tahun yang merupakan siri
peperangan yang melibatkan pelbagai konflik di antara England dan Perancis.
 Konflik ini meninggalkan kesan kepada masyarakat England apabila muncul semangat kesedaran
nasional dalam diri orang England.
 Selepas itu berlaku pula perang saudara di England yang dikenali sebagai Perangan Bungan Mawar.
 Sebagai alternative, penamat huru hara yang berlaku,masyarakat England telah menerima satu
system pemerintahan yang clikenali sebagai sistem pemerintahan Raja Berkuasa Mutlak.
 Susun lapis masyarakat feudal cli England terdiri daripada raja, bangsawän/baron, khight, vassal, dan
petani/serf

Susun lapis Masyarakat Feudal di England

1. Raja.
 Raja di England pada abad ke-16 dan 17 merupakan raja berkuasa mutlak hasil dari kesedaran
kebangsaan.
 Raja memiliki semua tanah dan berhak menghadiahkan kepada sesiapa sahaja terutama golongan
bangsawan /baron supaya terikat kepada raja.
 Golongan bangsawan mi akan menunjukkan taat setia kepada raja dan melindungi raja.
 Raja berhak mengenakan cukai kepada pembesar/bangsawan dan mengetuai angkatan tentera dalam
setiap peperangan yang besar.
 Walau bagaimanapun raja tidak boleh mengumpul tentera hanya memanggil vassal untuk
perkhidmatan ketenteraan.
 Dari segi teori, Raja England merupakan pemerintah tertinggi bagi masyarakat feudal di negaranya,
tetapi dalam keadaan sebenarnya raja hanya berkuasa di kawasan yang terhad.
 Tanah-tanah yang lain di kuasai sepenuhnya oleh golongan bangsawan/baron/lord.

2. Bangsawan/Baron/ Lord.
 Golongan ini memiliki tanah (fief) secara langsung dari raja.
 Mereka bertindak sebagai pemilik tanah.
 Oleh kerana tanah kumiaan raja begitu luas, maka meraka membahagikan pula tanah itu kepada
bangsawan-bangsawan yang lebih rendah taraf (dalam bentuk sewaan).
 Walaupun golongan ini memberi taat setia kepada raja, dia adalah pemerintah sebenar bagi fiefnya.
 Mereka akan mengenakan cukai-cukai, mengadakan undang-undang dan kawasan pemerintahannya.
 Pangkat dan jawatan menjadi warisan kepada keturunanya.
 Selain tanah, golongan mi juga menerima gelaran tertentu dari raja seperti duke, count dan earl bagi
bangsawan berdarah raja.
 Golongan mi bertanggungjawab membayar cukai dan memberikan nasihat kepada raja, menguasai
gereja.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
14
3. Knight / Pahlawan.
 Pada peningkat kemuncak sistem feudal di England, golongan knight amat penting.
 Mereka mendapat jawatan secara warisan dan dijaga diistana sejak kecil.
 Mereka berperanan menjaga keselamatan raja, baron ,vassal dan amat terikat dengan sumpah setia.
 Selain mempunyai kemahiran ketenteraan, mereka juga mempunyai tanah kurnian dan diusahakan
oieh golongan petani / hamba.
 Pada abad ke-1 6 dan 17, peranan goiongan mi sudah tidak begitu penting kerana berlakunya
perubahan dalam masyarakat England ke arah masyarkat industiy.
 Sebahagian besar dari mereka diserap sebagai tentera kerajaan dan ada yang terlibat sebagai buruh
industri di bandar-bandar.

4. Petani dan hamba.


 Golongan mi menetap di kawasan ladang milik tuan tanah.
 Seorang petani mengeluarkan bekalan makanan sendiri, menjahit pakaian mereka sendiri dan
menyediakan keperluan mereka sendiñ.
 Mereka mengerjakan tanah mereka sendiri walaupun sebenamya tanah tersebut milik tuan tanah.
 Mereka tidak boleh menjual tanah mereka kerana terikat dengan Tuan Tanah
 Golongan hamba/buruh mesti berkhidmat sebagai buruh binaan sekiranyan diperlukan seperti
membina istana dan membesarkan gereja.
 Selain itu mereka juga berkhidmat sebagai tentera yang berperang untuk vassal.
 Sebagai balasan, mereka mendapat perlindungan dan tuanya.
 Pada abad ke- 16 dan 17, sebahagian golongan petani / hamba berpindah ke bandar-bandar dan
bekerja sebagai buruh industry yang membawa perubahan kehidupan dan mereka tidak lagi terikat
denan tuan-tuan tanah.

Kesimpulanya,
 susun lapis masyarakat pada zaman feudal di England terdiñ daripada golongan yang memimpin dan
dipimpin menjadikan kehidupan teratur.
 Susun lapis mi mengalami perubahan berikutan perkembangan perdagangan, kestabilan politik dan
kemunculan bandar-bandar baru kesan daripada revolusi perindustran.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
15
Bandingkan struktur masyarakat feudal di England dan di Jepun pada abad ke-16 hingga abad ke-17.

Pendahuluan.
 Feudalisme ditakrifkan sebagai satu bentuk kerajaan yang mana kuasa politik dikuatkuasakan secara
tempatan oleh individu-individu persendirian dan bukan oleh kerajaan pusat.
 Masyarakat feudal di England bermula apabila berlakunya Perang Seratus Tahun yang merupakan siri
peperangan yang melibatkan pelbagai konflik di antara dua negara, iaitu England dan Perancis.
 Perang ini berlanjutan selama 116 tahun sehingga meninggalkan kesan kepada masyarakat England
apabila muncul semangat kesedaran nasional dalam diri masyarakat England.
 Ketika peperangan ini berlaku, mereka menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa persuratan dan
institusi kebangsaan berakar umbi di England.
 Selepas itu, berlakunya pula perang saudara di England yang dikenali sebagai The Wars of Rose atau
Perang Bunga Mawar.
 Sebagai alternatif penamat huru-hara yang berlaku, masyarakat England terpaksa menerima sistem
pemerintahan beraja mutlak.
 Penubuhan monarki kebangsaan di Eropah pada abad ke-15 telah merintis jalan kepada kemunculan
pemermntahan berkuasa mutlak pada abad ke-16 dan ke-17 di England.
 Di EngIand, masyarakat feudal terbahagi kepada dua golongan, iaitu golongan pemimpin dan golongan
yang dipimpin.
 Golongan pemimpin terdiri daripada raja, bangsawanlbaron, dan knight. Manakala golongan yang
dipimpin ialah petani atau rakyat biasa yang dikenali sebagai serf dan hamba.
 Masyarakat Feudal di Jepun pada zaman Tokugawa terdiri daripada golongan pemerintah dan
golongan diperintah.
 Golongan pemerintah terdiri daripada maharaja, pembesar, dan daimyo.
 Golongan diperintah terdiri daripada samurai, petani, tukang mahir, dan saudagar.

Struktur masyarakat feudal di England


1. Raja
 Masyarakat England mempercayai sistem pemerintahan raja mutlak adalah sistem yang
memperlihatkan bahawa seseorang raja dilantik oleh Tuhan untuk memerintah rakyatnya.
 Oleh itu, tugas rakyat kepada raja adalah membantu raja tanpa soal.
 Jika seseorang raja itu kejam dan tidak adil, rakyat harus menerima pemerintahannya dengan rela
sebagai hukuman ke atas dosa mereka.
 Pandangan mengenai perkara ini telah diterima oleh institusi gereja dan mendapat sokongan daripada
raja.
 Raja dianggap mempunyai kuasa mutlak. Oleh demikian, seorang raja adalah pusat segala kekuasaan.
 Raja hya bertanggungjawab kepada Tuhan dalam menjalankan pemermntahan dan bukan kpd rakyat.
 OIeh itu, rakyat tidak mempunyai sebarang hak untuk membantah pemerintahan raja sama ada baik
mahupun tidak.
 Kedudukan tertinggi raja diperlihatkan dalam era pemerintahan Dinasti Tudor pada tahun 1485
sehingga tahun 1603.
 Seterusnya, pemerintahan Raja Henry VII dan Raja James I. Raja James I telah menggunakan sistem
kewangan yang mengguna pakai sistem sedia ada, iaitu pendapatan tetap yang diterima daripada
harta dan kutipan di raja, cukai kastam, dan sebagainya semasa pemerintahannya.
 Malahan, Raja James I bertindak menggunakan kuasa mutlaknya dengan menaikkan cukai kastam,
memberi kuasa monopoli yang mengganggu kebebasan perdagangan dan menjual haknya.
 Raja juga diiktiraf sebagai penguasa ke atas semua tuan tanah (lord) dan pemilik semua tanah dalam
kerajaannya.
 Penguasaan tanah oleh raja dalam masyarakat feudal membolehkan raja berhak memutuskan kepada
sesiapa untuk memajakkan tanah yang dimiiki.
 Pemilikan kuasa ini membolehkan raja menyeragamkan undang-undang yang berkaitan dengan hal-
ehwal politik, ekonomi, dan sosial.
 Malahan, raja membentuk pentadbiran yang akan membantu dalam melaksanakan segala peraturan
dan undang-undang.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
16
 Raja akan memberi tanah kepada golongan baron dan knight sebagai ganjaran terhadap perkhidmatan
yang diberikan.
 Sebagai balasannya, golongan bangsawan harus membekalkan askar-askar untuk peperangan.
 Raja memperoleh pendapatan daripada cukai-cukai yang dikenakan terhadap golongan bangsawan
dan mempertahankan kuasa menerusi pemberian tanah kepada golongan bangsawan.

2. Baron atau bangsawan


 Baron atau bangsawan berada dalam hierarki kedua selepas raja.
 Baron mempunyai peranan penting dalam pentadbiran dan ekonomi.
 Raja mengurniakan gelaran kepada bangsawan seperti count, duke, baron (lord), dan vassal.
 Duke berada dalam hierarki tertinggi diikuti oleh baron dan vassal dalam masyarakat feudal.
 Golongan bangsawan yang menerima tanah daripada raja akan memerintah di tanahnya.
 Sebagai balasan, golongan bangsawan akan menyediakan tempat tinggal dan makanan kepada raja
serta kumpulan yang mengiringi raja sewaktu raja melawat sekitar kerajaannya.
 Namun, golongan bangsawan yang menjadi tenant in chief ini ada ketikanya terlalu berkuasa dan
mencabar kuasa raja.

3. Knight
 Seterusnya, knight berada dalam golongan ketiga selepas golongan bangsawan.
 Knight mempunyai tanah yang luas dan diagihkan kepada serf untuk mengerjakan tanah itu semasa
ketiadaan knight.
 Sebagai balasan, serf akan memberikan khidmat kepada knight dan knight akan melindungi serf dan
keluarganya.
 Raja dan baron akan menentukan kehidupan knight dalam masyarakat feudal.
 Oleh itu, mereka menumpukan masa untuk meningkatkan kemahiran dalam bidang ketenteraan.
 Pada abad ke-16, berlaku perubahan dalam kedudukan knight apabila raja memperkukuhkan
kedudukannya dengan mengambil tentera upahan bagi menentang pemberontak atau musuh.
 Pengambilan tentera upahan ini dapat menjamin kestabilan politik dan membawa kamajuan ekonomi
dalam masyarakat feudal.
 Kesannya, knight tidak lagi mendominasi komposisi pasukan tentera.

4. Serf
 Rakyat biasa yang dikenali sebagai serf atau petani berada di bawah sekali dalam lapisan masyarakat
feudal.
 Kehidupan mereka tidak bebas dan tidak boleh berpindah dan sentiasa di bawah pengawasan raja dan
baron.
 Lord manor atau institusi manor merupakan institusi yang melindungi petani, mendirikan mahkamah
supaya petani dapat merayu untuk keadilan, mendirikan kilang, serta gereja untuk penduduk
kampung.
 Golongan petani yang menerima keistimewaan tersebut terpaksa berhutang dan memberi khidmat
kepada lord.
 Di bawah sistem manor, kesemua bahan yang dihasilkan daripada tanah digunakan dalam manor dan
mewakili golongan primitif.
 Golongan petani juga melakukan khidmat buruh. Antaranya seperti membina bangsal, menggali parit,
membina dan membaiki jalan, serta melakukan pembersihan hutan.
 Namun, kehidupan golongan petani berubah selepas berlakunya perubahan ekonomi di England.
 Golongan serf kini bebas daripada tuan tanah selepas benlaku peningkatan dalam pertanian
dagangan, kemunculan bandar, dan perkembangan sektor perusahaan.

5. Hamba
 Terakhir sekali dalam susun lapis masyarakat feudal England ialah hamba.
 Golongan hamba mewakili satu persepuluh penduduk di England.
 Golongan mi tidak memiliki tanah dan hanya mempunyai hak yang terhad dalam perundangan.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
17
Manakala dalam struktur masyarakat feudal di Jepun

1. Maharaja
 struktur masyarakat feudal di Jepun pula memperlihatkan kuasa maharaja yang amat terhad.
 Maharaja mendapat pengiktirafan sebagai ketua negara tetapi tidak mempunyai kuasa pemerintahan.
 Maharaja hanya dianggap sebagai simbol perpaduan kerana kuasa pemerintahan terletak di tangan
Shogun Tokugawa.
 Maharaja diletakkan di Kyoto sedangkan pusat pentadbirafl tenletak di Edo.

2. Shogun Tokugawa
 Shogun Tokugawa yang menjalankan kuasa pemerintahan atas nama maharaja.
 Shogun menjalankan pemerintahan dengan bantuan daimyo melalui dasar pecah dan perintah.
 Shogun membahagikan kawasan pemerintahan berdasarkan bangsawan atau daimyo yang
menyokongnya dan daimyo yang menentangnya.

3. Daimyo.
 Daimyo adalah golongan bangsawan yang mempunyal peranan penting (lalam pentadbiran di Jepun.
 Mereka terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu daimyo Fudai, daimyo Shimpan, dan daimyo Tozama.
 Daimyo Fudai adalah ahli keluarga Tokugawa dan sekutu-sekutunya.
 Mereka membantu Tokugawa menguasai pemerintahan.
 Mereka dikurniakan tanah di bahagian tengah dan utara Honshu.
 Daimyo Shimpan juga dikenali sebagat rumah-rumah bersaudara.
 Mereka terdiri dari berbagai cabang keluarga Tokugawa.
 Keluarga Tokugawa yang utama dikenali sebagai Go-Sanke atau Tiga Rumah kepunyaan anak Ieyasu
yang terletak di daerah Owari, Ku, dan Mito.
 Daimyo Tozama juga dikenali sebagai daimyo luar. Mereka adalah musuh Shogun Tokugawa yang
terdiri danipada suku-suku barat seperti Satsuma, Choshu, Tosa, dan Hizen.
 Shogun mengawasi tindak-tanduk mereka dengan melucutkan jawatan kerajaan di Yedo dan melarang
mereka memasuki istana raja.
 Mereka tidak dibenarkan mengumpul kekayaan demi mengelakkan mereka menjadi terlalu kuat dan
mengancam kedudukan shogun.

4. Samurai.
 Samurai merupakan kelas panglima dan mempunyai kedudukan istimewa dalam masyarakat.
 Samurai berfungsi menjaga keamanan negara dan memelihara kepentingan daimyo.
 Mereka akan memberikan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada daimyo.
 Golongan samurai tidak dibenarkan menjalankan sebarang pekerjaan walaupun negara dalam
keadaan aman. Kehidupan mereka ditanggung oleh golongan petani.

5. Petani
 Dalam kalangan masyarakat bawahan, petani (nomin) menduduki tempat yang tertinggi kerana Jepun
merupakan sebuah negara pertanian yang tidak mengadakan hubungan perdagangan dengan negara
luar berikutan amalan dasar tutup pintu.
 Kaum tani yang merangkumi 80 - 90% daripada jumlah penduduk terpaksa menanggung beban
percukaian yang berat.
 Kaum tani membayar 40 - 50% daripada jumlah hasil keluaran kepada daimyo sebagai hasil tahunan.
 Mereka mengeluarkan beras tetapi petani hanya hidup secukup makan sahaja.
 Malahan, petani-petani yang gagal membayar cukai akan menerima hukuman yang keras.
 Masyarakat petani juga dikenakan sistem kerah. Menerusi sistem kerah, para petani akan mengangkut
barang pertanian dan melalui sepanjang jalan Takaido serta beberapa sekatan bagi membolehkan
pegawai dan pengintip menjalankan pemeriksaan ke atas petani yang melalui jalan tersebut.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
18
6. Tukang Mahir
 Kelas tukang-tukang mahir (artisan) berada di bawah petani.
 Artisan mempunyai pengetahuan dan keupayaan istimewa dan mereka dilayan dengan hormat kerana
hasil pertukangan mereka digunakan oleh golongan daimyo.
 Sebagai contoh, tukang senjata dan tukang pedang diberi layanan istimewa. Mereka diberi gail yang
tinggi dan rumah yang baik seperti tukang kayu di Kyoto diberi gaji sebanyak 500 koku dan dibenarkan
memakai sebilah pedang.

7. Pedagang
 Kelas pedagang (chonin) terletak di bawah tukang mahir.
 Mereka dipandang rendah oleh masyarakat Jepun dan tidak dibenarkan berlaku mobiliti sosial.
 Namun, keadaan aman mengakibatkan ekonomi berkembang seterusnya muncul bandar seperti Edo,
Osaka, Nagoya, dan Sendai.
 Bandarbandar tersebut berkembang menjadi pusat perdagangan.
 Perkembangan ini menyebabkan pendapatan berasaskan beras digantikan dengan pendapatan
berasaskan wang.
 Peralihan ini memberikan kedudukan penting kepada pedagang-pedagang.
 Para pedagang memperdagangkan beras, arang batu, garam, sake, barang-barang kapas, dan pakaian.
 seterusnya membawa kepada peningkatan ekonomi para pedagang.

Kesimpulannya,
 Masyarakat feudal di England mempunyai struktur masyarakat yang tersendiri dan mengalami
perubahan berikutan perkembangan perdagangan, kestabilan politik, dan kemunculan bandar-bandar
baharu.
 Bagi masyarakat feudal di Jepun pula, struktur feudal menjamin keamanan dan memperkukuhkan
kuasa pemerintahan Shogun.
 Kedatangan Barat telah memperkukuhkan kuasa maharaja dan kuasa maharaja kekal sehingga kini.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
19
Huraikan struktur masyarakat feudal Jepun era pemerintahan kesyogunan Tokugawa dari tahun 1603
hingga tahun [S1;STPM 2013]

Pendahuluan
 Maksud feudalisme.
 Perkembangan sistem feudalisme dalam masyarakat Jepun.
 Sistem Feudalisme di Jepun pada Zaman Tokugawa (1603-1867) terdiri daripada beberapa kelas golongan
pernerintah dan golongan yang diperintah.
 Golongan pemerintah terdiri daripada Maharaja, Syogun, Daimyo dan samurai.
 Golongan yang diperintah terdiri daripada petani, tukang mahir dan saudagar.

Struktur masyarakat feudal Jepun

1. Maharaja
 Di Jepun konsep Maharaja bukan berkonsepkan “ mandat dan syurga” yang dipegang oleh Maharaja
di China yang menjadi satu kelayakan utama untuk menjadi maharaja.
 Maharaja di Jepun telah mendapat pengiktirafan sebagai Ketua Negara tetapi baginda tidak
mempunyai kuasa pemerintahan.
 Maharaja di Jepun hanya dianggap sebagai simbol perpaduan, kuasa pemerintahan sebenarnya
terletak di tangan Syogun Tokugawa.
 Keluarga Maharaja tinggal terpencil di Kyoto sedangkan pusat pentadbiran ketika itu terletak di Edo.
 Sistem yang diamalkan oleh Maharaja Jepun mi berjaya mengekalkan kedudukan Maharaja dan sistem
mi kekal sehingga sekarang.

2. Syogun Tokugawa
 Kuasa pemerintahan di Jepun sebenarnya tidak terletak di tangan kuasa Maharaja, tetapi dipegang
oleh Syogun Tokugawa yang menjalankan pemerintahan ‘atas nama maharaja’.
 Syogun Tokugawa menjalankan pemerintahan di Jepun dengan bantuan daimyo melalui dasar pecah
dan perintah. Hal mi dilakukan supaya kuasa dan kedudukan Syogun terjamin.
 Syogun Tokugawa membahagikan kawasan pemerintahan berdasarkan bangsawan atau daimyo yang
menyokongnya dan bangsawan yang menentangnya.
 Bangsawan yang menyokongnya diberikan tanah, manakala bangsawan yang menentang Syogun
Tokugawa ditempatkan di kawasan yang akan dikawal oleh sekutu Tokugawa.

3 . Daimyo
 Daimyo merupakan golongan bangsawan yang memainkan peranan penting dalam pentadbiran
Tokugawa di Jepun. Mereka terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu Daimyo Fudaf, Daimyo Shimpan dan
Daimyo Tozama.
 Daimyo Fudal ialah ahli keluarga Tokugawa dan sekutu-sekutunya, mereka akan membantu Tokugawa
menguasai pemerintahan dan telah dikumiakan tanah di bahagian tengah dan utara Honshu.
 Daimyo Shimpan juga dikenali sebagai rumah-rumah bersaudara dan mereka terdiri daripada pelbagai
cabang keluarga Tokugawa. Keluarga Tokugawa yang utama dikenali sebagai “gosnake” atau “tiga
rumah” kepunyaan anak Iesyu yang terletak di daerah Owari Ku dan Mitto.
 Daimyo Tozama juga dikenali sebagai daimyo luar, mereka adalah musuh Syogun Tokugawa yang
terdiri suku-suku kaum Barat seperti Satsuma, Chosu, Tosa dan Hizen. Syogun Tokugawa sentiasa
mengawasi tindak tanduk mereka dengan melucutkan jawatan dan melarang mereka memasuki
kawasan istana raja.
 Selain itujuga mereka tidak dibenarkan terlalu kuat dan mengancam kedudukan Syogun.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
20
4. Samurai
 Kelas panglima yang mempunyai kedudukan istimewa dalam masyarakat, berfungsi menjaga
keamanan negara dan memelihara kepentingan Daimyo.
 Mereka juga menunjukkan kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada Daimyo.
 Mereka tidak dibenarkan berkecimpung dalam bidang pekerjaan lain walaupun negara dalam keadaan
yang aman. Oleh itu semasa keadaan dalam negara aman dan tiada peperangan kehidupan golongan
samurai ml ditanggung oleh golongan petani.

5. Petani (Nomin)
• Dalam kalangan masyarakat bawahan pada zaman Tokugawa golongan petani (Nomin) menduduki
tempat yang tertinggi.
• Hal demikian kerana .Jepun adalah sebuah negara pertanian yang tidak mengadakan berhubungan
dengan negara luar berikutan dasar tutup pintunya.
• Oleh itu petani mengeluarkan beras untuk penduduk di Jepun dan membayar sebahagian besar cukai.
Sebagai balasan, mereka Cuma diberi secukup makanan sahaja kerana hasil keluaran dikhususkan
untuk negara.
• Masyarakat petani dikenakan sistem kerah, melalui sistem mi petani-petani akan mengangkut barang
pertanian dan melalui sepanjang Jalan Takaido dan akan melalui beberapa tempat sekatan bagi
membolehkan pegawai dan pengintip kikafu menjalankan pemeriksaan ke atas petani yang melalui
jalan tersebut. Sekiranya petani melalui jalan lain, petani akan dikenakan hukuman yang berat.
• Menurut sistem mi, setiap kampung akan menyediakan sebilangan orang lelaki dan kuda sebagai
kenderaan rasmi dalam masa tiga bulan pada musim bunga dan tiga bulan pada musim buah.
• Kerja paksa mi adalah satu beban dan menyusahkan petani-petani malahan mereka sering tertekan
dan dikenakan cukai yang berlebihan. Masyarakat petani juga mendapat pendidikan hal mi kerana
bakufu dan tuan-tuan tanah amat mementingkan pendidikan.
• Mereka menyediakan sekolah-sekolah kampung (terakoya) di kampung-kampung. Terdapat hampir 60
ribu terakoya telah didirikan untuk keperluan anak petani dan mereka diberikan kemahiran-kemahiran
asas iaitu membaca, menulis dan mengira.

6. Kelas tukang-tukang Mahir (Artisan)


• Golongan tukang-tukang mahir, merupakan golongan di bawah petani, mereka mempunyai kemahiran
membuat pedang dan alat-alat yang berguna, mereka diberi penghormatan kerana sumbangan
kepada masyarakat.
• Mereka diberi gaji yang baik dan diberi rumah yang baik, tukang kayu juga diberikan layanan yang
sama iaitu diberi gaji sebanyak 500 koku dan dibenarkan memakai sebilah pedang.
• Manakala petukang-petukang yang tidak mempunyai kemahiran khusus akan dilayan dengan buruk
dan bekerja untuk daimyo.

7. Kelas Pedagang (chonin)


• Kelas pedagang merupakan golongan yang paling bawah sekali di dalam masyarakat Feudal Jepun.
• Kesan dan perkembangan ekonomi menjelang tahun 1760, terdapat kira-kira 200 keluarga saudagar
yang mempunyai harta dan kekayaan melebihi sebilangan besar Daimyo.
• Antara keluarga saudagar yang terkenal Mitsui, Kamoike dan Sumitomo. Mereka mi telah
memperkenalkan budaya pengurusan baru yang kemudiannya yang diwarisi syarikat moden Jepun.

Kesimpulan
• Apa-apa sahaja yang berkaitan.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
21
Huraikan susun lapis masyarakat feudal di Jepun pada abad ke-16 hingga 17.

Pendahuluan.
 Masyarakat feudal ialah masyarakat berhieraki, kedudukan, kuasa dan status setiap lapisan ditentukan
melalui penguasaan terhadap tanah.
 Hal ini bersesuaian dengan perkataan feudal yang berasal dar perkataan fief atau feud yang bererti
sebidang tanah yang dimiliki oleh seseorang tuan tanah
 Ia juga diertikan sebagai pemilikan tanah dengan syarat berkhidmat; dengan lain perkataan
feudalisme dapat diertikan sebagai satu cara hidup berasaskan sistem tanah.
 Di Jepun, era feudal bermula pada zaman Kamakura dan mencapai kemuncaknya pada zaman
Kesyogunan Tokugawa.
 Pelaksanaan sistem feudal di Jepun jelas dengan kewujudan kelas pemerintah dan golongan yang
diperintah dalam masyarakat.

Susun Lapis Masyarakat Feudal di Jepun

1. Raja/Maharaja
 Raja/maharaja menduduki hierarki tertinggi dalam masyarakat dan berperanan sebagai ketua negara,
 namun kekuasaan pada era ini berada di tangan Syogun.
 Maharaja hanya berfungsi sebagai simbol atau lambang perpaduan dalam kalangan masyarakat Jepun.
 Kuasa maharaja hanya terhad di istana sahaja yang terletak di kawasan terpencil di Kyoto dengan
dikelilingi atau diawasi oleh pegawai istana (kuge); tidak ada sesiapa pun yang dibenarkan menemui
maharaja kecuali dengan kebenaran syogun

2. Syogun
 Syogun merupakan penguasa atau pemerintah sebenar Jepun pada era ini sehingga tahun 1867.
 Syogun menjalankan pemerintahan atas nama maharaja dengan memperkenalkan corak
pemerintahan bakufu serta dasar pecah dan perintah dengan menjadikan Edo sebagai pusat
pentadbirannya.
 Pentadbiran Tokugawa dibantu oleh tiga buah jabatan utama bagi mengawal seluruh negara Jepun
iaitu Tairo (Majlis Penasihat Agung) yang menjadi penasihat kepada syogun.
 Dasar pecah dan penintah yang dipraktikkan membolehkan syogun mengagihkan kuasa
pemerintalmnnya kepada pembesar yang dikenali sebagai daimyo berdasarkan ikatan kekeluargaan
dan kesetiaan sesorang daimyo terhadap syogun.
 Hal ini menjamin kedudukan dan kekuasaan syogun tidak tercabar.

3. Daimyo
 Daimyo pula merupakan golongan pembesar yang menduduki lapisan ketiga dalam susun lapis
masyarakat feudal di Jepun.
 Golongan ini merupakan kelas bangsawan yang mempunyai peranan penting dalam pemerintahan era
Tokugawa.
 Goiongan ini terdiri daripada tiga kumpulan utama iaitu Daimyo Fudai, Daimyo Shimpan dan Daimyo
Tozama.
 Daimyo yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan syogun akan dianugerahkan tanah dan
kuasa pentadbiran tanah berkenaan manakala daimyo yang tidak terikat dengan status kekeluargaan
dan menentangnya ditempatkan di kawasan yang dikawal selia oleh syogun.
 Bagi memastikan para daimyo tidak mengancam kedudukan syogun, Sistem Sankin Kotai telah
diperkenalkan; setiap daimyo dipaksa menukar tempat kediaman mereka selang setahun di antara
Edo dan tanah sendiri.
 Apabila daimyo kembali ke tanah, anak dan isteri mereka mesti ditinggalkan di Edo bagi menjamin
kesetiaan.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
22
4. Samurai.
 Samurai pula merupakan kelas panglima atau pahlawan yang mempunyai kedudukan istimewa dalam
masyarakat.
 Selain menjaga kepentingan dan taat setia kepada para daimyonya, golongan mi
dipertanggungjawabkan menjaga keamanan negara dan meluaskan wilayah kekuasaan dan pengaruh
 Golongan mi tidak dibenarkan melakukan apa-apa pekerjaan lain walaupun negara berada dalam
aman.
 Hal mi bermakna tidak berlaku mobiliti sosial dalam kalangan samurai dalam masyarakat feudal Jepun.
 Pada situasi aman tersebut, golongan samurai akan ditanggung oleh golongan petani.

5. Golongan Diperintah; Petani.


 Petani merupakan golongan yang menduduki hierarki tertinggi dalam kelas golongan yang diperintah.
 Oleh sebab ukuran kekayaan golongan bangsawan berdasarkan jumlah beras yang dimiliki, keupayaan
mengeluarkan beras kepada negara dan golongan bangsawan menyebabkan golongan mi dipandang
mulia.
 Sebagai balasan golongan mi mengeluarkan beras, mereka diberikan bekalan beras secukup makan.
 Selain itu, masyarakat petani juga diberikan pendidikan; sekolah-sekolah kampung (terakoya) dibina
bertujuan kemahiran asas iaitu 3M kepada anak-anak petani.
 Pun begitu, para petani juga terpaksa menghadapi sistem kerah yang dijalankan dan dikehendaki
membayar sejumlah cukai yang dianggap membebankan mereka (40% — 50% keluaran kepada
dairnyo)

6. Golongan diperintah; Tukang-tukang mahir.


 Golongan seterusnya ialah tukang-tukang mahir yang mempunyai kemahiran membuat pedang dan
peralatan-peralatan yang berguna.
 Golongan mi diberikan penghargaan dan penghormatan dengan kemahiran yang ada, dibayar dengan
gaji yang lumayan serta mendiami kediaman yang selesa.
 Tukang kayu juga diberikan layanan yang baik dan menerima gaji yang sama sebagaimana tukang-
tukang mahir; serta dibenarkan menggunakan sebilah pedang.
 Bagi tukang-tukang yang tidak berkemahiran, mereka tidak mendapatkan layanan baik dan terpaksa
bekerja dengan golongan daimyo.

7. Golongan diperintah; Tukang-tukang mahir.


 Kelas sosial paling bawah ialah para pedagang atau saudagar yang clikenali sebagai chonin.
 Mereka dipandang rendah disebabkan Jepun tidak menggalakkan aktiviti perdagangan dengan kuasa-
kuasa Barat selaras dengan dasar isolasi yang dipraktikkan.

Kesimpulan.
 Pelaksanaan sistem feudal di Jepun menggambarkan usaha Syogun untuk mengekalkan kekuasaan
dan pengaruhnya sama ada dalam aspek pemerintahan mahupun dalam kalangan rakyat di Jepun.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
23
Huraikan ciri-ciri masyarakat agraria di Belanda pada abad ke-16 dan 17.

Pendahuluan.
 Masyarakat agraria dapat ditakrifkan sebagai masyarakat yang berorientasikan aktiviti pertanian.
 Sehubungan dengan itu, aktiviti utama yang dikaitkan dengan masyarakat berkenaan ialah bercucuk
tanam, menternak binatang, memungut hasil hutan dan menangkap ikan secara kecil-kecilan.
 Dalam konteks masyarakat agraria di Belanda pada abad ke-16 dan abad ke-17 Masihi, masyarakat di
sini bukan sekadar menjalankan aktiviti pertanian untuk sara diri malah telah mempelbagaikan
kegiatan bagi meningkatkan taraf hidup sesuai dengan berlakunya Revolusi Pertanian di negara
tersebut.

Ciri-Ciri Masyarakat Agraria Di Belanda

1. Lokasi kegiatan.
 Masyarakat agrania di Belanda menjalankan aktiviti pertanian di kawasan pesisir pantai.
 Namun disebabkan berlakunya pertambahan penduduk dan keperluan terhadap bahan makanan,
pihak kerajaan telah bertindak menambak tanah laut untuk dijadikan kawasan pertanian.
 lmpaknya, berlaku abad ke-17 pertambahan tanah pertanian kepada 36 ribu ekar sekitar tahun 1590
hingga tahun 1615 dan secara tidak langsung telah membawa kepada peningkatan pengeluaran hasil
pertanian

2. Aktiviti Utama
 Aklivit Fokus aktiviti masyarakat agraria di Belanda ialah mengusahakan tanaman bijirin bagi
menampung keperluan makanan seperti gandum, barli, oat, dan kekacang.
 Namun disebabkan kawasan pertanian yang terbatas serta berlaku lonjakan penduduk.
 Belanda terpaksa mengimport bijirin dan Perancis.
 Selain daripada itu, masyarakat agrania juga mengusahakan tanaman komersial atau dagangan yang
mendapat permintaan tinggi, antaranya bunga tulip, hem, biji cole dan madder.
 Biji cole giat diusahakan di kawasan utara dan menguntungkan kerana biji cole yang diproses akan
menghasilkan minyak.
 Madder diusahakan kerana akarnya boleh dijadikan pewarna dalam industri tekstil.

3. Penternakan lembu.
 Merupakan aktiviti ekonomi yang kedua pentingnya yang diusahakan oleh masyarakat agraria di
Belanda.
 Terdapat dua jenis lembu yang diusakan iaitu lembu tenusu dan lembu daging.
 Lembu lembu daging pula ditemak untuk disembelih dan dieksport ke kawasan lain di Belanda antara
tahun 1500 hingga tahun 1660.
 Pada tahun 1662, terdapat catatan yang menyatakan sebanyak 2,000 ekor lembu telah dieksport oleh
VOC (Syarikat Hindia Timur Belanda) ke Hindia Timur (Indonesia) setiap tahun.
 Berhubung dengan lembu tenusu pula, ianya diusahakan bagi menghasilkan industri yang berasaskan
tenusu seperti keju, mentega, dan susu segar.
 Hasil tenusu ini bukan sahaja digunakan untuk menampung keperluan domestik malah dieksport ke
England Perancis, dan Sepanyol yang pastinya akan meningkatkan taraf hidup masyarakat agrania di
sini.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
24

4. Kaedah penanaman
 Suatu lagi ciri ketara yang terdapat pada masyarakat agrania di Belanda ialah kemampuan
mempelbagai kaedah penanaman melalui inovasi yang dilakukan.
 Pada peringkat awal, mereka menggunakan kaedah sistem pertanian padang terbuka; dalam setiap
musim para petani akan mengusahakan dua daripada tiga bidang tanah dengan satu bidang lagi
dibiarkan sebagai tanah rang untuk memastikan kesuburan tanah berkenaan.
 Namun begitu, memastikan tanah lebih produktif, masyarakat di sini mula menggunakan kaedah
kaedah tanaman giliran antara tanaman ubi-ubian, kekacang dan bijirin.
 Kaedah ini akan mengembalikan kesuburan tanah dan meningkatkan lagi hasil pengeluaran pertanian.
 Kesan pelaksanaan kaedah penggiliran ini telah menyebabkan secara perlahan-lahan sistem tanah
rang dimansuhkan.
 Selain daripada itu, petani di Belanda telah mempraktikkan sistem menanam dengan membuat batas.
 Kedudukan batas-batas sentiasa diubah setiap tahun bagi memastikan kesuburan tanah.
 Pelaksanaan sistem ini menyebabkan penanaman dalam deretan atau jajaran diperkenalkan..

5. Peningkatan Teknologi
 Bagi memastikan peningkatan produktiviti, masyarakat agraria di Belanda telah menerapkan teknologi
teknologi tinggi dalam kegiatan yang diusahakan.
 Antaranya. menggunakan peralatan-peralatan baharu bagi meningkatkan produktiviti seperti tenggala
beroda dan mesin untuk menampi bijirin.
 Bagi menambah jumlah kawasan pertanian, umpamanya pada tahun I600-an seorang yang bemama
Jan Adriaanszoon telah berjaya memajukan kaedah mengeringkan air dgn membina sejumlah daik dan
kincir air.
 Pada tahun 1612 Tasik Beemster telah berjaya dikeringkan dan membentuk sebuah dataran baru yang
dikenali sebagai Beemster Polder.
 Sejak itu, daik-daik dan kincir angin telah dibina untuk menyekat air laut dan memasuki kawasan
petempatan dan pertanian.
 Dengan itu, lebih banyak kawasan berjaya dlikeringkan atau ditebus guna untuk dijadikan kawasan
pertanian.
 Penggunãan teknologi kincir angin semakin merancakkan lagi kegiatan pertanian di Belanda kerana
kawasan tanah tinggi boleh disalurkan air untuk pertanian.

Kesimpulan
 Penggunaan teknologi tinggi serta kreativiti masyarakat agraria di Belanda serta sokongan pihak
pemerintah bukan sahaja telah meinbawa kepada peningkatan dalam pengeluaran hasil-hasil
pertanian,
 namun ianya telah meningkatkan taraf hidup golongan tani serta menjadikan negara Belanda terkenal
dalam penghasilan barangan berasaskan pertanian dan penternakan hingga hari ini.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
25
Terangkan ciri-ciri masyarakat agraria di Belanda

Pendahuluan.
 Masyarakat agraria merupakan masyarakat yang berasaskan pertanian, penternakan dan pemungutan
hasil hutan serta sungai.
 Masyarakat agrania tinggal menetap di kawasan tanah pertanian yang subur dan sesual untuk
menjalankan kegiatan pertanian.
 Belanda telah mengalami ledakan ekonomi pada tahun 1585 selepas berjaya melepaskan cengkaman
pemenmntahan Raja Phillip 11 dan Sepanyol.
 Revolusi Pertanian yang berlaku telah menaikkan taraf hidup masyarakat Belanda di Eropah.
 Belanda telah menjadi kuasa perdagangan di Eropah dan pelabuhan di Amsterdam juga turut
berkembang kesan danipada revolusi teknik pembinaan kapal.
 Belanda mencapai zaman kegemilangan ekonomi pada abad ke-16 hingga ke-17.
 Masyanakat Belanda memberi keutamaan kepada aktiviti bercucuk tanam dan penternakan sebagai
sumber ekonomi mereka.
1. Pertanian
 Kawasan utara Belanda terkenal sebagai kawasan pertanian dan perikanan pada abad ke-16.
 Masyarakat petani pada abad ini mengusahakan pertanian berskala kecil untuk dijual di pasar
tempatan dan dipasarkan ke bandar lain di Belanda.
 Pelbagai jenis tanaman dan sayur-sayuran ditanam. Antaranya ialah bawang, biji kol, ketumbar, lobak,
dan teasel. Biji kol menjadi tanaman yang mendapat perhatian petani-petani Belanda.
 Tanaman mi menguntungkan kerana biji kol diproses untuk menghasilkan minyak dan menjadi sumber
minyak yang penting bagi masyarakat Belanda menjelang pertengahan abad ke- 17.
 Kawasan Zeeland dan Bogaurden banyak ditanam dengan biji kol.
 Tanaman ini seterusnya ditanam di Artois, Rhineland, Schleswig, dan Holstein pd abad ke-16 - ke-17.
 Masyarakat petani lebih memberi tumpuan terhadap tanaman bijirin seperti gandum, barli, dan oat
sebagai sumber pertanian yang utama di Belanda.
 Menjelang akhir abad ke- 16, petani Belanda menghasilkan gandum antara 1 150 kg hingga 1 900 kg
bagi setiap hektar.
 Selain itu, tanaman seperti kobis, kekacang, dan bunga-bungaan turut diusahakan.
 Manakala di Amsterdam, tanaman jagung diusahakan. Hasil pertanian telah dieksport ke luar negara:
 Namun pada abad ke- 17, Belanda tidak dapat memenuhi permintaan terhadap bijirin kerana
pertambahan bilangan penduduk kesan migrasi penduduk di wilayah selatan.
 Kegagalan ini telah menyebabkan Belanda mengimport bijirin dan Baltik, Perancis, & Wilayah Walloon.
2. Perikanan
 Penduduk di Belanda dianggarkan satu perlima daripadanya terlibat dengan industri perikanan yang
menguntungkan Belanda.
 Belanda terkenal sebagai sebuah negara yang mengusahakan pembinaan kapal yang terbaik di
Eropah.
 Industri pembinaan kapal di Belanda mendapat kepercayaan daripada pedagang-pedagang negara
Eropah pada abad ke- 17.
 Misalnya pada tahun 1630-an, sebanyak 2 500 kapal Belanda telah digunakan dan jumlah mi
merupakan separuh daripada jumlah perkapalan di Eropah.
3. Penternakan
 Selain pertanian, masyarakat agraria di Belanda juga menjalankan penternakan binatang.
 Penternakan lembu susu telah diusahakan untuk pengeluaran bahan tenusu.
 Belanda merupakan tempat utama penternakan lembu.
 Misalnya, pengeluaran hasil tenusu di Holland dan Friesland amat tinggi berbanding dengan negara-
negara Eropah yang lain.
 Belanda telah menjadi negara pengeluar hasil tenusu seperti mentega dan keju yang terbesar di dunia.
 Selain daripada lembu susu, lembu daging juga diternak untuk disembelih kemudian dieksport ke
kawasan-kawasan di selatan.
 Malahan, pengeksportan lembu-lembu yang telah disembelih dan diproses berlaku antara tahun 1500
hingga tahun 1660.
____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
26
4. Penanaman bunga.
 Menjelang abad ke-17, penanaman bunga seperti tulip dan hop dijalankan secara meluas.
 Hal mi berikutan permintaan yang tinggi akibat peningkatan harga bunga tulip antara tahun 1636
hingga tahun 1637.
 Bunga hop pula ditanam secara meluas di sepanjang Sungai Maas dan menjelang abad ke- 16,
penanaman mi tersebar di pantai timur England, iaitu Kent, Essex, dan Surrey.
 Bunga hop digunakan dalam industri minuman keras sejak abad ke-14 dan terdapat 21 buah kilang
minuman keras di Amsterdam dan Rotterdam antara tahun 1600 hingga tahun 1621.
5. Kawasan Petempatan.
 Masyarakat agraria mendirikan petempatan di kawasan yang subur terutamanya di kawasan lembah
sungai yang mempunyai mendapan lanar yang subur.
 Selain itu, kawasan pinggiran pantai yang subur juga menjadi tumpuan petempatan masyarakat
agraria. Antara contoh kawasan ialah Friesland, Zeeland, Flanders, dan Utrect.
 Revolusi pertanian telah berlaku di kawasan desa pada abad ke-17. Pada tahun 1590 hingga tahun
1615, dianggarkan tanah-tanah yang digunakan tintuk pertanian ialah sebanyak 36 000 ekar.
6. kemajuan teknologi system pengairan
 Peningkatan permintaan thdp pertanian mi sejajar dgn kemahiran teknologi pertanian masyarakat
agraria.
 Masyarakat agraria mahir dalam teknologi pengairan, membina terusan, kolam, dan takungan air bagi
mengairi kawasan pertanian mereka.
 Kemajuan mi membolehkan kegiatan pertanian dijalankan secara intensif.
 Kesannya, jumlah masyarakat petani semakin meningkat dan penggunaan kuda dalam pertanian juga
turut meningkat. Msyrkt petani kini menjadi Iebih berdikari dan menjurus ke arah pertanian ladang.
 Seterusnya, pada suku pertama abad ke-17, kerajaan Belanda telah bcrjaya meningkatkan hasil
pengeluaran dalam bidang pertanian apabila melakukan aktiviti penambakan tanah laut untuk
dijadikan kawasan pertanian
 seterusnya menambahkan jumlah pengeluaran pertanian serta kawasan pertanian menjadi lebih luas.
 Malahan, penggunaan teknologi kincir angin juga membolehkan air yang berlebihan dan kawasan
tanah rendah dialirkan ke kawasan pertanian.
7. Pengetahuan mengenai kesuburan tanah
 Masyarakat agraria mempunyai pengetahuan mengenai kesuburan tanah pertanian.
 Pengetahuan mi diperlihatkan apabila para petani mengamalkan sistem pertanian padang terbuka.
 Dalam sistem mi, tanah pertanian dilbahagikan kepada tiga bidang, iaitu dalam setiap bidang terdapat
lajur-lajur yang dibahagikan secara memanjang untuk diusahakan oleh para petani.
 Petani hanya akan mengusahakan dua daripada tiga bidang tanah dalam wtiap musim.
 Satu bidang lagi dibiarkan sebagai tanah rang bertujuan untuk dipulihkan kembali kesuburan tanah
sebelum diusahakan pada musim yang berikutnya.
 Para petani menggunakan najis binatang sebagai baja untuk mcnyuburkan tanah.
8. Kaedah penanaman
 Selain itu, kaedah tanaman bergilir juga digunakan, iaitu menanam tanarnan sengkuang dan kekacang
berselang dengan tanaman bijirin.
 Kaedah ni hukan sahaja menyuburkan tanah, malah meningkatkan hasil pengeluaran dan
berpanjangan tanpa perlu menunggu musim tanaman.
 Peningkatan produktiviti dalam pertanian telah menambahkan pengeluaran makanan scterusnya
penduduk. Sebagai bukti, jumlah penduduk Belanda telah mcncapai 2 juta orang pada tahun 1550
hingga tahun 1650.
 Penciptaan pelbagai jenis peralatan untuk kegunaan pertanian juga menbolehkan pertanian
diusahakan secara skala besar dan membawa pcningkatan dalam hasil pertanman.
 Misalnya, penciptaan tugal dan tenggala beroda untuk memagar dan membajak tanah pertanian.
Kesimpulannya,
 masyarakat agraria di Belanda menjalankan ekonomi berasaskan pertanian dan kegiatan berkaitan
dengan pertanian.
 Perkembangan ekonomi pertanian membawa kepada perkembangan ekonomi perdagangan di
Belanda pada awal abad ke-18.
____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
27

Huraikan ciri-ciri masyarakat agraria China pada abad ke-16 dan 17.

Pendahuluan.
 Masyarakat agraria dapat ditakriikan sebagai masyarakat yang berorientasikan aktiviti pertanian.
 Sehubungan dengan itu, aktiviti utama masyarakat berkenaan ialah bercucuk tanam, mentemak
binatang, memungut hasil hutan dan menangkap ikan secara kecil-kecilan.
 Dalam konteks masyarakat agraria di China pada abad ke-16 dan abad ke-17 Masihi, tidak dinafikan
masyarakat ini merupakan golongan penting di China
 memandangkan mereka dianggap golongan yang mulia kerana sumbanganya terhadap penghasilan
makanan apatah lagi pada era tersebut khususnya sewaktu kekuasaan Dinasti Ming, pertanian telah
menjadi aktiviti ekonomi utama sehingga dianggap pencetus era revolusi pertanian di China.

Ciri-Ciri Masyarakat Agraria Di China

1. Petempatan.
 Dan segi petempatan, amnya masyarakat agraria di China mendiami di kawasan yang subur serta
produktif bagi menjalankan aktiviti pertanian.
 Oleh sebab itu, tumpuan masyarakat ini ialah di kawasan lembah sungai, tanah pamah atau dataran
serta kawasan berbukit yang mempunyai sistem saliran yang baik.
 Secara spesifiknya, kediaman pilihan masyarakat ini ialah kawasan timur laut China dengan Mongolia,
iaitu dataran loes yang subur yang diairi oleh Sungai Kuning dan di sebelah selatan Sungai Kuning pula
terletak kawasan tengah yang Juas yang diairi oieh Sungai Yangzte.

2. Aktiviti Utama
 Oleh sebab terdapat bekalan tanah yang subur di samping faktor iklim yang sesuai, masyarakat di sini
telah menumpukan perhatian kepada penanaman padi sawah serta tanaman bijirin seperti gandum,
barli, sekoi dan kekacang.
 Pun begitu, aktiviti ini hanyalah sekadar untuk menampung keperluan harian sahaja.
 Namun pada abad ke-16 dan ke-17, masyarakat tani di China telah terlibat dengan ekonomi
kapitaiisme dengan mengusahakan tanaman komersial seperti tembakau, kapas, mulberi dan tebu.
 Tembakau telah ditanam secara besar-besaran di Fukien, kapas di wilayah Singkiang, dan tanaman
pokok mulberi diusahakan di Kwangtung bagi membekalkan makanan kepada perusahaan ulat sutera.
 Pada zaman kekuasaan kerajaan Ming, masyarakat agraria di China turut mendapat galakan daripada
pemerintah melalui penyediaan prasarana yang diperlukan, pengurangan kadar cukai tanah yang
secara tidak langsung telah meraberikan insentif kepada para petani untuk meningkatkan hasil.
 Kerajaan Ming dan Ching juga menyediakan sistem pengangkutan dan meluluskan keluasan kawasan
pertanian seperti yang dilaksanakan oleh Maharaja Kang Shi pada zaman Dinasti Ching.

3. Kawalan Kerajaan.
 Pada peringkat awal, masyarakat agrania di China mengamalkan aktiviti pertanian secara kolektif
(bersama) dan tidak mengutamakan hak individu. Segala hasil yang diperoleh akan dinikmati bersama.
 Mereka mewujudkan lading-ladang kolektif atau dikenali sebagai sistem pao-chia yang diusahakan
secara berkelompok.
 Pada zaman pemerintahan Dinasti Ching, golongan bangsawan memainkan peranan utama
mengawasi sistem ini untuk mengawal kaum petani.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
28

4. Kaedah penanaman.
 Kaedah Bagi memastikan kesuburan tanah pertanian, masyarakat agraria telah mempraktikkan
Penanaman kaedah penanaman bergilir.
 Selain daripada itu, petani-petani di China pada era ini telah mengusahakan tanaman dua musim
(benih padi Vietnam),
 dan pengkhususan dalam teknologi pertanian selain daripada pengenalan tanaman makanan baharu
seperti jagung, ubi kentang manis serta kacang telah sedikit sebanyak mengubah kehidupan
masyarakat agraria di China.
 Penggunaan baja secara meluas dan peralatan-peralatan baharu seperti bajak, tenggala penabur
benih, penyisir tanah, kereta roda telah meningkatkan pengeluaran hasil pertanian.

5. Teknologi pengairan.
 Teknologi Masyarakat agraria di China juga memiliki kemahiran dalam teknologi pengairan.
 Pengairan Mereka berupaya mengawal aliran air sungai melalui pembinaan empangan serta mengairi
kawasan pertanian di samping pembinaan tambak bagi mengawal limpahan yang mengakibatkan
banjir.
 Malah masyarakat di sini turut menggunakan pam yang digerakkan oleh tenaga binatang atau
manusia untuk mengepam air ke kawasan pengairan.
 Selain itu, kecaknaan pemerintah mewujudkan projek pengairan seperti di Sichuan telah
membolehkan 2 juta hektar tanah pertanian diairi.

Kesimpulan
 Tidak dinafikan pada abad ke-l6 dan abad ke-17 Masihi, pertanian telah menjadi sector ekonomi yang
penting kepada kerajaan yang memerintah China.
 Komitmen kerajaan bagi meningkatkan hasil pertanian telah mencetuskan Revolusi Pertanian di China
pada zaman Dinasti Ming,
 dan bagi bagi masyarakat agraria ianya pasti memberikan kesan yang lebih baik bagi meningkatkan
taraf hidup sejajar dengan golongan yang dianggap mulia dalam masyarakat di China sejak turun-
temurun.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
29
Jelaskan ciri-ciri kegiatan ekonomi masyarakat agraria di China

Pendahuluan.
 Masyarakat agraria ialah masyarakat yang berasaskan pertanian, penternakan, dan pemungutan hasil
hutan dan sungai.
 Masyarakat agraria tinggal menetap di kawasan tanah pertanian yang subur dan sesuai untuk
menjalankan kegiatan pertanian.
 Negara China merupakan negara dan terbesar di Asia Timur dan ketiga terbesar di dunia.
 Keluasan negara China ialah 9 596 960 kilometer persegi atau 3 599 975 batu persegi.
 Namun, dua pertiga daripada China merupakan kawasan pergunungan dan gurun yang terletak di
sebelah barat dan utara.
 Dataran Tibet merupakan kawasan tertinggi dengan ketinggian purata 4 000 meter atau 13 000 kaki.
 Manakala gurun di China terdapat di bahagian utara, iaitu Gurun Gobi dan di bahagian barat laut, iaitu
Gurun Taklimakan. Hampir keseluruhan China bergunung-ganang.
 Oleh itu, kawasan yang sesuai untuk pertanian hanyalah 15% sahaja.
 Masyarakat agraria China mengamalkan kegiatan ekonomi sara din dan pertanian merupakan kegiatan
utama bagi masyarakat China. Namun, ada kegiatan ekonomi lain yang turut diusahakan.

Ciri-ciri masyarakat agraria di China

1. Petempatan
 Keadaan geografi negara China mi tidak membantutkan aktiviti pertanian sebaliknya masyarakat China
masih mampu menampung makanan wnduduknya dan mampu mengeksport makanan ke luar negara.
 Hal mi kerana sebahagian besar kawasan China terletak dalam kawasan hawa Mvderhana dan
terdapat perubahan iklim dan kawasan tropika ke kawasan sejuk.
 China masih berada dalam masyarakat agraria pada era Dinasti Ming dan Dinasti Qing.
 Masyarakat agraria di China meliputi hampir 85% dan menetap di desa.
 Tumpuan mereka adalah antara kawasan Timur Laut China detigan Mongolia, iaitu Dataran Loes yang
subur yang dilalui oleh Sungai Kuning.
 Di sebelah selatan Sungai Kuning pula terdapat kawasan tengah yang bias dan Sungai Yangtze, iaitu
sungai terbesar di China.

2. Pemilikan Tanah
 Masyarakat agraria di China mengamalkan pemilikan tanah yang dltcrajui oleh golongan pembesar
atau dimiliki oleh tuan tanah.
 Mereka juga iiwnjatankan aktiviti pertanian secara bersama dan tidak mengutamakan hak hidvidu.
 Pertanian dijalankan menggunakan alat pertanian yang lama dan baja yang digunakan ialah baja
daripada najis binatang.
 Menerusi pendapatan yang diterirna daripada hasil pertanian, para petani hanya dapat menyara
kehidupan cukup hidup sahaja, dapat membeli benih, menggantikan alat perkakas, ,mengadakan
majlis perkahwinan, menguruskan belanja kematian, menderma kepada panggung penglipur lara di
kampung, dan menyertai jamuan yang diadakan sekali sekala.
 Masyarakat agraria di China sudah biasa menghadapi kebuluran dan penderitaan.
 Bagi meneruskan kelangsungan hidup, mereka mencari hasil hutan atau menjual anak-anak
perempuan untuk dijadikan hamba.
 Masyarakat petani hidup dalam kemiskinan walaupun China merupakan kawasan yang subur dan
masyarakat agrarianya cekap menguruskan hasil pertanian.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
30
3. Kegiatan Pertanian
 Tanaman utama masyarakat di China ialah padi sawah. Penanaman padi sawah banyak dijalankan di
kawasan lembah Sungai Yangtze dan Sungai Kuning.
 Selain itu, terdapat tanaman lain yg diusahakan seperti kapas, tebu, teh, gandum, barli, sekoi, dan
bijirin lain.
 Gandum merupakan tanaman utama dl bahagian dataran tinggi di utara China.
 Tanaman gandum banyak ditanam dl wilayah Shantung, Kansu, Shensi, dan bahagian utara Anhui dan
Hupeh.
 Masyarakat China yang tinggal di kawasan tanah tinggi seperti di bahagian utara China dan di sekitar
Sungai Heilongjiang menanam padi huma, sekoi, den kekacang.
 Tanaman milet pula ditanam secara meluas di wilayah Kansu, Sliensi, dan Shansi.
 Selain itu, masyarakat China juga menanam bijirin seperti barli dan oat.

4. Sistem Ekonomi Feudal


 Masyarakat agraria China masih mengamalkan ekonomi feudal.
 Dalam sistem ekonomi feudal, masyarakat petani China yang tidak mempunyai tanah dan menyewa
tanah daripada tuan tanah dikehendaki membayar sejumlah wang yang ditetapkan sebagai sewa
tanah.
 Misalnya, pada zaman Ming hingga zaman Qing, petani perlu membayar sewa tanah dalam bentuk
hasil pertanian.
 Mereka dikehendaki menyerahkan antara 50 % — 60 % daripada hasil pertanian yang diperoleh
sebagai cukai dan juga perlu berkhidmat sebagai buruh paksa kepada tuan tanah.
 Seterusnya pada tahun 1581, pemerintah China telah memperkenalkan sistem cukai baharu, iaitu
cukai tunggal.
 Cukai mi telah menyebabkan rakyat China membayar hanya satu jenis cukai sahaja dan dalam bentuk
wang perak.

5. Peglibatan kerajaan
 Dasar maharaja China yang memberi keutamaan dalam bidang agraria telah membantu peningkatan
hasil tanaman.
 Para petani telah diperkenalkan dengan tanaman makanan dan Asia Barat sebagai tanaman baharu.
 Antaranya ialah kekacang, ubi, kentang manis, barli dan jagung.
 Maharaja juga menguatkuasakan pungutan cukai tanah yang amat rendah kepada petani, iaitu hanya
satu daripada 30 pengeluaran pertanian dikenakan cukai dan seterusnya berkurang kepada satu
daripada 50 hasil pertanian yang dikenakan cukai.
 Kesannya berlaku pertambahan dalam hasil pengeluaran dalam kalangan petani dan mi membolehkan
mereka membaiki taraf hidup dan membolehkan banyak pasar-pasar dibuka dalam kawasan
perkampungan.
 Justeru itu, masyarakat petani dapat menjalankan aktiviti perniagaan secara sistem barter atau
pertukaran barangan keperluan.
 Selain itu, pertambahan dalam hasil pertanian juga membolehkan barangan hasil pertanian mi dijual
di bandar-bandar besar oleh tuan-tuan tanah.

6. Kegiatan ekonomi komersial


 Pertanian komersial juga telah diperkenalkan pada abad ke- 16 dan ke- 17 kepada masyarakat agraria
China berikutan daripada perkembangan ekonomi kapitalisme.
 Antara tanaman komersial yang ditanam ialah tembakau, kapas, mulberi, dan tebu.
 Tanaman tembakau diusahakan di wilayah Kwangsi dan Fukien. Di Fukien sahaja, 60% hingga 70%
tanah diusahakan dengan tanaman tembakau.
 Seterusnya, tanaman mulberi bagi perusahaan sutera diusahakan di wilayah Kwantung kerana wilayah
mi terlibat dengan perusahaan sutera.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
31
7. Kegiatan Perindustrian
 Seterusnya, aktiviti ekonomi masyarakat agraria China semakin berkembang pesat.
 Pertumbuhan pusat-pusat bandar seperti Nanjing dan Beijing turut menyumbang kepada
pertumbuhan industri swasta terutamanya industri berskala kecil seperti pengeluaran kertas, sutera,
kapas, dan porselin.
 Industri porselin mengalami perkembangan sehingga zaman pemerintahan Maharaja Zhu Yuan
Zhang.
 Kiangsi merupakan pusat pengeluaran porselin yang utama.
 Soochow pula muncul sebagai pusat industri tekstil dan Sungkiang menjadi pusat pengeluaran kain
kapas.
 Permintaan yang tinggi terhadap tanaman kapas telah membolehkan tanaman kapas ditanam secara
meluas di wilayah Sungkiang, Tai-tsang, dan Tug-chou. Oleh itu, kapas menjadi tanaman penting
dalam Dinasti Ming.
 Selain itu, industri kraf tangan dan tenunan turut menyumbang dalam sektor pertanian dan
pembangunan China.
8. Pengkhususan Kerja
 Ekonomi masyarakat China juga mengamalkan pengkhususan dalam pcngeluaran barangan mengikut
kawasan atau daerah. Misalnya, pengeluaran tcbu di Kwangtung, Fukien, dan Sichuan.
 Teh dan daun mulberi untuk makanan ulat sutera pula banyak dikeluarkan di Chekiang dan selatan
Kiangsu.
 Kawasan selatan Kiangsu dan daerah utara pula ditanam kapas.
 Manakala di Yunnan merupakan kawasan perlombongan. Selain itu, hasil hutan seperti kayu balak
pula terdapat di Manchuria.
9. Kegiatan Pertukangan
 Masyarakat agraria juga menjalankan aictiviti pertukangan selain daripada pertanian.
 Perusahaan mi diusahakan secara perkongsian antara dua orang atau lebih dan kebanyakan mereka
tidak mengetahui cara perkongsian modal hersama atau joint stock.
 Namun begitu, mereka berkongsi tanggungjawab tcrhadap kemajuan perniagaan.
 Seluruh perusahaan di China bergabung membentuk kesatuan.
 Antaranya ialah kesatuan peniaga, kesatuan penenun, kesatuan peniaga bank, kesatuan peniaga
pakaian, dan kesatuan peniaga emas.
10. Pertambahan penduduk.
 Pertambahan penduduk perlu seiring dengan pertumbuhan ekonomi pertanian.
 Pertumbuhan penduduk begitu pesat berlaku pada zaman Dinasti Ming dan Dinasti Ch’ing.
 Pada tahun 1390, bilangan penduduk China telah meningkat daripada 70 juta kepada 80 juta orang
dan pada akhir abad ke-18 penduduk China meningkat kepada 300 juta.
 Oleh yang demikian, beberapa pembaharuan telah diperkenalkan dalam bidang pertanian.
 Misalnya, Dinasti Ming telah memperkenalkan sistem pengairan seperti Projek Pengairan di Sichuan
yang mengairi tanah pertanian seluas 2 000 000 hektar, pertanian selingan antara musim tanaman
dapat memelihara kesuburan tanah pertanian, peralatan seperti cangkul, sabit dan penyisir tanah bagi
meningkatkan aktiviti penanaman.
11. Teknologi Sistem tanaman bergilir
 Selain itu, tanaman bergilir dalam skala yang besar turut dilaksanakan.
 Masyarakat agraria China juga mengamalkan tanaman dua musim yang dicontohi dan Vietnam Selatan
dan penggunaan baja bagi meningkatkan hasil pengeluaran.
 Penanaman padi jenis baharu yang cepat masak dibawa dan Vietnam Selatan mi membolehkan
tanaman padi dilakukan dua kali setahun dalam satu musim di tanah yang sama.
 Tambahan pula, padi tidak memerlukan banyak air semasa musim semaian dan membolehkan padi
baka baharu tersebut ditanam di kawasan yang berbukit di China.
Kesimpulannya,
 masyarakat agraria di China mengamalkan ekonomi berasaskan pertanian, industri swasta,
perusahaan pertukangan, dan penubuhan persatuan.
 Ekonomi agraria China lebih tertutup dan berfokus kepada pemerintah dan rakyat China sahaja.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
32
Huraikan ciri-ciri masyarakat agraria di China pada abad ke-16 dan abad ke-l7 Masihi. [S1 STPM 2015]

Pengenalan
• Sebelum campur tangan kuasa-kuasa Barat, China mengamalkan sistem ekonomi feudal.
• Kegiatan ekonomi utama masyarakat China adalah aktiviti bercucuk tanam secara kecil-kecilan.
• Perkembangan ekonomi feudal menyebabkan muncul masyarakat feudal di negara China pada abad Ke-
16 dan 17 Masihi.

1. Kegiatan ekonomi
• berteraskan pertanian sara diri
• Sebahagian besar penduduk negara China terlibat dalam aktiviti bercucuk tanam.
• Antara tanaman makanan yang ditanam oleh masyarakat agraria adalah padi, gandum, millet,
kaoling, barli dan oat.
• Menjelang abad ke-16 dan 17 kegiatan ekonomi kapitalisme mula bertapak di negara China.
• Perkembangan ini menyebabkan sistem penanaman komersial mula diperkenalkan.
• Antara tanaman komersial yang diusahakan adalah tembakau, kapas, mulberi dan tebu.
2. Petempatan / lokasi
• Majority penduduk tertumpu kawasan luar Bandar dan di lembah sungai
• Masyarakat ágraria dalam tamadun China mendirikan petempatan di kawasan lembah sungai.
• Antara kawasan lembah sungai yang menjadi tumpuan masyarakat agraria di China adalah lembah
Sungai Kuning dan Sungai Yang Tze.
• Kawasan ini mempunyai mendapan tanah loes yang subur dan sesuai untuk menjalankan aktiviti
pertanian.
3. Sistem pengairan
• Masyarakat agraria di negara China mempunyai kemahiran dalam teknologi pengairan.
• Petani mempunyai kemahiran dalam membina terusan dan mengawal aliran air sungai.
• Selain itu mereka juga mempunyai kemahiran dalam membina teres di lereng-lereng bukit bagi
penanaman padi.
• Di samping itu, mereka menggunakan pam yang digerakkan dengan menggunakàn tenaga binatang
ataupun manusia untuk mengepam air ke kawasan pengairan.
4. Kesuburan tanah / penggunaan tanah / pengenalan kaedah baru pertanian
• Masyarakat agraria di China mempunyai pengetahuan memelihara kesuburan tanah pertanian.
• Mereka mengamalkan sistem penanaman bergilir untuk memelihara kesuburan tanah pertanian.
• Sistem penanaman bergilir telah diamalkan di negara china sejak zaman Han lagi.
• Di samping itu, petani menggunakan baja secara meluas bagi meningkatkan pengeluaran hasil
pertanian.
5. Ekonomi komersial
• Perkembangan aktiviti ekonomi pertanian secara komersial
• Tanaman kontan diusahakan secara komersial spt kapas, mulberi dll
6. Peningkatan teknologi
• Masyarakat agraria di negara China mempunyai kemahiran dalam teknologi pertanian.
• Pelbagai jenis peralatan baru telah dicipta untuk meningkatkan pengeluaran hasil pertanian.
• Tenggala penabur benih diperkenalkan untuk membina alur, parit atau lekuk memanjang di
permukaan tanah.
• Selain tenggala kayu, mereka turut mencipta peralatan lain seperti penyisir tanah, penggiling, dan
kolar kuda.
7. Mengamalkan cara hidup feudal
• Tanah sebagai asset utama dalam kehidupan
• Mengamalkan kaedah sewa tanah
• Menggunakan system apo-chia
• Golongan memerintah mengenakan cukai kepada golongan diperintah

Kesimpulan
• Masyarakat agraria di negara China merupakan tulang belakang kepada perkembangan ekonomi
dan politik negara tersebut.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
33
Bincangkan kegiatan ekonomi dalam kalangan masyarakat agraria di Belanda dan China pada abad ke-1 6
hingga abad ke-1 7.

Pendahuluan
 Masyarakat agraria merupakan masyarakat yang berasaskan pertanian, penternakan, dan
pemungutan hasil hutan serta sungai.
 Kebiasaannya petempatan terbentuk di sekitar kawasan yang subur, misalnya di lembahlembah
sungai, kawasan berbukit, serta kawasan yang mempunyai sistem saliran yang baik.
 Belanda telah mengalami ledakan ekonomi pada tahun 1585 selepas berjaya melepaskan cengkaman
pemerintahan Raja Phillip II dan Sepanyol.
 Revolusi Pertanian yang berlaku telah menaikkan taraf hidup masyarakat Belanda di Eropah.
 Belanda telah menjadi kuasa perdagangan di Eropah dan pelabuhan Amsterdam juga turut
berkembang kesan daripada revolusi te1uik pembinaan kapal.
 Belanda mencapai zaman kegemilangan ekonomi pada abad ke- 16 hingga ke- 17.
 Manakala, negara China merupakan negara di Asia Timur dan ketiga terbesar di dunia.
 Keluasan negara China ialah 9 596 960 kilometer persegi atau 3 599 975 batu persegi.
 Namun , dua pertiga drp China merupakan kawasan pergunungan dan gurun di sebelah barat & utara.
 Dataran Tibet merupakan kawasan tertinggi dengan ketinggian purata 4 000 meter atau 13 000 kaki.
 Manakala gurun di China terdapat di bahagian utara, iaitu Gurun Gobi dan di bahagian barat laut, iaitu
Gurun Taklimakan.
 Hampir keseluruhan China bergunung-ganang. Oleh itu, kawasan yang sesuai untuk pertanian
hanyalah 15% sahaja.

kegiatan ekonomi dalam kalangan masyarakat agraria di Belanda

1. Kegiatan Pertanian.
 Kawasan utara Belanda terkenal sebagai kawasan pertanian dan perikanan pada abad ke- 16.
 Masyarakat petani pada abad mi mengusahakan pertanian berskala kecil untuk dijual di pasaran
tempatan dan dipasarkan ke bandar lain di Belanda.
 Pelbagai jenis tanaman dan sayur-sayuran ditanam. Antaranya ialah bawang, biji kol, ketumbar, lobak
dan teasel.
 Biji kol menjadi tanaman yang mendapat perhatian petani-petani Belanda.
 Tanaman mi menguntungkan kerana biji kol diproses untuk menghasilkan minyak dan menjadi sumber
minyak yang penting bagi masyarakat Belanda menjelang pertengahan abad ke- 17.
 Kawasan Zeeland dan Bogaurden banyak ditanam dengan biji kol. Tanaman mi seterusnya ditanam di
Artois, Rhineland, Schleswig, dan Holstein pada abad ke- 16 hingga abad ke- 17.
 Masyarakat petani lebih memberi tumpuan kepada tanaman bijirin iperti gandum, barli, dan oat
sebagai sumber pertanian yang utama di flehinda.
 Menjelang akhir abad ke-16, petani Belanda menghasilkan gandum bijirin 1 150 kg hingga 1 900 kg
bagi setiap hektar.
 Selain itu, tanaman rIwrti kobis, kekacang, dan bunga-bungaan turut diusahakan.
 Manakala di Amsterdam, tanaman jagung diusahakan. Hasil pertanian telah dieksport ke Itiar negara.
 Namun pada abad ke-17, Belanda tidak dapat memenuhi prrmintaan terhadap bijirin kerana
pertambahan bilangan penduduk kesan inigrasi penduduk di wilayah selatan.
 Kegagalan mi telah menyebabkan Belanda mengimport bijirin dan Baltik, Perancis, dan Wilayah
Walloon.
2. Perikanan.
 Penduduk di Belanda dianggarkan satu per lima daripadanya terlibat iringan industri perikanan yang
menguntungkan Belanda.
 Belanda terkenal ehagai sebuah negara yang mengusahakan pembinaan kapal yang terbaik di Iropah.
 Industri pembinaan kapal di Belanda telah mendapat kepercayaan pedagang-pedagang negara Eropah
pada abad ke-17.
 Misalnya pada tahun 1930-an, sebanyak 2 500 kapal Belanda telah digunakan dan jumlah mi
merupakan separuh daripada jumlah perkapalan di Eropah.
____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
34
3. Penternakan binatang.
 Selain pertanian, masyarakat agraria di Belanda juga menjalankan penternakan binatang.
 Penternakan lembu susu telah diusahakan untuk pengeluaran bahan tenusu.
 Belanda menjadi tempat utama penternakan Irmbu.
 Misalnya, pengeluaran hasil tenusu di Holland dan Friesland amat Iluggi berbanding dengan negara-
negara Eropah yang lain.
 Belanda telah menjadi negara pengeluar hasil tenusu seperti mentega dan keju yang terbesar di dunia.
 Selain daripada lembu susu, lembu daging juga diternak untuk disembelih kemudian dieksport ke
kawasan-kawasan di selatan.
 Malahan, wngeksportan lembu-lembu yang telah disembelih dan diproses berlaku iiiitara tahun 1500
hingga tahun 1660.
4. Penanaman Bunga.
 Menjelang abad ke-17, penanaman bunga seperti tulip dan hop dijalankan ccara meluas.
 Hal mi berikutan permintaan yang tinggi akibat peningkatan harga bunga tulip antara tahun 1636
hingga tahun 1637.
 Bunga hop pula Liii a nam secara meluas di sepanjang Sungai Maas dan menjelang abad ke- 16,
 penanaman mi tersebar di pantai timur England, iaitu Kent, Essex, dan Surrey. flunga hop digunakan
dalam industri minuman keras sejak abad ke-14 dan
 Terdapat 21 buah kilang minuman keras di Amsterdam dan Rotterdam antara iahun 1600 hingga
tahun 1621.

kegiatan ekonomi dalam kalangan masyarakat agraria di China

1. Pertanian.
 Masyarakat agraria China turut menjalankan aktiviti pertanian sebagai sumber ekonomi mereka.
 Tanaman utama masyarakat di China ialah padi sawah.
 Penanaman padi sawah banyak dijalankan di kawasan lembah Sungai Yangtze dan Sungai Kuning.
 Selain itu, terdapat tanaman lain yang diusahakan sepertm kapas, tebu, teh, gandum, barli, sekoi, dan
bijirin lain.
 Gandum merupakan tanaman utama di bahagian dataran tinggi di utara China.
 Tanaman gandum byk ditanam di wilayah Shantung, Kansu, Shensi, dan bhgn utara Anhui dan Hupeh.
 Masyarakat China yang tinggal di kawasan tanah tinggi seperti di bahagian utara China, di sekitar
Sungai Heilongjiang menanam padi huma, sekoi, dan kekacang.
 Tanaman milet pula ditanam secara meluas di wilayah Kansu, Shensi, dan Shansi.
 Selain itu, masyarakat China juga menanam bijirin seperti barli dan oat
 Aktiviti ekonomi masyarakat China mengamalkan pengkhususan dalam pengeluaran barangan
mengikut kawasan atau daerah.
 Misalnya, pengeluaran tebu di Kwangtung, Fukien, dan di kawasan Sichuan pula, teh dan daun mulberi
untuk makanan ulat sutera di Chekiang.
 Kawasan selatan Kiangsu pula ditanam kapas.
 Manakala di daerah utara, iaitu kawasan perlombongan di Yunnan, aktiviti hasil hutan seperti kayu
balak dijalankan di Manchuria.
 Masyarakat agraria China masih mengamalkan sistem ekonomi feudal.
 Dalam sistem ekonomi feudal, masyarakat petani China yang tidak mempunyai tanah dan menyewa
tanah daripada tuan tanah dikehendaki membayar sejumlah wang yang ditetapkan sebagai sewa
tanah.
 Misalnya, pada zaman Ming hingga zaman Qing, petani perlu membayar sewa tanah dalam bentuk
hasil pertanian.
 Mereka dikehendaki menyerahkan antara 50% — 60% daripada hasil pertanian yang diperoleh sebagai
cukai dan perlu berithidmat sebagai buruh paksa kepada tuan tanah.
 Seterusnya pada tahun 1581, pemerintah China telah memperkenalkan sistem cukai baharu, iaitu
cukai tunggal.
 Cukai mi telah menyebabkan rakyat China membayar hanya satu jenis cukai sahaja dan dalam bentuk
wang perak.
____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
35

 Aktiviti ekonomi dalam masyarakat agraria China turut dipengaruhi oleh dasar maharaja China.
 Maharaja China telah memberi keutamaan dalam bidang agraria bagi membantu meningkatkan lagi
hasil tanaman.
 Para petani telah diperkenalkan dengan tanaman makanan dan Asia Barat sebagai tanaman baharu.
 Antaranya, kekacang, ubi, kentang manis, barli, dan jagung.
 Maharaja juga menguatkuasakan pungutan cukai tanah yang amat rendah kepada petani, iaitu hanya
satu daripada 30 pengeluaran pertanian dikenakan cukai dan seterusnya berkurang kepada satu
daripada 50 hasil pertanian yang dikenakan cukai.
 Kesannya berlaku pertambahan dalam hasil pengeluaran dalam kalangan petani dan mi membolehkan
mereka membaiki taraf hidup dan membolehkan banyak pasar-pasar dibuka dalam kawasan
perkampungan serta dapat menjalankan aktiviti perniagaan secara sistem barter atau pertukaran
barangan keperluan.
 Selain itu, pertambahan dalam hasil pertanian juga membolehkan barangan hasil pertanian mi dijual
di bandar-bandar besar oleh tuan-tuan tanah.

2. Pertanian komersial.
 Pertanian komersial diperkenalkan pada abad ke- 16 dan ke- 17 kepada masyarakat agraria China
berikutan daripada perkembangan ekonomi kapitalisme.
 Antara tanaman komersial yang ditanam ialah tembakau, kapas, mulberi, dan tebu.
 Tanaman tembakau diusahakan di wilayah Kwangsi dan Fukien.
 Di Fukien sahaja, 60% hingga 70% tanah diusahakan dengan tanaman tembakau.
 Seterusnya, tanaman mulberi bagi perusahaan sutera diusahakan di wilayah Kwantung kerana wilayah
mi terlibat dengan perusahaan sutera.

3. Kegiatan perindustrian.
 Seterusnya, aktiviti ekonomi masyarakat agraria China semakin berkembang pesat.
 Pertumbuhan pusat-pusat bandar seperti Nanjing dan Nanking turut menyumbang kepada
pertumbuhan industri swasta terutamanya Industri berskala kecil seperti pengeluaran kertas, sutera,
kapas, dan porselin.
 Industri porselin mengalami perkembangan sehingga zaman pemerintahan Miiharaja Zhu Yuan Zhang.
 Kiangsi merupakan pusat pengeluaran porselin ying utama.
 Soochow muncul sebagai pusat industri tekstil dan Sungkiang menjadi pusat pengeluaran kain kapas.
 Permintaan yang tinggi terhadap tanaman kapas membolehkan tanaman kapas ditanam secara
meluas di wilayah Sungkiang, Tai-tsang, dan Tug-chou.
 Oleh itu, kapas menjadi tanaman wiiting dalam Dinasti Ming.
 Selain itu, industri kraf tangan dan tenunan liarul menyumbang dalam sektor pertanian dan
pembangunan China.

4. Kegiatan pertukanagan
 Masyarakat agraria juga melakukan aktiviti perusahaan pertukangan elain daripada pertanian.
 Perusahaan mi diusahakan secara perkongsian ejutara dua orang atau lebih dan kebanyakan mereka
tidak mengetahui cara perkongsian modal bersama atau joint stock.
 Namun begitu, mereka berkongsi temggungjawab terhadap kemajuan perniagaan.
 Seluruh perusahaan di China heigahung membentuk kesatuan.
 Antaranya ialah kesatuan peniaga, kesatuan Namun, kesatuan peniaga bank, kesatuan peniaga
pakaian, dan kesatuan wniaga emas.

Kesimpulannya,
 masyarakat agraria di Belanda dan China mengamalkan ekonomi berasaskan pertanian dan menjalankan
aktiviti ekonomi lain.
 Perkembangan ekonomi Belanda membolehkan Belanda muncul sebagai ktiasa penjajah pada bad ke- 19.
 Manakala ekonomi China lebih tertutup dan herlokus kepada pemerintah dan rakyat China sahaja pada
abad ke- 19.
____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
36
Huraikan faktor-faktor yang mendorong kepada kemajuan dalam sektor pertanian dl China pada abad ke-16
hingga abad ke-1 7.

Pendahuluan.
 Negara China merupakan negara terbesar di Asia Timur dan ketiga terbesar di dunia.
 Keluasan negara China ialah 9 596 960 kilometer persegi atau 3 599 975 batu persegi.
 Namun, dua pertiga daripada China merupakan kawasan pergunungan dan gurun di sebelah barat dan
utara.
 Dataran Tibet merupakan kawasan tertinggi dengan ketinggian purata 4 000 meter atau 13 000 kaki.
 Manakala gurun di China terdapat di bahagian utara, iaitu Gurun Gobi dan di bahagian barat laut, iaitu
Gurun Taklimakan.
 Hampir keseluruhan China bergunung-ganang. Oleh itu, kawasan yang sesuai untuk pertanian
hanyalah 15% sahaja.
 Menjelang abad ke-16 dan ke-17, berlaku kemajuan yang pesat dalam bidang pertanian di negara
China.
 Kemajuan dalam bidang pertanian disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya sistem pentadbiran
tanah, percukaian, pengairan, dan sebagainya.

faktor-faktor yang mendorong kepada kemajuan dalam sektor pertanian dl China

1. Sistem Pentadbiran kerajaan.


 Pentadbiran kerajaan memainkan peranan utama dalam urusan ekonomi masyarakat agraria China.
 Pemerintahan beraja China dibantu oleh golongan bangsawan. Golongan bangsawan akan menjadi
penguasa kawasan luar bandar dan para petani.
 Kerajaan membiarkan ekonomi berada dalam tangan golongan bangsawan pada era pemerintahan
Dinasti Ch’ing.
 Golongan bangsawan hanya mengawasi sistem pao-chia atau tanggungjawab kolektif untuk mengawal
kaum petani.
 Selain itu, pentadbiran Dinasti Ch’ing juga turut memperkemaslcan sistem pentadbiran tanah
pertanian bagi memastikan kemajuan dalam bidang pertanian.
 Tanah-tanah pertanian telah ditadbir oleh Jabatan Hal Ehwal Kerabat Diraja.
 Jabatan mi telah menguruskan tanah seluas 4 juta mu antara tahun 1796 hingga tahun 1820.

2. Sistem Pengurusan sistem percukaian yang sistematik


 Pengurusan sistem percukaian yang sistematik dan teratur di negara China turut menyumbang kepada
kemajuan sektor pertanian.
 Hal mi kerana masyarakat agraria China masih mengamalkan ekonomi feudal.
 Dalam sistem ekonomi mi, masyarakat petani China yang tidak mempunyai tanah dan menyewa tanah
daripada tuan tanah dikehendaki membayar sejumlah wang yang ditetapkan sebagai sewa tanah.
 Misalnya, pada zaman Ming hingga zaman Qing, petani perlu membayar sewa tanah dalam bentuk
hasil pertanian.
 Mereka dikehendaki menyerahkan antara 50% — 60% daripada hasil pertanian yang diperoleh sebagai
cukai dan perlu berkhidmat sebagai buruh paksa kepada tuan tanah.
 Seterusnya pada tahun 1581, pemerintah China telah memperkenalkan sistem cukai baharu, iaitu
cukai tunggal.
 Cukai mi telah menyebabkan rakyat perlua membayar hanya satu jenis cukai sahaja dan dalam bentuk
wang perak.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
37
3. Perkembangan dalam sistem pengairan
 Perkembangan dalam sistem pengairan juga meningkatkan sector pertanian di China.
 Petani-petani yang mempunyai kemahiran akan membina terusan dan mengawal aliran sungai serta
mengelak banjir dalam kawasan pertanian.
 Malah, terusan juga digunakan untuk mengangkut hash pertanian ke bandar-bandar.
 Para petani juga mempunyai kemahiran membina teres di lereng-Iereng bukit untuk penanaman padi.
 Pada zaman Dinasti Ming telah memperkenalkan sistem pengairan seperti Projek Pengairan di Sichuan
yang mengairi tanah pertanian seluas 2 000 000 hektar.

4. Kemajuan dalam teknologi pertanian


 Kemajuan dalam teknologi pertanian telah menyebabkan peralatan hiiIiiru dicipta.
 Antaranya, tenggala penabur benih diperkenalkan untuk membina alur, parit, atau lekuk memanjang
di permukaan tanah.
 Tenggala ini digunakan untuk menabur benih dalam barisan batas yang lurus.
 Selain itu, peralatan lain juga dicipta seperti penyisir tanah, penggiling, dan kolar kuda.

5. kaedah baharu dalam bidang pertanian.


 Pendahuluan kaedah baharu dalam bidang pertanian telah menyebabkan berlaku peningkatan dalam
hasil pertanian.
 Kaedah penanaman bergilir telah diamalkan di negara China sejak zaman Han.
 Kaedah penanaman mi digunakan dalam kawasan pertanian yang berskala besar.
 Selain itu, sistem penanaman dua pusingan dan pengkhususan pengeluaran diamalkan.

6. Penanaman padi jenis baharu.


 Penanaman padi jenis baharu yang cepat masak telah dibawa dan Vietnam Selatan.
 Jenis padi mi membolehkan tanaman padi dilakukan dua kali setahun dalam semusim di tanah yang
sama.
 Selain itu, padi mi tidak memerlukan air yang banyak semasa musim semaian.
 Ini membolehkan padi baka haharu mi ditanam di kawasan yang berbukit di China.

Kesimpulannya,
 amat jelas, pertanian iiierupakan sumber ekonomi utama masyarakat China.
 Pelbagai faktor yang mendorong kepada kemajuan dalam bidang pertanian.
 Namun, China masih mengamalkan ekonomi tertutup pada abad yang seterusnya.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
38
Bincangkan faktor kemunculan Portugal sebagai kuasa maritim pada abad ke-15 dan abad ke-l 6 Masihi.
[STPM 2014 S1]

Pendahuluan
• Abad ke-1 5 Masihi menyaksikan kemunculan negara-negara bangsa seperti England, Portugal,
Belanda dan Perancis yang mempelopori pelayaran dan penerokaan ke seberang laut.
 Penglibatan negara-negara ini dalam pelayaran adalah untuk menguasai tanah jajahan, rempah ratus,
bahan galian dan mengembangkan agama

Faktor-faktor mendorong kemunculan kuasa-kuasa Eropah sbg kuasa pelayar pada abad ke-15 dan 16 M.

1. Perkembangan Kapitalisme dan Merkantilisme


• Perkembangan sistem ekonomi kapitalisme menggalakkan kegiatan pengumpulan modal, hak milik
persendirian dan persaingan dalam peniagaan.
• Raja-raja negara bangsa mempelopori perkembangankapitajisme dengan tujuan mengaut dan
mengukuhkan kedudukan mereka.
• Perkembangan kapitalisme telah menyebabkan negara-negara bangsa mengamalkan dasar ekonomi
merkantilisme yang menekankan dasar mengumpul kekayaan, menambahkan kekuasaan dan menjaga
kebajikan penduduk tempatan.
• Negara-negara bangsa berlumba-lumba untuk mengumpul kekayaan dan mendapat keuntungan
melalui pelaburan di kawasan-kawasan baru.
• Raja-raja negara bangsa memberi galakan dan menaja pelayaran ke seberang laut untuk tujuan
tersebut.

2. Memecahkan Monopoli Perdagangan oleh Saudagar Itali dan Islam


• Bangsa Eropah memerlukan barangan yang dihasilkan di Timur khususnya rempah-ratus, ubat-ubatan
dan kapas. Rempah-ratus diperlukan untuk mengawet makanan.
• Menjelang abad ke-15M, permintaan untuk barang-barang dari Timur melebihi pembekalan.
• Pedagang-pedagang Is lam dan Itali menguasai perdagangan dengan Timur. Pedagang-pedagang ini
meraih keuntungan yang besar dengan menjual barang-barang tersebut pada harga yang tinggi.
• Penguasaan Turki ke atas Konstantinople dan wilayah-wilayah lain di Timur Dekat menyebabkan kota-
kota Itali seperti Venice, Genoa dan Pisa kehilangan banyak pangkalan perdagangan. Selain itu,
bekalan barang-barang dan Timur juga tidak tetap.
• Negara-negara Eropah khususnya Portugal dan Sepanyol ingin mencari jalan laut ke Timur untuk
memperoleh barang-barang tersebut pada kadar harga yang rendah dan memecahkan monopoli
saudagar-saudagar Islam.

3. Menyebarkan agama Kristian.


• Raja-raja Eropah dan golongan paderi Kristian bercita-cita untuk mengembangkan agama Kristian di
luar Eropah.
• Setelah berjaya menembusi benua Eropah, para pendakwah Kristian bersama-sama dengan para
saudagar ingin meneroka wilayah-wilayah baru, iaitu Asia, Afrika dan Amerika
• Di samping itu, terdapat juga kepercayaan bahawa Prester John, seorang tokoh lagenda Kristian
menubuhkan kerajaan di Asia atau Afrika.
• Pemerintah-pemerintah Eropah menghantar mesej untuk menjalinkan hubungan dengan Prester John
dan menyekat penyebaran agama Islam di Timur.

4. Pengaruh Renaissance. (hanya berlaku di Italy dan Perancis)


• Zaman Renaisans telah merubah cita-cita dan pemikiran bangsa Eropah.
• Zaman ini menyemai ciri-ciri humanism, individualisme, sekularisme. Sifat kritikal dan rasionalisme
• Institusi gereja yang mengongkong pemikiran masyarakat Eropah hilang pengaruhnya.
• dan muncul zaman baru yang menekankan kepentingan sains dan teknologi serta kebebasan berfikir
manusia.
• Kemajuan dalam bidang sains teknologi melahirkan semangat ingin tahu dalam kalangan orang Eropah
untuk meneroka kawasan-kawasan baru yang belum pernah diterokai.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
39
5. Perlumbaan antara negara-negara bangsa V
• Negara-negara bangsa seperti Portugal, Spanyol, Engiand dan Perancis bersaing antara satu sama lain
untuk meneroka kawasan-kawasan baru di benua Asia, Afrika dan Amerika.
• Tujuannya adalah untuk mendapatkan bahan-bahan mentah dan pasaran baru bagi barang-barang
mereka.
• Para pemerintah juga memberikan galakan hadiah dan gelaran yang Iumayan kepada para peneroka.

6. Kemajuan dalam Teknologi Pelayaran


• Pengetahuan teknikal tentang geografi dan pelayaran menggiatkan lagi penerokaan ke seberang laut.
• Bangsa Eropah memiliki peta-peta yang lengkap tentang benua Eropah dan Laut Mediterranean pada
abad ke-1 5 M.
• Alat-alat seperti kompas magnetik dan_astrolab dicipta untuk memudahkan pelayaran.
• Kompas magnetik digunakan untuk menentukan arah pelayaran manakala astrolab untuk menentu-
kan longitud.
• Dengan bantuan alat-alat pelayaran serta kemampuan membina kapal;kapal yang kukuh untuk
belayar di lautan luas membolehkan para pelayar Eropah berjaya meneroka kawasan-kawasan baharu.

7. Perang Salib
• Perang Salib memberi peluang kepada bangsa Eropah mempelajari tamadun dan kebudayaanTimur.
• Masyarakat Eropah menimba ilmu pengetahuan dalam bidang astronomi, geotmetri, matematik, sains
dan perubatan dari dunia Islam. Mereka juga meniru system persekolahan, pengurusan rumah dan
cara berpakaian dan Timur
• Keadaan ini melahirkan bangsa Eropah yang berfikiran terbuka, mempunyai cara pemikiran yang baru
serta gaya hidup yang suka bersiar-siar dan belayar.
• Perang Salib juga membuka Eropah kepada dunia Timur dan memperolehi barang-bara ng dari Timur
yang dikuasai oleh saudagar-saudagar Arab.
• Penaklukan wilayah Islam di Sepanyol telah menyebabkan ilmu pelayaran Islam sampai kepada
masyarakat Eropah dan membantu mereka menjelajah dunia luar.

8. Pengetahuan Tentang Dunia Luar


• Pengetahuan tentang dunia luar diperoleh daripada orang Islam Arab pacla Zaman Pertengahan Awal
(500—1000 M).
• Catatan pengalaman Marco PoIo yang mengembara ke China dan seorang rahib John Monte Corvino
yang berkhidmat di Parsi, India dan China mendorong masyarakat Eropah mengembara.
• Makiumat-makiumat yang terkandung dalam buku-buku ini tentang India dan China menarik minat
para pengembara seperti Christopher Columbus.

Kesimpulan
• Dorongan negara-negara Eropah untuk belayar ke dunia luar disebabkan oleh aneka faktor.
• Pelayaran ini telah membantu kuasa-kuasa Eropah untuk menambahkantanah-tanah jajahan;
menguasai rempah ratus dan mengumpul kekayaan dalam bentuk emas dan perak (bulion) bagi
menambahkan kekuasaan mereka. )

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
40
Kemahiran dalam teknologi pelayaran merupakan salah satu kemahiran yang dinilliki masyarakat maritim di
Portugal pada abad Ice 16-17. Bersetujkah anda?

Pendahuluan.
 Masyarakat maritiin merujuk kepada masyarakat yang memberikan tumpuan utama terhadap
perdagangan dan kegiatan yang berkaitan dengan laut.
 Masyarakat ini mempunyai pelabuhan-pelabuhan sebagai tempat untuk menjalankan kegiatan
perdagangan atau kegiatan kelautan yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti bekalan air,
tempat tinggal, tempat menyimpan barang dan kawasan untuk berjual belL
 Masyarakat maritim merupakan masyarakat yang tinggal di pesisir pantai, kepulauan dan di lembah
sungai bagi memudahkan mereka menjalankan aktiviti perdagangan, membuat kapal, menangkp ikan
dan mengutip basil laut.
 Kemunculan masyarakat maritim di negara-negara Eropah dapat dikesan sejak abad ke-15 dan
Portugal pula muncul sebagai kuasa kelautan yang terunggul di Eropah menjelang abad ke-16.

Ciri-ciri Masyarakat Maritim PortugaL

1. Kemahiran Dalam Teknologi Pelayaran


 Masyarakat maritim Portugal juga mempunyai teknologi pelayaran yang diambil daripada negara lain
seperti penemuan baru seperti peta Benua Eropah (kartografi), kompas. magnetik, reka bentuk kapal,
memiliki teknologi senapang dan meriam, dan astrolab.
 Pelayar Portugal mempunyai catatan wilayah baru di atas peta dan seni catatan peta yang tepat dalam
peta gaya baru.
 Mereka juga menipunyai teknologi kompas yang diambil daripada oran Cina. Kompas ini menunjukkan
utara iaitu satu petunjuk penting bagi kapal-kapal yang belayar dan timur ke barat.
 Orang Portugal juga mempunyai teknologi membina kapal yang baik sesual untuk belayar di Lautan
Atlantik dan memiliki astrolab hasil ciptaan orang Arab yang membenarkan seorang kapten kapal laut
mengagak kedudukan kapal mereka sejauh mana dari garisan Khatulistiwa.
 Masyarakat maritim Portugal juga memiliki teknologi senjata api seperti senapang dan meriam.
 Mereka menggunakan bahan Ietupan daripada China dan kemudian diubah suai dengan ciptaan
senjata api mereka.
 Senjata api digunakan semasa pelayaran untuk menakutkan dan mengalahkan musuh-musuh yang
ditentang.

2. Mempunyai Kemahiran Dalam ilmu Pelayaran dan Mencari Jalan ke Timur


 Masyarakat maritim Portugal mempunyai kemahiran dalam ilmu pelayaran hasil usaha Putera Henry.
 Beliau mahu orang Portugal mahir dalam bidang pelayaran untuk menguasai kekayaan di Afrika.
 Tujuan lain ialah mencari Prester John yang menjadi raja sebuah kerajan Kristian di Afrika bagi
mendapatkan bantuannya untuk menguasai kerajaan Islam di Maghribi.
 Usaha Putera Henry mi telah berjaya melahirkan ramai pelayar Portugal seperti Bartholomew Diaz,
Vasco da Gama dan Aifonso de Albuquerque.
 Mereka telah beiaya menjelajah ke selatan sehingga ke Cape Verde di sebelah pantal Barat benua
Afrika.
 Bartholomew Diaz telah belayar dan sampai ke Cape of Good Hope iaitu bahagian paling selatan di
AfriLca pada tahun 1487.
 Vasco da Gama pula berjaya mengelilingi Tanjung Pengharapan pada tahun 1497 dan seterusnya telah
sampai di Malindi (1487) dan seterusnya beliau telah belayar ke Kalikat (1499).
 Selepas itu beliau telah kembali ke Lisbon dengan membawa penuh muatan barangan daripada Timur.
 Pada tahun 1511, Lopez de Sequeire telah berjaya menguasai Melaka dan ini membolehkan Portugal
menguasai jalan perdagangan di Lautan Hindi.
 Pada tahun 1542, orang Portugal beiaya memasuki negara Jepun melalui pelabuhan Kyushu.
 Pada tahun 1570, satu perjanjian telah ditandatangani antara pedagang Portugal dengan Shogun
Ashikaga iaitu mereka dibenarkan berdagang di pelabuhan Nagasaki.
 Seterusnya pedagang Portugal telah sampai ke pelabuhan Canton di China pada tahun 1517.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
41
3. Lokasi Di Pesisiran Pantai
 Portugal merupakan kerajaan pertama di Eropah mula menjalankan penerokaan tanah baru yang
serius melalui aktiviti pelayaran ke dunia luar.
 Hal ini berlaku kerana Portugal mempunyai geografi tempatan di Lautan Atlantik, mempunyai pantai
yang panjang dan memiliki pelabuhan yang baik seperti Lisbon.
 Selain. daripada itu, Portugal tidak menghadapi persaingan dengan negara-negara Eropah yang lain
seperli Sepanyol yang masih belum teguh dan bersatu padu, Itali pula masih tidak beisatu Belanda
menghadapi masalah dalam negara, manakala negara England dan Perancis terlibat dalam Perang 100
Tahun.
 Keadaan mi telah memberi peluang kepada Portugal untuk muncul sebagai negara maritim yang
terunggul ketika itu.

4. Terdapat Pelabuhan Pembekal


 Portugal mempunyai pelabuhan yang menjadi tumpuan pedagang-pedagang Eropah iaitu pelabuhan
Lisbon dan Antwerp.
 Portugal menjadikan pelabuhan-pelabuhan ini sebagai pusat pengeksportan dan pengeluaran
barangan dagangan Portugal.
 Dalam masa 30 tahun, Portugal berjaya menembusi pasaran rempah-ratus yang dikuasai oleh
pedagang Venice di Itali.
 Portugal berhasrat untuk menguasai perdagangan rempah kerana pada abad ke-15, pedagang Islam
telah menjual barangan dari Timur kepada pedagang di Venice dengan harga yang tinggi.
 Pedagang di Venice pula bertindak sebagai orang tengah telah menjual barangan tersebut kepada
pedagang Eropah yang lain dengan harga yang lebih tinggi.
 Oleh itu, dengan menguasai jalan perdagangan di Lautan Hindi, akan membawa kepada penguasaan
perdagangan rempah-ratus dan boleh mengambil alih peranan pedagang Venice sebagal orang
tengah.

5. Memiliki Pelabuhan Entrepot


 Menjelang abd ke-16, kapal-kapal Portugal sentiasa belayar ke Timur Jauh menggunakan Tanjung
Pengharapan dan membawa pulang rempah-ratus, lada hitam, sutera dan batu permata.
 Mereka juga berjaya membawa hasil hutan seperti kayu kayan dan bahan pencelup dari Brazil.
 Portugal juga telah membuka ladang tebu, menjalankan penanaman tembakau, menternak lembu dan
kuda untuk diperdagangkan. Ini semua telah memberikan keuntungan kepada masywakat Portugal.
 Pelabuhan Lisbon juga teiah menjadi pusat agihan rempah-ratus kepada pedagang-pedagang Eropah
yang lain bagi menggantikan pelabuhan Venice di Itali.

6. Mampu Membuat Perahu dan Kapal Layar


 Masyarakat maritim Portugal mempunyai teknologi membuat apaI walaupun kapal yang dibina lebih
kecil daripada kapal buatan China.
 Kapal orang Portugal yang dibina mempunyal dasar yang lebih dalam dan badan kapal yang agak bulat
sesuai untuk perjalanan di Lautan Atlantik.
 Orang Portugis mempunyai kemahiran membina kapal caravel seberat 2000 tan Kemajuan dalam
pembinaan kapal menyebabkan muncul industri pembinaan kapal layar dan perahu.

Kesimpulan.
 Masyarakat Portugal berjaya membina sebuah empayar perdagangan serta menguasa jalan
perdagangan di Lautan Hindi selama lebih daripada satu kurun.
 Masyarakat Portugal berjaya menjadi perintis dan meluaskan kekuasaan kerana tidak perlu bersaing
dengan pihak lain di Eropah pada masa tersebut.
 Pusat perdagangan hanya didirikan di kawasan pantai sahaja bukannya kawasar pedalaman,

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
42
Bincangkan ciri-ciri masyarakat maritim di Portugal pada abad ke-16 hingga 17.

Pengenalan
 Masyarakat maritim merupakan masyarakat yang menjalankan kegiatan ekonominya berasaskan
kelautan dan pusat pemerintahannya bertapak di kawasan persisir.
 Pengertian lain, merupakan sebuah masyarakat yang kehidupannya terutama bergantung kepada
perdagangan luar negeri dan kegiatan komersial.
 Oleh sebab keadaan fizikal Portugal yang terbatas bagi menjalankan ekonomi pertanian di samping
galakan pemerintah, bangsa Portugis telah memberikan fokus kepada aktiviti maritim sejakabad ke-14
lagi.

Ciri-Ciri Masyarakat Maritim di Portugal

1. Lokasi / Petempatan
 Petempatan masyarakat maritim di Portugal tertumpu di pesisir pantai, Iembah sungai dan kepulauan.
 Hal mi kerana kedudukan geografinya yang terletak di semenanjung Iberia dan kepulauan Azores,
Madeira, dan Savage serta bersempadankan Lautan Atlantik di bahagian barat dan selatan.
 Keadaan mi menjadikan masyarakatnya terdedah kepada pengaruh kelautan.

2. Perintis.
 Masyarakat maritim Portugis merupakan perintis kepada kepada aktiviti maritim bagi masyarakat
Eropah terutama dalam bidang pelayaran jarak jauh dan membuka peluang perdagangan dengan
kawasan di luar Eropah.
 Usaha-usaha pelayaran telah dilakukan sejak abad ke-15 hingga 16 untuk meneroka jalan laut ke
Timur.
 Portugal berjaya menjadi kuasa Barat yang pertama menjelajah dunia yang belum diketahui kerana
tiada persaingan dan negara-negara Eropah yang lain.
 Pasa masa itu, Belanda menghadapi masalah dalam negara, manakala Britain dan Perancis terlibat
dalam Perang seratus tahun.
 Keadaan mi telah memberi peluang kepada Portugal yang terunggul pada masa itu.

3. Aktiviti Perdagangan.
 Masyarakat maritim Portugal telah menjalankan kegiatan perdagangan antarabangsa dengan kawasan
Afrika, Asia dan Amerika.
 Pada permulaan abad ke-16, kapal-kapal Portugis sentiasa belayar ke Timur Jauh melalui Tanjung
Pengharapan dan kembali semula dengan muatan rempah, sutera dan batu permata yang berharga.
 Saudagar-saudagar Portugal telah mendirikan pangkalan perdagangan di Ceylon, Melaka, Sumatera,
Jawa, atau dikenali sebagai Kepulauan Rempah bagi memonopoli bahan-bahan mentah yang berharga
khususnya rempah.
 Pada tahun 1517 pula, pedagang Portugal telah berjaya sampai di pelabuhan Canton.
 Sementara pada tahun 1542, pedagang Portugis telah berjaya sampai di Jepun.
 Penguasaan perdagangan di Lautan Atlantik bermula pada tahun 1500, kapal dagangan dan India telah
sampai Brazil bagi membolehkan saudagar Portugal menguasai kayu-kayan, bahan pencelup, dan
emas.
 Malah di sana juga Portugal telah membuka ladang tebu, penanaman tembakau, serta menternak
lembu dan kuda.
 Mereka turut menjalankan dasar monopoli dalam aktiviti perdagangan terutama dalam perdagangan
emas, gading dan hamba di Afrika, rempah di Asia Tenggara dan barangan mewah seperti tembikar
dan sutera di Timur Jauh.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
43

4. Pelabuhan Enterport.
 MasyarakatPortugis mempunyai pelabuhan enterport. Lisbon muncul sebagai pelabuhan entreport
menggantikan pelabuhan Venice di Itali.
 Portugal berhasrat menggantikan Venice sebagai pembekal barangan dan Timur, memandangkan
pedagang Venitian menjual barangan tersebut dengan harga yang mahal di pasaran Eropah.
 Penguasaan Lautan Hindi dan Kepulauan Rempah oleh Portugis menjadikannya sebagai pembekal
barangan Timur terutamanya rempah kepada penduduk di Eropah.

5. Kepakaran dalam Ilmu dan Teknologi Pelayaran.


 Masyarakat maritim Portugis, mahir dalam ilmu pelayaran basil daripada penubuhan Akademi
Pelayaran di Sagres yang diasaskan oleh Putera Henry.
 Pelaut-pelaut Portugis juga pengalaman luas dalam bidang pelayaran dalam kalangan Portugis terbukti
kerana mereka telah belayar di lautan sebelum abad ke-15 lagi.
 Ahli-ahli pelayaran Portugis seperti Pedro Alvares Cabal menemui Brazil pada tahun 1500; Diego Lopez
de Sequeira berjaya sampai ke Melaka pada bulan September 1509; dan lain-lain.
 Mereka juga mempunyai kelengkapan pelayaran yang baik seperti carta pelayaran, peta, kompas
magnetik, astrolab untuk menentukan longitud, serta senjata api seperti senapang dan meriam bagi
menghadapi ancaman lanun dan musuh-musuh di lautan yang membolehkan mereka belayar di lautan
luas dengan selamat.

6. Kemahiran Membina Kapal.


 Masyarakat di sini mempunyai kepakaran membina kapalkapal yang efektif dipanggil caravel hasil
teknologi yang diambil daripada orang-orang Arab Islam.
 Jenis kapal tersebut dilengkapi dengan layar berbentuk segi tiga dan segi empat yang
membolehkannya belayar dalam jarak yang jauh, yang lebih banyak kerana Ia mampu membawa
bekalan makanan dan air
 Mereka juga mempunyai kemahiran membina kapal kapal bersaiz besar yang dikenali sebagai carracks
yang mampu mengangkut muatan yang lebih banyak.

Kesimpulan
• Kejayaan meneroka lautan yang luas sehingga melepasisempadan antarabangsa telah membolehkan
bangsa Portugal bertapak di luar Eropab sekaligus membuka koloni-koloni baharunya di Afrika dan
Asia.

Catatan: Ciri-ciri lain yang sesuai dengan masyarakat maritim di Portugal boleh diterima sebagai isi.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
44
Bincangkan ciri-ciri masyarakat maritim di Portugal pada abad ke-1 6.

Pendahuluan
 Masyarakat maritim merupakan masyarakat yang bergantung kepada aktiviti berasaskan kelautan.
 Masyarakat mi terlibat dalam perdagangan, perikanan, pengumpulan hasil laut, perkapalan,
penerokaan, dan penjelajahan.
 Portugal merupakan negara Eropah yang terawal memulakan penerokaan dan pelayaran ke dunia
luar.
 Orang Portugis yang mendiami Semenanjung Iberia mempunyai azam dan semangat yang tinggi serta
menggalakkan para pelayar mencari jalan ke dunia baharu.
 Portugal muncul sebagai kuasa maritim kerana ingin mencari keuntungan, kemegahan bangsa, raja
dan negara, serta menyebarkan agama Kristian.

Ciri-ciri masyarakat maritim di Portugal

1. Kegiatan ekonomi; perdagangan.


 Kegiatan ekonomi perdagangan adalah aktiviti ekonomi utama dalam masyarakat maritim Portugal.
 Portugal berjaya meluaskan perdagangannya di Lautan Atlantik bermula pada tahun 1500.
 Sebuah kapal Portugal di bawah pimpinan Pedro Cabral yang berlayar menuju ke India telah hanyut
hingga sampai ke pantai Brazil, Amerika Selatan pada bulan Mac 1500.
 Ketika di Brazil, Portugal berjaya membawa hasil hutan seperti kayu-kayan dan bahan pencelup.
 Selain itu, Portugal juga turut membuka ladang tebu, menjalankan penanaman tembakau, serta
menternak lembu dan kuda.
 Kesemua hasil tersebut diperdagangkan dan Portugal memperoleh keuntungan daripada perdagangan
tersebut.
 Portugal telah menjumpai emas pada tahun 1693 di Selatan Brazil. Penemuan tersebut telah
meningkatkan pendapatan pedagang Portugal.

 Portugal memperluaskan perdagangannya ke Asia dengan memasuki negara Jepun pada tahun 1542.
 Kedatangan pedagang Portugal mendapat penerimaan baik daripada daimyo kerana mereka
mengetahui keuntungan perdagangan dengan negara asing.
 Menjelang tahun 1550, ramai pedagang Portugal memasuki Jepun dan seterusnya menyumbang
kemasukan teknologi luar kepada Jepun seperti teknologi kapal, kesenian, dan penyebaran agama
Kristian.

 Portugal seterusnya mendirikan pangkalan perdagangan di Ceylon, uinitera, Jawa, dan Kepulauan
Rempah.
 Pangkalan perdagangan ini menjadi tanda untuk menubuhkan empayar Portugal di Timur.
 Buktinya, pada tahun 1503. Portugal menguasai Cochin dan dijadikan ibu pejabat pentadbiran
Portugal di Timur.
 Seterusnya, Goa dijadikan pusat pentadbiran dan Portugal meneruskan penguasaan perdagangan ke
Asia Tenggara seperti Melaka.
 Pada teihun 1511, Portugal berjaya menguasai Melaka dan meneruskan usahanya untuk menguasai
Kepulauan Maluku.

2. Petempatan
 Petempatan masyarakat maritim Portugal tertumpu di pesisiran pantai, lrmbah sungai, dan
kepulauan.
 Hal ini kerana kedudukan geografi Portugal yang terletak di Semenanjung Iberia bersama beberapa
pulau di Lautan Atlnntik (Pulau Azores, Madeira, dan Savage).
 Portugal bersempadankan Sepanyol di utara dan timur, dan Lautan Atlantik di barat dan selatan.
 Kedudukan geografi ini menyebabkan masyarakat maritim Portugal terdedah kepada pengaruh
kelautan.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
45
3. Kemahiran Membina Kapal.
 Masyarakat maritim Portugal mempunyai kemahiran membina kapal.
 Mereka berkemampuan membina kapal yang besar serta mampu belayar di lautan luas.
 Misalnya, membina kapal jenis caravel seberat 2 000 tan.
 Kemajuan mi membawa kemunculan industri pembinaan kapal di Portugal.

4. kemahiran ilmu teknologi pelayaran


 Selain itu, masyarakat maritim Portugal juga mempunyai kemahiran ilmu teknologi pelayaran.
 Hal ini hasil galakan daripada pucuk pimpinan Putera Henry atau lebih dikenali sebagai Henry The
Navigator.
 Di bawah pemerintahan Putera Henry, kerajaan Portugal telah menjadi kuasa maritim yang hebat di
Eropah pada abad ke-15.
 Hal ini kerana Putera Henry menghabiskan banyak masanya dengan mempromosikan kegiatan
penjelajahan.
 Beliau menubuhkan Akademi Laut di Sagres dan mengundang ramai ahli pelayaran, pakar matematik,
kartografi, serta astronomi dari luar untuk memberi tunjuk ajar kepada pelaut Portugal.

 Tambahan pula pelbagai kemahiran yang dipunyai oleh masyarakat maritim Portugal membolehkan
mereka menerokai tempat baharu.
 Antaranya, kemahiran dalam penggunaan kompas dapat menentukan arah dalam pelayaran, mencipta
peta pelayaran seperti mempunyai peta yang lengkap tentang benua Eropah dan Laut Mediteranean
pada abad ke-15 telah memudahkan pelayaran.
 Ilmu pelayaran yang dimiliki oleh masyarakat maritim Portugal membolehkan pelayar Portugal melalui
tempat yang sukar dan membuka petempatan baharu.

5. Kemahiran penjelajahan dan penerokaan


 Seterusnya, masyarakat maritim Portugal juga terdedah dengan kegiatan penjelajahan dan
penerokaan.
 Dalam kegiatan penjelajahan Portugal, Putera Henry menggalakkan orang Portugal mahir dalam
bidang pelayaran.
 Hal ini bertujuan menguasai kekayaan di Afrika serta mencari Prester John yang menjadi raja dalam
kerajaan Kristian di Afrika bagi mendapatkan bantuan untuk menguasai kerajaan Islam di Maghribi.
 Ini kerana Putera Henry bercita—cita untuk mengembangkan agama Kristian di luar Eropah dan pada
masa yang sama menyekat penyebaran agama Islam di Timur.

6. Kejayaan masyarakat Maritim


 Antara kejayaan lain yang berjaya dicapai oleh Putera Henry ialah ramai daripada kelasinya telah
menjelajah ke selatan sehingga ke Cape Verde di sebelah pantai barat Benua Afrika.
 Menerusi kejayaan ini, pelayar-pelayar Portugal telah belayar ke Timur menggunakan jalan Tanjung
Pengharapan.
 Hasil daripada pelayaran tersebut, mereka membawa pulang barangan berharga seperti lada hitam,
sutera, batu permata, dan rempah.
 Kemajuan Portugal yang lain jelas dapat dilihat apabila Portugal meluaskan penjelajahan ke Afrika dan
mendirikan pangkalan di Tanzania sebagai langkah untuk menguasai Lautan Hindi.
 Peluasan perdagangan diteruskan ke Kenya serta mendirikan pangkalan di situ.

Kesimpulannya,
 kekayaan dan kemakmuran yang dinikmati oleh Portugal sebagai kuasa maritim telah menyebabkan
kuasa-kuasa Eropah yang lain turut serta dalam penerokaan dan pelayaran bagi menikmati hasil yang
sama seperti dinikmati oleh Portugal.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
46
Jelaskan bangsa Portugis sebagai perintis kepada aktiviti maritim Eropah pada abad ke 16.

Pendahuluan
 Masyarakat maritim ialah masyarakat yang kegiatannya ekonominya berpusatkan kelautan dan pusat
pemerintahannya bertapak di kawasan pesisir.
 Kedudukan geografi Portugal yang mengadap Lautan Atlantik amat sesuai untuk kegiatan maritim.
 Bangsa Portugis mula menceburi aktiviti maritim pada abad ke-15 apabila Putera Henry Pelayaran
(1394-1460), menubuhkan Akademi Laut di Sagres.
 Dia menggalakkan orang Portugis belayar dan meneroka pulau-pulau Azores dan Madeira dan
seterusnya menyusur pantai barat Afrika hingga ke selatan.
 Dari situ, aktiviti maritim telah berkembang pesat sehingga berjaya melahirkan ahli-ahli pelayaran
yang terkenal seperti Bartholomew Diaz, Vasco da Gama dan lain-lain.
 Vasco da Gama merupakan orang Barat yang pertama menemui jalan laut ke India.
 Menjelang abad ke-16, bangsa Portugis telah menguasai jalan-jalan laut utama dunia.

1. Perintis dalam aktiviti penjelajahan dan penerokaan di Eropah.


 Bangsa Portugis merupakan perintis kepada aktiviti maritim Eropah terutama dalam aktiviti
penjelajahan dan penerokaan.
 Sebelum Portugis, tiada bangsa Eropah yang berani belayar jauh melebihi Laut Mediterranean dan
Laut Utara kerana mereka kekurangan pengetahuan dan teknologi.
 Portugal berjaya menjadi kuasa Barat yang pertama menjelajah ke “dunia baru”.
 Mereka telah belayar ke Afrika, Asia dan Brazil di Amerika Selatan.
 Kapal-kapal Portugis sentiasa belayar ke Timur Jauh melalui Tanjung Pengharapan dan kembali semula
dengan muatan rempah, sutera dan batu permata yang berharga.
 Portugis telah menubuhkan pangkalan-pangkalan dagangnya di Goa, Melaka, Ceylon, Sumatera, Jawa,
dan Pulau-Pulau Rempah.
 Menjelang tahun 1517, mereka telah sampai ke Canton, China dan pada tahun 1542 mereka telah
berjaya sampal ke Jepun.
 Kejayaan bangsa Portugis memberi inspirasi kepada bangsa Eropah yang lain seperti Sepanyol,
Belanda, dan British untuk melakukan aktiviti pelayaran ke titnur dan dunia baru.

2. Perintis dalam kepakaran membina kapal di Eropah.


 Mereka mempunyai kepakaran membina kapal.
 Mereka membina kapal-kapal yang efektif dipanggil “caravel” hasil teknologi orang Arab.
 Kapal tersebut dilengkapi dengan layar berbentuk segi tiga dan segi empat yang membolehkannya
belayar dalam jarak yang jauh.
 Kapal ini adalah ringan tetapi lebar dan dapat membawa lebih banyak bekalan air dan makanan.
 Mereka juga mempunyai kemahiran membina kapal-kapal bersaiz besar yang dikenali sebagai
“carracks” atau “galleon” yang mampu mengangkut muatan yang banyak.

3. Perintis dalam kepakaran dan teknologi ilmu pelayaran di Eropah.


 Pelaut Portugis juga mempunyai kepakaran dan teknologi dalam ilmu pelayaran hasil dari penubuhan
Akademi Pelayaran di Sagres.
 Akademi itu mempunyai tenaga pengajar yang terdiri daripada bangsa Itali yang mahir dalam ilmu
geografi dan pelayaran.
 Akedemi itu telah dijadikan sebagai tempat mengumpul dan menghasilkan penemuan-penemuan baru
dalam bidang pelayaran seperti peta, carta pelayaran, kompas, astrolab, dan
 sebagai pusat melahirkan ahli-ahli pelayaran Portugis yang cekap.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
47
4. Perintis dalam mendapat galakan pihak pemerintah di Eropah.
 Masyarakat maritim Portugal mendapat galakan dari pihak pemerintah.
 Golongan pemerintah telah berusaha menjadikan Portugal sebagai kuasa kelautan bagi memecahkan
monopoli perdagangan pedagang Islam dan Itali.
 Raja Manuel 1 (1495-1521) juga memberikan galakan kepada rakyatnya untuk meneroka kawasan di
luar benua Eropah.
 Baginda telah menghantar lebih banyak kapal ke India.
 Pada tahun 1505, baginda menghantar satu armada tentera laut di bawah pimpinan Francisco de
Almeida ke India.
 Francisco telah menubuhkan ibu pejabatnya di Cochin, India dan berperanan sebagai wizurai Portugal
di India.

5. Perintis di Eropah dalam aktiviti perdagangan terus dengan Afrika dan Asia.
 Portugis juga telah merintis jalan kepada aktiviti perdagangan secara terus dengan Afrika dan Asia.
 Mereka memonopoli perdagangan emas, gading dan hamba di Afrika, rempah di Asia Tenggara dan
barangan mewah seperti tembikar dan sutera di Timur Jauh.
 Pedagang-pedagang bangsa lain dipaksa menggunakan “surat izin” yang dikeluarkan oleh pihak
berkuasa Portugal untuk singgah berdagang di pelabuhan-pelabuhan yang dikuasai Portugis.
 Mereka dikenakan cukai yang tinggi, contohnya Portugis mengenakan cukai sebanyak 10 peratus ke
atas barangan dan China, dan 8 peratus ke atas barangan dari Benggala.
 Pada tahun 1524, wizurai da Gama telah mengenakan hukuman mati dan merampas semua barang
pedagang yang tidak memiliki surat izin.
 Dengan memonopoli perdagangan rempah, mereka mendapat keuntungan yang banyak.
 Pada kemuncak kejayaan mereka, Portugis berjaya membekalkan sebanyak 80 tan setahun bunga
cengkih ke Eropah.
 Dengan itu, Portugis berjaya mengatasi pedagang Itali sebagai pembekal utama rempah di Eropah.

6. Perintis dalam aktiviti pelanunan dari Eropah


 Orang Portugis merupakan bangsa Eropah pertama yang menjalankan aktiviti perlanunan di Timur
Jauh.
 Mereka merompak kapal-kapal pedagang yang melalui kawasan perairan yang dikuasai mereka dan di
laluan perkapalan utama.
 Aktiviti perlanunan dijalankan oleh Simao de Andrade di perairan negeri China.
 Kegiatan perlanunan itu, menyebabkan kerajaan China menamatkan hubungan perdagangan mereka
dengan orang Portugis.
 Aktiviti perlanunan itu kemudiannya telah diikuti oleh bangsa Belanda. dan British.

Kesimpulannya,
 bangsa Portugis merupakan masyarakat maritim yang berjaya
 Ini terbukti dengan kejayaan mereka membentuk empayar perdagangan yang menganjur dari
Amerika hingga Asia.
 Kejayaan Portugis dalam aktiviti maritim mendorong bangsa-bangsa Eropah yang lain seperti
Sepanyol, Belanda, British dan Perancis untuk mengikut jejak langkah mereka.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
48
Bincangkan aktiviti ekonomi masyarakat maritim di Jepun pada abad ke-16 hingga abad ke-17.

Pendahuluan.
 Masyarakat maritim ialah masyarakat yang kegiatannya ekonominya berpusatkan kelautan dan pusat
pemerintalhannya bertapak di kawasan pesisir.
 Jepun terdiri daripada pulau-puiau Honshu, Kyushu, Shikoku, dan Hokkaido yang dikelilingi oleh
Lautan Pasifilç dan Laut Kuning.
 Kegiatan maritim menjadi penting disebabkan 4/5 daripada bentuk muka buminya terdiri daripada
gunung-ganang, menyebabkan petempatan penduduk dan pusat pemerintahannya Edo (Yedo),
terletak di kawasan pesisir pantai.
 Pada abad ke- 16 hingga 17, Jepun dikuasai oleh kesyogunan Ashikaga dan Keshogunan Tokugawa.
 Dalam tempoh tersebut, aktiviti maritim mencapai kemajuan yang besar dan orang Jepun terkenal
sebagai pelaut yang handal.

Aktiviti ekonomi masyarakat maritim di Jepun

1. Perikanan.
 Menjalankan aktiviti perikanan secara tradisional.
 Kegiatan menangkap ikan merupakan kegiatan maritim yang penting kepacta penduduk Jepun.
 Aktiviti perikanan dijalankan di kawasan perairan Jepun yang kaya dengan sumber ikan.
 Kedudukan geografi Jepun di tempat pertemuan arus panas Kuroshio dan arus sejuk Oyashio,
menyebabkan Jepun mempunyai sumber laut yang banyak kerana pertemuan arus tersebut
menggalakkan pembiakan plankton yang menjadi sumber makanan ikan.
 Sumber ikan dari spesies ikan berarus sejuk dan panas seperti ikan salmon, sardin, tuna dan trout, dan
lain-lain boleh diperolehi dengan banyaknya di perairan Jepun.
 Ikan yang ditangkap oleh nelayan menjadi sumber protein yang utama bagi penduduk Jepun.
 Nelayan-nelayan Jepun menjalankan kegiatan menangkap ikan di kawasan pesisir pantai serta
menggunakan kaedah tradisional seperti menjala dan memukat.

2. Perdagangan.
 Masyarakat maritim Jepun mengadakan aktiviti perdagangan dengan negara luar.
 Pada abad ke-16, wujud kota-kota pelabuhan seperti Kyoto, Osaka dan Edo yang menjadi pelabuhan
perdagangan antarabangsa
 Misalnya, kota Osaka merupakan sebuah kota pelabuhan yang bebas dari keyogunan Ashikaga dan
berkembang sebagai sebuah pelabuhan antarabangsa.
 Perdagangan semakin penting dengan kedatangan kuasa-kuasa Barat seperti Portugis, Sepanyol,
Belanda dan Inggeris ke Jepun pada abad ke-16 .
 Pada mulanya, kedatangan orang asing disambut dengan baik oleh pemerintah Jepun.
 Saudagar-saudagar Jepun digalakkan supaya mengadakan hubungan perdagangan dengan negara
China
dan Asia Tenggara.
 Pengasas Kesyogunan Tokugawa iaitu Ieyasu (1603-1616), menyambut baik kedatangan pedagang-
pedagang Portugis dan Belanda.
 Orang Belanda mula berdagang dengan Jepun pada 1609 dan orang Inggeris pada tahun 1613.
 Kepesatan aktiviti perdagangan juga telah menggalakan munculnya perusahaan pembuatan seperti
aktiviti penenunan kain sutera dan kapas, pembuatan kertàs, pemidang, kipas dan pedang.
 Barangan itu mendapat pemintaan yang tinggi dari negara China.
 Dengan itu Jepun dapat menghasilkan barangan siap yang dapat dieksport ke negara luar negara.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
49
3. Perdagangan terhad.
 Masyairakat maritim Jepun menjalankan aktiviti perdagangan terhad.
 Perkembangan perdagangan yang pesat di Jepun, terhenti secara mendadak apabila pemerintah
Jepun menjalankan dasar pemencilan diri.
 Dasar ini telah dilaksanakan mulai tahun 1633 dan berjalan selama 200 tahun.
 Perdagangan dengan dunia Luar hanya dihadkan di Pulau Deshima yang terletak di pelabuhan
Nagasaki.
 Hanya pedagang-pedagang Belanda dan China sahaja yang dibenarkan berdagang dengan Jepun.
 Melaiui aktiviti di pulau Deshima, Pedagang-pedagang Belanda memperoleh bahan-bahan berharga
dari Jepun seperti perak, besi, tembaga dan beras.
 Manakala pedagang Belanda pula membawa masuk dan menjual sutera, kapas, minyak wangi dan
gula kepada orang Jepun.
 Kesemua barangan ini menjadi popular dan mendapat permintaan yang tinggi daripada golongan
atasan Jepun.

4. Perindustrian.
 Pada abad ke-16 dan 17, kegiatan industri seperti pembuatan tembikar dan tekstil (kain sutera dan
kapas) turut berkembang berikutan kepesatan aktiviti perdagangan.
 Perusahaan membuat garam, sake (arak beras) dan lain-lain.
 Muncul bandar-bandar perindustrian seperti Sakai (Osaka) yang menjadi pusat industri garam.
 Selain itu, perusahaan membuat peralatan pertanian dan senjata turut dijalankan.
 Terdapat juga aktiviti membina dan membaiki kapal.
 Perusahaan membuat dan membaiki kapal dijalankan olah tukang-tukang mahir untuk membina dan
membaiki kapal-kapal nelayan dan pedagang.
 Selain itu, mereka juga membina kapal-kapal besar atau “atakebune” untuk kegunaan tentera.

5. Perlanunan.
 Selain itu, masyarakat maritim di Jepun juga menjalankan aktiviti perlanunan.
 Pada abad ke-16, lanun-lanun Jepun atau “wokou” aktif menyerang petempatan-petempatan dl
sepanjang pesisir pantai China.
 Mereka juga menyerang kawasan petempatan di kawasan pedalaman dengan memudiki sungai
Yangtze.
 Antara tahun 1523 hingga 1588 mereka telah meyerang China sebanyak 66 kali.
 Lanun-lanun Jepun kebanyakannya terdiri daripada puak Satsuma, Higio dan Nagato.
 Di samping itu, mereka juga menyerang kapal-kapal dagang untuk meranipas barang dagangan yang
dibawa.
 Mereka menjual barangan yang dirampas dan turut melakukan penyeludupan.
 Kegiatan perlanunan semakin berkurangan menjelang tahun 1588, apabila pemimpin Jepun iaitu
Toyotami Hodeyoshi memerintahkan supaya rakyat Jepun menyerahkan semua senjata mereka
kepacla daimyo-daimyo tempatan untuk disimpan.

Kesimpulannya,
 masyarakat Jepun tidak dapat memisahkan diri mereka dari aktiviti maritime kerana keadaan
geografmya.
 Perkembangan masyarakat maritim di Jepun pada abad ke-16 dan 17 menjadi asas kepada kelahiran
Jepun sebagai salah satu kuasa kelautan yang hebat pada abad ke-19 dan 20.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
50
Huraikan ciri-ciri masyarakat maritim di Jepun.

Pendahuluan.
 Masyarakat maritim merupakan masyarakat yang bergantung kepada aktiviti berasaskan kelautan.
 Masyarakat mi terlibat dalam perdagangan, perikanan, pengumpulan hasil laut, perkapalan,
penerokaan, dan penjelajahan.
 Semasa era Ashikaga, masyarakat maritim Jepun melalui banyak perubahan ekonomi.
 Antara perubahan ekonomi yang dapat dilihat ialah aktiviti perdagangan dan perniagaan berkembang
maju di seluruh negara.
 Sebagai contoh, aktiviti perdagangan seperti pembuatan kertas, barangan logam, tenunan, dan
sebagainya telah berkembang maju di seluruh Jepun.

1. Petempatan.
 Petempatan masyarakat maritim Jepun tertumpu di pesisiran pantai, Iembah sungai, dan kepulauan.
 Jepun merupakan sebuah negeri kepulauan yang mempunyai hubungan yang rapat dengan Tanah
Besar Asia sejak beribu-ribu tahun dahulu.
 Kedudukan geografinya terletak di sebelah barat Lautan Pasifik dan di sebelah timur pula ialah China,
Korea, dan Rusia.
 Kedudukan geografi ini membolehkan masyarakat Jepun menjalankan ekonomi berasaskan kelautan.

2. Kegiatan ekonomi.
 Masyarakat maritim Jepun menjalankan ekonomi perdagangan.
 Perkembangan pesat pusat-pusat dagangan telah berlaku di seluruh Jepun.
 Perkembangan pusat dagangan seperti pasar-pasar kecil ini kemudiannya telah berkembang menjadi
bandar perdagangan.
 Buktinya terdapat pusat-pusat pertukaran wang, kedai-kedai beras dan sake di bandar dan wilayah di
Jepun.
 Selain itu, masyarakat maritim Jepun turut mengusahakan perusahaan tempatan yang berkembang
dengan baik di Jepun.
 Contohnya, pengeluaran kain kapas di Kinai dan pengeluaran ulat sutera serta alat tenunan di
Fukushima, Yamanashi, dan Gumma.
 Satsuma menjadi pusat pengeluaran gula yang kemudiannya dipasarkan ke seluruh Jepun.

3. Hubungan perdagangan.
 Masyarakat maritim Jepun juga menjalinkan hubungan perdagangan dengan pedagang luar.
 Pada abad ke-16, golongan bangsawan Jepun atau Daimyo telah menjalinkan hubungan dengan
pedagang Portugal.
 Para pedagang Portugal dibenarkan melakukan aktiviti perdagangan di pelabuhan Kyushu.
 Melalui hubungan ini ramai pedagang Portugal memasuki Jepun dan menjalankan aktiviti
perdagangan menjelang tahun 1550.
 Selain itu, Jepun turut menjalin hubungan dengan pedagang luar seperti pedagang Belanda, Spanyol,
British, dan lain-lain.

 Namun, pembukaan perdagangan kepada dunia Barat di Jepun ada batasnya.


 Buktinya, pedagang Belanda hanya dibenarkan berdagang di Pulau Dashima sahaja.
 Malah, mereka tidak dibenarkan mengadakan sebarang hubungan dengan rakyat Jepun kecuali
pegawai-pegawai Jepun yang bertugas di Pulau Dashima.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
51
4. Barang dagangan
 Kegiatan ekonomi masyarakat maritim di Jepun juga memperlihatkan bahawa para pedagang Jepun
telah mengimport barangan tropika dari Asia Tenggara, barangan pengeluaran dan China seperti
sutera, tembikar, buku, lukisan, dan wang tembaga.
 Jepun telah mengeksport sejumlah barangan atap ke China dan negara-negara lain menjelang abad
ke-15 dan ke-16.
 Antara barangan utama yang dieksport termasuklah pedang, kipas berlipat, dan pemidang.
 Kipas berlipat dan pemidang merupakan barangan eksport yang mendapat permintaan tinggi di China.
 Selain itu, pedang buatan Jepun yang melengkung diperbuat daripada besi keluli yang bersadur juga
mendapat permintaan yang tinggi kerana hasil buatannya lebih baik daripada pedang Damaskus atau
Toledo.
 Justeru itu, pedang ini telah dieksport dalam kuantiti yang besar.

5. Dasar Isolasi
 Kepesatan perdagangan Jepun berakhir pada tahun 1630-an apabila pemerintahan Tokugawa
mengambil keputusan untuk mengamalkan dasar pemencilan daripada dunia luar.
 Pemerintahan Tokugawa telah mengharamkan perdagangan dengan negara luar.
 Oleh itu, semua pedagang telah diusir keluar dan Jepun.
 Pelaksanaan arahan terdapat dalam larangan yang dikeluarkan pada tahun 1633, 1635, dan 1639.
 Antara isi kandungan larangan tersebut ialah melarang kapal-kapal Jepun meninggalkan negara
kecuali telah mendapat lesen sah yang dikeluarkan oleh Bakufu.
 Selain itu, rakyat Jepun dilarang meninggalkan negara kecuali mendapat kebenaran terlebih dahulu
daripada Keshogunan Tokugawa.
 Pengharaman perdagangan asing dan dasar menutup negara Jepun dengan negara luar turut
dilaksanakan.

Kesimpulannya,
 masyarakat maritim di Jepun melahirkan ekonomi berasaskan perdagangan yang menjadi penting
dalam masyarakat dan mengubah mobiliti sosial pedagang di Jepun.
 Namun, perubahan ini telah membawa kepada kejatuhan Shogun Tokugawa dan seterusnya
membawa kepada era pemerintahan Maharaja Meiji di Jepun.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
52
Kemunculan Jepun sebagai kuasa maritim pada abad ke-1 6 hingga abad ke-17 membawa kepada
perkembangan dalam bidang ekonomi dan sosial. Bincangkan.

Pendahuluan.
 Semasa era Ashikaga, masyarakat Jepun telah melalui perkembangan ekonmi yang pesat.
 Menjelang abad ke-15, Jepun muncul sebagai sebuah kuasa maritime di Asia.
 Kemunculan Jepun sebagai kuasa maritim telah membawa kepada perkembangan dalam ekonomi dan
sosial.

1. Kesan ekonomi; perkembangan ekonomi


 Dari segi ekonomi, telah berlaku perkembangan perdagangan asing di Jepun.
 Perkembangan perdagangan ini dimonopoli oleh golongan bangsawan.
 Golongan bangsawan menggalakkan kehadiran pedagang-pedagang asing ke Jepun.
 Buktinya, mereka menggalakkan kehadiran pedagang Portugis dengan mengadakan perjanjian antara
pedagang Portugal dengan Shogun Ashikaga yang membenarkan mereka berdagang di pelabuhan
Nagasaki.
 Pembukaan pelabuhan Nagasaki ini menyebabkan berlakunya peningkatan perdagangan dengan
dunia luar dan menjadi pintu keluar bagi perdagangan Jepun ke luar negara.

2. Kemunculan ekonomi wang.


 Kemajuan pesat dalam bidang perdagangan menyebabkan berlakunya pertumbuhan ekonomi wang.
 Perkembangan ini menyebabkan mata Wang syiling yang diperbuat daripada tembaga digunakan.
 Penggunaan mata wang ini menggantikan penggunaan beras dan kain dalam urusan jual beli.
 Ekonomi wang telah merangsang pertumbuhan pasar dan kemunculan bandar-bandar baharu.
 Misalnya, bandaraya Kyoto, iaitu ibu kota diraja kuno lelali berkembang menjadi pusat ekonomi serta
tumpuan utama pengeluaran harangan kraf tangan dan kekal sebagai bandar raya terbesar di Jepun.

3. Kemunculan kelas pedagang.


 Pertumbuhan ekonomi wang menyebabkan muncul kelas masyarakat seperti samurai, petani, dan
tukang-tukang mahir.
 Pada zaman Kamakura muncul kelas pedagang. Golongan pedagang menjual beras, arak, dan lain-lain.
 Kemunculan golongan tersebut membawa kepada mobiliti sosial dalam kalangan saudagar kerana
mereka tidak lagi menjadi masyarakat bertaraf rendah.
 Selain itu, kemunculan golongan ini juga menyebabkan golongan Samurai yang bergantung hidup
dengan menerima berguni-guni beras daripada shogun atau daimyo telah menjual beras untuk
mendapatkan wang tunai daripada saudagar di Osaka.

4. Kemunculan Persatuan Pedagang.


 Perkembangan ekonomi membawa kepada berlakunya pengkhususan dalam pekerjaan seterusnya
bilangan tukang, dan saudagar meningkat.
 Maka, pedagang-pedagang menubuhkan persatuan (za) di pekan dan bandar-bandar besar untuk
membolehkan persatuan menjaga hak golongan peniaga dan mempertahankan kepentingan mereka.

5. Kemunculan Persatuan Kewangan.


 Selain itu, pertumbuhan ekonomi perdagangan turut membawa kepada perkembangan persatuan
kewangan atau mujinko.
 Pusat-pusat pertukaran wang, kedai-kedai beras dan sake semakin bertambah di bandar dan wilayah
seperti Kuwana, Sakai, dan Hakata.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
53
6. Pertumbuhan industry.
 Perkembangan dalam bidang ekonomi juga menyaksikan pertumbuhan industri perlombongan di
Jepun.
 Perkembangan ini menyebabkan berlaku peningkatan dalam pengeluaran emas, perak, dan tembaga.

7. Kesan sosial; Penyebaran agama Kristian.


 Perkembangan Jepun sebagai kuasa maritim turut memberi impak kepada aspek sosial masyarakat
Jepun.
 Kehadiran bangsa asing melalui aktiviti perdagangan, khususnya pedagang Portugis membawa kepada
penyebaran agama Kristian di Jepun.
 Paderi-paderi Kristian daripada pelbagai mazhab seperti Jesuit, Franciscan, dan Dominican telah
menyebarkan agama Kristian di Jepun.
 Masyarakat Jepun yang menganut agama Kristian terdiri daripada petani dan golongan bangsawan.

8. Penerimaan perkataan asing


 Seterusnya, penerimaan perkataan asing mula digunakan secara meluas dalam perbendaharaan kata
Jepun.
 Misalnya, perkataan-perkataan Portugis sepertipao (roti), bosan (butang), dan lain-lain meresap ke
dalam bahasa Jepun.
 Akhirnya, sebagai kuasa maritim, masyarakat Jepun telah terdedah dengan budaya luar.
 Mereka mula menggunakan barangan luar secara meluas.
 Antaranya ialah tembakau, jam, cermin mata, topi, seluar panjang, dan roti.

Kesimpulannya,
 perkembangan ini membawa kepada kejatuhan Shogun Tokugawa dan membawa kepada
pengukuhan kuasa maharaja di Jepun.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
54
Bincangkan faktor-faktor yang membawa kepada perkembangan Revolusi Perindustrian di England pada
abad ke-18 hingga abad ke-19.

Pendahuluan.
 Menjelang abad ke-18 hingga abad ke-19 atau antara tahun 1760 hingga 1850 tercetus revolusi yang
dikenali sebagai Revolusi Perindustrian di England.
 Revolusi ini didefinisikan sebagai perubahan pesat dalam kaedah pengeluaran selain pertanian.
 Revolusi Perindustrian mi menyebabkan England mengalami perubahan dan negara pertanian kepada
negara berasaskan perindustrian.
 Malah, revolusi mi menyebabkan jentera digunakan secara meluas dalam sektor perkilangan.
 Perkembangan ini juga menyebabkari berlaku peningkatan dalam pengeluaran dan pertumbuhan
ekonomi yang pesat.

Faktor-faktor yang membawa kepada perkembangan Revolusi Perindustrian di England


1. Kekayaan bahan mentah.
 Kekayaan bahan mentah seperti hasil pertanian dan hasil bumi telah membawa kepada
perkembangan revolusi permndustrian di England.
 Perkembangan pesat dalam sektor pertanian telah menambahkan peiirluaran makanan di England.
 Pertambahan pengeluaran makanan ml dtpat menampung bekalan makanan kepada penduduk
England yang bertambah.
 Malahan, sektor pertanian juga menyumbang kepada perkmbangan sektor perusahaan tekstil di
England.
 Sektor pertanian telah menyumbang bahan mentah dalam perusahaan tekstil.
 Kesannya, banyak kilang kapas telah didirikan dan ini telah membawa kepada perkembangan
bilangan pekerja bagi menghasilkan barangan tekstil di England.
 Selain bahan mentah daripada hasil pertanian, England juga mempunyai bekalan bahan mentah
seperti arang batu dan bijih besi.
 Bekalan arang batu yang banyak terdapat di wilayah New Castle dan Wales serta kawasan jajahan di
Asia dan Afrika turut menjamin bekalan bahan mentah yang mencukupi dan berterusan untuk kilang-
kilang perindustrian di England.
 Kesannya, membawa kepada perkembangan perindustrian besi dan jentera di England.

2. Pertambahan penduduk.
 Kepesatan pertambahan penduduk membawa kepada perkembangan Revolusi Perindustrian.
 Pertambahan penduduk meningkat dua kali ganda antara tahun 1800 hingga tahun 1850, iaitu
daripada 11 juta orang kepada 21 juta orang.
 Pertambahan mi menyumbang kepada bekalan tenaga buruh yang mencukupi untuk sektor
perkilangan.
 Pertambahan penduduk telah mewujudkan pasaran bagi barangan keluaran kilang-kilang
perindustrian di England.
 Selain itu, penghijrahan pekerja dan Ireland dan Scotland turut membawa kepada pertambahan
tenaga kerja yang ramai untuk bekerja di sektor perkilangan.
 Seterusnya, dapat menyokong Revolusi Perindustrian di England.

3. Kestabilan politik
 Kestabilan politik di England turut menyumbang kepada pertumbuhan sektor perindustrian.
 Pada masa itu, England tidak terlibat dalam peperangan dengan negara-negara lain.
 England juga tidak menghadapi persaingan dengan Perancis dan Jerman.
 Hal mi kerana Perancis tersekat dengan cita-cita ketenteraan, sifat autokratik pemimpinnya, serta
dasar pengawalan industri.
 Jerman pula dikongkong oleh adat sehingga menyebabkan kemajuan ekonomi tidak berlaku secara
menyeluruh.
 Keadaan mi memberi ruang kepada masyarakat di England untuk menghasilkan ciptaan-ciptaan
baharu.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
55
4. Kemajuan bidang pengangkutan.
 Selain itu, kemajuan dalam bidang pengangkutan yang membantu mengagihkan barangan ke seluruh
negara turut menyumbang kepada perkembangan Revolusi Perindustrian.
 Misalnya, penggunaan kenderaan berkuasa wap telah membantu perkembangan sistem
pengangkutan seperti kereta api dan kapal laut.
 England mula membina kapal besi dan menggantikan rangka kayu sebagai dinding.
 Selain itu, kapasiti kapal yang lebth besar serta berkuasa wap telah membolehkan kapal-kapal ini
mengangkut lebih banyak kargo.
 Rekaan gerabak berkuasa wap juga menyebabkan lebih banyak barangan dan pekerja dapat diangkut.
 Ditambah pula dengan pembinaan lebih banyak landasan kereta api yang merancakkan perlombongan
arang batu dan logam lain.

5. Modal Mencukupi
 Modal yang mencukupi juga turut menyumbang kepada peningkatan pelaburan dalam sektor
perindustrian di England. Modal yang banyak mi telah disimpan di Bank England.
 Seterusnya, kemunculan institusi perbankan turut menyebabkan terdapat kemudahan pinjaman untuk
membiayai projek-projek perindustrian.

6. Kemajuan Sains dan Teknologi.


 Perkembangan pesat dalam bidang sains dan teknologi di England telah menyebabkan beberapa
rekaan dan ciptaan baharu ditemui.
 Misalnya, mesin menyemai benih oleh Jethro Tull pada tahun 1700 dan jentera berkuasa wap
 Penciptaan mesin-mesin baharu mi telah meningkatkan hasil pertanian.
 Hasil pertanian yang berlebihan dijadikan sumber bahan mentah dalam sektor perkilangan.
 Situasi tersebut menggalakkan perkembangan perindustrian di England.
 Penciptaan baharu mi diberikan paten bagi mengelakkan orang lain meniru hasil ciptaan tersebut.
 Perkembangan mi menggalakkan orang ramai mencipta mesin-mesin baharu bagi kegunaan
perindustrian.

7. semangat keusahawanan
 Kewujudan semangat keusahawanan dalam kalangan tokoh-tokoh perindustrian turut membantu
pertumbuhan industri di England.
 Semangat Ini melahirkan tokoh-tokoh yang kreatif dan inovatif seperti James Watt dan Matthew
Boulton.
 Tokoh-tokoh mi terlibat dalam penciptaan mesin-mesin baru clan menubuhlcan syarikat bagi
memasarkan enjin tersebut.

Kcsirnpulannya,
 pelbagai faktor yang mendorong kepada perkembangan Revolusi Perindustnian di England.
 Revolusi Penindustrian telah menyebabkan berlaku pertumbuhan ekonomi yang pesat serta
kemunculan golongan kelas kerja clan golongan pentengahan dan berlaku perubahan yang ketara
dalam bidang sosial dan politik.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
56
Jelaskan ciri-ciri masyarakat industri di Eropah Barat pada abad ke 18 hlngga abad ke-19 M

Pendahulauan.
 Masyarakat industri merujuk kepada masyarakat yang terlibat dalam bidang perindustrian.
 Masyarakat industri juga merujuk kepada masyarakat yang terlibat dalam pengeluaran barangan dan
perkhidmatan dengan menggunakan mesin.
 Revolusi Perindustrian bermüla di England selepas tahun 1750.
 Revolusi mi bermula di England selepas berlaku perubahan yang pesat dalam bidang pertanian.
 Masyarakat industri di England berkembang pesat dalam sektor pertanian dan menyumbang kepada
pertambahan pengeluaran makanan di England.

Ciri-ciri masyarakat industri di Eropah Barat

1. Kegiatan ekonomi.
 Masyarakat industri menjalankan kegiatan ekonomi yang memberi tumpuan kepada pengeluaran
secara besar-besaran.
 Masyarakat industri di England terkenal dengan perusahaan tekstil.
 Perusahaan tekstil merupakan perusahaan tertua di England.
 Kilang kain kapas yang pertama didirikan pada tahun 1790.
 Perkembangan industri mi telah memaksa beribu-ribu tenaga kerja diambil untuk menghasilkan
barangan tekstil di England.

 Selain itu, aktiviti ekonomi masyarakat industri di England tertumpu kepada sektor perlombongan.
 Sektor perlombongan telah menjadi pengeluar bekalan bahan mentah yang banyak seperti arang batu
dan bijih besi.
 Bekalan mi datang dan wilayah New Castle dan Wales.
 Malah, menjelang tahun 1860, England mendahului negara-negara lain dalam pengeluaran arang batu
dan muncul sebagai pengeluar keluli terbesar di dunia.
 Buktinya, pada tahun 1860, England mengeluarkan 80 juta tan metrik arang batu dan 225 000 tan
metrik keluli.

2. Pengkhususan pekerjaan.
 Masyarakat industri juga mempunyai pengkhususan pekerjaan.
 Hal mi disebabkan penggunaan mesin secara meluas telah menyebabkan berlakunya pengkhususan
pekerjaan.
 Misalnya, penciptaan mesin pertanian seperti mesin menyemai benih oleh Jethro Tull, iaitu sejenis
bajak yang membolehkan proses pembajakan berjalan lancar yang dicipta pada tahun 1700.
 Penggunaan jentera mi telah menambah pengeluaran hasil pertanian.
 Pekerja-pekerja tertumpu dalam sektor perkilangan kerana wujudnya banyak peluang pekerjaan
kesan pembukaan kilang-kilang industri.

3. Mobiliti Sosial.
 Selain itu, berlaku mobiliti sosial dalam masyarakat industri di England.
 Mobiiti sosial mi telah menyebabkan taraf hidup golongan pekerja meningkat dan berlaku
peningkatan dalam pendapatan golongan pertengahan.
 Seterusnya, perkembangan mi melahirkan golongan kelas menengah dalam masyarakat.

4. Kemunculan kelas baharu


 Kemunculan kelas baharu berlaku dalam masyarakat industri di England.
 Jika dalam masyarakat tradisional, struktur masyarakat terdiri daripada golongan bangsawan, pemilik
tanah, pedagang, tukang, dan petani.
 Kini dalam masyarakat industri, terdiri daripada dua kelas, iaitu kelas kapitalis dan kelas pekerja.
 Kelas kapitalis terdiri daripada pemilik kilang dan pengusaha lombong.
 Kelas pekerja pula terdiri daripada buruh dan pekerja kilang.
____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
57

5. Urbanisasi.
 Masyarakat industri tinggal di bandar-bandar. Golongan muda berhijrah ke bandar untuk
mendapatkan pekerjaan dan membawa kepada hubungan kekeluargaan yang longgar.
 Selain itu, berlaku juga penghijrahan penduduk dari Iuar L,andar ke bandar.
 Misalnya, penduduk Ireland berhijrah ke bandar bandar besar di England.
 Tumpuan penduduk mi membawa kepada perbandaran di England.

6. masyarakat berpendidikan
 Stcrusnya, masyarakat industri merupakan masyarakat berpendidikan.
 Revolusi Perindustrian telah melahirkan masyarakat daripada kelas pertengahan dalam bidang
ekonomi dan pendidikan dan mereka berjuang menyuararakan kepentingan mereka.
 Perjuangan mereka adalah melalui parlimen. Perjuangan mereka berjaya pada pertengahan abad ke-
18 apabila parlimen England mempunyai 61 wakil daripada kelas pertengahan.
 Mereka berjayai memperjuangkan hak mereka dan melindungi kepentingan ekonomi dengan
meluluskan akta-akta perdagangan.

7. semangat keusahawanan
 Masyarakat industri juga memiliki semangat keusahawanan.
 Semangat keusahawanan yang muncul mi membawa kepada daya kreativiti dan inovatif tokoh tokoh
perindustrian Britain seperti James Watt dan Mathew Boulton.
 James Watt misalnya telah membaiki ciptaan Thomas Newcomen pada tahun I763.
 Penambahbaikan mi telah berupaya menghasilkan tenaga yang lebih ramai
 Selain itu, James Watt juga menubuhkan syarikat usahasama dengan Matthew Boulton.
 Syarikat mi telah mengeluarkan enjin berkuasa wap untuk pasaran domestik dan antarabangsa pada
tahun 1780-an.
 Perkembangan ini merintis kepada perdagangan antarabangsa.

Kcsimpulannya,
 masyarakat industri di England cukup mahir dalam peIbagai bidang khususnya bidang pertanian
sehingga berjaya menyumbang kepada Revolusi Perindustrian di England.
 Perkrmbangan Revolusi Perindustrian di England telah membawa kepada kemunculan England
sebagai kuasa imperialis baharu akhir abad ke-19.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
58
Jelaskan faktor-faktor yang membawa kepada kemunculan masyarakat industri di Jerman pada abad ke-19

Pendahuluan.
 Masyarakat industri merujuk kepada masyarakat yang terlibat dalam bidang perindustrian.
 Masyarakat industri juga merujuk kepada masyarakat yag terlibat dalam pengeluaran barangan serta
perkhidmatan dengan menggunakan mesin.
 Masyarakat industri di Jerman lahir selepas revolusi industri di England. Revolusi mi bermula pada
tahun 1860-an hingga tahun 1914.
 Kesan daripada revolusi ini, kerajaan telah memberi tumpuan untuk memajukan kemudahan
infrastruktur seperti sistem pengangkutan dan komunikasi.
 Kerajaan juga mewujudkan lebih banyak kilang bagi menjana pertumbuhan ekonomi.

faktor-faktor yang membawa kepada kemunculan masyarakat industri di Jerman

1. Penyatuan Jerman pada tahun 1871.


 Penyatuan Jerman pada tahun 1871 memainkan peranan dalam melahirkan masyarakat industri di
Jerman.
 Penyatuan mi membolehkan negeri-negeri di bawah naungan Jerman menerima kuasa persekutuan
yang berada di tangan Bismark.
 Semua hal yang berkaitan dengan mata wang, sistem perbankan, undang-undang, dan sebagainya
telah disatukan.
 Keadaan mi membolehkan kerajaan Jerman memberi perlindungan kepada bidang perindustrian.
 Selain itu, kerajaan turut memberi galakan kepada perkembangan sektor tersebut.
 Perkembangan mi memainkan peranan dalam kelahiran masyarakat industri di Jerman.

2. Kemajuan dalam bidang pertanian


 Kemajuan dalam bidang pertanian memainkan peranan dalam melahirkan masyarakat industri di
Jerman.
 Perkembangan pesat dalam bidang pertanian disebabkan oleh kemajuan dalam teknologi pertanian.
 Penemuan kaedah saintifik menyebabkan berlaku peningkatan dalam pengeluaran hasil pertanian.
 Sebagai contoh, Humpry Davy telah menerbitkan buku mengenai ilmu kimia dengan fisiologi tumbuh-
tumbuhan.
 Selain itu, terdapat juga uji kaji yang dijalankan untuk menghasilkan bahan kimia yang boleh
digunakan untuk tanaman.
 Contohnya pada tahun 1840, Justus von Leibig telah menemui formula untuk menghasilkan baja
tiruan atau baja kimia.

3. Sistem guild.
 Sistem guild memainkan peranan melahirkan pekerja-pekerja industri yang mempunyai kemahiran.
 Pekerja-pekerja industri dikehendaki bekerja dan menimba pengalaman dalam sesebuah guild
sebelum melibatkan diri dalam pekerjaan.
 Walau bagaimanapun keistimewaan dan monopoli yang dimiliki oleh guild dihapuskan melalui
Peraturan 1811.

4. Penghijrahan penduduk
 Penghijrahan penduduk dari kawasan luar bandar ke bandar telah membawa kepada pertambahan
penduduk bandar.
 Kebanyakan kawasan perindustrian terletak di kawasan Ruhr, Saxony, Silesia, dan Berlin.
 Penduduk di kawasan mi bertambah sekali ganda dan turut membawa pertambahan dalam
permintaan peluang pekerjaan.
 Selain itu, pertambahan penduduk di Jerman juga membantu kepada perkembangan perindustrian.
 Pertambahan penduduk membolehkan penawaran buruh yang murah dalam sektor perkilangan.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
59

5. Pertambahan penduduk.
 Pada abad ke-19, jumlah penduduk Jerman telah meningkat daripada 24 juta orang kepada 56 juta
orang.
 Pertambahan penduduk Jerman memperlihatkan bahawa satu pertiga daripada penduduknya
merupakan kanak kanak di bawah umur 15 tahun.
 Kelebihan mi telah membawa kepada buruh kanak-kanak yang tinggi dalam pasaran perindustrian.

6. Dasar Kerajaan.
 Pada tahun 1879, Jerman bertindak menamatkan dasar perdagangan bebas.
 Selaras dengan perubahan mi, kerajaan mula memberi perlindungan scktor perindustrian.
 Kerajaan Jerman memberi banyak bantuan modal dalam pembinaan kemudahan infrastruktur.
 Antaranya, pembinaan jalan raya, terusan, dan landasan kereta api.
 Seterusnya, perkembangan dalam perkhidmatan komunikasi seperti pejabat pos dan telegraf.
 Selain itu, kerajaan juga memberi suntikan modal dan beberapa undang-undang diperkenalkan yang
membolehkan perkembangan ekonomi di Jerman pada abad ke-18.
 Misalnya, kadar tarif pada tahun 1879 yang diperkenalkan oleh Jerman turut menyokong
perkembangan ekonomi.

7. penubuhan institusi koperatif


 Matlamat utama penubuhan institusi koperatif adalah untuk memberikan bantuan kewangan kepada
penduduk di kawasan luar bandar.
 Misalnya, Persatuan Kredit Schulze Delitzsch yang menyediakan bantuan kewangan bagi masyarakat
luar bandar.
 Pada tahun 1911, terdapat 25 000 kesatuan kredit di Jerman dengan empat juta ahli.
 Perkembangan mi membawa kepada kemunculan banyak industri di Jerman.

Kesimpulannya,
 pelbagai faktor yang membawa kepada kemunculan masyarakat industri di Jerman pada abad ke-19.
 Perkembangan mi menjadikan Jerman sebuah negara perindustrian yang disegani di Eropah.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
60
Bincangkan ciri-ciri masyarakat industri di Jerman

Pendahuluan.
 Masyarakat industri merujuk kepada masyarakat yang terlibat dalam bidang perindustrian.
 Masyarakat industri ,juga merujuk kepada masyarakat yang terlibat dalam pengeluaran barangan
serta perkhidmatan dengan menggunakan mesin.
 Masyarakat industri di Jerman lahir selepas Revolusi Perindustrian di England pada l860-an hingga
1914.
 Kesan daripada revolusi mi, kerajaan telah memberi tumpuan untuk memajukan kemudahan
infrastruktur seperti sistem pengangkutan dan komunikasi.
 Kerajaan juga mewujudkan lebih banyak kilang bagi menjana pertumbuhan ekonomi.
Ciri-ciri masyarakat industri di Jerman.
1. Kegiatan Ekonomi.
 Masyarakat industri di Jerman tertumpu dalam bidang pertanian.
 Antara tahun 1905 hingga 1912, Jerman telah mendahuluj negara lain dalam pengeluaran hasil
pertanian seperti gandum, barli, oat, jagung, dan ubi kentang.
 Mereka mencapai banyak kemajuan dalam bidang pertanian disebabkan oleh kemajuan dalam
teknologi yang telah meningkatkan mekanisme dalam kegiatan pertanian.
 Sebagai contoh, masalah pembajakan tanah dapat diatasi apabila traktor dicipta bagi menggantikan
penggunaan kuda.
 Selain itu, Humphry Davy telah membuat kajian saintifik tentang tanah dan hasil kajian tersebut telah
diterbitkan dalam sebuah buku ilmiah.
 Buku ilmiah tersebut mengemukakan cadangan bagi mengatasi masalah kesuburan tanah dan
tanaman.
 Pada tahun 1840, Justus von Leibig, seorang saintis Jerman telah menemul formula untuk
menghasilkan baja tiruan.
 Selama itu, petani turut melaksanakan sistem pertanian campuran, iaitu menternak lembu dan
diselangi dengan penanaman bijirin seperti jagung dan ubi kentang.
 Aktiviti ekonomi juga tertumpu kepada sektor perindustrian, Longgokan sumber bahan mentah yang
banyak seperti arang batu, bijih besi, dan bijih timah di Ruhr, Lorraine, dan Silesia pada abad ke- 19
telah menyumbang kepada perkembangan perindustrian di Jerman.
 Pada masa in muncul pengusaha terkemuka seperti Alfred Krupp yang mengeluarkan barangan alat
ganti yang berkualiti tinggi dan peralatan besi.
 Kemajuan dalam industri kulit telah melahirkan perubahan dalam gaya hidup mewah, pertambahan
sistem komunikasm dan pengangkutan, kehidupan yang lebih sihat, dan mementingkan pendidikan.
 Selain itu, pembangunan industri tekstil juga berlaku di Jerman yang tertumpu di wilayah Rhineland,
Saxony, dan Silesia.
 Bandar Berlin memainkan peranan dalam pembangunan industri tekstil dengan mengeluarkan mesin-
mesin bagi meningkatkan pengeluaran tekstil di Jerman.
 Seterusnya, industri perkapalan dimajukan di Bremen, Hamburg, dan Elby.
 Aktiviti ekonomi perindustrian juga berkembang dengan ciptaan-ciptaan baharu yang mencetuskan
inovasi baharu dalam teknologi di Jerman seperti industri kimia dan elektrik.
 Perkembangan dalam industri elektrik adalah dltiehahkan oleh permintaan yg tinggi untuk barangan
elektrik.
 Jerman telah muncul sebagai negara pertama untuk menghasilkan barangan elektrik pada tahun 1913.
 Jerman turut menjalankan perdagangan antarabangsa.
 Hal mi dapat dilihat pada tahun 1870-an apabila berlaku perkembangan pesat dalam perindustrian di
Jerman.
 Perkembangan pesat mi menyebabkan pertambahan dalam eksport sehingga mencetuskan masalah
dalam memasarkan barangan dan mendapatkan lebih banyak sumber bahan mentah.
 Daripada perkembangan tersebut, peluasan wilayah perlu dilakukan untuk meluaskan perdagangan di
samping untuk mendapatkan tanah jajahan.
 Pada tahun 1897, Jerman mempunyai hubungan perdagangan dengan China bagi mendapatkan arang
batu serta membina pangkalan tentera di sana.
____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
61
2. pengkhususan pekerjaan
 Pcnggunaan mesin secara meluas telah menyebabkan berlakunya pengkhususan pekerjaan.
 Pekerja tertumpu dalam sektor perkilangan.
 Misalnya, dalam industri tekstil di wilayah Rhineland, Saxony, dan Silesia.
 Masyarakat di bandar Berlin pula lebih menumpukan kepada pengeluaran fliesin tekstil.
3. Mobiliti Sosial.
 Perkembangan Revolusi Perindustrian menyebabkan taraf hidup eehuigan pekerja meningkat.
 Berlaku mobiliti sosial dalam masyarakat Jerman.
 Perubahan mi sejajar dengan peningkatan dalam pendapatan.
 Perubahan dalam mobiliti sosial melahirkan golongan kelas menengah dalam masyarakat.
 Misalnya, kemunculan kelas-kelas pengusaha industri yeeng haharu di Jerman seperti Siemens dan
Martin yang terkenal dengan kejuruteraan elektrik.
4. Kemunculan Kelas Baru.
 Perkembangan dalam Revolusi Perindustrian juga telah mewujudkan kelas baharu dalam masyarakat
industri, iaitu kelas kapitalis dan kelas pekerja.
 Kelas kapitalis terdiri daripada pemilik kilang dan pengusaha lombong.
 Misalnya, Alfred Krupp, Siemens, dan Martin.
 Kelas pekerja pula terdiri elaripada buruh dan pekerja kilang yang bekerja di kilang tekstil, kilang kimia,
dan kejuruteraan elektrik.
5. Urbanisasi.
 Perkembangan dalam bidang perindustrian telah membawa kepada perpindahan peduduk dan
kawasan luar bandar ke kawasan bandar.
 Hal mi lelah membawa pertambahan penduduk dalam kawasan bandar seterusnya nwwujudkan
masyarakat yang berorientasikan industri di bandar
 Misalnya, di kawasan Ruhr, Saxony, Silesia, dan Berlin. Bilangan penduduk yang semakin ramai telah
membawa pertambahan dalam peluang pekerjaan di kawasan industri.
 Buktinya, bilangan pekerja dalam industri telah meningkat daripada 120 000 orang antara tahun 1863
hingga tahun 1865 kepada 570 000 orang pada tahun 1906.
 Urbanisasi turut membawa perkembangan dalam sistem pengangkutan di Jerman. Misalnya,
pembinaan jalan kereta api. Landasan kereta api telah dibina dengan pesat pada tahun 1870.
 Perkembangan dalam pengangkutan terutama kereta api telah menyebabkan firma di Borsig muncul
sebagai pengeluar utama kereta api.
 Bandar menjadi tempat tumpuan menjalankan perniagaan apbl wujud sistem perbankan yg sistematik
di Jerman.
 Misalnya, pada tahun 1840-an, Bank of Prusia menjalankan perniagaan perbankan sebagai joint stock
dalam pengeluaran kredit serta menyediakan pelaburan kapital.
 Sistem perbankan di Jerman dikawal oleh D Bank, iaitu penggabungan empat buah bank utama di
Jerman yang terdiri daripada Disconto Gesellschaft of Stuttgart (1851), Deutsche Bank (1870),
Darmstadter Bank (1870), dan Dresdener Bank (1872).
6. Kawalan Kerajaan.
 Kerajaan Jerman mengawal perkembangan ekonomi dan pemikiran masyarakat industri di Jerman.
 Antaranya, mengadakan undang-undang insurans sosial yang dikuatkuasakan pada tahun 1883.
 Kerajaan juga memanipulasi pengeluaran akhbar sebagai sam langkah mengawal pemikiran rakyat.
 Seterusnya, kerajaan telah mengenakan tarifke atas barangan import supaya barangan import tidak
bersaing dengan barangan tempatan dan mengekalkan nilai mata wang.
 Kerajaan Jerman juga memberi tumpuan kepada kilang pengeluaran peralatan tentera dan senjata di
Eropah.
Kesimpulannya,
 masyarakat industri di Jerman merupakan masyarakat yang gigih berusaha dalam memajukan
ekonomi Negara mereka.
 Perkembangan perindustrian telah membawa Jerman muncul sebagai kuasa imperalis untuk
mendapatkan lebih banyak bahan mentah.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
62
Bandingkan ciri-ciri masyarakat industri di England dan Jerman pada abad ke-18 hingga abad ke-19

Pendahuluan.
 Masyarakat industri merujuk kepada masyarakat yang terlibat dalam bidang perindustrian.
 Masyarakat industri juga merujuk kepada masyarakat yang terlibat dalam pengeluaran barangan serta
perkhidmatan dengan menggunakan mesin.
 Revolusi perindustrian bermula di England selepas tahun 1750.
 Revolusi mi bermula di England selepas berlaku perubahan yang pesat dalam bidang pertanian.
 Masyarakat industri di England berkembang pesat dalam sektor pertanian dan menyumbang kepada
pertambahan pengeluaran makanan di England.
 Masyarakat industri di Jerman lahir ileiripada kesan ledakan revolusi industri selepas berlaku di
England pada tahun 1860-an hingga tahun 1914.
 Kesan daripada revolusi ml, kerajaan telah memberi tumpuan untuk memajukan kemudahan
infrastruktur seperti sistem pengangkutan dan komunikasi.
 Kerajaan juga mewujudkan lebih banyak kilang bagi menjana pertumbuhan ekonomi.

1. Kegiatan ekonomi.
 Masyarakat industri di England menjalankan kegiatan ekonomi yang memberi tumpuan kepada
pengeluaran secara besar-besaran.
 Masyarakat industri di England terkenal dengan perusahaan tekstil.
 Perusahaan tekstil merupakan perusahaan yang tertua di England.
 Kilang kain kapas yang pertama didirikan pada tahun 1790.
 Perkembangan industri mi telah memaksa berlbu-ribu tenaga kerja diambil untuk menghasilkan
barangan tekstil di England.
 Selain itu, aktiviti ekonomi msyrkt industri di England juga tertumpu krpada sektor perlombongan.
 Sektor perlombongan telah menjadi pengeluar bekalan bahan mentah yang banyak seperti arang batu
dan bijih besi. Bekalan ini datang dari wilayah New Castle dan Wales.
 Menjelang tahun 1860, England terlebih mendahului negara-negara lain dalam pengeluaran arang
batu dan muncul pelbagai pengeluar keluli terbesar di dunia.
 Buktinya, pada tahun 1860, England mengeluarkan 80 juta tan metrik arang batu dan 225 000 tan
metrik keluli.
Manakala;
 Masyarakat industri di Jerman pula tertumpu dalam bidang pertanian
 Antara tahun 1905 hingga tahun 1912, Jerman telah mendahului negara dalam pengeluaran hasil
pertanian seperti gandum, barli, oat, jagung, ubi kentang.
 Mereka mencapai banyak kemajuan dalam bidang pertanian disebabkan oleh kemajuan dalam
teknologi yang telah meningkatkan mekanisme dalam kegiatan pertanian.
 Sebagai contoh, masalah pembajakan tanah dapat diatasi apabila traktor dicipta bagi menggantikan
penggunaan kuda.
 Selain itu, Humphry Davy telah membuat kajian saintifik tentang tanah dan hasil kajian tersebut telah
diterbitkan dalam sebuah buku ilmiah.
 Buku ilmiah tersebut mengemukakan cadangan bagi mengatasi masalah kesuburan tanah dan
tanaman.
 Pada tahun 1840, Justus von Leibig yang merupakan saintis Jerman telah menemui formula untuk
menghasilkan baja tiruan.
 Selain itu, petani turut memperkenalkan sistem pertanian campuran iaitu menternak lembu dengan
diselangi oleh penanaman bijirin khasnya jagung dan ubi kentang.
 Aktiviti ekonomi Jerman juga tertumpu kepada sektor perindustrian.
 Longgokan sumber bahan mentah yang banyak seperti arang batu, bijih besi, dan bijih timah di Ruhr,
Lorraine, dan Silesia pada abad ke- 19 telah menyumbang kpd perkembangan perindustrian di Jerman.
 Pada masa mi, muncul pengusaha terkemuka seperti Alfred Krupp yang mengeluarkan barangan alat
ganti yang berkualiti tinggi dan peralatan besi.
 Kemajuan dalam industri kulit telah melahirkan perubahan dalam gaya hidup mewah, pertambahan
sistem komunikasi dan pengangkutan, kehidupan yang lebih sihat, dan mementingkan pendidikan.
____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
63

 Selain itu, pembangunan industri tekstil berlaku di Jerman yang tertumpu di wilayah Rhineland,
Saxony, dan Silesia.
 Bandar Berlin memainkan peranan dalam pembangunan industri tekstil dengan mengeluarkan mesin-
mesin bagi meningkatkan pengeluaran tekstil di Jerman.
 Seterusnya, industri perkapalan dimajukan di Bremen, Hamburg, dan Elby.

 Aktiviti ekonomi perindustrian Jerman turut berkembang dengan ciptaan baharu yang mencetuskan
inovasi baharu dalam teknologi di Jerman seperti industri kimia dan elektrik.
 Perkembangan dalam industri elektrik adalah disebabkan oleh permintaan yang tinggi untuk barangan
elektrik dan Jerman telah muncul sebagai negara pertama untuk menghasilkan barangan elektrik pada
1913.

 Jerman juga menjalankan perdagangan antarabangsa.


 Hal mi dapat dilihat pada tahun 1870-an apabila berlaku perkembangan pesat dalam perindustrian di
Jerman. Perkembangan yang pesat mi menyebabkan pertambahan dalam eksport sehingga
mencetuskan masalah dalam memasarkan barangan dan mendapatkan lebih banyak sumber bahan
mentah.

 Kesan daripada perkembangan tersebut, peluasan wilayah perlu dilakukan untuk meluaskan
perdagangan di samping untuk mendapatkan tanah jajahan.
 Oleh yang demikian, pada tahun 1897, Jerman menjalin hubungan perdagangan dengan China bagi
mendapatkan arang batu serta membina pangkalan tentera di sana.

2. Pengkhususan kerja.
 Masyarakat industri di England mempunyai pengkhususan pekerjaan.
 Hal mi disebabkan penggunaan mesin secara meluas telah menyebabkan berlakunya pengkhususan
pekerjaan.
 Misalnya, penciptaan mesin pertanian seperti mesin menyemai benih oleh Jethro Tull, iaitu sejenis
bajak yang menboIehkan proses pembajakan berjalan lancar yang dicipta pada tahun 1700.
 Penggunaan jentera mi telah menambah pengeluaran hasil pertanian.
 pekerja-pekerja tertumpu dalam sektor perkilangan kerana wujudnya banyak peluang pekerjaan
akibat pembukaan kilang-kilang industri.
Manakala;
 Penggunaan mesin secara meluas di Jerman telah menyebabkan berlakunya pengkhususan pekerjaan.
 Pekerja tertumpu dalam sektor perkilangan. Misalnya, dalam industri tekstil, di wilayah Rhineland,
Saxony, dan Sitesia.
 Manakala, masyarakat di bandar Berlin pula lebih menumpukan kepada pengeluaran mesin tekstil.

3. Mobiliti Sosial.
 Berlaku mobiliti sosial dalam masyarakat industri di England.
 Mobiliti ini telah menyebabkan taraf hidup golongan pekerja meningkat dan berlaku peningkatan
dalam pendapatan golongan pertengahan.
 Seterusnya pcrkembangan ini melahirkan golongan kelas menengah dalam masyarakat.
Manakala
 Perkembangan revolusi perindustrian Jerman menyebabkan taraf hidup golongan pekerja meningkat.
 Berlaku mobiliti sosial dalam masyarakat Jerman.
 perubahan mi sejajar dengan peningkatan dalam pendapatan.
 Perubahan dalam mobiliti sosial melahirkan golongan kelas menengah dalam masyarakat.
 Misalnya, kemunculan kelas-kelas pengusaha industri yang baharu di Jerman seperti Siemens dan
Martin yang terkenal dalam kejuruteraan elektrik.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
64

4. Kemunculan Kelas Baharu.


 Kemunculan kelas baharu juga berlaku dalam masyarakat industri di England.
 Jika dalam masyarakat tradisional, struktur masyarakat terdiri daripada golongan bangsawan, pemilik
tanah, pedagang, tukang, dan petani.
 Kelas dalam masyarakat industri pula terdiri daripada dua kelas, iaitu kelas kapitalis dan kelas pekerja.
 Kelas kapitalis terdiri daripada pemilik kilang dan pengusaha lombong.
 Kelas pekerja pula terdiri daripada buruh dan pekerja kilang.
Manakala;
 Di Jerman juga berlaku kemunculan kelas baharu dalam masyarakat industri, iaitu kelas kapitalis dan
kelas pekerja.
 Kelas kapitalis terdiri daripada prniilik kilang dan pengusaha lombong.
 Misalnya, Alfred Krupp, Siemens, Martin.
 Kelas pekerja terdiri daripada buruh dan pekerja kilang yang bekerja di kilang tekstil, kilang kimia, dan
kejuruteraan elektrik.

5. Urbanisasi.
 Masyarakat industri di England tinggal di bandar-bandar.
 Golongan muda berhijrah ke bandar untuk mendapatkan pekerjaan dan membawa kepada hubungan
kekeluargaan yang longgar.
 Selain itu, berlaku juga penghijrahan penduduk dari luar Bandar ke bandar.
 Misalnya, penduduk Ireland berhijrah ke bandar-bandar besar di England.
 Tumpuan penduduk mi membawa kepada pembandaran di England.
Manakala;
 Hal yang sama berlaku di Jerman.
 Perpindahan peduduk dan kawasan luar bandar ke kawasan bandar telah membawa kepada
pertambahan penduduk dalam kawasan bandar
 seterusnya mewujudkan masyarakat yang berorientasikan industri di bandar.
 Misalnya, di kawasan Ruhr, Saxony, Silesia, dan Berlin.
 Bilangan penduduk yang semakin ramai telah membawa pertambahan dalam peluang pekerjaan di
kawasan industri.
 Buktinya, bilangan pekerja dalam industri telah meningkat daripada 120 000 orang antara tahun 1863
hingga tahun 1865 kepada 570 000 orang pada tahun 1906.

 Urbanisasi juga turut membawa perkembangan dalam sistem pengangkutan di Jerman.


 Misalnya, pembinaan jalan kereta api. Landasan kereta api telah dibina dengan pesat pada tahun
1870.
 Perkembangan dalam pengangkutan terutama kereta api telah menyebabkan firma di Borsig telah
muncul sebagai pengeluar utama kereta api.
 Banclar juga menjadi tempat tumpuan menjalankan perniagaan apabila mewujudkan sistem
perbankan yang sistematik di Jerman.
 Misalnya, pada tahun 1840-an, Bank of Prusia menjalankan perniagaan perbankan sebagai joint stock
dalam pengeluaran kredit serta menyediakan pelaburan kapital.
 Sistem perbankan di Jerman dikawal oleh D Bank, iaitu penggabungan empat buah bank utama di
Jerman, iaitu Disconto Gesellschaft of Stuttgart (1851), Deutsche Bank (1870), Darmstadter Bank
(1870), dan Dresdener Bank (1872).

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
65

6. Masyarakat berpendidikan.
 Seterusnya, masyarakat industri di England merupakan masyarakat berpendidikan.
 Kegiatan perindustrian telah melahirkan masyarakat dan kelas pertengahan dalam bidang ekonomi
dan pendidikan dan mereka berjuang menyuarakan kepentingan mereka.
 Perjuangan mereka adalah melalui parlimen.
 Perjuangan mereka berjaya pada pertengahan abad ke- 18 apabila parlimen England mempunyai 61
wakil daripada kelas pertengahan.
 Mereka berjaya memperjuangkan hak mereka dan melindungi kepentingan ekonomi dengan
meluluskan akta—akta perdagangan.

 Masyarakat industri di England juga mempunyai semangat keusahawanan.


 Semangat keusahawanan yang muncul mi membawa kepada daya kreativiti dan inovatif tokoh-tokoh
perindustrian Britain seperti James Watt dan Matthew Boulton.
 James Watt misalnya telah membaiki ciptaan Thomas Newcomen pada tahun 1763.
 Penambahbaikan mi telah berupaya menghasilkan tenaga yang lebih efisien.
 James Watt telah menubuhkan syarikat usaha sama dengan Matthew Boulton.
 Syarikat mi telah mengeluarkan enjin berkuasa wap untuk pasaran domestik dan antarabangsa pada
tahun 1780-an.
 Perkembangan mi membawa kepada perdagangan antarabangsa.
Manakala;
 Kerajaan Jerman pula mengawal perkembangan ekonomi dan pemikiran masyarakat industri di
Jerman.
 Antaranya, mengadakan undang-undang insurans sosial dan undang-undang mi dikuatkuasakan pada
1883.
 Kerajaan juga memanipulasi pengeluaran akhbar sebagai satu Iangkah mengawal pemikiran rakyat.
 Seterusnya, kerajaan telah mengenakan tarif ke atas barangan import barangan import tidak bersaing
dengan barangan tempatan dan mengekaIkan nilai mata wang.
 Kerajaan Jerman juga turut memberi tumpuan krpaIi kilang pengeluaran peralatan tentera dan senjata
di Eropah.

Kesimpulannya,
 masyarakat industri di England cukup mahir dalam prlbgai bidang khususnya bidang pertanian
sehingga berjaya menyumbang kepada Revolusi Perindustrian di England.
 Perkembangan Revolusi Perindustrian di England telah membawa kepada kemunculan England kuasa
imperialis baharu pada akhir abad ke—19.
 Masyarakat industry di Jerman pula merupakan masyarakat yang berusaha dalam memajukan lagi
ekonomi mereka.
 perkembangan perindustrian di mereka telah membawa Jerman muncul sebagai kuasa imperalis
untuk mendapatkan lebih banyak bahan mentah.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
66

TEMA 2:
PEMERINTAHAN
DAN
PENTADBIRAN

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
67
Bincangkan kedudukan dan peranan Maharaja Ming dan Manchu antara abad ke-16 hingga abad ke-20.

Pendahuluan.
 Abad ke-16 hingga 20, China diperintah oleh para Maharaja dan Dinasti Ming dan Manchu
 Dinasti Ming diasaskan oleh Chu Yuan Chang setelah mengusir bangsa MongoL
 Dinasti Ming mencapai kegemilangannya pada zaman pemerintahan Maharaja Yung Lo.
 Pemerintahan Ching bermula dengan pemerintahan Maharaja Shun Shih pada tahun 1644.
 Bangsa Manchu merupakan bangsa asing yang menjajah China, mereka mengekalkan sistem
pernerintahan mengikut tradisi China bagi mendapatkan kesetiaan daripada rakyat.
 Antara 1644- 1911, terdapat 10 maharaja Manchu, antaranya Chia-Ching, Tao Kung-hsu, dan Twig
Chih.
 Pemerintahan Maharaja Manchu di China berakhir pada 1912, apabila Maharaja Hsuan Twig
dijatuhkan dalam Revolusi 1911.

1. Kedudukan Maharaja.
 Para Maharaja Dinasti Ming dan Ching mempunyai kedudukan tertinggi pemerintahan China.
 Bagi menggambarkan ketinggian darjatnya, Maharaja menggunakan gelaran “Huang Ti” (The Great
King), dan “Tien Tzu” (putera syurga).
 Maharaja juga menduduki takhta naga, dan sesiapa yang mengadap raja mesti melakukan upacara
“kowtow” di hadapan Maharaja bagi menghormatinya.
 Namun begitu pada zaman akhir pemerintahan Manchu, kedudukan maharaja hanyalah sebagai
boneka kepada pemerintah di belakang tabir seperti Maharani Dowager Tzu Hsi.
 Selepas kematian Maharaja Kuang Hsu,t idak ada maharaja yang berwibawa dan dihormati.
 Pengganti maharaja iaitu Maharaja Hsuan Tung (Pu Ti) baru berusia 3 thn sewaktu ditabalkan sbg
Maharaja.
 Baginda merupakan maharaja China yang terakhir

2. Sebagai Ketua Pemerintah negara


 Maharaja merupakan ketua bagi kerajaan pusat dan pelaksana “mandat dan syurga”.
 Maharaja merupakan pemerintah autokrasi yang bertanggungjawab terhadap kebajikan rakyatnya
serta kemakmuran negera.
 Maharaja menjalankan upacara-upacara tertentu, bagi menjaga keharmonian antara bumi dan syurga.
 Apabila bencana alam terjadi, keadaan tidak harmoni mi mestilah ditebus oleh maharaja.
 Dosa dan kesalahannya, dianggap telah menyebabkan bencana-bencana itu.
 Melalui kedudukan eksekutithya baginda menentukan semua polisi & mentadbir melalui wakil-
wakilnya.
 Ini disebabkan oleh Maharaja tidak dapat melaksanakan kesemua tugasnya yang sangat banyak
 Walaupun, Maharaja berkuasa mutlak, tetapi maharaja sebenarnya dikawal oleh undang-undang
moral Confucius, kod undang-undang dan anggota-anggota Majlis Tertinggi.
 Abad ke-19, menyaksikan kemerosotan kuasa Maharaja, kerana rakyat beranggapan bahawa
Maharaja sudah kehilangan “mandat dari syurga”.
 Pada masa itu, China sering dilanda bencana yang memusnahkan hasil pertanian.
 Akibatnya berlaku Pemberontakan Taiping (1852) bagi mengguIingkan Maharaja Hsien-feng.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
68
3. Sebagai penentu dasar luar negara
 Maharaja Ming clan Ching pada abad ke-16 hingga pertengahan abad ke-19, mengadakan dasar tutup
pintu kepada bangsa asing yang dianggap sebagai orang gasar”.
 Mereka menganggap negara asing tidak setaraf dengan China.
 OIeh itu, hubungan diplomatic hyn dijalankan berdasarkan hubungan sistem uftian dan perdagangan
terhad.
 Pada pertengahan abad ke-19, China mulai diasak oleh kuasa-kuasa impenialisme Barat
 Di sebalik asakan Barat itu, maharaja China masih menganggap China sebagai “Middle Kingdom”, yang
bertamadun dan tidak menghiraukan tuntutan mereka.
 Keadaan mi berubah setelah kekalahan China di tangan kuasa Barat dalam perang Candu Kedua
(1860),
 dasar tutup pintu telah dimansuhkan. Maharaja Hsien ielah mengeluarkan dikri bagi menubuhkan
institusi Tsungli Yamen (Pejabat hal ehwal luar) pada 20 Januari 1861 bagi mengurus hubungan China
dengan negara-negara luar seperti Rusia, Jepun, Amerika, Britain dan Perancis.

4. Sebagai penaung ilmu pengetahuan


 Maharaja merupakan pendokong ajaran Confhcius.
 Peperiksaan awam peringkat akhir mesti diadakan di hadapannya, untuk memilih pegawai kerajaan.
 Mereka mestilah dilengkapi dengan ajaran Confusius kerana Maharaja menganggap pemikiran asing
sebagai tidak bertamadun.
 Oleh kerana, peperiksaan tersebut beasaskan kaedah hafalan teks-teks klasik dan bukannya
mementingkan pemikiran asli, pegawai-pegawai yang dilantik, didapati tidak bersedia untuk
menyesuaikan diri dengan perkembangan semasa.
 Oleh itu, Maharaja Kuang Hsu telah mengeluarkan dikri bagi menggantikan teks klasik dalam
peperiksaan awam kepada esei berkenaan isu semasa.
 Maharaja juga menubuhkan Uriiversiti Kemaharajaan di Peking dan sekolah moden yang mengajar
pengajaran China dan Barat bagi mempertingkatkan ilmu pengetahuan rakyatnya.

Kesimpulannya,
 para Maharaja Ming dan Ching mempunyai kedudukan yang tinggi dan telah memainkan penman
penting dalam pelbagai bidang.
 Peredaran masa menyebabkan kedudukan dan kuasa mereka terhakis dan akhirnya menyebabkan
kejatuhan institusi tersebut pada awal abad ke-20.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
69
Sejauh manakah kemerosotan Dinasti C’hing pada abad ke-19 disebabkan oleh kelemahan golongan
Mandarin.

Pendahuluan.
 Pemerintahan Dinasti C’hing berlangsung dari tahun 1644 hingga 1911, iaitu selama 267 tahun.
 Sepanjang pemerintahan, seramai 10 orang maharaja Manchu telah memerintah China, antaranya
ialah Maharaja K’ang-hsi (1662-1722), Maharaja Chi’ien-Iung (1736-1795), Tao-kuang (1820-1850) dan
lain-lain.
 Namun begitu, tahun-tahun terakhir pemerintahan Maharaja Chi’ien-lung memperlihatkan permulaan
kemerosotan moral dan intelektual dalam kepimpinan China, sehingga menjadi begitu ketara pada
abad yang ke-19.
 Golongan Mandarin ialah golongan pembesar yang berkhidmat memberi nasihat kepada Maharaja
dan menjalankan urusan pentadbiran.

Faktor Golongan Mandarin menyebabkan Kemerosotan Dinasti Ching

1. Peperiksaan golongan mandarin awam ketinggalan zaman.


 Cara memasuki golongan Mandarin ialah melalui peperiksaan awam mengenai karya-karya klasik
Confucius.
 Proses ini memakan masa yang lama dan berakhir dengan peperiksaan di Peking bagi ijazah Kung-shih
(Sajana), yang melayakkannya mengambil peperiksaan istana yang diawasi sendiri oleh Maharaja bagi
mendapat ijazah chin-shih (ijazah tertinggi).
 Menjelang abad ke-19, sistem ini telah ketinggalan zaman kerana lulusannya hanya menghafal karya-
karya kiasik tanpa mempunyai pemikiran asli yang sesuai dengan dunia sekeliling mereka.
 Pelajaran dan latihan yang mereka terima tidak menyediakan mereka untuk membuat pembaharuan.

2. Golongan mandarin mempunyai pemikiran konservatif.


 Hasil dan pendidikan itu, golongan Mandarin mempunyai pemikiran yang konservatif dan tidak dapat
menyesuaikannya dengan kehendak semasa dan tidak langsung bersedia untuk menangani alaf baru
yang dihadapi China terutamanya masalah ancaman kuasa-kuasa Barat.
 Kegagalan mereka memahami dunia Barat menyebabkan mereka tidak mempunyai hubungan secara
langsung dengan orang asing dan tidak mengindahkan ancaman Barat, bahkan mereka
mengharamkan penduduk China dan menggunakan kaedah dari jentera Barat.
 Mereka menganggap kebudayaan dan tamadun Barat tidak mempunyai sebarang nilai.
 Perasaan tinggi diri dengan menganggap mereka sebagai pembawa kebudayaan yang paling tinggi
sehingga menganggap orang Barat sebagai orang gasar.

3. Golongan Mandarin mengamalkan rasuah dalam pentadbiran.


 Golongan Mandarin juga mengamalkan rasuah dan mengumpul kekayaan peribadi.
 Kerajaan Ching dilemahkan lagi dengan amalan rasuah yang menular dengan luas dalarn kalangan
golongan Mandarin.
 Gaji yang diterima oleh golongan Mandarin sangat kecil, seorang pegawai tinggi hanya dibayar
sebanyak 180 tael setahun, manakala seorang gabenor-jeneral menerima sebanyak 155 tael setahun.
 Menjelang abad ke-19, satu “sistem hadiah” dijalankan di mana pegawai-pegawai rendah memberi
hadiah apabila berurusan dengan pegawai-pegawai yang lebih tinggi kedudukannya.
 Pegawai-pegawai itu pula menerima “hadiah” danipada orang awam yang memerlukan perkhidmatan
mereka.
 Amalan rasuah telah melemahkan kerajaan C’hing dan menghalang kemajuan negeri China.
 Pegawai-pegawai kerajaan lebih mementingkan diri sendiri dan bukannya kepentingan negara.
 Kesan jangka panjang menyebabkan kerajaan dan pentadbiran tidak dihormati oleh rakyat dan ini
membawa kemerosotan kepada Dinasti C’hing.
 Rakyat yang terbeban oleh “cukai-cukai” tidak rasmi itu akhimya bangun memberontak.
 Akibatnya berlakunya huru-hara dalam negeri yang meluas pada abad ke-19.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
70
Faktor-faktor lain

4. Kemerosotan ekonomi China.


 Walau bagaimanapun, terdapat juga faktor-faktor lain yang membawa kepada berlakunya
kemerosotan Dinasti C’hing.
 Kelemahan itu juga berkaitan dengan kemerosotan ekonomi China.
 Menjelang pertengahan abad ke-19, keadaan perbendaharaan negeri China telah merosot dari 70 juta
tael pada awal abad ke-19, kepada hanya 8 juta tael sahaja pada tahun 1850.
 Menjelang tahun 1860, negeri China menghadapi kekurangan belanjawan sebanyak 10 juta tael.
 Dalam tempoh yang sama, negeri China mengalami imbangan perdagangan negatif, sementara nilai
tael merosot akibat turunnya kadar pertukaran antara perak dan emas.
 Mata wang China pada masa itu berdasarkan perak dan ini menyebabkan nilainya jatuh.
 Perkembangan ekonomi yang berlaku dalam tempoh tersebut tidak membawa keuntungan ekonomi
kepada kerajaan.
 Kerajaan C’hing yang tidak mampu mencari penyelesaian bagi masalah ekonominya terpaksa
menanggung hutang yang banyak.
 Penguasaan asing dalam bidang ekonomi juga turut memburukkan lagi keadaan.

5. ancaman pencerobohan
 Selain itu, pada abad ke-19 juga China sedang menghadapi ancaman pencerobohan asing seperti
British, Perancis, Rusia dan Jepun.
 Peperangan menentang pencerobohan asing telah menyebabkan China kehilangan banyak
wilayahnya.
 Perang Chandu (1843-1842) telah mengakibatkan kehilangan Hong Kong, pembukaan lima buah
pelabuhan kepada pihak asing dan pembayaran pampasan yang banyak.
 Perang Inggeris-China yang kedua telah mengakibatkan penyerahan Kowloon, pembukaan lebih
banyak pelabuhan dan bayaran pampasan.
 Pada tahun 1860, ibu negara China, Peking telah ditakluki oleh tentera British dan Perancis.
 Maharaja terpaksa melarikan diri dan istana musim panasnya telah dibakar.

Kesimpulannya,
 Kemerosotan kuasa Manchu yang menerajui Dinasti C’hing pada abad ke-19, sebahagian besarnya
adalah diakibatkan oleh kegagalan golongan Mandarin untuk menyambut dengan berkesan segala
cabaran pihak Barat ke atas China.
 Amalan rasuah oleh golongan itu juga telah menyebabkan berlakunya pemberontakan rakyat dan
pada masa yang sama, mereka gagal menghadapi peneerobohan asing ke atas China.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
71
Bincangkan institusi pemerintahan beraja di China

Pendahuluan.
 Negara China merupakan negara yang mengamalkan raja atau monarki mutlak pada abad ke-16
sehingga akhir abad ke-20.
 Sistem maharaja yang diamalkan mi memperlihatkan pemerintahan beraja mengikut amalan yang
diguna pakai oleh masyarakat China.
 Dalam masyarakat China, sistem maharaja menduduki hierarki teratas dalam struktur sosial dan
merupakan kuasa penentu dalam pentadbiran kerajaan.

1. Kedudukan Maharaja.
 Institusi beraja memperlihatkan kedudukan maharaja sangat penting dalam masyarakat China,
mempunyai kuasa yang cukup besar serta merupakan perlambangan kedudukan kerajaan.
 Pegangan konsep beraja mi menjadi penentu kepada maharaja dalam mempertahankan
pemerintahannya.
 Kedudukan politik maharaja dilegitimasikan berdasarkan konsep mandate of heaven atau mandat dan
syurga.
 Maharaja dikatakan sebagai wakil dan syurga atau ‘anak syurga’ dan mendapat kuasa spiritual yang
tidak terhingga.
 Konsep mi juga menjelaskan bahawa maharaja dianugerahkan kuasa memerintah oleh Tuhan.
 Melalui konsep mandat dan syurga, maharaja menduduki hierarki teratas dalam susunan masyarakat
dan merupakan individu yang paling berkuasa dalam kerajaan.
 Maharaja juga dianggap sebagai anak syurga yang diberi mandat untuk memerintah di atas muka
bumi.

2. Peranan Maharaja; pemerintahan.


 Dalam bidang eksekutif, maharaja mempunyai kuasa untuk memutuskan dasar kerajaan, melantik dan
melucutkan jawatan pegawai-pegawai kerajaan, serta mengurniakan gelaran.
 Maharaja China berkuasa mutlak dalam melantik pegawai-pegawai mentadbir wilayah dan daerah
yang menjalankan tugas di bawah arahannya.
 Pentadbiran dan pemerintahan maharaja dilaksanakan melalui sistem berpusat, iaitu kuasa
pentadbiran pusat berada di tangan maharaja yang seterusnya dipecahkan kepada beberapa unit,
iaitu Sekretariat Agung, Majlis Tertinggi (6 Badan Menteri), dan Censorate (Lembaga Penapis).

 Bagi melicinkan pemerintahan, maharaja membahagikan pentadbiran kepada tiga fasa, iaitu
pentadbiran awam, pentadbiran ketenteraan, dan pentadbiran tempatan di bawah badan pengawas.
 Maharaja dibantu oleh Majlis Tertinggi yang menjadi badan penasihat utama dan terbahagi kepada
enam kementerian, iaitu Kementerian Personal, Kementerian Kewangan, Kementerjan Adat,
Kementerian Perang, Kementerian Keadilan, dan Kementerian Kerja Raya.
 Selain itu, demi memastikan amanah dan kesetiaan pembesar, maharaja turut menubuhkan Lembaga
Penapis yang bertindak sebagai mata dan telinga kepada maharaja bagi memaklumkan segala aktiviti-
aktiviti pembesar China.

3. Peranan Maharaja; pentadbiran.


 Seterusnya, pada peringkat wilayah pula, maharaja Ming membahagikan empayarnya kepada 15
wilayah yang seterusnya dipecahkan kepada unit-unit tempatan yang lebih kecil.
 Struktur organisasi pentadbiran pada peringkat wilayah mi diketuai oleh seorang pesuruhjaya yang
dibantu oleh dua orang pegawai, iaitu hakim dan komander tentera wilayah.
 Maharaja Ming juga menyerahkan urusan pemerintahan wilayahnya kepada pegawai awam, pegawai
tentera, dan pegawai pengawas.
 Selain itu, pentadbiran pegawai awam di daerah pula ditadbir urus oleh 6 orang menteri yang terdiri
daripada Menteri Personal, Menteri Kewangan, Menteri Adat, Menteri Perang, Menteri Keadilan, dan
Menteri Kerja-kerja Awam.
 Menteri tersebut akan dibantu oleh gabenor bagi setiap daerah, penyelia wilayah, dan pegawai-
pegawai tempatan.
____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
72

 Namun begitu, Dinasti Ch’ing memperlihatkan pentadbiran wilayah diketuai oleh gabenor dan dibantu
oleh pegawai daerah yang dilantik oleh maharaja.
 Pentadbiran ketenteraan berada di bawah lima ketua suruhanjaya tentera yang mempunyai kuasa
kawalan ke atas wilayah tertentu.
 Malah, maharaja turut berperanan sebagai ketua tentera bagi seluruh empayarnya.
 Hal mi dibuktikan melalui usaha maharaja untuk mempertahankan negara dan serangan luar dan
meluaskan empayar pada awal kemunculan Dinasti Ming.

4. Peranan Maharaja; perundangan.


 Seterusnya, pemerintahan maharaja China adalah berkuasa mutlak dalam bidang perundangan.
 Antara tugas maharaja ialah menggubal undang-undang, mengendalikan kes rayuan serta memberi
pengampunan kepada seseorang yang didapati bersalah.
 Sistem perundangan China melaksanakan hukuman secara kolektif dan seseorang itu dianggap
bersalah sehingga terbukti dia tidak bersalah.

5. Peranan Maharaja; ekonomi.


 Di samping itu juga, maharaja China menguasai segala sumber ekonomi negara seperti pungutan
cukai, hasil bumi, perdagangan, dan sebagainya.
 Hal mi diperkuatkan lagi dengan pengiktirafan tanah sebagai hak maharaja.
 Maharaja memainkan peranan penting dalam urusan dasar luar negara.
 Dasar pemerintahan maharaja mi membawa kepada peluasan perdagangan dan perkembangan ilmu
Barat di China.
 Ini dapat dilihat melalui dasar keterbukaan semasa Dinasti Ming yang membenarkan kuasa Barat
masuk berdagang di China.
 Semasa pemerintahan Dinasti Ch’ing, iaitu pada abad ke-19 dan awal abad ke-20, Maharaja China
telah menjalankan dasar tutup pintu atau konsep pengasingan.
 Hal mi jelas menunjukkan peranan maharaja dalam menentukan urusan dasar luar negara.

6. Peranan Maharaja; keagamaan.


 Maharaja juga berkuasa dalam bidang keagamaan. Dalam bidang keagamaan, maharaja merupakan
ketua agama dan melantik ketua-ketua agama bagi mengendalikan hal ehwal keagamaan di China.
 Baginda juga mengetuai semua upacara pemujaan yang diadakan di dalam negara.

7. Peranan Maharaja; Intelektual.


 Peranan maharaja dalam bidang intelektual pula adalah penaung dalam bidang pembelajaran dan
memberi bantuan kewangan kepada golongan intelektual yang terlibat dalam menyelenggarakan
serta menerbitkan kitab dan ensikiopedia.
 Baginda turut terlibat dalam perkembangan ilmu pengetahuan dengan memberi ceramah kepada
pelajar-pelajar yang menuntut di Kolej Imperial.
 Malah, maharaja juga mengarahkan pengendalian peperiksaan awam serta terlibat dalam pemilihan
calon dalam peperiksaan awam di peringkat kebangsaan.

Kesimpulannya,
 Maharaja China berjaya mengekalkan kedudukan sebagai pemerintah yang berkuasa sehinggalah
kepada Perang Candu Pertama yang menyaksikan kekalahan pihak China dengan British.
 Keterpaksaan menandatangani perjanjian-perjanjian telah membawa padah kepada sistem
kemaharajaan China.
 Segala pembaharuan yang dilakukan untuk menaikkan semula imej kemaharajaan hanya menemui
kegagalan dan akhirnya sistem beraja China selama 267 tahun ditumbangkan dalam Revolusi 1911 di
China.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
73
Maharaja mempunyai kedudukan dan peranan penting dalam sistem pemerintahan di China pada abad kel6
hingga abad ke20. Bincangkan.

Pengenalan
• Sistem pemerintahan yang wujud di Negara China ialah “Sistem Maharaja”.
 Dalam sistem Maharaja seseorang Maharaja menduduki hierarki teratas dalam susunan masyarakat
dan merupakan individu yang paling berkuasa dalam kerajaan.
 Dalam diri maharaja — harus dilihat mempunyai kombinasi beberapa aspek antara falsafah Confucius
dan kepercayaan masyarakat dengan perlakuan-perlakuan politik semasa.
• Shih Huang Ti merupakan orang yang terawal menggunakan konsep maharaja.
• Dinasti Ching pula merupakan dinasti yang mewarisi sistem pemerintahan secara beraja/autokrasi.
• Sistem pemerintahan bercorak autokrasi yang di perintah oleh raja dan keluarga bangsawannya.
• Maharaja dibantu oleh kakitangan awam yang terdiri daripada kalangan golongan aristokrat dalam
menjalankan pentadbiran Negara.

Kedudukan Maharaja China

1. hierarki teratas
• Maharaja menduduki hierarki teratas dalam susunan masyarakat China dan mendapat penghormatan
tertinggi dan rakyat.
• Ajaran Confucius yang menekankan kesetiaan golongan rakyat kepada pemerintah.
• Mengikut ajaran confucianisme, kesetiaan merupakan punca kebahagian dan setiap pihak/individu
mempunyai tanggungjawab kepada pihak lain dan harus memenuhi tanggungjawab itu bagi
mewujudkan masyarakat yang harmoni.

2. Konsep mandate of heaven


• atau mandat dari syurga memberi kuasa dan kedudukan yang tidak terhingga kepada seseorang raja
atau maharaja China.
• Mandat mi menjelaskan tuhan menganugerahkan raja / maharaja dengan kuasa pemerintahan yang
tidak boleh dipersoalkan atas segala tindakan baginda sehinggalah ianya ditarik balik.
• Mandat mi perlu dijaga dengan rakyat perlu mendapat kemakmuran dalam kehidupan dan
pemerintahan maharaja tersebut.
• Sebarang malapetaka seperti kejadian banjir, kebuluran, penyebaran penyakit, kemarau, berlaku
peperangan/perebutan kuasa atau sebagainya menjadi petunjuk kepada kegagalan/penarikan mandat
dan tuhan dan perlu digantikan dengan maharaja lain.

3. kuasa mutlak .
• Maharaja China mempunyai kuasa mutlak secara teorinya dalam mengubal undang-undang, melantik
serta melucutkan pegawai-pegawai kerajaan di peringkat pusat, wilayah dan daerah.
• Maharaja mempunyai kedudukan dan peranan penting dalam sistem pemerintahan di China pada
abad kel6 hingga abad ke2O.

Peranan Maharaja China


1. Dari segi politik.
• Menjadi ketua Negara / pemerintah tertinggi yang mempunyai kuasa mutlak yang tidak boleh
dipersoalkan oleh mana-mana pihak.
• Pentadbir wilayah dan daerah hanya mendapat kuasa autonomi daripada maharaja.
• Melantik serta melucut j awatan pembesar/pegawai keraj aan di peringkat pusat, wilayah dan daerah.
• Memainkan peranan sebagai ketua Angkatan tentera dalam medan peperangan.
• Baginda bertanggungjawab dalam keselamatan Negara dan menentukan dasar-dasar pertahanan
Negara.
• Menandatangani perjanjian dengan kuasa-kuasa asing.
• Merupakan sumber rujukan undang-undang Negara. Segala pengendalian undang-undang perlu
mendapat persetujuan baginda termasuk soal pengampunan dan rayuan.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
74
2. Dari Segi Ekonomi
• Maharaj a menguasai semua sumber ekonomi seperti cukai, tanah, buruh dan lain-lain.
• Berperanan dalam menentukan dasar cukai negara dan segala perancangan ekonomi negara.
• Aktiviti Perdagangan luar perlu mendapat kebenaran dan restu baginda.
• Pemilikan tanah yang menjadi sumber / lambang kekayaan adalah dibawah kuasa mutlak maharaja.
• Baginda berhak untuk menganugerahkan atau menarik balik pemilikan tanah kepada individu yang
tertentu dan berjasa kepada Negara.

3. Dari Segi Sosial


• Maharaja memainkan peranan penting dalam soal keagamaan.
• Mengetuai segala upacara keagamaan.
• Melantik ketua agama bagi mengetuai upacara keagamaan, pemujaan dan hal-hal kerohanian.
• Sebagai penaung dalam bidang pembelajaran dan peperiksaan Awam yang dijalankan pada peringkat
pusat, wilayah dan daerah.
• Turut terlibat dalam memberi ceramah dan bantuan kewangan kepada kegiatan intelektual lain.

Kesimpulan
• China mempunyai sistem pemerintahan yang teratur terutamanya menjelang zaman Dinasti Ching.
• Maharaja yang menjalankan kuasa pemerintahan secara mutlak dengan bantuan pegawai-pegawai
kerajaan telah melahirkan kestabilan dalam politik, ekonomi dan sosial di China.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
75
Bincangkan peranan pembesar dalam sistem pemerintahan beraja di China

Pendahuluan.
 Pembesar bermakna pegawai-pegawai kerajaan yang dilantik oleh raja untuk menjawat jawatan
tertentu dan melaksanakan tugasnya dalam bidang kuasa yang diberikan.
 Pembesar melaksanakan tugas pemerintahan.
 Orang kedua penting dan berada pada paras kedua selepas kedudukan raja.
 Pembesar China terdiri daripada pembesar di peringkat pusat dan peringkat wilayah.
 Didominasi oleh golongan cerdik pandai (pegawai sarjana) di samping golongan bangsawan.
 Pembesar golongan sarjana merupakan pegawai mandarin yang dilantik oleh maharaja berdasarkan
kelulusan yang dicapai dalam Sistem Peperiksaan Awam.
 Pembesar wilayah dilantik oleh maharaja daripada kalangan bangsawan dan pemimpin tentera yang
telah berjasa kepada maharaja.

1. Membantu Maharaja.
 Maharaja China memecahkan pentadbiran kepada beberapa unit atau institusi, iaitu Sekretariat
Agung, Majlis Tertinggi (Enam Badan Menteri) dan Censorate atau Lembaga Penapis.
 Tugas sekretariat mi ialah membantu maharaja dalam menyelia dan menyelaras enam badan
kementerian dalam pentadbiran pusat.
 Mereka juga perlu memaklumkan kpd maharaja segala perjalanan dalam enam badan kementerian.
 Majlis Tertinggi pula menjadi badan penasihat yang terpenting kepada maharaja.
 Fungsi majlis mi ialah menjalankan urusan pemerintahan dan pentadbiran China.

 Majlis mi dibahagikan kepada enam kementerian.


 Setiap kementerian akan dikawal oleh seorang pegawai kanan yang dikenali sebagai Shangschu.
 Shangschu akan dibantu oleh beberapa pegawai rendah dalam setiap urusan berdasarkan
kementeriannya.
 Enam kementerian tersebut ialah Kementerian Personal, Kementerian Kewangan, Kementerian Adat,
Kementerian Perang, Kementerian Keadilan, dan Kementerian Kerja Raya.
 Selain itu, Lembaga Penapis atau Censorate menjadi mata dan telinga maharaja.
 Fungsi Censorate adalah memaklumkan segala aktiviti pembesar-pembesar China kepada maharaja
supaya maharaja dapat mengambil tindakan yang sewajarnya.

2. Mentadbir wilayah.
 Pembesar diberi kuasa autonomi dalam pentadbiran wilayah.
 Pembesar di peringkat wilayah dibantu oleh pembesar tempatan yang dikenali sebagai Gentry.
 Mereka membantu secara sukarela sebagai orang perantaraan antara pembesar dengan rakyat jelata
di kawasan mereka.
 Mereka sangat berpengaruh. Pembesar wilayah bukan golongan sarjana memiliki angkatan tentera
sendiri.
 Mereka bertanggungjawab menyediakan bantuan ketenteraan kepada pemerintah pusat di samping
menjaga wilayah mereka sendiri.
 Pentadbiran wilayah juga diuruskan oleh pegawai-pegawai pengawas kerajaan.
 Antara tugas utama ialah mengawasi aktiviti semua peringkat pentadbiran dan mendakwa pegawai-
pegawai yang menyeleweng serta mencadangkan perubahan dalam operasi kerajaan.

 Pada zaman pemerintahan Dinasti Ch’ing, Gabenor dilantik sebagai pentadbir wilayah.
 Gabenor berfungsi untuk menjaga urusan pentadbiran wilayah, menjaga keamanan dan ketenteran,
serta mengutip cukai untuk dihantar kepada pemerintahan pusat.
 Namun, kuasa Gabenor adalah tertakiuk kepada adat istiadat dan tradisi wilayah yang telah
ditetapkan dalam dikri diraja. Gabenor mestilah menjalankan tugasnya dengan lebih
bertanggungjawab dan sentiasa berhubung secara langsung dengan pemerintahan pusat.
 Pegawai-pegawai daerah yang dilantik oleh maharaja seperti Bendahari dan Hakim akan membantu
Gabenor dalam menjalankan tugasnya.
____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
76
3. ketua pasukan tentera
 Maharaja melantik pembesar-pembesar sebagai ketua pasukan tentera.
 Maharaja bergantung kepada ketua-ketua tentera untuk memulihkan keamanan dan kestabilan
politik.
 Ketua-ketua tentera mendapat kedudukan istimewa dalam sistem pentadbiran di China.
 Sebagai buktinya, maharaja telah mewujudkan Jabatan Perang sebagai salah sebuah daripada enam
jabatan lain yang membantu maharaja menjalankan pemerintahan.
 Seterusnya, golongan tentera juga dilantik sebagai pembesar dalam usaha untuk memastikan wilayah
itu berada dalam keadaan aman dan tenteram serta mematuhi segala arahan dan kerajaan pusat.

4. Memegang Jawatan kerajaan.


 Pembesar memegang jawatan kerajaan di peringkat pusat dan wilayah.
 Dasar yang digubal dilaksanakan di peringkat wilayah oleh pembesar bawahan dalam Jabatan Hal
Ehwal Negara.
 Mereka berperanan mengikut fungsi enam jabatan yang dibentuk di bawahnya, iaitu Jabatan
Kakitangan, Jabatan Upacara, Jabatan Tentera, Jabatan Kehakiman, dan Jabatan Kerja Awam.

5. Sarjana.
 Pembesar di China merupakan golongan terpelajar (sarjana) yang mempunyai darjat paling tinggi.
 Golongan mi dipilih sebagai pegawai kerajaan berdasarkan tahap peperiksaan awam yang mereka
lulus.
 Peperiksaan mi bertujuan memiih golongan sarjana yang layak untuk memegang jawatan pegawai
dalam perkhidmatan kerajaan.
 Mereka ditempatkan di kementeriankementerian penting yang melibatkan penggubalan dasar, iaitu
menganggotai Imperial Secretariat yang bertanggungjawab membuat dasar negara dan Imperial
Cancelory yang bertanggungjawab dalam meminda sesuatu dasar.

Kesimpulannya,
 Revolusi 1911 telah menamatkan pemermntahan Dinasti Ch’ing dan menamatkan kuasa maharaja
serta seterusnya kerajaan feudal.
 Penamatan pemerintahan beraja juga menghapuskan sistem pembesar di China dan digantikan
dengan Republik.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
77
Huraikan peranan Maharaja Rusia sehingga zaman Revolusi Rusia pada tahun 1917. [S2; STPM 2015]

Pendahuluan
• Maharaja Rusia digelar Tsar merupakan pemerintah mutlak dalam kerajaan monarki Rusia.
• Dinasti pemerintahan monarki ini berlangsung berabad-abad lamanya dan berakhir semasa Revolusi
Rusia.
• Maharaja Rusia berperanan penting dalam pemerintahan kerajaannya.
• Maharaja berada pada kedudukan tertinggi dimana rakyat perlu taat.
• Gelaran Tsar (Maharaja) digunakan oleh raja-raja Moscow.
• Berkuasa mutlak
• sebelum Revolusi Rusia 1917 raja mempunyai kuasa autokratik
• contoh: Ivan IV — menggubal undang-undang untuk melemahkan kedudukan orang Tartar di Rusia
• Hak istimewa
• Maharaja kebal dari segi undang-undang dan menjadi sumber rujukan undang-undang

Peranan
1. Ketua Negara
• Berkuasa mutlak dalam pentadbiran (Tzar Nicholas II)
• Dasar luar — menentukan hubungan luar negeri/ diplomatik

2. Melantik pembesar
• Berkuasa melantik menteri bagi mcngukuhkan kedudukan raja
• Berkuasa melucut dan memecat menteri yang menentang pemerintahan
• Memilih dan melantik menteri yang benar-benar boleh dipercayai dan berwibawa

3. Ketua tentera
• Bertanggungjawab memulih, menjaga keamanan dan keselamatan empayar Rusia.
• Mengetuai ekspedisi ketenteraan —dasar perluasan wilayah

4. Ketua agama
• Menyuburkan ajaran agama Kristian Ortodoks serta mempastikan rakyat sentiasa mematui
pengamalan agama
• Meminta mubaligh Kristian mempelajari bahasa masyarakat tempatan /
• Menghantar mubaligh tinggal bersama keluarga yang menjadi sasaran Maharaja

5. Peranan dalam social (huraian berdasarkan salah seorang Tsar sebagai contoh)

Alexander 1
 mengamalkan dasar liberal
 memberi peluang kepada orang buangan dari Siberia
 membebaskan fahaman politik
 melarang polis menyeksa rakyat Russia
 membebaskan hamba
 meluaskan university perubahan dasar liberal kpd kuasa muthlak

Nicholas 1 -
 Pelajar Universiti dipantau polis rahsia khas
 Pengajaran dan bacaan ahli falsafah dan sejarah diharamkan di university
 Jika ditangkap dihukum buang negeri ke Siberia

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
78
Peter The Great
 Pembaratan
 Perubahan penamplan diri – pegawai lelaki diminta mencukur janggut, mewajibkan berpakaian ala
Jerman dan Hungary, jika enggan kena bayar sejumlah cukai
 Pergaulan bebas – antara lelaki dan perempuan dan wajib hisap cerut
 Kebajikan rakyat
 Pembangunan pendidikan

6. Peranan dalam aspek Ekonomi


• Sumbangan dalam bidang industry pada abad k 19
• Sebelum abad ke 19 mempertahankan kegiatan ekonomi feudal

Kesimpulan
• Revolusi ini telah menamatkan pemerintahan monarki dan digantikan dengan pemerintahan republik
• manakala perubahan yang berlaku dalam bidang politik pada akhir abad ke -19 di Rusia menyebabkan
rakyat mula menentang pemerintahan monarki mütlak.
• Revolusi 1917 telab menyebabkan pemerintahan dinasti Romanov ditumbangkan.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
79
Peter The Great (1689-1725) merupakan pemerintah Rusia yang banyak melakukan pembaharuan datam
bidang politik. Bincangkan.

Pendahuluan.
 Peter merupakan remerintah Rusia antar 1689 hingga 1725
 Pernah mengembara hingga ke Eropah Barat seperti Jennan, Belanda, Austria.
 Kejayaan negara-negara tersebut mendorongnya memperkenalkan pelbagai pembaharuan
 Banyak pembaharuan dilakukan sehingga empayar Rusia mencapai kemajuan setanding negara
Eropah lain.
 Pembaharuan merangkumi aspek politik,, ekonomi, sosial dan peluasan kuasa

Pembaharuan-pembaharuan yang dilakukan oleh Peter The Great.

1. Pembaharuan politik
 Penyusuiian semula sistem pentadbiran yang diwarisi sejak era Moscow dari Dinasti Rurik.
 Penting utk melahirkan sist pentadbiran berpusat, seragam, cekap & tidak berlaku pertindihan kuasa.
 Pada 1711, Duma. iaitu Majlis Penasihat Tertinggi dan Zemskii Sabor (lebih rendah daripada Duma)
dan digantikan dengan Majlis Senate. Keanggotaan seramai sembilan orang. Majlis Senate dibantu
oleh Colleges.
 Pada 1718, Peter menekankan bahawa tanggungjawab membuat keputusan adalah secara kolektif
sebagal menggantilcan Prikazi (Pelaksana dasar) yang hanya memberikan laluan kepada individu
tertentu dalam membuat keputusan,
 Pada 1721, pusat pentadbiran dan ibu kota Rusia dipindahkan dari Moscow ke St.Petersburg.
 Pada 1914, St.Petersburg dlitukar nama kepada Petrograd.
 la ternyata dapat mengukuhkan kuasanya sebagai Tsar.

2. Pembaharuan ekonomi
 Sokongan kepada industri perkilangan membuat senjata, alatan teknikal perang dan pembuatan
makanan.
 Turut menumpukan kepada sektor pembuatan tekstil, kertas, kaca dan barangan kulit.
 Pertambahan bilangan kilang daripada 21 buah kepada 200 buah menjelang 1725.
 Kesannya Rusia menjadi pembekal besi utama untuk pasaran Eropah.

 Perbendaharaan negara turut ditambah untuk membiayai peperangan.


 Pengenalan pelbagai jenis cukai kepada penduduk tempatan.
 Pengenalan cukai tidak langsung terhadap barang keperluan harian menyebabkan perbendaharaan
negara bertambah dua kali ganda pada 1702.
 Pengenalan cukai kepala yang dibayar mengikut jumlah individu dalam isi rumah.
 Penduduk luar bandar seperti petani dan hamba perlu membayar 70-80 kopecks.
 Penduduk bandar dan saudagar dikecualikan cukai tetapi golongan profesional dan aristokrat perlu
membayar sebanyak 1 muble dan 20 kopecks. Cukai dibayar dalam bentuk tunai.

 Pengenalan kaedah banci


 Diperkenalkan iada 1719 bagi memastikan kutipan cukai kepala berjalan lancar.
 Ia dapat memastikan jumlah penduduk Rusia dan memudahkan kutipan cukai.
 Pertambahan penduduk menyebabkan pertambahan kutipan cukai kepala yang dapat
memperkukuhkm perbendaharaan negara.

3. Pembaratan
 Perubahan penampilan diri iaitu meminta pegawai tingginya mencukur janggut mewajibkan
berpakaian ala Jerman kepada semua anggota masyarakat kecuali petani dan institusi gereja.
 Kewajipan mengbisap curut
 Menggalakkan percampuran antara lelaki dan wanita dalam majlis/temasya.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
80
 Tanah tak alih; Zaman Moscow, tanah tak alih dibahagikan dalam kalangan anak lelaki selepas
pemiliknya memnggal dunia.
 Pada 1714, dikri hanya dikeluarkan kepada anak Ielaki sahaja. Jika anak lelaki tiada, maka akan
diserahkan kepada anak perempuan. Jika tdak, akan diberi kepada waris.

4. Pengubahsuaian kalendar
 Kalendar Rusia ebelum mi lalali tahun barn disambut setiap September ditukar mengmakan s:istem
takwin Julius iaitu tahun baru disambut setiap bulan Januari.

5. Pengubahsuaian hidup rakyat


 Rakyat digalakkan menterjemahkan bahan bacaan dari luar negara
 Pengenalan surat khabar pertama Rusia
 Wanita diberikan kebebasan keluar rumah
 Menjaga kebajilan rakyat dengan memastikan kemudahan asas disediakan.

6. Pembangunan pendidikan
 Menghantar pelajar ke negara Barat untuk menuntut ilmu/pelajari kepakaran Barat.
 Menambahkan bilangan institusi pendidikan dengan menubuhkan lebih banyak Sekolah.
 Menekankan pembeIajaran berkaitan ketenteraan, arithmetic, geometri, geografi dan pelayaran
 Antara sekolah yang dibina ialah The Navigator School, Naval Academy dan Engineering Academy.
 Mengilhamkan penubuhan sebuah universiti iaitu The Imperial Academy Of Science iaitu kolej ilmu
fzik, matematik dan sejarah.

7. Pengukuhan ajaran. Kristian Ortodoks


 Menukar pegangan agama golongan minoriti.
 Golongan ini diberikan tawaran kemewahan dan kebendaan.
 Contoh: pada 1713, tuan tanah beragama Islam di Kazan dan Azov diberikan pilihan sama ada
menukar agama dalam masa enam bulan atau tanah- tanah mereka akan dirampas.
 Ganjaran lumayan turut ditawarkan jaitu bangsawan lelaki akan diberikan 10 rouble untuk diri sendiri,
5 rouble untuk isteri dan 1.25 muble untuk anak-anak.
 MubaJigh juga diarahkan mempelajari bahasa penduduk tempatan serta mentejemahkan kitab Bible
ke dalam bahasa masyarakat tempatan.

8. Merombak institusi gereja


 Mengambilalih peranan gereja.
 Pada tahun 1700 iaitu selepas kematian Patriarch (Ketua Gerreja Kristian), Peter tidak melantik
pengganti sebaliknya memperkenaIkan jawatan Holy Syod. Peter sendiri sebagai pengerusi.
 Tidak gemar dengan kehidupan di biara iaitu dengan menutup biara-biara kecil.
 Biara besar pula beroperasi dengan membayar cukai tertentu dan perlu bergerak aktif
9. Pengukuhan ketenteraan
 Menaikan peruntukan ketenteraan pada abad ke 18.
 Memastikan peruntukan belanjawan pusat lebih ditumpukan kepada pertahanan negara
l0. Peluasan empayar
 Mencari jalan baru yang boleh menghubungkan Rusia dengan Benua Eropah lain.
 Jalan menerusi Laut Artik tidak sesuai kerana mengalami suhu takat beku hampir sepanjang tahun
 Penggunaan jalan melalui selatan pula banyak rintangannya kerana dikuasai tentera Tartar dan
bahagian utara pula dikuasai Sweden.
 Menawan kawasan selatan dengan menghancurkan tentera Sweden yang dipimpin Charles Xii.
 Kejayaan menguasai kubu Azov dan menghancurkan Sweden telah membuka mata masyarakat Eropah
terhadap kekuatan Rusia.
Kesimpulan
 Sesungguhnya Peter The Great atau Tsar Peter Agung merupakan pemerintah yang memberikan
sumbangan besar dalam memajukan Rusia.
 Rusia berjaya mencapai kemajuan luar biasa dan aspek politik, ekonomi atau sosial.
____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
81
Tsar Peter Agung (1689 — 1725) memerintah Rusia dan melakukan pembaharuan dalam bidang politik,
ekonomi, sosial, dan keagamaan. Bincangkan.

Pendahuluan.
 Peter menjadi pemerintah Rusia antara tahun 1689 hingga tahun 1725.
 Era pemerintahan Peter selama 36 tahun telah menyaksikan banyak pembaharuan yang dilakukan
bagi membolehkan empayar Rusia mencapai kemajuan setanding dengan negara Eropah yang lain.
 Peter telah menggunakan semua pengalaman pengembaraannya ke negara Eropah seperti Jerman,
Britain, Belanda, Austria, dan Perancis yang diperolehi sebelum menjadi raja untuk memajukan
empayar Rusia.
 Oleh itu, semasa pemerintahan Peter, Rusia mengalami banyak pembaharuan dan segi politik,
ekonomi, sosial, dan keagamaan.

1. Aspek politik.
 Peter mengambil langkah menyusun semula sistem pentadbiran Rusia yang diwarisi sejak era Moscow
dan Dinasti Rurik.
 Pada era Moscow, badan pemerintahan dan pentadbiran yang bertanggungjawab membantu urusan
seharian ialah Duma, Zemskii Sabor, dan Prikazi.
 Duma merupakan majlis penasihat tertinggi yang dianggotai oleh para bangsawan paling kanan.
 Duma bertindak menyelaras hal ehwal pemerintahan, membuat dan meluluskan dasar tertentu, dan
sistem kehakiman. Namun, kata pemutus masih lagi di tangan raja.
 Zemskii Sabor pula merupakan majlis penasihat yang dianggotai antara 40 — 50 orang bangsawan.
 Kuasa Zemskii Sabor lebih rendah daripada Duma.
 Prikazi merupakan jabatan kerajaan yang melaksanakan dasar yang diluluskan oleh Duma.

 Penyusunan semula sistem pentadbiran amat penting bagi membolehkan sistem pentadbiran
berpusat, seragam, cekap, dan tidak berlaku pertindihan kuasa antara institusi tertentu.
 Duma dan Zemskii Sabor telah digantikan dengan Majlis Senate pada tahun 1711.
 Majlis Senate mempunyai anggota seramai sembilan orang.

 Colleges dibentuk untuk memikul beban tugas Majlis Senate yang semakin berat.
 Pada tahun 1718, Peter menekankan tanggungjawab membuat keputusan secara kolektif.
 Prinsip mi telah menggantikan prinsip Prikazi yang lebih memberi laluan kepada individu tertentu
untuk membuat keputusan.
 Selain itu, Peter juga telah memindahkan pusat pentadbiran dan ibu kota Rusia dan Moscow ke St.
Petersburg pada tahun 1721.
 Seterusnya, pada tahun 1914, St. Petersburg ditukar kepada Petrograd.
 Nama mi lebih menjurus kepada identiti Rusia.
 Segala yang dilakukan oleh Peter mi telah memperkukuhkan kedudukannya sebagai Tsar.

2. Bidang ekonomi.
 Dalam bidang ekonomi, Peter memberi sokongan kepada industri perkilangan membuat senjata,
kilang peralatan teknikal tentera dan pembuatan makanan.
 Peter juga memberi tumpuan kepada sektor pembuatan seperti tekstil, kertas, kaca, dan barangan
kulit.
 Selain itu, industri besi dan keluli dimajukan di Ural.
 Buktinya, bilangan kilang di Rusia telah bertambah daripada 21 buah yang dimiliki oleh pemodal asing
pada tahun 1682 kepada 200 buah kilang yang dikawal sepenuhnya oleh kerajaan pusat pada tahun
1725.

 Selain itu, Peter juga telah menambahkan perbendaharaan negara dan membantu membiayai
peperangan dengan memperkenalkan pelbagai cukai terhadap penduduk tempatan.
 Antara cukai yang dikenakan ialah cukai tidak langsung terhadap barangan keperluan harian
terutamanya makanan seperti madu lebah, tepung, ikan, dan roti serta cukai kepala.
____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
82
3. Bidang sosial.
 Selain bidang ekonomi, Peter telah membuat perubahan dalam bidang sosial.
 Antaranya ialah Peter telah melakukan perubahan dalam penampilan diri masyarakat Rusia dengan
meminta para pegawai tingginya mencukur janggut dan mewajibkan mereka berpakaian ala Jerman
dan Hungary.
 Peter juga melakukan pengubahsuaian kalendar dengan menggunakan sistem takwim Julius.
 Selain itu, rakyat Rusia juga digalakkan melakukan penterjemahan bahan bacaan dan luar negara dan
memperkenalkan surat khabar pertama Rusia.
 Kaum wanita diberi kebebasan untuk keluar rumah dan hadir ke majlis keramaian.

 Dalam bidang pendidikan, Peter telah menghantar lebih ramai pelajar Rusia ke Barat untuk menuntut
ilmu serta mempelajari kepakaran Barat.
 Selain itu, Peter juga menambah bilangan institusi pendidikan dengan menubuhkan lebih banyak
sekolah di Rusia. Sekolah-sekolah mi memberi pendidikan yang berkaitan dengan ketenteraan seperti
arithmetic, geometri, geografi, dan ilmu pelayaran.
 Antara sekolah-sekolah yang dibina ialah The Navigator School, Naval Academy, Engineering Academy,
dan Artillery Academy.
 Peter telah mengilhamkan idea penubuhan sebuah universiti, iaitu The Imperial Academy of Science
yang terdiri daripada kolej ilmu fizik, matematik, dan sejarah.

4. Bidang agama.
 Peter memainkan peranan dalam memperkukuhkan dan menyuburkan ajaran agama Kristian
Ortodoks.
 Tindakan mi adalah untuk memastikan kuasa Islam Uthmaniyah tidak dapat bersatu dengan
masyarakat bukan Rusia di bahagian selatan empayar Rusia seperti Kazakh, Karakalpak, Bashkir, dan
Nogay yang beragama Islam untuk menumbangkan empayar Rusia.
 Oleh itu, bagi Peter, penukaran agama golongan minoriti mi akan memperkukuhkan kuasa Peter serta
pemerintahan Dinasti Ramanov dan empayar Rusia.
 Ini kerana golongan minoriti mi akan menumpahkan kesetiaan politik kepada Rusia.

 Usaha untuk mengukuhkan agama Kristian Ortodoks diteruskan dengan memberi arahan kepada para
mubaligh supaya mempelajari bahasa masyarakat tempatan dan menterjemahkan kitab Bible ke
dalam bahasa masyarakat tempatan.
 Mubaligh-mubaligh turut dihantar dan tinggal dengan keluarga-keluarga yang ditetapkan oleh Peter.
 Selain itu, penganut agama Kristian Ortodoks yang baharu akan dipindahkan ke kawasan baharu.
 Peter juga merombak institusi gereja dan mengurangkan kuasa gereja.
 Peter memperkenalkan Holy Syod yang mengambil alih tugas Patriarch selain melantik dirinya sendiri
sebagai pengerusi Holy Syod.
 Para biskop dipilih dan dilantik oleh kerajaan pusat untuk menganggotai Holy Syod.

Kesimpulannya,
 Tsar Peter Agung memberi sumbangan yang besar dalam memajukan Rusia dan membuka Rusia
kepada ruang yang lebih luas untuk berinteraksi dengan negara Eropah yang lain.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
83
Jelaskan usaha-usaha yang dilakukan oleh Tsar Peter I dalam usaha memajukan negara

Pendahuluan.
 Tsar Peter I atau lebih dikenali sebagai Peter The Great merupakan maharaja yang menjadi
pemerintah keempat Dinasti Romanov di Rusia.
 Semasa pemerintahannya, dan tahun 1682 hingga tahun 1725, Peter I banyak melakukan perubahan
dalam negara Rusia sehingga dikenali sebagai “Bapa Rusia Moden”.
 Berikut adalah antara usaha-usaha yang telah dilakukan olehnya untuk memajukan Negara Russia.

1. Memodenkan angkatan tentera.


 Usaha pertama yang clilakukan olehnya ialah memodenkan angkatan tentera Rusia standing kuasa-
kuasa Barat.
 Bagi tujuan itu, Peter I telah menubuhkan angkatan tentera laut Rusia yang pertama walaupun negara
Rusia pada masa itu tidak mempunyai laut.
 Peter I telah berusaha mempelajari cara-cara membina kapal dari negara Belanda, serta menjadikan
tentera Prusia sebagai model kepada tentera Rusia.
 Peter I telah mengupah Jeneral Gardon dari Scotland untuk membina satu angkatan tentera yang kuat
mengikut garis panduan ketenteraan Barat.
 Dengan kekuatan tenteranya, dia Berjaya menghapuskan pemberontakan pasukan pengawal peribadi
diraja “Streitsi” yang memberontak kerana enggan menerima pembaharuan yang dilakukannya.
 Seramai 7,000 orang dari pasukan itu telah dihukum gantung dan dipancung.
 Peter I juga telah memansuhkan pasukan tersebut daripada angkatan tentera Russia.
 Dengan itu, dia telah berjaya membentuk sebuah angkatan tentera baru yang kuat serta setia
padanya.

2. Membentuk empayar Russia.


 Setelah berjaya membentuk pasukan tentera yang kuat, Tsar Peter I telah berusaha pula untuk
membentuk empayar Rusia.
 Dia telah melancarkan aktiviti penjelajahan dan penjajahan terhadap kawasan Siberia dan perluasan
kuasa Rusia di sekitar Laut Caspian dan Parsi.
 Pada tahun 1696, angkatan tentera laut Rusia telah berjaya mengalahkan tentera laut Turki di Laut
Hitam dan seterusnya menawan pelabuhan Azrov yang strategik.
 Untuk mendapatkan jalan keluar ke Laut Baltic pula, baginda telah berperang dengan negara Sweden
pada tahun 1699.
 Hasil daripada peperangan tersebut kuasa Rusia telah bertapak di kawasan Baltic berikutan dengan
peranjian Nyastad 1721,
 Rusia telah memperolehi daripada Sweden kedaulatan ke atas Karelia dan Ingia serta wilayah Estonia,
Livonia dan selatan Finland.

3. Memantapkan system peemrintahan


 Dalam bidang pemerintahan dan pentadbiran, Peter I telah melakukan berusaha memantapkan
pemerintahan negara Rusia dengan menjadikan corak pemerintahan berkuasa mutlak sebagai corak
pemerintahannya.
 Baginda menjadikan pemerintahan Louis XIV di Perancis sebagai contoh kepada pemerintahannya.
 Dia telah menghapuskan kuasa tuan-tuan tanah feudal (boyar) dengan membentuk pemerintahan
wilayah yang ditadbir oleh gabenor-gabenor yang dilantik olehnya.
 Tsar Peter I juga telah menubuhkan Dewan Senat yang menjadi badan eksekutif yang paling tinggi
dalam pemenintahan Rusia.
 Selain itu, beliau juga telah menubuhkan beberapa kementerian seperti Kementerian Perniagaan,
Kementerian Pertahanan, Kementerian Kehakiman, Kementerian Angkatan Laut dan lain-lain.
 Seterusnya, Tsar Peter I juga melantik pegawai-pegawai kerajaan yang melaksanakan pentadbiran
negara.
 Peter I juga telah menubuhkan kota St. Petersburg di kawasan Baltic yang diperolehi dari Sweden
sebagai pusat pemerintahannya yang kedua.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
84

4. Meletakkan gereja dibawah kekuasaannya.


 Dalam bidang agama, Peter I telah meletakkan gereja di bawah kekuasaannya.
 Dia sedar bahawa pihak gereja Ortodoks mempunyai pengaruh yang besar ke atas rakyat Rusia.
 Penentangan pihak gereja kristian terhadap pembaharuan yang dilakukan boleh menjejaskan
usahanya untuk memajukan Rusia.
 Oleh itu, Peter I telab menggantikan jawatan “Patriach” iaitu jawatan tertinggi gereja Ortodoks
dengan satu badan yang dikenali sebagai “Holy Synod” dan Peter I melantik dirinya sebagai pengerusi
badan tersebut.
 Dengan itu, dia berjaya menggunakan pengaruh gereja untuk mendapatkan sokongan rakyat dalam
usahanya memajukan Rusia.

5. Menggalakkan aktiviti perusahaan dan perdagangan.


 Dalam bidang ekonomi, Peter I telah menggalakkan aktiviti perusahaan dan perdagangan.
 Baginda berusaha mewujudkan perusahaan-perusabaan kepunyaan negara serta cuba
memperkenalkan sistem kesatuan dagang atau “guild” yang dijalankan di negara Jerman untuk
diamalkan di Rusia.

6. Mendirikan Akademi Sains


 Dalam bidang intelektual, Peter I telah berusaha menjadikan Rusia sebuah negara yang maju
setanding dengan negara-negara Eropah Barat.
 Dia telah mendirikan sebuah Akademi Sains mengikut garis panduan Barat.
 Pelajar-pelajar Rusia dihantar ke Jerman dan England untuk mempelajari ilmu pengetahuan dalam
pelbagai bidang.

7. Menghapuskan tradisi-tradisi lama dan kolot.


 Seterusnya, Peter I telah berusaha menghapuskan tradisi-tradisi lama dan kolot yang diamalkan di
Rusia.
 Dalam usahanya menjadikan Rusia sebagai sebuah negara yang maju sebagaimana negara Eropah
yang lain, dia telah melancarkan dasar pembaratan ke atas Rusia.
 Baginda telah memerintahkan agar rakyatnya berpakaian cara Barat Pakalan tradisi Rusia diganti
dengan pakaian Perancis dan Jerman.
 Diajuga telah mencukur janggut golongan bangsawan dan mengenakan cukai yang berat ke atas
mereka yang degil kerana menyimpan janggut.
 Peter I turut menggalakkan rakyatnya meninggalkan cara hudup tradisi dengan mengamalkan cara
hidup Barat seperti menggalakan golongan wanita bergaul bebas dengan lelaki dan sebagainya.

Kesimpulannya,
 Peter I telah berjaya meletakkan asas kepada kemajuan dan kekuatan negara Rusia.
 Selepas kematiannya pada tahun 1725, dia telah berjaya meninggalkan sebuah kerajaan dan empayar
yang kukuh serta bersedia memainkan peranan penting dalam politik antarabangsa Eropah.
 Selepas kematiannya, usaha memajukan Rusia telah diteruskan oleh Tsarina Catherine The Great
(1762--1796).

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
85
Huraikan peranan Tsar atau Tsarina di Rusia antara abad ke16 hingga abad ke-20.

Pendahuluan.
 Pemerintah Rusia menggunakan gelaran “Tsar” berasal dan gelaran “Caesar” (maharaja) yang
digunakan oleh para pemerintah Byzantine.
 Manakafa gelaran Tsarina pula digunakan untuk pemerintah wanita di Rusia.
 Maharaja pertama yang menggunakan gelaran Tsar ialah Ivan IV, dan sejak itu ia terus digunakan
hingga berakhimya dinasti Romanov pada tahun 1917.
 Antara Tsar Rusia yang terkenal ialah Tsar Peter The Great (1689-1725),Tsar Alexander 11(1855-1881),
dan Alexander 111 (1881-1894,
 manakala Trasina pula ialah Tsarina Catherine 1 (1725-1727), Tsarina Anna (1730-1740), Tsarina
Elizabeth (1741-1762),dan Tsarina Catherine The Great (1762-1796).

peranan Tsar atau Tsarina di Rusia

1. Sebagai pemerintah tertinggi.


 Tsar atau Tsarina Rusia mempunyai kedudukan yang tinggi dan memainkan peranan yang penting
dalam sejarah perkembangan negara Rusia,
 antaranya ialah: Sebagai pemerintah Tertinggi yang mengamalkan corak pemerintahan autokrasi,
 Tsar atau Tsarina merupakan kata pemutus dalam sebarang keputusan penting berkaitan dengan hal
ehwal kerajaan pusat.
 Ia merupakan sumber kuasa perundangan, ekonomi dan ketenteraan Rusia.
 Kemajuan dan kemunduran negara Rusia bergantung sepenuhnya kepadanya.
 Sebagai pemerintah tertinggi Tsar atau Tsarina memerintah secara diktator.
 Sebagai contohnya. Peter The Great dan Tsarina Catherine The Great terkenal sebagai pemenintah
Rusia yang berkuasa mutlak.

2. Sebagai ketua eksekutif.


 Sebagai ketua eksekutif yang mengetuai pentailbiran negara Tsar Peter I misalnya, telah menubuhkan
Dewan Senat yang menjadi badan eksekutif yang paling tinggi dalam pemerintahan Rusia..
 Selain itu, beliau juga telah menubuhkan beberapa kementerian seperti Kementerian Perniagaan,
kementerian Pertahanan, Kementerian Kehakiman, Kementerian Angkatan Laut dan lain-lain.
 Tsar juga melantik pegawai-pegawai kerajaan yang melaksanakan pentadbiran negara.
 Pada peringkat wilayah pula, Rusia dibahagikan kepada wilayah-wilayah yang ditadbir oleh gabenor-
gabenor.

3. Sebagai penaung agama Kristian


 Sebagai penaung agama Kristian Ortodoks para pemerintah Rusia telah memainkan peranan jmtuk
menyebarkannya kepada rakyat di dalam empayar Rusia.
 Misalnya, Tsar Ivan IV (1530-1584) menawarkan kemewahan kebendaan untuk menarik minat
masyarakat minoriti agar menukar agama mereka.
 Manakala Tsar Peter The Great (1689-1725), menggunakan pelbagai pendekatan untuk menyebar
ajaran Kristian Ortodoks, termasuklah dengan memaksa tuan-tuan tanah di Kazan dan Azov yang
bagama Islam menukar agama anutan mereka kepada ajaran Knistian Ortodoks.
 Tsar atau Tsarina juga batanggunawab melantik “Patriarch” atau ketua agama Knistian Ortodoks.
 Pada zaman pemerintahan Peter I, ia telah menggantikan jawatan ‘Patriach” dengan satu badan yang
dikenal sebagai Holy Synod dan Peter I melantik dirinya sebagai pengerusi badan tersebut.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
86
4. Sebagai Ketua Tentera
 Sebagai Ketua Tentera, Tsar bertanggungjawab mempertahankan negara Rusia dari ancaman luar
seperti ancaman dari Turki Uthmaniyah, Perancis dan Empayar Habsburg.
 Oleh itu, sebagai ketua angkatan tentera Tsar membangunkan angkatan tentera yang besar dan kuat.
 Pasukan “Streltsi” ditubuhkan sebagai Pengawal Istana dan menjadikan tentera berbangsa Cossack
sebagai barisan hadapan untu mejaga dan mempertahankan sempadan Rusia.
 Tsar yang paling berjaya dalam bidang ketenteraan ialah Tsar Peter I (1689-1725).
 Beliau telah momodenkan angkatan tentera darat dan menubuhkan tentera laut yang pertama Rusia.
 Tsar Alexander 1 (1801-1825) pula telah berjaya mempertahankan Rusia dari serangan Napoleon
Bonarparte dan Perancis dengan taktik “bumi hangus” menggunakan taktik serangan hendap oleh
tentera Cossack.
 Pada era St. Petersburg, tentera Rusia sebagai pasukan tentera yang disegani di Eropah sesuai dengan
statusnya sebagai pewaris Empayar Byzantine yang dikenali sebagai “Third Rome”.

5. Sebagai penentu dasar luar Negara.


 Sebagai penentu dasar luar negara, Kebanyakan Tsar atau Tsarina menjalankan dasar luar dengan
bijak untuk memastikan keselamatan Rusia daripada negara-negara jiran seperti Turki Uthmaniyyah,
Sweden, Prusia, Austria, Poland dan sebagainya.
 Catherine The Great misalnya, telah mengadakan hubungan diplomatik dengan kerajaan Turki
lJthmaniyyah.
 Hasil hubungan itu, Rusia memperolehi hak sempadan semulajadi iaitu Laut Hitam, di Eropah Selatan.
 Dengan itu, kapal-kapal Rusia dapat belayar ke Laut Mediterranean melalui Laut Hitam.
 Perkara yang sama dilakukan oleh Alexander I, yang berjaya mengadakan hubungan diplomatik
dengan Perancis.
 Hasil hubungan baiknya dengan Napoleon, membolehkan Rusia melakukan perluasan kuasa ke atas
wilayah Bessarabia dan Finland.

Kesimpulannya,
 Tsar atau Tsarina memainkan peranan penting dalam pemerintahan negara sehingga berjaya
menjadikan Rusia sebagai negara terbesar di dunia dan menjadi salah satu daripada kuasa besar
dunia.
 Peranan raja-raja Rusia berakhir pada Mac 1917 setelah Tsar Niholas II digulingkan oleh pihak
komunis.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
87
Bincangkan perubahan yang dilakukan oleh Tsar Alexander II (1855 — 1881) semasa memerintah Rusia

Pendahuluan.
 Tsar Alexander II menaiki takhta pemerintahan semasa negara Rusia mengalami zaman kemerosotan.
 Tsar Alexander II memberi keutamaan kepada politik dan mengamalkan dasar tolak ansur dalam
menjalankan sistem pemerintahan.
 Tsar Alexander II memberi keutamaan dalam dasar negara dan mengadakan pelbagai pembaharuan.
 Antaranya ialah pembebasan hamba, perundangan, dan pembangunan ekonomi.

Perubahan yang dilakukan oleh Tsar Alexander II (1855 — 1881)

1. Pembebasan hamba.
 Pada zaman pemerintahan Alexander II, berlaku pertambahan bilangan golongan hamba kerana faktor
peningkatan pertanian atau dikenali sebagai black earth region.
 Golongan hamba terdiri daripada golongan petani, tawanan perang, dan individu bebas yang bertukar
menjadi hamba selepas berkahwin dengan keluarga hamba.
 Golongan hamba merupakan aset penting kepada kerajaan Rusia.
 Namun, berlaku pemberontakan petani dan hamba antara tahun 1820-an hingga tahun 1860-an.
 Pemberontakan mi berlaku kerana ketidakpuasan layanan yang diterima oleh golongan hamba dan
petani daripada pemerintah.
 Oleh yang demikian, Tsar telah mengambil langkah-langkah untuk membebaskan golongan hamba.

 Usaha yang dilakukan oleh Tsar Alexander II untuk membebaskan hamba ialah mengisytiharkan Dikri
Pembebasan Hamba pada bulan Mac 1861.
 Berdasarkan dikri tersebut, semua hamba yang dimiliki secara persendirian dan kerajaan pusat perlu
dibebaskan.
 Selain itu, semua hak undang-undang bangsawan ke atas petani-petani dihapuskan.
 Golongan hamba yang tidak mengusahakan tanah pertanian tetapi bekerja sebagai orang gaji atau
buruh di bandar-bandar akan mendapat kebebasan tetapi mereka tidak berhak mendapat harta.
 Bagi hamba yang bekerja di ladang-ladang pula, mereka akan diberikan tanah pertanian yang diambil
daripada tuan-tuan tanah persendirian.
 Kerajaan pusat akan membayar ganti rugi atas tanah-tanah yang diambil daripada tuan tanah mi.

2. perubahan pentadbiran.
 Selain membebaskan hamba, Alexander II juga melakukan perubahan pentadbiran bagi
memperkukuhkan kuasanya dalam mengawal golongan bangsawan.
 Oleh itu, pada tahun 1864, Alexander II telah meluluskan undang-undang.
 Di bawah undang-undang ini setiap daerah daripada 34 buah wilayah akan mempunyai majlis
perundangan tempatan, iaitu Majlis Daerah atau Zemstovs.
 Penduduk bandar dan kaum petani mempunyai hak untuk memilih ahli Majlis Daerah atau Zemstovs.
 Manakala ahli Daerah Zemstovs akan memilih anggota Zemstovs Wilayah pula.

3. Bidang perundangan.
 Dalam bidang perundangan, Alexander II telah mengasingkan pentadbiran hakim dan majistret
daripada jabatan kerajaan yang lain.
 Di bawah pemerintahan Alexander II, rakyat akan menerima undangundang yang sama tanpa mengira
taraf sosial.
 Selain itu, kes-kes mahkamah dibicarakan secara terbuka dengan menggunakan sistem perbicaraan
juri.
 Malahan, Alexander II juga memerintahkan agar perbicaraan mengenai perkara awam dan jenayah
dipindahkan daripada tangan pegawai-pegawai pentadbir kepada kuasa makamah yang dibentuk
mengikut acuan Barat.
 Antaranya, wujud jaksa pendamai, hakim-hakim daerah, dan sebuah Senat yang menjalankan tugas
sebagai Mahkamah Rayuan.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
88

4. Perubahan kepada media cetak


 Tsar Alexander II juga membuat perubahan kepada media cetak. Beliau memberi kebebasan
penerbitan dan penapisan kerajaan dilonggarkan.
 Kesan daripada tindakan mi ialah penerbitan akhbar dan majalah bertambah, iaitu daripada hanya 6
akhbar dan 19 majalah pada zaman pemerintahan Nicholas I kepada 16 akhbar dan 156 majalah pada
zaman Alexander II.

5. bidang ekonomi
 Dalam bidang ekonomi, Alexander II telah memberi tumpuan kepada pembinaan landasan kereta api.
 Kemajuan mi telah membantu perkembangan industri. Perkembangan industri menyebabkan ramai
penduduk desa berhijrah ke bandar-bandar dan mewujudkan kelas pekerja di bandar.
 Alexander II juga menjalinkan hubungan diplomatik yang baik antara Rusia dan Perancis.
 Hal mi membolehkan Perancis memberi pinjaman kewangan bagi membangunkan industri di Rusia.
 Pembangunan ekonomi pada zaman Alexander II menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi
pada zaman Nicholas II di mana pada tahun 1914, terdapat lebih 3 000 000 pekenja kilang di Rusia.
 Rusia juga berada dalam kalangan negara industri yang kelima.

Kesimpulan.
 Walaupun Alexander II melakukan banyak perubahan di Rusia, namun, beliau mengamalkan autokrasi
dalam pemerintahannya.
 Dasar beliau tidak diterima oleh seluruh masyarakat Rusia.
 Dasar Alexander II mendapat penentangan daripada golongan pelajar yang mahu Tsar dikawal selain
menuntut demokrasi tulen diwujudkan di Rusia.
 Akhirnya, ketidakpuasan hati golongan liberalisme telah menyebabkan mereka berpakat untuk
menjatuhkan Alexander II.
 Sebagi bukti, pada tahun 1866, satu percubaan membunuh Tsar dilakukan.
 Namun, berjaya dipatahkan oleh Tsar. Seterusnya, Tsar telah engambil tindakan tegas terhadap
golongan pemberontak.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
89
Bincangkan sistem pemerintahan beraja di Rusia pada abad ke-16 hingga abad ke-20.

Pendahuluan.
 Kerajaan Golden Horde merupakan pemerintahan bangsa Mongol di Rusia sekitar tahun 1480 yang
mengalami kemerosotan setelah memerintah Rusia selama dua setengah abad.
 Ini telah membawa kepada pembebasan Rusia daripada cengkaman pertuanan Mongol.
 Antara faktor kejayaan mi ialah kemunculan Moscow dan kemelut politik dalam empayar Mongol.
 Ivan III telah berjaya mendapatkan semula kota Rusia dalam pertempuran bersama dengan Akhmad
Khan dan disatukan di bawah pemerintahan berpusat.
 Sejarah juga memperlihatkan pengaruh Byzantine dalam konteks pernerintahan beraja serta proses
pembinaan dan pengukuhan empayar.
 Namun, keturunan Ivan III atau Ivan The Great berakhir ketika Rusia dalam “zaman kekacauan
 Seterusnya, seorang bangsawan Tsar, Michael Ramanov telah dipilih untuk memerintah Rusia dan
bermulalah Dinasti Ramanov.

Sistem pemerintahan beraja di Rusia

1. Konep pemerintahan.
 Pemerintahan Rusia mewarisi sistem pemerintahan empayar Byzantine dalam pemerintahan beraja.
 Proses pembinaan dan pengukuhan empayar Rusia dapat dilihat dengan penggunaan konsep
caesaropapism.
 Konsep mi merupakan gabungan unsur keagamaan dan politik dalam sistem pemerintahan.
 Melalui konsep in taat setia politik masyarakat Rusia hendaklah diberikan kepada pemerintah Rusia
yang berpusat di Moscow.
 Pemerintah Rusia juga menggunakan gelaran Tsar dan sistem pemerintahannya bersifat autokrasi,
iaitu kuasa dipusatkan kepada seorang pemerintah Tsar dan membentuk kerajaan pusat.
2. Sistem Monarki Kebangsaan.
 Pada awal abad ke-16, Ivan III mengasaskan monarki kebangsaan.
 Beliau telah melenyapkan kekuasaan kerajaan Mongol, menyatukan negeri-negeri yang berpuak-puak,
menawan bandar penting, dan meluaskan daerah kekuasaannya.
 Ivan FV yang merupakan cucu kepada Ivan III telah mengambil alih pemerintahan beliau telah
memerintah secara mutlak.
 Beliau mengisytiharkan kanun undang-undang baharu, menubuhkan Zemskii Sabor, iaitu badan
perwakilan feudal di Rusia dan menguasai Kazan dan Astrakhan untuk melemahkan kedudukan orang
Tartar di Rusia.
 Penguasaan tersebut merupakan permulaan kuasa Moscow ke arah pembentukan sebuah empayar
Eropah dan penguasaan keagamaan.
 Setelah itu, pemerintahan Rusia beralih pula kepada keturunan Ramanov.
 Michael Ramanov berjaya memulihkan keamanan dan keselamatan seluruh Rusia di samping berjaya
mempertahankan Rusia daripada pencerobohan asing.
 Beliau turut mengasaskan bandar berkubu dan mendapatkan semula Novgorod dan Sweden.
3. Pemerintahan Peter The Great.
 Pemerintahan Rusia beralih kepada Peter The Great.
 Era pemerintahannya menyaksikan banyak pembaharuan yang dilakukan sehingga Rusia mencapai
kemajuan.
 Peter telah melakukan pembaharuan dalam bidang politik seperti menyusun semula sistem
pentadbiran Rusia, menggantikan Duma dan Zemskii Sabor dengan Majlis Senate dan Colleges.
 Peter juga memindahkan pusat pentadbiran dari Moscow ke St.Petersburg.
 Perubahan yang dilakukan berjaya meluaskan kuasa dan menewaskan Turki dan Sweden.

 Dalam bidang ekonomi, Peter telah menyokong industri pembuatan dan menambahkan
perbendaharaan negara
 dengan memperkenalkan pelbagai cukai seperti cukai tidak langsung bagi barangan keperluan harlan
dan cukai kepala.
____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
90
 Dari segi sosial, beliau telah menghantar ramai generasi muda ke negara-negara Barat untuk
menuntut ilmu dan mempelajari pelbagai bidang.
 Peter menubuhkan banyak sekolah di Rusia dengan memberi penekanan dalam bidang arithmetic,
geometri, geografi, dan pelayaran.
 Antara sekolah yang didirikan ialah The Navigator School, Naval Academy, dan Engineering Academy.
 Peter juga mengubahsuai kalendar Rusia dengan memperkenalkan sistem kalendar Julius.
 Pemerintahan berkuasa mutlak Peter dapat dilihat melalui pembaratan yang cuba dilakukan.
 Malah, Peter juga memainkan peranan penting dalam memperkukuhkan dan menyuburkan ajaran
agama Kristian Ortodoks selain mengukuhkan kekuatan ketenteraannya untuk mempertahankan
kedudukan Rusia yang sering terancam.

 Peter turut berperanan dalam peluasan empayar Rusia melalui pengukuhan ketenteraannya.
 Peter berjaya menewaskan tentera Sweden dalam pertempuran di Poltova.
 Menerusi perjanjian Nystadt, Peter berjaya menguasai Livonia, Estonia, Ingria, dan Karelia.
 Kejayaannya telah menyebabkan Rusia muncul sebagai empayar yang kuat di Eropah pada abad ke-
18.

4. Pemerintahan Catherine.
 Pada era pemerintahan Catherine, beliau meneruskan peranan Peter dalam dasar peluasan kuasa dan
wilayah Rusia.
 Catherine berjaya menguasai wilayah Crimea di Turki dan sebahagian Poland.
 Catherine juga berperanan dalam menyusun semula pentadbiran di peringkat daerah dengan melantik
gabenor atau naib gabenor, memiliknegarakan harta dan kekayaan gereja, dan memajukan
pendidikan di Rusia.

5. Pemerintahan Tsar Alexander I.


 Tsar Alexander I kemudiannya mengambil alih tampuk pemerintahan Rusia dan dasar
pemerintahannya lebih bersifat liberal.
 Beliau telah melantik Jawatankuasa Tidak Rasmi sebagai penasihatnya dan mengadakan pilihan raya
untuk memilih anggota Duma.
 Alexander I turut berperanan untuk membawa pulang “orang buangan” di Siberia dan membebaskan
tahanan politik, mengharamkan penyeksaan oleh anggota polis terhadap rakyat Rusia, meluluskan
undang-undang pembebasan hamba, dan memajukan pendidikan.

 Selain itu, beliau juga memerintah secara liberal di Poland dan membenarkan Poland memerintah
sendiri.
 Namun, Alexander I telah menukar dasar pemerintahannya di Rusia dan Poland kepada kuasa mutlak
dan tahun 1819 hingga tahun 1825.
 Alexander I telah mengeluarkan undang-undang untuk menapis buku-buku 5ekolah, membatalkan
rancangan membebaskan hamba, dan memberi kuasa kepada Gereja Ortodoks Rusia dalam bidang
pendidikan.

6. Pemerintahan Nicholas I.
 Setelah Alexander I nieninggal dunia, kuasa pemerintahan telah diberikan kepada Nicholas I yang
memerintah secara autokratik.
 Di bawah pemerintahannya, rakyat Rusia harus menurut segala arahannya.
 Pemerintahan Nicholas I menyaksikan peranannya dalam menyusun semula polis rahsia khas,
mengenakan tapisan keluar masuk Rusia yang ketat, menyekat penulisan yang berbaur penentangan
terhadap kewibawaannya, dan memantau idea-idea yang dilontarkan oleh Alexander Pushkin.
 Manakala dalam bidang pendidikan, beliau telah mengehadkan kemasukan pelajar.
 Nicholas I mengharamkan pengajaran dan pembacaan dalam bidang falsafah dan sejarah serta
mengekalkan kehidupan masyarakat yang bergabung dengan mir.
 Beliau turut berperanan mempertahankan dasar peluasan pengaruh dan wilayah Rusia yang
diamalkan Tsar yang terdahulu.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
91
 Akhirnya, Nicholas I mengubah dasar pentadbirannya yang menyebabkan berlakunya pemberontakan
dalam kalangan golongan petani yang tidak berpuas hati terhadap layanan buruk yang diberikan oleh
tuan-tuan tanah.
 Dalam tempoh pemerintahannya, 400 pemberontakan telah dilancarkan oleh golongan petani.

7. Pemerintahan Tsar Alexander II.


 Rusia seterusnya diperintah oleh Tsar Alexander II yang memperlihatkan peranan beliau dalam
melakukan perubahan dasar pentadbirannya.
 Antaranya ialah Alexander II telah mengisytiharkan dikri pembebasan hamba, meluluskan undang-
undang pada tahun 1864, iaitu setiap daerah mempunyai majlis perundangan tempatan atau Majlis
Daerah yang dikenali sebagai Zemstvo.

 Beliau juga berperanan dalam perundangan, iaitu mengasingkan pentadbiran hakim dan majistret
daripada jabatan kerajaan lain dan memberi undang-undang yang sama kepada semua rakyat tanpa
mengira taraf sosial.
 Selain itu, perbicaraan juga dijalankan secara terbuka dengan menggunakan sistem perbicaraan yang
menggunakan juri.
 Dalam bidang ketenteraan pula, rakyat daripada semua kelas diwajibkan berkhidmat sebagai anggota
pasukan tentera.

 Alexander II turut memberi kebebasan penerbitan media cetak. Perkembangan tersebut telah
menyebabkan bilangan akhbar yang diterbitkan meningkat, iaitu 16 buah akhbar dan 156 buah
majalah bulanan.
 Alexander II juga memainkan peranan yang besar dalam pembangunan ekonomi Rusia dengan
memberi perhatian kepada pembinaan landasan kereta api yang membantu perkembangan industri.

 Nicholas II merupakan pemerintah Rusia yang terakhir.


 Beliau memulakan pemerintahan dengan menentang kewujudan parlimen dan mempertahankan
pemenintahan autokratik.
 Nicholas II memperlihatkan peranannya apabila beliau menjadi kata pemutus bagi setiap keputusan
berkaitan hal ehwal kerajaan pusat, berkuasa dalam segala hal perundangan, pentadbiran, ekonomi
dan ketenteraan, berhak melantik dan melucutkan jawatan seseorang menteri, dan tidak memberi
hak asasi dan kebebasan kepada rakyat Rusia.
 Beliau juga melarang kewujudan organisasi berbau keagamaan tanpa kebenaran pihak pemerintah,
mengehadkan kebebasan akhbar, dan kebebasan golongan Yahudi.
 Semasa pemerintahannya, Nicholas II telah menubuhkan polis rahsia atau okhrana, bertanggungjawab
dalam pembangunan ekonomi Rusia termasuklah menarik pemodal asing melabur di Rusia, serta
memberi keutamaan dalam pembinaan landasan kereta api.
 Hal mi telah membawa perkembangan pesat dalam industri kapas, bulu, arang batu, besi, dan keluli.
 Demi memajukan ekonomi Rusia, hanya perkembangan pendidikan teknikal yang diberi keutamaan
namun, kesannya kadar celik huruf rakyat Rusia meningkat.

Kesimpulan.
 Pemerintahan Tsar-tsar daripada keturunan Dinasti Ramanov tidak bertahan lama apabila Nicholas II
menghadapi pemberontakan daripada pelbagai golongan rakyat Rusia selain gerakan politik baharu di
Rusia.
 Nicholas II yang terdesak mengisytiharkan Manifesto Oktober 1905, namun gagal mewujudkan
pemerintahan raja berperlembagaan.
 Kesannya, pada tahun 1917, Nitholas II turun takhta, kerajaan beliau digulingkan, dan Dinasti
Ramanov yang berkuasa selama 304 tahun berakhir.
 Pada 17 Mac 1917, Rusia menjadi sebuah negara republik.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
92
Bandingkan peranan pembesar di China dan Rusia

Pendahuluan.
 Institusi pemerintahan di China dan Rusia memperlihatkan raja atau maharaja melaksanakan
pemerintahan dengan bantuan dan sokongan institusi pembesar.
 Umumnya, golongan pembesar ialah pegawai-pegawai kerajaan yang dilantik oleh raja atau maharaja
untuk menjawat jawatan tertentu dan melaksanakan semua bidang tugas yang telah diberikan atau
diarahkan kepadanya.
 Golongan mi dikenali sebagai golongan pemerintah yang melaksanakan segala urusan pemerintahan
dan pentadbiran yang diarahkan oleh raja atau maharaja.
 Tanggungjawab yang diberikan kepada pembesar dalam melaksanakan tugasnya akan menjadi kayu
pengukur dalam pengenalan tugas sebagai pembesar.

1. Perlantikan pembesar.
 Negara China dan Rusia’ menggunakan khidmat pembesar sebagai bantuan kepada pemerintah dalam
mentadbir negara.
 Secara umumnya, raja atau maharaja China dan Rusia menggunakan kaedah lantikan untuk
mengambil pembesar berkhidmat dengan mereka.
 Namun, pembesar di China hanya dilantik setelah melalui sistem peperiksaan awam.
 Hal mi berbeza dengan Rusia kerana banyak bangsawan baharu lahir terutama yang telah berkhidmat
dengan cemerlang dalam ketenteraan.
 Mereka memiliki tanah dan memberi perkhidmatan ketenteraan kepada raja atau maharaja Rusia.
 Pembesar Rusia dilantik untuk menjalankan tugas tanpa perlu melalui sistem peperiksaan awam
seperti China.
 Pembesar-pembesar China dilantik secara rasmi oleh maharaja atas nasihat pegawai dan Kementerian
Adat dan hanya dilantik jika mempunyai latar belakang peperiksaan awam kerajaan.
 Mereka yang lulus dalam peperiksaan awam akan diserap menjadi pembesar di China.

2. Peranan pembesar dalam pentadbiran pusat.


 Peranan pembesar di China dan Rusia mempunyai persamaan dan perbezaan daripada beberapa
aspek.
 Antaranya ialah pentadbiran pusat.
 Pentadbiran pusat di China memperlihatkan maharaja China memecahkan pentadbiran kepada
beberapa unit atau institusi, iaitu Sekretriat Agung, Majlis Tertinggi (Enam Badan Menteri), dan
Censorate (Lembaga Penapis).
 Sekretariat Agung terdiri daripada setiausaha-setiausaha agung yang membantu maharaja dalam
menyelia dan menyelaras enam badan kementerian dalam pentadbiran pusat serta memaklumkan
perjalanan enam badan kementerian tersebut.
 Seterusnya, maharaja dibantu oleh Majlis Tertinggi, iaitu badan penasihat yang penting kepada raja
atau maharaja.
 Ahli majlis mi juga bertanggungjawab dalam urusan pemerintahan dan pentadbiran China dan
terbahagi kepada enam badan kementerian.
 Enam badan kementerian mi menguruskan hal ehwal China mengikut pengkhususan masing-masing.
 Maharaja juga menubuhkan Lembaga Penapis bagi memastikan kesetiaan dan komitmen para
pembesar terjaga.

 Sistem pembesar di Rusia berbeza daripada China,


 iaitu pentadbiran raja dibantu oleh Duma, Zemskii Sabor, dan Prikazi.
 Duma merupakan majlis penasihat tertinggi manakala Zemskii Sabor pula ialah majlis penasihat yang
kuasanya lebih rendah daripada Duma.
 Selain itu, Prikazi pula merupakan jabatan kerajaan yang melaksanakan dasar yang diluluskan Duma.
 Seterusnya, semasa pemermntahan Peter, Duma dan Zemskii Sabor telah digantikan dengan Majlis
Senate.
 Peter juga membentuk Colleges untuk membantu Majlis Senate dan menggantikan Prikazi.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
93
 Seterusnya, pemerintahan Alexander I memperlihatkan beliau melantik Jawatankuasa Tidak Rasmi
sebagai penasihat berhubung dengan dasar negara.
 Berbeza di China, penasihat raja atau maharaja ialah Sekretariat Agung yang membantu menyelia dan
menyelaras kementerian-kementerian di China.

3. Peranan pembesar dalam pentadbiran wilayah.


 Selain itu, pemerintahan daerah dan wilayah di China juga berbeza dengan Rusia.
 China memperlihatkan struktur organisasi pentadbiran peringkat wilayah diketuai oleh seorang
pesuruhjaya yang dibantu oleh dua pegawai, iaitu hakim dan komander tentera wilayah.
 Pemerintahan daerah pula diserahkan kepada pegawai awam, tentera, dan pegawai pengawas
kerajaan.
 Pegawai awam diurus tadbir oleh 6 orang menteri yang dibantu oleh gabenor setiap daerah, penyelia
wilayah, dan pegawai-pegawai tempatan.
 Tentera mempunyai kuasa kawalan ke atas wilayah tertentu manakala pegawai pengawas kerajaan
mengawasi aktiviti pembesar dalam semua peringkat.
 Pemerintahan wilayah di China semasa Dinasti Ch’ing mempunyai persamaan dengan pentadbiran
daerah semasa era Catherine yang menunjukkan khidmat gabenor atau naib gabenor digunakan
dalam pentadbiran.
 Gabenor di China dibantu oleh pegawai-pegawai daerah.

 Namun begitu, pemerintahan peringkat wilayah di Rusia berbeza dengan China yang ditadbir oleh
Zemstvo Wilayah yang dipilih oleh ahli Zemstvo Daerah.
 Manakala daerah mempunyai majlis perundangan tempatan (Majlis Daerah) atau Zemstvo.
 Rusia juga mempunyai pentadbiran peringkat kampung yang diserahkan kepada komun atau mir yang
merupakan wakil kerajaan pusat untuk memungut cukai yang telah ditetapkan.

4. Peranan pembesar dalam bidang perundangan.


 Di samping itu, penggubalan dasar di negara China juga dilakukan oleh organisasi khas.
 Anggota Imperial Secratariat ialah mereka yang bertanggungjawab membuat dasar negara manakala
Imperial Cancelory pula bertanggungjawab meminda sesuatu dasar.
 Selain itu, pembesar wilayah yang dilantik daripada kalangan bijak pandai (Gentry) turut dibenarkan
mengubah dasar yang dibentuk oleh pemerintah pusat dengan kebenaran adat istiadat dan keadaan
setempat.

 Berbeza dengan China, penggubalan dan meluluskan dasar tertentu di Rusia dipertanggungjawabkan
kepada Duma, majlis penasihat tertinggi dalam sistem pembesar di Rusia.

5. Organisasi Penyiasat
 Tambahan lagi, raja atau maharaja di kedua-dua buah negara mempunyai organisasi yang menyiasat
tentang pembesar mereka.
 Hal mi bagi menjamin taat setia dan komitmen para pembesar dalam menjalankan tugas.
 China memperlihatkan penubuhan Lembaga Penapis atau Censorate yang menjadi mata dan telinga
maharaja.
 Kuasa utama mereka terletak pada 110 orang pegawai penyiasat yang ditugaskan membendung
amalan korupsi, penyalahgunaan kuasa, dan ketidakcekapan.
 Rusia pula mempunyai Polis Rahsia Khas yang menjadi mata dan telinga Tsar.
Kesimpulannya,
 sistem pembesar di kedua-dua buah negara mi menunjukkan banyak perbezaan dan berbeza-beza
mengikut era pemerintahan raja atau maharaja.
 Kemerosotan sistem beraja juga turut menjejaskan sistem pembesar di kedua-dua negara.
 Sistem pembesar di Rusia berubah apabila Rusia menjadi sebuah negara republik.
 Penamatan pemerintahan Dinasti Ch’ing turut menghapuskan sistem pembesar di China.
 Pemerintahan seterusnya diganti dengan sistem pemerintahan bercorak republik dan kemudiannya
komunis.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
94
Bincangkan sistem pemerintahan beraja mutak yang diamalkan di England pada abad ke-16 hingga abad ke
17.

Pendahuluan.
 Sistem pemerintahan beraja mutlak bermaksud sistem kerajaan di mana cara pemerintahan raja tidak
dikawal oleh parlimen. Melalui sistem ini, kehendak pemerintah ialah undang-undang,
 England berada dalam pemerintahan sistem beraja mutlak sejak abad ke.15 lagi.
 Raja Henry VII telah mengasaskan sistem beraja mutlak pada tahun 1485 dan pemerintahan ini terus
diamalkan sehingga tahun 1603.
 Pemerintahan sistem beraja mutlak terus diamalkan oleh Dinasti Stuart dari tahun 1603 sehinggalah
berlakunya Revolusi Cemerlang di England.

Ciri-ciri pemerintahan Raja Berkuasa Muthlak di England.

1. Kuasamutlak
• Sistem pemerintahan beraja mutlak memperlihatkan raja mempunyai kuasa dalam segala hal dan raja
menguasai pemerintahan negaranya.
• Raja England berpegang pada pninsip doktrin kuasa suci raja atau Devine Right of Kings.
• Raja mendakwa bahawa mereka hanya menjawab kepada Tuhan dan bukannnya kepada manusia
yang lain terutamanya wakil rakyat di parlimen.
• Ini bermakna semua institusi pemerintahan seperti parlimen, mahkamah, dan gereja diwujudkan
untuk berkhidmat kepada raja dan bukannya berkongsi kekuasaan dengan raja.
• Justeru, perbuatan raja tidak boleh ditentang walaupun raja bertindak zalim.
• Kezaliman raja adalah untuk menghapuskan kejahatan manusia.
• Oleb itu, rakyat perlu patuh dan taat kepada raja, Dasar inl dapat dilihat semasa pemerintahan Raja
James 1 (1603 - 1625) dan Raja Charles I (1625 –1649).

2. Penguasaan ekonomi
• Kekuasaan raja juga diperlihatkan dengan penguasaan ekonomi.
• Buktinya, semasa pemerintaban Raja James I yang memberi hak monopoli dan keistimewan kepada
syarikat yang disukainya.
• Hal mi menyebabkan syarikat tersebut dapat memonopoli kegiatan perdagangan dan perniagaan.
• Raja James I mempunyai hak dan kuasa dalam soal pungutan cukai dan kewangan.
• Semasa pemerintahan Raja Charles I, baginda memperkenalkan pelbagai cukal dan menubuhkan
perbagai agensi pemungut cukai.
• Baginda turut terlibat dalam urusan ekonomi secara langsung dengan menjual hak monopoli barangan
pengguna seperti arak, sabun, dan garam dengan harga yang mahal

3. Penguasaan parlimen
• Raja juga bertindak menguasai parlimen dalam pemerintahannya.
• Sistem pemerintaban di England menyaksikan bahawa pemerintahan raja-raja Dinasti Tudor
berpegang kepada Magna Carta, iaitu sebuah piagam politik yang mengawal kuasa raja.
• Namun, raja-raja Tudor yang memerintah England berjaya mengawal dewan parlimen
• Pada era pemerintahan Dinasti Stuart, Raja James I telah membubarkan parliinen dan Raja Charles I
pula telah membelakangi parlimen dalam soal pungutan cukai.
• Baginda menahan mana-mana ahli parlimen yang membantah tindakan baginda serta meletakkan
tentera di sekeliling rumah ahli parlimen yang menentangnya.
• Raja Charles I turut membubarkan parlimen dan menjalankan pemerintahan secara mutlak selama 11
tahun tanpa parlimen.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
95
4. Penguasaan agana
• Raja juga berkuasa dalam bidang keagamaan. Semasa pemerintahan Raja Charles I, baginda bertindak
melantik Bishop Besar wiriam Laud sebagai ketua gereja kebangsaan.
• Raja charles I telah mengubah beberapa dasar keagamaan. Antara dasar keagamaan yang
dilonggarkan ialah sekatan undang-undang yang dikenakan terhadap penganut mazhab Katoilk.
• Bishop besar juga mengenakan sekatan dan memperketatkan larangan terhadap golongan puritan
untuk menjalankan aktiviti dan kepercayaan mereka.

Kesimpulan.
• Sistem pemerintahan beraja di England tamat apabila berlaku Glorious Revolution dan peralihan
kuasa.
• Menerusi Glorious Revolution, Raja James II disingkirkan daripada takhtanya dan diganti oleh Mary II
serta suaminya William of Orange.
• Selepas itu, sistem beraja mutlak di England berubah menjadi sistem raja berperlembagaan.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
96
Terangkan sistem pemerintahan beraja mutlak yg diamalkan di England pd abad ke-1 6 hingga abad ke-1 7.

Pendahuluan.
 Sistem pemerintahan beraja mutlak bermaksud sistem kerajaan di mana cara pemerintahan raja tidak
dikawal oleh parlimen. Melalui sistem mi, kehendak pemerintah ialah undang-undang.
 England berada dalam pemerintahan sistem beraja mutlak sejak abad ke-15 lagi.
 Raja Henry VII telah mengasaskan sistem beraja mutlak pada tahun 1485 dan pemerintahan mi terus
diamalkan sehingga tahun 1603.
 Pemerintahan sistem beraja mutlak terus diamalkan oleh Dinasti Stuart dan tahun 1603 sehinggalah
berlakunya Revolusi Cemerlang di England.

1. Pemerintahan Berkuasa Muthlak.


 Sistem pemerintahan beraja mutlak memperlihatkan raja mempunyai kuasa dalam segala hal dan raja
menguasai pemerintahan negaranya.
 Raja England berpegang pada prinsip doktrin kuasa suci raja atau Devine Right of Kings.
 Raja mendakwa bahawa mereka hanya menjawab kepada Tuhan dan bukannnya kepada manusia
yang lain terutamanya wakil rakyat di parlimen
 Ini bermakna semua institusi pemerintahan seperti parlimen, mahkamah, dan gereja diwujudkan
untuk berkhidmat kepada raja dan bukannya berkongsi kekuasaan dengan raja.
 Justeru, perbuatan raja tidak boleh ditentang walaupun raja bertindak zalim. Kezaliman raja adalah
untuk menghapuskan kejahatan manusia. Oleh itu, rakyat perlu patuh dan taat kepada raja.
 Dasar mi dapat dilihat semasa pemerintahan Raja James I (1603 — 1625) dan Raja Charles I (1625 —
1649).

2. Penguasaan terhadap ekonomi.


 Kekuasaan raja juga diperlihatkan dengan penguasaan ekonomi.
 Buktinya, semasa pemerintahan Raja James I yang memberi hak monopoli dan keistimewaan kepada
syarikat yang disukainya.
 Hal mi menyebabkan syarikat tersebut dapat memonopoli kegiatan perdagangan dan perniagaan.
 Raja James I mempunyai hak dan kuasa dalam soal pungutan cukai dan kewangan.
 Semasa pemerintahan Raja Charles I, baginda memperkenalkan pelbagai cukai dan menubuhkan
pelbagai agensi pemungut cukai.
 Baginda turut terlibat dalam urusan ekonomi secara langsung dengan menjual hak monopoli barangan
pengguna seperti arak, sabun, dan garam dengan harga yang mahal.

3. Penguasaan terhadap perlimen.


 Raja juga bertindak menguasai parlimen dalam pemerintahannya.
 Sistem pemerintahan di England menyaksikan bahawa pemerintahan raja-raja Dinasti Tudor
berpegang kepada Magna Carta, iaitu sebuah piagam politik yang mengawal kuasa raja.
 Namun, raja-raja Tudor yang memerintah England berjaya mengawal dewan parlimen.
 Pada era pemerintahan Dinasti Stuart, Raja James I telah membubarkan parlimen dan Raja Charles I
pula telah membelakangi parlimen dalam soal pungutan cukai.
 Baginda menahan mana-mana ahli parlimen yang membantah tindakan baginda serta meletakkan
tentera di sekeliling rumah ahli parlimen yang menentangnya.
 Raja Charles I turut membubarkan parlimen dan menjalankan pemerintahan secara mutlak selama 11
tahun tanpa parlimen.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
97
4. Penguasaan terhadap bidang keagamaan.
 Raja juga berkuasa dalam bidang keagamaan. Semasa pemerintahan Raja Charles I, baginda bertindak
melantik Bishop Besar Wiliam Laud sebagai ketua gereja kebangsaan.
 Raja Charles I telah mengubah beberapa dasar keagamaan.
 Antara dasar keagamaan yang dilonggarkan ialah sekatan undangundang yang dikenakan terhadap
penganut mazhab Katolik.
 Bishop Besar juga mengenakan sekatan dan memperketatkan larangan terhadap golongan puritan
untuk menjalankan aktiviti dan kepercayaan mereka.

Kesimpulan.
 Sistem pemerintahan beraja di England tamat apabila berlaku Glorious Revolution dan peralihan
kuasa.
 Menerusi Glorious Revolution, Raja James II disingkirkan daripada takhtanya dan diganti oleh Mary II
serta suaminya William of Orange.
 Selepas itu, sistem beraja mutlak di England berubah menjadi sistem raja berperlembagaan.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
98
Jelaskan Peristiwa Revolusi Cemerlang 1688 dan kesannya kepada negara England.

Pendahuluan.
 Pada abad ke-17, berlaku banyak perubahan di England yang membawa kepada berlakunya resolusi
politik yang mencorakkan sistem pemerintahan di negara Itu.
 Perkembangan ekonomi yang pesat telah melahirkan golongan gentri dan borjuis dan menjejaskan
corak pemerintahan beraja mutlak.
 Ini berlaku apabila tercetusnya Revolusi Inggeris atau Revolusi Cemerlang 1688.
 Revolusi itu merupakan revolusi pertama di Eropah yang memansuhkan konsep hak kesucian raja
dalam pemerintahan negara.
 Tercetus akibat pertikaian antara golongan tuan tanah dengan raja berhubung dengan kedaulatan raja
dan hak parlimen.
 Golongan tuan tanah merupakan golongan yang penting dan berpengaruh di England.
 Namun begitu, mereka mula bimbang apabila Raja Charles 1(1625-1649) mengenakan banyak sekatan
terhadap mereka.
 Mereka juga tidak puas hati terhadap cukai yg dikenakan ke atas mereka tanpa persetujuan drpd
parlimen.

1. Peristiwa Restoration
 Golongan tuan tanah yang menguasai parlimen telah bertindak mengemukakan “Bill of Right”
terhadap Raja Charles I.
 Antara kandungannya ialah, mereka mengutuk tindakan raja yang bersikap aaokratik dan menentang
amalan mengenakan cukai tanpa persetujuan parlimen.
 Pergeseran antara raja dengan parlimen itu telah mencetuskan perang saudara di England yang
membawa kepada kekalahan raja.
 Akibat daripada kekalahan tersebut Raja Charles I telah dijatuhi hukuman mati.
 Dgn kematian raja, pemerintahan England telah diterajui oleh ketua puak penentang iaitu Oliver
Cromwell.
 Beliau telah menjalankan pemerintahan diktator & mengisytiharkan England sbgsebuah negara
republik.
 Walau bagaimanapun, pemerintabannya tidak bertahan lama selepas kematiannya, anaknya iaitu
Richard Cromwell tidak dapat mempertahankan kerajaan itu.
 Anggota-anggota parlimen yang berpengaruh di England telah memulihkan semula pemerintahan
beraja dengan melantik putera Charles I, iaitu Raja Charles 11 (1660-1685) sebagai raja
berperlembagaan.
 Ini bermakna hak dan kedudukan Raja Charles II ditentukan oleh parlimen.
 Peristiwa ini dikenali sebagai “Restoration”.

2. Kemunculan konsep Raja Berperlembagaan.


 Raja James II (1685-1688) enggan menerima prinsip raja berperlembagaan.
 Sebagai raja yang bermazhab Katoilk, baginda telah bertindak dengan cara yang bertentangan dengan
pendirian parIimen yang bermazhab Protestant (Anglican) di bawah naungan Gereja England.
 Parlimen bimbang England akan terus diperintah oleh raja yang bermazhab Katolik dengan itu mereka
telah melancarkan Revolusi Inggeris atau Revolusi Cemerlang 1688.
 Dalam Revolusi tersebut mereka telah menjemput William of Orange dari Belanda dan tenteranya ke
London, dan Raja James II terpaksa melarikan diri ke Perancis.
 Selepas itu, parlimen telah melantik puterinya, Ratu Mary II dan suaminya William of Orange yang
bermazhab Protestant sebagai Raja dan Ratu England yang baru.
 Parlimen mengambil kesempatan ini untuk memantapkan lagi konsep kedaulatan parlimen dan raja
berperlembagaan.
 Pada abad ke-18, Perlembagaan British menghadkan kuasa raja dalam lima perkara penting.
 Perkara-perkara tersebut ialah,
o kuasa raja untuk mengenakan cukai dilucutkan,
o raja tidak bakuasa menggubal undang-undang

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
99
o raja tidak berkuasa dalam bidang kehakiman,
o raja tidak dibenarkan menubuh pasukan tentera atau melakukan peperangan dan
o raja tidak boleh melantik atau mengekalkan perlantikan seseorang menteri yang tidak
mendapat suara terbanyak di Parlimen.
Implikasi Revolusi
 Revolusi itu menandakan berakhirnya sistem pemerintahan beraja mutlak di England dan bermulanya
sistem pemerintahan raja berperlembagaan di England.
 Revolusi cemeriang telah membawa politik yang penting di England, antara kesannya ialah:

3. Kuasa raja dihadkan oleh Perlembagaan.


 Raja-raja yang memerintah England selepas revolusi itu tidak lagi mengamalkan konsep kesucian raja
dalam pemerintahan.
 Di bawah sistem pemerintahan raja berperlembagaan kuasa raja telah dihadkan di mana kuasanya
tertakluk kepada perlembagaan serta dibatasi undang-undang.
 Raja William of Orange dan Ratu Mary II yang memerintah selepas revolusi tidak mempunyai kuasa
mutlak dan mereka terpaksa akur dengan hakikat bahawa mereka mesti patuh kepada kehendak
parlimen.
 lni disebabkan oleh parlimen berkuasa menentukan perlantikan dan kedudukan raja.

4. Raja tidak dibenarkan campurtangan dalam institusi parlimen.


 Revolusi Cemerlang menandakan berakhirnya pemerintahan beraja mutlak di England laitu beraya
menyekat campur tangan raja dalarn pemerintahan negara itu.
 Revolusi itu telah dapat membentuk kedaulatan parlimen sebagai institusi pemerintahan tertinggi di
England.
 Melalui “Bill of Right” yang diluluskan pada tahun 1689, parlimen telah berjaya mengenepikan kuasa
raja dalam bidang pentadbiran dan perundangan.
 Raja tidak mempunyai kuasa untuk memansuhkan undang-undang yang diluluskan oleh pihak
parlimen dan tidak boleh campur tangan dalam proses pelaksanaannya.
 Oleb itu, parlimen yang mewakili rakyat mempunyai kuasa dalam bidang eksekutif dan legislatif.
 Dengan terbentuknya sistem baru itu, telah berjaya menghalang daripada berlakunya pertelingkahan
antara raja dengan parlimen dalam soal pemerintahan.
 Sebelum berlakunya revolusi, raja dan parlimen sering bertelingkah dalam soal pemerintahan negara
sehingga menimbulkan keadaan tidak stabil dalam negara.
 Keadaan baru, selepas revolusi telah dapat mewujud perpaduan antara raja dengan parlimen, dan
 Ini membolehkan pemerintahan negara England berjalan lancar dan mewujudkan kestabilan di negara
itu.

5. Muncul politik kepartian.


 Revolusi Cemerlang juga penting kepada negara England kerana telah mewujudkan corak politik
kepartian.
 Dua buah parti politik yang berpengaruh telah wujud selepas revolusi.
 Parti “Whig” dan parti “Torries” telah banyak mencorakkan perkembangan politik di England.
 Kedua-dua parti itu, mewakili golongan kaya yang terdiri daripada golongan aristokrat, gentri dan
borjuis.
 Mereka telah mengeluarkan peraturan untuk menghadkan penglibatan golongan bawahan dalam
pemilihan ahli parlimen.
 Hak untuk mengundi hanya terhad kepada golongan atasan dan kaya sahaja.

Kesimpulannya,
 pembentukan pemerintahan raja berperlembagaan telah membawa kesan yang baik kepada negara
England.
 Walaupun raja tidak lagi berkuasa seperti sebelumnya tetapi England tetap berjaya menjadi :sebuah
negara yang disegani dan menjadi contoh kepada negara-negara lain.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
100
Raja Louis XIV (1643 — 1715) melaksanakan pemerintahan monarki di Perancis. Bincangkan Iangkah-
Iangkah yang dilaksanakannya dalam memperkukuhkan kuasa pemerintahan di Perancis.

Pendahuluan.
 Raja Louis XIV telah ditabalkan sebagai pemerintah Perancis pada tahun 1643.
 Raja Louis XIV memerintah selama 72 tahun dan menjalankan pemerintahan secara berkuasa mutlak.
 Raja Louis XIV telah mengambil beberapa langkah untuk mengukuhkan pemerintahan monarki.
 Antara langkah-langkah yang diambil oleh baginda untuk mengukuhkan pemerintahannya adalah
dengan menyusun semula dasar dalam negara, dasar ekonomi merkantiisme, dasar ketenteraan,
dasar agama, dan dasar luar negara.

1. Dasar Dalam Negara.


 Raja Louis XIV melaksanakan dasar pentadbiran yang membawa keamanan kepada Perancis.
 Baginda telah mengambil pelbagai langkah untuk menyusun semula pentadbiran negara.
 Baginda memperkenalkan empat majlis utama, iaitu Majlis Negara, Majlis Despatches, Majlis
Kewangan, dan Majlis Privy.

 Majlis Negara berperanan menguruskan hal ehwal luar negara.


 Majlis Despatches pula menguruskan semua hal ehwal tempatan kecuali urusan kewangan.
 Majlis Kewangan berfungsi menguruskan hal percukaian, tarif, perbelanjaan, dan pendapatan negara.
 Majlis Privy pula berperanan dalam menguruskan bidang pentadbiran keadilan.

 Bagi memperkukuhkan pengurusan pentadbirannya, baginda melantik menteri-menteri yang


berkebolehan untuk menjalankan pentadbiran.
 Antaranya, Colbert sebagai Menteri Kewangan, Louvois sebagai Menteri Peperangan, dan Vauban
sebagai Menteri Ketenteraan.
 Untuk mengukuhkan kuasanya di provinsi, Raja Louis XIV telah mendapatkan khidmat daripada
pegawai-pegawai yang berkebolehan bagi melaksanakan dasar-dasar diraja di pelbagai provinsi.

2. Dasar Ekonomi.
 Dalam bidang ekonomi pula, Raja Louis XIV melaksanakan dasar ekonomi merkantilisme bagi
mengukuhkan kedudukan negaranya.
 Melalui kecekapan Menteri Kewangan Perancis, iaitu Colbert, baginda melaksanakan dasar
merkantilisme dengan bersungguh- sungguh.
 Antara tindakan yang diambil oleh Colbert adalah seperti memulakan industri baharu, memansuhkan
tarif tempatan, dan mengawal harga barangan.
 Malahan, Colbert berusaha membina gudang senjata Toulan, mengadakan perhentian dagang di India,
Senegal, dan Madagascar bagi menggalakkan perdagangan luar, dan meningkatkan perdagangan
Perancis.

 Raja Louis XIV turut mengenakan pelbagai sekatan bagi meningkatkan industri tempatan.
 Antaranya mengenakan bayaran tarif yang tinggi kepada barangan asing, mengenakan cukai yang
tinggi kepada kapal-kapal asing yang menggunakan pelabuhan Perancis, dan memberi bantuan
kewangan kepada industri perkapalan Perancis yang menjalankan perdagangan.

3. Dasar Ketenteraan.
 Pengukuhan kuasa monarki diperkukuhkan oleh Raja Louis XIV dengan melakukan pembaharuan dan
mengawal bidang ketenteraan.
 Antaranya, baginda bertindak menghapuskan dominasi golongan bangsawan dalam bidang
ketenteraan, meletakkan angkatan tentera di bawah kawalan baginda, dan melantik pegawai-pegawai
tentera berasaskan merit.
 Bagi menarik kesetiaan golongan tentera, kerajaan Raja Louis XIV bertindak merekrut anggota tentera
dan menyediakan kemudahan seperti perumahan dan bekalan makanan.
 Kesannya, tentera Perancis muncul sebagai pasukan tentera yang terkuat di Eropah ketika itu.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
101
4. Dasar Keagamaan.
 Dalam bidang keagamaan pula, Raja Louis XIV bertindak memaksa golongan Huguenot menerima
agama Katolik.
 Pada tahun 1685, baginda mengambil tindakan membatalkan Edict of Nan tes yang memberi
kebebasan beragama kepada golongan Huguenot.
 Tindakan Raja Louis XIV telah menyebabkan seramai 200 000 orang Huguenot meninggalkan Perancis.

5. Dasar Luar Negara.


 Akhir sekali, pengukuhan kuasa monarki Raja Louis XIV juga melibatkan dasar luar negara.
 Raja Louis XIV melancarkan dasar peluasan kuasa dan baginda berjaya meluaskan wilayah Perancis
hingga ke perbatasan Sungai Rhine.
 Seterusnya, Raja Louis XIV menguasai wilayah-wilayah yang diperintah oleh putera-putera Jerman,
Belgium, dan Belanda.

Kesimpulannya,
 Raja Louis XIV berjaya mengukuhkan kedudukan dengan melakukan pelbagai pembaharuan.
 Kesannya, Perancis muncul sebagai sebuah negara yang kuat dan berpengaruh di Eropah.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
102
Bandingkan pemerintahan beraja Mutlak Perancis dengan Raja Berperlembagaan di England.

Pendahuluan.
 Pemerintahan beraja mutlak di Perancis bermula dengan kemunculan keluarga diraja yang baru iaitu
Keluarga Volois di bawah kepemimpinan Louis XI.
 Raja Louis XI telah berjaya menghadkan pengaruh golongan bangsawan dan gereja.
 Baginda telah menubuhkan pasukan tentera diraja dan berjaya menumpaskan golongan bagsawan.
• Baginda juga telah mengenakan cukai ke atas golongan bangsawan dan menghadkan pertemuan
antara golongan bangsawan.
 Sejak itu Perancis terus diperintah oleh monaki muthlak hingga tahun 1792.
 Manakala pemerintahan raja berperlembagaan di England pula terbentuk apabila ahli parlimen
menggulingkan Raja James II dalam Revolusi Cemerlang pada tahun 1688.
 Berikut perbandingan antara keduanya.

1. Kedudukan raja.
 Dari segi kedudukan raja, raja Perancis mempunyai status yang tinggi iaitu sebagai Ketua Negara yang
dianggap sebagai “Tuhan Kecil di Bumi”.
 Rakyat percaya raja dilantik oleh Tuhan untuk memerintah mereka.
 Raja juga dianggap sebagai suci dan mereka mesti patuh kepadanya.
 Raja juga mempunyai hak-hak suci pemerintahan yang ditulis oleh pihak Gereja.
 Raja Perancis, Louis XIV digelar sebagai “Raja Matahari” bagi menggambarkan ketinggian darjatnya.

 Manakala Raja England juga mempunyai kedudukan sebagai Ketua Negara, namun begitu ia hanyalah
sebagai simbol kekuasaan
 Raja sebagai pemerintah negara mewakilkan kuasanya kepada Perdana Menteri dan kabinetnya.
 Raja berperlembagaan yang pertama di England, Charles II bersumpah untuk mematuhi “Magna
Carta” dan “Petition of Right” bahawa baginda akan menghormati Parlimen, tidak akan mencampuri
hal ehwal dan mengenakan cukai-cukai.
 Dengan lain perkataan, raja mesti mengikut kehendak Parlimen dan hormati perlembagaan.
 Selain itu, Parlimen juga mempunyai kuasa melucutkan hak-hak memerintah seseorang raja.

2. Kuasa pemerintahan.
 Dari segi kuasa pemerintahan, Raja Perancis mempunyai kuasa yang tidäk terbatas.
 Kuasanya mengatasi kedudukan perlembagaan dalam pemerintahan negara dan Ini melahirkan raja
yang zalim dan menindas rakyat jelata.
 Raja-raja Baurbons yang memerintah negara Perancis dengan kuasa yang tidak terbatas.
 Manakala bagi Raja Berperlembagaan England, kuasanya adalah terbatas kerana pemerintahannya
tertakluk kepada peruntukan undang-undang.
 Dalam menjalankan pemerintahan negara, raja mesti mendapat nasihat daripada Perdana Menteri
dan berpandukan kepada perlembagaan negara kerana perlembagaan negara mempunyal kedudukan
yang lebih tinggi daripada raja.

3. Kuasa ekonomi.
 Dari segi ekonomi, Raja Perancis mempunyai kuasa ke atas ekonomi negara.
 Kekayaan Negara milik peribadi raja. Harta negara dibelanjakan dengan boros.
 Contohnya, Raja Louis XIV telah membelanjakan wang yang banyak untuk membina istana besar
Versailles dan mengadakan majlis-majlis di istananya dengan tujuan untuk bermegah-megah.
 Manakala bagi Raja Berperlembagaan England pula tidak memiliki kuasa ke atas ekonomi negara
kecuali apa yang diperuntukkan di dalam perlembagaan
 Raja-raja England bergantung kepada pendapatan sendiri dan sumber-sumber tetap seperti cukai
kutipan-kutipan diraja, dan lain-lain.
 Namun begitu, pada abad ke-18, kuasa memungut cukai telah dilucutkan dan sebagai ganti raja hanya
diberi elaun “Civil List”.
 Misalnya, Raja William III telah diberi elaun sara hidup sebanyak £700,000 setahun.
____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
103
4. Bidang agama.
 Dari segi agama, raja merupakan penaung kepada agama.
 Dalam konteks negara Perancis, Raja penaung kepada agama Kristian Katolik.
 Raja mempunyai kuasa melantik Bishop dan kakitangan gereja yang lain serta membayar gaji-gaji
mereka.

 Manakala raja-raja England hanyalah sebagai penaung kepada agama rakyatnya.


 Dalam konteks negara England, raja merupakan penaung kepada agama Kristian Calvinisme yang
diletakkan di bawah kuasa Gereja Anglican.

5. Bidang kuasa undang-undang


 Dari segi undang-undang dan kehakiman,
 Raja Mutlak Perancis berkuasa menggubal undang-undang .
 Misalnya, terdapat peruntukan yang dinamakan “lettre de cachet”, iaitu “sesiapa yang menyebabkan
raja terperanjat, atau menyakitkan hati golongan pembesar dan paderi boleh dipenjarakan selama-
lamanya tanpa dibicarakan dengan perintah raja.

 Manakala Raja-raja berperlembagaan England tidak mempunyai kuasa menggubal undang-undang


mengikut kehendaknya sendiri atau menghalang undang-undang dibuat berlawanan dengan
kehendaknya.
 Mereka juga tidak mempunyai kuasa dalam bidang kehakiman di mana raja tidak boleh memecat
hakim walaupun hakim tersebut membuat keputusan yang bertentangan dengan kehendak raja.

Kesimpulannya,
 pemerintahan beraja muthlak di Perancis telah menyebabkan penderitaan rakyatnya sehingga mereka
menggulingkan raja pada tahun 1789,
 manakala pemerintahan raja berpérlembagaan di England telah bertahan sehingga kini.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
104
Galurkan peristiwa yang membawa kepada Revolusi Perancis pada tahun 1789 sehingga penubuhan
kerajaan republik pada tahun 1792.

Pendahuluan.
 Revolusi Perancis merupakan peristiwa politik yang amat signifikan dalam sejarah Eropah.
 Corak pemerintahan kerajaan Perancis pada abad ke- 18 adalah dalam tangan raja, Majlis Diraja, dan
Indendant. Semua kata pemutus adalah dalam tangan raja.
 Keadaan ekonomi masih bercorak feudal dan golongan petani tertindas.
 Pada masa yang sama, berlaku perkembangan intelektual dan pengaruh intelektual membangkitkan
pemikiran bebas di Perancis.
 Perkembangan mi membawa kepada sebab-sebab awal meletusnya Revolusi Perancis.
 Revolusi mi telah meletakkan asas bagi perubahan yang berlaku dalam sistem politik di Eropah serta
kemunculan sistem pemerintahan bercorak republik di Perancis.

1. Persidangan Parlimen Perancis.


 Pada tahun 1789, Raja Louis XVI mengadakan persidangan parlimen Perancis di Versailles.
 Namun, persidangan tersebut gagal kerana timbul perbezaan pendapat berhubung tentang cara
pengundian dalam kalangan anggota dewan.
 Undian yang dijalankan adalah menurut suara estet dan bukan suara majoriti semua ahli parlimen.
 Ini kerana keahlian Dewan Ketiga adalah mewakili 96% rakyat Perancis tetapi usul yang dibawa oleh
Dewan Ketiga boleh ditolak sekiranya terdapat kesepakatan yang berlaku antara Dewan Pertama dan
Dewan Kedua
 Oleh itu, Dewan Ketiga telah menuntut agar setiap anggota diberikan satu undi yang berasingan dan
bukan setiap dewan diberikan undi secara keseluruhan.
 Selain itu, Dewan Ketiga menuntut agar ketiga-tiga dewan mengadakan persidangan bersama dan
undian majoriti harus diterima.
 Walau bagaimanapun, tuntutan Dewan Ketiga ditolak oleh Raja Louis XVI.

2. Penubuhan Perhimpunan Kebangsaan.


 Penolakan mi menyebabkan Dewan Ketiga menubuhkan Perhimpunan Kebangsaan.
 Dewan Pertama dan Dewan Kedua dijemput untuk menyertai perhimpunan tersebut.
 Dewan Ketiga mendakwa bahawa mereka mempunyai hak untuk bercakap dan bertindak bagi seluruh
rakyat Perancis.
 Perkembangan mi menandakan bermulanya perselisihan antara Dewan Ketiga dengan golongan raja,
bangsawan, dan paderi.
3. Sumpah Gelanggang Tenis.
 Penubuhan Perhimpunan Kebangsaan telah menyebabkan Marie Antoinnette mendesak Raja Louis
XVI agar menutup pintu dewan persidangan kepada anggota Dewan Ketiga.
 Raja Louis XVI menurut permintaan Marie Antoinette dan keputusan tersebut menyebabkan anggota
Perhimpunan Kebangsaan mengadakan pertemuan di sebuah gelanggang tenis.
 Dalam pertemuan tersebut, mereka bersumpah untuk terus mengadakan persidangan sehingga
perlembagaan baharu digubal.
4. Pemberontakan rakyat.
 Menyedari apa yang dilakukan oleh anggota Perhimpunan Kebangsaan, Raja Louis XVI mengemukakan
ugutan untuk menumpaskan Perhimpunan Kebangsaan.
 Namun, tindakan Raja Louis XVI mi hanya membangkitkan kemarahan penduduk di Paris dan mereka
melancarkan tunjuk perasaan.
 Pada 14 lulai 1789, penunjuk perasaan menggempur penjara Bastille yang merupakan lambang
kezaliman rejim lama. Ramai tahanan politik dibebaskan dan penjara Bastille.
 Kejatuhan Bastille telah memberi semangat kepada pemberontak untuk terus melancarkan tunjuk
perasaan di Perancis.
 Kesannya, revolusi telah tersebar, golongan petani telah bertindak memansuhkan semua bentuk
perjanjian dengan tuan-tuan tanah.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
105
5. Persidagangan Perhimpunan Kebangsaan.
 Perhimpunan Kebangsaan telah mengadakan persidangan pada 4 Ogos 1789 dan telah menggubal
perlembagaan baharu bagi Perancis.
 Perhimpunan Kebangsaan mi mengambil beberapa tindakan seperti menghapuskan hak keistimewaan
golongan feudal, menghapuskan pembayaran cukai kepada gereja, mengambil alih tanah-tanah
gereja, dan membatalkan gelaran yang dikurniakan kepada golongan bangsawan.
 Pada 27 Ogos 1789, Perhimpunan Kebangsaan telah meluluskan Perisytiharan Hak-hak Manusia dan
Warganegara.
 Mereka mengemukakan “Kebebasan, Persamaan, dan Persaudaraan’ Antara kandungan
pengisytiharan mi ialah kerajaan bertanggungjawab mempertahankan hak manusia serta semua
manusia adalah sama di sisi undang-undang, dan menjamin kebebasan beragama.

6. Penubuhan Kerajaan Raja Berperlembagaan.


 Perkembangan situasi politik mi telah menyebabkan ramai golongan bangsawan melarikan din dan
meninggalkan Perancis.
 Pada masa yang sama, Raja Louis XVI merasakan baginda menjadi tawanan dalam negaranya sendiri.
 Oleh yang demikian, Raja Louis XVI bersama isterinya mengambil keputusan untuk melarikan din ke
negara lain.
 Usaha mereka tidak berjaya dan mereka telah ditahan oleh golongan revolusioner berhampiran
sempadan di Varennes.
 Pada bulan Julai 1791, Raja Louis XVI terpaksa menerima perlembagaan baharu yang diluluskan oleh
Perhimpunan Kebangsaan.
 Menurut perlembagaan baharu itu, sebuah kerajaan raja berperlembagaan ditubuhkan.

7. pengisytiharan kerajaan republik di Perancis


 Situasi politik yang berlaku di Perancis mi membimbangkan negaranegara Eropah yang mengamalkan
pemerintahan beraja.
 Oleh itu, Raja Prusia dan Raja Austria membantu Raja Louis XVI dengan memulihkan keamanan di
Perancis.
 Golongan revolusioner merasa terancam lalu Perancis mengisytiharkan perang terhadap Austria pada
April 1792.
 Pada Ogos 1792, golongan revolusioner menahan Raja Louis XVI dalam penjara.
 Pada bulan September 1792, Perhimpunan Kebangsaan digantikan dengan Constitutional Convention
dan seterusnya membawa kepada pengisytiharan kerajaan republik di Perancis.

Kesimpulannya
 rasa tidak puas hati rakyat terhadap pemermntahan Raja Louis XVI menyebabkan pemerintahan
monarki tumbang.
 Perkembangan mi merintis jalan ke arah penubuhan kerajaan bercorak republik di Perancis.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
106
Bandingkan negara Kesatuan Perancis dan negara Persekutuan Amerika Syarikat pada abad ke-18 hingga
abad ke-19.

Pengenalan
• Negara Kesatuan (unitary) ialah negara yang kerajaan pusatnya mempunyai kuasa dalam semua
bidang pentadbiran di peringkat kerajaan pusat dan wilayah.
• Negara Persekutuan (federal) pula ialah negara yang wujud pembahagian kuasa yang jelas antara
kerajaan pusat dengan kerajaan wilayah.
• Peristiwa Revolusi Perancis pada tahun 1789, dan pengisytiharan pemerintahan republik Perancis
pada 21 September 1792 merupakan permulaan kepada pembentukan Negara Kesatuan Perancis.
• Negara Persekutuan Amerika pula bermula apabila 13 buah koloni British di Amerika Utara iaitu
Georgia, Virginia, New York, Maryland dan lain-lain berjaya mengusir penjajah
 British pada tahun 1773. Berikut adalah perbandingan sistem pentadbiran negara kesatuan dan
persekutuan berdasarkan kedua-dua negara.

1. Ketua Negara
 Ketua Negara bagi Negara Kesatuan Perancis terdiri daripada sebuah badan utama iaitu Dewan
Revolusi (1792-95) yang kemudiannya diganti dengan Badan Pengarah (1795-99) dan Konsul (1799-
1804).
 Badan-badan tersebut dianggotai oleh beberapa orang ahli yang diberi kuasa penuh dalam
pemerintahan Perancis di peringkat pusat mahupun wilayah.
 Misalnya di bawah pemerintahan Badan Pengarah dianggotai oleh lima orang ahli, di bawah Konsul
ketua negara Perancis terdiri daripada tiga orang Konsul dengan diketuai oleh seorang konsul
pertama.
Manakala
 bagi Negara Persekutuan Amerika pula, pemerintah tertingginya ialah seorang Presiden yang hanya
mempunyai kuasa dalam bidang eksekutif.
 Bidang kuasa perundangan (legislatif) dikendalikan oleh Kongres dan bidang kehakiman (judisiari) di
bawah Mahkamah Agung.
 Pengagihan kuasa diwujudkan bagi tujuan mengelakkan dan berlakunya penyelewengan dan salah
guna kuasa oleh pemerintah.

2. Dan segi kuasa kerajaan pusat,


 Negara Kesatuan Perancis ialah negara yang kerajaan pusatnya mempunyai kuasa dalam semua
bidang pemerintahan sama ada pada peringkat pusat mahupun pada peringkat wilayah.
 Pemerintah revolusi telah mengambil alih kuasa pemerintah wilayah dengan tujuan untuk
menyatukan Perancis.
 Kerajaan pusat mempunyai kuasa untuk mengubah sempadan dan kuasa serta membatalkan
perundangan yang telah diluluskan pada peringkat wilayah.
 Semasa pemerintahan beraja, setiap wilayah Perancis mempunyai undang-undang, adat resam, dan
kebudayaan yang berlainan.
 Kerajaan baru telah melakukan usaha penyatuan dengan meluluskan satu undang-undang untuk
seluruh Perancis.
Manakala
 Persekutuan Amerika, ialah negara yang wujud pembahagian kuasa yang jelas antara Kerajaan Pusat
dengan Kerajaan Wilayah.
 Gabungan dua peringkat pentadbiran mi membentuk satu Kerajaan Persekutuan.
 Amerika juga memberi kuasa autonomi kepada kerajaan tempatan yang bersifat liberal dan pada
masa yang sama memberi kuasa dan kekuatan yang sebenar kepada kerajaan pusat.
 Setiap peringkat mempunyai autonomi dalam bidang tertentu.
 Hal ehwal luar negara dan hal umum di bawah tanggungjawab penuh Kerajaan Pusat,
 manakala hal yang bersifat setempat seperti kerajaan tempatan, perhutanan, dan sungai merupakan
kuasa autonomi Kerajaan Negeri.
 Negara Persekutuan Amerika memperuntukkan kebebasan kepada setiap peringkat pentadbiran atas
kuasa yang diperuntukkan.
____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
107
3. Dan segi corak pemerintahan pula,
 Perancis mengamalkan pemerintahan diktator. Walaupun terdapat ahll-ahli yang dipilih oleh rakyat di
Parlimen tetapi ia hanya satu pertiga daripada ahli dewan tersebut.
 Dengan itu, pemerintahan dimonopoli oleh golongan tertentu dan mi mewujudkan pemerintahan
diktator.
 Pada mulanya pemerintahan didominasi oleh golongan Jacobin yang diketuai oleh Maximilien
Robespierre.
 Era pemerintahannya terkenal sebagai “Zaman Pemerintahan Ganas”.
 Pada 1794, Robespierre telah digulingkan dan pemerintahan diganti dengan Jabatan Pengarah.
 Menjelang 1799, Napoleon telah menggulingkan Jabatan Pengarah dan menggantikannya dengan
Konsul.
Manakala
 Negara Persekutuan Amerika mengamalkan pemerintahan demokrasi.
 Pilihanraya diadakan bagi memilih Presiden dan ahli-ahli Kongres telah diadakan pada tahun 1796 dan
1800 di mana wakil-wakil dan parti Federalis dan patti Republikan telah bertanding untuk memilih
Presiden selepas penggal kedua Presiden George Washington tamat.
 Amalan demokrasi, membolehkan pemindahan kuasa dilakukan secara aman.

4. Persamaan antara Perancis dan Amerika


 ialah kedua-duanya merupakan negara republik yang tidak beraja.
 Rakyat Perancis menamatkan institusi raja apabila Louis XVI dihukum mati pada 1793.
 Mereka juga telah menghapuskan kuasa dankeistimewaan golongan bangsawan.
 Dikri pengisytiharan pemansuhan pemerintahan feudal telah dikeluarkan pada 1789.
 Manakala rakyat Amerika pula menamatkan kuasa gabenor-gabenor yang memerintah bagi pihak raja
British melalui pemberontakan.
 Selepas merdeka, 13 koloni itu bergabung sebagai negara persekutuan yang dikenali sebagai Amerika
Syarikat.
 Ia ditubuhkan hasil daripada idea-idea baru yang memecahkan tradisi lama, dengan mewujudkan
sebuah negara tanpa raja dan bebas daripada golongan aristokrat.

Kesimpulan
• Kedua-dua negara kesatuan dan persekutuan itu terbentuk akibat latar belakang sejarah dan keadaan
setempat yang berbeza.
• Ini dapat dilihat dalam sejarah penubuhan Amerika dan republik Perancis.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
108
Bandingkan negara Kesatuan Perancis dan negara Persekutuan Amerika Syarikat pada ke-18 - abad ke-19.

Pendahuluan.
 Negara Kesatuan (unitary) ialah negara yang kerajaan pusatnya mempunyai kuasa dalam semua
bidang pentadbiran di peringkat kerajaan pusat dan wilayah.
 Negara Persekutuan (federal) pula ialah negara yang wujud pembahagian kuasa yang jelas antara
kerajaan pusat dengan kerajaan wilayah.
 Peristiwa Revolusi Perancis pada tahun 1789, dan pengisytiharan pemerintahan republik Perancis
pada 21 September 1792 merupakan permulaan kepada pembentukan Negara Kesatuan Perancis.
 Negara Persekutuan Amerika pula bermula apabila 13 buah koloni British di Amerika Utara iaitu
Georgia, Viginia, New York, Maryland dan lain-lain beiaya mengusir penjajah British pada tahun 1773.
 Berikut adalah perbandingan sistem pentadbiran negara kesatuan dan persekutuan berdasarkan
kedua-dua negara.

1. Ketua Negara.
 Ketua Negara bagi Negara Kesatuan Perancis terdiri daripada sebuah badan utama iaitu Dewan
Revolusi (1792-95) yang kemudiannya diganti dengan Badan Pengarah (1795-99) dan Konsul (1799-
O4).
 Badan-badan tersebut dianggotai oleh beberapa orang ahli yang diberi kuasa penuh dalam
pemerintahan Perancis di peringkat pusat mahupun wilayah.
 Misalnya di bawah pemerintahan Badan Pengarah dianggotai oleh lima orang ahli, di bawah Konsul
ketua negara Perancis terdiri daripada tiga Konsul dengan diketuai oleh seorang konsul pertama.

 Manakala bagi Negara Persekutuan Amerika, pemerintah tertingginya ialah seorang Presiden yang
hanya mempunyai kuasa dalam bidang eksekutif.
 Bidang kuasa perundangan (legislatif) dikendalikan oleh Kongres dan bidang kehakiman (judisiari) di
bawah Mahkamah Agung.
 Pengagihan kuasa diwujudkan bagi tujuan mengelakkan dan berlakunya penyelewengan dan salah
guna kuasa oleh pemerintah.

2. Kuasa Kerajaan Pusat.


 Dan segi kuasa kerajaan pusat, Negara Kesatuan Perancis ialah negara yang kerajaan pusatnya
mempunyai kuasa dalam semua bidang pemerintahan sama ada pada peringkat pusat mahupun
peringkat wilayah.
 Pemerintah revolusi telah mengambil alih kuasa pemerintah wilayah dengan tujuan menyatukan
Perancis.
 Kerajaan pusat mempunyai kuasa untuk mengubah sempadan dan kuasa membatalkan perundangan
yang telah diluluskan pada peringkat wilayah.
 Semasa pernerintahan beraja setiap wilayah Perancis mempunyal undang-undang, adat resam, dan
kebudayaan yang berlainan.
 Kerajaan baru telah melakukan usaha penyatuan dengan meluluskan satu undang-undang untuk
seluruh Perancis.

 Manakala Persekutuan Amerika, ialah negara yang wujud pembahagian kuasa yang jelas antara
kerajaan Pusat dengan Kerajaan Wilayah.
 Gabungan dua peringkat pentadbiran ini membentuk satu kerajaan Persekutuan.
 Amerika juga memberi kuasa autonomi kepada kerajaan tempatan yang bersifat liberaI dan pada
masa yang sama memberi kuasa dan kekuatan yang sebenar kepada kerajaan pusat.
 Setiap peringkat mempunyai autonomi dalam bidang tertentu.
 Hal ehwal luar negara dan hal umum di bawah tanggungjawab penuh Kerajaan Pusat,
 manakala hal yang bersifat setempat seperti kerajaan tempatan, perhutanan, dan sungai merupakan
kuasa autonomi Kerajaan Negeri.
 Negara Persekutuan Amerika memperuntukkan kebebasan kepada setiap peringkat pentadbiran atas
kuasa yang diperuntukkan.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
109
3. Corak pemerintahan.
 Dari segi corak pemerintahan pula,Perancis mengamalkan pemerintahan diktator.
 Walaupun ahli-ahli yang dipilih oleh rakyat di Parlimen tetapi Ia hanya satu pertiga daripada ahli
dewan tersebut.
 Dengan itu, pemerintahan dimonopoli oleh golongan tertentu dan ini mewujudkan pemerintahan
dictator.
 Pada mulanya pemerintahan didominasi oleh golongan Jacobin yang diketuai oleh Maximilien
Robespiere.
 Era pemerintahannya terkenal sebagai “Zaman Pemerintahan Ganas”.
 Pada 1794, Robespierre telah digulingkan dan pemerintahan diganti dengan Jabatan Pengarah.
 Menjelang 1799, NapoIeon telah menggulingkan Jabatan Pengarah dan menggantikannya dengan
Konsul.

 Manakala Persekutuan Amerika mengamalkan pemerintahan demokrasi.


 Pilihanraya diadakan bagi memilih Presiden dan ahli-ahli Kongres telah diadakan pada tahun 1796 dan
1800 di mana wakil-wakil dari parti Federalis dan parti Republikan telah bertanding untuk memilih
Presiden selepas penggal kedua Presiden George Washington tamat.
 Amalan demokrasi, membolehkan pemindahan kuasa dilakukan secara aman.

4. Persamaan.
 Persamaan antara Perancis dan Amerika ialah kedua-duanya merupakan negara republik yang tidak
beraja
 Rakyat Perancis menamatkan institusi raja apabila Louis XVI dihukum mati pada 1793.
 Mereka juga telah menghapuskan kuasa dan keistimewaan golongan bangsawan.
 Dikri pengisytiharan pemansuhan pemerintahan feudal di Perancis telah dikeluarkan pada 1789.
 Manakala rakyat Amerika pula menamatkan kuasa gabenor-gabenor yang memerintah bagi pihak raja
British melalui pemberontakan.
 Selepas merdeka, 13 koloni itu bergabung sebagai negara persekutuan yang dikenali sebagai Amerika
Syarikat.
 la ditubuhkan hasil daripada idea-idea baru yang memecahkan tradisi lama, dengan mewujudkan
sebuah negara tanpa raja dan bebas daripada golongan aristokrat.

Kesimpulannya,
 Kedua-dua negara kesatuan dan persekutuan itu terbentuk akibat latar belakang sejarah dan keadaan
setempat yang berbeza.
 Ini dapat dilihat dalam sejarah penubuhan Amerika dan republik Perancis.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
110
Terangkan sistem pemerintahan persekutuan yang diamalkan di Amerika Syarikat

Pendahuluan.
 Perkataan “persekutuan” berasal daripada perkataan Greek, iaitu foedus bermaksud perjanjian.
 Persekutuan ialah gabungan beberapa buah wilayah atau negeri yang dahulunya bebas tetapi menjadi
negara bersekutu di bawah satu perlembagaan pusat.
 Pemerintahan persekutuan merupakan satu bentuk pemerintahan yang membahagikan kuasa antara
kerajaan pusat dengan kerajaan tempatan.
 Kerajaan pusat dan kerajaan negeri mempunyai bidang kuasa masing-masing.
 Pada 4 Julai 1776, Kongres dalam persidangan yang diadakan di Philadelphia meluluskan
Pengisytiharan Kemerdekaan.
 Pengisytiharan Kemerdekaan mi telah ditulis oleh Thomas Jefferson.
 Melalui pengisytiharan ini, 13 buah koloni digabungkan menjadi Amerika Syarikat yang merdeka.

1. Latar belakang pentadbiran AS.


 Di dalam sistem pentadbiran di Amerika Syarikat, kuasa kerajaan dibahagikan kepada kerajaan pusat
dan kerajaan negeri.
 Setiap kerajaan mi mempunyai bidang kuasa masing-masing dalam perkara-perkara tertentu.
 Pada awalnya, Artikel Persekutuan yang digubal selepas Amerika Syarikat bebas daripada British
menjadi panduan dalam pembentukan negara Amerika Syarikat.
 Malangnya, artikel mi tidak mampu mewujudkan sebuah kerajaan yang kuat.
 Hal mi berpunca daripada pembahagian kuasa yang sedikit kepada kerajaan persekutuan.
 Secara tidak langsung kekurangan mi menjadikan Amerika Syarikat sebuah negara yang lemah dan
tidak mampu untuk menjalankan projek-projek pembangunan di samping tidak mempunyai sumber
kewangan yang tidak mencukupi.
 Kerajaan persekutuan terpaksa bergantung kepada sumbangan kerajaan negeri sebagai sumber
ekonomi.
 Pada peringkat mi juga, kerajaan persekutuan tidak dibenarkan membentuk sistem perdagangan
dengan negeri-negeri ataupun negara lain.
 Oleh yang demikian, Konvensyen Philadelphia 1787 telah diadakan bagi membincangkan tentang
kuasa yang akan diberi kepada kerajaan pusat. Dari sini terbentuknya Perlembagaan Amerika.

2. Perlembagaan
 Perlembagaan ini memperuntukkan perkara-perkara penting seperti dasar luar negeri, pertahanan,
cukai, dan mata wang dikuasai oleh kerajaan pusat, memberi kebebasan kepada negeri-negeri
menggubal undang-undang berkaitan adat dan budaya tempatan serta memberi kuasa yang lebih
besar kepada kerajaan persekutuan.
 Manakala, perlembagaan memperuntukkan hal-hal tempatan terletak di bawah bidang kuasa kerajaan
negeri masing-masing.
 Menjelang tahun 1788, sembilan buah negeri telah mengesahkan perlembagaan tersebut.
 Namun, oleh kerana pengaruh pihak antifederal, negeri New York masih belum dapat mengesahkan
perlembagaan tersebut.
 Dengan hasil usaha golongan federalis seperti Alexander Hamilton, John Jay, dan James Madison
menerusi penerbitan buku, The Federalist.
 Akhirnya, New York mengesahkan untuk menyokong Perlembagaan Amerika

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
111
3. Struktur pentadbiran.
 Perlembagaan Amerika juga menggariskan badan-badan memerintah negara bagi melindungi negara
dan sebarang unsur-unsur authoritarian dan radikal.
 Perlembagaan telah menggariskan bahawa struktur kerajaan terdiri daripada tiga bahagian, iaitu
Eksekutif, Perundangan, dan Kehakiman.
 Kuasa Eksekutif diterajui oleh Presiden. Presiden dipilih untuk tempoh empat tahun.
 Selepas empat tahun, Presiden boleh dilantik semula untuk penggal kedua selama empat tahun.
 Badan perundangan, iaitu Kongres terdiri daripada Dewan Senat dan Dewan Perwakilan.
 Kongres berfungsi untuk mengimbangi kuasa Presiden yang memiliki kuasa veto.
 Presiden Amerika Syarikat boleh membatalkan undang-undang melalui kuasa veto dan mengawasi
kongres.
 Namun, melalui dua pertiga undi kongres, kedua-dua dewan dapat mengatasi kuasa veto Presiden.
 Ahli Dewan Senat dan Dewan Perwakilan dipilih oleh rakyat.
 Badan Kehakiman terdiri daripada Mahkamah Tinggi dan mahkamahmahkamah lain.
 Badan mi merupakan badan yang bebas.
 Mahkamah boleh mengambil tindakan terhada Presiden sekiranya Presiden melanggar perlembagaan.

4. Pilihanraya.
 Pilihan raya pertama bagi Amerika Syarikat diadakan pada 4 November 1789 dan dalam pilihan raya
tersebut, George Washington telah dilantik sebagai Presiden Amerika Syarikat yang pertama.

Kesimpulannya,
 pembentukan kerajaan persekutuan di Amerika Syarikat dilihat sebagai salah satu cara yang paling
berkesan untuk menggabungkan negeri-negeri yang pernah menjadi koloni British.
 Kerajaan persekutuan dilihat memberi kuasa yang lebih banyak kepada rakyat dan pada masa yang
sama, hak dan kebebasan peribadi rakyat tidak diusik.
 Sekalmgus, mi membantu Amerika Syarikat untuk muncul sebagai kuasa ekonomi dan politik dunia.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
112
Jelaskan ciri-ciri dan struktur negara kesatuan di Perancis.

Pendahuluan.
 Negara kesatuan merupakan sebuah negara yang memberikan kuasa yang luas kepada kerajaan pusat
dan kuasa yang terhad kepada kerajaan tempatan.
 Perancis memilih untuk mengamalkan sistem kesatuan.
 Negara kesatuan di Perancis terbentuk sebaik sahaja sistem feudal dihapuskan, iaitu apabila
pemerintahan golongan Jacobin yang dikenali sebagai “Zaman Pemerintahan Ganas” yang
berlangsung dan bulan Jun 1793 hingga Julai 1794.
 Pada 21 Januani 1793, Raja Louis XVI dipancung dan pada 16 Oktober 1793, isterinya, Marie
Antoinnette dipancung menggunakan gilotin.

1. Pemusatan Urusan Negara.


 Antara ciri-ciri kesatuan ialah kesemua urusan negara dipusatkan, beberapa wilayah atau cawangan
dibentuk dan diberi kuasa mentadbir bertujuan untuk memudahkan pentadbiran.
 Kuasa autonomi wilayah tidak mencerminkan kebebasan kerajaan tempatan disebabkan kuasa
wilayah, bahagian atau cawangan boleh dipinda atau ditarik balik.
 Namun, sekiranya sistem mi diamalkan dalam pemerintahan, masalah pertindihan kuasa tidak akan
berlaku kerana sebarang percanggahan antara pembuat dasar dengan pelaksana dasar dapat
dielakkan disebabkan keputusan akan dibuat oleh pemerintahan pusat.
 Kebiasaannya sistem kesatuan amat sesuai dijalankan di negara-negara yang tidak terlalu luas
kawasan geografinya supaya komunikasi dua hala dapat dilakukan dengan mudah dan sebarang
keputusan dapat dilakukan dengan cepat dan mudah tanpa amalan red tape.

2. Struktur pentadbiran.
 Sebagai negara kesatuan, Perancis dibahagikan kepada beberapa wilayah dan wilayah mi diberi kuasa
mentadbir
 Bagi melicinkan pentadbiran, Perancis telah dibahagikan kepada 83 department (kawasan) dan
 setiap department dibahagikan kepada cantons (daerah) dan commune.
 Department berperanan menguruskan perkhidmatan di kawasan tempatan dan diketuai oleh Prefet.
 Setiap Prefet bertanggungjawab terus kepada Menteri Dalam Negeri.
 Setiap department pula mewujudkan sebuah majlis dikenali sebagai General Council dan ahli-ahlinya
dilantik oleh pemerintah peringkat pusat.
 Department merupakan institusi peringkat tempatan yang berperanan sebagai orang tengah yang
menghubungkan penduduk tempatan dengan kerajaan peringkat pusat.

 Commune dibentuk untuk mentadbir kawasan bandar dan diketuai oleh Datuk Bandar (Mayor)
sebagai ketua eksekutif.
 Malah, Majlis Bandaran (Municipal Council) turut diwujudkan. Tugas commune ialah mengendalikan
perkara-perkara yang menyentuh pentadbiran di bandar.
 Antaranya ialah meluluskan permit bangunan, menjaga keselamatan penduduk dan menguruskan
pendaftaran perkahwinan.
 Commune turut berperanan untuk memberikan perkhidmatan kepada penduduk tempatan seperti
pejabat pendaftaran, mahkamah rendah, jabatan kerja raya, dan polis tempatan.

 Datuk Bandar merupakan wakil kerajaan pusat di kawasan bandar yang berperanan menguatkuasakan
undang-undang tempatan, mendaftar jurutera awam, dan menguruskan pekerja di kawasannya.
 Namun, keputusan yang dibuat oleh Datuk Bandar boleh diubah, dipmnda, atau dibatalkan oleh
kerajaan pusat.
Kesimpulannya,
 pihak yang terlibat berhak memilih untuk mengamalkan pemerintahan sama ada secara kesatuan atau
persekutuan kerana mi akan memberi kesan kepada keharmonian pentadbiran pusat dan wilayah.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
113
Jelaskan proses penyatuan negara bangsa di Itali

Pendahuluan.
 Konsep negara bangsa merujuk kepada pembentukan negara bangsa moden di Eropah.
 Pada waktu in muncul idea tentang hak rakyat, kerajaan berperlembagaan, dan negara bangsa moden.
 Negara Itali merupakan salah satu contoh negara bangsa yang dibentuk pada abad ke-19.
 Italy telah menjadi rebutan negara-negara Eropah.
 Antaranya ialah Dinasti Habsburg dan Austria yang menguasai negeri di Itali pada tahun 1559 sehingga
1796 dan obor revolusi yang dibawa oleh Napoleon ke seluruh Itali pada tahun 1796 hingga 1814.
 Semua negeri adalah di bawah pengaruh Perancis semasa Napoleon Bonaparte menakluk Itali.
 Selepas kejatuhan Napoleon Bonaparte pada tahun 1814, Itali menjadi sebuah negara bersatu.

1. Kongres Vienna 1815.


 Pada 1815, Kongres Vienna diadakan bertujuan utk membahagikan kws di Eropah slps Prg Napoleon
tamat.
 Empayar Austria telah menguasai Itali. Akibatnya, Itali berada di bawah pemerintahan yang berlainan.
 Sbg cth di selatan Itali, iaitu Naples dan Sicily, Raja Ferdinand II tlh menandatangani perjanjian dgn
Austria.
 Di utara Itali pula, Venice dan Lombardy telah diperintah oleh Maharaja Austria, iaitu Raja Ferdinand I.
 Di barat Itali, kerajaan Sardinia telah dipenintah oleh Raja Charles Albert manakala di tengah Itali pula
Rom (negeni-negeri Papal) dikuasai oleh Paus Pius IX.
 Antara faktor kegagalan penyatuan Itali ialah menjadikan Itali sebuah republik, mengamalkan
pemerintahan monarki, dan menyerahkan pemerintahan kepada Paus.

1. Gerakan Kelas Pertengahan.


 Gerakan penyatuan Itali bermula sejak tahun 1815 oleh kelas pertengahan Itali.
 Gerakan mi bergerak ke arah penyatuan Itali kerana penduduk Perancis semasa era Napoleon
Bonaparte berpendapat sistem pentadbiran yang berkesan perlu diwujudkan dan golongan saudagar
percaya dengan penyatuan Itali dapat memberi faedah dalam ekonomi.
 Seterusnya, sentimen anti-Austria yang menguasai Lombardy dan Venetma serta penempatan tentera
di empat kawasan strategik di Itali, iaitu di Verona, Mantua, Peschiera, dan Legnano.

2. Gerakan bawah tanah.


 Pada peringkat awal antara tahun 1815 hingga tahun 1830, peperangan secara terbuka dengan
penjajah Austria sukar dilakukan kerana penentang terpaksa bergerak di bawah tanah dalam bentuk
kongsi gelap.
 Contoh kongsi gelap yang wujud pada waktu itu ialah Carbonari.
 Walau bagaimanapun, gerakan tersebut mengalami kegagalan walaupun melakukan dua kali
penentangan pada tahun 1818 dan tahun 1830.

3. Gerakan Nasionalisme oleh Mazzini.


 Kebangkitan semangat nasionalisme telah tercetus apabila beberapa tokoh seperti Mazzini, Count
Camillo Benso di Cavour, dan Garibaldi telah memimpin beberapa gerakan untuk menyatukan Itali.
 Gerakan penyatuan Itali yang disumbangkan oleh Mazzini ialah mewujudkan idea penyatuan Itali,
menubuhkan pertubuhan, dan melancarkan pemberontakan.
 Beliau telah mempopularkan idea-idea menyatukan Itali sebagai negara republik, menggulingkan
pemerintah asing dan bumi Itali, dan usaha penyatuan harus dilakukan oleh rakyat Itali sendiri.
 Mazzini seterusnya telah menubuhkan gerakan Itali Muda (Young Italy).
 Beliau ingin memperbaiki kelemahan perjuangan Carbonari yang kurang bersedia dan bersifat
setempat kerana beliau berhasrat menjadikan Itali sebuah kerajaan republik.
 Gerakan Young Italy bersifat nasional dengan mempengaruhi pelbagai golongan seperti golongan
pertengahan, pekerj a, pensyarah universiti, dan pegawai tentera.
 Mazzini merancang dan memimpin pemberontakan menentang kuasa-kuasa asing di bumi Itali.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
114
 Misalnya, pada 1833, Mazzini merancang serangan terhadap Savoy, terlibat dalam pemberontakan di
Cosenza pada tahun 1843, dan pada 1857 merancang pemberontakan di Genoa dan Leghorn dan
England.
 Selain itu, Mazzini juga memimpin satu gerakan menentang Raja Charles Albert di Piedmont yang
bertujuan menubuhkan krjn berperlembagaan spy pemberontakan mengusir penjajah Austria di Itali
dpt dimulakan.
 Walau bagaimanapun, gerakan tersebut gagal. Akibatnya Mazzini dibuang negeri ke Switzerland dan
beliau sampai ke England.
 Beliau telah menguruskan sebuah sekolah anak-anak orang Itali yang dibuang negeri ketika berada di
England. Mazzini juga menandatangani dokumen Pact of Young Europe.
 Dokumen mi menegaskan setiap bangsa mempunyai tugas istimewa yang akan memberi sumbangan
ke arah kemanusiaan semasa dalam buangan di Switzerland.
 Beliau juga menyokong perjuangan pemuda di Eropah seperti di Hungary dan Poland.

4. Gerakan Nasionalisme oleh Count Camfflo Benso di Cavour (1810 - 1861).


 Count Camfflo Benso di Cavour (1810 - 1861) merupakan tokoh terbilang dalam menyatukan Itali.
 Count Camillo Benso di Cavour tidak terlibat dalam kerajaan semasa pemerintahan Raja Charles
Albert.
 Apabila Raja Victor Emmanuel II menaiki takhta, beliau terlibat secara langsung dalam bidang politik.
 Beliau memajukan Piedmont dengan mencontohi England semasa menjadi Perdana Menteri.
 Antara sumbangan beliau ialah menurunkan kadar cukai, membina kilang, membawa masuk jentera,
memperbaiki jalan raya, membina jalan kerea api, menyusun semula sistem kewangan, dan berusaha
menyatukan bangsa Itali.
 Cavour berpendapat kuasa-kuasa Eropah akan membantu Itali menyelesaikan masalah jika mereka
memainkan peranan aktif dalam peringkat antarabangsa.
 Oleh yang demikian, Cavour telah menyusun semula tenteranya dengan berunding secara rahsia
dengan pihak-pihak di Itali yang ingin menghalau pemerintah Austria.
 Antara langkah dalam dasar luar yang dilakukan oleh Count Camillo Benso di Cavour untuk
menyatukan Itali ialah beliau telah bekerjasama dengan Perancis dan Britain dalam Perang Crimea
bagi menentang Rusia.
 Walaupun kabinet Piedmont menolak idea mi, Cavour meneruskan juga tindakannya dan
 pada tahun 1856, pasukan tentera Piedmont di bawah pimpinan La Marmora mencapai kejayaan
dalam pertempuran di Tchermaya.
 Kejayaan tersebut menyebabkan Cavour membuat persetiaan dengan Perancis.
 Cavour telah menandatangani perjanjian dengan Napoleon III untuk membebaskan Itali daripada
Austria.
 Kemudian, peperangan antara Sardinia-Perancis dengan Austria meletus dan Austria berjaya
ditumpaskan dalam peperangan mi.
 Wilayah Lombardy diserahkan kepada Sardinia manakala Venetia masih dikuasai oleh Austria.
 Rusuhan yang berlaku di negeri-negeri Papal seperti Bologna dan Romagna telah menyebabkan
Cavour bertindak menghantar Pesuruhjaya untuk mentadbir wilayah tersebut.
 Cavour berpendapat Sardinia perlu terlibat secara aktif di negeri-negeri Papal.
 Tentera Sardinia kemudian menyerang negeri-negeri Papal dan negeri tersebut jatuh ke tangan
Sardinia.
 Cavour berjaya menguasai bahagian tengah dan utara Itali.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
115
5. Gerakan Nasionalisme oleh Count Camfflo Benso di Cavour (1810 - 1861).
 Perjuangan nasionalisme diteruskan oleh Garibaldi. Garibaldi merupakan pengikut setia kepada
Mazzini.
 Garibaldi telah menyertai Gerakan Young Italy semasa muda. Akibat gagal dalam pemberontakan,
beliau melarikan din ke Amerika Selatan.
 Beliau berjuang menentang Brazil dan Argentina dengan menggunakan teknik perang gerila.
 Garibaldi memimpin tenteranya ke Dua Sicily bagi membantu pemberontakan terhadap raja Bourbon,
Ferdinand II dan penggantinya, Francis II. Kesannya, beliau berjaya menguasai Sicily dan Naples.
 Bagi menakluk Sicily, Garibaldi mengumpulkan seramai seribu sukarelawan di Genoa.
 Tentera Garibaldi berjaya mendarat di Marsala, Sicily pada Mei 1860.
 Pada pertengahan bulan Julai 1860, Garibaldi berjaya menguasai seluruh pulau Sicily.
 Naples berjaya ditakluk pada 7 September 1860.
 Namun, beliau membelakangkan kepentingan prinsipnya sebagai seorang pejuang republik dan
menyerahkan kejayaannya kepada Cavour untuk menyatukan Dua Sicily dalam kerajaan Sardinia.

Kesimpulan.
 Akhirnya, negara bangsa Itali dapat diwujudkan setelah Itali meminta bantuan Prusia untuk mengusir
Austria dan tentera Itali memasuki Rom semasa peperangan antara Perancis dan Prusia berlaku.
 Kemudian, parlimen Itali yang bersidang di Turin telah mengisytiharkan Raja Itali, Raja Victor
Emmanuel II sebagai raja Itali.
 Kerajaan yang ditubuhkan adalah kerajaan monarki berperlembagaan berdasarkan perlembagaan
1848.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
116
Jelaskan peranan yang dimainkan oleh Giuseppe Mazzini dalam perjuangan menyatukan Italy.

Pendahuluan.
 Giuseppe Mazzini merupakan tokoh nasionalis yang memperjuangkan penyatuan Itali menerusi
pemberontakan.
 Giuseppe Mazzini berasal dan Genoa (1805 — 1872).
 Beliau menggunakan pendekatan yang berbeza daripada Count Cavour dalam merealisasikan usaha
untuk menyatukan Itali.
1. Menyebarkan idea nasionalisme.
 Mazzini merupakan tokoh yang melahirkan kesedaran dalam kalangan rakyat Itali tentang penyatuan
Itali.
 Beliau juga merupakan tokoh yang terawal menyebarkan kesedaran nasionalisme dalam kalangan
rakyat Itali seperti menubuhkan Gerakan Young Italy.
2. mempopularkan idea penyatuan Itali.
 Beliau mempopularkan idea penyatuan Itali dalam kalangan rakyat Itali.
 Beliau mahu menyatukan Itali ke arah pembentukan sebuah negara republik dan mahukan usaha
penyatuan Itali dilakukan oleh rakyat Itali sendiri.
3. menubuhkan pertubuhan.
 Mazzini mengambil langkah-langkah menubuhkan pertubuhan bagi membangkitkan kesedaran
kebangsaan dalam kalangan rakyat.
 Beliau menubuhkan pertubuhan Young Italy pada tahun 1831 dan pertubuhan Young Europe pada
1834.
 Beliau memperbaiki kelemahan perjuangan Carbonari yang kurang bersedia dan bersifat setempat.
 Gerakan Young Italy bersifat nasional dengan mempengaruhi pelbagai golongan seperti golongan
pertengahan, pekerja, pensyarah universiti, dan pegawai tentera.
 Pada tahun 1833, dianggarkan 60 000 orang menjadi ahli dalam gerakan ini.
 Melalui pertubuhan-pertubuhan mi, beliau berjaya mendapat sokongan drpd rakyat untuk
menyatukan Itali.
4. Pendekatan perjuangan
 Mazzini berpendapat bahawa usaha penyatuan Itali harus dilakukan oleh rakyat Itali sendiri.
 Beliau menegaskan bahawa setiap bangsa mempunyai tugas istimewa yang akan memberi sumbangan
ke arah penyempurnaan tugas untuk kemanusiaan.
 Tugas mi bagi Mazzini merupakan unsur kebangsaan yang dianggap suci.
 Beliau juga tidak mahu campur tangan dan bantuan kuasa-kuasa asing dalam usaha penyatuan Itali.
 Malah, beliau berasa tidak puas hati dengan pendekatan diplomatik yang digunakan oleh Count
Cavour untuk menyatukan Itali.
5. Melancarkan Pemberontakan.
 Mazzini sendiri melakukan perancangan dan memimpin pemberontakan menentang kuasa-2 asing di
Itali.
 Beliau terlibat dalam pemberontakan di Cosenza (1843), Genoa (1857), dan Leghorn (1857).
 Misalnya, pada tahun 1833, Mazzini merancang serangan terhadap Savoy, terlibat dalam
pemberontakan di Cosenza pada tahun 1843, dan pada 1857 merancang pemberontakan di Genoa
dan Leghorn dan England.
 Selain itu, Mazzini juga memimpin satu gerakan menentang Raja Charles Albert di Piedmont bertujuan
untuk menubuhkan kerajaan berperlembagaan yang memulakan pemberontakan untuk mengusir
penjajah Austria.
 Walaupun pemberontakanpemberontakan tersebul gagal, namun ia telah dapat menyemai semangat
perpaduan dan nasionalisme dalam kalangan rakyat.
Kesimpulannya,
 Mazzini merupakan tokoh nasionalis yang telah memberi sumbangan besar dalam usaha penyatuan
Itali.
 Usaha penyatuan diteruskan oleh tokoh-tokoh lain seperti Count Camillo Benso di Cavour dan
Garibaldi.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
117
Jelaskan Iangkah-Iangkah yang diambil oleh Count Camillo di Cavour untuk menyatukan Itali.

Pendahuluan.
 Count Camillo Benso di Cavour merupakan seorang negarawan yang memainkan peranan penting
dalam usaha penyatuan Itali.
 Beliau berasal daripada keluarga bangsawan Piedmont.
 Beliau merupakan tokoh yang memainkan peranan penting dalam politik Piedmont.
 Beliau pernah memegang jawatan sebagai ahli Parlimen dan Menteri Pertanian dan Perdagangan
Piedmont.
 Pada tahun 1852, beliau dilantik sebagai Perdana Menteri Piedmont dan mengambil pelbagai langkah
untuk merealisasikan usaha penyatuan Itali.

1. Dasar Dalam negeri Piedmont.


 Sebagai Perdana Menteri Piedmont, Count Cavour mengambil langkahlangkah untuk mengukuhkan
kedudukan kerajaan dalam bidang politik dan ekonomi.
 Beliau menjalankan reformasi dalam bidang ketenteraan pentadbiran, dan perindustrian.
 Reformasi dalam bidang pentadbiran diperlihatkan dengan menjalankan reformasi dalam bidang
ketenteraan, dan perundangan.
 Ekonomi kerajaan juga dibangunkan dengan memajukan sektor pertanian, perdagangan, dan
perindustrian.
 Count Cavour menggalakkan penubuhan industri baharu, menggalakkan pelabur-pelabur dan luar
negara melabur di Piedmont, dan mendapatkan khidmat nasihat pakar ekonomi luar negara dalam
membangunkan ekonomi Piedmont.
 Langkah-langkah tersebut diambil bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan kerajaan bagi
menghadapi peperangan dengan Austria.
 Selain itu, tindakan tersebut juga merupakan sebahagian daripada usaha yang dilakukan oleh beliau
untuk menyatukan Itali.

2. menjalinkan perikatan dengan Perancis


 Langkah seterusnya yang diambil oleh beliau untuk merealisasikan hasrat menyatukan Itali adalah
dengan menjalinkan penikatan dengan Perancis.
 Beliau menggunakan kebijaksanaan politik bagi mengelakkan kewujudan perikatan antara Austria dan
Perancis.
 Beliau berpendapat perikatan antara Austria dan Perancis akan mengancam kedudukan Piedmont.
 Tambahan pula, pemimpin Perancis, iaitu Napoleon berminat memberi bantuan kepada Itali.
 Count Cavour mengambil peluang tersebut untuk menjalinkan hubungan rapat dengan Perancis.
 Selain itu, beliau juga mengadakan pakatan ketenteraan dengan Perancis bagi menyerang Austria.
 Pakatan ketenteraan mi membolehkan Peidmont mendapat bekalan tentera dan Perancis dan
mendapat Lombardy dan Venetia sekiranya Austria dapat ditewaskan dalam peperangan tersebut.

3. Penyertaan dalam Perang Crimea.


 Bagi merealisasikan usaha penyatuan Itali, Count Cavour turut melibatkan Piedmont dalam hal ehwal
rang berlaku di luar negara.
 Beliau berpendapat, kuasa-kuasa Eropah akan membantu menyelesaikan masalah yang bakal dihadapi
sekiranya Itali memainkan peranan aktif dalam hal ehwal antarabangsa.
 Sehubungan dengan itu, beliau membuat keputusan untuk melibatkan Itali dalam peperangan yang
benlaku di Crimea.
 Pada tahun 1856, pasukan tentera Piedmont mencapai kejayaan dalam pertempuran di Tchemaya.
 Kemenangan mi memberi keyakinan kepada Piedmont untuk menghadapi peperangan dengan
Austria.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
118
4. Pembentukan Persatuan Kebangsaan,
 Count Cavour turut memainkan peranan dalam pembentukan Persatuan Kebangsaan.
 Persatuan mi ditubuhkan bagi menyatukan kumpulan-kumpulan yang berjuang untuk menyatukan
Itali.
 Persatuan mi memainkan peranan melahirkan kesedaran dalam kalangan nasionalis untuk
mewujudkan sebuah organisasi bagi menyelaraskan usaha penyatuan Itali.
 Antara tokoh-tokoh yang terlibat ialah Pallavincio, La Farina, Garibaldi, dan Daniele Manin.
 Mereka menjadikan Count Cavour sebagai rakan sekutu bagi menyelaraskan kegiatan pergerakan
kebangsaan di Itali.

5. Menyelaraskan pergerakan kebangsaan di itali.


 Count Cavour turut memainkan peranan dlm usaha menyelaraskan kegiatan pergerakan kebangsaan
di Itali.
 Beliau mengadakan rundingan secara sulit dengan pemimpin Persatuan Kebangsaan.
 Contohnya, beliau mendapatkan bantuan La Farina bagi mencetuskan kebangkitan rakyat di wilayah
utara dan tengah Itali.
 Beliau turut mendapatkan kerjasama daripada Garibaldi untuk menubuhkan pasukan tentera sukarela
daripada kalangan penduduk Lombardy.
 Langkah-langkah mi menyebabkan wujud kesepakatan dalam kalangan golongan nasionalis untuk
menyelaraskan usaha ke arah penyatuan Itali.

6. Provokasi terhadap Austria.


 Langkah-langkah berbentuk provokatif juga diambil oleh Count Cavour agar Austria memulakan
peperangan terhadap Piedmont.
 Antaranya memutuskan hubungan diplomatik dengan Vienna pada tahun 1857 apabila Vienna
melucutkan jawatan seorang Senator Sardinia dan Lombardy.
 Beliau juga mengarahkan La Marmora, Menteri Kewangan Piedmont mengumpul dana untuk
menghadapi peperangan dengan Austria.
 Tindakan mi telah menyebabkan Austria melancarkan peperangan dengan Piedmont.
 Count Cavour menjalinkan hubungan sulit dengan Persatuan Kebangsaan tetapi hubungan tersebut
menimbulkan kemarahan Austria.
 Hasil hubungan tersebut, Persatuan Kebangsaan membantu Count Cavour menubuhkan depot- depot
tentera dan mengedarkan risalah yang menyeru rakyat menyokong kepimpinan Piedmont.

Kesimpulannya,
 Count Cavour merupakan tokoh nasionalis yang membenikan sumbangan besar dlm usaha
menyatukan Itali.
 Beliau menggunakan pelbagai pendekatan & kebijaksanaan politik dlm mengatur gerakan menyatukan
Itali.
 Kesan drpd langkah-langkah tersebut, penyatuan negara bangsa Itali menjadi kenyataan menjelang
1870.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
119
Huraikan usaha-usaha yang dilakukan oleh Count Camillo di Cavour untuk menyatukan Italy

Pendahuluan.
 Count Camillo di Cavour merupakan seorang tokoh bangsawan Piedmont yang terkenal sebagai
pembina negara Itali pada abad ke-19.
 Beliau telah dilantik sebagai Perdana Menteri kerajaan Sardinia atau Piedmont pada tahun 1852.
 Sebelum beliau menyatukan Itali, negara itu berpecah kepada 12 buah irgeri yang bet asingan
antaranya ialah Sardinia, Lombardy, Venetia, Modena, Parma, Sicily dan Tuscany berada dibawah
pemerintah yang berlainan.
 Dalam usahanya menyatukan Itali, beliau terpaksa berhadapan dengan kuasa Austria yang menjajah
negeri Lombardy dan Venetia.
 Selain itu, beliau juga mesti menangani Perancis yang melindungi kerajaan Pope di Rom.
 Beliau turut disokong oleh Raja Piedmont, Victor Emmanuel II.

Berikut adalah usaha-usaha yang dilakukan olehnya untuk menyatukan Itali.

1. Memajukan ekonomi negara


 Sebagai permulaan kepada usahanya untuk menyatukan Itali, Cavour mengambil langkah memajukan
ekonomi negerinya dengan menurunkan cukai tarif bagi menggalakkan pertumbuhan sector
perindustrian.
 Kilang-kilang didirikan, jentera-jentera diimport dari luar serta kernudahan infrastruktur seperti jalan-
jaian raya dan keretapi disediakan.
 Perkembangan ekonomi yang dijana oleh sektor perindustrian telah menjadikan Piedmont sebagai
sebuah negeri hail yang kaya.
 Dengan menggunakan pengalamannya dalam bidang perbankan, beliau telah berjaya menyusun
semula sistem kewangan dan langkah tersebut berjaya mengukuhkan sistem kewangan negerinya.
 Kedudukan kewangan negeri Piedmont yang kukuh dapat digunakan untuk menyatukan Itali.
 Hasil dari kekayaan yang diperolehi itu, beliau telah menjadikan Piedmont sebuah negeri yang moden
dan menyusun semula angkatan tentera negeri Piedmont sebagai pasukan tentera yang kuat dan
berdisiplin.
 Kejayaannya, menyebabkan rakyat Itali kagum dengan kemajuan di negeri Piedmont dan menganggap
Victor Emmanuel II sebagai raja mereka.

2. Mengurangkan pengaruh gereja.


 Selain itu, Cavour berusaha mengurangkan pengaruh gereja dalam pernerintahan negerinya.
 Beliau telah mengurangkan kuasa institusi gereja dan mengusir keluar ahii-ahli Jesuit dari negeranya
serta meletakkan institusi gereja di bawah kuasa negara.
 Dengan itu, beliau berjaya membebaskan pengaruh dan campur tangan Pope di Rom dalam
pentadbiran negaranya.
 Cavour juga telah berunding secara rahsia dengan Garilbaldi seorang tokoh nasionalis Itali, dan
menaungi kumpulan-kumpulan sulit yang mempunyai tujuan yang sama iaitu menyatukan seluruh Itali
di bawah satu kerajaan.

3. Mencari sekutu agi negeri Piedmont.


 Untuk menghadapi Austria, Cavour berusaha mencari sekutu bagi negeri Piedmont.
 Beliau menggunakan kecekapan diplomatiknya untuk mendapat bantuan daripada kuasa-kuasa
Eropah sepërti Britain, Prusia dan Perancis untuk membantunya menentang Austria.
 Beliau mendapat peluang itu apabila tercetusnya Peperangan Crimea.
 Beliau mengambil kesempatan itu dengan bersekutu dengan Perancis, Britain dan Turki Uthmaniyyah
menentang tentera Rusia.
 Selepas perang, beliau telah membuat perikatan dengan negara Perancis.
 Pemerintah Perancis, Napoleon III, terpaksa membantu Cavour kerana terhutang budi kepada
kerajaan Piedmont yang telah memberi bantuan yang banyak kepada Perancis dalam peperangan
Cremia.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
120
4. Mewujudkan provokasi dengan Austria.
 Seterusnya, sebagai usaha menjadikan Austria sebagai pihak yang menyerang negerinya, Cavour
mewujudkan provokasi dengan Austria.
 Beliau telah mengarahkan pasukan tenteranya berkumpul dekat Lombardy, Ini membawa kepada
berlakunya beberapa pertempuran kecil di sempadan Lardy.
 Austria mengisytiharkan perang ke atas Piedmont pada bulan April 1859 apabila tuntutannya agar
tentera Piedmont dibubarkan ditolak oleh Cavour.
 Ini menyebabkan Perancis terpaksa membantu sekutunya, Piedmont menentang tentera Austria.
 Pada tahun yang sama, gabungan tentera Piedmont dan Perancis telah beiaya mengusir Austria dari
negeri Lombardy yang kemudiannya diserahkan kepada kerajaan Piedmont.

5. Perjuangan beliau diteruskan oleh rakyatnya.


 Oleh kerana, Perancis telah mengadakan perjanjian damai dengan Austria selepas pertempuran itu,
Cavour gagal meneruskan usahanya mengusir Austria dan Itali.
 Beliau terpaksa meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri apabila Raja Victor Emmanuel II tidak
menyokong usahanya berperang dengan Austria tanpa bantuan daripada Perancis.
 Pada tahun 1860, perjuangan beliau diteruskan oleh rakyat Italy.
 Rakyat Itali di negeri-negeri Modena, Parma, Tuscany, dan Romagna telah bangkit memberontak.
 Mereka dipimpin oleh Guiseppe Mazzini yang menuntut pemerintah di negeni-negeri terbabit agar
bersatu dengan Piedmont.
 Hasil daripada pungutan suara yang diadakan hampir semua rakyat telah mengundi untuk bersatu
dengan Piedmont bagi membentuk negara Itali yang bersatu.
 Pada tahun 1860, seorang lagi pejuang nasionalis, Giuseppe Garibaldi telah bekerjasama dengan
Mazzini, mereka berjaya menawan negeri Naples.
 Mereka menyatukan negeri Naples dengan Piedmont dan melantik Raja Victor Emmanuel II sebagai
raja Itali.
 Selepas kejayaan itu, sebuah kerajaan Itali baru telah diisytiharkan dengan rasminya pada tahun 1861
tanpa penyertaan daripada negeri Venetia dan Rom.
 Pada tahun yang sama Cavour telah meninggal dunia tanpa sempat melihat penyatuan Itali.

Kesimpulannya,
 walaupun hanya berjaya menyatukan sebahagian danipada Itali, namun beliau telah beiaya
meletakkan asas yang kukuh kepada penyatuan Itali.
 Perjuangan beliau telah disambung oleh tokoh-tokoh nasionalis itali seperti Guiseppe Mazzini dan
Garibaldi.
 Negara Itali telah berjaya disatukan sepenuhnya apabila Austria menyerahkan Venetia kepada Itali
selepas kalah dalam perang dengan perikatan Itali-Prusia.
 Manakala Rom pula berjaya dibebaskan daripada pemerintahan Pope, selepas Napoleon III menarik
keluar tenteranya dari Rom dan dijadikan sebagai pusat pentadbiran Itali yang baru pada tahun 1871.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
121
Galurkan proses penyatuan negara bangsa di Itali pada abad ke-19 Masihi. [STPM 2014 S2]

Pendahuluan
 Latar belakang negara bangsa di Eropah dan Itali sebelum pembentukan negara bangsa
 Konsep Negara bangsa (Nation state) wujud drpd sejarah politik nasionalisme Barat sejak abad ke18.
 Konsep ini merujuk Kesatuan sosiopolitik-legalistik yang penduduknya terdiri daripada satu bangsa
sahaja iaitu bangsa kulit putih Eropah atau bangsa Caucasus
 Ciri-ciri Negara Bangsa ialah sebuah Negara yang bebas, berdaulat, bersempadan, pemerintah dan
golongan perintah dan terdapat segolongan penduduk yang menduduki satu tempat yang ada
persamaan bahasa dan adat resam serta mempunyai perlembagaan sebagai sumber rujukan utama.
 Deklarasi Empat Belas Perkara Woodrow Wilson telah mempercepatkan kelahiran negara bangsa Itali
dengan mencadangkan dua prinsip iaitu penentuan nasib negara oleh rakyat sendiri dan prinsip
berasaskan bangsa.

Isi-isi

 Pada zaman restorasi di Itali terdapat empat kuasa iaitu Raja Sardinia, Maharaja Austria, The Pope dan
King of Two Sicilies.
 Negara Itali pada abad ke-19 ini terbahagi kepada beberapa buah wilayah.
 Di bahagian utara terdapat wilayah seperti Venetia dan Lombardy yang masih dikuasai oleh Austria.

 Usaha pertama ke arah melahirkan sebuah persekutuan yang diperintah oleh Pope bermula bilamana
buku yang berjudul Del primato morale e civile degli italiani ditulis oleh Vicento Gioberti
 Kempen ini disokong kuat oleh Paderi bersifat liberal, Pius IX pada 1846.
 Pada ketika ini, Count Camillo Benso di Cavour tokoh utama dalam proses pembentukan negara
bangsa Itali telah mengerakkan inisiatif ini dengan menggunakan amalan realpolitik.

 Pada tahun 1848 sehingga 1849M telah berlaku beberapa pemberontakan seperti pemberontakan di
Sicily melawan pemerintahan Bourbon. Begitu juga di Venice dan Milan
 Seterusnya Raja Sardinia Charles mengisytiharkan perang menentang Austria pada March 1848M.
 Kesan beberapa pemberontakan ini telah membawa beberapa pembaharuan dasar liberal dalam
perlembagaan kecuali, restorasi 1849.

 Penyatuan negara Itali bertambah pesat bilamana Count Camillo Benso, telah menggunakan akbbar II
Risorgimento ( The Resurgence) untuk menyebarkan idea ini.
 Pd Jun 1949 dia dipilih sebagai ahli parlimen dan pada tahun 1852 dilantik sebagai perdana Menteri.
 Beliau telah mewujudkan kerjasama dengan Napoleon III pemerintah Perancis bagi menentang Austria
pada tahun 1860 dan berjaya mendapatkan wilayah utara Itali.

 Seterusnya Itali telah bekerjasama dengan Prussia telah menewaskan Austria sekali lagi dan wilayah
Venetia telah dipulangkan kepada ItalL
 Seterusnya Perancis telah mengundurkan tenteranya dari Rom, sekali gus Count Camillo Benso telah
mengambil peluang ini menyatukan Rom dan Itali melalui pengisytiharannya di parlimen.
 Rom dijadikan ibu kota. Sekali gus terbentuknya sebuah negara bangsa Itali
 Pada 1861 Itali menjadi sebuah negara bangsa bilamana negara kota di semenanjung, Sardinia dan
Sicily disatukan di bawah pemerintahan Raja Victor Emamanuel.

Kesimpulan
 Penyatuan negara bangsa Itali berjaya kerana pendekatan bijaksana realpolitik dan ketokohan Count
Camillo Benso di samping disokong oleh kuasa luar.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
122
Terangkan proses penyatuan negara bangsa di Jerman sehingga tahun 1870.

Pendahuluan.
 Konsep negara bangsa merujuk kepada pembentukan negara bangsa moden di Eropah.
 Pada waktu mi, muncul idea tentang hak rakyat, kerajaan berperlembagaan, dan negara bangsa
moden.
 Negara Jerman merupakan salah satu contoh negara bangsa yang dibentuk pada abad ke-19.
 Pada peringkat awal, penyatuan Jerman terhalang oleh beberapa faktor.
 Antaranya ialah golongan bangsawan bimbang penyatuan Jerman akan menggugat status quo mereka
akibat daripada kebangkitan Revolusi 1848.
 Selain itu, keadaan yang masih belum jelas tentang kuasa manakah yang lebih dominan sama ada
Prusia dan Austria apabila Jerman bersatu kelak.
 Tambahan pula, keadaan Prusia dan Austria tidak menunjukkan tanda-tanda dalam kalangan
nasionalis.
 Oleh itu, Jerman menjadi kuasa besar di Eropah yang terakhir gagal menyatukan negerinya pada
pertengahan abad ke- 19.

1. Kongres Vienna 1815.


 Bagi memastikan negara bangsa Jerman terbentuk, Kongres Vienna 1815 menetapkan Persekutuan
Jerman sebagai negeri penampan daripada penakiukan Perancis.
 Persidangan mi membuat keputusan untuk membahagikan Jerman kepada 39 buah negeri.
 Negeri-negeri mi bergabung dalam persekutuan yang longgar yang dikenali sebagai Pergabungan
Negara Jerman.
 Antara negeri yang menyertai pergabungan mi termasuklah Austria, Prusia, Bavaria, Wurtemberg,
Hanover, dan Saxony.
 Pemimpin dan negeri Austria telah dilantik sebagai ketua Pergabungan Negara Jerman.
 Oleh itu, negeri-negeri di Jerman mengadakan kerjasama ekonomi.

2. Zollverein.
 Usaha penyatuan juga diteruskan apabila golongan junkers Prusia menggalakkan perdagangan antara
negert-negeri Jerman dengan menubuhkan kesatuan ekonomi, iaitu Zoilverein.
 Zoilverein memperkenalkan sistem mata wang, sistem ukuran, dan sistem timbangan yang standard.
 Penubuhan mi menyebabkan kegiatan perdagangan berkembang pesat di seluruh Jerman di bawah
pimpinan Prusia.
 Menjelang tahun 1854, semua negeri di Jerman menyertai kesatuan ekonomi mi kecuali Austria.
 Kesannya, kegiatan perdagangan berkembang pesat di bawah Prusia dan negeri-negeri Jerman
memandang Prusia sebagai pemimpin politik Jerman.

3. Pemerintahan William 1.
 Pada tahun 1861, William I ditabalkan sebagai Raja Prusia.
 Baginda berhasrat memperbesarkan angkatan tentera Prusia dan mencadangkan pengenalan cukai
kerana percaya Prusia boleh memimpin menyatukan Jerman.
 Menteri Pertahanan Prusia ketika itu mencadangkan menambah pegawai tentera, mengambil jumlah
rekrut yang ramai, dan memanjangkan perkhidmatan tentera sukarelawan.
 Namun, golongan nasionalis liberal bimbang angkatan tentera Prusia akan dikuasai oleh golongan
junkers.
 Oleh itu, mereka mengundi untuk tidak membenarkan kerajaan mengenakan cukai ke atas rakyat di
dewan perwakilan.
 Perkembangan mi menyebabkan hubungan antara raja dengan parlimen yang dikuasai oleh golongan
liberal menjadi tegang.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
123
4. Dasar Bismarck.
 Akibat berasa kecewa dengan kegagalan tersebut, Raja William I bertindak melantik Perdana Menteri
baharu, iaitu Otto von Bismarck.
 Bismarck bertanggungjawab memujuk ahli-ahli parlimen supaya patuh kepada kehendak kerajaan dan
raja.
 Bismarck juga membelakangkan keputusan parlimen apabila parlimen menolak usul perbelanjaan
tentera serta melaksanakan dasar kutipan cukai.
 Matlamat Bismarck adalah mengukuhkan dominasi Prusia di wilayah-wilayah Utara Jerman,
mengekang pengaruh Austria dalam hal ehwal Jerman, menentang liberalisme serta demokrasi, dan
mengekang kebebasan akhbar.

5. Siri peperangan,
 Demi memastikan penyatuan Jerman berjalan dengan lancar, Bismarck telah melibatkan Prusia dan
melancarkan tiga peperangan menentang musuhnya, iaitu Denmark, Austria, dan Perancis.
 Peperangan p1 yg dilancarkan oleh Bismarck ialah menentang Denmark krn isu daerah Schleswig &
Holstein.
 Bismarck memujuk Austria utk bekerjasama dgn Prusia bg menentang & mengisytiharkan prg thdp
Denmark.
 Akhirnya, Denmark berjaya ditewaskan dan terpaksa meninggalkan kedua-dua daerah tersebut.
 Akibatnya, Persetujuan Gastein ditandatangani pada Ogos 1865.
 Menerusi persetujuan tsbt, Austria diberi hak utk mentadbir Holstein manakala Prusia mentadbir
Schleswig.
 Kemenangan mi telah membuka mata kuasa-kuasa Eropah terhadap kekuatan tentera Prusia.
 Selain itu, kaedah menyelesaikan tuntutan selepas perang ke atas kedua-dua daerah Denmark
tersebut boleh dijadikan alasan oleh Bismarck untuk berperang dengan Austria.

 Bismarck telah membuat perancangan yang rapi untuk melancar peperangan dengan Austria.
 Beliau telah berpakat dengan kuasa Eropah yang lain seperti Rusia, Itali, dan Britain supaya menjadi
sekutunya menentang Austria.
 Bismarck telah mendapatkan persetujuan Raja Prusia bagi menyerang Austria.
 Walau bagaimanapun, beliau menghadapi masalah di parlimen kerana Parti Progresif menentang
tindakan Bismarck menyerang Austria.
 Oleh itu, beliau memberikan hak mengundi kepada semua lelaki dewasa dalam piihan raya yang
menyebabkan Parti Progresif kehilangan banyak kerusi di parlimen.

 Bismarck juga menggunakan tipu daya menentang pentadbiran Austria di Holstein.


 Beliau telah menuduh Austria melanggar Persetujuan Gastein kerana mendapat tentangan daripada
Austria.
 Akhirnya, tentera Austria telah diusir dan wilayah itu.
 Dengan kemenangan itu, Prusia telah menubuhkan Kesatuan Jerman Utara pada tahun 1867 yang
mengandungi negeri-negeri di utara Jerman.

 Bismarck berpendapat bahawa beliau tidak boleh menakluk Perancis jika tidak berjaya mendapat
sokongan rakyat Prusia.
 Pada tahun 1868, berlaku revolusi di Sepanyol yang menyebabkan Ratu Isabella kehilangan takhtanya.
 Kerajaaan Sepanyol menawarkan kuasa pemerintahan kepada Putera Leopold dan Hohenzollern.
 Namun, Napoleon III membantah tawaran tersebut kerana bimbang pembentukan sekutu Prusia-
Sepanyol dan menentang Perancis.
 Akan tetapi, Raja William I tidak mengendahkan bantahan tersebut.
 Baginda yang menginginkan sepupunya menaiki takhta Sepanyol telah bertindak menghantar
telegram kepada Bismarck menerangkan pertemuan baginda dengan duta Perancis.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
124
 Bismarck dengan licik telah mengubah kandungan telegram itu seolaholah Raja William I melakukan
tindakan yang memalukan utusan dan Perancis lalu memberi salman kepada media.
 Apabila berita itu tersebar, Napoleon III mengisytiharkan perang ke atas Prusia. Perancis dapat
dikalahkan kerana ramai penduduk di selatan anti-Perancis daripada anti-Prusia.
 Kesatuan Jerman Utara telah menjemput negeri-negeri selatan bergabung dengannya.
 Pada 18 Januari 1871, Raja William I telah dilantik sebagai Kaiser (Maharaja Jerman) manakala
Bismarck menjadi Chancellor (Perdana Menteri).

 Bismarck seterusnya telah mengambil langkah-langkah mewujudkan keamanan di dalam dan luar
negara.
 Bismarck telah mengambil langkah berhati-hati dalam menjalinkan hubungan persahabatan dengan
negaranegara lain di Eropah.
 Antaranya ialah mengadakan perikatan dengan Austria dan Itali (Pakatan Bertiga) dengan harapan
negara-negara lain terutamanya Perancis tidak memulakan peperangan terhadap Jerman.

 Dalam negara pula, Bismarck telah memperkenalkan perlembagaan Jerman bagi mengukuhkan
penyatuan Jerman dan menyekat pengaruh gereja dengan meluluskan Undang-undang Mei yang
menyekat perkembangan gereja Katolik di Jerman.
 Seterusnya beliau menyeragamkan sektor ekonomi, membangunkan sektor perindustrian, memajukan
sistem pertanian, sektor perdagangan, serta pemulihan sosial.

Kesimpulannya,
 demi memastikan hasrat Bismarck untuk menyatukan Jerman, beliau telah mengamalkan reqipolitik,
iaitu amalan politik yang dipelopori oleh Machiavelli yang menggunakan pelbagai cara seperti menipu,
berkompromi, berkawan semula, mengugut, menekan serta berperang untuk menumpaskan
musuhnya.
 Beliau berjaya membangkitkan semangat nasionalisme dalam kalangan orang Jerman serta
menjadikan Jerman sebuah negara yang kuat daripada segi ekonomi dan ketenteraan.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
125
Bincangkan usaha yang dilakukan oleh Bismarck menyatupadukan penduduk berbangsa Jerman selepas
penyatuan negara Jerman pada tahun 1871. [STPM 2013; S2]

Pendahuluan
• Bismarck dilahirkan pada 1 April 1815 di Brandenburg, Prusia dalam kalangan keluarga bangsawan.
• Beliau pernah berkhidmat sebagai peguam di Jabatan Perkhidmatan Awam Prusia.
• Bismarck dipilih menjadi wakil dalam Parlimen yg dikenali sebagai Diet Bersatu oleh Raja Frederick
William IV 1847.
• 1895, beliau dihantar ke Rusia sebagai duta Prusia dan seterusnya beliau pemah berkhidmat sebagai duta
ke Paris.
• Pada tahun 1862, Raja William I telah melantik Bismarck sebagai Ketua Menteri Prusia.
• Setelah menjadi ketua menteri Prusia, beliau menggunakan dasar “darah dan besi” untuk menyatukan
Jerman.
• Beliau menyatukan negara Jerman melalui dua peringkat.
• Pada peringkat pertama (1864-1 870) beliau berperang dengan Denmark, Austria dan Perancis untuk
menyatukan negeri-negeri Jerman di bawah Prusia.
• Selepas menyatukan Jerman secara fizikal, Bismarck melancarkan peringkat kedua rancangan penyatuan
Jerman bagi menyatukan rakyat Jerman supaya menjadi sebuah negara yang bersatu padu.

1. Menyekat pengaruh gereja


• Semasa penierintahannya, Bismarck telah menghadapi masalah dengan gereja Roman Katolik di
Jerman.
• Paderi-paderi Roman Katolik ingin berkuasa semula dan mereka menyeru jajahan di Jerman menuntut
lebih kebebasan daripada Kaiser.
• Dalam pada itu, Paus mula bertindak untuk mempengaruhi Jerman dalam hal ehwal politiknya.
• Bismarck bimbang kebangkitan gereja Roman Katolik akan memecahkan perpaduan dalam negeri
Jerman.
• Bagi mencegah perkembangan semula kuasa gereja, Bismarck memulakan pergerakan anti-gereja
yang dikenali sebagai Kulturkampf pada tahun 1872.
• Beliau meluluskan sin undang-undang yang dikenali sebagai Undang-Undang Mei bagi mengawal
sekolah-sekolah agama Katolik dan pegawai tinggi gereja.

2. Memulihkan Keamanan di Jerman dan Eropah


• Bismarck telah mengambil langkah bagi mewujudkan keamanan dalam dan luar negara bagi
membangunkan negara Jerman.
• Bismarck mengamalkan dasar berhati-hati dlm menjalinkan persahabatan dengan negaranegara lain di
Eropah.
• Beliau bimbang Perancis yang telah kehilangan banyak jajahannya kepada Jerman pada tahun 1871
akan menyerang Jerman.
• Pada 1882, Bismarck mengadakan perikatan dengan Austria dan Itali yang dikenali sebagai Perikatan
Bertiga.
• Melalui perikatan ml, beliau berharap negara-negara lain terutanianya Perancis tidak akan memulakan
peperangan dengan Jerman.

3. Perlembagaan Jerman
• Langkah seterus yang diambil oleh Bismarck untuk mengukuhkan penyatuan Jerman adalah dengan
memperkenalkan perlembagaan umum bagi seluruh Jerman.
• Perlembagaan Jerman memperuntukkan kuasa bagi penubuhan sebuah Parlimen yang terdiri daripada
Majlis Persekutuan (Bundestrat) dan Diet Maharaja (Reichstag).
• Majlis Persekutuan terdiri daripada wakil-wakil yang dilantik dan semua negeri di Jerman manakala
Diet Maharaja mengandungi 400 ahli yang dipilih oleh rakyat Jerman.
• Diet Maharaja mempunyal kuasa yang amat terhad dalam meluluskan sesuatu undang-undang.
• Manakala Majlis Persekutuan, Canselor dan Kaiser mempunyai kuasa membatalkan sebarang
keputusan yang dibuat oleh Diet Maharaja.
• Perlembagaan mi memberikan kuasa kepada Bismarck untuk mengukuhkan penyatuan negara
Jerman.
____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
126
4. Menyeragamkan Sistem Ekonomi
• Langkah seterus yang diambil oleh Bismarck untuk mengukuhkan penyatuan Jerman adalah
memperkenalkan sistem ekonomi yang cekap.
• Beliau mengambil langkah-langkah untuk memperkenalkan sistem percukaian, mata wang serta
sistem sukatan dan timbangan yang seragam di seluruh negara Jerman.
• Beliau turut menyatukan perkhidmatan pos dan telegraf di seluruh Jerman.
• Selain itu beliau juga menyediakan sistem perhubungan yg lebih baik dgn membina jalan raya yang
lebih baik.
• Beliau juga membina rangkaian jalan kereta api yang menghubungkan seluruh wilayah di negara
Jerman.

5. Membangunkan Sektor Perindustnian


• Bismarck turut mengambil langkah menjadikan negara Jerman sebagai negara penindustrian yang
kaya.
• Beliau mengambil langkah untuk memastikan kekayaan sumber ash di negara Jernian seperti arang
batu, besi, potasium dan higmit digunakan dengan cekap dan mahir.
• Behiau juga menubuhkan pertubuhan yang dikenali sebagai Kartil untuk menyelaraskan pertumbuhan
industri di Jerman.

6. Memajukan Sektor Pertanian dan Perdagangan


• Bismarck turut mengambil langkah-langkah untuk membangunkan sektor pertanian dan perdagangan
di Jerman.
• Bagi meningkatkan pengeluaran pertanian, baja-baja murah dikeluarkan oleh industri di Jerman.
• Dalam bidang perdagangan, beliau memperkenalkan undang-undang tarif pada tahun 1879 bagi
menyekat kemasukan barang-barang dan negara luar seperti Britain dan Perancis.
• Undang-undang tarif bertujuan untuk menyelamatkan pedagang dan petani Jerman yang tidak dapat
bersaing dengan barang-barang yang dikeluarkan oleh negara-negara lain seperti Britain, Perancis,
Rusia dan Amerika.

7. Pemulihan Sosial
• Bismarck juga memperkenalkan rancangan-rancangan sosial bagi .merapatkan jurang antara golongan
yang kaya dengan golongan miskin.
• Bismarck bertindak membaiki nasib golongan pekerja di kilang-kilang baru dengan mengadakan
undang-undang bagi membaiki tarafhidup mereka.
• Pada tahun 1885, Bismarek memperkenalkan Undang-Undang Insuran Sakit untuk membantu pekerja-
pekerja mendapat kemudahan perubatan percuma dan gaji jika rnereka sakit.
• Selain itu beliau juga rneluluskan satu lagi undang-undang untuk melindungi pekerja yang cedera
semasa bekerja. Menerusi undang-undang mi, majikan terpaksa membayar penuh kos perubatan
pekerja yang cedera semasa bekerja.
• Pada tahun 1889 Undang-Undang Insurans Masa Tua telah diluluskan. Pekerja-pekerja
menyumbangkan sebahagian gaji mereka kepada tabungan wang mi dan boleh mengeluarkannya
apabila mereka bersara.
• Menerusi rancangan-rancangan sosial mi beliau berjaya menyatukan negara Jerman dengan
mewujudkan perpaduan dalam kalangan pelbagai lapisan penduduk Jerman.

Kesimpulan
• Bismarck merupakan tokoh yang amat berjasa dan bertanggungjawab dalam pembentukan negara
Jerrnan.
• Beliau bertanggungjawab menyatukan negeri-negeri kecil yang berasingan menjadi sebuah negara
yang kuat dan bersatu di benua Eropah.
• Beliau membangkitkan semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat Jerman menerusi kejayaan yang
dicapai dalam medan peperangan.
• Selain itu, melalui dasar politik, sosial, ekonomi dan pentadbiran, beliau menjadikan Jerman sebuah
negara yang kuat dan berpengaruh di Eropah.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
127

TEMA 3:
KEMAJUAN
DAN
PEMBANGUNAN

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
128
Sejauh manakah aktiviti pertanian merupakan kegiatan yang penting dalam sistem ekonomi feudal di Jepun
pada abad ke-16.

Pendahuluan.
 Sistem ekonomi feudal iaitu sistem ekonomi berasaskan tanah/pertanian telah bermula di Jepun sejak
Kesyogunan Kamakura (1185-1336).
 Sistem ekonomi mi bertujuan untuk mengukuhkan ‘kedudukan politik dan ekonomi golongan
pemerintah di Negara tersebut.
 Menjelang abad ke-16, tiada kerajaan pusat yang kuat, kesyogunan Ashikaga, hanya berkuasa di
bahagian timur sahaja. Era antara tahun 1534-1615 sehingga dikenali sebagai “Sengoku Jidai” (Zaman
Perang Saudara).
 Golongan berkuasa pada masa itu ialah golongan daimyo yang memperoleh hak menguasai tanah-
tanah
 pertanian. Kegiatan pertanian merupakan aktiviti ekonomi penting dalan sistem feudal
 yang menyumbang sebanyak 70 peratus daripada sumber pendapatan negara Jepun.

1. Aktiviti ekonomi utama; pertanian.


 Pada abad ke-16, bidang pertanian telah meningkat maju dengan pengenalan teknik pertanian baru.
 Hasil pertanian telah meningkat sebanyak dua hingga tiga kali ganda.
 Padi merupakan tanaman utama, di samping itu gandum dan barli turut ditanam.
 Lembu dan kuda mula digunakan secara meluas dalam proses penanaman tanaman.
 Sistem pengairan juga telah diperkenalkan. Selain itu, teh dan kapas turut ditanam secara besar-
besaran.
 Gologan petani niempunyai taraf yang baik hasil daripada pemberontakan petani yang berlaku
sebelumnya.
 Para petani juga turut terlibat dalam penanaman pelbagai jenis tanaman, antaranya padi, buah-
buahan, gandum, barli, teh dan sayur-sayuran.
 Manakala tanaman yang paling popular di Jepun pada zaman ini ialah teh.
 Tanaman padi merupakan merupakan sumber pertanian yang utama.
 Kaedah penanaman padi pada zaman ini masih menggunakan sistem pengairan semula jadi, iaitu air
dibawa terus dari sungai atau anak- anak sungai yang mengandungi nutrien yang sesuai untuk
penanaman padi.
 Hasil tanaman menjadi tulang belakang kepada ekonomi Jepun.
 Tanah dikuasai oleh golongan daimyo membentuk estet-estet persendirian yang dikerjakan oleh
golongan petani.
 Daimyo berkuasa penuh di estet itu, mereka mengenakan cukai-cukai ke atas petani.
 Daimyo rnenyerahkan sebahagian daripada hasil cukai tersebut kepada shogun dan maharaja..
 Perkembangan aktiviti pertanian, telah melahirkan pengkhususan kerja dengan bertambahnya
bilangan golongan tukang dan pedagang.

2. Aktiviti ekonomi lain; perniagaan dan perdagangan.


 Selain pertanian, terdapat juga aktiviti ekonomi yang penting kepada perkembangan sistem ekonomi
feudal di Jepun.
 Kegiatan perniagaan dan perdagangan juga mengalami perkembangan pesat pada abad ke-16.
 Peningkatan dalam pengeluaran hasil pertanian menyebabkan petani-petani menjual lebihan hasil
pertanian di pasar untuk mendapatkan wang.
 Sistem feudal di Jepun berbeza daripada sistem feudal Barat yang mementingkan aktiviti
perdagangan.
 Sebaliknya, para daimyo telah menggalakkan perdagangan kerana membawa keuntungan kepada
mereka.
 Organisasi-organisasi persatuan (guilds) atau za dalam bahasa Jepun, mula ditubuhkan untuk
memonopoli pengeluaran dan pasaran barangan tertentu.
 Pusat-pusat pertukaran wang, kedai-kedai beras dan “sake” (arak) berkembang pesat di bandar-
bandar wiiayah seperti di Kawana, Sakai (Osaka), Ise, Hakata dan lain-lain.
____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
129
 Bandar Osaka menjadi kota bebas yg diperintah oleh gol pedagang kerana tiadanya kerajaan pusat yg
kuat.
 Pihak berkuasa tempatan sedar akan kepentingan aktiviti perdagangan terutamanya dengan dunia
luar.
 Ekonomi wang mula berkembang melalui pengenaian “tanomoshiko” atau ‘mujinko” (Persatuan
Kewangan).
 Penggunaan mata wang telah memesatkan aktiviti perdagangan antara pedagang tempatan dengan
pedagang luar seperti pedagang China dan Portugis.
 Seiain dari menggunakan beras sebagai alat pertukaran, mata wang syiling tembaga, perak dan emas
mula digunakan dalam urusan perniagaan dan pembayaran cukai.

3. Kegiatan pertukangan.
 Kesan daripada perkembangan perdagangan menyebabkan permintaan untuk hasil pertukangan
meningkat.
 Perkembangan lni menyebabkan munculnya golongan tukang-tukang mahir yang menghasilkan kraf
tangan yang bermutu.
 Antara barangan yang dihasilkan ialah, barang perak, barangan tembaga, barang tembikar, lukisan dan
ukiran.

4. Perusahaan.
 Perusahaan membuat garam, sake (arak beras) dan lain-lain.
 Muncul bandar-bandar perindustrian seperti Sakai (Osaka) yang menjadi pusat industri garam.
 Terdapat juga perusahaan membuat peralatan pertanian dan senjata.

5. Perlombongan.
 Industri perlombongan juga berkembang dengan pengeluaran emas, perak dan tembaga bertambah
dengan banyaknya logam yang di lombong dijadkcan sebagai mata wang.

Kesimpulan.
 Perkembangan ekonomi feudal yang berasaskan pertanian telah memberi kesan kepada masyarakat
Jepun.
 Aktiviti pertanian telah menjadi faktor berkembangnya sektor ekonomi yang lain seperti perdagangan,
perindustrian dan lain-lain
 yang turut menjadi sumber kekayaan penting dalam sistem feudal di Jepun
 Ini membolehkan sistem ekonomi feudal terus berlangsung sehingga akhir abad ke- 19.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
130
Huraikan system ekonomi feudalisme yang diamalkan di Jepun pada abad ke 16 M

Pendahuluan
 Feudalisme lahir drp keperluan golongan lemah mendapat perlindungan drpd golongan kuat
 Petani menyerahkan tanah kepada tuan tanah untuk mendapatkan perlindungan
 Tuan tanah akan memberi bantuan keselamatan, makanan, pakaian dll kpd golongan petani
 Kedudukan geografi Jepun bergunung-ganang menyukarkan maharaja menguatkuasakan kawalan ke
atas tuan-tuan tanah yang dikenali sebagai daimyo.
 Ekonomi feudalisme diamalkan di Jepun ialah pertanian, perusahaan tempatan, perikanan,
perlombongan, dan perdagangan.

Sistem ekonomi feudalism di Jepun

1. Kegiatan pertanian
 Kegiatan ekonomi utama yang diamalkan oleh masyarakat feudal Jepun ialah pertanian.
 Dianggarkan 70 peratus daripada hasil pertanian menjadi sumber pendapatan ekonomi masyarakat
Jepun.
 Walaupun Jepun hanya mempunyai 20 peratus sahaja tanah semula jadi untuk kegiatan pertanian,
 ekonominya masih berkembang hasil drp sumbangan aktiviti pertanian yang menjadi tulang belakang
ekonomi di Jepun.
 Maka, tidak hairan jika 80 hingga 85 peratus penduduk Jepun terlibat dalam bidang pertanian.
 Penanaman utama ialah padi sawah.
 Oleh krn Jepun beriklim sederhana, maka kegiatan pertanian tidak dapat dijalankan sepanjang musim
 Penanaman padi dijalankan setahun sekali, iaitu ditanam pd musim bunga dan dituai pd musim luruh.
 Kaedah penanaman padi dijalankan secara bertingkat, iaitu di kawasan yang tidak rata bagi mengatasi
kekurangan tanah.
 Sistem pengairan semula jadi digunakan, iaitu air dan sungai dan dan anak sungai yang mengandungi
nutrein yang sesuai untuk penanaman padi.
 Kaedah mi dapat mengurangkan penggunaan baja di samping membolehkan tanah subur dan
digunakan setiap tahun tanpa direhatkan.
 Selesai menanam padi, petani biasanya menanam gandum atau barli.
 Ada dalam kalangan petani yang menanam teh dan kapas secara besar-besaran.

2. Kegiatan Perikanan
 Kegiatan perikanan menjadi sumber kedua kepada masyarakat feudal Jepun.
 Kedudukan Jepun yang terletak di persimpangan arus Hitam yang panas dengan arus Kamchatka yang
sejuk telah menyebabkan perairan Jepun kaya dengan ikan.
 Kegiatan menangkap ikan di pesisir pantai dijalankan sejak zmn berzaman dlm masyarakat feudal
Jepun.
 Lagipun, ikan merupakan sumber penting dalam diet harian masyarakat Jepun.

3. Kegiatan Perusahaan
 Wujud juga perusahaan tempatan seperti pengeluaran gula, barangan tembikar, dan alat tenunan
yang membantu ekonomi dan memberi kesan kepada masyarakat feudal Jepun.
 Perusahaan tempatan biasanya dijalankan berdasarkan daerah dan berlaku sistem pemasaran antara
daerah di Jepun.
 Permintaan barangan tembikar meningkat dengan pesat dan perkembangan mi menyebabkan bandar
Seto di wilayah Owari menjadi pusat pengeluaran barangan tembikar di Jepun.
 Satsuma pula menjadi pusat pengeluaran gula yang kemudiannya dipasarkan ke seluruh Jepun.
 Perkembangan perusahaan tempatan telah membawa kepada perkembangan perdagangan di jepun.
 Seterusnya, pusat pengeluaran dan pusat pembuatan kertas, barangan logam, tenunan, dan
sebagainya telah berkembang pesat di seluruh negara.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
131
4. Perlombongan
 Aktiviti perlombongan turut berkembang pesat. Semasa pemerintahan Oda Nobunaga,
 pengeluaran emas, perak, dan tembaga bertambah untuk meningkatkan perdagangan.

5. Perdagangan
 Perdagangan turut maju denan terjalinnya hubungan dengan neara Iuar melalui aktijtj import dan
eksport.
 Jepun mengimport bararngan tropika dan negara kebenuaan China dan barangan tersebut berasal dan
Asia ‘Tenggara dan India.
 Barangan Utama yang diimport dan China ialah tembaga kerana tembaga digunakan untuk membuat
mata wang syiling.
 Syiling tembaga digunakan dalam urusan Perniagaan dan pembayaran cukai.
 Selain tembaga, Jepun juga mengimport bahan mentah dan China sepenti papan, emas, mutiara, dan
merkuri.
 Jepun juga mengeksport barangan siap ke China seperti pedang, kJas benlipat, dan pemidang.
 Kipas berlipat dan pemidang mendapat permintaan yang tinggi di China.

 Perkembaragan perdagangan telah menyebabkan nunculnya kesatuan-kesatuan pedagang yang


memonopoli pengeluaran da pemasaran barangan yang dihasilkan.
 Hubungan Perdagangan jugadiadakan dengan pedagang Portugal pada abad ke-16. Pada tahun 1570,
 satu perjanjian telah ditandatangani aiLtara pedagang Portugal dengan Shogun Ashikaga yang
membolehkan Portugis berdagang di pelabuhan Nagasaki P
 embukaan perdagangan di Nagasaki menyebabkan peningkatan perdagangan dengan dunia luar dan
menjadi pintu keluar bagi perdaganga Jepun ke ftlar negara.

Kesimpulannya,
 sistem ekonorni feudalisme di Jepun berkembang dalam pelbagai sektor Untuk memenuhi
pe1mintaan danipada penduduk tempatan serta sebahagiannya dieksport ke 11egara jmran, iaitu
China.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
132
Bincangkan aktiviti ekonomi feudalisme di China pada abad ke 16.

Pendahuluan
 Di China, ekonomi feudalisme berkait rapat dengan keadaan geografi negara China.
 Selain itu, sistem ekonomi feudalisme di China memperlihatkan kawalan yang ketat daripada
maharaja ke atas golongan petani dan pedagang asing yang datang berdagang di China.
 bukti bahawa pentadbiran maharaja China memainkan peranan utama dlm perkembangan ekonomi.
 Walaupun keluasan kawasan pertanian yang sesuai di China hanyalah 15%,
 namun China masih mampu menghasilkan bahan makanan untuk menampung keperluan
penduduknya serta mampu mengeksport makanan ke luar negara.

Kegiatan ekonomi feudal di China


1. Kegiatan Pertanian
 Antara kegiatan ekonomi utama yang dijalankan semasa pemerintahan Dinasti Ming di China ialah
pertanian.
 Kawasan tumpuan utama bagi aktiviti pertanian ialah di kawasan timur laut China dan Mongolia,
 iaitu di dataran Loes yang subur kerana dilalui oleh Sungai Kuning.
 Di sebelah selatan Sungai Kuning, terdapat Sungai Yangtze yang turut menjadi penyumbang kepada
ekonomi dan menyediakan sistem perhubungan utama kepada 12 wilayah di China.
 Di sini, terbentuk bandar-bandar besar seperti Chungking, Hankow, Kinkiang, Anking, dan Nanking.
 Tanaman utama ialah padi. Padi diusahakan di kawasan lembah Sungai Yangtze dan Sungai Kuning.
 Tanaman lain yang ditanam ialah gandum, tebu, teh, barli, sekoi, dan lain-lain bijirin.
 Di bahagian utara China, penduduk - kaw tanah tinggi mengusahakan tan padi huma, sekoi, dan
kekacang.
 Pihak pemerintah telah mengambil beberapa inisiatifuntuk meningkatkan hasil pertanian.
 Antaranya memperkenalkan sist tanaman bergilir dalam skala besar, menanam padi baharu yg cepat
masak,
 penanaman padi dua kali setahun ditiru dari Vietnam Selatan, dan meningkatkan penggunaan sist
pengairan.
2. perindustrian
 Selain itu, industri kecil turut memainkan peranan dalam membantu pertumbuhan ekonomi
 khususnya di pusat bandar yang besar seperti Nanjing dan Beijing.
 Contoh industri berskala kecil ialah pengeluaran kapas, sutera, barang-barang kertas, dan porselin.
 Industri porselin misalnya telah memberi sumbangan besar kepada perbendaharaan negara.
 Industri kraf tangan dan tenunan turut menyumbang kepada pembangunan negara China sehingga
 membolehkan perdagangan dengan Jepun, Afrika Timur, dan negara-negara lain dijalankan.
3. Perdagangan
 abad ke-16, wlp akt ekonomi feudalisme diberi keutamaan, namun akt perdagangan tetap berjalan
lancar.
 China telah menggunakan sungai-sungai sebagai jalan perhubungan digabungkan dengan sistem
pengangkutan yang sistematik menyebabkan ekonomi di China terus berkembang.
 Hubungan negara China dengan pedagang luar juga baik dan membantu ekonomi untuk terus
berkembang.
 Perkembangan ini berikutan pembaharuan dasar pemerintahan pemerintah Dinasti Ming.
 Maharaja Ming telah membenarkan aktiviti penjelajahan ke pesisir pantai di Asia Tenggara, selatan
India, Sri Lanka, Hormuz, dan pesisir pantai Afrika.
 Penjelajahan ini memberi kesan kerana wujudnya hbgn diplomatik dgn negara luar dan hbgn
perdagangan.
 Hubungan tersebut telah menyebabkan pelabuhan Canton menerima pelbagai bangsa, antaranya
pedagang dan Asia Tenggara, Arab, dan Eropah.
Kesimpulan
 Sistem ekonomi feudalisme di China memperlihatkan ciri-ciri ekonomi tradisional di samping aktiviti
perdagangan yang melibatkan pedagang luar.
 Satu lagi ciri sistem ekonomi feudal China ialah campur tangan daripada pihak maharaja.
____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
133
Golongan bangsawan di Perancis dikatakan telah mengeksploitasi petani dalam ekonomi feudalisme pada
abad ke-16 hingga ke-18. Bincangkan pernyataan mi.

Pendahuluan.
 Menjelang abad ke-16 hingga 18, sistem ekonomi feudalisme masih diamalkan di Perancis.
 Dalam masyarakat feudalisme ini, golongan bangsawan mempunyai kedudukan yang dominan.
 Golongan bangsawan dan raja bertindak menguasai dan mengeksploitasi petani-petani untuk
mengukuhkan kedudukan ekonomi mereka.
 Menjelang abad ke-18, petani menjadi hamba (serf) kepada raja dan golongan bangsawan.
 Amalan perhambaan atau “serfdom” diamalkan secara berleluasa di sesetengah kawasan di Perancis.
Unsur-unsur eksploitasi Bangsawan terhadap Petani di Perancis
1. Pemilikan tanah
 Golongan bangsawan menduduki hierarki kedua selepas golongan raja.
 Golongan ini turut memainkan peranan yang penting dalam sistem pemerintahan pada zaman
tersebut di Perancis.
 Golongan bangsawan juga diberi sebahagian tanah yang dimiliki oleh raja dan tanah tersebut
dikenakan cukai sebagal taat setia kepada raja.
 Selain itu, tanah yg diberi oleh gol raja ini boleh diwarisi scr turun temurun oleh keluarga bangsawan.
 Perubahan berlaku secara perlahan-lahan di selatan Perancis pada abad ke-16 apabila kaum
bangsawan mula menerima dan memajakkan tanah mereka kepada petani sebagai modal untuk
mendapatkan keuntungan.
2. pembayaran sewa tanah
 Petani-petani yang digelar “metayers” dikehendaki membayar sewa tanah kepada tuan-tuan tanah.
 “Metayers” mula mempelbagaikan pekerjaan, bukan hanya bercucuk tanam sahaja tetapi juga
mengusahakan pentemakan lembu daging dan lembu susu agar mereka mampu membayar sewa
tanah kepada golongan bangsawan.
3. Bayaran cukai
 Dalam masyarakat Perancis, golongan terbesar dalam kalangan petani terdiri daripada mereka yang
bekerja di tanah milik bangsawan dan mereka dibebani dengan pelbagi jenis cukai.
 Cukai langsung yg dikenakan spt cukai pendapatan atau harta benda, cukai keluarga dan cukai harta.
 Cukai tidak langsung juga dikenakan seperti cukai “gabelle” atau cukai garam dan cukai “seigneur”.
 Menurut undang-undang Perancis, individu yang berumur lapan tahun ke atas hanya dibenarkan
membeli tujuh pound garam setahun, jika tidak membeli mereka akan didenda dan sekiranya mereka
membeli, mereka akan dikenakan cukai.
 Hal ini jelas menggambarkan golongan petani dieksploitasi oleh kelas bangsawan.
4. Sumbangan banalities.
 Di samping itu, petani-petani juga dikehendaki memberikan sumbangan dalam bentuk perkhidmatan
(banalities) kepada golongan bangsawan.
 Antara perkhidmatan yang disediakan ialah penggunaaan kilang tepung, wain dan pembakar roti yang
dimiliki oleh golongan bangsawan.
5. Larangan-larangan terhadap petani.
 Petani-petani juga tidak dibenarkan mengusahakan hasil pertanian atau terlibat dalam penternakan
pada musim pemburuan raja dan golongan bangsawan.
 Petani juga tidak dibenarkan membunuh arnab, gagak dan serigala yang menganggu atau merosakkan
tanaman mereka kerana binatang-binatang itu merupakan binatang perburuan.
 Hal ini menyebabkan golongan petani menjadi mangsa kerosakan tanaman apabila ladang mereka
menjadi pusat perburuan.
 Malahan petani-petani juga diminta berdiam diri dan melihat sahaja ladang-ladang mereka dirosakkan
akibat dipijak kuda dan gerombolan pemburu.
Kesimpulan.
 Pada tahun 1787 hingga 1789, berlaku kemelesetan ekonomi, hasil tuaian tidak memberangsangkan,
kekurangan makanan, kenaikan berganda harga gandum dan pelbagai tekanan dihadapi oleh petani.
 Keadaan tersebut menyebabkan pada tahun 1789, golongan petani bangkit menentang kerajaan dan
menumbangkan rejim feudal.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
134
Bincangkan ciri-ciri system ekonomi kapitalisme yang berkembang di England pada abad ke 19 M

Pendahuluan
 Menjelang abad ke 19 M bermula Revolusi Perindustrian tahap kedua di England
 Pada Era ini, modal diwakili oleh kapitalisme kewangan
 Antara cirri-ciri kapitalisme kewangan ialah pelabutran bank , syarikat insuranns dan perkembangan
syarikat berhad

Isi-isi penting

(a) Pelaburan bank


 Sector perindustrian didoninasi oleh pelabur-pelabur bank dan syarikat insurans
 Pelabur –pelabur bank dan syarikat insurans telah menubuhkan syarikat-syarikat gergasi
 Syarikat-syarikat gergasi ini mempuyai hak milik ke atas beberapa syarikat kecil

(b) Pen geluaran besar-besaran


• Pengeluaran secara besar-besaran menjadi kaedah baru pengeluaran.
• Antara barangan yang dikeluarkan secara besar-besaran adalah seperti jam tangan, mesin pembasuh
kain, basikal dan kereta.

(c) Pengumpulan modal besar


• Bank, syarikat insurans dan badan-badan korporat melabur modal yang besar.
• Pelaburan modal yang besar memungkinkan pelbagai ciptaan baru.

(d) Pengasingan pemilikan daripada pengurusan


• Hak pemilikan syarikat diasingkan daripada badan pengurusan syarikat.
• Pemilik sebenar syarikat terdiri daripada pelabur-pelabur yang mempunyai saham dalam syarikat.
• Pengurusan syarikat terdiri daripada sekumpulan pegawai atau pengarah yang dilantik oleh pemegang
saham.

(e) Syarikat Berhad


• Kapitalisme kewangan meliputi Syarikat Berhad sebagai bentuk asas organisasi kapitalis.
• Syarikat Berhad menjadi ejen yang menyatukan unit-unit pengeluar di bawah kawalan syarikat yang
memiliki saham.

Kesimpulan
• Perkembangan kapitalisme meletakkan asas bagi permulaan dasar perdagangan bebas dalam arena
perdagangan antarabangsa.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
135
Bincangkan perlaksanaan merkantilisme di England pada abad ke-I7 Masihi. [STPM 2014 S3]

Pendahuluan
 Dengan kemunculan negara bangsa pada abad ke- 15, raja-raja kebangsaan mula mengamalkan dasar
ekonomi yang dikenali sebagai Merkantilisme atau Old Colonial System.
 Merkantilisme adalah sistem ekonomi yang menekankan kekayaan, kekuasaan dan kebajikan.
 Kekayaan diperoleh dengan menambahkan eksport dan megurangkan import
 kekuasaan dengan menguasai tanah-tanah jajahan dan kebajikan dengann melahirkan masarakat yang
berdikari.
 Merkantilisme yang juga dianggap sebagai economic nationalisme mula melihat negara-negara lain
sebagai musuh dan mengambil segala daya usaha untuk melindungi industri, perdagangan dan
perkapalan tempatan. Keadaan ini menyebabkan persaingan sering berlaku antara negara bangsa
dan peperangan tidak taat dielakkan.
Isi-isi
• Dalam melaksanakan dasar Merkantilisme di England, Ratu Elizabeth (1558-1603),memperkenalkan
beberapa akta untuk melindungi sektor perindustrian, pertanian dan perkapalan.
 Antara akta-akta tersebut ialah Apprentice Act 1563, Poor Law 1600, Settlement Act 1662, Navigation
Act 1650, 1661 dan Staple Act 1663. Kesemua akta mi bermula daripada keluarga Tudor dan
berlanjutan ke zaman
 keluarga Stuart.
1. Apprentice Act/A kta Perantis, 1563 (€4.cJ h
• Akta ini cuba menyediakan buruh untuk satu-satu pekerjaan mengikut satu system keutamaan.
• Ia didahului oleh pertanian, kemudian membuat pakaian dan akhirnya perdagangan dan pekerjaan
profesional.
• Untuk menguatkuasakan akta ini diwujudkan peraturan yang digubal untuk menstabilkan pekerjaan
(employment). Kemahiran (Apprenticeship) selama tujuh tahun menjadi universal dan wajib.
• Tiada pekerja yang dibenarkan diambil bekerja lebih daripada waktu yang ditetapkan, biasanya
setahun.
• Bahagian kedua akta berkaitan dengan upah yang akan ditentukan mengikut kadar tahunan oleh
Majistret-majistret tempatan atau Justice of the Peace.

2. Poor Law, 1601


• Poor Law diperkenalkan pada tahun 1601 dan ia berasaskan Parish (jajahan yang mempunyaI gereja
dan paderinya sendiri) sebagai prinsip utama pentadbiran).
• Pada zaman Elizabeth 1 (1558-1603) Poor Law dirasakan sesuai kerana England tidak mempunyai
bandar-bandar besar. Oleh itu Parish diberi kuasa mentadbir dan bersifat pentadbiran tempatan
• Setiap Parish bertanggungjawab terhadap masyarakat miskin dalam kawasannya dan seorang
pengawas/pemerhati dilantik untuk mengutip poor rate (duit) dan golongan tertentu, biasanya
pemilik tanah dan rumah.
• Satu lagi ciri yang nyata dalam Poor Law adalah perbezaan yang dibuat antara pelbagai golongan
miskin.
• Seorang buruh yang hilang pekerjaan dikenali sebagai able-bodies pauper manakala buruh yang sakit
dan lanjut usia dipanggil impotent paupers.
• Parish juga bertanggungjawab untuk golongan yatim piatu. Untuk membantu golongan ini, pelbagai
bentuk relief (bantuan) dasediakan, antaranya outdoor relief bila golongan miskin meneria bantuan
dalam bentuk wang atau dalam bentuk lain dan indoor relief bila golongan miskin perlu masuk parish
poor house atau house of correction untuk menerima bantuan.

3. Akta Settlement, 1662


• Akta Settlement diluluskan semata-mata untuk menyekat penghijrahan golongan miskin ke parish
lain. Perpindahan tanpa kawalan menyebabkan mobiliti buruh yang tidak dikawal.
• Melalui akta ini disyaratkan seorang individu harus mempunyai suatu settlement (penempatan) untuk
memastikan dia memperoleh poor relief dan parish.
• Suatu settlement boleh diperoleh melalui syarat kelahiran, perkahwinan dan mempunyai pekerjaan di
parish lebih daripada setahun.
____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
136
4. Akta Perkapalan, 1650
• Akta Perkapalan diperkenalkan semata-mata untuk mengawal perdagangan England dengan koloni
dan negra-negara asing Akta Perkapalan 1650 menegaskan bahawa:
o Barangan dan mana-mana bahagian Asia, Afrika atau Amerika yang diimport ke England atau
Ireland atau ke ladang (plantations) yang perlu diangkut dalam kapal England atau kapal
koloni didefinisikan sebagai kapal di mana pemilik, nakhoda dan sebahagian besar daripada
anak-anak kapalnya adalah penduduk England atau koloni.
o Barangan dan negara-negara Eropah boleh dibawa masuk ke England, Ireland atau ke koloni-
koloni England sama ada melalui kapal-kapal England atau kapal dan mana barangan tersebut
berasal.
o Eksport England mesti melebihi import.
o Koloni hanya menjadi penghasil bahan mentah dan membeli barang siap negara induk.
o Koloni tidak dibenarkan mengusahakan industri yang telah wujud dalam negara induk.
o Koloni tidak boleh berdagang dengan kawasan-kawasan lain kecuali koloni England.

5. Akta Perkapalan, 1660


• Akta ini juga dikenali sebagai “Sea Magna Carta”
• Melalui Akta Perkapalan 1660 pengertian yang lebih jelas diberikan tentang kapal England atau kapal
ladang (plantation ship)
o la diertikan sebagai pemilik, tuan dan tiga perempt daripada kelasinya adalah rakyat England
atau ladang (plantations) & dalam kes-kes tertentu disyaratkan kapal harus dibina di England.
o Eksport dan import koloni mesti diurus oleh kapal-kapal England atau ladang (plantations
ships), dengan syarat mi tidak akan ada sebab untuk kapal-kapal asing berada di pelabuhan
koloni melainkan sebab-sebab cuaca atau kerosakan kapal.
o Pedagang-pedagang asing dan ejen-ejen mereka tidak dibenarkan menetap di ladang-ladang
England.
o Sesetengah barangan koloni dikiasifikasikan (enumerated) dan hanya dibenarkan untuk
dieksport dan koloni ke England, Ireland atau ladang-ladang England. Senarai barangan yang
klasifikasikan ialah gula, tembakau, indigo, halia dan kain kapas (fustic).
o Barangan yang tidak diklasifikasikan (non-enumerated) dibenarkan untuk dieksport ke negara-
negara lain tetapi hanya dalam kapal England atau Iadangnya (plantations ships).
6. Staple Act
• diperkenalkan pada tahun 1663 dan juga dikenali sebagai Act for The Encouragement of Trade.
• Akta ini memastikan koloni membeli semua barangan Eropah yang diperlukan di England dan
mengangkutnya dalam kapal milik England yang dikendalikan oleh pelayar-pelayar England.

7. Syarikat-Syarikat Dagang
• Dasar Merkantilisme dilaksanakan oleh Raja-raja England dengan menggalakkan pelayaran ke
seberang laut dengan menganjurkan penubuhan syarikat regulated dan Joint Stock
• Terdapat dua jenis Syarikat Dagang Berpiagam. Antaranya regulated dan joint stock.
• Syarikat regulated membawa pengertian syarikat yang ditubuhkan dengan persetujuan piagam raja
tetapi modal yang digunakan untuk menubuhkannya tidak banyak dan kebiasaannya mereka yang
terlibat dalam pembentukan syarikat seperti ini hanya terdiri daripada beberapa orang dan ahli-ahli
syarikat terpaksa menanggung kerugian jika syarikat bankrap.
• Manakala syarikat Joint Stock pula terdiri daripada Syarikat Hindia Timur Inggeris (1657) yang telah
mengubah status Regulatednya; Syarikat Afrika (1588), untuk berdagang dengan Afrika dan Syarikat
Hudson Bay (1670), untuk berdagang dengan Amerika.
• Syarikat-syarikat dagang ini menguasai kawasan-kawasan perdagangan yang khusus di seluruh dunia.
Hasil pelayaran yang dianjurkan oleh syarikat-syarikat dagang ini membawa kepada penemuan koloni
dan pos-pos perdagangan di pulau-pulau Hindia Barat, Hindia Timur, Amerika Utara dan Afrika.
Kesimpulan
 Perlaksanaan Merkantilisme di England bermula pada abad ke- 16 dan berlanjutan hingga abad ke-1 7
Masihi. Merkantilisme telah memungkinkan England muncul sebagai kuasa laut yg unggul pada abad
ke19. Kemunculan England sebagai pelopor Revolusi Perindustrian pada abad ke-1 9 juga dibantu oleh
dasar Merkantilisme.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
137
Bincangkan factor-faktor yang menyumbang kepada perkembangan system ekonomi kapitalisme di
Amerika Syarikat pada abad ke 18 dan 19 M.

Pendahuluan
 Selepas 1812, selepas peperangan AS dengan Britain, rakyat AS berusaha gigih agar berdikari dan
bebas daripada ekonomi Britain
 Menjelang abad ke 19, ekonomi AS beralih kepada perkembangan industry baharu seperti industry
kereta api, pemprosesasan makanan besi keluli dan perlombongan
 Terdapat beberapa faktor yang mendorong kepada pertumbuhan sistem ekonomi kapitalisme dan
perkembangan sektor industri di Amerika Syarikat.

Faktor-faktor perkembangan ekonomi kapitalisme di AS

1. Sumber bahan mentah


 Amerika Syarikat merupakan sebuah negara yang kaya dengan sumber asli seperti kayu balak, arang,
dan petroleum yang membawa kepada pertumbuhan industri.
 Keadaan mi telah menambahkan pengeluaran hasil pertanian, meningkatkan penggunaan teknologi,
dan mengurangkan permintaan tenaga buruh dalam bidang pertanian.
 Lebihan daripada pengeluaran pertanian dapat digunakan untuk membeli barangan siap dan
seterusnya merangsang pertumbuhan industri di Amerika Syarikat.

2. Tenaga buruh
 Kehadiran buruh dari luar negara turut membantu menyelesaikan masalah kekurangan buruh di AS
 Amerika Syarikat menjadi tumpuan imigran dan Perancis, Jerman, dan China.
 Kemasukan buruh dan luar negara adalah hasil galakan daripada Undang-undang Buruh Kontrak yang
diwartakan pada tahun 1864.
 Undang-undang mi menyebabkan ramai buruh dari China dibawa masuk dan terlibat dalam
pembinaan landasan kereta api.
 Penduduk dari desa pula berhijrah ke kawasan bandar.
 Penawaran buruh yang banyak telah mendorong pertumbuhan ekonomi.
 Perkembangan industri dan perdagangan turut mendorong perkembangan pesat bandar seperti New
York, Chicago, Boston, dan bandar di kawasan pedalaman seperti Kansas City dan Denver.

3. Ciptaan teknologi
 Ciptaan teknologi baharu juga menyumbang kepada perkembangan industri di Amerika Syarikat.
 Samuel F.B. Morse, Alexander Graham Bell, dan Thomas Alva Edison merupakan pencipta yang hebat.
 Mereka telah mencipta mesin telegraf, telefon, dan penemuan cahaya elektrik yang seterusnya
memudahkan sistem komunikasi dan meningkatkan hasil pengeluaran perkilangan di Amerika
Syarikat.
 Ciptaan baharu diteruskan oleh Henry Ford yang mencipta kereta dan Wilbur dan Orville Wright yang
mencipta kapal terbang.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
138
4. Teknik pemasaran
 Selain itu, teknik pemasaran yang berkesan turut membantu perkembangan industri di Amerika
Syarikat.
 Teknik baharu pemasaran membantu penjualan barangan siap dan memajukan bidang perniagaan di
AS.
 Antara teknik yang diperkenalkan ialah penghantaran melalui pos, gedung jualan besar, teknik
pengikianan, dan ekspo antarabangsa.
 Antara syarikat penghantaran yang terkenal ialah Roeback and Company dan Montgomery Ward yang
diasaskan pada tahun 1812.
 Sistem pemasaran melalui pos dpt dijayakan krn kemajuan dlm sistem pos dan kemudahan jalan
kereta api.
 Muncul gedung-gedung perniagaan besar yang menawarkan pelbagai jenis barangan dan
perkhidmatan di bawah satu bumbung turut melariskan barangan dan perkhidmatan.
 Gedung perniagaan yang terkenal ialah Macy (New York) dan Marshall Field (Chicago).
 Ekspo perdagangan juga diadakan bagi memasarkan barangan yang dihasilkan oleh kilang-kilang.
 Contohnya, Ekspo Antarabangsa Columbia yg diadakan pd 1893 telah berjaya menarik 27 juta
pengunjung.

5. Peranan kerajaan
 Kerajaan juga memainkan peranan penting dalam pertumbuhan perindustrian.
 Kerajaan telah mewujudkan beberapa akta bagi menggalakican dan melindungi perdagangan,
mengenakan tarif yang berpatutan, dan mewujudkan kestabilan mata wang.
 Di samping itu, kerajaan mengambil inisiatif lain seperti membentuk polisi imigrasi yang longgar dan
membenarkan pengguna menggunakan sumber sernula jadi.
 Beberapa akta telah diluluskan bagi membolehkan penggunaan tanah awam untuk tujuan pihak
swasta menyediakan landasan kereta api.
 Antara akta yang diperkenalkan termasuklah Akta Landasan Kereta Api Pasifik, Akta Ladang, dan Akta
Majlis Tanah.

Kesimpulan
 Faktor-faktor yang dibincangkan tadi telah menyebabkan ekonomi Amerika Syarikat mengalami
transformasi yang besar.
 Sistem kapitalisme membantu ekonomi Amerika Syarikat berkembang dan seterusnya menjadikan
Amerika Syarikat sebuah negara industri yang disegani.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
139
Bincangkan faktor perkembangan sistem ekonomi kapitalisme di Eropah Barat dan abad ke- 16
hingga abad ke-1 8 Masihi. [STPM 2013; S3]

Peadahuluan

 Kapitalisme merupakan sistem ekonomi dan sosial yang cenderung ke arah pengumpulan kekayaan oleh
individu tanpa gangguan kerajaan dan bermatlamatkan keuntungan.
 Takrif individu di sini tidak seinestinya merujuk kepada orang perseorangan tetapi juga termasuk
sekumpulan individu seperti syarikat.
 Sistem ekonomi kapitalis digerakkan oleh kuasa pasaran dalam menentukan pengeluaran, kos,
penetapan harga barang dan perkhidmatan, pelaburan dan pendapatan.
 Pengkritik sistem kapitalis rpendapat sistem mi mewujudkan jurang perbezaan yang ketara antara yang
kaya dengan yang miskin.
 Sistem yang bertentangan dengan ideology inii ialah komunisme dan sosialisme.

 Kapitalisme berasal dan perkataan kapital (bahasa Jnggeris: capital) yang bermaksud “modal”.
 lstilah kapitalisme mula diperkenalkan pada pertengahan abad ke-19 oleh Karl Marx, pengasas
komunisme.
 Pasaran bebas dan sistem pasaran adalah antara istilah yang sering bertukar ganti dengan kapitalisme
.untuk menerangkan ekonomi moden bukan komunis.

 Amalan ekonomi kapitalis mengukuh di England di antara kurun ke-16 Masihi dan ke-19 Masihi.
 Walau bagaimanapun telah wujud ciri-ciri kapitalis sejak dulu lagi terutamanya di kalangan saudagar
 Zaman Pertengahan. Kapitalisme menjadi dominan di Barat semenjak berakhimya era Feudalisme.
 Dari England, kapitalisme merebak ke seluruh Eropah dan pada abad ke-19 dan 20, dan menjadi system
ekonomi utama dunia yang menggerakkan era perindustrian.

Faktor Perkembangan Sistem Ekonomi Kapitalisme

1. Gerakan Renaisans dan Reformasi


• Gerakan Renaisans pada abad ke 14 dan reformasi telah membantu perkembangan kapitalisme.
• Perkembangan aliran pemikiran individualisme, humanisme, sekulanisme dan rasionalisme telah
melemahkan peranan agama dalam bidang ekonomi dan mewujudkan masyarakat yang
mengutamakan kebebasan dan kekayaan serta kebendaan.
• Kewujudan Bandar Milan, Venice dan Florance telah mendorong kemunculan ekonomi kapitalisme.
melalui pinjaman, pelaburan dan pertukanan wang.

2. Fahaman Calvinisme
• John Calvin dalam gerakan reformasi telah mendorong kepada perkembangan ekonomi kapitalisme.
• Ajaran Calvin telah membenarkan amalan nba dengan tujuan menggalakkan masyarakat bekerja
keras.
• Fahaman mi menjadikan negara mengamalkan Protestant mengetepikan Canon Law dan
membolehkan pedagang membebaskan din dan kawalan paderi dan peraturan lama dalam agama
Knistian.

3. Kemunculan Negara Bangsa


• Raja-raja Negara bangsa adalah penggerak kepada sistem kapitalisme.
• Setiap negara bangsa saling berlumba-lumba untuk mengumpulkan kekayaan.
• Untuk itu penjelajahan dan penerokaan ke kawasan baru amat digalakkan.
• Galakkan daripada Putera Henry dan Portugal dan Raja Ferdinand dan Sepanyol menyebabkan aktiviti
penjelajahan dan penerokaan berkembang di Eropah.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
140

4. Dasar Merkantilisme
• Berlakunya revolusi perdagangan melalul campur tangan kerajaan negara bangsa pada abad ke-16 dan
17 telah menggalakkan perkembangan kekayaan dalam Negara.
• Kerajaan berusaha untuk mewujudkan aktiviti pertanian dan perindustrian secara besar-besaran.
• Untuk itu dasar untuk melindungi pelabur dan pedagang tempatan telah diadakan.
• Ratu Elizabeth (1558 — 1603) telah perkenalkan Akta Perantis 1563, Undang-undang Kemiskinan 1600
dan Akta Perkapalan 1650.

5. Dasar Koloniallsme
• Perluasan dasar merkantilisme telah membawa kepada pembukaan koloni ke atas kawasan di Timur
dan Amerika Latin.
• Keadaan mi telah memperluaskan lagi ekonomi kapitalisme di Eropah.
• Kekayaan di kawasan koloni mi telah mengalir ke Eropah.

6. Perkembangan Institusi Kewangan


• Kemunculan industri perbankan telah berkembang di Eropah dan amalan nba mula diterima oleh
masyarakat.
• Institusi kewangan memberikan kemudahan pinjaman dan kredit (pembayaran melalui cek)
membolehkan pedagang dan pelabur membuat pelaburan modal.
• Kesannya, muncul golongan kapitalisme yang terdiri daripada pemilik kilang, tuan tanah dan
pengusaha lombong.
• Sistem bank menguntungkan aktiviti melalui pinjaman, pelaburan dan pertukaran wang.
• Ini menggalakkan perkembangan kapitalisme di Eropah.
• Contohnya keluarga Fuggers, Ausgurg dan Medici merupakan yang kaya dan terkenal dalam
perniagaan institusi kewangan di Eropah.

7. Perubahan dalam Organisasi Perniagaan


• Dalam Zaman Pertengahan, perdagangan dan pengeluaran dimiliki oleh individu dan keluarga.
• Kesatuan Tukang dan Kesatuan Dagang terikat dengan peraturan adat yang lebih mementingkan
kebajikan sosial.
• Pada abad ke 16, mula berlaku perubahan dalam organisasi pemiagaan dengan menubuhkan Syarikat
Perniagaan Regulated dan Joint Stock.
• Ahli dalam Pemiagaan Regulated mengeluarkan modal dan menanggung kerugian.
• Joint Stock ialah syarikat yang modalnya disumbangkan oleh pemegang saham awam dan diuruskan
oleh badan pengarah.
• Syarikat England (1576) merupakan Syarikat Regulated yang berdagang di Laut Baltik.
• Syarikat Hindia Timur Jnggeris (1660) merupakan Syarikat Joint Stock yang terkenal.
• Melalui modal yang besar, membolehkan syarikat menyediakan kemudahan perdagangan dan
mendapatkan perlindungan ketenteraan.
• Adanya organisasi tersebut membuatkan sistem kapitalisme kukuh di Eropah.

Kesimpulan
• Apa-APa yang berkaitan

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
141
Sejauh manakah kekayaan sumber asli telah membawa kepada perkembangan pertumbuhan industri di
Amerika Syarikat menjelang abad ke-18 hingga ke-19.

Pendahuluan
 Perkembangan ekonomi kapitalisme di Amerika Syarikat bermula selepas tamat Perang Amerika
dengan Britain (1812) dan Perang Saudara (1861-1865).
 Kestabilan politik menyebabkan golongan kapitalis melaburkan modal dakam sektor industri.
 Perkembangan mi telah menyebabkan bermula Revolusi Perindustrian di Amerika Syarikat mulai
1860-an hingga 1914.

1. Kekayaan sumber asli


 Kekayaan sumber ash merupakan faktor utama yang mendorong pertumbuhan industri di Amerika
Syarikat.
 Amerika Syarikat ialah negara yang luas dan mempunyai banyak sumber kekayaan seperti arang batu,
besi, keluli dan minyak.
 Menjelang tahun 1913, Amerika Syarikat menjadi pengeluar utama arang batu dunia.
 Sebahagian besar daripada pengeluaran arang bath Amerika Syarikat disumbangkan oleh
Pennsylvania.
 Lombong minyak pertama juga dibuka di Pennsylvania pada tahun 1859.
 Pada penghujung abad ke-19, minyak turut di lombong di kawasan timur laut iaitu di Cleveland,
Pittsburg, dan Philadelphia.
 Selain itu, emas ditemui di Yukon, Alaska pada tahun 1890-an.
 Sumber kayu balak pula diperolehi dan wilayah Minnesota dan Michigan.

2. Tenaga buruh
 Perkembangan industri di Amerika pada abad ke-18 dan 19 bukan sahaja disebabkan oleh kekayaan
sumber aslinya, tetapi juga disebabkan bekalan tenaga buruh yang mencukupi.
 Undang-undang Buruh Kontrak 1864 telah menggalakkan kedatangan buruh ke Amenika Syanikat.
 Golongan imigran dan Ireland, Jerman, Scandinivia, dan China menyediakan bekalan tenaga buruh
murah yang mencukupi untuk industni Amerika.
 Selain itu, pertumbuhan bandar-bandar menyebabkan penduduk berpindah dan luar bandar ke
kawasan bandar.
 Perkembangan ini rnenyebabkan berlaku pertambahan penduduk di bandar-bandar pelabuhan seperti
New York, Chicago dan Boston.
 Hal ini merangsang pertumbuhan sektor perindustnian yang memerlukan pekerja yang ramai.

3. Teknik pemasaran yang baru.


 Selain itu, kemunculan teknik pemasaran yang baru iaitu, menghantar barangan melalui pos juga turut
membantu perkembangan ekonomi kapitalisme.
 Antara syarikat penghantaran yang terkenal ialah “Roebuck and Company” dan “Montgomery Ward”.
 Sistem mi telah dimajukan dengan adanya sistem pos dan jalan kereta api.
 Barangan dapat dihantar dengan cepat dan diterima oleh penduduk di bandar dan luar bandar.
 Di samping itu, muncul gedung-gedung perniagaan besar yang menawarkan pehbagai jenis barangan
dan perkhidmatan di bawah sate bumbiing.
 Contohnya, “Macy” (New York), “Filene” (Boston), dan “Marshall Field” (Chicago).
 Teknik pengikilanan dan promosi barangan yang dihasilkan oleh industry juga turut membantu
perkembangan ekonomi kapitahisme.
 Antara agensi pengiklanan terawal ialah, Francis Wayhand Oyer.
 Ekspo perdagangan juga diadakan untuk memasarkan barangan kilang seperti Ekspo Antarabangsa
Columbia di Chicago path tahun 1893.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
142

4. Kemajuan Teknologi baru


 Perkembangan perindustrian juga berpunca dari penciptaan teknologi baru oleh pencipta-pencipta
terkenal.
 Contohnya, Samuel F.B.Morse telah menghasilkan telegraf, Graham Bell mencipta telefon dan Henry
Ford mencipta kereta.

5. Pengangkutan dan perhubungan.


 Sungai mertipakan pengangkutan utama untuk mengangkut barangan.
 Pengenalan kapal wap telah merancakkan perkembangan ekonomi kapitalisme.
 Pada tahun 1807, kapal wap Robert Fulton iaitu “Cleranont” melakukan pelayaran pertarna di Sungal
Hudson.
 Kapal wap boleh mengangkut barangan dan manusia dengan cepat dan cekap.
 Terusan merupakan kaedah pengangkutan pengangkutan utarna dan turut membantu
mengembangkan ekonomi kapitalisme.
 Antara terusan yang terkemuka di Amerika Syarikat ialah Terusan Erie di New York, dan terusan mi
telah rnengurangkan kos untuk pengangkutan dan mengurangkan jarak perjalanan daripada 20 thari
kepada 6 hari
 Perkhidmatan kereta api dan telegraf juga disediakan.
 Jalan kereta api “Union Pasific” dibina pada tahun 1869 menghubungkan bahagian timur dan barat
Arnenika.

6. Peranan kerajaan.
 Kerajaan mengambil langkah-langkah untuk memajukan sektor perindustrian.
 Antaranya, mengenakan duti import yang tinggi bagi melindungi barangan tempatan.
 Di samping itu, kerajaan mengenakan sistem tarif yang sesuai, menstabilkan mata wang, dan
mengadakan sistem bank kebangsaan.
 Kerajaan Arnerika juga turut meluluskan beberapa akta seperti Akta Landasan Kereta Api Pasifik, Akta
Ladang dan Akta Majlis Anugerah Tanah.

Kesimpulan.
 Kekayaan sumber ash telah menjana sektor perindustnian Amerika dan berlaku perluasan ekonorni
kapitalisme Amerika Syarikat.
 Dengan Iahunya pemodal-pemodal seperti Andrew Carnegie dalam industni keluli, John D. Rockefeller
dalam industri minyak, dan lain-lain membolehkan Amerika Syarikat menjadi salah sebuah negara
kapitalis yang terawal di dunia.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
143
Bincangkan factor-faktor yang mendorong perkembangan perdagangan di Belanda antara abad ke 16 M
hingga abad ke 18 M.

Pendahuluan
• Menjelang abad ke-16 M hingga abad ke-18 M, kegiatan perdagangan berkembang dengan pesat di
Belanda.
• Selain perdagangan dalam negara, perdagangan dengan negara-negara Eropah turut berkembang.
• Belanda juga terlibat dalam perdagangan maritim dengan negara-negara yang terletak di rantau
Timur.

Isi-isi penting

(a) Kekurangan sumber alam


• Menyebabkan Belanda tidak dapat mengeluarkan barang keperluan yang mencukupi.
• Belanda terpaksa mengimport barangan keperluan penduduknya daripada negara lain, sekali gus
menyebabkan aktiviti perdagangan dapat berkembang dengan pesat.

(b) Kemunculan industri pembuatan


• Kekurangan sumber alam menyebabkan muncul industri yang menghasilkan produk daripada bahan
yang diimport.
• Produk-produk yang dihasilkan oleb industri tersebut kemudiannya akan dieksport semula ke negara-
negara lain.

(c) Kedudukan strategik di laluan maritim


• Kedudukan strategik menyebabkan Belanda dapat memainkan peranan sebagai pusat pengedaran
barang dagangan di benua Eropah.

d) Kemudahan perbankan
• Institusi perbankan ditubuhkan di Belanda pada abad ke- 17 M.
• Institusi mi menyediakan kemudahan pinjaman dan menyediakan modal kepada pedagang.
• Institusi mi juga memainkan peranan dalam menyelaraskan pinjaman dan memperkenalkan sistem
pembayaran melalui cek.

(e) Insurans maritim


• Insurans maritim diperkenalkan bagi perdagangan yang menggunakan jalan laut.
• Insurans mi juga diperkenalkan bagi menanggung risiko yang dihadapi oleh pedagang-pedagang yang
terlibat dalam perdagangan maritim.

(f) Penggunaan mata wang


• Perkembangan perdagangan juga didorong oleh penggunaan mata Wang.
• Hingga akhir abad ke- 17 M, setiap daerah dan provinsi memiliki mata wang masing-masing.
• Selain itu, mata wang kebangsaan yang mempunyai nilai yang berbeza turut digunakan dalam urus
niaga.

(g) Kemunculan syarikat dagang


• Memainkan peranan dalam peningkatan perdagangan.
• Pada tahun 1594, pedagang-pedagang dan Amsterdam menubuhkan sebuah persatuan yang dikenali
sebagi “Society of Distant Lands”.

Kesimpulan
• Terdapat beberapa faktor yang mendorong perkembangan kegiatan perdagangan di Belanda pada
abad ke-16 M hingga abad ke-18 M.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
144
Contoh Jawapan Penuh

Menjelang abad ke- 16 M hingga abad ke- 18 M, kegiatan perdagangan berkembang dengan pesat di
Belanda. Selain perdagangan dalam negara, perdagangan dengan negara-negara Eropah turut berkembang.
Belanda juga tenlibat dalam kegiatan perdagangan maritim dengan negara-negara yang terletak di rantau
Timur. Terdapat beberapa faktor yang mendorong perkembangan perdagangan di Belanda.
Kekurangan sumber alam menyebabkan Belanda tidak dapat mengeluarkan barang keperluan yang
mencukupi. Perkembangan mi menyebabkan Belanda terpaksa mengimport barangan keperluan
penduduknya daripada negara lain, sekali gus menyebabkan aktiviti perdagangan dapat berkembang dengan
pesat.
Faktor seterusnya yang mendorong perkembangan perdagangan di Belanda ialah kemunculan industri
pembuatan. Kekurangan sumber alam menyebabkan muncul industri yang menghasilkan produk daripada
bahan yang diimport. Industri tersebut memberi tumpuan kepada penghasilan produk daripada tekstil dan
kertas. Produk-produk yang dihasilkan oleh industni tersebut kemudiannya akan dieksport semula ke negara-
negara lain. Perkembangan mi merancakkan aktiviti perdagangan di Belanda pada abadke-l6Mdanabadke-17
M.
Perkembangan perdagangan di Belanda turut didorong oleh faktor kedudukan negara tersebut yang
strategik. Dan segi geografi, Belanda terletak di tengah-tengah laluan perdagangan yang menghubungkan
bahagian timur laut dan barat daya Eropah. Kedudukan strategik menyebabkan Belanda dapat memainkan
peranan sebagai pusat pengedaran barang dagangan di benua Eropah.
Institusi perbankan ditubuhkan di Belanda pada abad ke- 17 M. Institusi mi menyediakan kemudahan
pinjaman dan menyediakan modal kepada pedagang. Institusi mi juga memainkan peranan dalam
menyelaraskan pinjaman dan memperkenalkan sistem pembayaran melalui cek. Pada tahun 1609, Wisselbank
yang merupakan sebuah institusi pertukaran mata wang telah ditubuhkan di Amsterdam. Sebuah bank lagi
telah ditubuhkan pada tahun 1614 untuk memberi pinjaman kepada pedagang-pedagang dan peniaga-peniaga
kecil di Amsterdam.
Faktor lain yang mendorong perkembangan Belanda dalam kegiatan perdagangan ialah pengenalan
insurans maritim. Insurans maritim telah diperkenalkan di Belanda sejak pertengahan abad ke- 16 M lagi.
Insurans maritim diperkenalkan bagi perdagangan yang menggunakan jalan laut. Insurans mi juga
diperkenalkan bagi menanggung risiko yang dihadapi oleh pedagang-pedagang yang terlibat dalam
perdagangan maritim. Pengenalan insurans maritim merupakan faktor yang merancakkan perkembangan
perdagangan di Belanda.
Perkembangan perdagangan juga didorong oleh penggunaan mata wang. Hingga abad ke- 17 M,
setiap daerah dan provinsi di Belanda memiliki mata wang masing-masing. Bagaimanapun, wilayahwilayah
seperti born, Medemblik dan Enkhuizen telah mempunyai mata wang yang standard. Selain itu, mata wang
kebangsaan yang mempunyai nilai yang berbeza turut digunakan dalam urns niaga. Begitu juga mata wang
Pound Flemish, Ducatoon, Dollar Rix, Crusados dan Carolus. Penggunaan mata wang menyebabkan kegiatan
perdagangan dapat dijalankan dengan sistematik dan teratur.
Kemunculan syarikat dagang juga memainkan peranan dalam peningkatan perdagangan. Pada tahun
1594, pedagang-pedagang dan Amsterdam menubuhkan sebuah persatuan yang dikenali sebagai “Society of
Distant Lands”. Persatuan mi menyediakan dana bagi membantu pedagang-pedagang. Selain itu, persatuan mi
juga membiayai kos pembinaan kapal-kapal dagang
Kesimpulannya, terdapat beberapa faktor yang mendorong perkembangan kegiatan perdagangan di
Belanda pada abad ke-16 M hingga abad ke-18 M. Selain kedudukan strategik, perkembangan perdagangan
juga didorong oleh pembangunan dalam ekonomi termasuk kemudahan perbankan, pengenalan insurans
maritim, penggunaan mata wang dan kemunculan syarikat dagang.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
145
Huraikan factor-faktor yang mendorong perkembangan kegiatan pertanian di Belanda pada abad ke 17 M
dan abad ke 18 M.

Rangka Jawapan

Pendahuluan
• Menjelang abad ke-17 M dan abad ke-18 M, Belanda telah mengalami perkembangan pesat dalam
bidang pertanian.
• Terdapat beberapa faktor yang mendorong Belanda mencapai kemajuan pesat dalam bidang
pertanian.

Isi-isi penting

(a) Pertambahan penduduk


• Pertambahan penduduk di Belanda menyebabkan permintaan untuk sayur-sayuran meningkat.
• Permintaan untuk hasil tenusu juga meningkat dalam kalangan penduduk yang tinggal di kawasan
bandar.
• Perkembangan mi menyebabkan muncul kawasan-kawasan pertanian di sekitar bandar.
(b) Kegiatan menebus guna tanah
• Masyarakat Belanda mempunyai kepakaran dalam menjalankan kegiatan menebus guna tanah.
• Melalui ãktiviti mi, tanah-tanah yang berada di bawah paras laut ditebus guna untuk kegiatan
pertanian.
(c) Sistem tanaman giliran
• Sistem mi dijalankan secara meluas di Belanda pada abad ke-17 M.
• Petani-petani di Belanda berjaya memelihara kesuburan tanah dan meningkatkan pengeluaran hasil
tanaman.
• Sistem tanah rang dimansuhkan secara beransur-ansur.
(d) Kesuburan tanah
• Perkembangan dalam kegiatan pertanian juga didorong oleh faktor kesuburan tanah.
• Petani-petani di Belanda mempunyai kepakaran untuk mengekalkan kesuburan tanah pertanian.
(e) Sistem penanaman deretan
• Sistem mi digunakan dalam penanaman tanaman seperti jagung, mader, hop, biji kol dan tembakau.
• Sistem mi menyebabkan berlaku peningkatan dalam pengeluaran hasil pertanian.
(f) Sistem batas
• Petani-petani di Belanda mengamalkan penanaman dalam batas sejak abad ke-16 M lagi.
• Sistem batas dapat mewujudkan saliran yang baik bagi memastikan tanaman tumbuh dengan subur.
• Menyebabkan tanaman dalam deretan atau jajaran diperkenalkan.
(g) Teknologi peralatan
• Perkembangan dalam kegiatan pertanian turut didorong oleh kemajuan dalam teknologi peralatan
pertanian.
• Mereka mencipta peralatan seperti tenggala beroda dan mesin menampi bijirin.

Kesimpulan
• Kemajuan dalam teknologi peralatan dan kaeclah pertanian menyebabkan berlaku peningkatan dalam
hasil pertanian.
• Perkembangan mi menyebabkan Belanda muncul sebagai sebuah negara yang maju dalam bidang
pertanian di Eropah.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
146
Contoh Jawapan Penuh

Menjelang abad ke- 17 M dan abad ke- 18 M, Belanda telah mengalami perkembangan pesat dalam
bidang pertanian. Kegiatan pertanian dijalankan secara intensif di kawasan pedalaman. Terdapat beberapa
faktor yang mendorong Belanda mencapai kemajuan pesat dalam bidang pertanian.

Pertambahan penduduk di Belanda menyebabkan permintaan untuk sayur-sayuran meningkat. Selain


itu, permintaan untuk hasil tenusu juga meningkat dalam kalangan penduduk yang tinggal di kawasan bandar.
Perkembangan mi menyebabkan muncul kawasan-kawasan pertanian di sekitar bandar.

Kegiatan menebus guna tanah juga telah mendorong kepada perkembangan kegiatan pertanian di
Belanda. Masyarakat Belanda mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam menjalankan kegiatan menebus
guna tanah. Melalui aktiviti mi, tanah-tanah yang berada di bawah paras laut ditebus guna untuk kegiatan
pertanian. Sebagai contoh, antara tahun 1765 hingga tahun 1789, seluas 1772 ekar tanah telah di tebus guna
untuk menjalankan kegiatan pertanian. Perkembangan mi menyebabkan keluasan kawasan tanah pertanian
meningkat.

Faktor seterusnya yang mendorong perkembangan kegiatan pertanian ialah pengenalan sistem
tanaman giliran. Sistem mi telah dijalankan secara meluas di Belanda pada abad ke- 17 M. Dengan
mengamalkan sistem mi, petani-petani di Belanda berjaya memelihara kesuburan tanab dan meningkatkan
pengeluaran hasil tanaman. Pengenalan sistem tanaman mi juga telah menyebabkan sistem tanah rang
dimansuhkan secara beransur-ansur.

Perkembangan dalam kegiatan pertanian di Belanda juga didorong oleh faktor kesuburan tanah.
Petani-petani di Belanda mempunyai kepakaran untuk mengekalkan kesuburan tanah pertanian. Contohnya,
menggunakan baja ash, memugar tanah dan membuang rumput serta tanaman perosak.

Selain itu, perkembangan dalam kegiatan pertanian juga disebabkan oleh amalan sistem penanaman
deretan. Sistem mi digunakan dalam penanaman tanaman seperti jagung, mader, hop, biji kol dan tembakau.
Melalui sistem penanaman tersebut, tanaman dapat tumbuh dengan subur. Malah, sistem mi juga
menyebabkan berlaku peningkatan dalam pengeluaran hasil pertanian.

Pengenalan sistem batas turut mendorong kepada perkembangan kegiatan pertanian di Belanda.
Petani-petani di Belanda mengamalkan penanaman dalam batas sejak abad ke-16 M lagi. Sistem batas dapat
mewujudkan saliran yang balk bagi memastikan tanaman tumbuh dengan subur. Pengenalan sistem batas
juga menyebabkan tanaman dalam deretan atau jajaran diperkenalkan.

Perkembangan dalam kegiatan pertanian turut didorong oleh kemajuan dalam teknologi peralatan
pertanian. Petani-petani di Belanda telah mencipta pelbagai jenis peralatan bagi memudahkan aktiviti
pertanian. Mereka mencipta peralatan seperti tenggala beroda dan mesin menampi bijirin. Penggunaan
peralatan-peralatan barn tersebut telah menyebabkan keluasan tanah pertanian meningkat. Begitu juga
dengan pengeluaran hasil pertanian.

Kesimpulannya, terdapat pelbagai faktor yang mendorong perkembangan kegiatan pertanian di


Belanda. Namun begitu, kemajuan dalam teknologi peralatan dan kaedah pertanian menyebabkan berlaku
peningkatan dalam pengeluaran hasil pertanian. Perkembangan mi menyebabkan Belanda muncul sebagai
sebuah negara yang maju dalam bidang pertanian di Eropah.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
147
Huraikan factor-faktor yang mendorong perkembangan perkembangan aktiviti pertanian di Belanda pada
abad ke 17 dan abad ke 18.

Pendahuluan
 Catatan pengembara dari England, Perancis dan Jerman menunjukkan sector pertanian mengalami
perkembangan yang pesat di Belanda pada abad ke 17b dan 18
 Bidang pertanian yang mengalami pertumbuhan yang amat pesat termasuklah bijirin tanaman
dagangan penternakan, industry tenusu, penanaman sayur-sayuran dan tanaman bunga.
 Pada abad ke- 17, Belanda merupakan negara yang maju dalam sektor pertanian.
 Beberapa faktor menyumbang kepada perkembangan.

Faktor Perkembangan aktiviti pertanian di Belanda

1. Kemajuan teknologi peralatan.


 Antara faktornya ialah kemajuan dalam teknologi peralatan.
 Petani-petani di Belanda telah mencipta pelbagai jenis peralatan seperti tenggala dan mesin menampi
bijirin.
 Penciptaan peralatan tersebut dapat menjimatkan masa dan aktiviti pertanian boleh dijalankan dalam
skala yang agak besar.
 Akhirnya, berlaku peningkatan dalam pengeluaran hasil pertanian.

2. Amalan menebus guna tanah


 Pertanian di Belanda terus berkembang pesat kerana amalan menebus guna tanah.
 Sebahagian besar tanah yang berada di bawah paras laut ditebus guna untuk menjalankan kegiatan
pertanian.
 Menjelang abad ke- 17, sebahagian besar tanah di wilayah Zeeland ditebus guna untuk tujuan
pertanian.
 Antara tahun 1765 hingga 1789, seluas 1 772 ekar tanah telah ditebus guna bagi menjalankan aktiviti
pertanian.
 Aktiviti menebus guna tanah meningkatkan keluasan kawasan pertanian di Belanda.
 Usaha menebus guna tanah dipergiatkan dengan menyaliri tanah secara besar-besaran.
 Benteng-benteng yang dibina menggunakan dinding tanah dan kadang-kadang kayu yang
diperkukuhkan, serta dilitupi rumput.
 Sejenis alat digunakan untuk mengepam air yang berlebihan dan kawasan rendah.

3. Pertambahan penduduk
 Menjelang abad ke-17 dan ke-18, berlaku pertambahan bilangan penduduk di Belanda.
 Bilangan penduduk yang tinggal di bandar juga meningkat.
 Peningkatan penduduk di kawasan bandar menyebabkan permintaan sayur-sayuran dan hasil tenusu
meningkat.
 Perkembangan mi menyebabkan muncul kawasan pertanian di sekitar kawasan bandar.
 Kawasan pertanian terutamanya di pinggir bandar terpaksa dibuka untuk mendapatkan hasil
pertanian bagi memenuhi keperluan penduduk.

4. Tanah yang rata dan subur


 Belanda mempunyai tanah yang rata dan subur.
 Selain itu, iklim dan cuaca di Belanda amat sesuai untuk aktiviti pertanian.
 Belanda mengalami musim panas yang sejuk dan musim saiji yang sederhana dan sesuai untuk
penanaman pelbagai jenis tanaman.
 Petani-petani di Belanda juga mempunyai pengetahuan untuk memelihara kesuburan tanah.
 Antara langkah yang dilakukan ialah menggunakan baja daripada najis haiwan, membuang rumput,
dan mengawal serangga perosak.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
148

5. Sistem Saliran
 Belanda juga mempunyai sistem pengairan yang diurus dengan balk.
 Sumber air datang dan Sungai Rhine dan Sungai Maas dan ditambah dengan beberapa terusan.
 Sistem pengairan mi membantu aktiviti pertanian dan penternakan.
 Dengan kesuburan tanah yang ada ditambah dengan sistem pengairan yang baik, petani memperoleh
hasil yang banyak.

6. Sistem tanaman bergilir


 Sistem tanaman bergilir diperkenalkan oleh petani-petani.
 Tanah yang telah dituai hasilnya tidak dibiarkan kosong sebaliknya sebelum menunggu masa untuk
penanaman semula tanaman lain seperti lobak dan kacang pis akan diselang-selikan dengan tanaman
bijirin.
 Sistem tanaman mi dijalankan secara meluas di wilayah Waes pada pertengahan abad ke- 17.
 Melalui sistem penggiliran tanaman mi, kesuburan tanah pertanian dapat dipelihara dan hasil
pertanian turut meningkat.

7. sistem tanaman deretan dan sistem batas


 Petani di Belanda juga menggunakan sistem tanaman deretan dan sistem batas.
 Pengenalan sistem batas menyebabkan tanaman dalam deretan atau jajaran dilaksanakan.
 Penggunaan kedua-dua sistem mi membolehkan sistem saliran yang baik dapat diwujudkan serta
memastikan tanaman hidup dengan subur.
 Oleh itu, hasil pengeluaran pertanian dapat dipertingkatkan.
 Tanaman yang menggunakan sistem mi termasuklah penanaman jagung, tembakau, dan biji kol.

Kesimpulannya,
 faktor alam semula jadi yang sesuai dan kesungguhan masyarakat dan pemerintah Belanda untuk
memajukan bidang pertanian menjadi penyumbang kepada kejayaan ekonomi Belanda dalam bidang
pertanian.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
149
Jelaskan faktorperkembangan pertanian di Belanda pada abad ke-18 Masihi. [STPM 2015 ; S3]

Pendahuluan
• calon boleh membincangkan mengenai kedudukan geografi Belanda secara umum serta ikatan
penduduk dengan sektor pertanian.
• Selain itu, sejarah pertanian sebelum abad ke-1 8 juga boleh disebutkan.

calon perlu menyatakan bahawa faktor perkembangan pertanian adalah seperti berikut:

1. Faktor geogrfl dan semula jadi


• terutama peranan yang dimainkan oleh Sungai Rhine dan Sungai Maas
• diikuti dengan kesuburan tanah serta cuaca, hujan dan sebagainya juga perlu disebutkan.

2. Pembangunan dalam teknologi pengairan


• melalui sistem terusan yang dilaksanakan secara besar-besaran telah membolehkan pertanian
dijalankan dengan baik dan meningkatkan hasil pertanian.
• Kebergantungan kepada hujan semakin berkurangan.
• Keadaan ini menyebabkan jumlah kawasan pertanian meningkat hingga melebihi 36,000 ekar pada
awal abad ke-18.
• Penggunaan teknologi termasuklah kincir air yang digunakan di kawasan tinggi bagi membolehkan
air disalurkan ke kawasan tersebut.

3. Sistem tanaman bergilir dan ladang terbuka


• diamalkan hingga membolehkan kesuburan tanah dapat dikekalkan.
• Di bahagian utara Belanda pula, sistem pertanian padang terbuka dilaksanakan apabila tanah
dibahagikan kepada beberapa bahagian dan diwujudkan tanah rang bagi memastikan kesuburan
tanah.
• Sistem pertanian ini kemudiannya diperkenalkan di England oleh Viscount Townshend pada 1730-
an.

4. Kaedah tebus guna tanah

5. Pengenalan tanaman baru – meder, biji kol. Nunga tulip dan kopi
• Mempelbagaikan jenis pertanian
• termasuk gandum, sekoi, barli, sayuran dan sebagainya dan
• keutamaannya adalah untuk memenuhi permintaan domestik.
• Mempelbagaikan hasil pertanian turut menjadi faktor penting perkembangan pertanian
termasuklah pembangunan sektor kain bulu biri-biri dan

6. Pertambahan penduduk / permintaan tinggi


• Permintaan yang tinggi menyebabkan sektor pertanian diberikan tumpuan dan menjadi dasar
pemerintah untuk meningkatkan sektor ini.
• kemudiannya dipasarkan ke pasaran Eropah melalui pelabuhan Amsterdam dan Antwerp.

Kesimpulan
• Pada abad ke-18, sektor pertanian di Belanda berkembang pesat.
• Hal ini disebabkan aspek teknologi pertanian di Belanda pada abad tersebut berada pada tahap
tertinggi dan maju pada zamannya.
P/s –
1. Calon perlulah membincangkan faktor-faktor perkembangan pertanian di Belanda pada abad
ke18. Dalam keadaan ini calon perlulah memberikan isi, hujahan diikuti dengan bukti-bukti yang
jelas mengenai setiap perkara yang disentuh. Calon juga perlu membuat satu pengenalan dan
kesimpulan
2. Sebagai kesimpulan pula calon perlulah menyatakan mengenai faktor-faktor yang telah
disebutkan itu dan peletakannya dalam membantu perkembangan pertanian di Belanda.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
150
Bincangkan kemajuan yang berlaku dalam bidang pertanian selepas berlaku Revolusi Pertanian di England

Pendahuluan
• Menjelang akhir abad ke-17 M, tercetus revolusi yang dikenali sebagai Revolusi Pertanian di England.
• Selepas Revolusi Pertanian, berlaku perubahan yang amat ketara dalam kaedah dan teknologi
pertanian.
• Perkembangan mi telah menyebabkan berlaku peningkatan dalam pengeluaran makanan secara
besar-besaran.

Isi-isi penting

(a) Sistem penggiliran tanaman


• Revolusi Pertanian menyebabkan kaedah baru seperti sistem penggiliran tanaman diperkenalkan.
• Pelaksanaan kaedah barn mi menyebabkan tanah pertanian dapat digunakan secara berterusan
sepanjang tahun.
• Dalam sistem penggiliran tanaman, jenis tanaman yang berbeza akan ditanam mengikut musim.
• Pengenalan sistem penggiliran tanaman menyebabkan beberapa tanaman barn diperkenalkan.
• Antara tanaman barn yang diperkenalkan di England termasuklah turnip dan ubi kentang.
(b) Kaedah penternakan baru
• Robert Bakewell memperkenalkan kaedah baru dalam penternakan bin-bin dan lembu.
• Menerusi kaedah barn mi, binatang ternakan boleh membesar dan matang dengan cepat.
• Bekalan daging dan bulu binatang juga bertambah.
• Selajn itu, binatang-binatang ternakan juga dapat membekalkan baja ash kepada para petani untuk
tanaman mereka.
(c) Pen genalan pertanian campuran
• Sistem penggiliran tanaman yang diperkenalkan oleh Lord Townshend menyebabkan petani terlibat
dalam penanaman rumput.
• Rumput yang ditanam digunakan sebagai sumber makanan untuk ternakan seperti bin-bin dan lembu.
• Perkembangan mi menyebabkan petani mengamalkan sistem pertanian campuran yang melibatkan
tanaman dan ternakan.
• Penglibatan petani dalam aktiviti pertanian dan penternakan menambahkan pendapatan mereka.
(d) Ciptaan baru
• Revolusi Pertanian menyebabkan peralatan-peralatan barn dicipta untuk meningkatkan pengeluaran
hasil pertanian.
• Jethro Tull mencipta alat yang digunakan untuk menggali dan menugal tanah pertanian.
• Penciptaan alatan barn untuk pertanian membolehkan penugalan dan penanaman biji benih dapat
dilakukan dengan pantas.
• Menjelang tahun 1730-an, bajak berbentuk tiga segi yang dikenali sebagai Rotterham direka.
• Penciptaan alat tersebut membolehkan kerja membajak tanah dapat dilakukan dengan lebih
berkesan.
(e) Penggunaan baja
• Menjelang pertengahan abad ke- 19 M, ahli-ahli sains berjaya menghasilkan baja tiruan.
• Selain itu, baja ash juga digunakan secara meluas untuk meningkatkan pengeluaran hasil pertanian.
(f) Sistem saliran
• Langkah-langkah juga diambil untuk membina dan membaiki sistem saliran.
• Pembinaan system saliran menyebabkan berjuta-juta hektar tanah disalirkan untuk tujuan pertanian

Kesimpulan
• Kemajuan dalam pertanian menyebabkan berlaku peningkatan dalam pengeluaran hasil pertanian
• Perkembangan ini meletakkan asas bagi kemunculan Revolusi Perindustrian di Englad

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
151
Huraikan factor-faktor yang menyumbang kepada perkembangan kegiatan perindustrian di Jerman pada
abad 17 dan 18 M.

Pendahuluan
 Penyatuan Jerman pada tahun 1871 merupakan faktor utama yang menyebabkan Jerman muncul
sebagai negara industri yang disegani.
 Dengan penyatuan tersebut, wujud keseragaman dalam sistem perundangan, sistem timbangan,
sistem percukaian, dan sistem mata wang.
 Kerajaan pusat diberi kuasa untuk menjalankan perkhidmatan pengangkutan dan komunikasi.

Faktor menyumbang perkembangan perindustrian


1. Pemansuhan Sistem Guild
 Pemansuhan Sistem Guild pada tahun 1871 turut merangsang ekonomi Jerman.
 Sistem mi menghendaki seseorang memperoleh kemahiran daripada Guild sebelum menjalankan
perdagangan.
 Sistem mi menjadi penghalang kepada pertumbuhan industri di Jerman sebelum tahun 1871.
 Dengan penghapusan Sistem Guild, perkembangan perdagangan bersemarak semula, yang akhirnya
menggalakkan pertumbuhan industri di Jerman.

2. penubuhan kesatuan kredit


 Selain itu, penubuhan kesatuan kredit juga membantu pertumbuhan sektor perindustrian di Jerman.
 Kesatuan kredit berfungsi memberi bantuan kewangan kepada pengusaha-pengusaha industri.
 Lebih 20 000 kesatuan kredit wujud di Jerman pada akhir abad ke- 19.

3. Penubuhan kartel
 Penubuhan kartel di Jerman turut membantu perkembangan perindustrian.
 Matlamat penubuhan kartel adalah untuk menguasai bekalan dan harga jualan bagi barangan
keluaran yang akan memaksimumkan keuntungan industri secara keseluruhan serta meminimumkan
turun naik harga dalam pasaran.
 Dianggarkan terdapat kira-kira 2 100 kartel di Jerman pada awal tahun 1880 yang terlibat dalam
perindustrian arang batu dan keluli.

4. Pembangunan industry perkapalan.


 Pembangunan industri perkapalan juga merupakan faktor yang mendorong pertumbuhan industri
Jerman.
 Selepas tahun 1880, berlaku peningkatan dalam pembmnaan kapal-kapal wap.
 Industri pembmnaan kapal tertumpu di Hamburg, Bremen, Elby, dan Denzig.
 Pembinaan kapal-kapal wap dapat meningkatkan pertumbuhan industri kerana barang-barang dapat
dihantar dengan cepat.

5. Revolusi Perindustrian Kedua


 Jerman mengalami Revolusi Perindustrian Kedua yang menyebabkan pembangunan industri yang
pesat di Eropah Barat.
 Jerman memperkenalkan penjanaan kuasa hidroelektrik di Alps yang membolehkan perindustrian
yang pesat di utara Itali bermula pada tahun 1890-an.
 Jerman juga telah menggantikan penggunaan arang batu kepada petroleum yang lebih menjimatkan.
 Pada tahun yang sama, syarikat gergasi pertama industri telah diwujudkan dengan kepentingan global
yang semakin berkembang.
6. Revolusi teknologi
 Revolusi teknologi merupakan fasa Revolusi Perindustrian yang lebih besar yang bermula sekitar
tahun 1850.
 Walaupun kaedah untuk mengeluarkan keluli secara besar-besaran tidak dicipta sehingga tahun 1860,
 namun Henry Bassemer telah mencipta sebuah relau yang boleh menukar besi tempa menjadi keluli
dalam kuantiti yang besar.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
152
7. kekayaan hasil bumi
 Pertumbuhan industri di Jerman disebabkan oleh kekayaan hasil bumi seperti arang batu dan besi.
 Perindustrian di Jerman meliputi pembukaan lombong arang batu dan besi.
 Menjelang tahun 1875, Jerman mengeluarkan 25 juta tan arang batu.

8. Pelaburan dalam bidang industri


 Bagi mengembangkan lagi sektor perindustrian, Jerman telah melabur dalam bidang kimia, automotif,
dan elektrik. Industri kulit dan tekstil turut berkembang.
 Pada tahun 1874 hingga tahun tahun 1914, Jerman telah mengambil alih tempat England dalam
industri kulit.

9. Perluasan pasaran
 Perkembangan perindustrian di Jerman menyaksikan pertambahan dalam eksport sehingga
menimbulkan masalah dalam meluaskan pasaran dan mendapatkan lebih banyak bahan mentah.
 Namun demikian, Jerman berjaya menyelesaikan masalah mi dengan mengadakan hubungan dengan
negara luar serta menjalankan aktiviti import dan eksport.
 Pada tahun 1884, Jerman berjaya menguasai barat daya Afrika, Togoland, Cameron, Tanganyika, dan
Afrika Timur.

10. Hubungan perdagangan dengan China


 Pada tahun 1897, Jerman telah meluaskan hubungan perdagangan dengan China bagi mendapatkan
arang batu dan mewujudkan pangkalan tentera laut di China.
 China bersetuju melalui satu perjanjian menyewakan Tsingtao selama 99 tahun.
 Seterusnya, China memberikan hak membina jalan kereta api dan mengusahakan perlombongan
arang batu di wilayah Shantung.
 Perkembangan mi membolehkan pendapatan negara Jerman meningkat kepada 52 juta marks pada
tahun 1871.
 Sebahagian pendapatan mi digunakan untuk meningkatkan pembangunan infrastruktur seperti
pembinaan landasan kereta api.

Kesimpulan
 Faktor-faktor tersebut menyumbang kepada perkembangan perindustrian di Jerman.
 Perindustrian merupakan bidang utama yang mengukuhkan ekonomi di Jerman.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
153
Jelaskan perkembangan sektor perindustrian di Jerman pada abad ke-19 hingga abad ke-20.

Pengenalan
• Sebelum tahun 1871, Jerman terdiri daripada beberapa buah kerajaan yang berasingan.
• Berikutan dengan perkembangan sektor perindustrian di Eropah Barat pada abad ke-19, negeri-negeri
Jerman turut mengambil inisiatif memajukan bidang tersebut.
• Perkembangan bidang perindustrian di Jerman berkembang secara berasingan.
• Penyetuan Jerman pada tahun 1871 telah meningkatkan lagi kemajuan sektor perindustrian di
Jerman.

Perkembangan Sektor Perindustrian Jerman

1. Ekonomi Jerman Pada awal abad ke- 19,


 Jerman adalah sebuah negara pertanian yang berasaskan sistem feudal.
 Negara Jerman jauh ketinggalan daripada negara-negara perindustrian yang lain seperti Britain,
Perancis dan Belgium.
 Tambahan pula, antara tahun 1830-an hingga 1840-an, negara Jerman masih berpecah belah kepada
negari-negeri yang berasingan.
 Hasil ekonomi Jerman bergantung kepada sektor pertanian.
 Contohnya, Prusia, Saxony dan lain-lain merupakan pengeluar utama hasil-hasil pertanian seperti ubi
kentang, turnip (ubi bit) yang menjadi bahan untuk pengeluaran gula dan lain-lain.

2. Permulaan Revolusi Industri; pembentukan kartel.


 Permulaan industri di Jerman dimulakan dengan pembuatan tekstil secara kecil-kecilan pada tahun
1830-an.
 Perkembangan ekonomi Jerman berlaku antara tahun 1850 hingga 1870 apabila Jerman mengalami
revolusi perindustrian.
 Revolusi Perindustrian di Jerman bermula apabila pihak kerajaan menggalakkan bank-bank membantu
para industrialis dalam menyediakan modal dan membentuk kartel (kumpulan syarikat yang bersatu).
 Kartel pertama yang ditubuhkan ialah Neckar Salt Union iaitu kartel dalam perusahaan garam.
 Sistem kartel di Jerman digunakan sepenuhnya untuk memastikan penggunaan modal yang cekap dan
mengawal harga barangan.
 Menjelang tahun 1900, terdapat sebanyak 25 buah kartel beroperasi di Jerman.

3. Kemajuan Sistem pengangkutan dan perhubungan.


 Kerajaan Jerman juga telah membina jalan kereta api bagi memudahkan pengangkutan dan
perhubungan.
 Jerman mengimport teknologi dan peralatan dan Britain.
 Jerman mempelajari kemahiran dengan cepat unuk mengendalikan perkhidmatan keretapi.
 Pada tahun 1850, Jerman telah bersedia untuk memenuhi permintaan membina kereta api.

4. Revolusi Industri kedua; industry berat dan kraf


 Berikutan penyatuan negara Jerman pada tahun 1871 dan dasar kerajaan untuk menjadikan Jerman
sebagai sebuah negara perindustrian telah menbawa era baru dalam sektor perindustrian.
 Perkembangan terbaru itu, telah menjadikan sektor perindustrian di Jerman bertambah pesat dan
dikenali sebagai Revolusi Perindustrian kedua.
 Kerajaan Jerman bukan sahaja menyokong industri berat tetapi juga industri kraf dan aktiviti
perdagangan.
 Selain kerajaan pusat, kerajaan-kerajaan tempatan juga turut menyokong usaha-usaha ke arah
memajukan lagi sektor perindustrian di Jerman.
 Kerajaan Jerman telah melaburkan wang yang banyak dalam penyelidikan terutama dalam bidang
kimia, automotif, dan elektrik.
 Penyelidikan itu telah melahirkan inovasi baru seperti yang dibuat oleh syarikat Siemens dalam bidang
kejuruteraan elektrik.
 Pewarna tiruan juga berjaya dicipta telah digunakan secara meluas dalam industri tekstil.
____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
154
5. Kekayaan Bahan mentah; bijih besi dan kulit.
 Perindustrian di Jerman turut dijana dengan adanya sumber bahan mentah yang banyak.
 Contohnya, pengeluaran bijih besi di Saxony dan Silesia yang berjumlah 1.5 juta tan pada tahun 1871
dan meningkat kepada 8.5 juta tan pada tahun 1900.
 Ini membolehkan industrialis spt Alferd Krupp menjadi pengusaha barangan besi yang terkemuka di
dunia.
 Syarikat Krupp telah mengeluarkan barangan besi yang berkualiti tinggi.
 Industri kulit turut berkembang, antara tahun 1870 hingga tahun 1914 Jerman telah mengambil alih
tempat Britain dalam industri kulit.

6. Perkembangan industry automobile.


 Pada abad ke-20, perusahaan automotif turut berkembang, berikutan daripada kereta pertama yang
diciptakan oleh Karl Benz dan Gottlieb Daimier dan Jerman pada tahun 1886,
 Negara-negara lain turut mengikuti jejak mereka ke dunia perekaan kereta.
 Keadaan ini telah memecutkan pembangunan industri automotif.
 Sejak tahun 1886, Jerman, pengeluar automobil yang tertua mula bergiat dalam pengeluaran
automobil secara besar-besaran.
 Sehingga tahun 1901, terdapat 12 kilang automobil di Jerman, sebanyak 884 buah kereta telah
dihasilkan setahun.
 Tujuh tahun kemudian, kilang automobil bertambah dengan pesat menjadi 53 buah dan menghasilkan
5547 buah kereta setahun.
 Ianya bukan sahaja dapat memenuhi permintaan pasaran tempatan, malah kebanyakan keluaran
telah dipasarkan ke luar negera.
 Walau bagaimanapun, Benz dan Daimler kekal sebagai kilang automobil yang terkenal, tertua dan
terbesar.

Kesimpulan
• Pada abad ke-19, negara Jerman mengalami perkembangan pesat dalam bidang ekonomi.
• Kemajuan teknologinya membawa Jerman menjadi sebuah negara yang mempunyai industri berat
terutamanya perusahaan besi keluli.
• Menjelang abad ke-20, Jerman menjadi pemimpin dalam bidang perindustrian di samping Britain dan
Amerika Syarikat.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
155
Huraikan factor-faktor yang mendorong perkembangan sector perindustrian di Jepun abad ke 19 dan abad
ke 20 M

Pendahuluan
• Menjelang zaman Meiji, berlaku perkembangan yang pesat dalam sektor perindustrian di Jepun.
• Pemimpin-pemimpin Meiji meletakkan asas bagi perkembangan sektor perindustrian di negara
tersebut.
• Terdapat beberapa faktor yang mendorong perkembangan sektor perindustrian di Jepun.

Faktor-faktor perkembangan
(a) Dasar kerajaan Meiji
• Kerajaan Meiji mengambil langkah-langkah untuk memajukan sektor perindustrian.
• Kerajaan memberi bantuan modal, latihan dan khidmat nasihat kepada pengusaha-pengusaha
industri.
• Di samping itu, kerajaan juga mengadakan bengkel mengenai teknologi dalam sektor perindustrian.
• Kerajaan mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar-pakar luar negara untuk memodenkan
perindustrian.
(b) Kemajuan dalam pengangkutan
• Pemimpin-pemimpin kerajaan mengambil langkah-langkah untuk memajukan sektor pengangkutan.
• Pada tahun 1880, seramai 3 juta penumpang telah diangkut melalui landasan kereta api yang
menghubungkan laluan Tokyo-Yokohama.
• Kemajuan dalam bidang pengangkutan mendorong pertumbuhan sektor perindustrian di Jepun.
(c) Kemajuan dalam telegraf
• Kemajuan dalam sistem perhubungan mendorong pertumbuhan sektor perindustrian.
• Kerajaan mengambil langkah-langkah untuk membangunkan perkhidmatan telegraf.
• Perbelanjaan yang besar dikeluarkan untuk membina stesen-stesen telegraf dan talian telegraf di
seluruh negara.
• Kemajuan sistem telegraf membantu pembangunan sektor perindustrian dan proses modenisasi di
Jepun.
(d) Perkembangan sektor pertanian
• Perkembangan pesat dalam sektor pertanian merangsang pertumbuhan dalam sektor perindustrian.
• Kerajaan mengambil pelbagai langkah untuk membangunkan sektor perindustrian.
• Pelajar-pelajar di hantar ke luar negara untuk mempelajari teknik baru dalam bidang pertanian.
• Selain itu, kerajaan uga mengimort benih-benih barn serta menggunakan baja kimia secara ekstensif
untuk meningkatkan pengeluaran hasil pertanian.
• Kemajuan pesat dalam sektor pertanian mendorong pertumbuhan sektor perindustrian di negara
tersebut.
(e) Dasar kewangan yang teratur
• Perkembangan sektor perindustrian disebabkan oleh pengurusan sistem kewangan yang teratur.
• Mata wang dan institusi perbankan ditubuhkan ekoran perkembangan pesat dalam bidang ekonomi.
• Pada tahun 1873, Bank Negara ditubuhkan berasaskan model bank dl Amerika Syarikat.
• Pada tahun 1880, Bank Yokohama Specie muncul sebagai bank asing utama di Jepun.
• Kemunculan bank membantu pertumbuhan sektor perindustrian di Jepun.
(f) Kemunculan pen gusaha baru
• Perkembangan sektor perindustrian didorong oleh kemunculan pengusaha-pengusaha baru yang
kaya-raya di Jepun.
• Menjelang awal abad ke-20 M, terdapat empat buah keluarga yang menguasai sektor perindustrian di
Jepun.
• Keluarga tersebut menjadi penaung kepada perkembangan sektor perindustrian di Jepun.
Kesimpulan
• Jepun telah mengambil langkah-langkah bagi memajukan sektor perindustrian.
• Perkembangan mi menyebabkan Jepun muncul sebagai sebuah negara industri dalam tempoh masa
yang singkat.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
156
Jelaskan Iangkah-Iangkah yang diambil oleh kerajaan Jepun untuk memajukan sector perindustriannya.

Pendahuluan.
 Pemerintahan Maharaja Meiji, telah melaksanakan dasar pemodenan Jepun dengan menggalakan
perkembangan sektor industri.
 Pada abad ke-19, peringkat awal perindustrian di Jepun hampir mengalami kegagalan kerana
kekurangan modal, dan perusahaan baru tidak dapat dikembangkan kerana wujudnya perjanjian dgnn
Negara-negara Barat yang memaksa Jepun mengenakan cukai yang rendah ke atas barangan import.
 Mereka juga kekurangan kepakaran dalam mengliasilkan barangan yang bermutu tinggi.
 Bagi mengatasi masalah dan memajukan sektor perindustrian, kerajaan Jepun telah mengambil
langkah-langjah berikut.

1. Mengarahkan golongan samurai dan bangsawan menceburi bidang perindustrian


 Langkah pertama, kerajaan Jepun mengarahkan golongan samurai dan bangsawan menceburi bidang
perindustrian.
 Pekerjaan yang dikhaskan kepada golongan samurai telah dimansuhkan.
 Keanggotaan angkatan tentera dibuka kepada rakyat biasa pada tahun 1873 bagi membentuk pasukan
tentera moden.
 Dengan itu, golongan samurai terpaksa menceburi bidang perindustrian.
 Kesediaan golongan samurai menerima pembaharuan, memberi sumbangan kepada usaha kerajaan
Jepun memajukan sektor perindustriannya.

2. Menyediakan bantuan modal dan subsidi


 Kerajaan Jepun memberi bantuan kewangan kepada pengusaha-pengusaha perindustrian.
 Pentadbiran Meiji telah mengenakan cukai (dengan kadar yang tetap) kepada golongan tuan-tuan
tanah.
 Hasil daripada pungutan cukai itu digunakan untuk memajukan bidang perindustrian.
 Secara beransur-ansur, Jepun telah memajukan bidang perindustriannya.
 Subsidi kewangan diberi kepada perusahaan kain, kilang kertas, kilang kapas dan jentera.
 Jepun juga menggunakan wang pampasán dan peperangan China-Jepun (1894-1895) untuk
membangunkan industri keluli.

3. Membawa masuk pengetahuan Barat


 Para pemimpin Jepun telah membuat keputusan untuk membawa masuk pengetahuan Barat.
 Jepun sedan untuk bersaing dengan negara-negara l3arat, pengetahuan dan teknologi Barat mestilah
diperolehi terlebih dahulu.
 Pelajaran diwajibkan ke atas semua penduduk Jepun pada tahun 1872.
 Maktab-maktab teknik telah dibuka untuk memberi latihan kemahiran kepada rakyat Jepun dalam
bidang teknikal.
 Jepun juga telah menghantar penuntut-penuntutnya ke Jerman, England, Perancis, dan Amenika
untuk mempelajani ilmu dan Barat.
 Penuntut-penuntut yang telah tamat belajar kembali ke Jepun untuk mengajar bangsa mereka apa
yang telah mereka pelajari di Barat.
 Pengetahuan Barat yang dibawa pulang telah disesuaikan dengan keadaan negara Jepun.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
157
4. Menyediakan kemudahan infrastruktur
 Keretapi, jalan raya, kapai-kapal laut, dan kilang-kilang telah dibina.
 Sungai-sungai yang deras alirannya banyak terdapat di Jepun, dijadikan empangan elekrtik hidro yang
dapat membekalkan tenaga elektrik yang murah untuk keperluan kilang-kilang di Jepun.
 Perusahaan-perusahaan perkilangan mula muncul di Jepun dengan pembuatan hasil-hasil tekstil
seperti tenunan kapas dan sutera, serta barang-barang perhiasan.
 Tenaga buruh yang ramai turut menjadi penyumbang kepada peningkatan perindustrian dii Jepun.
 Ini dikukuhkan lagi dengan wujudnya sistem kewangan kebangsaan dan reformasi sistem cukai yang
menjadi penyumbang utama pengumpulan modal, asas perkembangan kapitalisme.
 Pertahaan-perusahaan berat juga telah dimulakan.

5. Melaksanakan Dasar Penswastaan


 Langkah-langkah yang diambil itu telah berjaya memajukan sektor perindustrian Jepun, antara tahun
1868 hingga 1897, pembawaan masuk bahan-bahan mentah telah meningkat sebanyak lima kali
ganda, dan pengeluaran hasiL kilangnya meningkat kepada 20 kali ganda.
 Menjelang Perang Dunia Pertama, ekonomi Jepun sudah berkembang dalam bidang perusahaan
berat seperti pembuatan alatjentera, perkapalan, besi dan keluli serta barangan elektrik.
 Pada tahun 1920 pula, pengeluaran industry negara Jepun telah meningkat sebanyak 20 kali ganda.
 Menjelang tahun-tahun 1930-an, sumbangan industri berat dan kimia menjadi semakin penting.

Kesimpulan.
 Kerajaan Jepun melaksanakan dasar penswastaan untuk memajukan sektor industrinya.
 Industri-industri yang telah berjaya dimajukan kerajaan telah diswastakan kepada golongan pemodal.
 Syarikat-syarikat digalakkan bergabung untuk membentuk “zaibatsu” .
 Pada awal abad ke-20, empat buah zaibatsu menguasai perindustrian di Jepun iaitu Mitsui, Mitsubishi,
Yasuda, dan Sumitomo.
 Zaibatsu-zaibatsu itu, diberi tanggungjawab mengendalikan perusahaan besar dan perusahaan berat.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
158
Huraikan perubahan-perubahan yang berlaku dalam bidang ekonomi pada zaman pencerahan

Pendahuluan
• Selepas Gerakan Renaisans berakhir, bermula perkembangan dalam bidang intelektual di Eropah
Barat.
• Perkembangan dalam bidang intelektual menyebabkan bermula zaman yang dikenali sebagai Zaman
Pencerahan.
• Zaman mi menyaksikan kemunculan gerakan intelektual yang dipelopori oleh pemikir-pemikir dalam
bidang politik, ekonomi dan sosial.
• Pemikir-pemikir ekonomi mengemukakan pelbagai pandangan bagi membangunkan ekonomi negara
bangsa.
• Ekoran daripada pandangan-pandangan tersebut, para pemerintah melakukan perubahan dalam
bidang ekonomi bagi membangunkan negara masing-masing.

Isi-isi penting
(a) Memajukan sektor pertanian
• Kerajaan mengambil langkah-langkah memajukan bidang pertanian.
• Langkah-langkah telah diambil bagi membersihkan kawasan berpaya dan membuka kawasankawasan
baru bagi menjalankan aktiviti pertanian.
• Kerajaan menempatkan golongan imigran untuk mengusahakan kawasan-kawasan yang barn diteroka.
• Selain itu, kaedah pertanian barn turut diperkenalkan bagi meningkatkan pengeluaran hasil pertanian.
• Kerajaan juga memperkenalkan tanaman barn dan memperkenalkan kaedah pentemakan yang lebih
baik.
(b) Men ghapuskan serfdom
• Kerajaan menghapuskan sistem perburuhan serfdom yang dianggap tidak ekonomik.
• Para pemermntah di Eropah Timur dan Eropah Tengah mengambil langkah-langkah untuk
menghapuskan sistem mi.
• Raja-raja di Eropah berjaya menghapnskan sistem mi dalam wilayah masing-masing.
(c) Menggalakkan perindustrian
• Langkah-langkah diambil untuk menghapuskan segala bentuk sekatan yang dikenakan demi
membangunkan sektor perindustrian.
• Antara langkah-langkah yang diambil bagi membangunkan perindustrian ialah menghapuskan
perkara-perkara seperti monopoli persatuan, keistimewaan provinsi, imuniti bandar dan peraturan
merkantil negara.
• Kerajaan juga menggalakkan penubuhan syarikat dengan mendapatkan modal daripada institusi
perbankan.
• Langkah-langkah seperti menjamin pasaran, mengadakan sistem timbangan dan mata wang yang
seragam turut diambil oleh kerajaan.
(d) Perdagangan bebas
• Kerajaan juga mengamalkan dasar perdagangan bebas bagi merangsang pertumbuhan ekonomi
negara.
• Oleh yang demikian, kerajaan menghapuskan sekatan kastam yang dikenakan bagi perdagangan
dalam negeri dan antara bandar.

(e) Memajukan masyarakat tani


• Pemerintah pada Zaman Pencerahan juga mengambil langkah-langkah untuk melahirkan masyarakat
tani yang bebas, maju dan dinamik.
• Mereka mengambil langkah-langkah bagi memasarkan barangan yang dihasilkan oleh petani.
• Mereka juga mendapatkan hak bagi petani meninggalkan manor dalam usaha melibatkan din dalam
industri bandar.
Kesimpulan
• Berdasarkan huraian tersebut, ternyata Zaman Pencerahan menyaksikan perubahan dalam bidang
ekonomi.
• Para pemerintah menjalankan pelbagai usaha bagi membangunkan sektor pertanian dan
perindustrian di negara masing-masing.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
159
Bincangkan sumbangan Charles Louis Montesquieu

Pendahuluan
 Charles Louis Montesquieu dilahirkan di Chateau de la Brede, barat daya Perancis pada 18 Januari
1689.
 Berasal dan keluarga aristokrat dan meninggal dunia pada 10 Februari 1775.
 Beliau merupakan lulusan undang-undang dr Universiti Bordeaux dan berjaya menjadi peguam pada
1708.
 Beliau adalah salah seorang tokoh pemikir politik Perancis yang banyak memberikan sumbangan dan
idea semasa Zaman Pencerahan (Enlightenment).
 Bapa saudaranya menjadi Penasihat Parlimen Bordeaux. Selepas bapa saudaranya meninggal dunia
pada tahun 1716, Montesquieu telah dilantik sebagai Presiden Parlimen Bordeaux.

Sumbangan Charles Louis Montesquieu

1. Buku Spirit of The Laws


 Salah satu idea melalui bukunya Spirit of The Laws, beliau menegaskan bahawa kerajaan yang
berbeza-beza dibentuk berdasarkan iklim dan keadaan tertentu.
 Beliau berpendapat bahawa pemerintahan mutlak sesuai untuk memenintah di sebuah empayar yang
luas.
 Sistem demokrasi pula subur di negara-negara kecil. Idea beliau masih diperdebatkan sehingga hari
mi.

 Antara idea utama diutarakan oleh Charles Louis Montesquieu ialah idea politik pemerintahan yang
telah diperkenalkan melalui doktrin pengasingan kuasa.
 Teori mi dibincangkan melalui karyanya, Spirit of The Laws. Karya mi telah memberi kesan mendalam
sama ada dalam bidang intelektual mahupun dalam amalan bidang politik dan pemenintahan
terhadap negara-negara di dunia.
 Perkara yang dibincangkan dalam karya mi termasuklah bentuk-bentuk pemenintahan, adat kebiasaan
dan iklim, masalah ekonomi, dan masalah agama.

 Beliau menjelaskan bahawa konsep pengasingan kuasa dalam pemenintahan terbahagi kepada tiga
buah badan bebas, iaitu badan perundangan, badan eksekutif, dan badan kehakiman.
 Ketiga-tiga badan tersebut mempunyai bidang kuasa tersendini dan setiap cabang pemenintahan
tidak mencampuri urusan badan lain.
 Doktrin mi dikemukakan kerana beliau menentang pemerintahan berkuasa mutlak.
 Menurut beliau, kuasa pemenintahan di Perancis perlu dibahagikan antara panlimen, golongan
bangsawan, estet-estet provinsi, majlis perbandaran, dan pihak gereja.
 Pemusatan kuasa dalam sistem monarki benlaku secara berleluasa kerana raja mempunyai kuasa yang
tidak terbatas dalam semua bidang.

 Beliau berpendapat jika kuasa menggubal undang-undang (legislatif) dan kuasa memenintah
(eksekutif) dimiliki oleh orang yang sama, pasti kebebasan tidak akan wujud
 kerana pihak pemerintah akan menggubal undang-undang yang zalim supaya mereka terus berkuasa.
 Kebebasan juga tidak akan benlaku jika hakim-hakim tidak diberi kebebasan untuk melaksanakan
tugasnya.
 Menurutnya, pengasingan kuasa mi perlu supaya penyalahgunaan kuasa dapat dielakkan.
 Doktrinnya mempunyai pengaruh dalam penggubalan Penlembagaan Amerika Syarikat pada tahun
1787.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
160

2. karya The Considerations on the Causes of the Grandeur and Decadence of the Romans
 karya The Considerations on the Causes of the Grandeur and Decadence of the Romans yang
diterbitkan pada tahun 1734 memaparkan sejarah kebangkitan, kegemilangan, dan kejatuhan
kerajaan Rom.
 Montesquieu menyatakan untuk memahanji kegemilangan dan kejatuhan sesebuah empayar,
seseorang harus memahami masyarakatnya.
 Beliau juga mengkaji peristiwa yang menimpa tentera Rom yang akhirnya membawa kepada
kejatuhannya.
 Selain daripada kesetiaan tentera kepada pemimpin dan bukan kepada negara,
 Pertambahan bilangan tentera upahan telah melemahkan semangat tentera Rom yang sebenarnya
merupakan nadi kepada empayan Rom.

 Montesquieu telah menunjukkan cara beliau menginterpretasikan sebab dan akibat sejarah dengan
memfokuskan kepada sebab-sebab tersirat dan segi sosial dan moral bagi kejatuhan kerajaan Rom.
 Beliau digelar ahli sosiologi pertama kerana sumbangannya dalam mengkaji kesan dan akibat sosial
dan fenomena persekitanan terhadap tingkah laku manusia.

 Mostesquieu telah mengenal pasti beberapa faktor yg menjadi punca kejatuhan empayar Rom.
 Penambahan bilangan tentera upahan dan pembenian taraf kewarganegaraan kepada warga asing
yang kurang setia kepada negara menjadi penyumbang kepada kemerosotan empayar Rom.
 Selain itu, sikap tamak kepada hanta rampasan perang di wilayah-wilayah yang ditakiuki
menyebabkan sebahagian masyarakat meninggalkan pekerjaan dalam bidang kemahiran dan
perniagaan.
 Kemerosotan moral dalam kalangan anggota masyarakat spt mi membawa kepada kejatuhan empayar
Rom.

3. karyanya, iaitu Letters Persanes (1721)


 Melalui karyanya, iaitu Letters Persanes yang ditenbitkan pada tahun 1721, beliau telah mengkritik
masyarakat Perancis terutamanya kerana kemenosotan moral pada penghujung zaman pemenintahan
Raja Louis XIV dan Raja Louis XV.
 Karya mi mengisahkan dua orang Persia yang bennama Usbek dan Rica yang mengembara ke
Penancis.
 Semasa pengembaraan, isteri-isteri mereka dikawal oleh sida yang bertanggungjawab menjaga
keselamatan isteri-isteri tersebut.

Kesimpulannya,
 Charles Louis Montesquieu telah banyak memberikan sumbangan kepada Penancis semasa Zaman
Pencenahan tenutamanya dalam sistem pemenintahan.
 Tidak hainanlah jika doktrin pengasingan kuasa yang diketengahkannya mempunyai penganuh dalam
penggubalan perlembagaan di dunia hari mi.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
161
Bincangkan idea yang diketengahkan oleh Adam Smith

Pendahuluan
 Pada abad ke-18, muncul ramai ahil ekonomi di England yang mengemukakan idea-idea bagi
menyelesaikan masalah ekonomi yang dihadapi oleh England selepas negara berkenaan mengalami
Revolusi Perindustrian.
 Salah seorang daripadanya ialah Adam Smith.- dilahirkan di Kirkcaldy, Fife, Scotland pada tahun 1723.
 Beliau meninggal dunia pada 17 Julai 1790 di Edinburgh.
 Beliau merupakan salah seorang tokoh terkenal yang memberi sumbangan dan idea dalam Zaman
Pencerahan terutamanya dalam bidang ekonomi moden.

Idea-idea yang diketengahkan oleh Adam Smith

 Beliau ialah pengasas kepada disiplin ekonomi moden.


 Sekitar abad ke-18, beliau telah memperkenalkan teori yang mengatakan seseorang individu boleh
membina kehidupan bermoral dan berekonomi tanpa bimbingan atau arahan daripada negara.
 Tambahan lagi, sesebuah negara akan menjadi kuat apabila rakyatnya bebas.
 Beliau juga mengetengahkan idea mengakhiri sistem feudal, polisi merkantiisme, monopoli negara,
dan memperkenalkan kerajaan laissez-faire, iaitu kerajaan berasaskan pasaran bebas.
 Laissez-faire ialah istilah Perancis yang membawa maksud “biarkan keadaan seperti yang sedia ada
 Konsep mi merujuk kepada kehendak sekumpulan pedagang Perancis yang mahukan urusan
perdagangan mereka tidak diganggu oleh kerajaan.
 Doktrin mi dikembangkan oleh Adam Smith di England dan beliau berpendapat kerajaan tidak harus
campur tangan dalam urusan ekonomi, sebaliknya membiarkan sistem ekonomi berfungsi seperti
biasa.
 Dengan cara mi, sistem ekonomi akan berfungsi dengan lebih cekap dan memaksimumkan kebajikan
umum.
 Beliau mengkritik dasar merkantiisme, iaitu apabila tindakan kerajaan mengawal koloni.
 Menurut beliau, koloni hanya akan berkembang pesat apabila diberi kebebasan menjalankan aktiviti
mengikut pilihan sendiri.
 Tindakan mengawal koloni secara politik akan membebankan negara induk dan segi kewangan.
 Kritikan mi turut ditujukan kepada monopoli yang dilakukan oleh Syarikat Hindia Timur Inggeris.
 Menurutnya, teori pencukaian ialah kerajaan hanya mengenakan cukai dengan cara yang tidak
menggugat kesejahteraan ekonomi dan rakyat sesebuah negara.
 Rakyat patut menyokong negara yang memberi kebebasan mengikut kebolehan sendiri.
 Antara amalan ekonomi tersendiri yg dipercayai ialah kekayaan negara dinilai dari segi stok emas dan
perak.
 Selain itu, negara patut mengekalkan penguasaan ke atas emas dan perak serta mengenakan cukai ke
atas barangan import, memberikan subsidi kepada pengeksport, dan melindungi industri domestik.
 Seterusnya, pekerja-pekerja mahir tidak dibenarkan bergerak bebas ke bandar-bandar lain untuk
memasarkan barangan.
 Pengilang dan pedagangpedagang hendaklah menghantar petisyen kepada raja untuk melindungi
monopoli.
 Beliau turut menekankan perkara paling penting, iaitu tenaga buruh dan pasaran bebas bergerak
menurut mekanisme secara automatik.
 Beliau juga menentang campur tangan pemerintah dalam perniagaan dan pasaran bebas.
 Akhir sekali, beliau percaya bahawa kerajaan cuma mempunyai tiga fungsi utama, iaitu melindungi
rakyat daripada penaklukan tentera, melindungi warganegara daripada ketidakadilan, dan
menyediakan kemudahan seperti jalan raya dan sebagainya yang tidak boleh disediakan oleh individu.
Kesimpulan
 Melalui dua karyanya, The Theory of Moral Sentiments (1759) dan The Wealth of Nations (1776),
 Adam Smith telah banyak memberi sumbangan dalam bidang ekonomi moden yang digunapakai
hingga hari ini dan doktrin yang diketengahkan beliau sesuai bagi mengurus ekonomi negara.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
162
Adam Smith merupakan seorang tokoh pemikir ekonomi yang terkenal di Eropah pada abad ke 18.
Bincangkan.

Pendahuluan.
• Adam smith merupakan pakar pemikir ekonomi dan ahli falsafah Scotland.
• Adam Smith merupakan anak kepada Margaret Douglas dan Adam Smith.
• Tarikh kelahirannya tidak diketahui dan dilahirkan di Kirkcaidy.
• Semaia berusia 14 tahun belajar di Universiti Glasgow dalam bidang falsafah moral.
• Pada tahun 1751 Adam Smith di anugerahkan gelaran professor oleh Universiti Glassgow kemudian
mendapat gelaran doctor Undang-undang dari university yang sama seterusnya mernegang jawatan
Rektor university tersebut.
• Adam smith terkenal kerana pengaruh bukunya “The Wealth of Nations” dan dianggap sebagai bapa
ekononil moden.
Idea Adam Smith dalam Ekonomi Moden.
1. Pengasas kepada pemikir ekonomi moden melalui bukunya “The Wealth of Nation”
• Memperkenalkan teori bahawa individu boleh membina kehidupan bermoral dan berekonomi tanpa
bimbingan dan atau arahan daripada kerajaan. Tambahan lagi sebuah negara akan menjadi kuat
apabila rakyatnya bebas.
• Pasaran di bawah satu syarat akan mengatur sistemnya sendiri dan akan mengeluarkan lebih banyak
barangan daripada pasaran terkawal.
• Membenarkan hanya kerajaan memegang tanggungjawab yang tidak dapat dilakukan oleh badan yang
bergantung kepada keuntungan sahaja.
• Teori percukaian beliau menerangkan bahawa kerajaan hanya patut mengenakan cukai dengan cara
tidak menggugat kesejahteraan ekonomi dan setiap rakyat sesebuah negara patut menyokong negara
mengikut kebolehan sendiri.
• Kekayaan negara di nilai dari segi stoke mas dan perak. Mengimport barangan dari luar negara di
anggap merosakan kerana kekayaan mesti di lepaskan untuk membayar barangan tersebut.
Mengeskport barangan di anggap baik kerana kekayaan akan kembali kepada negara.
• Oleh itu negara patut mengekalkan penguasaan ke atas emas dan perak serta mengenakan cukai atas
barangan import, memberikan subsidi kepada pengeksport dan melindungi pekeija domesilk.
• Pekerja-2 mahir tidak dibenarkan bergerak bebas ke Bandar-bandar lain untuk memasarkan harangan.
• Menghuraikan bgmkepentingan diri dan persaingan boleh menjurus ke arah kemakmuran ekonomi.
2. Memperkenalkan teori ekonomi yang sistematik:
• Menentang teori ekonomi lama yang negara perlu memiliki jongkong emas yang banyak. Menolak
pandagan bahawa tanah merupakan sumber utama.
• Menekan kepada tenaga buruh. Peningkatan pengeluaran dapat di capai melalui pembahagian kerja.
• Pasaran bebas bergerak menurut mekanisme secara automatik. Di mana pengeluar akan
mengeluarkan barangan yang diperlukan oleh masyarakat dan permintaan terhadap barangan
tersebut akan meningkat.
• Harga barangan akan meningkat sekiranya barang tersebut kurang dalam pasaran. lni akan
menguntungkan pihak pengeluar.
• Akibat daripada kenaikan pengeluaran akan terhapuslah keadaan kekurangan barangan. Oleh itu
harga harangan akan menjadi normal dengan sendirinya.
3. Menekankan proses pengumpulan modal.
• Pengumpulan modal barus dilakukan terlebih dahulu daripada pembahagian kerja di mana modal
merupakan syarat utama terjadinya proses pembangunan ekonomi.
• Pelaburan dilakukan kerana pemilik modal mengharapkan keuntungan. Secara ringkasnya tiada siapa
yang akan menjalankan perniagaan sekiranya mendapat kerugian. Pembeli dan peniaga perlu sama-
sama mendapat keuntungan.
• Modal ini boleh diguna untuk perdagangan dan pertumbuhan stok dalam modal membawa kepada
persaingan antara pengusaha.
• Apabila modal sudah berkembang maka terjadilah peningkatan dalam kemakmuran.
Kesimpulan
• Karya Adam Smith telah mempengaruhi ahli-2 politik di Eropah & menjadi asas intelektual abad ke18.
• Sumbangan beliau membawa kepada pembentukan ekonomi moden dan perdagangan bebas.
• Pandangan dan pemikiran nya telah mempercepatkan pertumbuhan Revolusi Industri di Eropah.
____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
163
Nilaikan sumbangan Adam Smith kepada perkembangan ekonomi abad ke-18.

Pendahuluan.
 Adam Smith merupakan tokoh terkemuka dalam bidang ekonomi politik pada abad ke 18.
 Beliau dllahirkan path 5 Jun 1723 di Scotland, Britain.
 Semasa melanjutkan pelajaran di Universiti Glasgow dalam bidang falsafah moral beliau mula
dipengaruhi oleh aliran falsafah naturalisme daripada gurunya, Francis Hutcheson.
 Setelah tamat belajar beliau telah berkhidmat di universiti Glasgow sebagai seorang profesor.
 Beliau menyelidiki hukum-hukum alam yang membolehkan sesebuah Negara menambahkan
kekayaannya
 Hasil daripada kajian-kajian yang dibuat telah dibukukan.
 Karya-karya beliau yang terkenal ialah, “Theory of Moral Sentimen “ (I759). ‘The Nasional Gain” (1765)
dan “The Wealth of Nations” (1776).
 Antara sumbangan beliau dalam perkembangan ekonomi di Eropah ialah:

1. Pelopor idea perdagangan bebas / laissez faire


 Beliau merupakan pelopor kepada idea perdagangan bebas atau kapitalis melalui bukunya “The
Wealth of Nations”.
 ldeanya telah membawa kepada berakhirnya sistem ekonomi feudal, polisi-poilsi merkantalis dan
monopoli eonomi pleh kerajaan.
 Penggunaan prinsip naturalisme yang memperjuangkan kebebasan semulajadi dalam polisi ekonomi
yang diutarakan olehnya bertentangan dengat pelbagai peraturan dalam ekonomi masa itu.
 Karya-karya Adam Smith adalah kuasa terbesar yang telah berjaya membebaskan perdagangan asing
lnggeris daripada peraturan, lebihan cukai import, dan perjanjian yang menghadkan perdagangan.
 Karya-karya beliau amat berpengaruh sehingga kerajaan Britain telah memansuhkan had-had dan
larangan-larangan yang membolehkan perdagangan bebas dijalankan.
 Dengan itu, para pengusaha industri mendapat lebih banyak peluang bagi membesarkan industri dan
perdagangan yang dahulunya dihalang oleh kekangan yang menyusahkan mereka.
 Penghapusan peraturan lama dan monopoli kerajaan mungkin menjejaskan bahagian-bahagian
tertentu,
 tetapi ia memberikan manfaat kepada golongan yang paling progresif dalam masyarakat dan akan
memberi manfaat kepada seluruh masyarakat.

2. Pengasas disiplin ekonomi moden.


 Adam Smith dianggap sebagai pengasas kepada disiplin ekonomi moden.
 Teôri-teôri yang beliau utarakan memperkatakan tentang masalah pengeluaran, pengagihan dan
pertukaran; modal; polisi-polisi ekonomi yang berbeza sistem ekonomi politik; dan kewangan awam.
 Beliau juga menegaskan tentang keunggulan susunan semulajadi dan ketidaksempurnaan yang wujud
dalam institusi buatan manusia.
 Menurutnya lagi peraturan semula jadi memberikan tiga tugas utama kepada kerajaan iaitu, tugas
pertahanan daripacla pencerobohan asing; tugas menubuhkan pentadbiran yang adil, dan tugas
menyelenggara institusi dan kerja awam.
 Seterusnya, kerajaan tidak boleh campur tangan dalam semua urusan biasa industri dan perdagangan.
 Persaingan yang tiada halangan daripada kerajaan atau agensi lain merupakan syarat pertama bagi
perluasan ekonomi yang akhimya akan membawa kepada peningkatan dalam kepuasan semua
kehendak ahli dalam komuniti ekonomi.
 Dengan lain perkataan, dengan mematuhi undang-undang semula jadi, ia akan memberikan
sumbangan supaya kebaikan bersama dapat dimaksimumkan.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
164
3. Membebaskan system ekonomi Eropah daripada pemikiran feudal dan gereja.
 Sebagai pelopor kepada doktrin liberalisme ekonomi, Adam Smith telah menganalisis aktiviti ekonomi
berlatarkan falsafah naturalisme dan telah menyarankan agar aktiviti ekonomi dibebaskan dari saki
baki pemikiran lama platonik dan pemikiran kegerejaan.
 Beliau berjuang untuk menghapuskan segala pemikiran lama yang menganggap “perdagangan sebagai
suatu pekerjaan yang jahat” kerana mengutamakan keuntungan semata-mata.
 Menurut Adam Smith lagi, ekonomi yang bebas daripada pemikiran lama mempunyai banyak kebaikan
dan lebih produktif.

4. Kepentingan tenaga kerja.


 Adam Smith menekankan perkara yang paling penting dalam ekonomi ialah tenaga kerja.
 Tenaga kerja lebih penting daripada emas dan tanah.
 Beliau berpendapat bahawa peningkatan pengeluaran dapat dicapai melalui pembahagian kerja.
 Pembahagian kerja adalah titik permulaan dari teori pertumbuhan ekonomi dan dengan adanya
pembahagian kerja, maka akan berlaku peningkatan produktiviti tenaga kerja.

5. Mempengaruhi kemunculan Revolusi Perindustrian.


 Karya Adam Smith, “The Wealth of Nations” turut mempengaruhi kemunculan Revolusi Perindustrian
di Eropah. Revolusi tersebut bermula di England.
 Kerajaan Britain telah memansuhkan peraturan-peraturan, had-had dan larangan-larangan yang
membolehkan perdagangan bebas dijalankan.
 Dengan itu, para pengusaha industri mendapat lebih banyak peluang bagi memperbesarkan industri
dan perdagangan yang dahulunya dihalang oleh kekangan yang menyusahkan mereka.
 Dengan wujudnya perdagangan bebas, para pemodal telah berjaya menambahkan keuntungan dan
mengurangkan kos pengeluaran, menyebabkan munculnya pelabur-pelabur yang kaya.
 Dengan itu, menggalakkan lebih ramai yang melibatkan diri dalam bidang perindustrian.
 Revolusi perindustrian kemudiannya tersebar ke negara-negara Eropah yang lain seperti di Perancis
dan Jerman.

Kesimpulannya,
 kerana sumbangan-sumbangan itu, bellau dianggap sebagai bapa ekonomi moden.
 Hasil kerjanya dllanggap sebagai revoiusi terhadap pemikiran ekonomi.
 Idea-ideanya juga telah mempengaruhi ahli-ahli ekonomi selepasnya, seperti Riçardo dan Thomas
Malthus yang turut memperjuangkan sistem ekonomi bebas.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
165
Bincangkan idea yang diketengahkan oleh Jean-Jacques Rousseau

Pendahuluan
 Jean-Jacques Rousseau dilahirkan di Geneva dan berketurunan Swiss.
 Beliau dilahirkan di Geneva dan merupakan seorang pemikir yang berpengaruh.
 Ibunya meninggal dunia selepas beberapa han melahirkannya.
 Beliau dibesarkan oleh ayahnya, seorang tukang jam.
 Pada tahun 1742, beliau ke Paris dan menjadi ahli muzik dan komposer.
 Beliau kembali ke Geneva pada 1745 dan berdampingan dengan ahli falsafah, iaitu Diderot dan
Condillac.
 Selepas itu, beliau mula melibatkan din dalam bidang penulisan ketika berusia 40 tahun.

idea yang diketengahkan oleh Jean-Jacques Rousseau

1. karyanya The Social Contract (1762),


 Dalam karyanya The Social Contract (1762), beliau mengemukakan pandangan bahawa sesebuah
kerajaan atau pemenintah hendaklah melaksanakan pemerintahan berdasarkan perjanjian (kontrak)
yang dibuat dengan rakyat jelata.
 Hal mi bermaksud, pemerintah perlulah menjaga kebajikan dan keselamatan rakyat, barulah rakyat
akan memberi ketaatan kepada pemerintah berkenaan.
 Sebaliknya, jika pemerintah tidak menjaga kebajikan rakyat, maka mandat yang diberi boleh ditarik
balik.
 Rakyat boleh melantik pemerintah lain yg dirasakan mampu menjaga dan melindungi keselamatan
mereka.

 Beliau menekankan idea mi kerana baginya kontrak sosial adalah satu konsep semula jadi dan
seseorang individu itu lebih mengetahui tentang apa yang terbaik untuk dirinya.
 Beliau turut menyatakan bahawa kebebasan untuk menentukan masa depan sendiri adalah kehendak
setiap negara.
 Ideanya adalah bertentangan dengan sistem politik di Perancis yang mengamalkan sistem
pemenintahan raja berkuasa mutlak ketika itu.
 Idea “kontrak sosial” ini menjadi elemen utama di dalam Pengisytiharan Perhimpunan Kebangsaan
Revolusi Perancis serta digunakan oleh pemikir-pemikir Amerika seperti Benjamin Franklin dan
Thomas Jefferson dalam karya mereka.

2. Karya Discourse on The Arts and Sciences


 Pada tahun 1750, beliau telah menghasilkan karya bertajuk Discourse on The Arts and Sciences yang
merupakan responnya terhadap bidang sains dan seni memainkan peranan dalam peningkatan unsur
moral.
 Karya tersebut juga mengemukakan pendapat yg berbeza dengan pendapat orang yang sezaman
dengannya.
 Beliau berpendapat bahawa kemajuan dalam seni dan sains tidak menyumbang kepada pemurnian
moral individu, sosial, dan tahap politik.
 Karya mi turut membincangkan bagaimana masyarakat yang maju berkembang dan segi seni dan sains
mengalami kemerosotan dan segi moral dan nilai-nilai murni.

 Selain itu, beliau turut mengiktiraf Socrates sebagai seorang yang bijak kerana menyedari kebinasaan
yang disebabkan oleh seni dan sains.
 Seterusnya beliau beranggapan sains menjadikan hidup lebih mudah dan menyeronokkan tetapi
bukan bertambah baik dan segi moral.
 Beliau juga menyokong pemikir yang dianggap bijak seperti Bacon, Descartes, dan Newton.
 Beliau juga mahu majoriti masyarakat memberi perhatian kepada memperbaiki tingkah laku dan
akhlak berbanding memajukan seni dan sains.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
166
3. Karya Discourse on the Origin of Inequality
 Karya Discourse on the Origin of Inequality pula didedikasikan kepada Republik Geneva dan dikatakan
salah satu dokumen yang paling revolusioner pada abad ke- 18 di Eropah.
 Karya mi menunjukkan perkembangan tamadun merosakkan kebahagiaan semula jadi dan kebebasan
manusia dengan mencipta ketidaksamaan dalam kekayaan, kuasa, dan keistimewaan sosial.
 Seterusnya, beliau berpendapat bahawa manusia primitif adalah bebas, tetapi apabila masyarakat
menjadi lebih moden, anggota masyarakat yang kuat dan paling pintar dalam masyarakat
memperolehi kelebihan yang tidak semula jadi ke atas saudara mereka yang lemah.
 Berikutnya, perlembagaan yang digubal untuk membetulkan ketidakseimbangan mi melalui keamanan
dan keadilan sebenarnya tidak melakukan apa-apa tetapi mengekalkan kedudukan itu.

4. Buku Emile
 Beliau menjadi terkenal kerana Teori Naturalisme yang diperkenalkannya melalui buku yang bertajuk
Emile yang mengkhusus kepada pendidikan awal kanak-kanak.
 Melalui karya mi, Rousseau memberi huraian secara terperinci tentang ciri-ciri semula jadi kanak-
kanak mengikut peringkat umur yang berbeza.
 Menurutnya, kanak-kanak harus dibiarkan mengikut kecenderungan masing-masing dan tidak dipaksa
mempelajari pelajaran yang mereka tidak gemari.

Kesimpulannya,
 Rousseau merupakan seorang ahli falsafah yang berpengaruh dan banyak menyumbangkan idea dan
pemikiran pada Zaman Enlightenment.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
167
Sejauh manakah kemunculan Zaman Pencerahan pada abad ke- 18 Masihi membawa kepada perubahan
landskap politik, ekonomi, dan sosial di Eropah? [STPM 2013; S4]

Pendahuluan
 Pencerahan (enlightenment) adalah satu gerakan intelektual yang berlaku di Eropah selepas Renaisans
dan Reformasi, iaitu kira-kira pada tahun 1650-1800 Masihi.
 Enlightenment bererti Zaman Kesedaran di mana semangat kepercayaan dan pegangan manusia adalah
kritikal dan berasaskan sebab-musabab dan kaedah-kaedah saintifik.
 Zaman inl mewakili suatu gerakan menuju masyarakat yang lebih terbuka, pengajaran untuk kebahagiaan
individu, perlembagaan, toleransi, fikiran yang tidak dikongkong dan suatu masyarakat yang berdasarkan
undang-undang.
 Pemikir zaman ini percaya bahawa kemajuan manusia tidak ada had jika pandangan saintifik diterima
sebagai pegangan dalam semua hal.
 Dengan pegangan seperti ml dan melalui sumbangan Copernicus dan Descartes, mereka telah
mengaplikasikan hukum-hukum semula jadi terhadap agama, masyarakat dan kerajaan.

Fakktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan enlightenment

1. Pengaruh Renaisans
 Renaisans telah melahirkan semangat ingin tahu dan kritikal yang radikal.
 Ia secara langsung telah mendorong manusia menolak sistem yang sedia ada.
 Ia telah membuka mata masyarakat untuk mengkritik sistem lama yang dirasakan tidak sesual dengan
perubahan zaman.
 Hasilnya muncul negara bangsa, ciptaan baru, kemajuan seni lukis, seni bina dan lain-lain.
 Semua mi telah melahirkan masyarakat yang terbuka dan bersedia untuk perubahan yang lebih besar.
2. Pengaruh Reformasi
 Reformasi menamatkan konsep dunia Kristian dan melahirkan aliran pemikiran baru antaranya
Protestan, Anglican dan Presbyterianism.
 Ia telah membantu kepada kemunculan negara mutlak dengan pemerintah sebagai ketua agama dan
negara.
 Mereka mi mula memburu kemewahan hidup dan keperluan penubuhan negara yang teguh.
 Badan-badan yang muncul pada zaman mi menjadi berautonomi daripada ancaman gereja.
 Ini dengan sendirinya membolehkan idea baru seperti rasionalisme dan reasoning berkembang luas.
3. Pengaruh Ahli-ahli Falsafah
 Kemunculan ahli falsafah seperti Voltaire, Rousseau dan Montesquieu turut mernpengaruhi
perkembangan Pencerahan.
 Penulisan Voltaire, Philosophical Letter on the English (1773) dan Elements of The Philosophy of
Newton (1738) mempopularkan idea-idea saintifik baru-falsafah induktif Bacon, fizik Newton dan
psikologi Locke, yang mana doktrinnya adalah semua idea benar yang diperoleh daripada pengalaman.
 Ini sekali gus menguburkan autoriti kepercayaan agama.
 Montesquieu Q1689-1755) menerusi penulisannya yang termasyhur, The Spirit of The Laws yang
diterbitkan pada tahun 1748, memajukan dua idea utama.
 Pertama, bentuk kerajaan yang berbeza-beza mengikut iklim dan keadaan; sebagai contoh despotisme
(pemerintahan mutlak) hanya sesuai untuk empayar yang besar dalam iklim panas, dan demokrasi
pula hanya akan berfungsi dalam negara kota kecil.
 Satu lagi doktrinnya yang terkenal ialah yang ditujukan dalam menentang pemerintahan mutlak di
Perancis, iaitu pembahagian dan imbangan kuasa.
 Mengikut Montesquieu, harus ada perpisahan antara pembentuk undangundang/perundangan,
pelaksanaan keputusan perwakilan rakyat/kabinet dan penghukum pelanggar undang-
undang/kehakiman.
Kesimpulan
 Zaman Pencerahan adalah zaman yang telah melahirkan masyarakat Eropah yang lebih terbuka.
 Idea-idea yang muncul pada zaman mi telah membantu negara-negara Eropah untuk mengubah
secara drastic landskap politik, ekonomi dan sosial negara-negara mereka pada abad ke-19.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
168

Bincangkan perkembangan pemikiran dan pendidikan humanisme Eropah pada abad ke- 16 dan abad
ke- 17 Masihi. [STPM 2014 S4]

Pendahuluan
 Humanisme adalah satu corak Pemikiran yang berasaskan kepada invidualisme dan bersifat
sekularistik. Tujuan utamanya adalah untuk memartabatkan manusia sebagai individu yang mampu
mengatasi masalah yang mereka hadapi di dunia melalui penggunaan kekuatan pemikiran mereka
sendiri
 Pemikiran humanisme sudah muncul sejak zaman Yunani lagi, tetapi telah dipinggirkan setelah agama
Kristian mendominasi corak berfikir orang Eropah sepanjang zaman pertengahan.
 Namun begitu, bermula pada abad ke-12 dan ke-13 , setelah berlakunya perkembangan perdagagan
dan kemunculan semula bandar-bandar Italy sebagai pusat perdagangan, pemikiran humanism telah
muncul semula
 Golongan borjuis yang menguasai pentadbiran bandar-bandar di Itali memberikan sambutan baik
terhadap pemikiran tersebut . Mereka menjadi penaung utama kepada golongan intelektual yang
melakukan pengumpulan dan kajian ke atas karya-karya klasik.
 Selepas pertengahan abad ke-17, meskipun humanisme terus mencorakkan pemikiran Eropah, tetapi
pengaruhnya tidak dominan lagi setelah munculnya corak pemikiran lain, seperti kapitalisme,
absolutisme dan nasionalisme.

Tahap perkembangan awal di Itali:

Kemunculan Humanisme:
• Humanisme muncul dalam bentuk kebangkitan pembelajaran dan pengkajian karya-karya kiasik
Yunani
• Para sarjana bergiat mengumpul manuskrip klasik dan memperkenalkan karya sastera/literatur
Yunani-Rumawi di sekolah dan universiti.

Idea Utama dan Tumpuan pemikiran:


• Mereka Menyalin semula karya kiasik dan mula menerapkan cara berfikir kiasik, kaedah berkarya dan
memberikan apresiasi yang tinggi terhadap kajian kemanusiaan (Humanistik)
• Tumpuannya kepada digniti manusia sebagai individu dan kedudukannya yang dominan dalam alam
semesta. Kajian kemanusiaan juga prihatin kepada permasalahan dan cabaran bidup semasa.

Tokoh Humanisme:
• Gerakan ini dipelopori oleh Francescq Pcrprca dan Giovanni Baccacio. Boccacio telah menghasilkan
novel bertajuk Fiammetta.
• Dianggap sebagai novel psikologi pertama di Eropah yang menggunakan pemikiran humanisme.
• Persoalan dalam novel tidak lagi merujuk kepada soal keimanan dan moral Kristian.

Kemajuan Fahaman Humanisme:


• Perkembangan humanisme semakin pesat setelah keruntuhan empayar Byzantine dan kejatuhan
Constantinople akibat penghijrahan para sarjana Byzantine yang membawa bersama beribu-ribu
manuskrip ke Itali, khususnya Florence, Venice dan Rome.
• Tahap puncak kemajuan pernikiran humanisme di Itali dan Eropah Utara.
• Kemajuan pemikiran humanisme dimanifestasikan melalui;-.
• Pendidikan di Itali — bermula awal abad ke-l 5, golongan humanism muncul sebagai sarjana sekular
yang paling awal di Eropah. Mereka menguasai universiti Itali, kemudiannya meluas ke peringkät
sekolah.
• Kemunculan sekolah swasta — menawarkan ilmu kemanusiaan seperti Sejarah, tatabahasa, Retorik,
Sajak, dan falsafah moral — bertanggungjawab mengembangkan pemikiran humanisme, dan mula
meminggirkan pengaruh gereja dan pemikiran agama.
• Sejak abad ke- 16, pendidikan yang berasaskan humanisme turut berkembang pesat di Utara Eropah,
khasnya Perancis, German dan England.
____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
169
Pengaruh Humanisme Dalam Pelbagai Bidang:

1. Falsafah
• Perkembangan pemikiran dan kaedah pembelajaran Platonisme dan pemikiran Ibnu Rush.
• Cosmode Medici, menubuhkan Akademi Plato di Florence utk mengkaji falsafah dan pemikiran Plato.
• Munculnya golongan sarjana yang dikenali sebagai Latin Averroce, yang mempopularkan konsep
‘kebenaran berganda’, diterima baik oleh golongan humanis.
• Kemunculan sarjana yang kritis seperti Lorenzo Valla, mempelopori Hermeneutika, kaedah analisis
teks Nicollo Machiavelli menerapkan kaedah induksi / em irikal dalam kajian sejarah dan politik.
Menekankan kepada fakta yang dapat diperhatikan.

2. Para sarjana humanis mempelopori gerakan kajian teks-


• mengambil sikap yang kritikal terhadap apa sahaja bentuk skrip bertulis dan memberikan perhatian
kepada fakta empiris.
• Tujuannya, membebaskan para sarjana daripada kebebasan yang berasaskan autoriti dan akal/logical
• Menggalakkan para sarjana mencari kebenaran melalui kajian empirikal.
• The Prince dihasilkan oleh Machiavelli dengan menggunakan kaedah empirikal melalui pemungutan
data dalam rekod sejarah dan pengalaman peribadi.
• Pemikiran humanisme dan kaedah penelitian yang dikembangkan sarjana humanisme menjadi
landasan kepada perkembangan falsafah moden dan sains kemudiannya.

3. Kesenian dan kesusasteraan


• pemikiran humanisme dalam kesenian dan kesusasteraan berkembang melalui doktrin naturalisme
dan realisme.
• Dimanifestasikan menerusi karya seni tokoh humanis terkemuka sepanjang abad ke 15, 16 dan 17.
• Contohnya,
o Leonardo Da Vinci — Monalisa dan The Last Supper;
o Michelanglo Buonerroti — The Last Supper, The Creation of Adam,
o David; Francois Rabelais. karya satira — Gargantuan & Pantagruel;
o St Thomas Moore, Utopia- karya tentang Negara ideal;
o Miguel de Cervantes- Don Quixote, karya satira.
o Michael Montaigne, Karya bertajuk essays — himpunan tulisan bentuk rencana;
o Disiderus Erasmus dengan karya The Praise of Folly — mempelopori humanisme Kristian:
reformasi spiritual dan agama yang mumi;
o William Shakespheare — karya dalam bentuk drama, Hamlet, Merchant of Venice, Othello,
MacBeth, Romeo and Juliet.

4. Inti pati kepada karya tokoh di atas


• fokus pemikiran mereka kepada kebebasan dan digniti manusia sebagai individu (L ‘uomo Universale )
atau manusia universal / manusia sempuma dan kepentingan kedudukan mereka dalam alam
semesta/kosmos.
• Menunjukkan keyakinan terhadap kebaikan sifat manusia dan kemampuan mereka mengatasi
permasalahan dengan mengunakan akal.

Kesimpulan
• Selepas pertengahan abad ke-17, meskipun humanisme terus mencorakkan pemikiran Eropah,
• tetapi pengaruhnya tidak dominan lagi setelah munculnya corak pemikiran lain, seperti kapitalisme,
absolutisme dan nasionalisme.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
170
Bincangkan perkembangan dasar pendidikan di Perancis pada abad ke 18 dan 19 M

Pendahuluan
 Menjelang abad ke-18, berlaku perubahan besar dalam sistem pendidikan di Perancis kerana kerajaan
Perancis mengambil alih sistem pendidikan yang sebelum mi dikuasai oleh pihak gereja.
 Sistem pendidikan kebangsaan lebih mengutamakan kepentingan negara dengan pelbagai perubahan
dilakukan terhadap dasar pendidikan pada abad ke- 18 dan ke- 19.
 Perkembangan sis pendidikan awam di Perancis dpt dikesan sejak meletusnya Revolusi Perancis 1789.
 Secara umumnya, dasar pendidikan di Perancis pada abad ke-18 dan ke-19 berkembang mengikut
ideologi pemerintah.
1. Semasa zaman Napoleon Bonaparte
 Pemimpin-pemimpin Revolusi Perancis yang dipengaruhi oleh idea demokrasi percaya pendidikan
awam penting untuk meneruskan kelangsungan pemerintahan republik di Perancis.
 Bagaimanapun idea berkenaan tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya disebabkan Napoleon
Bonaparte menguasai tampuk pemerintahan Perancis.
 Napoleon telah memperkenalkan sistem pendidikan yang seragam dan menyeluruh di Perancis.
 Napoleon berjaya menyatukan institusi pendidikan di bawah satu badan induk yang dikenali sebagai
Universiti Perancis.
 Biarpun begitu, sistem pendidikan tersebut tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya kerana Napoleon
memberi keutamaan kepada dasar peluasan kuasa.
2. Selepas zaman Napoleon
 Selepas zm Napoleon, perubahan dilakukan oleh pemerintah terhadap dasar pendidikan di Perancis.
 Kerajaan yang memerintah memberi penekanan kepada pendidikan berteraskan teologi dan moral.
 Sehubungan itu, sistem pendidikan diletakkan di bawah penguasaan pihak gereja.
3. Zaman Louis Phillippe
 Selepas tahun 1830, kerajaan Perancis diperintah oleh Louis Philippe dan beliau bertindak
memantapkan semula sistem pendidikan yang diperkenalkan oleh Napoleon.
 Sistem pendidikan dibebaskan daripada kongkongan pihak gereja.
 Dengan perkembangan in sistem pendidikan diletakkan di bawah penguasaan kerajaan.
 Oleh itu, wujud sistem pendidikan kebangsaan yang seragam di seluruh Perancis.
 Beberapa langkah telah dilakukan seperti mendirikan sekolah-sekolah di setiap daerah, menubuhkan
institusi latihan guru serta memperkenalkan kaedah pengajaran dan pembelajaran saintifik.
 Perkembangan mi menimbulkan kesedaran dalam kalangan rakyat tentang peranan pendidikan.
4. Pertengahan abad ke 19
 Pada pertengahan abad ke-19, kerajaan mengkaji semula undang-undang yang berkaitan dengan
sistem pendidikan.
 Antara pembaharuan yang diambil ialah menubuhkan Majlis Tertinggi yang diketuai oleh Menteri
Pendidikan bagi menguruskan sistem pendidikan di Perancis.
 Majlis mi mempunyai kuasa tertinggi dalam bidang pendidikan.
 Bagi melicinkan pengurusan pendidikan, 17 daerah (akademi) diwujudkan di seluruh Perancis.
 Sebuah Majlis Akademi ditubuhkan di setiap daerah.
 Majlis mi diletakkan di bawah pengawasan secara langsung oleh Menteri Pendidikan.
 Di samping itu, sebuah majlis ditubuhkan di peringkat wilayah yang dianggotai oleh seorang ketua,
inspektor akademi, dan inspektor bagi sekolah rendah.
 Selain itu, sebuah majlis tempatan ditubuhkan di peringkat bandar untuk mengawasi sekolah-sekolah
kerajaan dan swasta.
 Majlis mi diterajui oleh Datuk Bandar. Menjelang tahun 1882, undang-undang yang mewajibkan
pendidikan kepada semua kanak-kanak berusia antara tujuh hingga 14 tahun digubal.
 Di samping itu, kerajaan Perancis turut memperkenalkan sistem pendidikan percuma kepada kanak-
kanak di Perancis.
Kesimpulan
 Dasar pendidikan di Perancis mengalami perubahan seiring dengan kehendak pemerintah. Sistem
pendidikan yang memberi tumpuan kepada teologi telah berubah kepada sistem pendidikan yang
memberikan pengetahuan dan kemahiran kepada rakyat.
____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
171
Bincangkan kemajuan pendidikan di Perancis pada abad ke-19.

Pedahuluan.
 Pada awal abad ke-18, kebanyakan sekolah di Perancis merupakan sekolah swasta yang dikendalikan
oleh institusi gereja Katholik. Pendidikan hanya terhad kepada golongan bangsawan.
 Sistem pendidikan di Perancis mengalami perubàhan yang pesat pada abad ke-19, apabila Napoleon
Bonarpate, Konsol Pertama, Perancis telah mengambil Iangkah memajukan sistem pendidikan.

1. kemajuan system pendidikan di bawah dasar baru oleh Napoleon


 Menjelang abad ke-19, kerajaan Perancis di bawah Napoleon Bonaparte telah menyusun semula
sistem pendidikan dan satu dasar pendidikan yang baru telah digubal.
 Perubahan-perubahan telah berlaku, Napoleon memperkenalkan pendidikan yang menyeluruh dan
seragam di Perancis. Beliau juga menyediakan pendidikan percuma kepada rakyat.

2. Kemajuan institusi pendidikan.


 Semasa pemerintahan Napoleon, sistem pendidikan disatukan di bawah satu badan yang dikenali
sebagai Universiti Perancis.
 Sekolah-sekolah rendah telah dibuka dan diletakkan di bawah pengawasan “prefect” dan “sub-
prefec;ts”.
 Sekolah menengah memberikan latihan istimewa dalam bahasa Perancis, Latin dan sains permulaan
serta diletakkan di bawah kawalan kerajaan.
 Sekolah tinggi atau Kolej Awam yang dipanggil sebagai “lycees” turut disediakan.
 Tujuan penubuhan sekolah-sekolah ini ialah untuk memajukan pendidikan secara saintifik serta
melahirkan rakyat yang sepenuhnya taat setia kepada negara dan patuh kepada idea tentera.
 Terdapat juga sekolah aliran agama atau teologi yang memberi penekanan kepada pengajian agama
Katholik.
 Sekolah-sekolah teknik juga dibuka dengan tujuan untuk memajukan proses perindustrian, di samping
mencari proses-proses dan kaedah-kaedah baru dalam memajukan bidang tersebut di samping
menggalakkan penghasilan ciptaan-ciptaan baru.
 Antara sekolah-sekolah teknik yang ditubuhkan ialah Politeknik Paris, Sekolah Tinggi Pengajian
Perniagaan dan Konservatori kebangsaan bagi sastera dan perdagangan.
 Pada tahun 1808, Napoleon telah mengeluarkan undang-undang imperial yang memberikan kuasa
kepada kerajaan untuk menubuhkan sebuah universiti.
 Menurut undang-undang itu, bidang pendidikan di Perancis terletak di bawah pengawasan Universiti
Perancis.
 Universiti Perancis dan cawangan-cawangannya telah ditubuhkan di banyak wilayah bagi menberikan
pendidikan tinggi kepada rakyat Perancis.

3. Kemajuan kurikulum.
 Kurikulum sekolah rendah terdiri daripada aktiviti membaca, menulis dan mengira.
 Di sekolah menengah pula merangkumi mata pelajaran bahasa-bahasa kuno, Retrorik, Logik, Etika,
Matematik, Lukisan dan Sains.
 Kurikulum peringkat universiti terdiri daripada pengajian Sastera, Sains, Pembatan, Undang-undang
dan Teologi.

4. Kemajuan mutu pendidikan.


 Bagi memperbaiki mutu pengajaran, Napoleon menubuhkan pusat latihan guru.
 Pelajar-pelajar lepasan “lycees” dilatih dalam bidang perguruan.
 Institusi yang dikenali sebagai “Superior Normal School” itu melatih bakal-bakal guru tentang kaedah
Pengajaran serta menyediakan latihan praktikal. Mereka akan dilatih selama dua tahun.
 Pada tahun 1815, latihan perguruan telah ditambah kepada tiga tahun.
 Pelajar-pelajar akan menjalankan kaedah dan latihan praktikal pada tahun akhir.
 Dengan itu, guru-guru yang terlatih dapat dilahirkan bagi mengajar di sekolah-sekolah di seluruh
Perancis.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
172

5. Kemajuan Sistem Pendidikan moden.


 Pada tahun 1880-an, Menteri Perhubungan Awam, Jeles Ferry telah mengasaskan sekolah moden dan
diwajibkan kepada semua kanak-kanak lelaki dan perempuan yang berusia antara 6 hingga 12 tahun
 Usaha-usaha telah diambil oleh pemerintah Perancis untuk meluaskan pendidikan di kalangan belia.
 Subjek-subjek baru seperti sains, vernakular dan matematik diperkenalkan.

Kesimpulan.
 Kesedaran untuk menyediakan pendidikan kepada rakyat secara menyeluruh muncul selepas
berlakunya Revolusi Perancis 1789.
 Ia telah direalisasikan apabila Napoleon yang dilantik sebagai pemimpin revolusi pada tahun 1800 dan
diteruskan selepas pemerintahannya berakhir.
 Pendidikan yang disediakan oleh kerajaan Perancis kepada rakyat telah berjaya mewujudkan
masyarakat yang berpelajaran.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
173
Huraikan perkembangan sistem pendidikan di Perancis pada abad ke- 19 Masihi. [STPM 2015; S4]

Pendahuluan:
• Sistem pendidikan di Perancis mengalami perubahan yang pesat pada pertengahan abad ke- 18 dan
19 .
• Perubahan penguasaan daripada pihak gereja oleh kerajaan turut mempengaruhi perkembangan
sistem pendidikan.
• Muncul sistem pendidikan kebangsaan yang mengutamakan kepentingan negara.

1. Perkembangan Dasar Pendidikan


• Napoleon memperkenalkan pendidikan yang seragam di Perancis.
• Selepas zaman Napoleon, sistem pendidikan dikuasai oleh golongan gereja.
• Selepas Revolusi 1830, pendidikan diletakkan di bawah penguasaan kerajaan.
• Menjelang zaman Republik Kedua, sistem pendidikan awam dimantapkan.

2. Institusi Pendidikan
• Semasa pemerintahan Napoleon, sistem pendidikan disatukan di bawah satu badan yang dikenali
sebagai Universiti Perancis.
• Institusi pendidikan terdiri daripada sekolah rendah, sekolah menengah seperti Lyceum dan kolej
awam, sekolah tinggi, sekolah teknik dan universiti.

3. Latihan Perguruan
• Pada tahun 1808, Napoleon menubuhkan pusat latihan guru.
• Para pelajar akan menjalankan kaedah dan latihan praktikal pada tahun akhir.

4. Bantuan Kewangan
• Kerajaan memberi peruntukan untuk menyediakan buku-buku sekolah dan memberi insentif
kepada guru-guru sekolah rendah.

5. Perkembangan Kurikulum
• Kurikulum sekolah rendah terdiri daripada aktiviti membaca, menulis dan mengira.
• Di sekolah menengah pula merangkumi mata pelajaran bahasa-bahasa kuno, Retorik, Logik, Etika,
Matematik, Lukisan dan Sains.
• Kurikulum peringkat universiti terdiri daripada pengajian Sastera, Sains, Perubatan, Undangundang
dan Teologi.

Kesimpulan
• Pendidikan di Perancis menjadi wadah penting kepada pembinaan negara bangsa Perancis dan
menyatukan rakyat serta membina masyarakat yang saintifik dan berteknologi.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
174
Bincangkan perkembangan sistem pendidikan yang wujud di Perancis abad ke 18 hingga 19.

Pendahuluan.
 Perkembangan sistem pendidikan awam di Perancis dapat dikesan melalui kebangkitan Revolusi 1789.
 Pemimpin-pemimpin revolusi yang dipengaruhi oleh idea demokrasi percaya pendidikan awam
penting untuk menentukan kelangsungan pemerintahan republik.
 Pada tahun 1793 sekolah-sekolah rendah ditubuhkan diseluruh Perancis.

1. Perkembangan Dasar kerajaan.


 Dasar pendidikan di Perancis mengalami perubahan dan perkembangan mengikut ideologi golongan
pemerintah pada abad ke 18 dan 19.

 Napoleon telah memperkenalkan sistem pendidikan yang seragam dan menyeluruh di Perancis.
 Napoleon berjaya menyatukan institusi pendidikan di Perancis di bawah satu badan induk yang
dikenali sebagai Universiti Perancis,
 Namun demikian sistem tersebut tidak dapat dilaksanakan kerana beliau lebih mengutamakan kepada
dasar perluasan kuasa.

 Selepas Napoleon, kerajaan reksioner memberikan penekanan kepada pendidikan berteraskan teologi
dan moral. Kesannya sistem pendidikan teläh diletakkan di bawah penguasaan golongan gereja.

 Selepas revolusi 1830, berlaku perubahan yang ketara dalam sistem pendidikan Perancis.
 Louis Philppe bertindak memantapkan semula sistem pendidikan di Perancis yang diperkenalkan oleh
Napoleon.
 Sehubungan dengan itu,sistem pendidikan diletakkan di bawah penguasaan kerajaan yang melahirkan
sistem pendidikan kebangsaan yang seragam di Perancis.
 Beberapa langkah diambil bagi memantapkan sistem pendidikan popular di Perancis seperti sekolah-
sekolah didirikan setiap daerah, bangunan sekolah didirikan diseluruh Negara dan sekolah latihan
perguruan ditubuhkan.

 Menjelang pertengahan abad ke 19, langkah-langkah untuk memantapkan sistem pendidikan


dijalankan oleh Kerajaan Republik Kedua.
 Majiis Tertiriggi yang diketuai oleh Menteri Pendidikan telah ditubuhkan untuk menguruskan system
pendidikan Perancis.
 Bagi melicinkan pengurusan pendidikan, wilayah-wilayah dibahagikan kepada 17 daerah atau
akademi.
 Sebuah Majlis Akademi ditubuhkan bagi menguruskan segala yang berkaitan di seluruh daerah.
 Di peringkat wilayah juga terdapat sebuah majlis yang diketuai oieh seorang ketua, inspektor akademi
dan seorang inspektor bagi sekolah rendah.
 Sebuah majlis tempatan ditububkan di peringkat bandar untuk mengawasi sekolah-sekolab kerajaan
dan swasta dan ia diterajul oleh Datuk Bandar.
 Menjelang tahun 1882 undang-undang mewajibkan pendidikan kepada semua kanak-kanak antara 7
hingga 14 tahun.
 Kerajaan juga memperkenalkan pendidikan percuma kepada kanak-kanak Perancis.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
175
2. Perkembangan Institusi Pendidikan
 Sistem pendidikan yang diamalkan di Perancis sehingga kini berasaskan kepada sistem yang
diperkenalkan oleh Napoleon.
 Universiti Perancis yang ditubuhkan hasil penyatuan pendidikan di bawah satu badan induk yang
diterajui oleh sebuah majlis yang dikenali sebagai Majlis Universiti.
 Terdapat tiga cabang pendidikan di Univeristi Perancis iaitu pendidikan rendah, pendidikan menengah
dan pendidikan tinggi.

 Pendidikan rendah di Perancis dikendalikan oleh sekolah-sekolah rendah.


 Kebanyakan sekolah rendah di Perancis dikendalikan oleh guru-guru dan pihak gereja,
 Terdapat beberapa undang-undang digubal di peringkat sekolah rendah misalnya undang-undang
1883.

 Manakala pendidikan menengah di Perancis terdiri dan Lyceum dan Kolej Awam.
 Lyceum diterajui oleh seorang ketua pentadbir dan dibantu oleh penyelia pengajian..
 Mata pelajaran yang diajar ialah bahasa-b3hasa kuno, Retorik, Etika, Matematik, Lukisan dan Sains.
 Manakala kolej awam ditubuhkan oleh Majlis Perbandaran.
 Kolej awam menekankan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Latin, babasa Perancis, Sejarah,
Geografl dan Mateinatik.
 Menjelang tahun 1804 terdapat 46 buah Lyceum. 378 sekolah menengah dan 361 buah sekolah
swasta.

 Terdapat juga sekolah tinggi atau sekolah-sekolah khas misalnya sekolah perubatan dan sekolah
undang-undang.
 Sekolah teknik yang ditububkn seperti Politeknik Paris dan sekolah tinggi pengajian perniagaan.
 Napoleon juga menubuhkan sebuah sekolah yang dikenali sebagai Superior Normal School untuk
melatih para pelajar dari lepasan Lycees dalam bidang perguruan.
 Para pelajar akan menjalani latihan perguruan selama 2 tahun namun pada tahun 1815 ditambah
menjadi 3 tahun.

 Kerajaan juga memberikan bantuan kewangan untuk pembangunan pendidikan.


 Misalnya pada tahun 1816 sebanyak 50000 franks untuk menyediakan buku-buku sekolah.
 Jumlah ini semakin meningkat dari tahun ke tahun.
 Begitu juga ketika pemerintahan monarki pada tahun 1830, bantuan diperuntukkan sebanyak I juta
franks untuk memberikan kemudahan kepada pendidikan rendah.
 Dan segi kurikulum, pendidikan rendah memberi penekanan kepada menulis, membaca, mengira,
bahasa Perancis dan moral.
 Manakala sekolah rendah tinggi menumpukan kepada Geometri, Lukisan Linear, Sains, Sejarah,
Geografi dan Muzik.
 Di peringkat pendidikan menengah, penekanan terhadap bahasa Latin, bahasa Perancis, Searah,
Geografi dan Matematik.

 Akhir sekali, diiperingkat universiti, pendidikan disampaikan melalui fakulti Sastera, Sains, Perubatan,
Undang-undang dan Teologi.
 Fakulti ini juga terlibat dalam pengendalian peperiksaan dan pengurniaan ijazah kepada para pelajar.
 Menjelang tahun 1890, 15 fakulti yang berasingan telah disatukan menjadi universiti negeri.

Kesimpulan.
 Pendidikan pada peringkat awal digunakan sebagai usaha untuk mengajar membaca,r menulis dan
mengira.
 Pada peringkat awal pendidikan dikhususkan untuk anak — anak golongan bangsawan dan keadaan
ini berubah dari masa ke semasa.
 Golongan rakyat biasa juga berhak mendapatkan pendidikan dan seterusnya telah berjaya melahirkan
golongan elit pertengahan juga berjaya membawa kepada perkembangan nasionalisme.
____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
176
Huraikan perubahan yang berlaku dalam dalam dasar pendidikan di Perancis pada abad ke 18 M dan abad
ke 19 M

Pendahuluan
• Menjelang abad ke- 18 M dan abad ke- 19 M, berlaku perubahan besar dalam sistem pendidikan di
Perancis.
• Dalam hal in dasar pendidikan di Perancis mengalami perubahan yang amat ketara mengikut
peredaran zaman selaras dengan ideologi pemerintah.

Isi-isi penting

(a) Idea sistem pendidikan popular


• Menjelang abad ke-18 M, timbul kesedaran dalam kalangan pemimpin untuk mewujudkan sistem
pendidikan popular.
• Kesedaran mi timbul ekoran perkembangan idea demokrasi dalam kalangan masyarakat.

(b) Sistem pendidikan Napoleon


• Napoleon memperkenalkan sistem pendidikan yang seragam dan menyelurnh di Perancis.
• Institusi-institusi pendidikan tersebut disatukan di bawah badan induk, iaitu Universiti Perancis.

(c) Pendidikan di bawah kerajaan reaksioner


• Kerajaan reaksioner memberi penekanan kepada pendidikan berteraskan teologi dan moral.
• Sistem pendidikan diletakkan di bawah penguasaan gereja.

(d) Pendidikan semasa pemerintahan Louis Philippe


• Beliau mengambil langkah-langkah untuk memantapkan semula sistem pendidikan yang
diperkenalkan oleh Napoleon.
• Membebaskan sistem pendidikan daripada kongkongan gereja.

(e) Sistem pendidikan semasa pemerintahan Republik Kedua


• Mengkaji semula undang-undang berhubung dengan sistem pendidikan.
• Kerajaan juga melaksanakan pembaharuan dalam undang-undang pendidikan.
• Majlis Tertinggi yang diketuai oleh Menteri Pendidikan ditubuhkan untuk menguruskan sistem
pendidikan di Perancis.

Kesimpulan
• Perubahan yang dilakukan oleh pemerintah telah menyebabkan munculnya sistem pendidikan
kebangsaan di Perancis.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
177
Contoh Jawapan Penuh

Menjelang abad ke-18 M dan abad ke-19 M, berlaku perubahan besar dalam sistem pendidikan di
Perancis. Pelbagai langkah dan usaha telah dilakukan untuk melahirkan sistem pendidikan kebangsaan di
negara tersebut. Sehubungan dengan itu, pemimpin-pemimpin nasionalis di Perancis melakukan perubahan
dalam dasar pendidikan bagi memastikan matlamat mereka tercapai. Dalam hal i, dasar pendidikan di Perancis
mengalami perubahan yang amat ketara mengikut peredaran zaman selaras dengan ideologi pemerintah.

Menjelang abad ke- 18 M, timbul kesedaran dalam kalangan pemimpin untuk mewujudkan sistem
pendidikan popular. Kesedaran mi timbul ekoran perkembangan idea demokrasi dalam kalangan masyarakat.
Namun begitu, idea mi tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya kerana pemerintahan negara telah dikuasai oleh
Napoleon.

Semasa pemerintahan Napoleon, beberapa perubahan dilakukan terhadap dasar pendidikan negara.
Napoleon memperkenalkan sistem pendidikan yang seragam dan menyeluruh di Perancis. Beliau berjaya
menyatukan semua institusi pendidikan yang terdapat di Perancis. Institusi-institusi pendidikan tersebut
disatukan di bawah satu badan induk, iaitu Universiti Perancis. Walau bagaimanapun, sistem pendidikan
tersebut tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya kerana Napoleon memberi keutamaan kepada dasar perluasan
kuasa.

Selepas zaman pemerintahan Napoleon, Perancis dikuasai oleh kerajaan reaksioner. Semasa
pemerintahan kerajaan reaksioner, perubahan telah dilakukan terhadap dasar pendidikan kebangsaan. Dalam
hal in kerajaan reaksioner memberi penekanan kepada pendidikan berteraskan teologi dan moral. Sistem
pendidikan diletakkan di bawah penguasaan gereja.

Selepas Revolusi 1830, berlaku perubahan yang amat ketara dalam sistem pendidikan di Perancis.
Pada masa tersebut, pemerintahan negara diterajui oleh Louis Philippe. Beliau mengambil langkahIangkah
untuk memantapkan semula sistem pendidikan yang diperkenalkan oleh Napoleon. Antara perubahan besar
yang dilakukan oleh Louis Philippe ialah membebaskan sistem pendidikan daripada kongkongan gereja.
Sebaliknya, sistem pendidikan diletakkan di bawah penguasaan kerajaan. Selaras dengan perkembangan in
sistem pendidikan kebangsaan yang seragam diperkenalkan.

Menjelang pertengahan abad ke-19 M, beberapa langkah telah diambil oleh kerajaan Republik Kedua
untuk memantapkan sistem pendidikan. Antaranya ialah mengkaji semula undang-undang berhubung dengan
sistem pendidikan. Kerajaan Republik Kedua juga melaksanakan pembaharuan dalam undang-undang
pendidikan. Majlis Tertinggi yang diketuai oleh Menteri Pendidikan ditubuhkan untuk menguruskan sistem
pendidikan di Perancis. Bagi melicinkan pengurusan pendidikan, wilayah-wilayah dibahagikan kepada 17
daerah atau ãkademi. Majlis Akademi ditubuhkan bagi menguruskan segala hal ehwal berkaitan dengan
pendidikan di peringkat daerah.

Menjelang akhir abad ke-19 M, langkah-langkah telah diambil untuk mewajibkan pendidikan kepada
kanak-kanak berumur tujuh hingga 14 tahun. Selain itu, kerajaan juga memperkenalkan pendidikan percuma
kepada kanak-kanak di Perancis.

Kesimpulannya, perubahan yang dilakukan oleh pemerintah telah menyebabkan munculnya sistem
pendidikan kebangsaan di Perancis. Ekoran daripada perubahan in sistem pendidikan negara dapat
dibebaskan sepenuhnya daripada kongkongan gereja. Dengan perubahan in Perancis menguasai sistem
pendidikan dan melaksanakan sistem pendidikan yang menyeluruh bagi memenuhi kehendak dan aspirasi
negara.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
178
Bincangkan perkembamgan institusi pendidikan di Jerman pada abad ke 18 dan 19 M

Pendahuluan
 Perkembangan institusi pendidikan di Jerman pada abad ke-18 dan ke- 19 selaras dengan
perkembangan politik dan perkembangan semasa ketika itu.
 Setelah Jerman tewas kepada Perancis, pemerintah Jerman cuba membangunkan negaranya melalui
pendidikan.
 Terdapat beberapa peringkat institusi pendidikan di Jerman, iaitu peringkat rendah, peringkat
menengah, pendidikan teknikal, dan universiti.

Perkembangan institusi pendidikan


1. Peringkat rendah.
 Pada akhir abad ke-18, terdapat lebih 1000 buah sekolah rendah di seluruh negara.
 Sekolah-sekolah rendah ini didirikan atas inisiatif Raja Frederick William I.
 Menjelang awal abad ke-19, beberapa langkah telah diambil untuk memantapkan sistem pendidikan
rendah di Jerman.
 Selepas mengalami kekalahan dengan Napoleon (Perancis), Raja Frederick William III mengallhkan
perhatian terhadap usaha membangunkan sistem pendidikan di Jerman.
 Sekolah-sekolah rendah di Jerman dikenali sebagai Volkschulen dibuka kepada semua lapisan
masyarakat.
 Pendidikan di sekolah rendah dikhususkan kepada kanak-kanak berumur tujuh hingga 14 tahun.
 Di sekolah rendah, kanak-kanak diajar berkaitan agama, menulis, membaca, mengira, geografi,
sejarah, dan gimnastik.
2. Peringkat Menengah.
 Di peringkat sekolah menengah terdiri daripada dua aliran, iaitu sekolah awam dan sekolah
gymnasium.
 Pelajar-pelajar mendaftar di sekolah menengah ketika berusia sembilan tahun.
 Pengajian di sekolah awam dan gymnasium mengambil masa selama sembilan tahun.
Sekolah awam memberi penekanan kepada pembelajaran sains tabii, matematik, bahasa ibunda, dan
bahasa-bahasa moden.
 Matlamat utama sekolah awam ialah melahirkan pelajar yang dapat menjalani kehidupan seharian
dengan teratur.
 Pengajian di gymnasium memberi keutamaan kepada pembelajaran bahasa Latin dan Greek.
 Sekolah mi ditubuhkan untuk menyediakan pelajarpelajar melanjutkan pelajaran di peringkat
universiti.
3. Pendidikan Teknikal.
 Kerajaan Jerman juga memberi perhatian kepada pendidikan teknikal.
 Penekanan dalam bidang teknologi adalah selaras dengan usaha untuk membangunkan sektor
perdagangan dan perindustrian di Jerman.
 Selaras dengan itu, sekolah-sekolah perdagangan dan politeknik ditubuhkan.
4. Peringkat Universiti.
 Kerajaan Jerman memberi penekanan terhadap institusi pengajian tinggi.
 Kebanyakan universiti ditubuhkan oleh kerajaan-kerajaan negeri.
 Pentadbiran di universiti dikendalikan oleh oleh seorang rektor yang dipilih oleh para profesor.
 Pengajian di universiti dibahagikan kepada empat fakulti iaitu fakulti Teologi, Falsafah, Undang-
undang, dan Perubatan.
 Pengajian di fakulti falsafah meliputi subjek sejarah, kesusasteraan, geografi, matematik, filologi, dan
sains tabii. Antara universiti yang ditubuhkan di Jerman ialah Universiti Berlin (1810), Universiti
Munich (1826), Universiti Bonn (1818), dan Universiti Strasburg.
Kesimpulannya,
 institusi pendidikan di Jerman mempunyai peringkatperingkat tertentu dan mengadunkan ilmu sains,
matematik, dan sains sosial sejak di peringkat rendah lagi.
 Pendidikan teknikal turut diberi perhatian selaras dengan kehendak kerajaan untuk menjadi negara
industri yang disegani di Eropah.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
179
Huraikan perkembangan yang berlaku dalam institusi-institusi pendidikan di Jerman pada abad ke 18 dan
abad ke 19 M

Pendahuluan
 Sistem pendidikan di Jerman abad 18 dan 19 terdiri daripada beberapa peringkat
 Menjeland awal abad ke 19, terdapat system pendidikan di peringkat rendah, menengah, teknikal dan
university.

Isi-isi penting

(a) Pendidikan rendah


• Menjelang akhir abad ke- 18 M, muncul sekolah-sekolah rendah di seluruh Prusia.
• Pada awal abad ke- 19 M, langkah-langkah diambil untuk memantapkan pendidikan rendah di Jerman.
• Sekolah rendah yang dikenali sebagai Volksschulen terbuka kepada semua lapisan penduduk di
Jerman.
• Kanak-kanak berumur tujuh tahun dikehendaki mendaftar di sekolah-sekolah rendah.
• Pendidikan di sekolah rendah berlanjutan sehingga kanak-kanak mencapai umur 14 tahun.
• Pengajian di sekolah rendah meliputi pembelajaran seperti membaca, menulis, mengira, geografi,
sejarah dan gimnastik.

(b) Pendidikan menengah


• Pendidikan menengah terdiri daripada dua aliran, iaitu sekolah gymnasium dan sekolah awam.
• Pengajian di gymnasium mengutamakan pembelajaran bahasa Latin dan bahasa Greek.
• Sekolah gymnasium menyediakan pelajar-pelajar untuk melanjutkan pelajaran di peringkat universiti.
• Sekolah awam menekankan penbelajaran matematik, sains tabii, bahasa ibunda dan bahasabahasa
moden.
• Pelajar-pelajar sekolah awam dilatih untuk menjalani kehidupan seharian dengan teratur.
• Kerajaan Jerman di bawah pemerintahan Raja Frederic William III memberi penekanan kepada
sekolah-sekolah awam.

(c) Pendidikan teknikal


• Jerman memberi keutamaan kepada pendidikan dalam bidang teknologi.
• Penekanan diberikan kepada mata pelajaran berbentuk teknikal bagi membangunkan sektor
perindustrian dan perdagangan.
• Sekolah-sekolah teknik seperti politeknik dan sekolah perdagangan telah ditubuhkan.

(d) Universiti
• Institusi pengajian tinggi di Jerman ditubuhkan oleh kerajaan-kerajaan negeri.
• Kerajaan negeri memberikan dana dan bantuan kewangan kepada institusi pengajian tinggi.
• Terdapat empat fakulti, iaitu Teologi, Undang-undang, Perubatan dan Falsafah.
• Pendidikan di Fakulti Falsafah meliputi Matematik, Sejarah, Geografi, Kesusasteraan, Sains tabii dan
Filologi.
• Antara universiti yang ditubuhkan di Belanda ialah Universiti Berlin, Universiti Munich, Universiti
Breslau, Universiti Bonn dan Universiti Strasburg.

Kesimpulan
• Menjelang abad ke- 18 M dan abad ke- 19 M, terdapat sistem pendidikan yang teratur dan sistematik
di Jerman.
• Kemunculan pelbagai institusi pendidikan melambangkan kemajuan yang dicapai oleh masyarakat
Jerman dalam lapangan pendidikan.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
180

TEMA 4:
NASIONALISME
DAN
PEMBENTUKAN
NEGARA
BANGSA

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
181
Bincangkan isu-isu yang menimbulkan ketegangan antara kuasa Barat dgn pemerintah China pd abad ke 19

Pendahuluan
 Pada pertengahan abad ke-19, China mula diasak oleh imperialis Barat dan keadaan mi merupakan
satu permulaan era baharu dalam sejarah China.
 Ketidakpuasan hati para pedagang dan pegawai Barat mula memuncak dengan pelbagai insiden yang
merenggangkan hubungan antara kuasa Barat dengan kerajaan China.
 Terdapat enam punca yang menyebabkan ketidakpuasan hati

Isu-isu yang menimbulkan ketegangan Barat dengan China


1. Isu Perdagangan bebas
 Antara isu yang dibangkitkan ialah isu perdagangan.
 Setelah memutuskan untuk berdagang di China, kuasa Barat mengharapkan keuntungan yang besar.
 Malangnya, kerajaan Manchu mengamalkan dasar pemencilan atau isolasi.
 Mengikut pandangan Confucius, perdagangan merupakan pekerjaan yang hina.
 Para pedagang dianggap cuba memeras golongan lain untuk mengaut keuntungan berlipat kali ganda.
 Selain itu, kerajaan China mengenakan pelbagai sekatan ke atas pedagang asing.
 Pelabuhan Canton sahaja dibenarkan untuk menjalankan urusan perdagangan.
 Pedagang tidak dibenarkan tinggal sepanjang tahun dan hanya dibenarkan tinggal pada musim sejuk
di sekitar kilang mereka sahaja.
 Wanita dan pedagang bersenjata tidak dibenarkan memasuki kawasan perdagangan.
 Keluarga pedagang tidak dibenarkan masuk dan pedagang tidak dibenarkan berkahwin dgn wanita
tempatan.
 Pedagang dibenarkan bergerak dalam kumpulan tidak melebihi 10 orang dan tidak boleh mempelajari
bahasa China.
 Pedagang asing hanya berurusan dengan pedagang yang dikenali sebagai Co-hong. Barang yang
diperdagangkan juga ditentukan oleh Co-hong.
2. ancaman golongan penentang
 Sebab utama kerajaan China tidak berminat berdagang dan berurusan dengan kuasa Barat kerana
bimbang ancaman golongan penentang daripada penyokong Ming.
 Mereka bimbang apabila banyak pelabuhan dibuka untuk menjalankan perdagangan dengan pihak
Barat, akan memberi peluang kepada penyokong Ming untuk mendapat bantuan dan sokongan Barat.
 Justeru itu, beberapa pelabuhan di kawasan utara ditutup bagi mengelakkan golongan mi
menceroboh istana di Peking.
3. Isu Candu
 Isu candu juga merupakan isu yang dominan dan mencetuskan ketegangan antara kuasa Barat dengan
China.
 Sistem ekonomi di China merupakan sistem sara dir iaitu mereka tidak perlu bergantung kepada orang
lain kerana mampu menghasilkan barang keperluan sendiri.
 Keadaan tersebut merugikan kuasa Barat disebabkan berlakunya perniagaan secara satu hala kerana
sutera dan teh dan China amat diperlukan untuk dijual di Eropah.
 Tambahan pula, hanya wang emas dan perak boleh digunakan untuk berdagang.
 Akhirnya, kuasa Barat membawa masuk candu yang dibawa dan India yang dibeli dengan murah.
 Lama-kelamaan, candu menjadi barang kegemaran masyarakat China.
 Ini menyebabkan pengeluaran wang yang terlalu banyak kerana kos mengimport candu melebihi kos
eksport teh dan sutera.
 Keadaan tersebut menyebabkan ekonomi China mulai merosot dan Maharaja Tao Kuang telah
mengharamkan pembelian dan penggunaan candu.
 Lin Tsu-hse telah dilantik untuk mengawal kemasukan candu di pelabuhan Canton.
 Kerajaan China mengarahkan supaya semua candu diserahkan dan akan dibayar dengan teh.
 Apabila pihak British tidak menghiraukan arahan tersebut, Lin Tsu-hse memutuskan untuk mengawal
kediaman orang asing.
 Untuk memelihara keselamatan pedagang, pihak British telah menyerahkan candu dan meminta ganti
rugi atas candu yang dimusnahkan.
____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
182
 Pihak China pula tidak menghiraukan perkara tersebut.
 Kedegilan kedua-dua pihak memenuhi tuntutan masing-masing diburukkan lagi apabila seorang rakyat
China, iaitu Lin Wei His dibunuh oleh beberapa orang kelasi British yang mabuk.
 Pihak China mendesak supaya kelasi-kelasi tersebut diserahkan tetapi Kapten Charles Elliot telah
menolak kerana beliau tidak mahu insiden kapal Lady Hughes berulang kembali.
 Dalam insiden tersebut, apabila kelasi kapal diserahkan kepada pihak penguasa China, kelasi tersebut
dicekik sampai mati tanpa dibicarakan.
4. Isu Perundangan
 Prinsip keadilan China berdasarkan guilty until proven innocent yang menganggap seseorang yang
dituduh melakukan jenayah dianggap bersalah sehinggalah kebenaran dapat dibuktikan.
 Manakala pninsip keadilan Barat berpegang kepada pninsip innocent until proven guilty yang
bermakna seseorang yang dituduh melakukan kesalahan dianggap tidak bersalah sehinggalah
kesalahan dapat dibuktikan dengan jelas.
 Falsafah undang-undang di China juga berbeza dengan amalan undang-undang Barat.
 Undang-undang Barat adalah berdasarkan konsep tanggungjawab individu, iaitu hukuman akan
dijatuhkan kepada individu yang melakukan kesalahan.
 Undang-undang China pula bersandarkan kepada prinsip tanggungjawab berkumpulan yang
bermaksud sekiranya individu yang melakukan kesalahan itu tidak dapat dikesan, maka kumpulannya
akan bertanggungjawab untuk menyerahkan salah seorang daripada ahli kumpulan mereka untuk
menenima hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan oleh ahli kumpulan itu.
5. Isu agama
 Isu agama Kristian yang dibawa masuk ke China turut menjadi punca ketidakpuasan hati masyarakat
China.
 Ramai rakyat China berjaya dikristiankan dan perkembangan mi mengancam kebudayaan orang China
yang berpegang kepada kepercayaan nenek moyang, ajaran Confucius, dan Taoisme.
 Selain membina gereja-gereja baharu, mubaligh Kristian dikatakan melmndungi orang China yang
memeluk agama Kristian.
 Kemuncak kepada isu mi ialah pembunuhan di Tientsin pada tahun 1870 yang menyebabkan paderi,
rahib, dan pegawai Barat dibunuh.
 Gereja turut dibakar oleh orang China.
6. Isu petempatan orang asing
 Kemunculan petempatan asing khususnya di kawasan pelabuhan.
 Petempatan orang asing mempunyai sistem pentadbiran tersendiri dan tidak dikawal pemermntah
China.
 Penduduk di kawasan mi hanya perlu membayar pajakan kepada pemermntah China.
 Di wilayah pajakan in orang asing membentuk majlis perbandaran, undangundang, mahkamah, polis,
dan pasukan pertahanan sendiri.
 Perkembangan mi menimbulkan rasa kurang senang terhadap orang asing yang membentuk komuniti
masing-masing di bumi China.
 Mereka bimbang onang Barat akan menceroboh tanah air meneka seperti apa yang berlaku terhadap
Hong Kong yang diambil alih oleh British dan Macau yang dikuasai oleh Portugis.
7. Isu pengenalan teknologi Barat.
 Pengenalan teknologi Banat telah menyebabkan berlaku pengangguran dalam masyanakat China.
 Misalnya, pengenalan teknik baharu dalam sektor perlombongan telah mempercepatkan penggunaan
sumben alam yang terhad di samping mengurangkan pengambilan tenaga buruh.
 Sarjana China menganggap mereka tidak akan maju jika belajan dengan kuasa Barat kerana orang
Barat tidak ikhlas.
 Keuntungan yang diperoleh danipada teknologi baharu mi adalah untuk jangka masa pendek dan
orang Barat akan memeras ekonomi China secara perlahan-lahan.
Kesimpulan
 Keengganan pemerintah China berkompromi terhadap isu-isu yang menimbulkan kemarahan kuasa
Barat menyebabkan kuasa Barat mencari helah untuk menguasai China.
 Faktor budaya yang berbeza menyebabkan sifat toleransi sukar diamalkan.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
183
Analisiskan sebab-sebab dan kesan-kesan Perang Candu Pertama (1839 —1842) terhadap masyarakat Cina.

Pendahuluan
 Perang Candu Pertama juga dikenali sebagai Perang Inggeris-China Pertama.
 Ini merupakan peristiwa paling penting dalam sejarah negara China kerana ia dianggap sebagai ‘titik
peralihan’ dan zaman tradisional ke era pemodenan.
 Bermula awal abad ke-18, negara China di bawah pemerintahan kerajaan Manchu mengamalkan
dasar isolasi atau pemencilan diri.
 Ini berpunca dari sikap negara China yang keberatan menjalinkan segala bentuk hubungan dengan
kuasa barat atas dasar persamaan taraf
 Sebaliknya orang-orang barat telah menunjukkan minat untuk menjalinkan hubungan perdagangan
dengan negara China.
 Kepentingan perdagangan memaksa kuasa barat menggunakan kekerasan tmtuk membuka pintu
negara China.
 Dasar ini berakhir setelah tercetusnya Perang Candu Pertama dan termenterainya Perjanjian Nanking
pada tahun 1842.

Faktor-faktor Perang Candu Pertama.


1. Konsep perdagangan berbeza antara Inggeris dan China.
 Dasar Kerajaan Manchu anti-perdagangan dan tidak beminat menjalin hubungan perdagangan.
 Lebih mementingkan ekonomi sara diri dan perdagangan dianggap kegiatan hina.
 Sebaliknya orang Barat mengamalkan konsep perdagangan bebas atau “laissez faire”.
 Bagi Inggeris perdagangan antarabangsa sangat penting dan merupakan satu-satunya cara untuk
mendapatkan bahan meatah dan meluaskan pasaran barang kilang yang semakin berkembang akibat
dari Revolusi Perindustrian.
 Kerajaan China mengetatkan hubungan perdagangan dengan kuasa Iuar.
 Tindakan ini menyulitkan orang-orang Barat dan membangkitkan perasaan tidak puas hati
terutamanya lnggeris.
 Pada tahun 1835, Kerajaan Manchu telah mengeluarkan undang-undang baru iaitu “Lapan Peraturan”
bagi melarang saudagar-saudagar barat berdagang di China.
 Antananya, urusan perdagangan mesti melalui “cohong”, orang asing tidak dibenar membawa masuk
isteri dan senjata api, tidak dibenar belajar Bahasa Cina dan mereka hanya boleh berdagang di
pelabuhan Canton pada musim perniagaan sahaja.
 Sekatan-sekatan mi menyukarkan hubungan perdagangan.
 Cohong sering melakukan penyelewengan dan salah guna kuasa ini telah membangkitkan perasaan
ticlak puas hati orang-orang Barat terutama padagang-pedagang Inggeris.

2. Kegagalan hubungan diplomatic.


 Inggeris berusaha mewujudkan hubungan diplomatik dengan negara China atas dasar persamaan taraf
tetapi ditolak kerana masyarakat Cina menganggap negara mereka sebagai “Middle Kingdom” atau
‘Kerajaan Tengah’ yang mempunyai tamadun yang Iebih superior berbanding negara lain.
 Maharaja China dipercayai mempunyai kedudukan yang paling mulia, berdarjat tinggi dan perlu
dihormati oleh semua bangsa kerana pemenintah mereka merupakan “Anak Syurga” atau “Son of
Heaven”
 Kerajaan China juga memandang rendah terhadap orang-orang barat sebagai bangsa tidak
bertamadun atau barbarian yang juga digelar orang gasar atau hantu asing.
 Kedatangan duta barat ke negara mereka diibaratkan sebagai pembawa ufti yang harus melakukan
amalan ‘kowtow’ (meniarap dan berlutut sebanyak 9 kali) di hadapan maharaja.
 Konsep ini bertentang dengan kuasa barat yang berpegang kepada konsep kebebasan individu dan
semua negara adalah sama taraf.
 Inggeris cuba menghantar beberapa utusan yang diwakili oleh George Macartney, Lord Amherst, Lord
William John Napier dan Charles Elliot untuk berunding dengan kerajaan China tetapi semuanya
menemui kegagalan.
 Akibatnya Inggeris mengambil keputusan menggunakan kekerasan ke atas negara China.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
184
3. Faktor Pertentangan Perundangan
 Perundangan negara China dan Inggeris berbeza dan bercanggah antara satu sama lain
 Dalam sistem mahkamah negara China, tidak wujud Badan Penasihat Undang-undang seperti
diamalkan oleh orang-orang Barat dan badan kehakiman tertakiuk kepada kuasa kerajaan semata-
mata.
 Mengikut sistem keadilan negara China “seseorang yang dituduh melakukan jenayah adalah dianggap
bersalah sehinggalah kebenaran dapat dibuktikan”.
 Hukuman yang dijatuhkan berdasar “Doktrin Tanggungjawab Berkumpulan”.
 Hukuman yang dijatuhkan tidak adil, kejam dan tidak berperikemanusiaan seperti cekik sampai mati
dan nyawa dibalas nyawa’
 Sebaliknya bagi orang-orang barat konsep perundangannya berbeza iaitu “seseorang yang dituduh
melakukan kesalahan adalah dianggap tidak bersalah sehinggalah kesahihan dapat dibuktikan dengan
jelas”.
 Ia juga berdasarkan konsep “Tanggungjawab individu”
 Masalah bertambah meruncing setelah tercetusnya peristiwa “Kapal Lady Hughes” pada 4 November
1784 dan “Peristiwa Terranova” padatahun 1821.

4. Masalah Candu.
 Kemasukan candu ke negara China merupakan sebab serta merta yang mempercepatkan perletusan
Perang Candu Pertama.
 Masyarakat Cina anti perdagangan sedangkan lnggeris memerlukan bahan mentah seperti teh dan
sutera dari China.
 Perdagangan pula hanya dibenarkan menggunakan wang emas dan perak.
 Oleh itu berlaku ketidakseimbangan perdagangan antara kedua-dua buah Negara kerana berlaku
perdagangan satu hala.
 Bagi mengimbanginya, Inggeris membawa masuk candu secara haram dengan kuantiti yang banyak
dan India.
 Ramai rakyat Cina menjadi penagih candu.
 Menjelang tahun 1839 terdapat 4 juta penagih candu di China dan candu mendapat pasaran yang
cukup luas di China.
 Kemasukan candu menyebabkan imbangan perdagangan yang berat sebelah dan merugikan China.
 Kerajaan Manchu mengeluarkan arahan menghararnkan perniagaan dan penggunaan candu.
 Lin Tze Hsu dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi di Canton untuk menghapuskan perdagangan candu.
 Lim Tze Hsu mengeluarkan arahan yang ketat tetapi tidak diendahkan oleh Kapten Charles Elliot
selaku Ketua Penguasa Perdagangan di Canton.
 Keadaan memuncak apabila berlaku tragedi pembunuhan seorang rakyat Cina bernama Un Wei Hsi
dalam pergaduhan di Kowloon pada 12 Julai 1839 yang dipercayai dibunuh oleh kelasi Inggeris yang
sedang mabuk.
 Kapten Elliot enggan menyerahkan kelasi kapal itu kepada Lin Tze Hsu menyebabkan Pesuruhjaya Lin
mengenakan larangan penjualan makanan dan keperluan lain kepada Inggeris di Macao.
 Akhirnya peperangan antara kedua belah pihak tidak dapat dielakkan apabila berlaku pertempuran
antara Kapal Perang Jnggeris bernama “JIMS Volage” dengan kapal RoyaJ Saxon juga milik Inggeris
tetapi mempunyai hubungan baik dengan China.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
185
Kesan-kesan Perang Candu Pertama

5. Kesan politik.
 Imej negara China sebagai sebuah kuasa yang dianggap “Middle Kingdom” dan bertamadun tinggi
terjejas.
 Perjanjian Nanking membuktikan kelemahan negara China kerana ia amat merugikan negara tersebut
sekaligus menjadi bibit-bibit kejatuhan Dinasti Manchu.
 Pembukaan lima buah pelabuhan dan penyerahan Hong Kong kepada Inggeris telah menjatuhkan
maruah negara China dan menandakan proses penyebaran pengaruh barat secara berleluasa.
 Negara China terpaksa menandatangani peijanjian dengan kuasa Barat yang lain seperti Perjanjian
Wanghsia dengan Amerika Syarikat, Perjanjian Whampoa dengan Perancis yang turut merugikan
China
 Paling merugikan, China kehilangan banyak konsesinya di tangan kuasa asing.
 Masalah ini turut membangkitkan rasa tidak puas hati di kalangan orang — orang China.
 Kebencian terhadap Dinasti Manchu semakin terserlah apabila tercetusnya Pemberontakan Taiping
(1851-
 1864) dan Pemberontakan Nien_(1853-1868).

6. Kesan Ekonomi.
 Kuasa-kuasa Barat mendapat keuntungan berlipat kali ganda melaiui Perjanjian Nanking sebaliknya
ekonomi negara China semakin terjejas.
 Ekonomi berubah daripada sara diri yang bersifat tradisional kepada ekonomi moden.
 Negara China telah terlibat secara serius dalam aktiviti perdagangan antarabangsa yang melibatkan
orang-orang asing dan orang Cina.
 Muncul pengusaha moden dari kalangan bangsa China
 Perdangangan candu semakin meningkat kerana Perjanjian Nanking tidak menyentuh soal candu.
 Akibatnya candu memenuhi pasaran negara China secara meluas dengan kuantiti yang banyak.
 Contohnya, pada tahun 1858 jumlah import candu meningkat sebanyak tiga kali ganda (300%)
 Kemasukan candu secara berterusan menyebabkan negara China mengalami imbangan perdagangan
tidak stabil.
 Wang perak mengalir keluar kerana lnggeris mengenakan syarat pembelian candu dengan
menggunakan wang perak sahaja.
 Barang-barang barat membanjiri pasaran negara China.
 Permintaan tinggi kerana harga murah dan lebih berkualiti dan barang tempatan.
 Industri tempatan seperti kain dan logam terjejas dan terpaksa ditutup.

7. Kesan sosial.
 Agama Kristian disebar dengan meluas oleh mubaligh Inggeris dari Perancis.
 Mubaligh Kristian bebas bergerak ke mana sahaja dan mengembangkan aktiviti melalui gereja dan
sekolah.
 Agama Kristian telah menjejaskan kebudayaan, adat resam dan agama yang berasaskan ajaran
Confusius, Taoisme dan agama Buddha.
 Pengenalan sistem perhubungan barat turut menjejaskan pendapatan sebahagian besar penduduk
yang terlibat dengan pengangkutan tradisional seperti kereta kuda dan tongkang.
 Kemerosotan industry tempatan dan pengenalan sistem pengangkutan moden seperti jalan raya dan
keretapi menyebabkan ramai penduduk kehilangan pekerjaan dan meningkatkan kadar
pengangguran.
 Bencana alam seperti banjir dan kemarau kerap berlaku menyebabkan masyarakat Cina menyalahkan
kehadiran orang-orang Barat yang menyebabkan kemusnahan.

Kesimpuian
• Tamparan hebat kepada negara China
• Perang Candu Kedua
• Kejatuhan Dinasti Manchu,

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
186
Bincangkan sebab-sebab berlakunya kebangkitan Boxer di negara China.

Pendahuluan
 Gerakan Boxer wujud sejak akhir abad ke- 19 dan berasal daripada kongsi gelap China, iaitu 1-
hochuan.
 Mereka digelar sebagai Boxer kerana mengamalkan sejenis tinju China.
 Cogan kata gerakan mi ialah “selamatkan bangsa China, hapuskan bangsa asing” kerana Gerakan
Boxer mengamalkan sikap anti-orang asing.
 I-hochuan diharamkan melalui satu dikri kerajaan kerana bersifat anti-Manchu pada tahun 1813.
 Pada tahun 1899 hingga 1900, Gerakan Boxer melancarkan rusuhan untuk menghalau keluar orang
asing dan China dan membunuh orang China beragama Kristian.

Sebab-sebab berlaku Kebangkitan Boxer

1. Sentimen orang asing.


 Kedaulatan negara China terjejas semenjak Perang Inggeris-China Pertama (Perang Candu) kerana
kuasa-kuasa Barat menceroboh China.
 Oleh itu, Gerakan Boxer menunjukkan keinginan untuk membalas dendam dan memulihkan
kebanggaan nasional dalam kalangan orang China.
 Selain itu, perlumbaan antara kuasa-kuasa Barat untuk mendapatkan konsesi-konsesi di negara China
menyebabkan sentimen anti-orang asing semakin bertambah kerana terdapat kebimbangan bahawa
negara tersebut akan dibahagikan antara kuasa-kuasa Barat.

2. perkembangan kegiatan mubaligh Kristian


 perkembangan kegiatan mubaligh Kristian juga menyumbang kepada sebab kebangkitan Boxer.
 Perkembangan agama Kristian menambahkan kemarahan orang China terhadap orang asing dan
menganggap satu penghinaan kepada kepercayaan dan falsafah orang China.
 Malahan, orang China yang memeluk agama Kristian dibenci kerana mereka meninggalkan sesetengah
daripada adat lama, enggan membiayai perbelanjaan perayaan, dan hiburan tempatan yang telah
menambahkan beban perbelanjaan penduduk tempatan yang lain.
 Mubaligh-mubaligh Kristian juga sering campur tangan dalam pertikaian yang melibatkan orang China
yang beragama Kristian dan kesannya menambahkan kemarahan orang China.

3. ekonomi orang China dikuasai oleh orang asing


 Seterusnya, kebencian orang China terhadap orang asing bertambah apabila ekonomi orang China
dikuasai oleh orang asing.
 Justeru itu, beberapa perusahaan tempatan seperti perusahaan kain dan pertukangan tangan merosot
menyebabkan bilangan rakyat China yang menganggur bertambah.
 barang buatan Barat yang lebih murah menyebabkan perusahaan tempatan dikuasai oleh orang asing.
 Kesengsaraan ekonomi orang China meningkat apabila kerajaan China menaikkan cukai dan
memperkenalkan pelbagai cukai yang baharu kerana China mengalami kemerosotan dalam
perdagangan
 Kemerosotan taraf hidup menyebabkan ramai petani dan penganggur menyertai Gerakan Boxet

4. Bencana Alam
 Bencana alam juga menambahkan penderitaan orang China.
 Bencana alam seperti banjir dan kemarau mengakibatkan kebuluran dan orang China menyalahkan
orang asing kerana bencana alam tersebut.
 Orang China percaya bahawa orang asing telah menyinggung perasaan Dewa-dewa China dan
menganggu ketenteraman antara manusia dan alam semula jadi dengan ajaran-ajaran mereka.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
187

5. Sokongan istana
 Tambahan lagi, pihak istana juga menyokong kebangkitan Gerakan Boxer.
 Maharani Dowager menyokong usaha Gerakan Boxer untuk mengusir keluar orang Barat dan negeri
China.
 Sokongan tersebut menaikkan lagi semangat ahli Gerakan Boxer untuk menyerang orang China yang
beragama Kristian dan orang asing.
 Ahli-ahli Gerakan Boxer telah membunuh ramai orang asing dan orang China yang beragama Kristian.
 Bagaimanapun, Gerakan Boxer dapat ditumpaskan oleh tentera bersekutu yang terdiri daripada askar
British, Jepun, Amerika Syarikat, Perancis, dan Rusia.
 1901, satu perjanjian telah dimeterai untuk menamatkan gerakan mi yang dikenali sebagai Protokol
Boxer.

Kesimpulan
 Kebangkitan Boxer boleh dikatakan sbg cubaanutk menyelamatkan negara China drpd pencerobohan
asing.
 Tekanan ekonomi yang dihadapi oleh China dan masalah penyebaran agama Kristian di China
merupakan faktor dominan yang menyebabkan berlakunya Pemberontakan Boxer.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
188
Huraikan tranformasi ekonomi, sosial, dan pendidikan yang dilakukan untuk memelihara kedaulatan China
pada abad ke-19

Pendahuluan
 Apabila China kalah kepada kuasa Barat dalam Perang Candu dan Perang Arrow, pemimpin China mula
mengkaji semula kekuatan negara dan soal kedaulatan negara.
 Sebilangan pemimpin China berpendapat, mereka perlu mengambil teknologi Barat untuk membina
kekuatan asas negara China.
 Justeru, timbul idea pemulihan China menerusi proses pemodenan dalam sektor industri perkapalan,
perdagangan antarabangsa, penterj emahan, pendidikan, dan sebagainya.
 Rancangan ml diberi nama sebagai Gerakan Menguatkan Diri.

tranformasi ekonomi, sosial, dan pendidikan

1. Transformasi sosial
 Putera Kung, putera kepada Maharaja Tung Shih berpendapat China perlu mengubah dasarnya lebih
terbuka dan patut bertolak ansur dengan kuasa Barat.
 Sebagai permulaan, sebuah pejabat hal-ehwal luar dan kelas penterjemahan dibuka.
 Seterusnya, sebuah institusi yang dikenali sebagai Tsungli Yamen ditubuhkan pada tahun 1861
bertujuan untuk mengendalikan hubungan China dan negara luar.

 Pada tahun 1880, usaha penterjemahan karya Barat dilakukan dan lebih kurang 98 karya diterbitkan.
 Usaha penterjemahan turut dilakukan oleh badan persendirian seperti Persatuan Penterjemahan
Shanghai.
 Pada sekitar tahun 1850 hingga 1899, lebih kurang 567 karya terjemahan dalam bahasa China
diterbitkan dan sebahagian besarnya dalam bidang sains gunaan dan sains semula jadi.

2. Transformasi Pendidikan
 Maktab mempelajari bahasa asing ditubuhkan seperti Tungwen Kuan.
 Tujuan penubuhan institusi mi adalah untuk memenuhi syarat Perjanjian Tietsin yang mahukan
bahasa Inggeris dijadikan sebagai bahasa perundingan.

 Kerajaan China menggaji profesor dan luar negara untuk membimbing pelajar tempatan dalam bidang
tertentu seperti matematik, bahasa asing, dan psikologi.
 Beberapa pegawai juga dihantar ke luar negara untuk mempelajari teknologi Barat.
 Sehubungan itu, pejabat percetakan kecil dimulakan untuk menerbitkan buku-buku dalam bidang-
bidang yang berbeza.
 Sekolah-sekolah teknik dan sebuah sekolah pendidikan sains Barat turut ditubuhkan untuk rakyat
China.

 Sekolah pelayaran dan membina kapal juga ditubuhkan.


 Walaupun pembaharuan dilakukan dalam sistem pendidikan, ajaran Confucius tidak diabaikan.
 Bukan sahaja pegawai tetapi pelajar-pelajar turut dihantar ke Barat untuk mempelajari teknologi
Barat.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
189
3. Transformasi ekonomi
 Bagi melancarkan perdagangan antarabangsa, Pengawas Perdagangan dilantik.
 Tugas pegawai mi adalah untuk mengurus soal perdagangan dan menjadi diplomat.
 Selepas pihak Barat mendesak, gaya perdagangan ditukar seperti gaya di Barat.

 Beberapa tokoh berpandangan bahawa pembaharuan dalam bidang ekonomi boleh dicapai dengan
memperbanyakkan industri.
 Ketika itu, penawaran terhadap tenaga buruh ramai kerana penduduk kehilangan pekerjaan kesan
daripada pengenalan teknologi Barat.
 Dalam usaha merealisasikan kemajuan dalam bidang industri, China mengamalkan konsep
pensyarikatan.
 Melalui konsep mi, kerajaan berperanan menyelaraskan projek-projek berkenaan manakala
pelaksanaannya diserahkan kepada pihak swasta dan para saudagar.

 Syarikat perlombongan moden turut ditubuhkan bagi menjalankan usaha perlombongan arang batu.
 Tidak lama kemudian, dengan kerjasama jurutera Barat, syarikat tersebut menubuhkan syarikat
menjual mesin, membuat kereta, membuat gerabak kereta api dan pemasangan dawai telefon.
 Jabatan Pentadbiran Telegraf Diraja dipertanggungjawabkan dalam pemasangan wayar telegraf di
bandar-bandar utama China.

4. Penilaian terhadap transformasi


 Dan segi pencapaian, transformasi yang dilakukan kurang berjaya.
 Terdapat beberapa sebab yang menghalang kejayaan China dalam melakukan transformasi ekonomi,
sosial, dan pendidikan.
 Pertama, rancangan pemodenan tidak dilaksanakan secara intensif.
 Hanya segelmntir pemimpin yang menyokong usaha mi namun kerajaan tidak terlibat secara
langsung.
 Kedua, ancaman daripada kerajaan Manchu yang mencemburui golongan pembaharuan tersebut.
 Ketiga, masalah nepotisme dan monopoli kerajaan yang mengurangkan inisiatif kepada pihak swasta.

Kesimpulannya,
 transformasi di Chinakurangberjayaterutamanya kerana tidak disokong penuh oleh Maharani
Dowager yang memegang tampuk pemerintahan China.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
190
Jelaskan sebab-sebab yang menimbulkan kemarahan masyarakat India terhadap perluasan kuasa British.

Pendahuluan
 Sejarawan Barat menganggap peristiwa Dahagi India hanya semata-mata kebangkitan tentera yang
tidak berpuas hati terhadap isu peluru rifle yang disalut dengan lemak khinzir dan lemak lembu.
 Bagaimanapun, sejarawan Asia berpendapat bahawa Dahagi India berlaku disebabkan reaksi langsung
daripada ancaman pengaruh British terhadap isu adat, budaya, dan agama masyarakat India
 Terdapat pelbagai isu yang menimbulkan kemarahan masyarakat India.

sebab-sebab kemarahan masyarakat India terhadap kuasa British

1. Penghapusan amalan suttee dan thugee


 Pembaharuan sosial yang diperkenalkan oleh British seperti menghapuskan amalan suttee dan thugee
yang diamalkan sejak turun-temurun menimbulkan rasa kurang senang msyrkt Hindu thdp
pentadbiran Barat.
 Suttee ialah amalan seseorang balu beragama Hindu yang membakar diri bersama suaminya yang
sudah meninggal dunia semasa upacara pengebumian.
 Pentadbiran British cuba menghapuskan amalan mi melalui undang-undang yang digubal pada tahun
1928 kerana amalan mi dianggap sebagai tidak berperikemanusiaan.
 Thugee merujuk kepada budaya merompak dan membunuh pengembara-pengembara yang dilakukan
oleh kumpulan agama dengan menggunakan nama Dewi Kali.
 Gabenor Jeneral British di India, Lord William Bentick turut menghapuskan amalan membunuh bayi
perempuan.
 Amalan mi dilakukan bagi mengelakkan ibu bapa menanggung malu dan derita seperti pemberian
dowri kepada suami apabila anak perempuan itu berkahwin.
 Balu-balu juga dilarang berkahwin semula. Pengganti Lord William Bentick, Lord Daihousie
memandang serius isu mi lalu menggubal Akta Kahwin Semula bagi balu-balu Hindu, iaitu satu
undang-undang yang melanggar adat dan tradisi masyarakat Hindu.
 Sebenarnya, amalan suttee, thugee, pembunuhan anak perempuan, dan larangan balu berkahwin
semula hanya diamalkan di kawasan-kawasan tertentu bukannya di seluruh India.

2. kemasukan teknologi Barat


 Kebanyakan masyarakat India menyambut baik kemasukan teknologi Barat seperti telegraf dan
pembinaan kereta api kerana memberi kemudahan kepada mereka.
 Bagaimanapun, terdapat segelintir masyarakat yang berpendapat kemasukan teknologi Barat
bercanggah dengan sistem kasta yang mereka amalkan.
 Penduduk tempatan yang menggunakan perkhidmatan kereta api hanya dibenarkan menaiki kereta
api kelas ketiga kerana kelas satu dan kelas dua hanya digunakan oleh pegawai-pegawai British sahaja.
 Diskriminasi tersebut menjejaskan imej masyarakat India yang berkasta tinggi kerana mereka terpaksa
bercampur dengan kasta-kasta yang lebih rendah.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
191
3. Cara perluasan kuasa British
 Cara pihak British menguasai India juga menimbulkan kemarahan kepada penduduk tempatan.
 British menggunakan pelbagai alasan untuk menakiuki sesebuah kawasan.
 Lord Dalhousie misalnya menggunakan tiga cara untuk menguasai wilayah di India.
 Pertama, berperang untuk menakiuk sesuatu kawasan.
 Kedua, melalui “Undang-undang Lesap Waris” Sebagai contoh, jika seseorang maharaja mangkat
tanpa meninggalkan waris untuk mewarisi takhta tersebut, secara automatik negeri itu akan jatuh ke
tangan British.
 Cara ketiga pula ialah memberi alasan penganiayaan, kezaliman, dan ketidakstabilan politik sesebuah
wilayah.
 Jika sesebuah wilayah itu huru-hara, maka British boleh menguasai kawasan tersebut.
 Sebagai contoh, pentadbiran Qudh di bawah Nawab Khan berada dalam keadaan huru-hara dan
amalan rasuah berleluasa.
 Lord Dalhousie merampas Qudh atas alasan tersebut.
 Kemuncak kemarahan masyarakat India terhadap pihak British boleh dilihat daripada peristiwa Dahagi
India.
 Golongan pembesar telah kehilangan kedudukan dan menjejaskan sumber pendapatan serta status
sosial mereka.
 Cara-cara yang digunakan oleh British untuk menguasai wilayah tertentu dianggap mencabul
kedaulatan mereka.
 Maka, putera-putera pemerintah turut menyertai gerakan tersebut.

4. perasaan tidak puas hati sepoi-sepoi India


 Punca utama timbulnya Dahagi India adalah disebabkan perasaan tidak puas hati sepoi-sepoi India
yang berkasta tinggi.
 Mereka dihantar berkhidmat ke luar negara dan mereka berpegang kuat kepada prinsip, iaitu kasta
mereka akan hilang jika mereka menyeberang laut.
 Sebenarnya penghantaran mi adalah untuk mengatasi masalah ketidakseimbangan tentera British
dan India.
 Hukuman gantung dikenakan kepada sesiapa yang enggan mematuhi peraturan tersebut.
 Kemuncak perasaan tidak puas hati berlaku apabila sepoi-sepoi mendapat tahu peluru rifle yang
digunakan disalut dengan lemak khinzir dan lemak lembu.
 Lemak khinzir haram bagi orang Islam dan lemak lembu pula haram kepada penganut agama Hindu.
 Walaupun peluru tersebut ditarik balik dan disalutkan dengan kertas, sepoi-sepoi masih tidak
mempercayainya.
 Mereka didakwa dan dipenjarakan. Mereka menunjukkan kemarahan dengan membunuh pegawai
British dan membakar kediaman mereka.

Kesimpulan
 Pihak penjajah sering menganggap mereka lebih hebat menyebabkan mereka cenderung menggubal
dasar yang memperkecilkan adat, budaya, danagama masyarakat India.
 Maka, tidak hairanlah jika penduduk tempatan merasakan tidak ada cara lain selain melancarkan
penentangan terhadap penjajah.
 Penentangan tersebut telah diterjemahkan melalui Dahagi India yang berlaku pada tahun 1857.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
192

Peristiwa dahagi yang berlaku di India pada tahun 1857 telah menyebabkan cengkaman kuasa British
terhadap India. Bincangkan. [STPM2013 S5]

Pendahuluan
 Pada 1857 berlaku penentangan terhadap pemerintahan British di India yang dikenali sebagai Dahagi
India.
 Dahagi merupakan penentangan sepoi India menentang pemerintahan British di India.
 Ini merupakan kemuncak penentangan rakyat India terhadap penjajahan British ke atas gara mereka.
 Kebangkitan penduduk tempatan dalam Dahagi India bertujuan untuk membebaskan negara daripada
belenggu dan kekejaman penjajahan British.
 Kamuncak kepada penentangan terhadap British ialah apabila British memperkenalkan pembaharuan
social ke atas masyarakat.

Isi-isi

1. Penghapusan Amalan Suttee


 Salah satu faktor yang menyebabkan timbul rasa tidak puas hati dalam kalangan penduduk India
terhadap pemerintahan British adalah penghapusan amalan Suttee.
 Amalan Suttee merupakan adat yang diamalkan oleh penduduk beragama Hindu sejak turun temurun.
 Mengikut adat ini, balu yang kematian suami dikehendaki mengorbankan diri dengan dibakar
bersama-sama dengan mayat suami semasa upacara pengebumian.
 Pada tahun 1828, Lord William Bentick, Gabenor Jeneral British di India telah menggubal undang-
undang untuk mengharamkan amalan mi.
 Tindakan British mengharamkan adat mi menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk yang beragama
Hindu terhadap pemerintahan Inggeris.

2. Penghapusan Amalan Thuggee


 Faktor mencetuskan peristiwa dahagi adalah tindakan British menghapuskan amalan Thuggee.
 Amalan Thuggee merupakan aktiviti merompak dan pembunuhan yang dilakukan oleh kumpulan-
kumpulan agama yang bersenjata terhadap saudagar atau pengembara.
 Kumpulan ini menyamar dan melakukan pembunuhan atas nama Dewi Kali.
 Walaupun amalan ini menimbulkan ketakutan dan kebimbangan dalam kalangan penduduk tetapi
amalan ini mendapat sokongan daripada golongan agama.
 Tindakan Lord William Bentick mengharamkan amalan ini menimbulkan kemarahan golongan agarna
yang menyokong amalan ini.

3. Pengenalan Sistem Pendidikan Barat


 Tindakan British memperkenalkan perubahan dalam sistem pendidikan di India turut menimbulkan
rasa tidak puas hati penduduk terhadap penjajah.
 British menjadikan bahasa Inggeris sebagal bahasa pengantar di sekolah dan kolej.
 Malah Bahasa Inggeris juga digunakan sebagai bahasa rasmi dalam bidang pentadbiran serta
kehakiman.
 Jawatan-2 penting dalam kerajaan diberikan kepada penduduk tempatan yang berpendidikan lnggeris.
 Perubahan ini tidak disenangi oleh penduduk tempatan keranajawatan tinggi dalam kerajaan dan
tentera tidak diberikan kepada masyarakat India.
 Malah perubahan yang diperkenalkan oleh British dianggap sebagai usaha British untuk menyebarkan
agama Kristian dalam kalangan masyarakat India.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
193
4. Pengenalan Teknologi Barat
• Tindakan British memperkenalkan sistem perhubungan dan pengangkutan seperti pembinaan jalan
kereta api dan telegraf mengancam amalan tradisi masyarakat India.
• Pengenalan sistem pengangkutan barat turut mengancam amalan kasta yang diwarisi sejak turun
temurun oleh masyarakat India.
• Masyarakat India hanya dibenarkan menaiki kereta api kelas ketiga manakala kelas satu dan dua
hanya untuk pegawai-pegawai Inggeris.
• Perkembangan mi menjejaskan kedudukan masyarakat India dan kasta tinggi kerana merekajuga
terpaksa menaiki kelas ketiga bersama-sama dengan penduduk kasta rendah.

5. Penghapusan Amalan Membunuh Bayi Perempuan dan Akta Kahwin Semula


• Amalan membunuh bayi perempuan diamalkan oleh masyarakat India sejak turun temurun.
• Masyarakat India menganggap bayi perempuan adalah beban kpd keluarga mereka apabila besar
kelak.
• Hal mi disebabkan keluarga anak perempuan terpaksa membayar dowry yang tinggi kepada bakal
suami
• Lord William Bentick telah mengharamkan amalan mi yang dianggap tidak berperikemanusiaan.
• Lord Daihousie telah memperkenalkan & meluluskan Akta Kahwin Semula bagi balu-balu Hindu.
• Akta ml mendapat penentangan daripada penduduk tempatan kerana perkahwinan semula balu-balu
tidak dibenarkan sama sekali dalam masyarakat Hindu.
• Malah tindakan British mi telah menyebabkan penduduk tempatan menganggap British telah
menghina amalan tradisi mereka.

6. Dasar Pengilhakan
• diperkenalkan oleh Lord Daihousie merancakkan penentangan rakyat India terhadap penjajahan
British.
• Lord Daihousie dengan sengaja telah merampas hak dan masyarakat tempatan.
• turut menjejaskan maruah pemimpin tempatan hingga menyebabkan putera-putera raja tempatan
seperti Nana Sahib dan Nawab menyertai penentangan terhadap penjajab British.
• Sahib merupakan anak angkat Baji Rao (pemerintah wilayah Penshawar) tidak puas hati dengan
tindakan Inggeris membatalkan bayaran pencen yang patut diberikan kepadanya serta merampas
tanah dan estet milik ayahnya ,Baji Rao.
• Nawab menentang tindakan penjajah British meletakkan wilayah Oudh dibawah pentadbiran mereka
atas alasan keadaan huru-hara di Oudh dan amalan rasuah berleluasa dalam kalangan pemerintah
Oudh.

7. Kes Senapang Rifle Royal Enfield


• Kemarahan terhadap pentadbiran British memuncak apabila sepoi-sepoi India mendapat tahu bahawa
minyak yang digunakan untuk membersihkan senapang Rifle Royal Enfield mengandungi lemak babi
dan lemak lembu.
• Selain itu tersebar berita bahawa sepoi-sepoi yang menggunakan senapang tersebut perlu menggigit
hujung peluru yang telah disapu dengan lemak babi dan lemak lembu.
• Perkembangan mi menyebabkan sepoi-sepoi yang beragama Hindu dan Islam merasakan bahawa
pentadbiran British sengaja melakukan hal-hal yang demikian untuk menghina kedua-dua agama yang
menjadi anutan penduduk tempatan.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
194
8. Perasaan Dendam Sepoi India
• Faktor serta merta yang menyebabkan Dahagi India tercetus ialah perasaan tidak puas hati dalam
kalangan sepoi India.
• British telah melantik sepoi-sepoi dalam kalangan kaum Brahmin dan Rajput yang terdiri daripada
golongan berkasta tinggi di wilayah Oudh.
• Tindakan British menghantar sepoi-sepoi India ke luar negara menimbulkan kemarahan kerana
tindakan tersebut mencemarkan imej dan maruah mereka yang berkasta tinggi.
• Malah terdapat kepercayaan kalangan penganut agama Hindu bahawa kesucian kasta mereka akan
hilang apabila mereka menyeberangi lautan.
• Perkembangan mi menyebabkan sepoi-sepoi daripada rejimen 47 yang diarahkan untuk berkhidmat di
Burma enggan mematuhi arahan dan perintah British hingga menyebabkan rejimen 47 terpaksa
dibubarkan.

9. Pengenalan Peraturan Baru


• Penentangan terhadap pemerintahan British juga disebabkan oleb pengenalan dasar dan peraturan
baru oleh British.
• Antara peraturan baru yang diperkenalkan oleh British ialah Akta Penjajahan Punjab 1907.
• Menerusi akta mi, kerajaan British bertindak meninggikan cukai tanah dan bayaran air di kawasan
saliran atau pengairan.
• Tindakan British memperkenalkan cukai yang tinggi telah membebankan golongan petani dan mereka
terpaksa menanggung hutang serta hidup dalam keadaan miskin.
• Pihak British juga tidak menggalakkan penghasilan barangan dalam negara sebaliknya menggalakkan
import barangan asing.
• Perkembangan mi menjejaskan pendapatan penduduk tempatan yang terlibat dalam sektor
pertukangan dan kemahiran tangan.
10. Akta Pengambilan Khidmat Awam
• Semasa pentadbiran Lord Canning, Akta Pengambilan Khidmat Awam yang memberi kuasa kepada
British untuk menghantar tentera berkhidmat di dalam dan luar negara di perkenalkan.
• Akta mi tidak disokong oleh tentera India kerana mereka tidak diberikan elaun tambahan dan amalan
diskriminasi yang diamalkan oleh pentadbiran British dalam soal kenaikan pangkat atau jawatan dalam
tentera.
• Tentera India diberi gaji yang lebih rendah dan mendapat Iayanan yang kurang baik daripada
pentadbiran British.
• Perkembangan mi memburukkan lagi keadaan di India yang membawa kepada penentangan terhadap
pemerintahan British.

Kesimpulan
• Pihak British berjaya mengawal Dahagi daripada tersebar ke selatan benua kecil India.
• Menjelang tahun 1858, Dahagi dapat ditumpaskan oleh British.
• Kegagalan Dahagi disebabkan oleh tidak wujud perpaduan dalam kalangan pemberontak.
• Malah Dahagi hanya tertumpu di beberapa kawasan yg terhad serta tidak disertai oleh seluruh rakyat
India.
• Pembesar-pembesar Sindhia, Holkar, pemerintah Rajput dan Sikh tidak menyertai pemberontakan ml.
• Sebahagian besar orang India yang pro British, tuan-tuan tanah dan golongan peniaga yang inginkan
pemulihan undang-undang dan peraturan tidak membantu pemberontak Dahagi.
• Namun demikian Dahagi telah menyebabkan British mengukuhkan cengkaman terhadap India dengan
melakukan perubahan dalam dasar dan sistem pentadbiran mereka.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
195
Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan meletusnya Perang Dunia Pertama (1914—1918).

Pendahuluan
 PD1 tercetus antara tahun 1914 hingga 1918 yang hanya melibatkan negara-negara Eropah.
 Pihak yang terlibat dalam perang mi ialah Triple Alliance (Perikatan Kuasa Tengah) dianggotai oleh
Jerman, Austria-Hungary, dan Itali dgn Triple Entente (Pakatan Bertiga) dianggotai oleh Rusia,
Penancis, dan Britain.
 Terdapat banyak faktor yang mencetuskan Perang Dunia Pertama.

Faktor-faktor PD1

1. kegagalan sistem pakatan


 Salah satu faktor tersebut ialah kegagalan sistem pakatan.
 asalnya, sistem mi berfungsi utk mewujudkan keseimbangan kuasa dlm kalangan negara-negara di
Eropah.
 Kegagalan sistem mi dapat dilihat apabila Britain hanya memberi sokongan kepada Rusia dan Perancis
pada Ogos 1914 setelah Jerman menyerang Belgium.
 Belgium merupakan negara berkecuali yang dijamin oleh negara-negara Eropah.
 Selain itu, ketidakstabilan politik terus berlaku di Eropah dan selepas tahun 1908, negara seperti
Serbia yang disokong Rusia telah menggunakan ketenteraan secara bebas
 sehingga menyebabkan sistem pakatan ini tidak mampu mengawal negara-negara yang melanggar
peraturan yang dipersetujui.

2. Imperialisme ekonomi
 Seterusnya, imperialisme ekonomi juga menjadi faktor yang menyumbang kepada Perang Dunia
Pertama.
 Negara-2 Eropah percaya bahawa sesebuah negara perlu memiliki tanah jajahan untuk menjadi kuasa
besar.
 Pada tahun 1890-an, Jerman telah merampas tanah jajahan di Afrika daripada negara-negara yang
dianggap lemah seperti Portugal dan Perancis.
 Itali pula cuba mendapatkan bekas tanah jajahan Turki Uthmaniyah dengan menakluki Cyrenaica dan
Tripoli dan menjadikannya tanah jajahan baharu yang dikenali sebagai Libya.
 Di samping itu, Britain pula berasa terancam dan memerlukan angkatan laut yang kuat bagi
melindungi empayarnya serta jalan perdagangan antarabangsa.
 Selain itu, Perancis mahu menyaingi Jerman di Morocco pada tahun 1911 dan persaingan ini hampir
menggugat kestabilan di Eropah.

3. Persaingan ketenteraan
 Pada tahun 1906, Britain telah menghasilkan HMS Dreadnought, iaitu sebuah kapal perang yang
canggih dan terhebat serta berkuasa tinggi.
 Tindakan Britain mi adalah untuk menyaingi angkatan tentera Jerman yang dianggap sebagai musuh
utama.
 Selain itu, Britain, Jerman, Rusia, dan Austria- Hungary telah menambah lebih 50% perbelanjaan
ketenteraan pada tahun 1908 hingga tahun 1914.
 Semenjak itu, golongan tentera semakin berkuasa dalam bidang politik dan pentadbiran di sesebuah
negara.

4. Persaingan ideologi
 Tambahan pula, Friedrich Nietzsche (pemikir Jerman) menyelar nilai-nilai masyarakat borjois Eropah
dan pengikut-pengikutnya telah menawarkan pembebasan din daripada nilai-nilai liberal dan rasional
yang dianggap rnengongkong generasi baharu pada awal abad ke-20.
 Idea mi menjadi sangat popular dalam kalangan intelek muda di Jerman, Rusia, dan Serbia.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
196

5. Tiupan patrilotisme melalui sistem pendidikan


 Selain itu, sistem pendidikan telah meniupkan semangat patriotik menyemai bibit-bibit peperangan.
 Persatuan-persatuan di Jerman diasuh supaya mengagungkan peperangan dan ciri-ciri keperwiraan
 manakala pendidikan sejarah di Perancis mengingatkan para rakyatnya tentang kemungkinan
berlakunya perang dan melakukan segala persiapan.

6. Peristiwa pembunuhan waris takhta Austria-Hungary


 Peristiwa pembunuhan waris takhta Austria-Hungary, Archduke Franz Ferdinand, dan isterinya,
Dutchess Sophie di Sarajevo pada 28 Jun 1914 menjadi sebab serta-merta seluruh Eropah terlibat
dalam PD1.
 Mereka telah ditembak oleh seorang pemuda Serbia yang merupakan ahli kongsi gelap Black Hand.
 Sebelum itu, golongan nasionalis Bosnia berketurunan Serb yang juga ahli anti-Austria telah memberi
amaran kepada bakal raja Austria itu,
 tetapi beliau tidak menghiraukan amaran tersebut dan peristiwa pembunuhan tragik itu telah berlaku.

Kesimpulannya,
 persaingan antara kuasa-kuasa di Eropah khususnya dalam bidang ekonomi dan politik menyebabkan
benua Eropah terheret dalam kancah Perang Dunia Pertama.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
197
Huraikan kesan-kesan Perang Dunia Pertama (1914 — 1918)

Pendahuluan
 PD1 tercetus antara tahun 1914 hingga 1918 yang hanya melibatkan negara-negara Eropah.
 Pihak yg terlibat dalam perang ini ialah Triple Alliance (Perikatan Kuasa Tengah) dianggotai oleh
Jerman, Austria-Hungary dan Itali, dan Triple Entente (Pakatan Bertiga) dianggotai oleh Rusia,
Perancis, dan Britain.
 Terdapat pelbagai kesan yang dapat kita lihat khususnya dalam bidang politik, ekonomi, dan sosial.

Kesan-kesan Perang Dunia Pertama

1. Menamatkan pemerintahan beraja di Russia


 Kesan Perang Dunia Pertama dalam bidang politik ialah menamatkan pemerintahan beraja yang
memerintah Rusia selama 400 tahun.
 Kerajaan Rusia kehilangan sokongan daripada golongan petani dan pekerja kerana tidak membela
nasib mereka ketika ekonomi merosot.
 Vladimir Lenin telah menggulingkan pemerintahan beraja dan membentuk sebuah kerajaan komunis
yang pertama di dunia.
 Lenin juga telah menandatangani Perjanjian Brest-Litovsk pada 3 Mac 1918 bagi menamatkan perang
dengan Jerman dan Austria.
 Melalul perjanjian in Rusia kehilangan 14 wilayahnya di Eropah yang diserahkan kepada Jerman serta
3/4 sumber arang batu dan besi.
 Selain itu, Parti Komunis telah ditubuhkan dan seterusnya terbahagi kepada dua, iaitu Mensheviks
yang dipimpin oleh Julius Martov dan Bolsheviks pimpinan Vladimir Lenin.

2. Kaiser Wilhem II bersetuju untuk turun takhta di Jerman


 Selain itu, terdapat kesan politik di Jerman apabila Kaiser Wilhem II bersetuju untuk turun takhta dan
 Parti Sosialis Demokrat pimpinan Friedrich Ebert mbtk sbh krajaan republik yg dikenali sbg Republik
Weimer.

3. Dinasti Habsburg ditamatkan di Austria-Hungary


 Kerajaan Austria-Hungary mengalami kemusnahan apabila Dinasti Habsburg ditamatkan.
 Keadaan mi menyebabkan berlakunya pemberontakan yang dicetuskan oleh bangsa-bangsa yang
pernah dikuasainya seperti Pole, Slovak, Finn, Lithuania, dan Czech.
 Kejayaan pemberontakan tersebut menyebabkan lahirnya negara-negara baharu seperti Yugoslavia,
Czechoslovakia, Finland, Hungary, Latvia, Lithuania, Estonia, dan Rumania.

4. Perjanjian Versailles telah dimeterai


 Selain itu, Perjanjian Versailles telah dimeterai bertujuan untuk menamatkan Perang Dunia Pertama.
 Perjanjian mi dilihat tidak adil apabila pihak yang kalah dipaksa menerima syarat-syarat yang berat
sebelah.
 Antaranya, Jerman terpaksa menyerahkan 12% daripada jumlah penduduknya selain menyerahkan
13% daerahnya termasuk 3/4 hasil besi dan ¼ hasil arang batu.
 Bayaran ganti rugi dan pampasan perang yang tinggi juga dikenakan kepada Jerman selain jumlah
tentera dikurangkan daripada 400 000 kepada 200 000 menjelang 30 September 1919 dan 100 000
menjelang 31 Mac 1920.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
198

5. Liga Bangsa dibentuk


 Seterusnya, Liga Bangsa dibentuk bagi menjaga keamanan serta mengelakkan daripada berlakunya
peperangan.
 Hampir kesemua negara Eropah menyertai pertubuhan mi kecuali Rusia dan Amerika Syarikat dan
taraf kuasa besar diberikan kepada Britain, Perancis, Itali, dan Jepun.
 Bagaimanapun, ketiadaan Amerika Syarikat dan Rusia sebagai anggota telah melemahkan pertubuhan
mi dan akhirnya dibubarkan pada April 1945
 apabila pertubuhan mi gagal menghalang penaklukan Itali terhadap Habsyah dan penaklukan Jepun
terhadap Manchuria.

6. masalah inflasi
 Dan segi ekonomi pula, Jerman mengalami masalah inflasi kesan kekurangan bekalan makanan dan
catuan bahan makanan.
 Hal mi menyebabkan rakyatnya merusuh dan berlaku gerakan antikerajaan pada tahun 1917.
 Pada tahun 1922, nilai mata wang Jerman, Mark telah menjunam dan pengeluaran industri Jerman
turut terjejas.
 Di Rusia pula, sektor pertanian mengalami masalah apabila kekurangan tenaga buruh kerana empat
juta daripada mereka dikerah untuk menyertai tentera.
 Pemerintahan Tsar mengalami masalah dalam belanjawan kerana terpaksa mengalihkan peruntukan
dalam bidang pendidikan dan perumahan kepada keperluan ketenteraan.
 Manakala di Perancis, berlaku pertempuran yang menyebabkan keupayaan pengeluaran merosot
kepada 70% bagi arang batu, 81% bagi keluli, dan 63% besi.
 Selain itu, pasaran dunia telah diambil alih oleh Amerika Syarikat dan Jepun.

7. mengorbankan banyak nyawa


 Kesan sosial Perang Dunia Pertama ialah mengorbankan banyak nyawa yang tidak berdosa dan
kemusnahan harta benda yang bernilai AS$ 36 760 juta.
 Britain kehilangan 750 000 rakyatnya, iaitu 9% daripada jumlah penduduk lelakinya yang berumur 45
tahun ke bawah manakala bilangan yang cedera dianggarkan berjumlah dua juta orang.
 Selain itu, lebih kurang 1.4 juta rakyat Perancis terkorban dan 3.5 juta yang lain tercedera dan jumlah
mi melibatkan hampir 10% jumlah rakyat lelaki Perancis yang cergas.
 Tambahan pula, pencemaran udara dan bumi juga berlaku kesan penggunaan senjata kimia yang
meluas dalam pertempuran sengit seperti di Marne dan Somme.

Kesimpulan
 Secara ringkasnya, Perang Dunia Pertama telah mendatangkan kesan yang mendalam terhadap
seluruh rakyat di negara-negara yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.
 Melihatkan kesan dalam bidang politik, ekonomi dan sosial, tidak hairanlah Perang Dunia Pertama
diberi gelaran sebagai The Great War kerana peperangan mi telah mengubah landskap politik Eropah,
kemusnahan harta benda yang besar, dan jutaan nyawa yang terkorban.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
199
Terangkan faktor yang menyebabkan Perang Dunia Pertama tercetus pada tahun 1914. [STPM 2013; S6]

Pendahuluan
• Perang Dunia Pertama yang tercetus pada awal bulan Ogos 1914 merupakan peperangan yang
melibatkan Britain, Perancis, Rusia, Austria-Hungary, Belgium, Serbia, Itali, Bulgaria dan Turki.
• Peperangan mi bermula dengan serangan Jerman ke atas Belgium pada 4 Ogos 1914.
• Penyertaan Amerika Syarikat di pihak Britain-Perancis menyebabkan Jerman dan sekutunya dapat
ditewaskan.
• Terdapat beberapa faktor yang mendorong peperangan mi tercetus.

Isi-isi

1. Perlumbaan Senjata
• Perlumbaan dalam kalangan negara-negara Eropah untuk memajukan kelengkapan perang
merupakan salah satu faktor yang menyebabkan perang dunia pertama tercetus.
• Negara Jerman dan Britain bersaing untuk meningkatkan kekuatan tentera laut masing-masing.
• Umpamanya menjelang tahun 1909, Britain memiliki lapan kapal perangjenis Dreadnought.
• Kuasa-kuasa besar seperti Britain, Jerman, Perancis, Itali, Austria-Hungary dan Rusia mengeluarkan
perbelanjaan yang tinggi untuk meningkatkan kekuatan masing-masing.

2. Imperialisme Kuasa-Kuasa Barat


• Revolusi perindustrian yang bermula di Britain menyebabkan kuasa-kuasa barat berlumba-lumba
untuk menguasai tanah jajahan bagi mendapatkan bahan-bahan mentah dan pasaran.
• Umpamanya Jerman dan Perancis bertelingkah untuk menguasai Morocco sehingga menyebabkan
peperangan hampir tercetus.
• Britain bimbang dengan usaha Jerman untuk memperoleh tanah jajahan di Asia dan Afrika.
• Persaingan untuk menguasai tanah jajahan menimbulkan permusuhan dalam kalangan kuasakuasa
barat.

3. Kebangkitan Nasionalisme
• Kebangkitan semangat nasionalisme yang melampau dalam kalangan negara-negara Eropah
mencetuskan permusuhan sesama mereka.
• Umpamanya sikap orang Jerman yang menganggap din mereka sebagai bangsa-tuan menyebabkan
mereka tidak dapat menerima kebangkitan negara Eropah lain.
• Semangat nasionalisme mendorong Perancis untuk mendapatkan kembali wilayah Alsace dan Lorrain
yang diserahkan kepada Jerrnan selepas kekalahan dalam Perang Perancis-Rusia (1870- 1871)

4. Pengaruh Autokrasi
• Golongan aristokrat dan elit yang menerajui pemerintahan di Jerman, Rusia dan Austria-Hungary
memainkan peranan dalam mencetuskan Perang Dunia Pertama.
• Golongan mi menggunakan perang sebagai alat untuk mengukuhkan kekuasaan dan pengaruh
mereka.
• Umpamanya Maharaja Jerman, Kaiser Wilhem II bercita-cita untuk mewujudkan empayar Jerman yang
kuat dan berpengaruh di benua Eropah.
• Baginda membelanjakan sebahagian besar kekayaan negara untuk mengukuhkan sistem pertahanan
negara.
• Tindakan Maharaja Kaiser Wilhem 11 telah menimbulkan perasaan curiga dan kebimbangan kuasa-
kuasa barat yang lain.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
200
5. Pakatan Ketenteraan
• Kemunculan pakatan tentera telah menyebabkan negara-negara Eropah terbahagi kepada dua blok
yang saling bertentangan antara satu sama lain.
• Kemunculan pakatan mi berpunca daripada permusuhan antara Perancis dan Jerman.
• Pada tahun 1879, Jerman telah membentuk pakatan tentera dengan Austria-Hungary yang dikenali
sebagai Perikatan Berdua.
• Pada tahun 1882, Itali menyertai perikatan mi untuk membentuk Perikatan Bertiga.
• Pada tahun 1894, Rusia menjalinkan pakatan tentera dengan Perancis yang dikenali sebagai Pakatan
Berdua.
• Pada tahun 1907, Britain menyertai Perancis dan Rusia untuk menubuhkan Pakatan Bertiga bagi
menghadapi ancaman Jerman.
• Kemunculan pakatan tentera menambahkan kemungkinan tercetus Perang Dunia Pertama.

6. Krisis Balkan
• Permusuhan antara Austria-Hungary dengan Serbia menimbulkan ketegangan di rantau Balkan.
• Kerajaan Austria-Hungary menganggap negara Serbia menghasut rakyat berketurunan Serb berjuang
membebaskan din daripada pemenintahan Austria.
• Tambahan pula perkembangan nasionalisme etnik kalangan orang Serb ekoran gerakan Pan Slav
melahirkan sentimen anti Austria-Hungary.
• Penakiukan Bosnia dan Herzogovina oleh Austria-Hungary membangkitkan kemarahan Serbia dan
Rusia.
• Tambahan pula, Jerman menyokong tindakan Austria menakiuk Bosnia dan Herzogovina.
• Kemuncak kepada knisis Balkan adalah peristiwa pembunuhan Archduke Ferdinand, putera mahkota
Austria dan isterinya oleh seorang pemuda Serb pada 28 Jun 1914.
• Kerajaan Austria mengambil kesempatan mi untuk menghapuskan kedaulatan negeri Serbia.

Kesimpulan
• Perang Dunia Pertama ditamatkan menerusi beberapa perjanjian antara pihak yang menang dengan
pihak yang kalah
• Perjanjian Versaillers yang diadakan antara Jerman dengan pihak yang menang merupakan perjanjian
yang amat penting dan meninggalkan kesan yang amat mendalam terhadap serjarah Eopah
selanjutnya.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
201
Huraikan faktor-faktor tercetusnya Perang Dunia Kedua (1939 — 1945).

Pendahuluan
 Perang Dunia Kedua meletus selepas 20 tahun berakhirnya Perang Dunia Pertama.
 Perang mi berlaku sekitar tahun 1939 hingga 1945 dan dianggap sebagai peristiwa yang sangat tragik.
 Perang mi melibatkan dua pihak, iaitu Kuasa Berikat yang dianggotai oleh Amerika Syarikat, Britain,
Perancis, dan Rusia serta Pakatan Paksi yang disertai oleh Jerman, Itali, dan Jepun.

faktor-faktor tercetusnya Perang Dunia Kedua

1. pertembungan ideologi
 Antara sebab berlakunya Perang Dunia Kedua di Eropah ialah pertembungan ideologi, iaitu ideologi
demokrasi menentang fasisme dan nazisme.
 Fasisme dikaitkan dgn Benito Mussolini yg merupakan seorang diktator Itali antara tahun 1922 hingga
1943.
 Fahaman mi mengutamakan kepentingan negara melebihi kepentingan individu serta menekankan
dasar peluasan wilayah.
 Mussolini telah menakiuk Habsyah di Afrika dan tindakan tersebut mendapat kecaman antarabangsa
dan Liga Bangsa.
 Selain itu, beliau juga menggunakan kekerasan dan senjata kimia bagi menghapuskan penentangan
penduduk tempatan.
 Manakala Nazisme pula muncul di Jerman dan diasaskan oleh Adolf Hitler.
 Beliau telah dilantik sebagai Perdana Menteri pada tahun 1933 dan memiliki tentera peribadi (Parti
Nazi) serta mengetepikan perlembagaan dengan menumpaskan semua tentangan dalam negeri dan
melantik dirinya sebagai diktator Jerman pada tahun 1945.
 Nazisme juga mengutamakan kepentingan negara, mengagungkan bangsa Jerman, dan menyatukan
bangsa Jerman yang berselerak di Eropah Tengah dan Eropah Timur.

2. kelemahan Perjanjian Versailles


 Sebab kedua meletusnya Perang Dunia Kedua ialah kelemahan Perjanjian Versailles.
 Pemimpin Jerman tidak berpuas hati terhadap perjanjian tersebut.
 Hitler telah melanggar perjanjian tersebut dengan mengumumkan pembentukan Tentera Udara
Jerman.
 Selain itu, Jerman juga memperkenailcan semula dasar kerahan tenaga bagi membentuk tentera.
 Pada tahun 1936, tentera Jerman berjaya menawan kembali daerah Saar dan Rhineland yang
diberikan kepada Perancis.
 Pada tahun 1938, Hitler memasukkan Austria ke dalam Jerman.
 Pada September 1939, Jerman telah menyerang Poland.
 Britain dan Perancis mengisytiharkan perang terhadap Jerman dan bermulanya Perang Dunia Kedua.

3. desakan ekonomi
 Faktor ketiga ialah desakan ekonomi apabila harga saham di Bursa Saham New York mengalami
kemerosotan pada tahun 1929.
 Gandum yang merupakan hasil utama Amerika Syarikat, Kanada, serta negara di Eropah Tengah dan
Eropah Timur mengalami kejatuhan harga menyebabkan para petani sukar untuk memasarkannya
sehingga mereka jatuh miskin.
 Masalah pengangguran semakin ketara dan ramai rakyat mengalih sokongan kepada parti
pembangkang pimpinan Adolf Hitler.
 Hitler telah menawan Austria dan Czechoslovakia bagi mendapatkan bahan mentah dan pasaran bagi
Jerman.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
202
4. sikap negara-negara yang terlibat
 Seterusnya, sikap negara-negara yang terlibat juga menjadi faktor kepada Perang Dunia Kedua.
 Amerika Syarikat mula menonjolkan din dan keluar dan dasar pemencilan yang diamalkan sejak sekian
lama.
 Hal mi kerana AS berasa terancam dengan dasar peluasan kuasa Jepun dan curiga dengan sikap
Britain.
 Menjelang tahun 1930-an, Jepun cuba bersaing dengan Britain untuk menguasai perdagangan di China
 manakala Britain yakin bahawa mereka tidak akan dapat menewaskan Jepun sekiranya mereka
berperang.
 Oleh itu, Britain sanggup bersekongkol dengan Jepun.

5. nasionalisme melampau atau Ultranasionalisme


 Lain pula halnya di Asia, sebab utama tercetusnya Perang Dunia Kedua di benua mi adalah disebabkan
nasionalisme melampau atau Ultranasionalisme.
 Kita Ikki telah membawa aliran baru nasionalisme di Jepun.
 Beliau mencadangkan pembentukan semula negara Jepun oleh tentera dan dilakukan atas nama
maharaja.
 Pada tahun 1927, sebuah organisasi sulit ditubuhkan oleh pegawai-pegawai muda tentera bertujuan
merancang perubahan politik Jepun.
 Kemunculan nasionalisme melampau dalam kalangan tentera adalah disebabkan oleh kemerosotan
politik berparti dan masalah kemelesetan ekonomi.
 Selain itu, golongan tentera juga merampas kuasa pemerintahan Jepun kesan pegawai-pegawai
kerajaan yang sering memberi dan menerima rasuah.

6. Jepun memerlukan bahan mentah dan pasaran dan luar


 Dan segi keperluan ekonomi pula, Jepun memerlukan bahan mentah dan pasaran dan luar negara
kerana pasaran domestik yang lemah serta bahan mentah yang terhad.
 Antara tahun 1932 hingga tahun 1937, Jepun memberi tumpuan sepenuhnya kepada Manchuria yang
kaya dengan arang batu dan besi. Wilayah Manchuria turut menjadi rebutan negara China.
 Oleh itu, pada tahun 1937, Perang China-Jepun telah meletus dan Jepun berjaya menewaskan China.

 Amerika Syarikat pula berusaha menghentikan pendudukan Jepun di China dengan mengenakan
sekatan ekonomi terhadap Jepun seperti melarang semua eksport ke Jepun serta membekukan harta
Jepun di Amerika Syanikat.
 Britain dan Belanda juga telah menyekat kemaraan Jepun sehingga Jepun kehilangan sumber minyak
yang penting untuk melaksanakan dasar imperialismenya.

7. keselamatan negara
 Punca terakhir ialah keselamatan negara. Yoshida Shion, seorang intelek Jepun mencadangkan supaya
Jepun mengukuhkan pertahanannya dengan memajukan Pulau Hokkaido, menakluki Kepulauan
Ryukyu, menguasai Manchuria, Formosa (Taiwan), dan menjadikan Korea sebagai negeri naungan.
 Yamagata Arimoto memperkenalkan konsep garis kepentingan negara, laitu kawasan berhampiran
Jepun akan mempengaruhi keselamatan Jepun dan mi menyebabkan Jepun meluaskan garis
keselamatan Korea dan utara China.
 Hal mi menunjukkan bahawa Jepun mahu mengukuhkan keselamatan negara dengan menakluk
negara-negara jiran.

Kesimpulannya,
 Perang Dunia Kedua menyaksilcan kerakusan pemimpinpemimpin negara tertentu cuba bertindak
menyaingi antara satu sama lain.
 Ruang lingkup Perang Dunia Kedua lebih luas jangkauannya yang turut melibatkan benua Eropah, Asia,
Afrika dan Kepulauan Pasifik.
 Keperitan dan kesengsaraan yang diratapi pihak terlibat memungkinkan generasi han mi trauma
dengan peperangan dan cuba mengelak daripada berlakunya Perang Dunia Ketiga.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
203
Huraikan kesan-kesan Perang Dunia Kedua.

Pendahuluan
 Perang Dunia Kedua berlaku sekitar tahun 1939 hingga 1945.
 Perang mi melibatkan dua pihak, iaitu Kuasa Berikat yang dianggotai oleh Amerika Syarikat, Britain,
Perancis, dan Rusia serta Pakatan Paksi yang disertai oleh Jerman, Itali, dan Jepun.

Kesan-kesan PD2

1. muncul dua kuasa besar baharu


 Selepas berakhirnya PD2, muncul dua kuasa besar baharu, iaitu Amerika Syarikat dan Soviet Union.
 Kedua-dua kuasa mi berada dalam satu pakatan yang sama semasa Perang Dunia Kedua tercetus.
 Benua Eropah terbahagi kepada dua blok, iaitu Eropah Timur yang pro-komunis dan Eropah Barat
yang pro-demokrasi.
 Jerman juga terbahagi kepada dua, iaitu Jerman Timur yang menerima pengaruh komunis dan Jerman
Barat di bawah pengaruh demokrasi manakala Tembok Berlin memisahkan kedua-dua blok mi.
2. Penubuhan PBB
 Selain itu, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1945
 setelah Liga Bangsa gagal mengelakkan berlakunya Perang Dunia Kedua.
 PBB membuka keahlian kepada semua negara anggotanya dan sebuah Majlis Keselamatan dibentuk
bagi mengawal keselamatan antarabangsa.
3. melemahkan kuasa-kuasa Barat dan dekolonisasi
 Perang Dunia Kedua telah melemahkan kuasa-kuasa Barat sehingga mereka tidak lagi mampu
mempertahankan empayar masing-masing dan terpaksa memberikan kemerdekaan kepada tanah
jajahan.
 Sebagai contoh, Britain yang hampir bankrap dan segi ekonomi telah memberikan kemerdekaan
kepada India pada tahun 1947 dan pada tahun benikutnya, Myanmar dan Sri Lanka mendapat
kemerdekaan.
 Amerilca Syarikat juga membeni kemerdekaan kepada Filipina pada tahun 1946 dan Indonesia
mencapai kemerdekaan pada tahun 1949 daripada Belanda.
 Selain itu, Perancis yang tidak mampu menyekat nasionalis Vietnam pimpinan Ho Chi Minh turut
melepaskan wilayah jajahannya, iaitu Algiers dan beberapa buah negara di Afnika.
4. Pihak SCAP mengambil alih pentadbiran Jepun
 Di Jepun, Pihak Bersekutu yang dikenali sebagai Supreme Commander for the Allied Powers (SCAP)
pimpinan Jeneral Douglas MacArthur telah mengambil alih pentadbiran Jepun bermula pada bulan
September 1945 hingga April 1952.
 SCAP telah membubarkan angkatan tentera Jepun menjelang Disember 1945 dan kilang-kilang senjata
dimusnahkan.
 Selain itu, SCAP menggalakkan penubuhan koperasi pertanian di setiap kampung serta kurikulum
pendidikan disusun semula.
 Semua sukatan yang berunsurkan ketenteraan dan ultranasionalis dihapuskan dan digantikan dengan
sukatan pelajaran yang menyemai sifat demokrasi, bertanggungjawab, dan individualisme.
Kesimpulan
 Sesungguhnya Perang Dunia Kedua memberi kesan mendalam terhadap senario politik antarabangsa
dalam dekad-dekad seterusnya.
 Dua kuasa besar muncul menjadi superpowers, iaitu Amerika Syarikat dan Soviet Union yang masing-
masing menjadi pemimpin ideologi dunia.
 Amerika Syarikat menjadi jaguh ideologi demokrasi manakala Soviet Union menjadi jaguh ideologi
komunis.
 Kedua-dua kuasa cuba melebarkan ideologi berkenaan ke seluruh pelusuk dunia.
 Keadaan menjadi lebih parah apabila benua Eropah terbahagi kepada dua blok, iaitu blok komunis
(Timur) dan blok demokrasi (Barat) setelah terdirinya Tembok Berlin.
 Di Asia, dua negara berpecah mengikut ideologi yang dianuti sehingga hari ini iaitu Korea dan
Vietnam.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
204
Bincangkan penglibatan Jepun dan Jerman dalam Perang Dunia Kedua. [STPM 2014 S5]

Pendahuluan
• Perang Dunia II bermula pada tahun 1939 dan telah berlangsung selama 6 tahun,
• pada mulanya perang ini merupakan konflik yang berlaku antara Jerman dan Itali pada satu pihak
dengan pihak Britain dan Perancis pada satu pihak.
• Jerman dan Itali digelar sbg kuasa Paksi sementara Britain dan Perancis dikenali sbg Pihak Bersekutu.
• Pada waktu itu dua kuasa besar dunla iaitu Kesatuan Soviet dan AS belum menyertai perang tersebut.
• Perang Dunia II sebenarnya berlaku pada tahun 1941 dengan penyertaan Kesatuan Soviet, Kanada,
Australia, New Zealand, Amerika Syarikat, China dan Jepun dalam perang tersebut.
• Akhimya Perang Dunia II tamat pd 1945 apblPerjanjian Damai ditandatangani pihak-2 yang terlibat.

Penglibatan Jepun dan Jerman dalam Perang Dunia Kedua


1. Faktor Keganasan Jepun.
• Jepun telah menjadi kuasa besar di Timur selepas berjaya mengalahkan Rusia pada tahun 1905,
• Jepun merupakan penyokong Pihak Berikat semasa Perang Dunia I, ini membolehkannya menguasai
jajahan-jajahan sekutunya Jerman di Timur.
• Jepun terpaksa menyerahkan kembali jajahan di bawahnya selepas Perang Dunia I tamat, keadaan ini
telah menyebabkan Jepun menghadapi kekurangan bahan mentah.
• Mulai tahun 1931, Jepun di bawah kepimpinan tentera meIancaIkan keganasan dan penjajahan
dengan menggunakan Slogan “Asia untuk Asia “.
• Pada 1931 dan 1933 Jepun menyerang Manchuria China Utara wlp dibantahi oleh China dan Rusia.
• Selain bermatlamat meluaskan tanah jajahannya di Asia, penjajahan Jepun juga sebagai usaha
mengatasi masalah kesesakan penduduknya.
• Pada tahun 1933, Jepun telah menarik din daripada Ikatan Bangsa.
• AhIi Ikatan Bangsa lain seperti Perancis dan Britain tidak mengambil apa-apa tindakan atas keganasan
ini, keadaan ini telah menyebabkan Jepun semakin agresif.
• Pada tahun 1937, berlakunya Perang China-Jepun sehingga Oktober 1938, Jepun berjaya rnenguasai
pelabuhan pelabuhan penting seperti Shanghai, Nanking, Hankow dan Canton.
• Amerika Syarikat cuba mengawal serangan ini dengan menyekat bekalan bahan perang ke Jepun.
• Keadaan ini telah menyebabkan Jepun terus marah dan terus mengambil keputusan menyerang AT
• Penglibatan Jepun dalam dua peperangan pada satu masa telah menyebabkan berlakunya bebanan
terhadap ekonominya.
• Disember 1941, Jepun menyerang Pelabuhan Pearl di Amerika terus membawa kpd Perang Dunia II.
2. Faktor Perluasan Kuasa Hitler
• Pada bulan Oktober 1934, Hitler menarik Jepun keluar dan Ikatan Bangsa serta melancarkan
perluasan kuasa. Sebelum mara ke kawasan Rhineland, Hitler telah melaksanakan kerahan tentera di
dalam tentera Jerman keadaan ini telah melanggar Perjanjian Versaillers.
• Pada tahun 1938, beliau mara ke Austria (1938) dan menaklukinya dengan mudah,
• pada bulan Mel 1938, Hitler menubuhkan Kesatuan Jerman Austria pula dinamakan sebagai ‘Anchkuss
• Rampasan yang mudah itu telah mendorong Hitler untuk meneruskan lagi polisi keganasannya.
• Sasaran seterusnya oleh Hitler ialah Sudentenland di Czecholovakia.
• Pada bulan Mel 1939, seluruh Czechoslavakia dikuasai oleh Jerman.
• Beliau tidak menepati janji 1939) laitu tidak menuntut sebarang wilayah di Eropah.
• Ketika itu Jerman mula menyedari akan ketamakan Hitler,
• Justeru itu Britian dan Peranchis telah memberikan jaminan untuk melindungi Poland, Yunani dan
Romania daripada dicerobohi oleh Jerman.
• Selepas itu, Hitler telah menuntut bandar Danzig dan Polish Corridor diserah kepada Jerman supaya
mempunyai tempat yang Iebih besar untuk hidup dan pelabuhan bebas tetapi ini telah ditolak.
• Pada 1 September 1939, tentera Jerman telah melanggar Poland, iceadaan ini telah memaksa Britain
dan Perancis mengisytiharkan perang terhadap Jerman dengan ini bermulalah Perang Dunia II.
Kesimpulan
• Perang dunia Kedua melibatkan dua kuasa besar iaitu pihak Berikat dengan pihak fasis.
• Penakiukan tentera Jerman di Poland dan serangan tentera udara Jepun di Pearl Harbour di Hawaii
• Membuktikan polisi ofensif Jerman dan Jepun telah mencetuskan api peperangan yang menyebabkan
kehilangan ratusan ribu nyawa orang awam dan kemusnahan harta benda.
____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
205
Nilaikan sejauh manakah penglibatan Jepun dalam Perang Dunia Kedua 1942-1945 disebabkan oieh
ketegangan hubungannya dengan Amerika Syarikat.

Pendahuluan
 Perang Dunia Kedua berlaku selepas 20 tahun Perang Dunia Pertama.
 Sebagaimana Perang Dunia Pertama, peperangan ini juga bermula di Eropah dan kemudiannya
merebak ke negara-negara Asia.
 Perang Dunia Kedua bermula di Eropah pada tahun 1939 apabila Jerman menyerang Poland.
 Di rantau Pasifik, Jepun menyerang Pangkalan tentera laut di Pearl Harbour, Hawaii pada 7 Di sember
1941 dan ini menyebabkan Amerika Syarikat menyertai pihak Bersekutu dalam Perang Dunia Kedua.
 Antara pihak yang terlibat dalam Perang Dunia Kedua ialah Kuasa Paksi yang terdiri daripada Jerman,
Itali dan Jepun dan Kuasa Bersekutu (Berikat) yang terdiri daripada Britain, Perancis, Rusia dan
Amerika Syarikat.
 Faktor utama Jepun terlibat dengan Perang Dunia Kedua ialah kerana ketegangan hubungannya
dengan Amerika Syarikat.
 Walaupun demikian, terdapat juga faktor-faktor lain yang mendorong penglibatan Jepun dalam
peperangan tersebut.

Faktor-faktor Ketegangan hubungan Jepun- AS menyebabkan Perang Dunia Kedua.

1. Pencerobohan Jepun di Manchuria, China.


 Apabila tentera Jepun menduduki Manchuria dan seterusnya menceroboh negara China, negara-
negara Barat terutama Amerika Syarikat telah memprotes tindakan Jepun.
 Amerika telah bertindak balas dan mendesak Jepun keluar dan negara China atau menghadapi
sekatan perdagangan dari Amerika dan disokong oleh beberapa negara-negara lain.
 Apabila Jepun tidak menghiraukannya, Amerika telah melaksanakan amarannya.
 Pada awal 1941 kiriman besi keluli, logam-logam yang diperlukan, mesin-mesin, gasolin mutu tinggi
serta jentera dan pelan membuat gasolin dari Amerika ke negeri Jepun telah terbengkalai.

2. Sikap agresif Jepun.


 Pihak Jepun tidak berganjak sebaliknya menunjukkan sikap yang Iebih agresif dengan melancarkan
serangan ke atas Indochina path Julai 1941.
 Sebenarnya Jepun telah mendapat kebenaran memasuki Indochina sejak bulan Mac dan pihak
herkuasa Perancis di situ.
 Sikap berani Jepun menambah kemarahan Amerilca menyebabkan Amerika bertindak lebih tegas.
 Bermula Julai, Amerika telah menyekat semua eksport ke negara Jepun di Amerika.

3. Peningkatan ketegangan hubungan.


 Tindakan Amerika dan sekutunya itu menyebabkan hubungan Amerika-Jepun menjadi semakin serius.
 Tindakan Amerika telah menjejaskan kedudukan Jepun.
 Navy Jeneral Staff telah memberi amaran kepada Kerajaan Jepun bahawa dengan sekatan itu
berrnakna Jepun mempunyai kemampuan bertahan selama dua tahun dan jika tidak tindakan diambil
sehingga Oktober, kedudukan Jepun akan menjadi lebih terancam.
 Perdana Menteri Putera Konoye telah berusaha mengadakan perundingan dengan Amerika tetapi
gagal.
 Akibatnya beliau meletakkan jawatan pada bulan Oktober diganti oleh Jeneral Tojo Hideki.
 Sebelumnya pemimpin-pemimpin Jepun terutama pihak tentera telah mengambil keputusan akan
berperang dengan Amerika jika perundingan terutama mengenai bekalan minyak tidak dapat
diselesaikan.
 Apa yang dijangka memang berlaku apabila perundingan gagal kerana Arnerika mendesak Jepun
keluar dari China dan Indochina.
 Dengan itu peperangan tidak dapat dielakkan.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
206
4. Penghijrahan penduduk Jepun ke AS
 Pencluduk Jepun bertambah dan setahun ke setahun.
 Pada tahun 1872 jumlah penduduknya ialah seramai 35 juta kemudian pada tahun 1930 meningkat
kepada 65 juta orang.
 Pertambahan ini menyebabkan ramai yang keluar berhijrah dan salah satu destinasinya ialah Arnerika
Syarikat
 Selepas tahun l900 terdapat kira-kira 24 000 orang Jepun yang berhijrah ke Amerika Syarikat.
 Pada 1910 terdapat kira-kira 72 000 orang Jepun di California dan pada 1920 terdapat kira-kira 110
000 orang Jepun di kawasan Pantai Laut Pasifik.

 Kemasukan orang-orang Jepun yang begitu ramai telah menimbulkan kebimbangan kepada kerajaan
Amerika dan langkah-langkah telah diambil untuk menyekat kemasukan orang Jepun ke Amerika.
 Pada 1907 satu perjanjian telah dibuat antara Amerika-Jepun yang diberi nama “Perjanjian
Persefahaman”
 (Gentlement Agreement) di mana kerajaan Jepun bersetuju tidak akan mengeluarkan pasport buruh
untuk orang Jepun di Amerika.
 Sebelumnya iaitu pada 1902 Presiden Roosevelt telah mengadakan undang-undang menyekat
kemasukan orang Jepun ke Hawaii.
 Undang-undang yang melarang kemasukan orang Jepun dikuatkuasakan apabila Undang-undang
Imigresen ditandatangani oleh Presiden Coolidge pada 1924.
 Orang-orang Jepun telah digolongkan sama dengan orang-orang Asia yang lain.

 Tindakan kerajaan Amerika itu telah menimbulkan kemarahan orang-orang Jepun kerana ia dianggap
satu penghinaan kepada orang Jepun.
 Tuan Hanahira,, menteri Jepun ke Washington sendiri telah memberi amaran kepada Amerika bahawa
tindakan itu akan menimbuikan akibat yang buruk.
 Rasa marah orang Jepun semakin memuncak apabila pada 1931 kerajaan negeri California telah
mengadakan undang-undang tidak akan memberi kerakyatan kepada orarig Jepun.
 Tindakan ini dianggap keterlaluan.

• Pemimpin politik dan tentera serta golongan nasionalis telah menggunakan isu ini untuk memarakkan
perasaan anti-Amerika dan anti-Barat.
• Perasaan marah dan dendam Jepun terhadap Barat telah pun wajud sebelumnya.
• Jepun tidak dapat melupakan bagaimana Jepun terpaksa mengalah atas desakan tiga kuasa Barat
mengenai masalah Semenanjung Liaotung pada 1895.

Faktor-faktor lain menyebabkan Perang Dunia ke2

1. Peperangan di Eropah.
• Pada I Sept 1939 tentera Jerman telah menyerang Poland.
• Oleh sebab Britain dan Perancis mempunyal perjanjian dengan Poland, menyebabkan kedua-duanya
mengisytiharkan perang ke atas Jerman.
• Pada 1940 tentera Jerman telah berjaya menawan Perancis dan ini memberi pukulan hebat kepada
Britain.
• Ketika itu Amerika Syarikat bersikap berkecuali dan ini menambahkan lagi kesulitan pihak Britain
untuk menghadapi Jerman.
• Peperangan di Eropah dan kedudukan Britain serta Perancis yang terancam di menyebabkan kedua-
duanya tidak dapat memberi perhatian ke atas tanah jajahannya di timur.
• Kekosongan ini telah memberi peluang kepada Jepun yang selama ini menyimpan perasaan dendam
terhadap Barat untuk mengambil alih kuasa di timur.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
207

2. Hubungan baik antara Jepun dengan Jerman.


• wujud hubungan baik antara Jepun dengan Jerman terutama pada tahun 1940 apabila Jerman
memperoleh beberapa kemenangan di Eropah.
• Hubungan kedua-duanya bertambah rapat apbl Jepun menandatangani perjanjian dengan Jerman dan
Itali.
• Antara syarat perjanjian ialah salah satu dan mereka akan melibatkan diri dalam peperangan
membantu pihak yang terlibat dalam peperangan.
• Ini menunjukkan penglibatan Jepun dlm peperangan tersebut krn yakin Kuasa Paksi akan
membantunya.

3. Pembesaran Angkatan Laut.


 Sejak diadakan persidangan Washington pada 1921 — 1922 untuk mengehadkan perlumbaan senjata
(angkatan laut) dan
 seterusnya Persidangan Perlucutan Senjata di London pada 1930, kalangan pemimpin tentera dan
golongan nasionalis yang ekstrem telah menentangnya kerana Ia akan mengurangkan kekuatan
tentera Jepun.
 Pada bulan Disember 1934, pihak Jepun telah menyatakan bantahannya terhadap Persidangan
Washington itu dan menuntut kadar kekuatan yang sama di persidangan yang akan datang.
 Malangnya permintaan pihak Jepun tidak mendapat sambutan dan oleh sebab itu Jepun menarik diri
dari Persidangan Perlucutan Senjata yang akan diadakan di London pada 1935-1936.
 Dengan menarik diri telah memberi peluang kepada Jepun untuk membesarkan angkatan Iautnya.
 Sejak tahun 1937 Jepun telah rnembina angkatan lautnya secara besar-besaran yang dilakukan secana
rahsia.
 Sungguhpun kemudiannya pihak Amerika Syarikat dan Britain telah dapat mengesannya, perkara yang
tidak dapat disangkal lagi sejak 1940 Jepun telah mempunyai angkatan laut yang terkuat di Timur
Jauh.

4. Keadaan dalam negeri.


 Keadaan dalam negeri juga telah mempengaruhi Jepun terlibat dalam kancah peperangan.
 Pertama, bermula tahun l93l pemimpin tentera mula menguasai pucuk pimpinan.
 Sebahagian besar dari mereka berpendapat bahawa perluasan wilayah menyebabkan negara Jepun
tidak dapat mengelakkan diri dan melakukan pencerobohan dan mengenepikan kedaulatan negara-
negara jiran.

 Kedua, Jepun telah muncul sebagai negara perusahaan yang standing dengan negara Barat.
 Oleh itu Jepun memerlukan bahan mentah dan pasaran tetapi malangnya pasaran luar negara Jepun
tersekat oleh monopoli pihak Barat.
 Secara kebetulannya dalam tahun-tahun 1930-an Jepun mengalami kemelesetan akibat penglibatan
Jepun di negara China.
 Kegiatan tentera Jepun di China menyebabkan negara itu terpaksa membelanjakan ribuan juta yen.
 Yang lebih malang rakyat terpaksa menanggung cukai.
 Oleh itu bagi pemimpin-pemimpin Jepun dengan menguasai Korea, Manchuria, China dan seterusnya
Asia Tenggara akan dapat mengatasi masalah ekonomi dan tidak lagi bergantung pada Negara-negara
Barat.

Kesimpulan
• Faktor utama ialah konflik antara Jepun dan Amerika Syarikat.
• Jepun menyerah apabila bom atom digugurkan di Hiroshima dan Nagasaki.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
208
Nilaikan kesan-kesan Perang Dunia Kedua 1939 - 1945 ke atas negara-negara yang terlibat.

Pendahuluan
 Perang Dunia Kedua tercetus apabila Jerman bertindak melancarkan serangan terhadap Poland pada 1
September 1939.
 Di rantau Pasifik, Jepun menyerang Pangkalan tentera laut di Pearl Harbour, Hawaii pada 7 Disember
1941 dan ini menyebabkan Amerika Syarikat menyertai pihak Bersekutu dalam Perang Dunia Kedua.
 Peperangan ini berakhir apabila Jepun menyerah kalah secara rasmi pada 2 September 1945.
 Peperangan ini telah meninggalkan kesan yang amat mendalam dalam bidang politik ekonomi, dan
sosial terhadap negara-negara yang terlibat.

1. Politik; perpisahan wilayah Jerman.


• Jerman terbahagi kepada Jerman Timur dan Jerman Barat.
• Jerman Timur berideologi komunis; Jerman Barat berideologi demokrasi.
• Tembok Berlin didirikan untuk mengasingkan kedua-dua buah kerajaan Jerman.

2. Perang Dingin.
• Hubungan tegang antara dua Amerika Syarikat Jan Rusia — muncul sebagai kuasa besar dunia.
• Amerika Syarikat memperjuangkan penubuhan kerajaan demokrasi di Eropah Barat.
• Negara Eropah Timur dibebaskan oleh Rusia seperti Bulgaria, Romania, Poland, Hungary dan
Czechoslovakia berada di bawah pemerintahan komunis
• Perang berlanjutan hingga keruntuhan negara komunis di Eropah Timur tahun 1989.

3. Penubuhan PBB.
• Para pemimpin nasionalis menentang imperialis Barat selepas perang.
• Tanah jajahan imperialis Barat mencapai kemerdekaan masing-masing.
• India — 1947, Burma-1948, Tanah Melayu-1957, Filipina — 1946, Indonesia - 1949.
• Hasrat kuasa besar dunia menubuhkan badan antarabangsa bagi menggantikan Liga Bangsa.
• PBB ditubuhkan pada bulan Oktober 1945.
• Berperanan menjaga keamanan clan keselamatan dunia.

4. Kesan ekonomi; kemerosotan ekonomi


• Kegiatan jertanian, perlombongan, perinclustrian dan perdagangan tergendala.
• Pengangguran meningkat.
• Inflasi berleluasa.
• Nilai mata wang telah jatuh.
• Negara terlibat rnenghadapi masalah kewangan akibat kos peperangan yang tinggi.

5. Kesan sosial; masalah pelarian.


• Lebih kurang 6 juta kumpulan etnik minoriti Jerman di Czechoslovakia dan Hungary menjadi pelarian.
• Ratusan ribu pekeija di Eropah Timur enggan kembali ke negara asal.
• Kematian disebabkan serangan bom, wabak penyakit, pembunuhan dan masalah kekurangan
makanan
• Anggaran 600 000 rakyat Jerman terkorban
• Rusia —7 juta orang awan dan 11 juta anggota tentera terkorban
• Amerilca Syarikat — 325 000 tentera terkorban

Kesimpulan
• Meninggalkan kesan yang menclalam
• Konflik masih berterusan

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
209
Huraikan faklor-faktor yang menyumbang kepada berlakunya Perang Dingin

Pendahuluan
 Perang Dingin dapat diistilahkan sebagai konflik antara blok kapitalis yang diterajui oleh Amerika
Syarikat dengan blok komunis yang dipimpin oleh Soviet Union sejak berakhirnya PD2 pada tahun
1945.
 Istilah ini dipopularkan oleh seorang kolumnis dan Amerika Syarikat, iaitu Walter Lippmann dan
digunakan secara meluas pada tahun 1947 apabila Doktrin Truman dilancarkan.
 Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada tercetusnya Perang Dingin.

Faktor-faktor Perang Dingin


1. tiada kesepakatan dalam rundingan
 Antara faktor tersebut ialah tiada kesepakatan dalam rundingan.
 Pemimpin Big Three Kuasa Berikat telah mengadakan satu pertemuan di Tehran, Iran pada tahun 1943
bagi membincangkan masa depan politik Eropah kerana Jerman semakin menghampiri kekalahan.
 Namun, dalam persidangan tersebut, Amerika Syarikat tidak memberi sebarang persetujuan tentang
kawasan yang akan dimiliki (konsesi) oleh Rusia di Eropah Tengah.
 Selain itu, Rusia yang diwakili oleh Joseph Stalin berharap agar Amerika Syarikat dan Britain membuka
second front melalui Perancis.
 Hal mi adalah untuk memudahkan Rusia menyerang Jerman dan sebagai ganjaran,
 Rusia berjanji akan membantu Amerika Syarikat dan Britain untuk menewaskan Jepun.

 Pertemuan kedua diadakan pada Februari 1945 di Yalta, Rusia.


 Joseph Stalin merasa bimbang akan ancaman Jerman dan mahu negara-negara Eropah Timur berada
di bawah pengaruh Rusia serta sebagai pelindung kepada Rusia.
 Namun, Presiden Amerika Syarikat, Franklin D. Roosevelt gagal menjelaskan dasar Amerika Syarikat
terhadap Eropah Timur.
 Keadaan tersebut mengakibatkan Joseph Stalin menganggap pihak Barat bersedia menerima
pengaruh Rusia di Poland sekiranya Rusia berundur dan Eropah Barat.
 Selain itu, persidangan terakhir di Potsdam, Berlin pada 17 Julai hingga 2 Ogos 1945 juga tidak berjaya
seperti yang diharapkan oleh Joseph Stalin disebabkan oleh isu penguasaan ke atas Eropah Timur dan
Eropah Tengah.

2. perbezaan ideologi antara blok Barat dengan blok komunis


 Faktor kedua ialah perbezaan ideologi antara blok Barat dengan blok komunis.
 Dari segi politik, blok Barat mengamalkan sistem demokrasi dan sistem pelbagai parti.
 Kerajaan yang memenintah adalah hasil undian rakyat menerusi pilihan raya umum.
 Manakala blok komunis pula menganjurkan sistem pemerintahan secara diktator dan hanya parti
komunis sahaja diiktiraf.
 Dan segi ekonomi, blok Barat mengamalkan sistem kapitalisme dengan prinsip pasaran bebas.
 Pemerintah mempunyai peranan yang terbatas dalam persaingan ekonomi dan mi menguntungkan
pelabur-pelabur yang bermodal besar serta berjaya meningkatkan persaingan dalam kalangan
pengusaha sehingga ekonomi negara turut meningkat.
 Blok komunis pula mengawal perdagangan bebas dan pemerintahnya memainkan peranan besat
 Hal mi menyebabkan perkembangan ekonominya perlahan kerana tiada persaingan.
 Dari sudut sosial pula, blok Barat memberi sepenuhnya kebebasan kepada mndividu seperti
kebebasan memilih kerajaan, kebebasan bersuara, hak asasi, dan sebagainya.
 Berlainan pula dengan blok komunis, rakyatnya mempunyai kebebasan yang terhad.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
210

3. kemelesetan ekonomi
 Faktor ketiga ialah kemelesetan ekonomi disebabkan pembiayaan Perang Dunia Kedua.
 Dalam Perang Dunia Kedua, Amenika Syanikat tidak menjadi medan peperangan dan hal mi
menyelamatkan negara tersebut daripada kemusnahan prasarana.
 Disebabkan hal mi juga, Presiden Harry S. Truman membuat pengisytiharan bahawa Amerika Syarikat
akan menolong setiap bangsa yang merdeka bagi berdepan dengan komunis.
 Justeru, Rancangan Marshall (Marshall Plan) diperkenalkan pada tahun 1948 bertujuan untuk
membangunkan ekonomi Eropah Barat di samping memerangi pengaruh komunis.
 Melalui rancangan tersebut, ekonomi Perancis, Jerman Barat, Itali, Belanda, Britain, dan lain-lain
berjaya dipulihkan.
 Namun, Rusia menolak bantuan Amenika Syarikat kerana berpendapat bahawa rancangan mi
merupakan helah Amerika Syarikat untuk campur tangan dalam pentadbiran negara lain.

4. kebimbangan Rusia terhadap ancaman Jerman.


 Kebimbangan mi berasaskan sejarah hubungan yang tegang antara Rusia dengan Jerman terutamanya
apabila Adolf Hitler melancarkan Operasi Barbarossa.
 Peristiwa tersebut merupakan salah satu usaha Jerman untuk menakiuk Rusia dan pada masa itu,
 Rusia menghadapi serangan Jerman bersendirian tanpa mendapat sebarang bantuan dan negara lain.
 Antara tindakan Adolf Hitler ialah mengarahkan 79 pasukan tenteranya menyerang Rusia di sempadan
sepanjang 2 000 batu.
 Operasi mi berlaku selama 900 hari dan dalam tempoh itu, 600 000 bom digugurkan oleh tentera
udara Jerman.
 Jerman memilih Rusia bagi mendapatkan tanah yang subur dan luas dan Hitler juga berpendapat
bahawa orang Rusia dan daerah lain yang bukan Aryan patut ditakluki dan dijadikan hamba kepada
bangsa Jerman.

Kesimpulannya,
 kedua-dua kuasa besar dunia, iaitu Amerika Syarikat dan Soviet Union merupakan pihak penting
dalam Perang Dingin.
 Kedua-duanya akan menggunakan apa sahaja cara untuk memperjuangkan kepentingan masing-
masing termasuklah pengintipan, kegiatan subversif, dan berperang secara tidak langsung melalui
sekutu mereka.
 Merekalah sebenarnya yang telah mencorakkan hubungan antarabangsa dalam tempoh Perang
Dingin mi.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
211
Huraikan peristiwa-peristiwa yang menyebabkan berlakunya Perang Dingin di Eropah dari tahun 1945
hingga 1955.

Pendahuluan
• Perang Dingin merujuk kepada keadaan tegang yang wujud antara Amerika Syarikat dengan Rusia.
• Perang Dingin bermula apabila Presiden Harry Truman mengisytiharkan “Doktrin Truman” pada tahun
1947.
Isi-isi penting
(a) Doktrin Truman
• Perang Dingin tercetus apabila Presiden Harry Truman mengumumkan segala bantuan kepada Rusia
dihentikan.
• Berasaskan Doktrin Truman, Amerika Syarikat berusaha menentang perluasan pengaruh Rusia.
(b) Tirai Besi
• Pada bulan Mac 1946, Winston Churchill mengumumkan bahawa terdapat “tirai besi” yang
memisahkan Eropah kepada dua blok.
• Pandangan mi menunjukkan wujud perpecahan antara Eropah Timur dan Eropah Barat.
(c) Rancangan Marshall
• Amerika Syarikat melancarkan Rancangan Marshall untuk membantu negara-negara Eropah
memulihkan ekonomi dan mengukuhkan pemerintahan demokratik.
• Rusia menolak Rancangan Marshall yang dianggap sebagai campur tangan Amerika Syarikat dalam hal
ehwal negara lain.
(d) Pertubuhan Kerjasama Ekonomi Eropah
• Penubuhan Pertubuhan Kerjasama Ekonomi Eropah untuk menguruskan Rancangan Marshall
menambahkan ketegangan antara Eropah Timur dan Eropah Barat.
• Amerika Syarikat membelanjakan sejumlah wang untuk menjalinkan kerjasama ekonomi dalam
kalangan negara-negara Eropah.
• Perkembangan mi merenggangkan hubungan antara Eropah Timur dan Eropah Barat.
(e) COMECON
• Selepas menolak Rancangan Marshall, Rusia menubuhkan Biro Penerangan Komunis Cominform untuk
menyelaraskan kegiatan parti komunis di Eropah.
• Pertubuhan mi juga mewujudkan kerjasama ekonomi bagi negara-negara Eropah Timur.
(f) Perkembangan komunis di Eropah Timur
• Selepas Perang Dunia Kedua, Rusia mula mengukuhkan kedudukan di Eropah Timur.
• Rusia menggunakan kekuatan tentera untuk membentuk kerajaan-kerajaan komunis di negaranegara
tersebut.
• Dasar perluasan pengaruh komunis menimbulkan ketegangan antara Eropah Timur dan Eropah Barat.
(g) Perkembangan politik di Eropah Barat
• Selepas Perang Dunia Kedua, negara-negara Eropah Barat menghadapi kesukaran untuk
membangunkan semula ekonomi mereka.
• Perkembangan mi menyebabkan parti-parti berhaluan komunis mendapat sokongan daripada rakyat
di Perancis dan Itali.
• Perkembangan mi menimbulkan kebimbangan Amerika Syarikat.
(h) Masalah perpecahan Jerman
• Jerman dibahagikan kepada empat kawasan yang ditadbir oleh Rusia, Amerika Syarikat, England dan
Perancis.
• Pentadbiran komunis diperkenalkan oleh Rusia di Jerman Timur.
• Amerika Syarikat, England dan Perancis mendirikan sebuah kerajaan bagi Jerman Barat.
• Perkembangan mi menyebabkan wujud perpecahan antara Jerman Timur dan Jerman Barat.
(i) Pengepungan Berlin
• Pada tahun 1948, hubungan antara Jerman Timur dan Jerman B arat menjadi buruk.
• Pada bulan Jun 1948, Rusia menutup semua laluan darat ke bahagian barat Berlin.
• Perkembangan ini menambahkan ketegangan antara Rusia dengan AS serta sekutu-sekutunya.
Kesimpulan
• Perang Dingin yang bermula di benua Eropah tersebar ke bahagian-bahagian lain di dunia.
• Perang mi berlanjutan hingga tahun 1980-an dan berakhir ekoran keruntuhan negara-negara komunis
di Eropah Timur pada tahun 1989.
____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
212
Bincangkan faktor-faktor yang menyebabkan tercetusnya Perang Dingin.
Pendahuluan
 Perang Dingin merujuk kepada keadaan tegang yang wujud antara Amerika Syarikat dengan Rusia.
 Perang Dingin bermula apabila Presiden Amerika Syarikat, Harry S. Truman mengisytiharkan “Doktrin
Truman” pada tahun 1947.
 Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan tereetusnya Perang Dingin antara Amerika Syarikat
dengan Rusia.
Isi-isi penting
1. Perbezaan ideology politik.
 Perbezaan ideologi antara Amerika Syarikat dan Rusia membawa Perang Dingin kerana:
o Sistem demokrasi yang diama]kan di Amerika membenarkan kebebasan bersuara.
o Sistem komunis di Rusia tidak memberi kebebasan tersebut kepath rakyat.
 Perbezaan mi tidak mewujudkan persefahaman antara Amerika Syarikat dan Rusia.
2. Perbezaan system ekonomi.
 Amerika Syarikat mahu menjalankan perdagangan bebas di seluruh dunia.
 Rusia enggan melibatkan diri dalam perdagangan antarabangsa khasnya dengan Barat kerana
bimbang pengaruh demokrasi boleh menghapuskan sistem komunis.
3. Konflik AS dan Rusia
 Dua kuasa mi sering berkonflik kerana masing-masing mahu menjadi kuasa utama di dunia
 Rusia berpeluang meluaskan pengaruh di Eropah Timur kerana negara yang bebas daripada pengaruh
Nazi itu terletak di bawah tentera Rusia.
 Amerika Syarikat menyekat pengaruh komunis menerusi bantuan kewangan kepada negara timur
Eropah.
 Ini membawa kecurigaan Rusia dan konflik antara mereka semakin besar
4. Perlumbaan senjata nuklear
 Kedua-dua kuasa berlumba-lumba untuk memperhebatkan kekuatan tentera masing-masing sebagai
persediaan menghadapi pihak lawan Persaingan
 Ini membawa kepada penciptaan senjata atom yang paling berbahaya sehingga ada menyebut Perang
Dingin sebagai Perang Atom.
5. Perubahan pucuk pimpinan.
 Perubahan pucuk pimpinan di Amerika Syarikat dan England menyebabkan hubungan antara kuasa-
kuasa besar menjadi tegang.
 Presiden Harry Truman mengamalkan dasar menyekat perluasan pengaruh Rusia.
 Beliau bertekad menggunakan pendekatan yang lebih agresif untuk menyekat perluasan pengaruh
Rusia berbanding presiden Amerika sebelumnya.
6. Zon Penampang
 Rusia mewujudkan “negara-negara satelit” (negara Eropah Timur) yang berperanan sebagai zon
penampan antara Rusia dengan negaranegara di Eropah Barat.
 Rusia menjadikan negara-negara Eropah Timur sebagai benteng untuk menghadapi ancaman musuh
daripada Eropah Barat.
7. Teori Domino.
 Pemimpin-pemimpin di Barat percaya kepada “teori Domina”.
 Mengikut teori ini, apabila sebuah negara dikuasai oleh komunis, maka satu demi satu negara lain
akan jatuh ke tangan komunis,
 Keadaan ini mencetuskan ketegangan antara Amerika Syarikat dengan Rusia.
8. Kekalahan Jepun dalam PD2
 Kekalahan Jepun pada bulan Ogos 1945 dalain Perang Dunia 2 menyebabkan hubungan antara kuasa-
kuasa besar (Amerika dan Rusia) menjacli semakin buruk.
 Kejayaan Amerika Syarikat menggugurkan bom atom di Jepun meningkatkan kebimbangan Rusia
terhadap dasar Arnerika Syarikat.
Kesimpulan.
 Perang Dingin telah menyebabkan negara kuasa-kuasa besar berlumba-lumba untuk menambahkan
senjata dan kekuatan tentera.
 Situasi ini telah menambahkan lagi kerenggangan hubungan antara Arnerika Syarikat dan Rusia.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
213
Perang Dingin yang berlaku telah meninggalkan pelbagai kesan. Huraikan kesan-kesan tersebut.

Pendahuluan
 Perang Dingin merujuk kepada konflik antara negara-negara komunis yang diketuai oleh Soviet Union
dengan negara-negara Barat yang diketuai oleh Amerika Syarikat.
 Perang Dingin berlanjutan hingga akhir tahun 1980-an.

Kesan-kesan Perang Dingin


1. Dunia terbahagi kepada dua blok
 Antara kesan Perang Dingin ialah dunia terbahagi kepada dua blok.
 Blok tersebut terdiri daripada blok kapitalis yang diterajui oleh Amerika Syarikat dan blok komunis
yang dipimpin oleh Soviet Union.
 Konflik antara kedua-dua blok mi turut dilambangkan oleh perpecahan dalam negara Jerman.
 Jerman terbahagi kpd dua pengaruh, iaitu Jerman Barat yg diduduki oleh Tentera Berikat serta
mengamalkan sistem demokrasi dan Jerman Timur diduduki oleh tentera Rusia dan mengamalkan
sistem komunis.
 Tembok Berlin dibina bagi memisahkan kedua-dua kawasan mi.

2. Ketegangan politik
 Tambahan pula, perbezaan sistem politik dan ekonomi yang diamalkan di kedua-dua blok mi
menimbulkan rasa curiga antara sam sama lain.
 Hal mi telah menimbulkan ketegangan politik. Justeru, kedua-dua blok telah membuat persiapan
ketenteraan bagi menghadapi segala kemungkinan terutamanya serangan kilat.
 Selain itu, blok komunis turut disertai oleh China selepas Parti Komunis China menang dalam perang
saudara di negara itu. Parti Komunis China membentuk kerajaan pada tahun 1949 di bawah pimpinan
Mao Tze-Tung.

3. Pakatan Tentera
 Selain itu, pada 1949, Amerika Syarikat dan sekutunya telah membentuk pakatan tentera yang
dinamakan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara atau North Atlantic Treaty Organization (NATO).
 Pakatan mi disertai oleh Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Jerman Barat, Kanada, Itali, Portugal,
Denmark, Norway, Belgium, Belanda, dan Luxemberg. Manakala Turki dan Jerman Barat menyertai
NATO pada 1955.
 Pertubuhan mi bertujuan untuk menyelamatkan negara anggotanya daripada ancaman komunis.

 Sebagai tindak balas, blok komunis menubuhkan Pakatan Warsaw pada tahun 1955 yang dianggotai
oleh Rusia dan semua negara di Eropah Timur.
 Selain itu, South-East Asia Treaty Organization (SEATO) yg ditubuhkan juga merupakan pakatan
antikomunis.
 Pakatan ini disertai oleh AS, Australia, Britain, New Zealand, Perancis, Filipina, Pakistan, dan Thailand.
 Pakatan mi bertujuan untuk menghalang pengaruh Rusia dan China di Asia Tenggara serta
menghalang pengaruh komunis daripada merebak ke Asia Selatan.

4. Persaingan kuasa besar


 Perang Dingin menyebabkan Negara-negara Dunia Ketiga menjadi rebutan antara dua kuasa besar,
iaitu Amerika Syarikat dan Soviet Union.
 Negara-negara tersebut tidak mahu berpihak kepada mana-mana kuasa.
 Mereka mengamalkan konsep berkecuali.
 Negara-negara Dunia Ketiga membentuk Pergerakan Negara-negara Berkecuali pada tahun 1961.
Kesimpulannya,
 Perang Dingin menyaksikan Amerika Syarikat dan Rusia berlumba-lumba melebarkan pengaruh
dengan melakukan pelbagai cara termasuk menawarkan bantuan ekonomi dan pertahanan kepada
Negara-negara yang berpihak kepada mereka.
 Walaupun dunia dikatakan terbahagi kepada dua blok, namun ada sebilangan negara khususnya
negara sedang membangun mengambil sikap berkecuali.
____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
214
Bincangkan polisi ekonomi dan politik Amerika Syarikat di Eropah semasa era Perang Dingin dari tahun 1945
hingga tahun 1955. [STPM 2015 ; S6]

Pendahuluan
 Perang Dingin merujuk keadaan tegang yang wujud antara Amerika Syaraikat dan Soviet Union.
 Perang Dingin bermula apabila Presiden Harry Truman mengisytiharkan Doktrin Truman pada tahun
1947.
 Antara tahun 1945 hingga 1955, berlaku beberapa peristiwa yang menyebabkan hubungan antara
Amerika Syarikat dan Soviet Union menjadi tegang.

1. Dokthn Truman
 Membendung dan mempertahankan Eropah Barat dari menjadi komunis
 Perang Dingin tercetus apabila Presiden Harry Truman mengumumkan segala bantuan kepada Soviet
Union dihentikan.
 Berasaskan Doktrin Truman, Amerika Syarikat berusaha menentang peluasan pengaruh Soviet Union
dan ideologi komunis.
 Perkembangan ini merenggangkan hubungan antara Amerika Syarikat dan Soviet Union.

Tirai besi
 Banyak Negara Eropah Barat menjadi komunis
 Pada Mac 1946, Winston Churchil mengumumkan bahawa terdapat tirai besi yang memisahkan
Eropah kepada dua blok iaitu blok komunis dan blok bukan komunis.
 Pandangan ini menunjukkan bahawa wujud perpecahan antara Timur dan Barat.
 Kewujudan tirai besi menyebabkan hubungan perdagangan antara blok-blok ini amat terhad.

2. Rancangan Marshall (Pemuliharaan ekonomi)


 Amerika Syarikat melancarkan Rancangan Marshall untuk membantu negara-negara Eropah
memulihkan ekonomi dan mengukuhkan pemerintahan demokratik.
 Soviet Union menolak Rancangan Marshall yang dianggap sebagai campur tangan Amerika Syarikat
dalam hal ehwal negara lain.
 Perkembangan ini merenggangkan hubungan antara Timur dan Barat dan mencetuskan Perang Dingin.

3. Pertubuhan Keijasama Ekonomi dan Eropah-’ 4 i€€, rwot/i


 Penubuhan Pertubuhan Keiasama Ekonomi Eropah untuk menguruskan Rancangan Marshall
menambahkan ketegangan antara Eropah Timur dan Eropah Barat.
 Amerika Syarikat membelanjakan sejumlah wang untuk menjalinkan kerjasama ekonomi dalam
kalangan negara-negara Eropah.
 Ekoran daripada bantuan tersebut Eropah Barat mengalami pemulihan ekonomi yang amat ketara.
 Pembangunan ekonomi menyebabkan penyebaran fahaman komunis dapat disekat di Eropah Barat.
 Perkembangan ini merenggangkan hubungan antara Eropah Timur dan Eropah Barat.

Kesimpulan
 Polisi Amerika Syarikat yang afirmative di Eropah pada era Perang Dingin berjaya mengekang
kemaraan ideologi komunis yang diketuai oleh Rusia.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
215
Bincangkan kesan Perang Dingin terhadap politik antarabangsa. [STPM 2014 S6]

Pendahuluan
• lstilah Perang Dingin diperkenalkan dan dipopularkan oleh penasihat Amerika Syarikat iaitu Bernard
Baruch pada tahun 1947.
• Perang Dingin menggambarkan perlumbaan terbuka antara Amerika Syarikat dengan Soviet Union
yang berlaku sejak tahun 1947 sehingga sistem komunis Soviet Union hancur pada tahun 1991.
• Perlumbaan ini dikenali Perang Dingin kerana tidak melibatkan pertempuran senjata secara terbuka.
• Persengketaan ini membabitkan ideologi, teknologi, ekonomi dan bidang-bidang lain.

Kesan-Kesan Perang Dingin

1. Pembentukan pakatan tentera


• Amerika Syarikat dan sekutunya membentuk Pertubuhan Perjanjian Atlantik (NATO) untuk menyekat
merebaknya pengaruh komunis. NATO disertai oleh Amerika Syarikat, Britain,
• Jerman Barat, Kanada, Perancis dan beberapa negara Eropah Barat. Blok Komunis membentuk
Pakatan Warsaw yang terdiri daripada Rusia dan semua negara komunis di Eropah Timur.
• Di Asia, terbentuknya pakatan anti komunis iaitu Pertubuhan Perjanjian Asia Tenggara (SEATO).
• Pakatan ini terdiri daripada Amerika Syarikat, Australia, Perancis, Thailand, New Zealand, Filipina dan
Pakistan.
• Pakatan SEATO bertujuan untuk menghalang pengaruh Rusia dan China Komunis daripada merebak ke
Asia Selatan.

2. Krisis antarabangsa
• Amerika Syarikat dan Rusia memperjuangkan kepentingan masing-masing melalui pengintipan,
kegiatan subversif, dan perang secara tidak langsung melalui sekutu mereka.
• Ketegangan antara blok kapitalis dan blok komunis membawa kepada:
o Perang Korea (1950-1953)
o Perang Vietnam (1965-1975)
o Krisis Cuba yang hampir mencetuskan perang nuklear di Cuba pada tahun 1962
o Pengepungan Berlin 1948-1949
o Pengumuman polisi anti-komunis oleh Amerika Syarikat untuk menyelamatkan Yunani jatuh
ke tangan komunis
o Serangan Kesatuan Soviet U
o Union terhadap Hungaria, Afghanistan

3. Pembentukan negara Dunia Ketiga


• Terdiri daripada negara-negara yang baru merdeka.
• Hasrat mereka ialah tidak bersekongkol dengan blok komunis mahupun blok kapitalis, menjauhi
daripada pakatan tentera serta ingin menyuarakan pendirian mereka secara bebas.
• Persidangan Bandung 1955 yang dihadiri oleh negara Dunia Ketiga (kebanyakan dan Afro- Asia)
membawa kepada pembentukan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM).

4. Perang Dingin memisahkan hubungan negara


• Blok kapitalis dan blok komunis mengamalkan dua ideologi yang berbeza.
• Selain daripada mengadakan hubungan diplomatik, hubungan perdagangan dan perseorangan antara
kedua dua blok ini amat terhad.
• Di Jerman, Tembok Berlin dibina untuk memisahkan pendudük Jerman Barat (negara demokrasi)
dengan Jerman Timur (negara Komunis). “Tabir Besi” telah memisahkan hubungan kedua-dua blok ini.

Kesimpulan
• Perang Dingin melambangkan perpecahan politik antara blok komunis dengan blok kapitalis.
• Blok dunia yang terbentuk semasa Perang Dingin berasaskan geopolitik.
• Perang Dingin tamat apabila berlakunya perpecahan dalam Kesatuan Soviet Union pada tahun 1991.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
216
Jelaskan faktor-faktor tercetusnya Revolusi China pada tahun 1911. [STPM 2015; S5]

Pendahuluan
 Revolusi China yang tercetus pada tahun 1911 bertujuan untuk menggulingkan Manchu.
 Menjelang pertengahan abad ke-19, wujud kepercayaan bahawa kerajaan Manchu kehilangan mandat
untuk memerintah China.
 Perkembangan ini menyebabkan muncul gerakan Revolusioner di bawah pimpinan Dr Sun Yat Sen
untuk menggulingkan kerajaan Manchu.
 Terdapat beberapa faktor menyebabkan tercetus Revolusi China pada tahun 1911.

1. Kelemahan kerajaan Manchu


 Kerajaan Manchu mengalami kemerosotan sejak pertengahan abad ke-19.
 Kemerosotan kerajaan Manchu amat ketara dalam bidang pentadbiran dan ketenteraan.
 Pegawai-pegawai kerajaan Manchu tidak menjalankan pentadbiran yang cekap.
 Kelemahan dalam bidang ketenteraan ketara apabila kerajaan Manchu mengalami kekalahan dalam
peperangan dengan kuasa-kuasa barat.
 Perkembangan ini menyebabkan rakyat hilang kepercayaan terhadap kerajaan Manchu dan berazam
untuk menggulingkan dinasti tersebut.

Ketiadaan pemimpin yang cekap


 Revolusi China berlaku kerana tiada pemimpin-pemimpin yang cekap dan berwibawa.
 Selepas Maharani Dowager dan Maharaja Kuang Hsu meninggal dunia, tidak terdapat peniiinpin-
peminipin yang cekap di Negara China.
 Ketiadaan pemimpin-pemimpin yang cekap mendorong rakyat melancarkan pemberontakan terhadap
kerajaan.

2. Sentimen anti Manchu


 Sentimen anti Manchu yang menebal dalam kalangan masyarakat China menyumbang kepada
pencetusan Revolusi China.
 Rakyat China melancarkan gerakan anti Manchu untuk menggulingkan kerajaan Manchu.
 Rakyat China menubuhkan pakatan-pakatan sulit untuk melancarkan pemberontakan bagi
menggulingkan kerajaan Manchu.

3. Kesengsaraan sosial
 Masalah sosial yang dihadapi oleh rakyat China menyumbang kepada pencetusan revolusi China.
 Pertambahan penduduk di China menyebabkan masalah kekurangan bekalan makanan dan
kemerosotan taraf hidup penduduk.
 Kesengsaraan yang dihadapi menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat terhadap
kerajaan Manchu.

4. Masalah Ekonomi
 Masalah ekonomi yang berlaku semasa pemerintahan kerajaan Manchu menyebabkan tercetusnya
Revolusi China 1911.
 Kejadian banjir dan kemarau yang berlaku antara 1910-1911 menjejaskan pengeluaran hasil
pertanian.
 Perkembangan ini menyebabkan berlaku masalah kebuluran di wilayah-wilayah seperti Kiangsu,
shantung, Anhui, Chekiang dan Hupeh.

5. Peranan Dr Sun Yat Sen


 Dr Sun Yat Sen merupakan tokoh yang memainkan peranan dalam gerakan menentang kerajaan
Manchu.
 Beliau memainkan peranan dalam mengasaskan dan menggerakkan pergerakan revolusi di China.
 Beliau juga menyemarakkan perasaan anti Manchu dalam kalangan rakyat China menerusi ceramah
dan penulisan.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
217
 Beliau turut mengemukakan ideologi perjuangan yang dikenali sebagai Tiga Prinsip Rakyat bagi
mendapatkan sokongan daripada rakyat.

6. Pengaruh intelektual China


 Golongan intelektual turut memainkan peranan dalam perkembangan idea revolusi dalam kalangan
rakyat China.
 Antara tokoh-tokoh yang menyemai benih pembaharuan di China ialah Kang Yu Wei dan Liang Chi
Chao.
 Kegiatan golongan intelektual telah mcnambahkan keinginan untuk melaksanakan perubahan politik
di China

7. Pengaruh gerakan pembaharuan


 Gerakan pembaharuan seperti Gerakan Islah 1898 meletakkan asas bagi kebangkitan Revolusi China
1911.
 Semasa gerakan Islah, beberapa rancangan dilaksanakan oleh golongan reformis untuk menguatkan
dan memajukan China.
 Idea yang dikemukakan oleh golongan refomiis member inspirasi kepada pemimpin-pemimpin di
China melancarkan revolusi terhadap kerajaan Manchu.

8. Kemajuan sistem perhubungan


 Kemajuan dalam sistem perhubungan seperti jalan kereta api, telegraf, dan pos membantu
pencetusan revolusi China.
 Kemajuan dalam sistem perhubungan menyebabkan idea revolusioner dapat disebarkan dengan cepat

Kesimpulan
 Revolusi China beijaya menumbangkan kerajaan Manchu apabila Maharaja Hsuan-tsung turun
daripada takhta pada 12 Februari 1912.
 Perkembangan ini meletakkan asas bagi kemunculan pemerintahan Republik di Negara China.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
218
Dr. Sun Yat Sen merupakan tokoh yang memainkan peranan penting dalam Revolusi China 1911.
Bincangkan.

Pengenalan
 Menjelang pertengahan abad ke-19, wujud kepercayaan dalam kalangan orang Cina bahawa dinasti
Manchu telah kehilangan mandat untuk memerintah negara China.
 Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan untuk memulihkan kekuasaan kerajaan Manchu seperti
Gerakan Menguatkan Diri Gerakan Islah dan Gerakan Pembaharuan Ching, namun usaha-usaha
tersebut menemui kegagalan.
 Perkembangan mi telah menyebabkan Dr. Sun Yat Sen muncul mengetuai Gerakan Revolusioner untuk
menggulingkan kerajaan Manchu yang memerintah sejak tahun 1644.
 Revolusi China l9ll berlaku bukan sahaja disebabkan oleh peranan yang dimainkan oleh Dr. Sun Yat
Sen sahaja, malah terdapat juga faktor-faktor lain yang turut menyebabkan berlakunya gerakan mi.

Isi-isi penting

1. Peranan Dr. Sun Yat Sen (Isi utama dan perlu dihuraikan dahulu)
 Dr. Sun Yat Sen merupakan tokoh yang memainkan peranan penting dalam Revolusi China 1911.
 Tahun 1874 beliau telah menubuhkan Hsing Chung Hui di Honolulu, Hawaii bagi mendapatkan
sokongan orang Cina di seberang laut untuk melancarkan revolusi.
 Pada tahun 1895 beliau telah menubuhkan ibu pejabat Hsing Chung Hui di Hong Kong.
 Seterusnya beliau telah menubuhkan Parti Revolusi yang dikenali sebagai Tung Meng Hui di Tokyo
pada tahun 1905.
 Antara matlamat utama penubuhan mi ialah untuk menjatuhkan kerajaan Manchu dan menubuhkan
kerajaan republik.
 Dr. Sun menyampaikan ceramah bagi menanam perasaan anti Manchu dalam kalangan rakyat Cina.
 Beliau juga menulis rencana-rencana dalam akhbar Mm Pao (Akhbar Rakyat) yang bertujuan untuk
menyebarkan idea-idea revolusi dan menyeru orang Cina bersatu.
 Beliau juga sering membuat lawatan ke luar negeri seperti Amerika syarikat, Jepun, Eropah dan
Negara Asia Tenggara seperti Tanah Melayu bagi mendapat sokongan orang Cina di Seberang Laut.
 Beliau mengemukakan ideologi atau prinsip perjuangan yang dikenali sebagai Tiga Prinsip Rakyat iaitu
nasionalisme, demokrasi dan kebajikan sosial.
 Tiga prinsip mi diterima menjadi falsafah Revolusi Tung Meng Hui dan berjaya mempengaruhi
pemikiran rakyat untuk menyokong idea golongan revolusioner.
 Sebenamya antara tahun 1895 — 1911, Dr. Sun dan pengikutnya telah merancang beberapa siri
pemberontakan tetapi gagal.
 Pada tahun 1911 ketika beliau berada di Amerika Syarikat, Revolusi China 1911 dilancarkan dengan
jayanya.
 Dr. Sun telah dipanggil pulang untuk dilantik sebagai kerajaan sementara di Shanghai.
 Ini bermakna beliau banyak memainkan peranan sehingga revolusi mi berjaya.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
219
2. Kelemahan pemerintahan Manchu
 Selain dan peranan yang dimainkan oleh Dr. Sun Yat Sen yang menyebabkan meletusnya Revolusi
China 1911, faktor kelemahan pemerintahan Manchu juga menyumbang kepada gerakan mi.
 Kerajaan Manchu mengalami kemerosotan sejak pertengahan abad ke-19 lagi.
 Kemerosotan kerajaan jelas dalam aspek pentadbiran dan ketenteraan.
 Dalam aspek pentadbiran, pegawai-pegawai Manchu tidak cekap, mengamalkan rasuah dan
menyeleweng.
 Mereka gagal membaiki taraf hidup rakyat. Mereka melantik kerabatnya sahaja dalam pentadbiran
dan pegawai salah guna wang yang sepatutnya diberikan kepada mangsa bencana alam.
 Kelemahan dalam aspek ketenteraan jelas apabila kerajaan Manchu mengalami kekalahan dalam
peperangan seperti Perang Candu I dan II dan Perang China-Jepun (1894 — 1895).
 Kerajaan juga terpaksa menandatangani perjanjian-perjanjian yang berat sebelah dengan kuasakuasa
Barat seperti Perjanjian Nanking (1842) dan Protokol Boxer (1901).
 Kekalahan dalam peperangan dengan kuasa-kuasa asing menjatuhkan maruah kerajaan Manchu.
 Kelemahan dalam pentadbiran menyebabkan rakyat hilang kepercayaan dan berazam untuk
menggulingkan kerajaan Manchu.

3. Kesengsaraan rakyat/sosial
 Penduduk China telah bertambah menjelang awal abad ke-20 sekitar 400 juta dan menimbulkan
masalah kekurangan makanan dan berlaku pengangguran.
 Mulai tahun 1900 cukai kepala dinaikkan 3 hingga 5 kali ganda lebih tinggi dan amat membebankan
petani.
 Rakyat menanggung beban cukai untuk membiayai pembinaan jalan keretapi, membeli senjata dan
membayar ganti rugi perang.
 Kesengsaraan rakyat bertambah apabila berlaku bencana alam seperti kemarau dan banjir.
 Penderitaan rakyat akibat kawasan pertanian musnah menyebabkan rakyat kebuluran antara tahun
1910-1911 di wilayah Anhui, Kiangsu, Shangtung, Chekiang dan Hupei.
 Keadaan mi menimbulkan kemarahan rakyat dan mereka mencari pemimpin untuk membela mereka.
 Sebab itulah lokasi bencana alam menjadi tempat berlakunya pemberontakan.

4. Masalah ekonomi
 Salah satu faktor yang menyebabkan tercetusnya Revolusi China 1911 adalah masalah ekonomi yang
berlaku semasa pemerintahan Manchu.
 Kemasukan orang Barat melalui beberapa sin perjanjian telah memberi peluang kepada Barat
menguasai ekonomi negara China.
 Kesannya kuasa Barat seperti British, Perancis, Rusia dan Amerika Syarikat telah menguasai pelabuhan
utama sekitar Peking dan bandar utama yang lain.
 Perjanjian mi juga membebankan China kerana terpaksa membayar pampasan kepada kuasa Barat.
 Contohnya dalam Perjanjian Nanking 1842, China terpaksa membayar $ 21 juta tael sebagai ganti rugi
perang kepada British dan dalam Protokol Boxer terpaksa membayar ganti rugi sebanyak 450 juta tael
kuasa asing dalam tempoh 40 tahun dengan kadar faedah 4% setahun.
 Masalah ekonomi juga bertambah teruk apabila kejadian banjir dan kemarau berlaku antara tahun
1910-1911 menjejaskan pengeluaran hasil pertanian.
 Keadaan menjadi semakin buruk apabila kerajaan terpaksa mengenakan pelbagai cukai yang tinggi
kepada rakyat.
 Cukai yang tinggi mi menyebabkan rakyat tidak puas hati dan bertindak menyokong pemberontakan
bagi menggulingkan kerajaan Manchu.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
220

5. Kemajuan sistem perhubungan


 Revolusi China 1911 mi juga dipercepatkan oleh kemudahan sistem perhubungan yang terdapat di
China seperti rangkaian keretapi, jalan raya, pos dan telegraf.
 Kemajuan yang dicapai dalam bidang mi mempercepatkan lagi hubungan di antara golongan
nasionalis bagi membolehkan tersebarnya idea-idea revolusioner.

6. Keputusan Manchu memiliknegarakan jalan keretapi


 Faktor serta merta yang menyebabkan meletusnya Revolusi 1911 adalah berkaitan dengan tindakan
kerajaan Manchu memiliknegarakan jalan keretapi antara Hankow-Canton dan antara Hankow-
Sczechuan.
 Kerajaan telah mengeluarkan arahan agar semua landasan keretapi yang sebelum mi diurus oleh
gabenor wilayah dijadikan hak milik kerajaan.
 Seterusnya kerajaan membuat pinjaman sebanyak 16 juta pound sterling dan Perancis, Jerman, Britain
dan Amerika Syarikat bagi membiayai kos pembinaan jalan tersebut.
 Tindakan mi telah menimbulkan rasa tidak puas hati pemimpin-pemimpin tempatan.
 Apabila kerajaan meneruskan rancangannya, terjadi beberapa rusuhan kecil di wiliyah Kwangtung,
Hunan, Hupeh dan Szechwan.
 Ekoran dan itu, golongan revolusioner mengembil kesempatan dengan melancarkan revolusi bagi
menggulingkan Dinasti Manchu pada 10 Oktober 1911.

Kesimpulan
 sebab utama meletusnya Revolusi China 1911 ialah peranan yang dimainkan oleh Dr. Sun Yat Sen.
 Walau bagaimanapun terdapat juga faktor-faktor lain yang turut menyumbangkan kepada
pemberontakan.
 Revolusi mi berjaya menggulingkan pemerintahan beraj a sekaligus menamatkan pemerintahan
Manchu selama 267 tahun (1644- 1911). Republik China diisytiharkan pada 29 Disember 1911.
 Selepas revolusi itu, golongan hulubalang pimpinan Yuan Shih Kai mendominasi pemerintahan dan
dilantik sebagai Presiden China yang pertama.

Catatan.
1. Calon perlu menghuraikan peranan Dr. Sun Yat Sen danfaktor-faktor lain. Sekiranya calon hanya
menerangkan faktor “Peranan Dr Sun Yat Sen” sahaja, maka markah untuk P (Pen getahuan) paling
makimum ialah 4 markah.
2. Sekiranya pelajar menghuraikan “Peranan Golongan Terpelajar” — anggap sebagaifaktorfaktor lain
bukanfaktor utama.
3. Faktor-faktor lain yang tidak tersenarai dalam skema juga boleh diterima.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
221
Bincangkan faktor-faktor yang mendorong perkembangan nasionalisme di India.

Pendahuluan
 Kesedaran kebangsaan dalam kalangan rakyat India dapat dikesan sebelum 1857 lagi.
 Kemunculan pertubunhan-pertubuhan sosioagama sebelum tahun 1857 menandakan semangat
kebangsaan bermula di India.
 Terdapat beberapa faktor yang mendorong kernunculan semangat kebangsaan dalam kalangan rakyat
India.

1. Factor pendidikan barat.


• Pendidikan Barat merupakan faktor utama yang melahirkan kesedaran kebangsaan dalam kalangan
rakyat.
• Masyarakat India terdedah kepada konsep seperti kebebasan, demokrasi, persamaan dan hak asasi
manusia.
• Perkembangan ini melahirkan tokoh-tokoh nasionalis yang memainkan peranan memperjuangkan
kernerdekaan India.

2. Peranan bahasa Inggeris.


• Bahasa Inggeris turut memainkan peranan dalam membangkitkan kesedaran kebangsaan dalam
kalangan rakyat.
• Bahasa Inggeris berperanan sebagai alat perpaduan yang menyatukan orang India yang terpisah
daripada segi agama, bangsa dan wilayah.

3. Diskriminasi dalam perkhidmatan awam.


• Kerajaan Inggeris mengamalkan diskriminasi dalam pengambilan orang India bagi memenuhi jawatan
tinggi
 dalam perkhidmatan awam.
• Amalan diskriminasi melahirkan rasa tidak puas hati dalam kalangan golongan terpelajar di India.

4. Perkembangan system pengangkutan dan perhubungan.


• Pembinaan sistem perhubungan dan pengangkutan moden turut memainkan peranan dalam
mencetuskan semangat kebangsaan.
• Pembinaan jalan kereta api dan jalan raya menyatukan orang India yang terdiri daripada pelbagai
bangsa dan keturunan

5. Dasar pentadbiran Lytton.


• Pelbagai akta yang diperkenalkan oleh Lytton seperti Akta Senjata dan Akta Vernakular melahirkan
sentimen anti Inggeris.
• Lytton mengambil langkah-langkah seperti menggalakkan import kain kapas dan mengehadkan umur
penyertaan perkhidmatan awam képada 18 tahun.
• Langkah-Iangkah ini menimbulkan kemarahan rakyat terhadap pemerintahan British.

6. Akta Ilbert (1883)


• Akta Ilbert (1883) merancakkan sentimen anti-Inggeris dalam kalangan rakyat.
• Akta ini mendapat tentangan daripada golongan Anglo-India hingga menyebabkan kerajaan Inggeris
menarik balik akta tersebut.
• Tindakan kerajaan Inggeris menyedarkan orang India tentang perasaan anti-India yang terpendam
dalam hati orang-orang Inggeris.

7. Peranan akhbar-akhbar tempatan.


• Akhbar-akhbar tempatan membangkitkan kesedaran kebangsaan dalam kalangan rakyat.
• Akhbar-akhbar seperti Keseri, The Maratha, Amrit Bazar Patrika dan Patriot mengkritik dasar kerajaan
British.
• Akhbar-akhbar ini menyebabkan idea pemerintahan sendiri dan amalan demokrasi dalam kalangan
penduduk tempatan.
____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
222

8. Kajian terhadap keagungan silam.


• Kajian mengenai keagungan silam melahirkan keyakinan orang India tethadap kebudayaan dan
peradaban mereka.
• Kajian tentang peradaban India dilakukan oleh sarjana seperti Sir William Jones, Max Muller dan
Monier Willams.
• Kajian seperti ini membangkitkan kesedaran kebangsaan dalam kalangan masyarakat India.

9. Peranan Karya-karya kesusasteraan.


• Karya-karya kesusasteraan memainkan peranan dalam menbangkitkan kesedaran dalam kalangan
rakyat.
• Karya-karya tersebut dimuatkan dalam akhbar-akhbar tempatan menyebabkan idea nasionalisme
tersebar ke seluruh benua kecil India.

10. Dasar Ekonomi British.


• Kerajaan Inggeris mengamalkan dasar ekonomi bagi memenuhi kepentingan sektor perindustrian di
England.
• Kàrajaan Inggeris tidak menggalakkan perkembangan industri tempatan dan mengawal perusahaan-
perusahaan tempatan.
• Langkagh-langkah ini membangkitkan perasaan benci paduduk tempatan terhadap pemerintahan
Inggeris di India

11. Penindasan terhadap buruh-buruh India di seberang laut.


• buruh-buruh India di seberang laut menerinia layanan buruk pemerintah British.
• Mereka tidak mengambil berat tentang kebajikan dan hak buruh-buruh India di seberang laut.
• Layanan sedemikian melahirkan rasa tidak puas hati dalam kigan golongan nasionalis terhadap British.

12. Gerakan reformasi sosioagama.


• Kemunculan pertubuhan-pertubuhan sosioagama melahirkan semangat kebangsaan dalam kalangan
masyarakat India.
• Antara pertubuhan-pertubuhan yang memainkan peranan ialah BrahmoSamaj, Brahma Samaj,
AryaSamaj dan Pertubuhan Ramakrishna.
• Semangat kebangsaan ini meletakkan asas bagi kemunculan Parti Kongres India pada tahun 1885.

Kesimpulan.
• Kebangkitan semangat kebangsaan mendorong rakyat India berjuang menentang penjajahan British.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
223
Sejauh manakah kelemahaan pemerintahan Manchu menyebabkan tercetusnya Revolusi China 1911.

Pendahuluan
 Revolusi 1911 adalah bertujuan untuk menggulingkan kerajaan Manchu.
 Revolusi itu dipimpin oleh Dr Sun Yat Sen.
 Dinasti Manchu merampas kuasa dari Dinasti Ming sejak tahun 1644 dianggap pemerintah asing
kerana berasal dari Manchuria.
 Dinasti Manchu telah menunjukkan tanda-tanda kelemahan dan tidak layak memerintah.
 Selepas termeterai Perjanjian Nanking 1842, maruah negara China tercemar.
 Meskipun pelbagai usaha pemulihan dilakukan, namun kerajaan Manchu masih tidak mampu untuk
mengukuhkan kerajaan, mengadakan pembaharuan dan kemajuan seperti yang dikehendaki rakyat.
 Rakyat Cina percaya Dinasti Manchu telah kehilangan mandat dan syurga untuk memerintah.
 Sehubungan dengan itu pemimpin revolusi berpendapat pemenintahan Manchu perlu ditamatkan dan
diganti dengan pemerintahan baru bercorak republik.

1. Kelemahan kerajaan Manchu.


• Revolusi mi bertujuan untuk menggulingkan pemerintahan Manchu di China dan berakhir dengan
penubuhan Kerajaan Republik China di bawah pemerintahan Yuan Shih Kai pada tahun 1921.
• Pegawai Manchu dikatakan mengamalkan rasuah dan menyeleweng.
• Mereka gagal membaiki taraf hidup rakyat.
• Mereka melantik kerabatnya sahaja dalam pentadbiran dan pegawai salah guna wang yang
sepatutnya diberikan kepada mangsa bencana alam.
 Perasaan tidak puas hati rakyat Cina terhadap pemenintahan Manchu dizahirkan dengan beberapa
penentangan secara terbuka antaranya ialah pada tahun 1850-1864 benlaku Pemberontakan Taiping,
tahun 1885 Pemberontakan Panthay, tahun 1853-1868 Pemberontakan Nien serta gerakan sulit
seperti “White Lotus Society” dan “Heaven and Earth Society”.
 Maruah China jatuh kerana kalah dalam Perang Candu I & II dan dibebani dengan hutang.
 Keadaaan ini menyebabkan timbul masalah kewangan.
 Bencana alam seperti banjir dan kemarau mengurangkan hasil pertanian sehingga masyarakat Cina
beranggapan kerajaan Manchu tidak lagi mendapat mandate daripada syurga.
 Selepas kemangkatan Maharaja Kuang-Hsu pada tahun 1908 putera Chun yang dilantik sebagai
pemangku raja seorang yang tidak cekap dan tidak berwibawa.
 Maharaja Hsuan Tung pula yang menggantikan beliau baru berumur 3 tahun.
 Ditambah pula dengan sentimen anti-Manchu dalam kalangan rakyat China.
 Mereka anggap Manchu berasal dan Manchuria dan bukannya China asli.
 Orang Cina enggan tunduk kepada Manchu yang dianggap “orang asing” dan menggunakan slogan
“Hapuskan Manchu, kembalikan Dinasti Ming”.

2. Kesengsaraan rakyat.
• Penduduk Cina telah bertambah menjelang awal abad ke-20 sekitar 400 juta dan menimbulkan
masalah kekurangan makanan dan berlaku pengangguran.
• Mulai tahun 1900 cukai kepala dinaikkan 3 hingga 5 kali ganda lebih tinggi dan amat membebankan
petani.
• Rakyat menanggung beban cukai untuk membiayai pembinaan jalan keretapi, membeli senjata dan
membayar ganti rugi perang.
• Kesengsaraan rakyat bertambah apabila berlaku bencana alam seperti kemarau dan banjir.
• Penderitaan rakyat akibat kawasan pertanian musnah menyebabkan rakyat kebuluran antara tahun
1910-1911 di wilayah Anhui, Kiangsu, Shangtung, Chekiang dan Hupei.
• Keadaan ini menimbulkan kemarahan rakyat dan mereka mencari pemimpin untuk membela mereka.
• Sebab itulah lokasi bencana alam menjadi lokasi pemberontakan.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
224
3. Kemasukan kuasa Barat.
• Kemasukan orang Barat telah memberi kesan kepada aspek perdagangan dan aspek keagamaan.
• Ada dalam kalangan masyarakat Cina merasakan untuk menjadi maju mereka harus menerima idea-
idea daripada barat dan disesuaikan dengan Negara China.
• Malangnya idea ini tidak disenangi oleh pemerintah Manchu lalu melaksanakan dasar tutup pintu.
• Pada waktu yang sama, Jepun telah membenarkan Dr. Sun Yat Sen untuk menubuhkan Tung Meng Hui
semasa di Jepun dan memberikan penerangan serta mendorong orang Cina di seberang laut untuk
menyokong pemberontakan ini.

4. Penguasaan ekonomi oleh kuasa asing.


• Orang Barat telah menguasai ekonomi China melalui beberapa siri perjanjian seperti Perjanjian
Nanking 1842 yang memberi peluang kepada Barat menguasai ekonomi China.
• Kesannya kuasa Barat seperti British, Perancis, Rusia dan Amerilca Syarikat telah menguasai
pelabuhan utama sekitar Peking dan Bandar utama yang lain.
• Peianjian ini juga membebankan China kerana terpaksa membayar pampasan kepada kuasa Barat.
• Contohnya pada tahun 1894-1895, Perjanjian Shimonoseki yang terhasil akibat peperangan antara
Jepun dan China yang menyebabkan China terpaksa membayar ganti rugi sebanyak 200 juta tael.
• Menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk tempatan terhadap kelemahan pemerintahan Manchu.
5. Peranan Golongan terpelajar.
• Golongan cendekiawan merupakan penggerak revolusi terdiri daripada Dr. Sun Yat Sen, Kang Yu Wei,
Liang Chi-Chao dan lain-lain.
• Ramai daripada mereka melanjutkan pelajaran di Jepun.
• Sementara pelajar yang menuntut di Eropah dan Amerika pula terpengaruh dengan idea demokrasi,
kerajaan berpelembagaan, hak asasi manusia, kebebasan, kemajuan teknologi dan pemerintahan
tentera.
• Mereka turut terpengaruh dengan peristiwa Revolusi Perancis, pemodenan Rusia, penyatuan Jerman
dan Itali serta pemodenan Jepun di bawah Meiji.
• Dr. Sun Yat Sen sebagai penggerak Revolusi China 1911 berpendapat pemerintahan beraja mesti
dihapuskan dan diganti dengan republik, kerana pemerintahan berajalah punca rakyat menderita.
• Dr. Sun Yat Sen menubuhkan Tung Meng Hui 1908 bertujuan menggulingkan kerajaan Manchu dan
menubuhkan kerajaan Republic.
• Beliau menerbitkan akhbar iaitu ‘Min Pao ‘di Tokyo dan memperkenalkan ideologi berasaskan “Tiga
Prinsip Rakyat” iaitu demokrasi, nasionalisase dan kebajikan sociaL
• Beliau digelar Bapa Revolusi China.
6. Kemajuan system perhubungan.
• Revolusi China 1911 ini juga dipercepatkan oleh proses kemudahan system perhubungan yang
terdapat di China seperti rangkaian keretapi, jalan raya, pos dan telegraf yang mempercepatkan
penyampaian idea revolusioner.
• Ia juga memudahkan perhubungan dalam kalangan ahli dan pemimpin.
7. Keputusan Kerajaan Manchu memilik negarakan Jalan Keretapi.
• Pada Mei 1911, rakyat menentang kerajaan Manchu kerana memiliknegarakan pembinaan jalan
keretapi antara Hankow-Canton dan antara Hankow-Sczechuan.
• Ini kerana pengusaha tempatan takut kepentingan terjejas apabila projek tersebut diberikan oleh
Manchu kepada pengusaha asing.
• Pemimpin tempatan menentang kerajaan Manchu kerana meminjam wang 16 juta pound dan
Perancis, Jerman, Britain dan Amerika Syarikat.
• Pemberontakan di Sczechuan merebak apabila sebutir bom meletup di Hankow pada 10 Oktober
1911.
• Peristiwa ini menadakan bermulanya revolusi.
Kesimpulan:
• Sebab utama ialah kelemahan kerajaaan Manchu di samping faktor- faktor lain
• Kejatuhan Dinasti Manchu — berakhir sistem pemerintahan beraja dan ditukar kepacla Repubilk
Komunis sehingga sekarang.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
225
Bincangkan proses dekolonisasi dan pengembalian kedaulatan yang berlaku di India.

Pendahuluan
 Proses dekolonisasi bermaksud pembebasan tanah jajahan dengan memberikan kemerdekaan kepada
tanah jajahan tersebut.
 Proses mi berlaku dengan pantas selepas Perang Dunia Kedua.
 Dekolonisasi melibatkan bekas tanah jajahan di merata tempat.
 Hal mi berlaku apabila negara-negara Eropah mengalami kemerosotan ekonomi sehingga tidak
mempunyai kekuatan untuk menguasai tanah jajahan mereka selepas Perang Dunia Kedua.
 Desakan hebat daripada penduduk tempatan khususnya golongan intelek menyebabkan proses
dekolonisasi terpaksa dipercepatkan.
Proses dekolonisasi dan pengembalian di India
1. Tahap Militan
 Dekolonisasi di India pada tahun 1905 hingga 1918 dikenali sebagai tahap militan kerana munculnya
gerakan bersifat radikal yang memainkan peranan penting dalam menggerakkan penentangan
terhadap British.
 Gerakan mi diketuai oleh B.G Tilak, Lala Lajpat Rai, Bipin Chandra Pal, dan Aurobindo Ghosh.
 Mereka mencadangkan agar semua yang berkaitan dengan British dipulaukan seperti barangan,
pendidikan, perkhidmatan kerajaan, undangundang, dan mahkamah.
 Namun, menjelang tahun 1920, usaha golongan militan tersebut gagal.
 Pembabitan Turki dalam Perang Dunia Pertama turut memberi kesan kepada India dan masyarakat
Islam menganggap Turki mewakili pemerintahan Islam.
 Oleh itu, masyarakat Islam di India menganggap musuh Turki juga musuh orang Islam.
 Gerakan Khilafat dilancarkan oleh Maulana Abul Kalam Azad Khan, Muhammad Mi, dan Shaukat Au
untuk memulaukan semua aktiviti kerajaan dan penutupan premis perniagaan.
 Pemimpin-pemimpin Gerakan Khilafat mendakwa bahawa India bukanlah negara Islam dan
menyebabkan 500 000 hingga dua juta masyarakat Islam berhijrah ke Afghanistan.

2. Bercorak sederhana
 Perjuangan penduduk India bercorak sederhana selepas Perang Dunia Pertama tetapi masih enggan
bekerjasama dengan British.
 Mahatma Gandhi memimpin Kongres Kebangsaan India (INC) dan menukar INC daripada sebuah parti
elit kepada gerakan massa yang mewakili semua lapisan masyarakat.
 Tiga prinsip perjuangan Mahatma Gandhi ialah satyagraha, ahimsa, dan swadesi. Prinsip swadesi ialah
berdikari tanpa mengharapkan bantuan orang lain.
 Mahatma Gandhi menyarankan agar MSYKR India bersatu memulau barangan dan Eropah dan Britain.
 Prinsip satyagraha bererti berpegang kepada kebenaran.
 Melalui prinsip in Mahatma Gandhi menyarankan agar bangsa India terus memperjuangkan
kemerdekaan yang dibenarkan dalam sistem demokrasi.
 Mahatma Gandhi merupakan seorang pejuang antikekerasan kerana menurut beliau, kekerasan tidak
mampu menyelesaikan masalah.
 Manakala, dalam pninsip ahimsa, mogok lapar merupakan salah satu cara penentangan.
 Tindakan Mahatma Gandhi memaksa British memberikan kemerdekaan kpd India pada tahun 1947.
 Mahatma Gandhi yang beragama Hindu mengkritik amalan kasta dalam agama Hindu yang dipaparkan
dalam akhbar Young India dan Navajivan.
 Hal mi menyebabkan golongan militan tidak berpuas hati dengan Mahatma Gandhi dan membawa
kepada pembunuhan beliau oleh Nathuram Ghose.
 Amalan kasta yang dikritik oleh Mahatma Gandhi menarik perhatian rakyat India dengan isu Harijan
atau golongan yang tidak boleh disentuh.
 Beliau menekankan bahawa amalan tersebut harus dihapuskan.
 Beliau turut mengambil seorang gadis Harijan sebagai anak angkatnya.
 Beberapa akta digubal untuk mempercepatkan rakyat tempatan memerintah India.
 Antaranya, termasuklah Akta Majlis India (1909) dan Akta Montague-Chelmsford.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
226
 Perarakan Garam atau Perarakan Dandi diadakan oleh Mahatma Gandhi kerana British memonopoli
pengeluaran garam & menaikkan harga garam yang secara tradisinya dihasilkan oleh rakyat tempatan.
 Oleh itu, British telah menahan dan memenjarakan pemimpin-pemimpin INC termasuk Mahatma
Gandhi dan INC diisytiharkan tidak sah.

 Persidangan Meja Bulat diadakan di London tetapi gagal mencapai kata sepakat.
 Kemudiannya, British bekerjasama dengan INC & menganjurkan Pakatan Gandhi-Irwin pada 1931.
 Gandhi bersetuju membatalkan kempen melanggar pemerintah awam dan sebagai balasan, pihak
British akan menarik balik segala tindakan kekerasan dan membeni jaminan untuk membebaskan
nasionalis yang ditahan.

 Persidangan Meja Bulat Kedua diadakan dan Gandhi yang menghadiri persidangan tersebut
merasakan pegawai-pegawai British berdolak-dalik dalam memberi kuasa mentadbir negara sendiri
kepada orang India.
 British mendakwa Mahatma Gandhi gagal meyakinkan British dalam usaha menyelesaikan masalah
perpaduan rakyat India dan sikap British mi mengecewakan Mahatma Gandhi.
 Hal mi menyebabkan Mahatma Gandhi menjalankan semula gerakan menentang British dan beliau
ditahan sekali lagi.
 British bertindak dan memburukkan lagi keadaan dengan pengumuman Anugerah Perkauman yang
menindas rakyat India dan kelas bawahan.
 Pakatan Poona diperkenalkan pada tahun 1932 berjaya menghentikan Mahatma Gandhi daripada
terus mogok lapar di penjara.

 Persidangan Meja Bulat Ketiga diadakan dan Akta Kerajaan India 1935 diperkenalkan.
 Dalam pilihan raya umum pada tahun 1937, INC menang besar di lapan wilayah manakala Liga Muslim
menguasai tiga kawasan sahaja yang menyebabkan Liga Muslim mendakwa bahawa INC hanya
memperjuangkan nasib org Hindu dan mencipta slogan “Islam Dalam Bahaya” untuk meraih simpati.
 Di sinilah idea penubuhan Pakistan diperjuangkan dan mendapat sokongan sebilangan rakyat yang
ditunjukkan dalam kemenangan Liga Muslim dalam pilihan raya umum pada tahun 1945 dan 1946.
 Parti INC & Liga Muslim dipilih mewakili India dlm rundingan kemerdekaan India dengan pihak British.

 Isu pertikaian Hindu dan Islam tidak dapat dibendung lagi.


 Gabenor Jeneral India, Lord Louis Mountbatten bersama pemimpin INC dan Liga Muslim mencapai
satu kata sepakat.
 Oleh itu, rancangan pemisahan India untuk penganut Hindu dan Islam dilaksanakan.
 Secara ringkasnya, orang Islam memasuki Pakistan dan orang Hindu memasuki India yang
mencatatkan penghijrahan besar.
 Proses penghijrahan tersebut melibatkan ribuan orang terkorban dan berlaku pertumpahan darah.
 Era penjajahan bagi kedua-dua negara, iaitu Pakistan dan India berakhir pada Ogos 1945 apabila
kedua-dua negara menjadi negara bebas berdaulat.
 Muhammad Au Jinnah memegang jawatan sebagai Gabenor Jeneral Pakistan dan Jawaharlal Nehru
menjadi Perdana Menteri India yang pertama.
 Lord Louis Mountbatten diminta meneruskan tugasnya sebagai Gabenor Jeneral India.

Kesimpulan
 Pelbagai pihak telah mengambil inisiatif untuk membebaskan India daripada penjajahan British.
 Perjalanan ke arah mendaulatkan India menempuh ranjau disebabkan pihak British sengaja melengah-
lengahkan pemberian kemerdekaan dengan mengenakan pelbagai peraturan seperti Akta Majlis India
(1909) dan Anugerah Perkauman (1932).
 Bagaimanapun, usaha membebaskan din daripada belenggu penjajahan terjejas kesan konflik antara
orang Hindu dan orang Islam yang akhirnya membawa perpecahan India kepada dua negara, iaitu
India dan Pakistan.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
227
Nilaikan sehab kegagalan dan implikasi Pemberontakan Boxer 1900 terhadap masyarakat China.

Pendahuluan
 Dipimpin oleh Kongsi Gelap seperti Persatuan Teratai Putih (White Lotus Society), Persatuan Hung Meng,
Persatuan Dunia dan Akhirat (Heaven Earth Society), Persatuan Pedang Besar ( Big Sword Society).
 Mereka bergabung untuk membentuk I Ho Chuan (Society of Harmonious).
 Disertai oleh golongan petani yang buta huruf — dianggap kebangkitan golongan petani untuk
menamatkan krisis kehidupan masyarakat.
 Boxer ialah nama yang diberikan oleh orang Barat kepada ahli Kongsi gelap I Ho Chuan yang
mengamalkan sejenis tinju timur yang menggunakan ilmu sihir untuk menentang peluru barat.

Pemberontakan Bpxer Mengalami kegagalan kerana beberapa faktor.

1. Kelemahan strategi ketenteraan dan alat-alat senjata.


• Golongan pemberontak tidak mempunyai kelengkapan perang.
• Ilmu sihir dan seni mempertahankan diri tidak dapat menangkis peluru.
• Kuasa Barat menggunakan senjata api yang Iebih baik dan moden serta teknik yang lebih sempurna

2. Masyarakat China tidak bersatupadu.


• Kesilapan besar — menentang orang Cina sendiri yang beragama Kristian.
• Tindakan ini memecahbelahkan orang Cina dan menyukarkan untuk mengumpul kekuatan.
• Pemerintah di wilayah tengah dan selatan China tidak menyokong.
• Ada yang memberi bantuan dan melindungi orang asing.
• Buktinya, Jeneral Yung Lo yang diarah menyerang pertahanan asing di Peking bersifat lewa dan tidak
serius.
.
3. Persediaan belum lengkap.
• Anggota pemberontak belum bersedia melancar keganasan.
• Kekuatan tentera Manchu belum pulih sepenuhnya selepas Perang China-Jepun (1894-1895).
• Negara China terlibat dengan beberapa siri peperangan dan pemberontakan seperti Perang Candu
Pertama (1839-1842) dan Kedua (1856-1860) serta Pemberontakan Taiping (1851-1864).

4. Krisis kewangan yang serius.


• Kemelesetan ekonomi — perang, bencana alam, tuntutan ganti rugi perang.
• Tidak dapat .menyediakan kelengkapan perang yang mencukupi untuk lancar pemberontakan
• Bekalan ubat-ubatan, senjata dan makanan tidak cukup.
• Ramai pemberontak mati akibat kecederaan, kebuluran dan wabak penyakit.

5. Kuasa asing mempunyai kekuatan


• Bantuan tentera antarabangsa yang melibatkan 11 kuasa asing menyebabkan mereka kuat dan
bersemangat melawan pemberontak

Implikasi Pemberontakan Boxer terhadap masyarakat China.

6. Kelemahan Dinasti Manchu terserlah


• Tentera Bersekutu dan Jepun beraya menawan Peking dengan mudah menunjukkan kelemahan
Dinasti Manchu.
• China terpaksa menandatangani Protokol Boxer 1901 tanpa syarat.
• Menjatuhkan imej negara China sebagai ‘Middle Kingdom’
• Maruah tercabar apabila Inggeris mendesak pemimpin negara menjatuhkan hukuman ke atas anggota
pemberontak termasuk Jeneral Tung Fu Hsing yang pro-Manchu.
.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
228
7. Ekonomi Negara China merosot.
• Sebelum pemberontakan — telah berlaku bencana alam, peperangan dan membayar ganti rugi
perang kepada kuasa Barat.
• Selepas pemberontakan makin kritikal — bayar ganti rugi berjumlah 450 juta tael.
• Pengusaha Eropah mengambil kesempatan mengeksploitasi sektor perkapalan, perusahaan tekstil,
perlombongan besi dan perkhidmatan kereta api.

8. Pencerobohan barat ke atas China.


• Kuasa Barat berlumba-lumba mendapatkan wilayah dan konsesi di China.
• Tahun 1902, Rusia menguasai Manchuria secara kekerasan.
• Desak kerajaan Manchu mengadakan perjanjian sulit untuk menuntut hak mutlak ke atas Manchuria.

9. Tsungli Yemen dihapuskan.


• Pejabat Hal Ehwal Luar Negeri atau Tsungli Yamen berpusat di Peking dihapuskan dan diganti dengan
Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri atau Wai Wu Pu.
• ini menaikkan taraf Hal Ehwal Luar negara ChIna sekali gus memberi hak istimewa dan kemudahan
kepada kuasa asing.

10. Bibit berakhirnya pemerintahan Manchu.


• Kelemahan kerajaan Manchu terserlah walaupun beberapa reformasi cuba dilakukan untuk menguat
dan memodenkan China.
• Selepas kegagalan Pemberontakan Boxer kedudukan kuasa asing bertambah kukuh.
• Kelemahan ini membawa kepada meletusnya Revolusi China 191 I dan menggulingkan Dinasti Manchu
secara rasminya selepas 300 tahun berkuasa.

Kesimpulan:
• Kuasa Barat makin berleluasa

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
229
Bincangkan usaha-usaha pengembalian kedaulatan yang dilakukan di China pada abad ke 20

Pendahuluan.
 Usaha mendaulatkan negara China berbeza daripada yang berlaku di negara India kerana
pengembalian kedaulatan di India diminta daripada penjajah British.
 Sebaliknya di China, sebahagian besar rakyat menganggap kerajaan Ch’ing adalah kerajaan asing
kerana pemerintahnya merupakan orang Manchu yang berasal dan Manchuria.
 Oleh itu, rakyat China mahu menyingkirkan kerajaan Ch’ing.

Usaha-usaha pengembalian kedaulatan di China


 Sepanjang abad ke-19, kuasa-kuasa Barat dan Jepun telah menceroboh China dan membahagikan
wilayah China mengikut kehendak mereka.
 Proses ke arah mengembalikan kedaulatan di China bermula apbl Kang Yu-wei mjlnkn Reformasi 100
Hari.
 Kang Yu-wei mencadangkan agar maharaja berkongsi kuasa dgn Dewan Perwakilan bg mewujudkan
monarki berperlembagaan di China. Beliau juga mahu menyesuaikan pentadbiran Brt dgn
pentadbiran China.

 Namun, usaha Kang Yu-wei gagal kerana golongan konservatif dan Maharani Dowager hanya berminat
mengekalkan kekuasaan tradisi orang Manchu di China.
 Bagaimanapun, apabila kerajaan Ch’ing tidak popular dalam kalangan masyarakat, usaha-usaha
pembaharuan Kang Yu-wei terpaksa dijalankan.
 Kerajaan Ch’ing tidak bersungguh-sungguh dalam melaksanakan cadangan golongan cerdik pandai
 seperti mengesyorkan kerajaan mengadakan kajian di negara-negara Barat dan Jepun sebelum
melaksanakan sistem raja berperlembagaan.

 Gerakan revolusi yang dipimpin oleh Dr. Sun Yat Sen disokong oleh rakyat China apabila mereka bosan
dan kecewa dengan pemerintahan kerajaan Ch’ing.
 Dr. Sun Yat Sen mula memikirkan usaha menubuhkan parti revolusi atas galakan penuntut-2 China di
Jepun.
 Dr. Sun Yat Sen mengemukakan Tiga Prinsip Rakyat, iaitu, nasionalisme, demokrasi, dan sosialis.
 Seterusnya, pertubuhan-pertubuhan kecil disatukan supaya tidak berlaku perebutan kuasa.

 Tung Mei Hui ditubuhkan pada tahun 1905 dengan Dr. Sun Yat Sen dilantik sebagai pengerusi dan ahli-
ahlinya terdiri daripada penuntut, pegawai tentera, dan golongan sasterawan.
 Setelah melakukan beberapa siri revolusi untuk menggulingkan kerajaan Manchu, pihak revolusi
akhirnya berjaya menguasai Wuchang, Hanyang, dan Hankow.
 Hal mi menyebabkan wilayah-2 lain mengisytiharkan kemerdekaan dan tidak bernaung di bawah krjn
Ch’ing.
 Dr. Sun Yat Sen bersama-sama pemimpin revolusi yang lain menubuhkan Republik China dan beliau
dilantik sebagai presiden sementara.

 Namun, kerajaan Ch’ing melantik Yuan Shih Kai sebagai ketua tentera darat dan tentera laut untuk
menghapuskan golongan revolusi dan beliau berjaya menawan kembali Hanyang dan Hankow.
 Pemimpin revolusi bensetuju mengadakan rundingan dengan Yuan Shih Kai kerana beliau mempunyai
kekuatan tentera dan kewangan yang lebih kukuh.
 Dr. Sun Yat Sen meletak jawatan dan Yuan Shih Kai dilantik sbg presiden sementara slps rundingan
tersebut.
 Sebagai balasan, Yuan Shih Kai mendesak kerajaan Ch’ing turun takhta.
 Kuasa pemerintahan dikembalikan kepada rakyat dan pilihan raya diadakan mengikut sistem dua
dewan, iaitu Dewan Rendah dan Dewan Tertinggi bagi menggerakkan demokrasi.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
230
 Kuomintang (KMT) menang besar dalam pilihan raya tersebut.
 Namun, Yuan Shih Kai membunuh tokoh utama Kuomintang dan menyingkirkan gabenor wilayah KMT
Selatan kerana tidak mahu kuasanya dicabar.
 KMT kemudiannya diharamkan oleh Yuan Shih Kai dan beliau mengamalkan sistem pemerintahan
diktator.
 Yuan Shih Kai melantik dirinya sebagai Maharaja China yang baharu dengan niat mengembalikan
sistem monarki tetapi beliau meninggal dunia pada 6 Jun 1916.

 Dr. Sun Yat Sen menyusun semula KMT dan membentuk kerajaan di Canton setelah kematian Yuan
Shih Kai.
 Dr. Sun Yat Sen mendesak kuasa Barat seperti Perancis, Britian, dan Amerika Syarikat untuk
menyokongnya dalam menyatukan rakyat China tetapi permintaan beliau tidak diendahkan.
 Beliau terpaksa meminta bantuan Rusia. Rusia menghantar Michael Borodin untuk membantu China
dan sebuah pusat latihan ketenteraan ditubuhkan.
 Rusia pula mendesak Parti Komunis China (PKC) bergabung dengan KMT di bawah Deklarasi Sun-Joffe
1923 dan PKC bersetuju yang membawa kepada penubuhan Barisan Bersatu.

 Dr. Sun Yat Sen meninggal dunia pd 1925 menyebabkan KMT berpecah kpd puak prokomunis &
antikomunis.
 Jeneral Chiang Kaishek ke utara China untuk menentang hulubalang dan menyatukan KMT.
 KMT berjaya menawan Peking dan menubuhkan kerajaan di Nanking.
 Kejayaan tersebut menyebabkan golongan hulubalang memberikan kesetiaan kepadanya dan kuasa
asing mengiktiraf kerajaan nasionalis pimpinan beliau.
 Kemudiannya, beliau melancarkan kempen antikomunis, memecat ahli komunis, dan melakukan
pembunuhan beramai-ramai.

 Hubungan PKC-KMT dibentuk untuk menghadapi Jepun tetapi semasa peperangan hanya tentera KMT
yang berperang dan mereka dikalahkan oleh Jepun yang menyebabkan imej KMT jatuh.
 KMT mengenakan tekanan ke atas PKC & meminta bantuan penasihat tentera Jerman, Jen. Hans von
Seeckt.
 Perancangan yang teliti dilaksanakan dengan mengepung tentera komunis, menempatkan tentera di
lokasi strategik, kubu-kubu kecil dibina, serta dilengkapi dengan mesingan dan meriam.
 Ini menyebabkan kubu komunis tewas satu persatu & Mao Tze Tung memulakan Long March pd
1934.
 Perjalanan tersebut mengorbankan banyak nyawa dan hanya 20 000 yang selamat sampai di Shensi.
 Di sini, pihak komunis melakukan akitiviti pemulihan dan mengembalikan kekuatan mereka.

 Apabila Jepun menyerang China, PKC menggunakan slogan nasionalis untuk mendapatkan sokongan
penduduk tempatan kerana dalam perkembangan ideologi komunis di China,
 penduduk China hanya memahami dua perkara, iaitu pembebasan China daripada imperialis asing dan
tekanan daripada tuan tanah.
 Kebuntuan dalam menentukan kerajaan bermula apabila KMT mahukan kerajaan republik dengan
presiden berkuasa penuh manakala PKC mahukan kerajaan berbentuk kabinet.

 Pertempuran kecil-kecilan terus berlaku antara kedua-dua pihak dan


 KMT melantik Chiang Kai-shek sebagai Presiden Republik China melalui Dewan Perhimpunan Kerajaan
Kebangsaan tanpa pengetahuan parti-parti lain.
 KMT yang mencapai kemenangan mula menindas golongan antikerajaan dan golongan intelektual
yang menentang kerajaan ditangkap dan dibunuh.
 Chiang Kai-shek yang mendapat sokongan kuasa-kuasa besar menghadapi masalah menghapuskan
PKC kerana PKC berbaik-baik dengan pddk luar bandar sebelum perang dan penduduk luar bandar
juga mempercayai PKC.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
231
 Akibat tentangan daripada pelbagai pihak dan rakyat China yang bersemangat menghapuskan
imperialis dan menuduh KMT bersubahat dengan Barat, menyebabkan PKC memenangi perang
saudara tersebut dan KMT menyerah kalah.
 Chiang Kai-shek dan tenteranya berundur ke Taiwan dan membentuk sebuah kerajaan demokratik di
Taiwan.
 PKC membentuk kerajaan komunis pada tahun 1949 yang dikenali sebagai Republik Rakyat China yang
kekal sehingga kini.

Kesimpulan
 Pada peringkat awal, pembaharuan dalam bidang politik, ekonomi, dan sosial sukar dilaksanakan
kerana kerajaan Ch’ing curiga kepada usaha-usaha pembaharuan yang dilakukan.
 Maharani Dowager hanya mahu mengekalkan tradisi kekuasaan orang Manchu.
 Perjuangan membebaskan China melalui jalan sukar kerana melibatkan pertumpahan darah sesama
sendiri.
 Kesukaran mi timbul kerana perbezaan ideologi dan kawalan ke atas rakyat yang bukan mudah
disebabkan keadaan geografi China yang luas dan penduduknya yang ramai.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
232
Jelaskan faktor-faktor penubuhan North Atlantic Treaty Organisation (NATO).

Pengenalan
 NATO merujuk kepada Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara dan ditubuhkan pada 4 April 1949.
 Ia merupakan sebuah pakatan bercorak ketenteraan yang menekankan sistem pertahanan bersama
antara negara anggota.
 Pada awal penubuhannya, ia disertai oleh 12 buah negara seperti Amerika Syarikat, Britain, Perancis,
Jerman Barat, Itali dan lain-lain.
 NATO mempunyai organisasi yang tetap dan ibu pejabat yang tetap di Brussels.
 Pakatan mi bertujuan menyekat perluasan kuasa komunis Soviet Rusia.
 Antara faktor-faktor penubuhan NATO ialah seperti berikut.

Isi Jawapan

1. Menghalang kebangkitan semula kuasa ketenteraan Jerman di Eropah.


 Negara-negara Eropah seperti Britain dan Perancis bimbang terhadap kebangkitan Jerman selepas
Perang Dunia Kedua.
 Britain dan Perancis menegaskan bahawa perang dunia yang berlaku dan bermula di Eropah berpunca
daripada cita-cita Jerman mahu menguasai benua Eropah.
 Oleh itu, bagi menghadapi kemaraan Jerman, beberapa pertubuhan telah dibentuk, antaranya
Perjanjian Dunkirk yang membabitkan Perancis dan Britain pada 1947 dan Brussels pada 1948 yang
membabitkan Perancis, Belgium, Netherland dan Luxemburg bagi menyekat kemaraan Jerman.
 Penubuhan dua pertubuhan awal mi merupakan bibit-bibit awal ke arah penubuhan sebuah pakatan
tentera yang lebih luas membabitkan Amerika Syarikat.
 Oleh ha! demikian, ia menjadi tarikan utama negara-negara mi menyertai NATO sebagai sebuah
institusi pakatan ketenteraan sebagai usaha mempertahankan kedaulatan ah!i-ahli lain j ika ada
ancaman musuh.

2. Mengheret dan melibatkan secara langsung Amerika Syarikat dalam hal ehwal ketenteraan dan politik
Eropah.
 Satu perubahan dalam keseimbangan kuasa telah berlaku selepas Perang Dunia Kedua apabila
Amerika Syarikat dan Soviet Russia telah muncul sebagai dua kuasa besar dunia yang dahulunya
diduduki oleh empat kuasa ketenteraan iaitu Perancis, Belanda, Jerman dan Itali.
 Oleh hal demikian, Britain berpendapat kuasa besar seperti Amerika Syarikat perlu dilibatkan dalam
sesuatu pertubuhan.
 Negara-negara Eropah Barat juga sedar mereka perlu mengelakkan perang tercetus di kawasan
Eropah.
 Oleh itu, untuk mencapai tujuan in negara-negara Eropah perlu memperolehi sokongan dan kuasa
besar, Amerika Syarikat.
 Britain juga percaya bahawa penglibatan Amerika Syarikat penting bagi memastikan NATO muncul
sebagai pertubuhan yang kuat.
 Kesungguhan Britain menjadikan hubungan antara Britain dan Amerika Syarikat semakin rapat
sehingga terjalinnya pelbagai kerjasama seperti perundingan diplomatik, kerjasama dalam bidang
ketenteraan dan kerjasama dalam bidang perisikan (FBI, CIA dan SIS).

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
233
3. Mengekang perluasan ideologi komunis dan ketenteraan Rusia di Eropah.
 Setelah tamatnya Perang Dunia Kedua, keadaan Eropah terlibat dengan pola pertentangan ideologi
iaitu komunis yang didokong oleh Rusia dan Amerika Syarikat sebagai agen demokrasi.
 Ancaman kepada rantau Eropah Barat menjadi lebih ketara dengan perluasan pengaruh Komunis yang
mengakibatkan pembahagian Eropah kepada dua blok iaitu Eropah Barat yang berpihak kepada
Amerika Syarikat dan blok Eropah Timur perpaksikan ideologi komunis.
 Situasi mi membimbangkan negara Eropah Barat ditambah pula negara-negara Eropah Timur yang
prokomunis telah menambah kekuatan ketenteraan bagi menandingi negara jiran mereka di Eropah
Barat.
 Oleh itu, negara Eropah Barat mula menyedari bahawa sebuah pakatan perlu diwujudkan untuk
mengatasi ancaman yang mungkin timbul dan menyekat perluasan ideologi komunis dan ketenteraan
Rusia di Eropah.

4. Membantu PBB menjaga keselamatan antarabangsa


 Dalam menjaga keselamatan di rantau Eropah, negara-negara di Eropah Barat tidak mahu bergantung
sepenuhnya kepada PBB.
 Kegagalan yang dilalui oleh PBB sebelum mi telah menjadikan Eropah Barat begitu bimbang dengan
keupayaan PBB menangani isu-isu keselamatan dunia amnya dan Eropah khususnya.
 Semasa awal penubuhan PBB, negara Eropah berharap agar PBB akan berfungsi sebagai mekanisme
yang dapat mengekalkan kemanan antarabangsa,
 walau bagaimanapun harapan tersebut tidak tercapai kerana kuasa-kuasa besar dalam Majlis
Keselamatan PBB hanya akan dapat mengekalkan kemanan apabila pihak Rusia dan Amerika Syarikat
bersetuju untuk berkerjasama.
 Oleh itu, penubuhan NATO dianggap antithesis kepada PBB yang dilihat tidak berupaya memainkan
peranan sebagai satu pertubuhan yang boleh mengekang atau menyelesaikan sebarang konflik secara
berkesan.
 Ini kerana PBB tidak memiliki sebuah pasukan tentera tersendiri.

Kesimpulan
 Jelaslah bahawa sememangnya NATO merupakan pertubuhan yang direka khas untuk menahan
kemaraan komunis di rantau Eropah semasa Perang Dingin.
 Walau bagaimanapun, fokus NATO berubah-ubah mengikut keadaan semasa.
 Dalam hal in peranan Amerika Syarikat dalam NATO tidak dapat dinafikan sehingga Soviet Rusia
menganggap Amerika Syarikat adalah NATO dan NATO adalah Amerika Syarikat.
 Kemampuan NATO untuk hidup amat bergantung kepada komitmen yang ditunjukkan oleh negara-
negara yang menganggotainya.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
234
Terangkan organisasi yang terdapat dalam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Pendahuluan
 Kegagalan Liga Bangsa menyebabkan beberapa negara-negara anggota bersidang di Istana St. James di
London untuk menandatangani satu perisytiharan menentang sebarang percubaan dari mana-mana
negara daripada membuat pakatan damai secara berasingan.
 Pada bulan Ogos 1941, Franklin D. Roosevelt dan Winston Churchill telah membuat perisytiharan yang
dinamakan Piagam Atlantik.
 Piagam ini telah dijadikan asas pembentukan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu kemudiannya.

1. Perisytiharan Bangsa-bangsa Bersatu


 Pada bulan Januari 1942, satu dokumen ringkas telah ditandatangani antara empat kuasa besar, iaitu
Amerika Syarikat (Franklin D. Roosevelt), Britain (Winston Churchill), Rusia (Maxim Litvinov), dan China
(T.V.Soong).
 Mereka berikrar menamatkan perang dan mengikat kerajaan-kerajaan yang menandatangani
dokumen itu daripada membuat sebarang pakatan damai sementara secara berasingan dengan pihak
musuh.
 Dokumen mi kemudiannya dikenali sebagai Perisytiharan Bangsa-bangsa Bersatu.
 Negara-negara anggota pertubuhan mi harus akur dengan Piagam PBB, iaitu satu perjanjian
antarabangsa yang menggalurkan prinsip-prinsip asas hubungan antarabangsa.
 Terdapat empat matlamat Piagam PBB, iaitu
o menjamin keamanan dan keselamatan dunia,
o menggalakkan hubungan berbaik-baik antara negara-negara anggota,
o bekerjasama dalam menyelesaikan masalah antarabangsa dan melindungi hak asasi manusia
tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit, serta
o menggalakkan kemajuan kemasyarakatan dan memperbaiki taraf hidup manusia.

2. Organisasi PBB
 Untuk melaksanakan tanggungjawab bagi merealisasikan matlamat dan objektif yang digariskan, PBB
mewujudkan enam organisasi.
 Organisasi tersebut ialah
o Perhimpunan Agung,
o Majlis Keselamatan,
o Majlis Ekonomi dan Sosial,
o Mahkamah Keadilan Antarabangsa,
o Ma,jlis Amanah, dan
o Sekretariat.

3. Perhimpunan Agung PBB


 Perhimpunan Agung merupakan badan PBB terpenting.
 Badan-badan lain dilantik oleh Perhimpunan Agung.
 Hal mi bermakna Perhimpunan Agung berperanan melantik ahli Majlis Sosial dan Ekonomi, ahli biasa
Majlis Keselamatan, dan ahli Majlis Amanah.
 Majlis ini ,juga mempunyai hak untuk turut melantik hakim Mahkamah Keadilan Antarabangsa.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
235
 Antara tugas-tugas Perhimpunan Agung ialah
o menimbang serta membuat syor tentang dasar kerjasama antarabangsa dalam usaha
memelihara keamanan dan keselamatan dunia termasuk dasar pensenjataan dan mengawal
perlucutan senjata.
o Perhimpunan Agung mengambil langkah mengkaji dan membuat syor bagi menggalakkan
kerjasama antarabangsa dalam bidang politik, perkembangan undang-undang antarabangsa,
o menggalakkan kesedaran terhadap hak dan kebebasan asasi manusia, dan mencapai
permuafakatan dan kerjasama antarabangsa dalam bidang ekonomi, kemasyarakatan,
kebudayaan, pelajaran dan kesihatan.
o mengawasi dan membuat syor berhubung dengan kawasan-kawasan amanah serta
mencadangkan cara menyelesaikan masalah secara damai dan seterusnya mengekalkan hbgn
baik antara negara.
o menimbang dan meluluskan rang perbelanjaan PBB, menentukan kadar sumbangan wang
daripada negara-negara anggota, dan memeriksa perbelanjaan pertubuhan-pertubuhan khas
PBB.

4. Majlis Keselamatan.
 Majlis Keselamatan bertanggungjawab scr langsung dlm hal-hal berkaitan keamanan dan keselamatan
dunia.
 Sejak penubuhannya sehingga tahun 1965, majlis mi mempunyai 11 ahli, iaitu lima ahli tetap (Amerika
Syarikat, Soviet Union, United Kingdom, Perancis, dan China yang diwakili oleh Taiwan sehingga tahun
1971) dan enam ahli biasa yang dilantik setiap dua tahun.
 Mengikut Piagam PBB, antara tindakan yang boleh diambil oleh Majlis Keselamatan dalam
menyelesaikan sebarang pertelingkahan adalah seperti
o meminta semua negara anggota PBB memutuskan hubungan diplomatik dgn negara yang
ingkar itu,
o meminta semua anggota PBB memutuskan perhubungan kereta api, laut, udara, perhubungan
pos dan telegram, radio, atau sebarang bentuk komunikasi,
o meminta semua negara anggota PBB memutuskan perhubungan ekonomi negara tersebut,
dan
o meminta negara anggota PBB mengambil tindakan ketenteraan terhadap negara tersebut
sama ada melalui sekatan darat, laut, atau udara.

 Ciri terpenting Majlis Keselamatan ialah ahli tetapnya diberi kuasa veto.
 Setiap tindakan PBB yang melibatkan sesuatu isu dasar memerlukan persetujuan setiap ahli tetap.
 Ini bermakna bantahan setiap ahli tetap boleh menggagalkan sebarang keputusan PBB.
 Dalam isu-isu yang genting, keputusan yang sah mestilah menerima undi dua pertiga (atau sembilan)
ahli Majlis Keselamatan.

5. Majlis Ekonomi
 Majlis Ekonomi dan Sosial bertanggungjawab menyelaras dan mengarahkan aktiviti PBB dalam bidang
ekonomi, sosial, kemanusiaan, dan kebudayaan.
 Majlis mi bersidang sekurang-kurangnya dua kali setahun.
 Majlis mi bertanggungjawab terus kepada Perhimpunan Agung.
 Antara tugas majlis mi ialah membuat kajian, laporan dan syor dalam bidang ekonomi,
kemasyarakatan, kebudayaan, pelajaran, kesihatan, dan sebagainya.
 Usaha mi boleh dilakukan secara langsung ataupun dengan membentuk sebuah suruhanjaya pakar.
 Keputusan yang dibuat oleh suruhanjaya pakar akan menjadi dasar untuk dibincangkan oleh majlis ini
 Keputusan majlis mi pula akan dikemukakan kepada Perhimpunan Agung untuk dipertimbangkan dan
mengambil tindakan yang perlu.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
236
 Agensi-agensi yang turut membantu majlis mi termasuklah
o Food andAgriculture Organization (FAQ),
o United Nations Educational, Scientific and Cultural Organisation (UNESCO),
o International Labour Organisation (ILO),
o United Nations Conference on Trade and Development (UNCTAD),
o International Bank for Reconstruction and Development (IBRD), dan
o International Monetary Fund (IMF).

6. Majlis Amanah
 Majlis Amanah dipertanggungjawabkan menyelia wilayah yg diamanahkan di bawah pentadbiran PBB.
 Prinsip asasnya ialah sebarang wilayah yang dirampas daripada musuh yang telah dikalahkan tidak
boleh dijadikan jajahan takiuk oleh mana-mana kuasa yang menang.
 Sebaliknya, wilayah itu harus ditadbir oleh kuasa antarabangsa sebagai satu amanah sehingga wilayah
itu mampu membentuk pemermntahannya sendiri.
 Selepas tahun 1945, terdapat 11 wilayah amanah yang diambil alih dan Jerman, Itali, dan Jepun.
 Contoh kawasan-kawasan yang pernah diletakkan sebagai kawasan amanah ialah New Guinea yang
ditadbir oleh Australia, Samoa Barat ditadbir oleh New Zealand, dan Cameroon, Tanganyika, dan
Togoland ditadbir oleh Britain.
 Bagaimanapun, kawasan-kawasan mi akhirnya mencapai kemerdekaan pada awal tahun 1960-an.
 Qleh itu, Majlis Amanah kurang berfungsi kerana kawasan-kawasan amanah telah mencapai
kemerdekaan.
7. Mahkamah Keadilan Antarabangsa.
 Mahkamah Keadilan Antarabangsa terletak di Hague, Belanda.
 Mahkamah mi mempunyai 15 hakim yang dipilih bersama oleh Perhimpunan Agung dan Majlis
Keselamatan.
 Setiap hakim mestilah terdiri daripada warganegara yang berlainan dan berkhidmat selama 9 tahun
dan berhak untuk dilantik semula.
 Mahkamah mi berkuasa memberi nasihat atas permintaan Majlis Perhimpunan Agung atau Majlis
Keselamatan.
 Mahkamah mi berkuasa mengendalikan sebarang kes yang dibawa kepadanya.
 Walau bagaimanapun, pada hakikatnya, mahkamah mi tidak ada ejen penguatkuasa keputusan yang
dibuatnya.
 Pelaksanaan keputusan mahkamah mi terletak atas persetujuan negara yang terlibat untuk
mematuhinya.
 Kelemahan mi lebih ketara dalam kes-kes antarabangsa yang bersifat politik dan tidak dapat
diselesaikan secara perundangan seperti kes yang melibatkan tuntutan ke atas wilayah, penentuan
garis sempadan, dan tuntutan ganti rugi antara negara.
8. Jawatan Setiausaha Agung
 Sekretariat PBB diketuai oleh Setiausaha Agung yang dipilih oleh Majlis Perhimpunan Agung PBB atas
cadangan dan sokongan Majlis Keselamatan.
 Sekretariat mi beribu pejabat di New York.
 Setiausaha Agung merupakan pentadbir tertinggi dan keberkesanan Sekretariat bergantung kepada
kewibawaan dan pengaruh peribadi Setiausaha Agung berkenaan.
 Setiausaha Agung diberi kuasa untuk melantik kakitangan jabatannya.
 Beliau bertanggungjawab memimpin dan mengawal pentadbiran Ibu Pejabat PBB yang terdiri lebih
daripada 3 000 pegawai dan kakitangan (pada tahun 1998, jumlah kakitangan PBB ialah 8 900 orang).
Kesimpulan
 Jelaslah bahawa peranan PBB ialah untuk menyatukan fikiran, pendapat, dan tindakan negara-negara
anggotanya terhadap sesuatu masalah yang membabitkan kepentingan sejagat.
 Dalam Perhimpunan Agung, wakil-wakil negara anggota diberi peluang berdebat, berbincang, dan
membuat keputusan berdasarkan undian terbanyak.
 PBB merupakan pertubuhan antarabangsa yang mempunyai hubungan saling bergantung antara satu
sama lain dalam menjalankan usaha memelihara keamanan dan keselamatan antarabangsa.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
237
Terangkan penglibatan Amerika Syarikat dan United Kingdom dalam North Atlantic Treaty Organisation
(NATO)

Pendahuluan
 NATO ditubuhkan pada 4 April 1949.
 Pada asalnya, hanya 12 negara sahaja menganggotai pertubuhan ini.
 Ibu pejabat NATO ialah di Paris.
 NATO telah menonjolkan Amerika Syarikat sebagai kuasa besar yang memainkan peranan utama
dalam pertahanan dan keselamatan di Eropah Barat,

1. Faktor penubuhan NATO


 Faktor penubuhan NATO ialah menghalang kebangkitan semula kuasa ketenteraan Jerman di Eropah,
 melibatkan secara langsung Amerika Syarikat dalam hal ehwal ketenteraan dan politik Eropah,
 mengekang peluasan ideologi komunis dan ketenteraan Rusia di Eropah, dan
 mengatasi ketidakyakinan Eropah terhadap kemampuan PBB.

2. Tujuan penubuhan NATO


 Strategi NATO ialah bagi mewujudkan sistem pertahanan bersama yang melibatkan semua negara
anggotanya terhadap keselamatan dan kedaulatan setiap negara anggota.
 Pada dasarnya, NATO bertujuan membendung pengaruh komunis yang diterajui oleh Soviet Union.

3. Peranan United Kingdom dan AS


 United Kingdom memainkan peranan utama dalam proses pembentukan NATO.
 Sekiranya dirujuk kepada koleksi surat-surat peribadi Ernest Bevin, Setiausaha Luar Britain dari tahun
1946 hingga 1951, dan dokumen yang dihasilkan oleh Foreign Office, United Kingdom sememangnya
menyusun strategi dengan mengetengahkan peranan besar Amerika Syarikat dalam proses
penubuhan NATO.
 Ini bermakna, United Kingdom berjaya untuk tidak menonjolkan peranan mereka walaupun pihak
British merupakan “pemain utama’ (key player) dalam proses pembentukan NATO.

 Dalam hal ini, United Kingdom yang ketika itu diterajui oleh Parti Buruh telah menyusun pelbagai
strategi bagi memastikan pertubuhan antarabangsa yang bakal dibentuk akan turut disertai oleh
Amerika Syarikat.
 Berdasarkan pengalaman United Kingdom, sesuatu pertubuhan itu kurang berkesan jika tidak disertai
oleh Amerika Syarikat seperti yang berlaku ke atas Liga Bangsa.
 Presiden Harry S. Truman belum bersedia menghadapi ancaman Soviet Union di Eropah dan pihak
United Kingdom perlu membuat perancangan jangka panjang untuk melibatkan Amerika Syarikat
dalam soal keselamatan di Eropah khususnya.
 Oleh itu, kewujudan NATO adalah bertepatan dengan perkembangan politik antarabangsa ketika itu.

 Perkembangan politik antarabangsa sepanjang tahun 1945 hingga tahun 1949 menyebabkan Britain
dan Amerika Syarikat mengambil inisiatif untuk menubuhkan NATO.
 Soviet Union memberi satu persepsi bhw “NATO ialah Amerika Syarikat” dan “Amerika Syarikat ialah
NATO”
 ini bermakna NATO didominasikan oleh Amerika Syarikat berbanding negara-negara lain.

 Perang Dingin telah menyebabkan hubungn antara United Kingdom dengan Amerika Syarikat menjadi
akrab.
 Hubungan antara kedua-dua kuasa besar dalam bentuk bilateral boleh dilihat dalam bentuk
perundingan diplomatik, kerjasama ketenteraan, dan perisikan.

Kesimpulan.
 Komitmen berterusan Amerika Syarikat dalam NATO dilihat sebagai kunci keseimbangan, keutuhan,
dan kestabilan sebagai institusi yang berperanan memelihara keamanan dan keselamatan dunia
secara praktikal bukan sekadar di Eropah sahaja malah di seluruh dunia.
____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
238
Bincangkan penglibatan United Kingdom dalain North Atlantic Treaty Organisation (NATO).

Pendahuluan.
 NATO ditubuhkan path 4 April 1949 beribu pejabat di Paris,
 Pada peringkat awalnya hanya 12 buah negara sahaja yang menganggotai pertubuhan ini.
 Negara-negara berkenaan ialah Anierika Syarikat, United. Kingdom, Perancis, Iceland, Kanada, Italy,
Portugal, Denmark, Norway, Belgium, Belanda dan Luxemberg.
 Strategi NATO untuk mewujudkau sistem pertahanan bersama yang meilbatkan semua negara anggoa
tethadap keselamatan dan kedaulatan setiap negara anggota.
 Pada dasarnya, NATO bertujuan membendung pengaruh komunis yang diterajui oeh Soviet Union.
 Bagi negara-negara Eropah seperti Britain dan Perancis menekankan kebimbangan negara-negara
Eropah terhadap kebangkitan Jerman selepas Perang Dunia Kedua menjadI tarikan utama mereka
menyertai NATO sebagai sebuah institusi pakatan ketenteraan.
1. Peranan Setiausaha Luar Britain
 United Kingdom memainkan peranan utama dalam proses pembentukan NATO.
 Sekiranya dirujuk kepada koleksi surat-surat peribadi Ernest Bevin, Setiausaha Luar Britain dari tahun
1946 hingga 1951, dan dokumen yang dihasilkan oleh Foreign Office, United Kingdom
 sememangnya menyusun strategi dengan mengetengahkan peranan besar Amenika Syarikat dalam
proses penububan NATO.
 lni bermakna, United Kingdom berjaya untuk tidak menonjolkan peranan mereka walaupun pihak
British merupakan “pemain utama” dalam proses pembentukan NATO.
2. Peranan Parti Buruh.
 Pada masa ini, United Kingdom diterajui oleh Parti Buruh telah menyusun pelbagai strategi bagi
memastikan pertubuhan antarabangsa yang bakal dibentuk akan turut disertai oleh Arnerika Syarikat.
 Berdasarkan pengalaman United Kingdom, sesuatu pertubuhan itu kurang berkesan jika tidak disertal
oleh Amerika Syarikat seperti yang berlaku ke atas Liga Bangsa.
 Presiden Harry S. Truman belum bersedia menghadapi ancaman Soviet Union di Eropah dan pihak
United Kingdom perlu membuat perancangan jangka panjang untuk melibatkan Anierika Syarikat
dalam soal keselamatan di Eropah.
 Oleh itu, kewujudan NATO adalah bertepatan dengan perkembangan politik antarabangsa ketika itu.
3. Isu Perang Dingin.
 Perkembangan politik antarabangsa sepanjang tahun 1945 hingga tahun 1949 menyebabkan Britain
dan Amerika Syarikat mengambil inisiatif untuk menubuhkan NATO.
 Ini bermakna NATO didominasikan oleh Amerika Syarikat berbanding Negara-negara lain.
 Perang Dingin telah menyebabkan hubungan antara United Kingdom dengan Amerika Syarikat
menjadi akrab.
 Hubungan antara kedua-dua kuasa besar dalam bentuk bilateral boleh dilihat dalam bentuk
perundingan diplomatik, kerjasama ketenteraan dan perisikan.
4. Komitmen Amerika Syarikat.
 Komitmen berterusan Amerika Syarikat dalam NATO dilihat sebagai kunci keseimbangan, keutuhan
dan kestabilan sebagai institusi yang berperanan memelihara keamanan dan keselamatan dunia
secara raktikal bukan sekadar di Eropah sahaja malah di seluruh dunia.
 Para anggota bcrsetuju bahawa sabuah serangan bersenjata terhadap salah satu atau lebih dari
mereka di Eropah maupun di Amerika Syarikat akan dianggap sebagal serangan terhadap semua
anggota.
 Setiap anggota berhak untuk mempertahankan diri secara peribadi maupun bersama-sama.
Kesimpulan.
 Sebagai kesimpulannya komitmen berterusan Amerika Syarikat dalam NATO dilihat sebagai kunci
keseimbangan, keutuhan dan kestabilan NATO.
 Ini bermakna NATO didominasikan oleh Amerika Syarikat berbanding dengan negara-negara lain.
 Walaupun hubungan United Kingdom dan Amerilca Syarikat akrab akibat Perang Dingin namun turut
terjejas kesan pengenalan Atomic Energy Act of 1945.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
239
Bincangkan penglibatan United Kingdom dalam Komanwel

Pendahuluan
 Pertubuhan Komanwel dibentuk pada tahun 1931(melalui Statute of Westminster) dan anggotanya
terdiri daripada bekas tanah jajahan British yang telah merdeka.
 Pada akhir tahun 1950-an, kebanyakan bekas tanah jajahan di Afrika, Asia, Carribbean dan Pasifik yang
mencapai kemerdekaan memilih untuk menyertai Komanwel.
 Mereka dibenarkan memiih jenis kerajaan sama ada berbentuk republik, monarki, atau menerima
monarki British.

1. Sejarah penubuhan
 Pertubuhan Komanwel begitu sinonim dengan United Kingdom.
 United Kingdom boleh dianggap sebagai “pengasas” dan “ketua” Komanwel.
 Jika United Kingdom tidak bijak menjaga dan mengawal negara-negara bekas tanah jajahannya, sudah
tentu hubungan United Kingdom dan tanah jajahannya akan lenyap begitu sahaja.
 Sememangnya pernah ada empayar lain spt Belanda, Perancis, & Portugal ttp menjadi lemah & terus
lenyap.
 Hanya empayar British yg berjaya mewujudkan sebuah pertubuhan yang disertai oleh negara-negara
bekas tanah jajahannya yang dahulu pernah ditakiuki tetapi sekarang mempunyai status yang sama
dengan Britain.

2. Nama Komanwel
 Komanwel bukanlah diwujudkan secara mendadak kerana pertubuhan mi berkembang dan empayar
British,
 kemudian diberi nama Komanwel British dan sekarang diberi nama Komanwel.
 Kewujudan Komanwel mempunyai kaitan dengan niat dan cita-cita United Kingdom untuk
membimbing tanah jajahannya ke arah berkerajaan sendiri seterusnya memberi kemerdekaan.
 Kebijaksanaan Pejabat Tanah Jajahan menguruskan bekas negara-negara yang dijajah mempunyai
mekanisme tersendiri.
 Bekas tanah jajahan British tidak dipaksa untuk menyertai Komanwel dan ahli-ahlinya adalah bebas
untuk menarik din pada bila-bila masa.
 Myanmar meninggalkan Komanwel pada tahun 1948 dan Republik Ireland meninggalkan pertubuhan
mi pada tahun 1949.

3. Keanggotaan
 Keanggotaan dalam Komanwel bukan secara automatik, ertinya bekas-bekas tanah jajahan British
tidak semestinya diterima terus menjadi anggota setelah mencapai kemerdekaan.
 Sesebuah negara perlu memohon untuk menjadi ahli.
 Selain itu, negara-negara anggota perlu menerima Queen sebagai simbol perpaduan dan Ketua
Komanwel.
 Syarat seterusnya ialah negara-negara anggota yang berhasrat untuk menukarkan status monarki
menjadi republilc, maka negara tersebut mestilah memaklumkan kepada negara-negara anggota yang
lain.
4. Syarat keanggotaan.
 Negara-negara anggota juga disyaratkan supaya bersedia untuk bekerjasama dengan ahli-ahli demi
kepentingan bersama.
 Semasa Persidangan Perhubungan Komanwel di Lahore, Pakistan pada tahun 1954, dua syarat lagi
dicadangkan, iaitu mempunyai sistem parlimen dan berkemampuan untuk mentadbir negara.
 Satu lagi keunikan Komanwel ialah kebijaksanaan United Kingdom mengekalkan legasi monarkinya
menjadi ketua negara dalam kalangan negara-negara Komanwel yang merdeka.
 Lebih kurang 16 buah negara anggota Komanwel memilih untuk mengakui Queen (Raja Inggeris)
sebagai ketua negara.
 Di setiap negara tersebut, diwakili oleh Gabenor Jeneral.
 Di sesetengah negara, Gabenor Jeneral terdiri daripada anak tempatan.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
240
5. Kerjasama ekonomi
 United Kingdom juga sedar akan tanggungjawabnya untuk membangunkan tanah jajahannya
(termasuk wilayah-wilayah yang diamanahkan kepadanya) yang ketinggalan dan segi ekonomi.
 Penubuhan Komanwel adalah langkah wajar kerana kerjasama secara multilateral dalam bidang
ekonomi dalam kalangan bekas tanah jajahannya akan mengukuhkan ekonomi negara-negara
berkenaan.
 Negara Komanwel mengeksport lebih 50 peratus daripada teh, bijih timah, jut, getah, minyak sawit,
dan koko dunia.
 Negara Komanwel juga menyumbang separuh daripada keluaran aluminium dunia.
 Kekayaan hasil bahan-bahan mentah di negara bekas tanah jajahannya menyebabkan United Kingdom
mengambil kesempatan mengadakan hubungan bilateral dan penetapan harga barang-barang utama
itu dilakukan oleh United Kingdom.
 Bagi negara-negara anggota Komanwel, mereka sedar bahawa hubungan sedia ada United Kingdom
dengan negara-negara Komanwel lain
 serta penglibatan perdagangan dalam Sterling Area akan memberi faedah seperti pemindahan
teknologi dan kepakaran, perkhidmatan perkapalan, dan sebagainya.

6. Faedah Keanggotaan.
 United Kingdom dengan pengaruh yang ada memujuk Amerika Syarikat, Kanada, dan Jepun
mewujudkan Rancangan Colombo (Colombo Plan) pada tahun 1950.
 Rancangan yang berslogankan “Merancang Untuk Kemakmuran Bersama” dilancarkan bagi membantu
meningkatkan perkembangan ekonomi di negara-negara Asia dan Pasifik.
 Beberapa negara anggota Komanwel seperti India, Fiji, Sri Lanka, dan Tanah Melayu menikmati faedah
daripada program mi dalam bidang pendidikan, pembinaan infrastruktur, iaitu jalan raya, kereta api,
dan sistem pengairan.

 Di samping itu, United Kingdom juga mengambil inisiatif mewujudkan Jawatankuasa Perhubungan
Pelajaran Komanwel pada tahun 1950 bagi membantu negara-negara anggota (sedang membangun)
menyediakan sistem pelajaran yang lebih sempurna.
 Jawatankuasa tersebut merupakan sebuah badan penasihat dan perunding dalam bidang pendidikan
yang dianggotai oleh beberapa orang pakar dalam bidang pelajaran.
 Universiti di Negara-negara Komanwel sering mengadakan kerjasama melalui Persatuan Universiti
Komanwel (The Association of Commonwealth Universities) yang dianggotai lebih 200 buah universiti.
 Antara tujuan penubuhan persatuan mi adalah untuk membantu universiti terutama universiti yang
baharu ditubuhkan dan segi tenaga pengajar, kelengkapan penyelidikan, dan lain-lain keperluan yang
berkaitan dengan pendidikan.

 Penubuhan Komanwel juga mempunyai kaitan dengan hasrat United Kingdom untuk memperkenalkan
sistem sosial, ekonomi, dan politik berdasarkan model Barat.
 Penerapan sistem undang-undang, birokrasi, ekonomi, dan lain-lain menjadikan struktur pentadbiran
negara-negara Komanwel lebih kemas dan berkesan. Struktur politik, sosial, birokrasi dan sistem
ekonomi yang sudah sebati
 dan menjadi tradisi kepada negara Komanwel menyebabkan mereka Iebih cenderung mengekalkan
hubungan baik dengan United Kingdom.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
241

7. Cabaran Komanwel
 Salah satu isu yang menggugat perpaduan dalam kalangan negara anggota Komanwel ialah Dasar
Apartheid yang diamalkan di Afrika Selatan.
 Kerajaan kulit putih melaksanakan Dasar Apartheid antara tahun 1948 hingga 1991.
 Majoriti negara-negara anggota Komanwel mahukan dasar mi dihapuskan, namun United Kingdom
bertindak tidak sehaluan dengan anggota yang lain.

 Tindakan yang dilakukan oleh Britain adalah kerana kepentingannya sendiri.


 Dalam satu perjanjian (1955) antara Britain dan Afrika Selatan, Britain bersetuju menjual senjata
kepada regim Pretoria.
 Keadaan mi mengundang kekejaman yang berterusan terhadap penduduk kulit hitam di Afrika
Selatan.
 Ada negara yang mengancam akan keluar Komanwel jika United Kingdom bertindak berterusan
menyokong regim Pretoria seperti Nigeria dan Tanzania.
 Bagaimanapun isu mi hanya tinggal sejarah setelah dasar mi dihapuskan pada tahun 1991 dan
kerajaan di bawah pimpinan Nelson Mandela dibentuk memerintah Afrika Selatan pada tahun 1994.

Kesimpulan
 Komanwel bukanlah sebuah pakatan bercorak ketenteraan.
 Oleh itu, peranannya untuk menyelesaikan isu-isu politik dan keselamatan yang ditimbulkan oleh
negara-negara anggotanya adalah terbatas.
 Sama ada disedari atau tidak, Komanwel akan terus berkembang kerana kepercayaan dalam kalangan
negara-negara anggota terhadap pertubuhan mi masih wujud.
 Pelbagai kerjasama diadakan dalam bidang ekonomi, pelajaran, teknikal, dan lain-lain menyebabkan
negara-negara anggota tidak meninggalkan Komanwel.

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
242
Analisiskan peranan Pertubuhan Baagsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam memelihara keamanan dan
kesejahteraan masyarakat dunia.

Pendahuluan
 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ditubuhkan pada bulan Oktober 1945.
 Matlamat utama penubuhan PBB adalah untuk memelihara keamanan dan keselamatan Sejagat.
 PBB juga memainkan peranan menyelesaikan konfilk antarabangsa secara aman tanpa penggunaan
kekerasan.
 Sejak awal penubuhan hingga ke hari ini, PBB telah memberikan sumbangan yang amat besar dalam
memelihara keamanan dan kesejahteraan masyarakat dunia.

1. Kemerdekaan wilayah jajahan.


• PBB memainkan peranan menyelesaikan masalah kemerdekaan wilayah-wilayah jajahan.
 Pada tahun 1960, PBB meluluskan peristytiharkan kemerdekaan kepada wilayah dan penduduk negara
yang dijajah.

2. Menyelesaikan masalah pelarian.


• PBB memainkan peranan dalam menyelesaikan masalah pelarian.
• Bagi menangani masalah ini, PBB mengadakan rundingan diplomatik bagi menempatkan pelarian di
negara-negara tertentu.
• Pada awal nya tubuh IRO bagi menempatkan semula, menghantar pulang, dan memberi penlindungan
kepada lebih 1 000 000 pelarian.
• Pada tahun 1952 UNHCR ditubuhkan untuk menangani masalah pelarian dengan lebih berkesan.
• Contohnya pelarian Kemboja

3. Menyelesaikan masalah apartheid.


• PBB menubuhkan jawatankuasa khas bagi menangani masalah Apartheid di Afrika Selatan — Dasar
kerajaan Afrika Selatan yang menyisihkan kaum kulit hitam daripada kaum kulit putih.
• Pada tahun 1963, Perhimpunan Agung PBB meluluskan Perisytiharan Pembasmian Segala Bentuk
Diskriminasi Ras/Kaum.

4. Mengisytiharkan hak asasi sejagat.


• Pada tahun 1948, PBB menggubal Perisytiharan Hak Asasi Sejagat.
• Perjanjian berhubung dengan hak asasi sejagat diluluskan oleh PBB pada tahun 1966.
• PBB memainkan peranan dalam menyelesaikan konflik secara aman.

5. Menanggani konflik antarabangsa secara aman.


• Pada tahun 1956, Majlis Keselamatan berjaya menyelesaikan krisis Terusan Suez.
• PBB juga menghantar pasukan pendamai ke Congo pada tahun 1960 untuk memulihkan keamanan di
negara tersebut.
• Mengundurkan tentera Soviet Union dari Iran pada tahun 1946

6. Membantu Negara mangsa perang


• PBB memberi bantuan kepada negara-negara yang menjadi mangsa perang menerusi ‘Program
Bantuan dan Pembangunan Semula PBB”.
• Dalam konteks ini, PBB memberi bantuan khidmat kebajikan bagi memastikan kualiti kehidupan rakyat
di negara tersebut terpelihara.
• Pada peringkat awalnya hanya tertumpu kepada negara blok Barat

7. Membangunkan Negara-negara mundur.


• PBB menyediakan pinjaman untuk pembangunan negara-negara mundur.
• International Development Association (IDA) ditubuhkan untuk membiayai projek yang memberi
sumbangan kepada kemajuaan wilayah.
• Majlis Ekonomi dan Sosial memainkan peranan dalam mengumpul data tentang kemajuan sosial dan
ekonomi antarabangsa.
____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015
243
8. Menyelesaikan perebutan pulau.
• PBB berusaha menangani masalah perebutan pulau agar ketegangan antara negara dapat
dikurangkan.
• PBB memainkan peranan dalam isu tuntutan Kepulanan Spratly antara China, Taiwan, Vietnam,
Filipina, Brunei dan Malaysia
• Bagi menyelesaikan masalah perebutan pulau, PBB melaksanakan Undang- Undang Laut pada tahun
1994.

9. Mengatasi masalah perlumbaan senjata.


• PBB mengambil langkah menyekat penggunaan senjata nuklear dan senjata ‘kimia yang meninggalkan
kesan buruk tethadap mangsa perang.
• Sebagai contoh,, PBB menpengaruhi Soviet Union dan Amerika Syarikat mengundurkan peluru
berpandu dalam krisis di Cuba.
• Mempengaruhi pihak yang terlibat dalam perang Iran — Iraq untuk mencapai gencatan senjata
• Mengenakan sekanan ekonomi dan menghentikan bantuan kewangan kepada Pakistan kerana
menjalankan ujian bom nuklear semasa persengketaan antara India dan Pakistan untuk merebut
wilayah Kashmir.

Kesimpulan
• PBB berjaya mempertahankan kemanan dan kesejahteraan masyarakat dunia dengan berkesan.
• PBB juga mengambil langkah-langkah bagi menangani konflik yang melibatkan negara-negara anggota.

=MODUL TAMAT =
WAN ABDUL MANAF BIN WAN ABDULLAH
CETAKAN JUN 2014

____________________________________________________________________________________________________________________________
MODUL PNP SEJARAH DUNIA PENGGAL 1
Oleh WAMWA SMK PADANG MIDIN
CETAKAN 2015

You might also like