You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN HIJRAH BADONG

JALAN ITOL, 96200 DARO

KERTAS CADANGAN PEMBINAAN


TEMPAT WUDUK DI BLOK KELAS
SK HIJRAH BADONG DARO

ANJURAN :
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
SK HIJRAH BADONG DARO

Kertas cadangan :
MEMBINA TEMPAT WUDUK
DI KAWASAN BLOK KELAS

1- PENGENALAN

Majoriti murid SK Hijrah Badong merupakan murid beragama islam. Dalam subjek
Pendidikan Islam, ada pecahan subjek untuk tasmik setiap hari. Tasmik adalah perkataan
yang diambil dari bahasa Arab yang bermaksud mendengar. Kaedah ini digunakan guru
dalam pengajaran Tilawah al Quran melalui aktiviti guru mendengar bacaan pelajar. Semasa
Kelas Agama Fardhu Ain (KAFA) turut adanya aktiviti membaca Al-Quran dan Iqra’.

Oleh yang demikian, bagi memenuhi kehendak semua pihak, Panitia Pendidikan
Islam ingin mengambil langkah supaya perjalanan program tersebut tidak mengalami
sebarang gangguan. AJK Panitia Pendidikan Islam bercadang untuk membina tempat wuduk
bagi pelajar memandangkan tempat wuduk hanya ada di surau sahaja dan amat terhad
penggunaannya pada sesuatu masa secara serentak.

2- SEBAB-SEBAB KEPERLUAN

Pembinaan tempat wuduk ini perlu dilakukan dengan kadar yang segera
disebabkan faktor-faktor berikut:

1- Jarak surau ke kelas memakan masa yang lama


2- Bilangan pelajar yang ramai menjadikan kelancaran program akan tergendala.
3- Menjaga maslahah ikhtilat lelaki dan perempuan
4- PAFA pelajar dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.
5- Amali wuduk dapat dipantau oleh guru dengan lebih jelas dan berkesan

3- ANGGARAN KEWANGAN

Anggaran untuk Pembinaan tempat wuduk berbumbung, berjubin dan tertutup ini RM
30,000.
(Pelan tempat wuduk ada pada lampiran)

4- DANA PEMBINAAN

- Sumbangan daripada Tabung Baitulmal Majlis Islam Sarawak

2
5- TARIKH PEMBINAAN

- Mula pembinaan : Awal Mac 2023


- Jangka siap : Awal April 2023
( bergantung kepada sumber kewangan)

6- AHLI JAWATANKUASA PEMBANGUNAN

Pengerusi : Pn. Rokiah Binti Haidir


Timb. Pengerusi : Cik Nurul Azimah Bte Abu hassan
Penyelaras : En. Mohd Asyraf Bin Mohd Adnan
Setiausaha : En Waliuddin Bin Zulkifli
Bendahari : Cik Anina Binti Mostapha

AJK
: Cik Hafizotul Akmal Bin Ahmad Zaki
: Pn Nur Hafizah Binti Kalin
: En. Salleh Hossain Bin Baharom

7- PENUTUP

Pembinaan tempat wuduk dan kemudahan infrastruktur yang lengkap diperlukan


untuk mengelakkan masa terbuang disebabkan ramai pelajar yang berebut dalam masa yang
sama untuk mengambil wuduk. Semoga Allah menyampaikan hajat kami dalam
merealisasikan pembinaan tempat wuduk dan kemudahan asas yang lain. Amin ya
Rabbaalamin.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

…………………… …………………………..
WALIUDDIN BIN ZULKIFLI ROKIAH BINTI HAIDIR
Setiausaha Penasihat
Panitia Pendidikan Islam Panitia Pendidikan Islam
SK Hijrah Badong SK Hijrah Badong

Disahkan oleh,

………………………………
MARYANA BINTI MOHIDDIN
Guru Besar
SK Hijrah Badong

3
Contoh tempat wuduk yang akan dibina.

Tempat Wuduk berbumbung,


berjubin dan tertutup

You might also like