You are on page 1of 2

PERSATUAN PENDUDUK

ZON BAYU, SUBANG BESTARI


D/A No. 5, Jalan Nova U5/49, Subang Bestari,
Seksyen U5, 40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Tel : YDP 019-358 6297/TYDP 019-266 7375/SU 012-386 6020
Email : bayu.subangbestari@gmail.com

BAYU.Jan/23/1

26 February 2020

Dato Sri Mohamad

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato’/Datin/Prof/Dr/Tuan/Puan,

MEMOHON TAJAAN BAGI KEJOHANAN FUTSAL TERTUTUP BAYU 2020, PERSATUAN


PENDUDUK ZON BAYU SUBANG BESTARI SHAH ALAM

Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Penduduk Bayu melalui Biro Sukan Dan
Rekreasi akan menganjurkan Kejohanan Futsal Tertutup Bayu 2020 pada ketetapan yang
berikut :-
Tarikh : 29 Februari 2020
Masa : 8.30am
Tempat : Frenzo Futsal Paya Jaras

3. Sebagai makluman pertandingan futsal ini terbahagi kepada dua kategori iaitu
kategori dewasa berumur 15 tahun keatas dan juga kategori kanak kanak berumur 12 tahun
ke bawah. Antara objektif utama program ini dianjurkan adalah untuk merapatkan
hubungan silaturrahim antara penduduk bayu dan juga menerapkan tentang gaya hidup
sihat dari segi fizikal dan mental di samping dapat memupuk sifat toleransi dan
bertanggungjawab di dalam sesebuah pasukan.

4. Oleh itu dengan segala hormatnya kami ingin memohon dan mengalu-alukan
sumbangan dan tajaan darpada pihak YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato’/Datin/Prof/Dr/Tuan/Puan
bagi memastikan kejohanan ini dapat berlangsung dengan jayanya. Sumbangan dan tajaan
yang dihulurkan akan digunakan untuk keperluan kejohanan ini seperti sewaan court futsal,
hadiah kepada pemenang serta keperluan teknikal dan logistic. Anggaran perbelanjaan yang
diperlukan ialah sebanyak RM3440.00. Sumbangan dan tajaan dalam bentuk wang tunai
boleh dibuat atas nama PERSATUAN PENDUDUK ZON BAYU SUBANG BESTARI
AC : 562085623219 (MAYBANK ISLAMIC).

“Towards Ideal Living Community”


5. Selain dari sumbangan wang tunai, pihak kami juga mengalu-alukan tajaan
berbentuk barangan seperti yang tersenarai di dalam kertas kerja yang dilampirkan.

6. Untuk pertanyaan lanjut berkaitan tajaan dan sumbangan pihak YBhg. Tan
Sri/Datuk/Dato’/Datin/Prof/Dr/Tuan/Puan boleh berhubung dengan En Salihin di talian
019-3149789.

Kesudian pihak YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato’/Datin/Prof/Dr/Tuan/Puan memberikan


sumbangan dan tajaan dalam merealisasikan objektif dan menjayakan Kejohanan Futsal
Tertutup Bayu 2020 ini amat kami hargai.

Sekian Terima kasih.

Yang Benar,

HAJI RAMLI BIN HASSAN


PENGERUSI
PERSATUAN PENDUDUK ZON BAYU
SUBANG BESTARI SHAH ALAM

S.K ZAID IDRIS


PENGARAH PROGRAM

SALIHIN
BIRO PROMOSI

You might also like