You are on page 1of 8
MPULAN DAN CADANGAN Aktiviti menggunakan kamus khususnya kamus ekabahasa bahasa Melayu amat kurang dijalankan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu Kemahiran menggunakan kamus secara sistematik juga tidak didedahkan kepada penuntut Natijahnya, pelajar tidak cekap menggunakan kamus dai gagal mendapatkan kesan serta facdah yang optimum daripada kamus, meskipun terdapat usaha di kalangan mereka untuk mengakses sumber tersebut S.1.1 Kesan pendedahan teknik menggunakan kamus kepada tahap pencapaian pelajar Berdasarkan kajian eksperimen yang dijalankan serta analisis data yang dibuat, ternyata bahawa Semahiran teknik menggunakan kamus ekabahasa Melayu berkesan dalam mempertinekatkan kecekapan pelajar meneroka dan mendapatkan maklumat 2 terdapat dalam sesebuah kamus ekabahasa unpamanya Kamus Dewan. ya Kecekapan dan pencapaian pelajar yang diberikan pendedahan teknik menggunakan kamus ekabahasa juga terserlah dalam aktiviti bahasa yang berasaskan_kosa kata Prestasi yang ditunjukkan oleh pelajar yang diberikan pendedahan teknik (kumpulan eksperimen) amat memberangsangkan meskipun modul diajarkan dalam masa yang singkat tetapi intensif Dengan pendedahan modul yang lebih panjang tempohnya, lebih mendalam dan dilaksanakan dari semasa ke semasa kepada pelajar, pastinya mereka dapat menunjukkan prestasi bahasa yang lebih baik. 92 5.1.2 Kem 1 -menggunakan kamus dapat melahirkan pelajar bermaklumat Kecekapan pelaar_menggunakan kamus amat membantu pelajar_mendapatkan pelbagar maklumat untuk mengembangkan kosa kata mereka, Meskipun tidak dapat dinafikan bahawa latihan penguasaan kosa kata berdasarkan konteks atau petunjuk konteks (contextual clues) memainkan peranan dalam mempertingkatkan penguasaan kosa kata individu, namun modul kemahiran menggunakan kamus yang berkesan menjadi satu alat atau wahana yang dapat digunakan serentak untuk memperkaya penguasaan kosa kata sescorang, Ini sejajar dengan pandangan Atkin dan Varantola (dalam Nunan, 1991-285). bahawa kemahiran kamus perlu diajar dengan tepat dan tuntas seandainys pengguna ingin mendapatkan segala maklumat yang dimasukkan ‘suatu kamus oleh penyusun kamus dalam s Dalam hal ini juga, penguasaan kosa kata seseorang yang dapat ditingkatkan (melalui kemahiran menggunakan kamus) —mempunyai_magnitud terhadap keupayean seseorang mengaplikasikan penguasaan kosa kata mereka dalam konteks latihan bahasa seperti membina ayat, menghasilkan — penulisan_pelbagai genre, permainan bahasa dan pelahiran idea untuk tujuan lisan seperti teks pengueaparr umum, Salah satu faktor yang menghalang komunikasi dan interaksi yang efektif ialah kekurangan Kosa kata seseorang sehingga sesuatu idea yang ingin disampaikan tidal: dapat diungkap dengan jelas dan tepat sebaliknya kosa kata yang kaya _memudahkan penyampaian seseorang sama ada dalam medium penulisan mahupun fisan. Data menunjukkan bahawa semakin tinggi tahap penguasaan kosa kata seseorang semakin tinggi keupayaan mereka membina ayat yang tepat dari sei makna dan konteksnya. Mereka juga lebih peka tentang kepelbagaian pecahan makna, medan makna (semantic domain), kolokasi, bentuk-bertuk homonim, polisemi dan 93 ciri-ciri_ morfofonemik dan morfosintaksis sesuatu kata. Kecekapan menggunakan kamus ditambah oleh kekerapan merujuk kata dalam kamus, menjadikan pelajar lebih yakin tethadap penguasaan bahasa mereka. Aktiviti ini dapat _mencungkil, menggalakkan dan mengembangkan kreativiti pelajar dalam penggunaan bahasa Pelajar yang. tidak diberikan pendedahan teknik kurang yakin, membuat kesimpulan terlalu awal bahawa maklumat pada umumnya kurang menggemari aktiviti mencari maklumat dalam kamus. Bahasa Melayu merupakan bahasa yang pesat berkembang termasuk dari segi kecenderungan pengembangan kosa katanya maka kaedah untuk memudahkan penguasaan kosa katanya yang semakin kaya itu perlu dicari Kajian yang dikemukakan pengkaji dalam — disertasi_ ini merupakan salah satu usaha meneroka kemungkinan-kemungkinan mengeksploit kamus sebagai alat_ dan katalis untuk © memudahkan dan meningkatkan penguasaan kosa kata bahasa Melayu khususnya di kalangan penutur jati serta pengguna bahasa Melayu amnya Penggunaan kamus elektronik dan dengan adanya perisian kamus yang semakin banyak di pasaran menjadikan aktiviti merujuk kamus lebih menarik dan memberansangkan, Dalam hal ini penyusun kamus harus sedia menerbitkan kamus edisi tambahan yang memuatkan kata, istilah ungkapai dan apa-apa sahaja_unsur neologisme untuk tatapan pengguna bahasa Melayu 5.1.3 Implikasi kajian terhadap bidang leksikografi Kajian dalam bidang perkamusan boleh dibahagikan kepada dua iaitu kajian kamus dari perspektif pengguna dan kajian tentang kandungan sesebuah kamus. Kajian yang sedemikian akan mencetuskan maklumat dan input berguna iaitu: i mengualakkan — perubahan, pembaikan atau inovasi dalam — bidang leksikografi, Berdasarkan input yang diterima daripada kajian-kajian yang 94 diialankan, penyusun kamus dan abli leksikografi akan menimbang, semula pendekatan persembahan kandungan kamus yang lebih berkesan t penggunanya. i meloniarkan pandangan baru dalam bidang leksikologi dan kajian kebahasaan dan linguistik yang lain. Beberapa kelemahan yang terdapat dalam — kamus-kamus ekabahasa Melayu yang dibincangkan oleh Asmah Hj Omar (1988) dan Lew Teck Onn (1995 38-41) harus dijadikan pertimbangan di samping menimba — inovasi baru dalam penyusunan kamus (bahasa lain) yang terdapat dalam pasaran. Bagi memastikan — teknik — menggunakan kamus_ secara berkesan dapat disalurkan kepada pelajar. maka guru juga harus mendapat latihan mengajarkan teknik tersebut terlebih dahulu. Pelajar harus diwajibkan membeli kamus ekabahasa untuk digunakan dalam. latihan menggunakan kamus di kelas dan membuat rujukan di rumah. Guru harus bersedia melatih kemahiran ini memandangkan aktiviti ini mempunyai kekuatannya yang tersendiri, Kecekapan menggunakan kamus — dan menggunakan kamus sebagai bahan rujukan atau bahan bantu mengukuhkan ingatan jangka panjang pelajar (lihat perbineangan Sterick dalam Nunan, 1991:132). Hal ini demikian kerana, semasa pelajar merujuk kepada kamus, wujud unsur-unsur aktiviti pengukuhan dan asosiasi seperti membaca makna dan memahami makna sesuatu ka memahami ayat contoh dalam kamus dan membuat rujuk silang tentang kata-k yang berkaitan, Teknik menggunakan kamus juga dapat digabungjalinkan dengan pengajaran dan pembelajaran tatabahasa. Kamus sebagai suatu saluran maklumat sintaksis dan semantik dapat memberikan manfaat untuk mendalami morfologi, aspek nahu bahasa Melayu. Kecekapan dan kepantasan merujuk kata-kata terbitan, gandaan dan kata majmuk dalam kamus mengurangken kekeliruan dan kekaburan 95 pelajar seria menudahkan- mereka menganalisis ayat dan kesalahan nahu yang. terdapat daiam sesuatu ayat dan wacana. Kepekaan terhadap aspek kosa kata dan digabungkan dengan nahu meningkatkan kecekapan dan penguasaan pelajar dalam aktiviti lisan, pemahaman, dan penulisan, Tegasnya kemahiran menggunakan kamus saling berkaitan dengan — kemahiran yang lain untuk membentuk _pelajar berketerampilan dalam berbahasa - suatu yang menjadi objektif pendidikar bahasa Melayu sekolah menengah. Guru yang efektif —_bijak_ menggarap dan menggabungjalinkan aktiviti menggunakan kamus dengan pelajaran bahasa yang lain. Penggunaan kamus sebagai alat bantu dalam pengajaren dan pembelajaran harus dipelbagaikan Penggunaan kamus yang digabungjalinkan dengan —aktiviti pemahaman teks (yang bersifat Kontekstual) adalah — amat menarik dan berkesan kerana kedua-dua kaedah mempunyai kekuatan masing-masing, 5.1.4 Kep n in menggunakan = kamus diserapkan dalam kurikulum bahasa Pusat Perkembangan Kurikulum memainkan perenan penting dalam hal ini Pengubahsuaian dalam kurikulum — bahasa Melayu perlu dibuat dan teknik menggunakan kamus harus menjadi sebahagian kecekapan yang perlu diterapkan fantaran teknik ini adalah suatu kemabiran belajar cara belajar. Sebagaimana kemahiran belajar cara belajar yang lain seperti membaca pantas, mencatat isi penting dan sebagainya, kemahiran harus diberikan pendedahan sebelum _pelajar menguasai kandungan mata pelajaran bahasa aspek yang. lain seperti pemahaman, rumusan dan penulisan. kerana penguasaan kemahiran ini akan memudahkan pelajar menguasai apa-apa sahaja disiplin ilmu atau mata pelajaran yang lain, Tanpa elemen yang berbentuk imperatif seperti sukatan_pelajaran, kemahiran ini pasti terus 96 terpinggir dan tidak dilaksanakan secara efektif dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. 5.2. Cadangan untuk Penyelidikan Selanjutnya Kajian yang dijalankan oleh penyelidik tidak bersifat meryeluruh kerana sampel yang diambil tertumpu pada pelajar yang berpencapaian tinggi (high achievers) Sehubungan dengan itu, pengkaji mencadangkan kajian yang lebih_menyeluruh dengan mengambil sampel yang merangkum pelajar pelbagai pencapaian untuk melihat keberkesinan modul ini dalam membantu meningkatkan penguasaan kosa kata pelajar Kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa kemahiran menggunakan kamus jelas membantu meningkatkan penguasaan kosa kata seseorang, Lanjutan kepada penguasaan kosa kata ini pula, seseorang dapat mengaplikasikan penguasaannya itu dalam — hal atau tugasan yang berkait dengan bahasa secara langsung atau tidak, Berdasarkan kajian ini, pengkaji_mencadangkan penyelidikan dibuat tentang keberkesanan modul atau modul-modul —kemahiran menggunakan kamus dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu Penyelidik-penyelidik bahasa juga harus meninjeu kaedah-kaedah lain yang dapat meningkatkan penguasaan kosa kata seseorang pengguna bahasa, Perkaitan antara penguasaan kosa kata dengan kemahiran berbahasa yang lain turut diteroka umpamanya hubung kaitan antara tahap penguasaan kosa kata dengan kemahiran menulis, lisan dan tatabahasa, Beberapa kajian yang dijalankan di luar negara mendapati bahawa faktor yang menghalang kamus menjadi bahan rujukan yang efektif jalah_aspek pemerian makna dalam menerangkan sesuatu kata masukan yang dikatakan sukar difahami, berbelit- 97 belit dan kabur Ini merupakan dakwaan yang perlu diselidiki dengan mendalam kerana penguasaan teknik menggunakan kamus mungkin tidak dapat membantu pengguna kamus dalam hal ini apatah lagi apabila pemerian kata tidak bersifat mesra pengguna Kamus ekabahasa dalam bahasa Melayu yang telah diterbitkan masih bersifat berhati-hati maiah enggan memberikan maklumat kelas kata sama ada kata nama, kata kerja, adjektif dan sebagainya, bagi kata masukan dalam kamus sedangkan maklumat tersebut dapat membantu pelajar dan pengguna bahesa Melayu. Kajian_perlu difalankan secara mendalam tentang aspek kelas kata sebagai korpus bahasa Melayu dan seterusnya memantapkan persembahan sesebuah_kamus. Selain itu, kajian tentang jumlah kata yang patut dikuasai seseorang pada tahap tertentu terutami pada peringkatsekolah rendah Farus dijalankan. Dengan mengetahui jumlth kata yane dikuasai oleh pelajar, guru Bahasa Melayu dapat menggunakan maklumat tersebut sebagai tanda aras (bench mark) untuk membantu pelajar menguasai perbendaharan kata bahasa Melayu lain yang lebih mencabar atau lebih sukar agar kelemahan penguasaan bahasa yang terbit akibat kepicikan kosa kata ini dapat dikurangkan Sesuiai dengan era siber. kajian perlu dijalankan sejauh mana inovasi teknologi maklumat dan multimedia memberikan kesan kepada bidang leksikografi dan aspek penggunaan kamus dalam bentuk bercetak dan kamus dalam bentuk elektronik. Jika kajian ini meninjau kesan kecekapan menggunakan

You might also like