You are on page 1of 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Sekolah Kebangsaan Nanga Semawang Tel :


D/A Pejabat Pendidikan Daerah Julau Faks :
96600 Julau Email : ybb6216@edu.moe.my
Sarawak

Ruj. Kami: JPS(W)SKNS(Kur(153/06/08/13( )


Tarikh : 4 Julai 2019

Pengerusi,
Gerempung Pemansang Dayak Sarikei (GPDS)
96100 Sarikei.

Tuan,

MEMOHON PERUNTUKAN KEWANGAN UNTUK KEM MOTIVASI


KECEMERLANGAN UPSR 2019

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sekolah Kebangsaan Nanga Semawang ingin memohon peruntukan


kewangan daripada Gerem[ung Pemansang Dayak Sarikei (GPDS ) untuk menampung kos
perbelanjaan bagi mengadakan Kem Motivasi Kecemerlangan UPSR bagi Tahun 2019.

3. Bersama- sama ini kami sertakan Kertas Kerja Kem Motivasi tersebut untuk
perhatian dan tindakan pihak tuan selanjutnya.

4. Besarlah harapan kami agar pihak tuan dapat memberikan sumbangan bagi
menjayakan program itu nanti. Segala maklum balas daripada pihak tuan bolehlah berhubung
terus dengan dengan Guru Besar SK Nanga Semawang Encik Eben anak Ngelambau di
talian 014-4538733.

5. Kerjasama dan pertimbangan dari pihak tuan amatlah kami hargai dan
dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

………………………………
( EBEN ANAK NGELAMBAU)
Guru Besar,
SK Nanga Semawang,
96600 Julau.

Sk. Fail Sekolah

You might also like