You are on page 1of 27

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/305490890

Diversiti Konsep Wasatiyyah: Aplikasi Menerusi Inovasi Dalam Perkhidmatan


Awam

Article · June 2015

CITATIONS READS

0 1,511

5 authors, including:

Sharifah Hayaati Syed Ismail Siti Arni Basir


University of Malaya University of Malaya
41 PUBLICATIONS   74 CITATIONS    62 PUBLICATIONS   96 CITATIONS   

SEE PROFILE SEE PROFILE

Ilhaamie Abdul Idris Nayan


University of Malaya University of Malaya
25 PUBLICATIONS   51 CITATIONS    3 PUBLICATIONS   0 CITATIONS   

SEE PROFILE SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

Strategic Planning & Islamic views View project

Work Ethics View project

All content following this page was uploaded by Idris Nayan on 21 July 2016.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


Jurnal Psikologi & Kaunseling Perkhidmatan Awam Malaysia
Jun 2015, Bil. 10, ISSN: 2229-810X, 183-207 183

Diversiti Konsep Wasatiyyah:


Aplikasi Menerusi Inovasi Dalam
Perkhidmatan Awam
Sharifah Hayaati Syed Ismail al-Qudsy, PhD
Siti Arni Basir, PhD
Ilhaamie Abd. Ghani Azmi, PhD
Syarifah Nurolazan Shaikh Ahmad
Idris Nayan
Universiti Malaya

Wasatiyyah is a criteria for human value specified by Allah


SWT in the Qur’an. The uniqueness of these criteria often
discussed by Muslim and tafsir scholars in the frame of religious
faith, practice and morality. However, up to this writing we
found that there is no discussion corelate it with application
especially in services and innovation. Thus, the uniqueness of
this article is to present the diversification of wasatiyyah in
these applications. The basic question is how wasatiyyah can
be the driven value for excellence related to innovation in
public service. By using the method of content analysis on the
concept of wasatiyyah and deduc­tive analysis method to verify
wasatiyyah application in service. giving wasatiyyah not only
render on epistemology but also ontology as an application
tool towards more effective service. Three wasatiyyah values
that were given emphasis are fair and justice, balanced and
moderation as well as best service practice or excellent. For
the purpose of its application, this writing suggestedthat the
concept must be continously explained with emphasis on
its relationship with work performance in order to enhance
individual positive psychology through understanding and to
be implemented in three main work policies namely as service
requirement policy (DKK1), preferencial service policy (DKK2)
and quality service policy (DK3). In the Malaysian context,
the combination of epistomology and ontology has shown good
relationship through innovation in public service.
Jurnal Psikologi & Kaunseling Perkhidmatan Awam Malaysia
Jun 2015, Bil. 10, ISSN: 2229-810X, 183-207 184

Pengenalan

Wasatiyyah merupakan satu konsep baharu yang diketengahkan


dalam negara pada tahun 2010. Pendekatan konsep dan nilai ini
secara amnya sering merujuk kepada aspek akidah dan ibadah iaitu
akidah yang benar, amalan yang adil lagi yang bersifat sederhana
serta tidak keterlaluan. Namun, kefahaman dan pemakaiannya dalam
konteks lain termasuk perkhidmatan masih kurang diperbincangkan.
Sedangkan bagi pentadbiran negara dengan perkembangan dan
pembaharuan pesat dalam perkhidmatan yang dipamerkan oleh
negara-negara membangun dan maju ekoran ledakan teknologi dan
cabaran perkhidmatan meliputi penggunaan media sosial yang meluas,
permintaan pelanggan yang tinggi, nilai terhadap kualiti yang tuntas
lagi menyeluruh sifatnya amat diperlukan. Ditambah pula dengan
cabaran dari sudut perspektif masyarakat yang segelintirnya masih
memandang negatif terhadap perkhidmatan kerajaan yang dikaitkan
dengan kerenah birokrasi (Temubual dengan Ketua Setiausaha Negara,
Tan Sri Dr. Ali Hamsa, Utusan Malaysia, 30/6/2013).

Perkataan wasatiyyah boleh dirujuk dari asal kalimah `wasata` dalam


Surah al-Baqarah: 143 dan Surah al-Nisa’: Ayat 134. Firman Allah SWT
bermaksud: “Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu
ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad)
satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang
yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar
dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi
orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu. (Sebenarnya
kiblat kamu ialah Kaabah) dan tiadalah Kami jadikan kiblat yang
engkau mengadapnya dahulu itu (wahai Muhammad), melainkan
untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang
siapakah yang benar-benar mengikut Rasul serta membenarkannya
dan siapa pula yang berpaling tadah (berbalik kepada kekufurannya)
dan sesungguhnya (soal peralihan arah kiblat) itu adalah amat berat
(untuk diterima) kecuali kepada orang-orang yang telah diberikan
Allah petunjuk hidayah dan Allah tidak akan menghilangkan (bukti)
iman kamu. Sesungguhnya Allah Amat melimpah belas kasihan dan
rahmatNya kepada orang-orang (yang beriman)”.
Jurnal Psikologi & Kaunseling Perkhidmatan Awam Malaysia
Jun 2015, Bil. 10, ISSN: 2229-810X, 183-207 185

Definisi Wasatiyyah

Wasatiyyah adalah kata terbitan daripada perkataan bahasa Arab `wasat`


atau `wasut’ yang bermakna `berada di tengah-tengah’. Manakala
`al-awsat’ pula bermaksud pertengahan. Kalimah ini disebut dalam
5 ayat al-Quran dengan konteks yang berbeza. Selain itu, istilah al-
wasatiyyah juga disebutkan dalam beberapa ayat yang lain, seperti
al-Wusţá (al-Baqarah, 2: 238), Awsat (al-Ma’idah, 5:89), awsatuhum
(al-Qalam, 68: 28), dan fawasatna (al-’Adiyat, 100: 5).

Menurut pandangan Ibn Manzur kalimah dalam Surah al-Baqarah:


Ayat 143 merujuk kepada umat yang adil, terbaik dan terpilih. Begitu
juga menurut Al-Tabari (2000) yang menyatakan bahawa wasat
bermaksud khiyar dan afdhal (yang terpilih dan terbaik). Menurut
al-Qaradhawi (1977) pula bahawa wasat berkait dengan maksud
kesederhanaan dengan bersifat berimbang antara dua keadaan atau
tidak melampau. Penjelasan yang sama dipetik dari pandangan Al-
Zuhaili (1991) yang menekankan empat nilai utama iaitu terpilih,
terbaik, berimbang dan adil.

Adil pula menurut Ibn Manzur adalah bererti tidak berat sebelah,
tidak memihak atau berimbang. Ia juga boleh bermaksud berpegang
kepada kebenaran (Ibn Manzur, t.th). Al-Maraghi dalam tafsirnya
berpendapat bahawa ia adalah menyampaikan hak kepada mereka yang
berhak dengan cara yang terbaik. Para fuqaha berpendapat bahawa
umat yang adil adalah yang mencegah diri daripada melakukan dosa
besar serta menjauhkan diri dari sebarang tindakan yang merosakkan
maruah (Abdul Karim Zaidan, 1998). Semua penjelasan ini selaras
dengan Firman Allah dalam Surah al-Qalam: ayat 28 bermaksud,
“Orang yang bersikap adil antara mereka berkata,”Bukankah aku
telah mengatakan kepada kamu (semasa kamu hendak menghampakan
orang fakir miskin daripada mendapat habuan mereka), alangkah
baik sekiranya kamu bertasbih (mengingati Allah dan membatalkan
rancangan jahat itu?)”.

Sifat adil yang terkandung dalam perkataan wasatiyyah mengandungi


maksud sifat dan tindakan yang terbaik kepada individu yang paling
Jurnal Psikologi & Kaunseling Perkhidmatan Awam Malaysia
Jun 2015, Bil. 10, ISSN: 2229-810X, 183-207 186

layak atau paling sesuai untuk disampaikan dan bukannya yang


buruk atau zalim. Perlakuan adil adalah lebih dekat dengan taqwa
terhadap Allah swt:

“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu jadi orang-


orang yang selalu menegakkan (kebenaran) kerana Allah, menjadi
saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap
sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku
adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah
kepada Allah” (Surah al-Ma’idah: Ayat 8)

Adil adalah nilai berasaskan kepada kesederhanaan dan adalah satu


elemen penting dan menjadi kompetensi yang perlu dalam meningkatkan
kualiti dalam perkhidmatan awam.

Sabda Rasulullah: ‫ ﺧﻴﯿﺮ ﺍاﻷﻣﻮﺭر ﺃأﻭوﺳﻄﻬﮭﺎ‬Maksudnya,“Sebaik-baik perkara


adalah yang pertengahan” (Riwayat al-Baihaqi, Al-Fawaid Al-Majmuah
Li As-Syaukani, 588) iaitu dalam bahasa Arabnya al-awsat. Tetapi
ini bukan bermaksud yang berada antara dua keadaan iaitu tidak
cemerlang dan tidak lemah. Ia bermaksud sifat atau sesuatu yang
tidak membawa kepada keburukan ekoran berlebih-lebihan.
‫ﺧﻴﯿﺮ ﺍاﻷﻣﻮﺭر ﺃأﻭوﺳﻄﻬﮭﺎ‬ ‫ﻟﻐﻠﻮ ﻓﻲ ﺍاﻟﺪﻳﯾﻦ ﻓﺈﻧﻪﮫ ﺃأﻫﮬﮪھﻠﻚ ﻣﻦ ﻛﺎﻥن ﻗﺒﻠﻜﻢ ﺍاﻟﻐﻠﻮ ﻓﻲ ﺍاﻟﺪﻳﯾﻦ‬
Terdapat tiga takrifan ringkas mengenai wasatiyyah. Pertama ialah
adil dan saksama, kedua ialah berimbang atau kesederhanaan dengan
maksud tidak berlebih-lebihan, melampaui batasan dan memudaratkan.
Sabda Rasulullah:

‫ﺇإﻳﯾﺎﻛﻢ ﻭوﺍاﻟﻐﻠﻮ ﻓﻲ ﺍاﻟﺪﻳﯾﻦ ﻓﺈﻧﻪﮫ ﺃأﻫﮬﮪھﻠﻚ ﻣﻦ ﻛﺎﻥن ﻗﺒﻠﻜﻢ ﺍاﻟﻐﻠﻮ ﻓﻲ ﺍاﻟﺪﻳﯾﻦ‬

Maksudnya : “Jauhilah melampau (al-ghuluw) dalam agama, kerana


telah binasa mereka yang sebelummu disebabkan melampaunya
mereka di dalam agama” (Riwayat Ibn Majah, Sunan Ibn Majah,
3028). Dan ketiga, amalan terbaik dan cemerlang. Elemen nilai ini
dirumuskan sebagaimana Rajah 1 dibawah;
Jurnal Psikologi & Kaunseling Perkhidmatan Awam Malaysia
Jun 2015, Bil. 10, ISSN: 2229-810X, 183-207 187

Adil &
Saksama

Elemen
Nilai dalam
wasatiyyah

berimbang
amalan
sederhana
terbaik &
& tidak
cemerlang
keterlaluan

Rajah 1
Elemen Nilai Dalam Wasatiyyah

Pendekatan Wasatiyyah Memenuhi Konsep Maslahah

Dalam ajaran Islam, wasatiyyah tidak sewajarnya dipisahkan dengan


apa jua bentuk tindakan termasuk perkhidmatan. Ini disebabkan
perkhidmatan merupakan sebahagian daripada tuntutan syarak yang
berperanan menegakkan maslahah umat Islam berteraskan nilai akhlak.
Secara ringkasnya, maslahah bererti sesuatu yang baik dan membawa
kebaikan atau bermanfaat untuk urusan di dunia dan akhirat. Konsep
ini tidak terhasil semata-mata oleh kemahuan dan logikal manusiawi,
sebaliknya berasaskan kepada piawaian syara’ dari aspek kebenaran,
nilai, adab dan kehalalannya. Ia juga dijadikan asas pertimbangan
dalam menolak kemudaratan (al-Ghazzali, 1990). Hujah ini adalah
Jurnal Psikologi & Kaunseling Perkhidmatan Awam Malaysia
Jun 2015, Bil. 10, ISSN: 2229-810X, 183-207 188

yang dominan dalam penentuan sesuatu pelaksanaan menurut


sesetengah ulamak. Antaranya yang dibangkitkan oleh Najm al-Din
al-Tufi (1276M-1316M). Menurut al-Shatibi (t.t), maslahah boleh
dibahagikan kepada tiga kategori bergantung kepada kepentingan
dan keutamaannya. Iaitu maslahah dharuriat, hajiyat dan tahsiniyat.
Dharuriat adalah kepentingan keperluan yang bersifat asas dalam
kehidupan. Kepentingan dharuriat terbahagi kepada lima perkara; iaitu
(1) agama (2) akal, (3) jiwa, (4) keturunan dan (5) harta. Oleh itu,
apa juga yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada kelima-lima
kepentingan asas ini adalah ditegah (al-Shatibi, (t.t). Bagi menjaga
dan mencapai kelima-lima keperluan dan matlamat dharuri inilah,
maka nilai wasatiyyah amat ditekankan untuk menjaga peradaban
insan. Penekanan ini terkandung dalam keseluruhan falsafah adab
dan akhlak.

Tuntutan secara umum tentang keperluan memelihara maslahah juga


dinamakan masalih al-mursalah dan istislah. Iaitu kemaslahatan yang
tidak dinyatakan secara jelas dalam dalil syara’ dan juga tidak ditolak,
sebaliknya berasaskan kepada logik akal tetapi tidak bertentangan
dengan keseluruhan prinsip dan maqasid syariah. Oleh itu, apa juga
perkara yang bertujuan menjaga kepentingan umum walaupun ianya
tidak dinyatakan secara jelas atau khusus dalam al-Quran atau al-
Sunnah (al-Syatibi, 1975). Firman Allah s.w.t bermaksud:

‘Buatlah (dengan sebaik-baik) perbuatan kamu, kerana sesungguhnya


Allah mengasihi orang-orang yang berusaha supaya baik amalannya.’
(Surah al-Baqarah :195).

Walaubagaimanapun, maslahah atau kepentingan umum yang


diambilkira dalam apa juga urusan perlu menepati tiga syarat iaitu;
(al-Syatibi, 1975)

1. Ianya hendaklah suatu kepentingan yang melibatkan semua


anggota masyarakat dan bukan untuk kepentingan sesetengah kumpulan
tertentu sahaja;

2. Ianya hendaklah merupakan suatu kepentingan yang tidak diragui


oleh pihak-pihak yang mempunyai pengetahuan dalam menilainya;
Jurnal Psikologi & Kaunseling Perkhidmatan Awam Malaysia
Jun 2015, Bil. 10, ISSN: 2229-810X, 183-207 189

3. Ianya hendaklah tidak bercanggah dengan nas al-Quran atau


al-Sunnah.

Kaedah umum dalam hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Ibn
Majah dan Darulqutni boleh dijadikan asas membina nilai wasatiyyah.
Iaitu sabda baginda ‫( ﻻ ﺿﺮﺭر ﻭوﻻ ﺿﺮﺍاﺭر‬Sunan Ibn Majah, 2334 &
Sunan Darulqutni, 2714) Maksudnya: “Tiada kemudaratan dan tidak
boleh melakukan kemudaratan”. Kaedah umum dan ringkas ini bukan
sekadar menjadi pegangan prinsip dalam mengeluarkan hukum syara’,
tetapi ia juga dijadikan panduan dan pedoman dalam semua urusan.
Menurut penjelasan Imam al-Nawawi, hadis ini bermaksud ajaran
Islam tidak menghendaki apa jua bentuk kemudaratan termasuklah;
Pertama, kepada diri dan orang lain; Kedua, melakukan kemudaratan
kepada orang lain untuk membalas keburukannya, tetapi sebaliknya,
hendaklah diserahkan kepada pihak yang berkuasa; Ketiga, berfaedah
untuk diri sendiri tetapi mendatangkan kemudaratan kepada orang lain
dan keempat, memudaratkan orang lain sedangkan yang melakukannya
tidak mendapat sebarang faedah (al-Syatibi,(t.t).

Justeru, dengan berpegang kepada prinsip maslahah yang menjadi


elemen utama maqasid, nilai wasatiyyah melalui perkhidmatan itu
menjadi dharuri untuk diperteguhkan melalui pelbagai usaha, dasar
dan program pembangunan modal insan. Ini kerana kedua-duanya,
maqasid dan nilai wasatiyyah amat berkait rapat dan saling melengkapi
iaitu maqasid tidak tercapai tanpa modal insan dan amalan kerja
yang mendokong nilai wasatiyyah.

Aplikasi Nilai Wasatiyyah Dalam Perkhidmatan Awam

Menurut Al-Buraey (1985) model pentadbiran Islam adalah


berorientasikan nilai, iaitu memaksimakan nilai-nilai Islam. Model
pentadbiran Islam mementingkan keseimbangan antara kebendaan
dan kesejahteraan sosial. Antara cara untuk memaksimakan nilai
Islam berkenaan mencari titik keseimbangan antara kesejahteraan
kebendaan dengan kepuasan spiritualiti ialah dengan pembinaan masjid
di tempat kerja, program untuk keselamatan sosial dan keselamatan
spiritual. Pendapat al-Buraey (1985) ini membawa petunjuk bahawa
Jurnal Psikologi & Kaunseling Perkhidmatan Awam Malaysia
Jun 2015, Bil. 10, ISSN: 2229-810X, 183-207 190

perlaksanaan sistem pengurusan berteraskan Islam hendaklah


disertai dengan mekanisme, program atau teknik yang bersesuaian,
agar perlaksanaannya dapat dilaksanakan dengan berkesan. Dalam
konteks inilah, konsep wasatiyyah yang semakin mendapat tempat
dalam kalangan masyarakat Malaysia perlu dilaksanakan dengan
menggunakan mekanisme atau teknik yang konkrit agar konsep tersebut
dapat dilaksanakan dengan tuntas dan efektif. Isunya ialah, setakat
ini belum ada mekanisme dan teknik yang jelas tentang bagaimana
konsep wasatiyyah seharusnya dilaksanakan di sektor perkhidmatan
di Malaysia. Oleh itu, menjadi keperluan untuk membangunkan
mekanisme berkenaan dengan perlaksanaan konsep wasatiyyah di
Malaysia. Dalam konteks inilah, aplikasi berasaskan wasatiyyah
di sektor perkhidmatan melalui penjawat awam yang lestari perlu
dibangunkan.

Kelestarian insan (human sustainability) bagi penjawat awam


bermaksud amalan yang menyumbang kepada pembangunan dan
kesejahteraan warga kerja. Ia juga bermaksud amalan mana-mana
organisasi yang menyumbang kepada kesejahteraan komuniti dan
masyarakat secara amnya (Perrot, 2014). Definisi ini membawa makna
bahawa terdapat amalan atau program tertentu yang boleh digunakan
untuk membangunkan insan atau warga kerja yang lestari. Manakala
warga kerja yang lestari pula akan membawa kesan positif kepada
masyarakat. Impak positif kepada masyarakat inilah yang jika dipupuk
secara berterusan akhirnya akan membangunkan sebuah peradaban
yang unggul dan jitu. Dalam konteks kajian ini, indeks kelestarian
insan yang dibangunkan dengan menggunakan nilai-nilai wasatiyyah
akan membantu dalam melahirkan warga kerja yang mempunyai
peribadi unggul dan berprestasi tinggi, yang mana individu seperti
penting untuk menjadi agen ke arah pembentukan umat Islam yang
mempunyai peradaban yang tinggi.

Sarjana Islam mengkritik bahawa konsep dan indeks pembangunan


manusia yang dipelopori barat tidak menepati kehendak Islam yang
sebenar. Menurut prinsip Islam, pembangunan didefinisikan sebagai
suatu proses di mana perubahan individu dan sosial adalah berdasarkan
pemikiran Islam sejati, yang secara asasnya bermatlamatkan untuk
Jurnal Psikologi & Kaunseling Perkhidmatan Awam Malaysia
Jun 2015, Bil. 10, ISSN: 2229-810X, 183-207 191

mencapai keperluan material dan spiritual dalam kehidupan manusia.


Justeru itu, pembangunan manusia menurut perspektif Islam ialah
“suatu proses meningkatkan keupayaan manusia melalui keseimbangan
material dan rohani dalam usaha untuk mengatasi konflik dalaman
dan luaran yang didasarkan kepada ajaran Islam yang bersifat
menyeluruh”. Tujuan proses ini ialah untuk membangunkan keimanan
dan amalan saleh dalam usaha untuk mencapai keseimbangan dan
kehidupan yang baik iaitu Hayat-e-Tayyebeh (Zangoueinezhad &
Moshabaki, 2011). Berasaskan pendapat inilah, Zangoueinezhad dan
Moshabaki (2011) menjelaskan menurut prinsip pembangunan manusia
dalam Islam, indeks yang digunakan oleh badan antarabangsa untuk
mengukur pembangunan manusia tidak sesuai digunakan kerana
ianya berasaskan pendekatan yang biasa iaitu hanya memberi lebih
ruang kepada manusia untuk mencapai kehidupan yang lebih baik.
Sedangkan menurut pendekatan Islam, pembangunan manusia hanya
berlaku apabila kapasiti manusia itu meningkat, yang membolehkan
seseorang itu mampu menguruskan konflik dalaman dan luaran;
yang menuju kepada langkah seterusnya ke arah lorong keimanan
dan amal saleh untuk mencapai keredhaan Allah swt. Maka kajian
mengenai aplikasi yang dibangunkan dengan menggunakan nilai-nilai
wasatiyyah ini akan memberi jawapan kepada kritikan sarjana Islam
terhadap kekurangan atau kelompangan yang terdapat dalam konsep
pembangunan manusia mengikut perspektif barat.

Oleh kerana wasatiyyah bermaksud Al-‘Adl atau keadilan dan ini adalah
lawan kepada kezaliman, keadaan tidak seimbang, tidak adil, berat
sebelah, diskriminasi, penindasan dan juga pilih kasih (Ibn Manzur,
1956: 11/430-31; al-Jauhari, 1956: 5/ 1760-61). Ia juga berlawanan
dengan sifat fanatik, taksub, rigid, radikal dan melampau (Abdul
Monir, 2014) atau cuai (Abdullah, 2014). Justeru, pengaplikasian
menyeluruh keadilan dan ihsan di dalam sektor ekonomi dan politik
dalam pentadbiran awam di Malaysia akan membawa kepada pengagihan
kekayaan yang adil di dalam masyarakat, penjagaan kebajikan dan
pembelaan ke atas warga yang kurang bernasib baik dan kurang
berkemampuan (Maslee & Khairuddin, 2011). Ini kerana mereka
akan bertindak adil dan mengagihkan kekayaan dengan sama rata
tanpa mengamalkan kronism ataupun nepotism.
Jurnal Psikologi & Kaunseling Perkhidmatan Awam Malaysia
Jun 2015, Bil. 10, ISSN: 2229-810X, 183-207 192

Apabila pegawai awam di Malaysia diterapkan dengan nilai wasatiyyah


ini, mereka akan lebih berkemungkinan untuk menggunakan bahasa
yang lembut, murah dengan senyuman, bergurau dengan tidak
keterlaluan, tawaduk dalam berkomunikasi serta setia mendengar.
Ini kerana mereka akan lebih berhati-hati dalam setiap ucapan dan
tindakan. Malah mereka lebih bersedia memaafkan dan bertolak
ansur, tidak kira kepada pelanggan ataupun rakan sekerja mereka
(Mohd. Zamri, Mohd. Norhisam & Abd. Naser, 2011). Mereka juga
tidak akan menokok tambah dan mengada-adakan cerita, bersikap
negatif atau memandang rendah terhadap orang lain, menyusahkan
perkara senang dan merumitkan perkara yang jelas, melakukan
pencampuran perkara haram dan halal, menghalalkan perkara yang
haram (Mahmood Zuhdi, 2013), tidak mengambil peduli dengan keadaan
yang berlaku di sekitar mereka, mempermudahkan tindakan walaupun
melanggar larangan Allah (Mohd Yusof, 2013a), tidak menerima
pendapat orang lain yang berbeza dengannya kerana beranggapan
pendapatnya sahaja yang betul (Mohd. Yusof, 2013b).Sebagaimana
firman Allah SWT “Dan sederhanakanlah langkahmu semasa
berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata)….”
(Surah 31: ayat19). Rasulullah SAW juga menggalakkan sifat berlemah
lembut. Sabdanya ‫ ﻣﻦ ﻻ ﻳﯾﺮﺣﻢ ﻻ ﻳﯾﺮﺣﻢ‬yang bermaksud: “Sesiapa yang
‫ﺣﻢ‬
tidak memiliki sifat lembut (dalam berurusan) maka ia tidak akan
mendapat kebaikan.” (Sahih Bukhari, 5565). Mereka juga akan sentiasa
mempermudahkan urusan orang ramai dan bukannya membebankan.
Ini sesuai dengan agama Islam yang sentiasa menganjurkan kemudahan
untuk penganutnya.

Firman Allah SWT: “Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan,


dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran.” (Surah
‫ ﺍاﻥن ﺍاﻟﺪﻳﯾﻦ ﻳﯾﺴﺮ‬2: ayat185). Rasulullah juga bersabda: ‫ﺍاﻥن ﺍاﻟﺪﻳﯾﻦ ﻳﯾﺴﺮ‬
al-Baqarah
Maksudnya: “Sesungguhnya agama ini mudah.” (Riwayat al-Bukhari,
Sahih Bukhari, 38). Kajian telah membuktikan bahawa nilai-nilai yang
mendokong wasatiyyah iaitu adil dan berimbang adalah pendekatan
penting dalam perkhidmatan (Mohd. Ribuan, Che Omar, 2004; Wan
Ahmad Tirmizi Wan, 2006). Justeru, aplikasi nilai-nilai ini sudahpun
diterap dan ditetapkan menjadi nilai teras dalam perkhidmatan awam.
Sebagaimana terkandung dalam Etos Perkhidmatan Awam 2012,
Jurnal Psikologi & Kaunseling Perkhidmatan Awam Malaysia
Jun 2015, Bil. 10, ISSN: 2229-810X, 183-207 193

Panduan Pekeliling Perkhidmatan Awam dan menjadi teras serta


objektif Jabatan Perkhidmatan Awam dan agensi-agensi kerajaan
sendiri. Malah, perkhidmatan berasaskan nilai ini juga telah menjadi
dasar bagi Latihan Sumber Manusia Sektor Awam di bawah Pekeliling
Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2005. Ia digubal untuk memenuhi
objektif-objektif iaitu:

i. Menyediakan anggota yang berkelayakan, berkebolehan dan


berkompetensi;
ii. Mencapai hasil kerja yang berkualiti/bermutu tinggi;
iii. Meningkatkan kompetensi dan produktiviti;
iv. Membentuk nilai-nilai murni dan sikap-sikap positif;
v. Mewujudkan nilai cipta (value-creation) dan nilai tambah
(value-added) di dalam sektor awam; dan
vi. Menyediakan hala tuju kemajuan kerjaya.

Perkhidmatan yang berteraskan nilai wasatiyyah membawa maksud


‘perkhidmatan yang adil, saksama, berimbang dan cemerlang’. Ia
bermaksud perkhidmatan yang berjaya mencapai sasaran objektif atau
matlamat dan dalam masa yang sama tidak menyebabkan kerugian
atau kemudaratan. Sebaliknya menjamin keberhasilan kerja terbaik
serta memberikan impak tinggi samada kepada pekerja, majikan,
institusi, pelanggan, masyarakat mahupun negara dalam jangka
masa pendek mahupun panjang. Justeru, aplikasinya dalam proses
pelaksanaan dicadangkan untuk berpandu kepada tiga dasar kerja
utama yang dinamakan sebagai dasar 3K iaitu Dasar Keperluan
Kerja=DKK1, Dasar Keutamaan Kerja=DKK2 dan Dasar Kualiti
Kerja=DKK3. Ketiga-tiga dasar ini akan memandu kerja berteraskan
nilai wasatiyyah sebagaimana penjelasanan berikut;

Dasar Keperluan Kerja (DKK1)-Ia boleh ditentukan melalui matlamat


dan kepentingan jangka pendek dan jangka panjang organisasi yang
ingin dicapai dan keperluan yang bertujuan untuk mengelakkan
kemudaratan. Kerajinan tanpa pandu arah matlamat yang jelas akan
mengakibatkan ia tidak menghasilkan pencapaian dan menjadikan
kerja ibarat sia-sia kepada organisasi. Islam amat menekankan aspek
keperluan supaya kerajinan yang ada, diurus dan diletakkan pada
Jurnal Psikologi & Kaunseling Perkhidmatan Awam Malaysia
Jun 2015, Bil. 10, ISSN: 2229-810X, 183-207 194

tempatnya yang sesuai dan membuahkan kejayaan. Antaranya mengikut


pandangan Prof Dr Yusuf al-Qaradawi dalam fiqh al-Awlawiyyat dan
Imam Ibn Abd. Al-Salam dalam Qawaid al-Ahkam.

DKK2-Dasar Keutamaan Kerja pula, amat ditekankan dalam


Islam supaya umat Islam memahami apa yang perlu didahulu
atau dikemudiankan dalam beramal. Dari aspek keutamaan ini,
pertimbangan boleh dibuat dengan melihat kepada tempoh masa
yang diperuntukkan, tahap kepayahan, sulit atau mudahnya tugasan,
kemaslahatan pelanggan dan organisasi dan kepada aspek keuntungan
atau kerugian. Sebagai umat Islam, aspek keutamaan ini telah kita
pelajari melalui pelaksanaan kewajipan yang ditetapkan hukumnya
samada wajib, sunat, makruh, harus dan haram. Kesemua kategori
b, sunat,hukum
wajib, makruh, sunat,
yang harus makruh,
ditetapkan dan haram. harus
ini danKesemua
menunjukkan kategori
haram.keperluan,
Kesemua hukum kategori
kepentingan, yanghukum y
apkan inikeutamaanmenunjukkan
ditetapkan dan keperluan,
ini menunjukkan
kualiti kepentingan,
keperluan,
pada setiap suruhan, keutamaan
kepentingan,
amalan dan dan
keutamaankualiti dan ku
larangan
wajib,
setiap Allah
suruhan,
pada SWT. sunat,
amalan
setiap Penekanan makruh,
wajib, dan
suruhan, kepada harus
sunat,
larangan
amalan aspek dan
makruh,
Allah
dan laranganharam.harus
SWT. Kesemua
keutamaanAllah dan haram.
Penekanan kategori
SWT.difahami
juga boleh Kesemua
kepada hukumkat
Penekanan kepy
ditetapkan
k keutamaan
aspekjuga
melalui ini
pertanyaan
keutamaan menunjukkan
ditetapkan
boleh difahami juga paraboleh ini
sahabatkeperluan,
melalui menunjukkan
difahami pertanyaan
seperti kepentingan,
keperluan,
para
Ibn Mas`ud,
melalui sahabatkeutamaan
Abu Zar
pertanyaan kepentingan,
seperti
para dan dan
sahabat sep ku
keu
pada
Mas`ud, Anas
Abu setiap
Zar
bin dan
Malek suruhan,
Anaspada
apabila binamalan
setiap
Malek
sering dan
suruhan,
apabila
mengajukan
Ibn Mas`ud, Abu Zar dan Anas bin Malek apabila sering mengajukan larangan
amalan
sering Allah
soalandan SWT.
larangan
mengajukan
kepada Penekanan
Allah
soalan
Rasulullah SWT.kep
so
aspek
da Rasulullah
untuk keutamaan
kepadamengetahuiuntuk
Rasulullah aspek
mengetahui juga
apakah
untuk boleh
keutamaan difahami
apakah
amalan
mengetahui juga
amalan melalui
boleh
dan apakah
siapakah pertanyaan
dan difahami
siapakah
insan dan
amalan melalui
insan
yang parayangsahabat
paling
siapakah insansep
pertanyaan y
Ibn
g utamautama dan Mas`ud,
mulia.
dan mulia.Abu Ibn
Antaranya Zar
Antaranya dan
Mas`ud, Anas
dalam Abu
dalam bin
Zar
sabda
sabda
paling utama dan mulia. Antaranya dalam sabda baginda, ‫المااةالت ضل ال‬ Malek
dan
baginda,apabila
Anas
baginda, bin
‫ال‬ sering
Malek
‫ضل‬ ‫الت‬ ‫ة‬ mengajukan
‫الماا‬apabila
‫الة‬ ‫ص‬ seringso
‫ وةنالرين‬kepada ‫الل‬Rasulullah
‫الرينالب برسالبعالت‬ ‫وةالةن‬
‫البعص‬yang ‫لالب ب‬untuk
‫س‬kepada ‫ال‬bermaksud
‫صالة‬ mengetahui
Rasulullah ”Solat
yangbermaksud
yang untuk
bermaksud apakah amalan
mengetahui
berjamaah
”Solat
”Solat itu
berjamaahdan
apakah
lebih
berjamaah siapakah
amalan
ituafdal
lebih insan
itu lebih dan ays
paling
ada solat
afdal
daripadasecara utama
daripada dan
sendirian,
solat paling
solat
secara mulia. utama
dengan
secara Antaranya
dandengan
kelebihan
sendirian,
sendirian, dalam
mulia. sebanyak
dengan sabda
Antaranya baginda,
dalam
27 sebanyak
kelebihan
kelebihan kali gandaan”
sebanyak ‫ال‬
sabda
27 27 ‫ضل‬ ‫الت‬ ‫ة‬ ‫الماا‬
kalibaginda
ganda
‫الت‬
is Muttafa’
kali
(Hadis ‫ر‬ ‫الرين‬
Alaih,
gandaan” ‫ن‬ ‫وة‬
Muttafa’ ‫البع‬ ‫س‬ ‫ب‬
‫الت‬
Sahih Alaih,
(Hadis ‫الب‬
‫ر‬ ‫ل‬‫ال‬
Bukhari, ‫الة‬
‫الرين‬‫ص‬‫ن‬
Muttafa’
Sahih yang
‫وة‬ ‫البع‬ ‫س‬ ‫ب‬
612Bukhari,bermaksud
‫الب‬
& Sahih 612
Alaih, ‫ل‬‫ال‬ ‫الة‬ ‫ص‬
Sahih ”Solat
yang
Muslim, Muslim, 1044). lebih
berjamaah
bermaksud
1044).
Bukhari,
& Sahih 612 & ”Solat
Sahihitu berjama
daripada1044).
Muslim, solat secara daripada sendirian,
solat secara dengan kelebihan
sendirian, sebanyak
dengan 27 kalisebanya
kelebihan ganda
K3- Dasar (Hadis
DKK3- Kualiti Muttafa’
Dasar Kerja. Alaih,
(Hadis
Kualiti Sahih
IaituMuttafa’ dasar
Kerja. Bukhari,
kerja
Iaitu 612
Alaih,berasaskan
Sahih
dasar &kerja Sahihnilai
Bukhari, Muslim,612
berasaskan &1044).
Sahih
wasatiyyah nilai Muslim
wasatiy
DKK3-Dasar
mempamerkan
perlu mempamerkan Kualiti
kualiti selaras Kerja.
kualiti standard Iaitu
selaras dasar
kualiti
standard kerja
yang kualiti berasaskan
telah ditetapkan nilai
yang telah ditetap
DKK3-
wasatiyyah
nisasi. Iaitu
organisasi. supaya Dasar perlu
ia tidak
Iaitu Kualiti
DKK3- mempamerkan
supaya sekadarKerja.
Dasar
ia tidak Iaitu
Kualiti
kualiti
melaksanakan
sekadar dasar
Kerja.
selaraskerja
tugasan
melaksanakan Iaitu berasaskan
standard dasar
dengan nilai
kerja
kualiti
cepat
tugasan wasatiy
berasask
dengan c
perlu
yang
i dengantetapi secara mempamerkan
telah
dengan ditetapkan
cuai. secara perlu
Dengancuai. kualiti
mempamerkan
organisasi.
kataDengan selaras
lain, hasil Iaitu standard
kualiti
supaya
katakerjanya
lain, hasil kualiti
selaras ia tidak
tidak yang
standard telah
tidak ditetap
sekadar
sempurna,
kerjanya kualiti yan
sempu
organisasi.
uaskan melaksanakan
dan menepati
memuaskan Iaitu
dan
tugasan
standard supaya
organisasi.
menepati yang ia standard
dengan tidak
Iaitu sekadar
cepat
supaya
ditetapkan. tetapi
yangia melaksanakan
tidak
Sedangkan
ditetapkan.
dengan sekadar amalan tugasan
secara cuai.dengan tu
melaksanakan
Sedangkan Islam amalan Is c
tetapi
amat dengan
Dengan
menitikberatkan kata lain, secara
menitikberatkan tetapikualiti cuai.
hasil
dengan Dengan
kerjanya secaratidak
sebagaimana
kualiti kata
cuai. lain,
sempurna,
Dengan
sebagaimana hasil kata
sabda kerjanya sabdatidak
memuaskan
lain,
Rasulullah sempu
hasil Rasulu
kerjan
dan
memuaskan menepati dan standard menepati yang standardditetapkan. yang Sedangkan
ditetapkan. amalan
Sedangkan Islam amalan Is
‫الدكم ةاالالة أن‬
‫يتقنالاله‬
amat
‫حالح الالدكم ة‬memuaskan
‫إذااالةالةاالالأن أحال‬
menitikberatkan
‫إذاانةاالالهللا أي‬yang ‫ح ال‬dan
kualiti
menepati
‫ ان‬yang standard
‫هللا ي‬bermaksud,
sebagaimana
”Sesungguhnya
bermaksud, sabda
yang”Sesungguhnya
ditetapkan.
Allah Sedan
Rasulullah
A
amat
intai orang
mencintai yang menitikberatkan
apabila
orang amat yang menitikberatkan
dia apabilamelakukan kualiti dia sesuatu sebagaimana
melakukan kualiti
dia sesuatu
melakukannya sabda
sebagaimana
dia melakukan Rasulus
‫اله‬‫ال‬ ‫ن‬
an sebaik-baiknya”‫يتق‬ ‫أن‬ ‫الة‬
dengan sebaik-baiknya” ‫ال‬ ‫ا‬‫ة‬ ‫الدكم‬ ‫ال‬ ‫ح‬
(Riwayat ‫أ‬ ‫ال‬‫ال‬ ‫ا‬‫ة‬ ‫إذا‬
‫الة أن يتقنالاله‬Imam ‫ال‬ ‫ح‬
‫(ةاال‬Riwayat‫ي‬ ‫هللا‬ ‫ان‬
‫حالالدكم‬al-Baihaqi, yang
‫ةا ال أ‬Imam
yang bermaksud,
‫يح ال إذا‬Sya’bu
bermaksud, ‫ ان هللا‬yang
al-Baihaqi, ”Sesungguhnya
”Sesungguhnya
Al-Iman bermaksud,
Sya’bu Lil-Al-Iman A
”Se
aqi, 4912) mencintai
Allah dan mencintai
‫تم‬ orang
‫التط‬ ‫س‬ ‫ا‬ ‫الا‬ ‫م‬ yang
orang
mencintai
‫اله‬ ‫ن‬ ‫م‬ ‫الرضوا‬ ‫ف‬ apabila
yang‫الرمر‬orang ‫ب‬ apabila
‫الرضكم‬
Baihaqi, 4912) dan ‫ إذا أمالرضكم بالرمر فالرضوا مناله مالا اسالتط تم‬yang bermaksud ”Apa dia
‫م‬yang
‫أ‬ ‫إذا‬ melakukan
dia
yang melakukan
apabila bermaksud sesuatu
dia sesuatu
melakukandia
”Apabila melakukan
dia sesuatu
dengan
melakukannya
memerintahkan
saya memerintahkan sebaik-baiknya”
sesuatu dengandengan perkara (Riwayat
sebaik-baiknya”
sebaik-baiknya”
sesuatu kepada perkara Imam(Riwayat
kalian, al-Baihaqi,
(Riwayat
kepada
Imam
maka Imam
kalian, Sya’bu makaAl-Iman
al-Baihaqi,
al-Baihaqi,
lakukanlah Sy
lakukan
mpu kalian”Baihaqi,
Sya’bu (Riwayat
Al-Iman 4912) dan
Baihaqi,
Imam
Lil-Baihaqi, ‫تم‬ ‫التط‬ ‫س‬
4912)
al-Bukhari,
semampu kalian” (Riwayat Imam al-Bukhari, Sahih Bukhari, 6771). Nam ‫ا‬ ‫الا‬
4912) ‫م‬ ‫اله‬ ‫ن‬‫م‬
dan ‫الرضوا‬
dan Sahih‫ف‬
‫تم‬ ‫الرمر‬
‫التط‬‫ب‬‫س‬‫الرضكم‬
‫ا‬ ‫الا‬
Bukhari, ‫م‬ ‫م‬ ‫أ‬
‫اله‬ ‫ن‬‫م‬‫إذا‬ yang
‫الرضوا‬ ‫ف‬
6771). ‫الرمر‬ ‫ب‬ bermaksud
‫الرضكم‬
Namun, ‫م‬‫أ‬ ‫إذا‬ ”Apa
yang b
saya
ti hendaklah
kualitibukan memerintahkan
hendaklah kepada saya bukan sesuatu
memerintahkan
hasilkepada pencapaian perkara
hasil atau sesuatukepada
outputnya
pencapaian kalian,
perkara
atausahaja maka
kepada lakukan
kalian,
tetapisahaja te
outputnya
kepada semampu
kualiti diri kalian”
pekerja. semampu (Riwayat
Ajaran
juga kepada kualiti diri pekerja. Ajaran Islam amat menjaga kebajikan kalian” Imam
Islam amatal-Bukhari,
(Riwayat menjaga Imam Sahih
kebajikan Bukhari,
al-Bukhari, manusia 6771).Bukh
Sahih Nam
man
kualiti hendaklah kualitibukan
tidak menganjurkan apa sahaja bentuk amalan yang memudaratkan. Oleh kepada
hendaklah hasil
bukan pencapaian
kepada atau
hasil outputnya
pencapaian sahaja
atau te
outp
Jurnal Psikologi & Kaunseling Perkhidmatan Awam Malaysia
Jun 2015, Bil. 10, ISSN: 2229-810X, 183-207 195

yang bermaksud ”Apabila saya memerintahkan sesuatu perkara


kepada kalian, maka lakukanlah semampu kalian” (Riwayat Imam
al-Bukhari, Sahih Bukhari, 6771). Namun, kualiti hendaklah bukan
kepada hasil pencapaian atau outputnya sahaja tetapi juga kepada
kualiti diri pekerja. Ajaran Islam amat menjaga kebajikan manusia serta
tidak menganjurkan apa sahaja bentuk amalan yang memudaratkan.
Oleh sebab itulah, yang dimaksudkan dengan aplikasi wasatiyyah
dalam perkhidmatan ialah bekerja dengan berkualiti iaitu yang tanpa
menjejaskan kepentingan-kepentingan utama yang lain dalam kehidupan
serta bekerja dengan bijaksana dari aspek pembahagian keutamaan.

Rajah 2 di bawah merumuskan aplikasi wasatiyyah dalam 3 Proses,


Input dan Output Wasatiyyah dalam Perkhidmatan. Manakala Jadual
1 pula merumuskan aplikasi wasatiyyah berpandukan aspek nilai,
aplikasi dan strategi.

Input Elemen
Wasatiyyah 3 Dasar Kerja Utama Aplikasi
Wasatiyyah
• Adil & saksama
• Dkk1-Dasar keperluan kerja
• Sederhana &
berimbang • Dkk2-Dasar keutamaan kerja
• Amalan terbaik & • Dkk3-Dasar kualiti kerja
cemerlang

Output Impak Wasatiyyah


Dalam Perkhidmatan
• Integriti
• Kualiti
• Kepuasan pelanggan
• Inovasi
• Ketekalan perkhidmatan

Rajah 2
Proses, Input dan Output Aplikasi Wasatiyyah Dalam Perkhidmatan
Jurnal Psikologi & Kaunseling Perkhidmatan Awam Malaysia
Jun 2015, Bil. 10, ISSN: 2229-810X, 183-207 196

Jadual 1
Nilai, Aplikasi dan Strategi Wasatiyyah Dalam Perkhidmatan
Awam

Bil. Nilai Aplikasi Strategi


Wasatiyyah Perkhidmatan
1. Adil dan saksama - Memastikan ia Pekeliling perkhidmatan
menjadi salah satu bilangan 3 tahun 1998-Garis
dari nilai teras panduan pemberian dan
perkhidmatan. penerimaan hadiah di
dalam perkhidmatan awam
- Mengelakkan
Pegawai awam dilarang
amalan pilih kasih,
daripada menerima atau
nepotisme dan
memberi hadiah sekiranya
kronisme dalam
berkaitan dengan tugas
agihan projek,
awamnya dan/atau bentuk,
perlantikan,
amaun atau nilai hadiah
kenaikan pangkat
itu tidak sepadan dengan
- Membenteras maksud hadiah itu diberi.
salahguna kuasa, Peraturan yang melarang
penyelewengan, pegawai awam memberi dan
rasuah menerima hadiah adalah di
bawah subperaturan 8.(1)(a)
dan (b), Peraturan-Peraturan
Pegawai Awam (Kelakuan
d a n Ta t a t e r t i b ) 1 9 9 3 ,
[P.U.(A)395/1993]
Dasar Latihan Sumber
Manusia
NKRA, Peraturan, Akta
Undang-undang
Jurnal Psikologi & Kaunseling Perkhidmatan Awam Malaysia
Jun 2015, Bil. 10, ISSN: 2229-810X, 183-207 197

Bil. Nilai Aplikasi Strategi


Wasatiyyah Perkhidmatan
2. Sederhana dan - Memastikan ia - M e n j a l a n k a n k a j i a n
berimbang menjadi salah satu keberkesanan pelaksanaan
dari nilai teras program latihan &
perkhidmatanseperti motivasi
Tonggak 12 - Mendapatkan maklum
- Memberikan balas berkaitan sasaran
bebanan kerja dalam kerja tahunan samada ia
tempoh masa yang terlau sukar untuk dicapai
munasabah sehingga membebankan
- Memberikan atau memudaratkan
kesedaran kebaikan kesihatan dan masa
bersederhana. berkualiti untuk peribadi.
- Menggalakkan - M e n j a l a n k a n k a j i a n
aktiviti sosial & kesejahteraan pekerja.
keagamaan. - Menjalankan aktiviti
rekreasi dan interaksi
pekerja.
3. Amalan terbaik - Menggalakkan - M e n y e d i a k a n d a n a
dan cemerlang penyelidikan dan penyelidikan dan
pembangunan pembangunan yang
- Menggalakkan hasil secukupnya.
kreatif dan inovasi - Memberikan penghargaan
dan anugerah berprestij
- M e n a m b a h b a i k
keberkesanan aktiviti
latihan, motivasi
- Bimbingan kerjaya.

Wasatiyah Melalui Program Inovasi Dalam Perkhidmatan Awam

Perlaksanaan wasatiyah dalam pentadbiran awam Malaysia boleh


dilihat berdasarkan program inovasi yang dilaksanakan. Global
Innovation Index 2013 telah mengiktiraf peranan utama inovasi
sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi dan kemakmuran sesebuah
negara telah menunjukkan peningkatan skor Malaysia daripada 45.90
Jurnal Psikologi & Kaunseling Perkhidmatan Awam Malaysia
Jun 2015, Bil. 10, ISSN: 2229-810X, 183-207 198

pada tahun 2012 kepada 46.92 pada tahun 2013, di mana Malaysia
berada di tangga 32 daripada 142 buah negara. Laporan Global
Competitiveness Report 2013-2014 yang dikeluarkan baru-baru ini
pula telah meletakkan Malaysia di tangga ke-25 dalam indikator
“Inovasi” dan pada keseluruhan negara ke-24 paling berdaya saing
di kalangan 148 negara; naik satu kedudukan dari tahun sebelumnya
( www.pmo.gov.my-muat turun pada 19/10/2013).

Inovasi merupakan agenda transformasi negara demi untuk meningkatkan


kecekapan dan pengawalan kos bagi mencapai matlamat ekonomi
pendapatan tinggi. Justeru, setiap perkhidmatan awam di Malaysia
perlu merealisasikan matlamat ini menerusi pengamalan proses,
pendekatan dan budaya berteraskan inovasi dan kreativiti. Sehubungan
itu, hari kualiti pada 31hb Oktober setiap tahun telah digantikan
dengan hari inovasi bagi meraikan hasil kejayaan penerapan inovasi
dalam perkhidmatan awam (Surat Arahan KP: 29/01/2010). Dalam
konteks Perkhidmatan Awam, inovasi boleh ditafsirkan sebagai cetusan
idea-idea kreatif yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti
penyampaian perkhidmatan. Idea-idea tersebut boleh diperoleh dari
dalam dan luar atau melalui proses penyelidikan dan pembangunan
sebagai idea baru atau diubahsuai untuk digunapakai mengikut
keperluan jabatan/agensi. Inovasi yang dihasilkan hendaklah berupaya
menambah nilai output semasa serta membawa transformasi dan
perubahan kepada amalan sedia ada. Inovasi boleh berbentuk produk,
perkhidmatan, proses atau teknologi (MAMPU, 2012).

Inovasi bermaksud perlaksanaan idea yang kreatif. Inovasi adalah


satu keadaan menterjemahkan idea kepada amalan atau perlaksanaan.
Dalam keadaan ini, inovasi membawa nilai tambah kepada idea
kerana tanpa perlaksanaan, idea akan tinggal sebagai idea semata-
mata (Yayasan Inovasi Malaysia, 2012). Menurut Sharifah Hayaati,
Asmak dan Mohd. Izani (2009), inovasi merupakan salah satu daripada
nilai profesionalisme penjawat awam di Malaysia. Ini menunjukkan
nilai inovasi amat penting bagi meningkatkan kerbekesanan menerusi
ketekalan dan penjajaran hala tuju. Ng, Singh dan Jayasingam (2012)
mengatakan bahawa pelaksanaan inovasi seperti pembangunan produk
baru, penstrukturan semula, penambahbaikan komunikasi/prosedur/
amalan, proses baru, teknologi baru, mendatangkan banyak faedah
Jurnal Psikologi & Kaunseling Perkhidmatan Awam Malaysia
Jun 2015, Bil. 10, ISSN: 2229-810X, 183-207 199

kepada sesebuah organisasi seperti penjimatan kos dan masa serta


peningkatan produktiviti. Manakala menurut MAMPU pula, pelbagai
pendekatan inovasi boleh diguna pakai termasuklah pendekatan struktur
organisasi, penurunan kuasa, integrasi perkhidmatan, pemantapan proses
kerja, kawal selia, pengukuran prestasi, perkongsian, penyampaian
perkhidmatan alternatif, penjenamaan semula imej dan penyelesaian
masalah-masalah kompleks dalam tempoh masa singkat (MAMPU,
2012).

Inovasi Kontekstual

Ortt dan Duin (2008) mengemukakan inovasi kontekstual (inovasi


mengikut konteks/ situasi sebagai pendekatan untuk melakukan
inovasi. Pendekatan ini menetapkan 3 syarat iaitu:
i. Inovasi hendaklah melibatkan pelbagai peringkat dan
membolehkan keputusan strategik dan operasi dilakukan.
ii. Inovasi hendaklah mengamalkan pendekatan sistematik, iaitu
pelbagai faktor mempunyai hubungkait bagi membolehkan
inovasi menyeluruh dapat dilaksanakan.
iii. Inovasi hendaklah membenarkan proses yang lebih fleksibel,
misalnya pendekatan “percubaan dan kesilapan” (“trial and
error”), dan menyedari bahawa inovasi linear adalah inovasi
yang terlalu mudah.

Terdapat pelbagai faktor yang mendorong kepada perlunya inovasi,


antaranya ialah kepentingan modal insan yang menggantikan sumber
fizikal dan teknologi dalam pembangunan ekonomi, kemunculan
organisasi berintensifkan pengetahuan dan pantasnya perubahan
teknologi (Drejer, 2002). Perkhidmatan awam perlu melaksanakan
inovasi untuk mempastikan perkhidmatan yang disediakan berkualiti
tinggi untuk memenuhi malah menjangkaui harapan pengguna dan
masyarakat secara keseluruhannya. Inovasi yang dilaksanakan dalam
pentadbiran awam Malaysia sebenarnya selari dengan pendapat oleh
al-Qaradhawi (2009) yang menyatakan bahawa salah satu prinsip
wasatiyah adalah menyeru kepada melakukan pembaharuan dalam
konteks fiqh ma’alat yang menekankan kepada hasil atau kesan
sesuatu program.
Jurnal Psikologi & Kaunseling Perkhidmatan Awam Malaysia
Jun 2015, Bil. 10, ISSN: 2229-810X, 183-207 200

Perlaksanaan wasatiyah dalam pentadbiran awam Malaysia boleh


dilihat berdasarkan program inovasi yang dilaksanakan.

Skop perlaksanaan inovasi bagi transformasi Perkhidmatan Awam


adalah luas dan merangkumi proses yang menyeluruh termasuk
inovasi tadbir urus, inovasi dalam kemasyarakatan, inovasi bandar,
inovasi desa, inovasi korporat, inovasi industri, inovasi pendidikan,
inovasi penjagaan kesihatan, inovasi pengangkutan, inovasi jaringan
keselamatan sosial dan inovasi penjenamaan. Dari perspektif
pengurusan, inovasi boleh dilaksanakan dalam pelbagai aspek
termasuk pengurusan pelanggan, budaya kerja, pengurusan strategik
dan kepimpinan organisasi, sumber manusia, kewangan dan aset,
teknologi maklumat dan komunikasi, pengurusan projek pembangunan
dan sebagainya. Ianya boleh melibatkan perubahan ketara dari segi
sistem dan prosedur, borang, lesen dan permit serta undang-undang
dan peraturan. Bahagian ini membincangkan program inovasi
yang dilaksanakan dalam pentadbiran awam Malaysia. Walaupun
terdapat pelbagai jenis inovasi yang dilaksanakan, program inovasi
yang dibincangkan dalam bahagian ini ialah inovasi dalam bidang
kerajaan eletronik (e-Government). Berikut adalah program-program
inovasi kerajaan eletronik (e-Government) yang dilaksanakan dalam
perkhidmatan awam Malaysia:

Inisiatif Inovasi di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)


e-KAFA Islam GRID

Projek ini yang dilancarkan pada Disember 2011 merupakan modul


yang memberi kemudahan dan menarik minat orang ramai dan
kanak-kanak untuk mempelajari Al-Quran dan Fardhu Ain melalui
portal IslamGRID. Pembelajaran KAFA yang disediakan adalah
mengikut silibus yang telah ditetapkan oleh JAKIM. Projek ini
bertujuan untuk meningkatkan kandungan tempatan Islamik untuk
mengimbangi kandungan yang bercanggah dengan nilai dan asas
Islam yang melanda masyarakat Islam melalui media baru. Projek
ini sebagai usaha untuk menyediakan rujukan yang tulen, manhaj
Islamiah yang berasaskan pegangan akidah dan syariah ahli sunnah
wal jamaah (MAMPU, 2012).Antara elemen kreativiti dalam eKAFA
Jurnal Psikologi & Kaunseling Perkhidmatan Awam Malaysia
Jun 2015, Bil. 10, ISSN: 2229-810X, 183-207 201

ialah dengan menggunakan inovasi teknologi maklumat dan komunikasi,


sistem pendidikan di kelas diterjemahkan dalam bentuk yang lebih
menarik dan santai.Proses pembelajaran dilihat amat penting dalam
pendidikan kanak-kanak Islam. Disebabkan ketinggalan mengikuti
kelas KAFA, terdapat kanak-kanak yang tidak tahu membaca al-
Quran, tidak tahu mengerjakan solat. Melihat kepada permasalahan
yang berlaku serta kerana tuntutan semasa, maka projek e-KAFA
dalam bentuk multimedia membuka peluang kepada kanak-kanak
untuk mengikuti kelas KAFA secara komprehensif.

Inisiatif Inovasi di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)-Sistem


Penawaran Automasi Perubatan Eletronik-Eletronic Medical
Automation Supply System (e-MASS)

Bahagian Pasca Perkhidmatan (BP), JPA bertanggungjawab memastikan


semua urusan persaraan atau tamat perkhidmatan serta kemudahan
rawatan perubatan bagi semua yang berkelayakan dari segi dasar,
kelulusan, bayaran dan perakaunan berjalan dengan cekap dan
berkesan. e-MASS yang dilancarkan pada Mac 2012 merupakan satu
medium perantara di antara pesara serta tanggungannya dengan BP
untuk mendapatkan bekalan ubat/peralatan perubatan tanpa perlu
menggunakan wang sendiri dalam masa yang yang singkat. Idea
inovasi ini merupakan yang pertama seumpamanya di negara Asia
Tenggara bagi menguruskan faedah persaraan bagi penjawat awam
mereka. Pesara serta tanggungannya boleh mendapatkan bekalan ubat/
peralatan perubatan tanpa sempadan masa dan tempat sebagaimana
tagline BP “Memperkasa golongan emas”. Proses tuntutan secara
manual mengambil masa di antara tiga (3) hingga empat (4) minggu
dengan mengambil kira faktor logistik dan persekitaran. E-MASS
ini berupaya mengatasi masalah tersebut dengan kerjasama pihak
ketiga. Perlaksanaan e-MASS dapat mengurangkan kerenah birokrasi
dalam memproses tuntutan bayaran balik perbelanjaan perubatan.
e-MASS direkabentuk lebih mesra pengguna dan mudah diakses
dengan keperluan minima tahap celik teknologi maklumat. Selain
itu,Indeks Prestasi Utama (IPU) dirangka bagi memastikan elemen
kebertanggungjawaban yang serius dapat disemai di kalangan anggota
perkhidmatan awam. IPU dalam e-MASS diukur melalui wujudnya
Jurnal Psikologi & Kaunseling Perkhidmatan Awam Malaysia
Jun 2015, Bil. 10, ISSN: 2229-810X, 183-207 202

Piagam Pelanggan iaitu membayar tuntutan rawatan perubatan dalam


tempoh 14 hari dari tarikh borang tuntutan dan dokumen sokongan
diterima. E-MASS berpotensi untuk diperluaskan kepada Jabatan Hal
Ehwal Veteran, Angkatan Tentera Malaysia, Perkhidmatan Negeri,
Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan yang melaksanakan
urusan pembayaran tuntutan balik perubatan bagi ahli mereka.

Sistem Bank Data Kemiskinan Nasional (eKasih)

Sistem eKasih merupakan satu inovasi oleh Unit Penyelarasan


Perlaksanaan (UPP), Jabatan Perdana Menteri yang telah dilaksanakan
ke seluruh negara pada Jun 2008. eKasih dibangunkan secara dalaman
dengan kos yang minimum. Ia berfungsi sebagai pengkalan data yang
menempatkan maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profil
individu, program/bantuan dan agensi pemberi bantuan sehinggalah
kepada permohonan bantuan dan pemantuan keberkesanan program/
bantuan yang diterima. Objektif utama sistem eKasih adalah untuk
mewujudkan satu pangkalan data bersepadu yang menjadi asas
perancangan program kemiskinan di peringkat persekutuan dan negeri.
Selain itu, ianya juga bertujuan untuk mengelakkan pertindihan
program/bantuan kemiskinan yang dilaksana oleh agensi-agensi pemberi
bantuan. Selain untuk mewujudkan satu asas pengetahuan mengenai
program/projek kemiskinan yang telah dilaksanakan sebagai rujukan
dan untuk membantu analisis maklumat & pemetaan kemiskinan
dalam bentuk jadual dan carta.Inovasi eKasih menggunakan platform
Microsoft sebagai tulang belakang pembangunan sistemnya. Ia boleh
diadaptasi dengan sistem-sistem lain dengan melalui sedikit perubahan
konfigurasi. Aktiviti adaptasi ini teah dijalankan dengan beberapa
sistem dari agensi Kerajaan yang lain iaitu:

a)
Sistem maklumat murid-Kementerian Pelajaran Malaysia
b)
eDamak-Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Malaysia
c)
eBantuan-Jabatan Kemajuan Masyarakat

Melalui eKasih, Kementerian dan Agensi dapat menjalankan tugas


mengemas kini maklumat kemiskinan dengan mudah dan cepat selain
lebih dilihat menitikberatkan aspek mesra pelanggan. Program eKasih
Jurnal Psikologi & Kaunseling Perkhidmatan Awam Malaysia
Jun 2015, Bil. 10, ISSN: 2229-810X, 183-207 203

telah menjadi pemenang bagi anugerah MSC Malaysia Asia ICT Alliance
(APICTA) 2010 di bawah kategori e-Inclusion and e-Government
(Buletin MAMPU, 2012). Program eKasih juga memenangi tempat
pertama Anugerah Perkhidmatan Awam Pertubuhan Bangsa-bangsa
Bersatu (PBB) 2012.

Penerapan Konsep Wasatiyyah dalam kalangan Penjawat Awam


melalui Pendekatan Psikologi

Konsep wasatiyyah mengandungi nilai-nilai murni iaitu tiga nilai


utama (adil dan saksama; sederhana dan berimbang; amalan
terbaik dan inovasi) yang sekaligus menjadi faktor penentu kepada
kecemerlangan prestasi penjawat awam. Beberapa kaedah perlaksanaan
sedia ada seperti latihan, motivasi dan bimbingan selain sistem
kerja dan agihan yang teratur amat berkesan dalam membangunkan
kesedaran berterusan tentang bekerja berasaskan nilai wasatiyyah.
Selain daripada itu, adalah dicadangkan agar maksud wasatiyyah
dalam bekerja diperjelaskan kepada para pekerja. Penjelasan seperti
berinovasi adalah amalan berteraskan wasatiyyah, pembaziran sumber
dan bekerja sehingga memudaratkan kesihatan dan masa berkualiti
untuk diri, keluarga dan masyarakat, kesilapan dalam kerja kerana
kecuaian adalah antara contoh pekerja yang tidak memiliki nilai
wasatiyyah. Penjelasan juga perlu menekankan bahawa nilai kerja
tersebut adalah nilai yang digariskan sebagaimana dalam al-Quran
dan pengamalannya merupakan suatu ibadat. Pengulangan terhadap
penjelasan ini mampu menumbuhkan psikologi positif ke arah
semangat kerja beramanah kerana asas kepada psikologi individu
adalah pengetahuan dan kefahaman.

Kesimpulan

Wasatiyah bermaksud adil, berimbang serta cemerlang. Ia adalah


konsep dalam al-Quran yang perlu diberikan penekanan melalui
psikologi positif berpandukan penjelasan ke arah amalan kerja
berteraskan kefahaman yang jelas dan mendalam. Pengenalan konsep
ini kepada aplikasi dalam perkhidmatan awam merupakan titik-
tolak kepada pembangunan Malaysia yang pesat di masa hadapan.
Jurnal Psikologi & Kaunseling Perkhidmatan Awam Malaysia
Jun 2015, Bil. 10, ISSN: 2229-810X, 183-207 204

Perkhidmatan yang memacu nilai wasatiyyah merangkumi; Pertama,


tindakan kerja berasaskan matlamat dan keperluan kebajikan
umum (maslahah ammah) berbanding kebajikan personal; Kedua,
perkhidmatan mematuhi peraturan, prosedur serta polisi yang ada;
Ketiga, perkhidmatan memastikan aspek keseimbangan (equilibrium)
seperti keutamaan antara manfaat masyarakat dan persekitaran, antara
kerja dan keluarga, antara pencapaian objektif organisasi dan kesihatan
serta keselamatan pekerja, antara kemajuan dan keimanan untuk
jangkamasa panjang; Keempat, perkhidmatan berasaskan pertimbangan
yang teliti, bertanggungjawab dan adil terhadap impak keputusan;
Kelima, mengambilkira kemampuan komitmen dan sumber yang ada.
Ia adalah selaras dengan cadangan tiga dasar kerja utama iaitu Dasar
Keperluan Kerja (DKK1), Dasar Keutamaan Kerja (DKK2) dan Dasar
Kualiti Kerja (DKK3). Kecemerlangan berteraskan wasatiyyah boleh
diukur dalam perkhidmatan awam melalui perkhidmatan berinovasi.
Ini selari dengan pandangan al-Qaradhawi (2009) yang menekankan
bahawa wasatiyyah sepatutnya menyediakan ruang-ruang fleksibiliti
dalam tujuan dan kaedah perlaksanaannya. Program inovasi dalam
perkhidmatan seperti e-Kafa, e-MASS dan e-Kasih. Kejayaan
program inovasi telah dibuktikan dengan pengiktirafan yang diterima
Perkhidmatan Awam Malaysia bagi kategori Memajukan Pengurusan
Maklumat Dalam Kerajaan Bagi rantau Asia Pasifik.
Jurnal Psikologi & Kaunseling Perkhidmatan Awam Malaysia
Jun 2015, Bil. 10, ISSN: 2229-810X, 183-207 205

Rujukan

Abdul Ghafar Don. (2005). Integrasi politik dan dakwah dalam


Zulkiple Abd. Ghani dan Mohd. Syukri Yeoh Abdullah. (Eds),
Dakwah dan etika politik di malaysia. Kuala lumpur: Utusan
publications and distributors.
Abdul Monir Yaacob. (2014). Manhaj wasatiyyah dalam pelaksanaan
hukum di Malaysia. Seminar antarabangsa penghayatan wasatiyyah
dalam kerangka maqasid syariah. 9-10 April 2014, Wisma Felda,
Kuala Lumpur.
Abdul Wahab Khallaf. (t.t). Siyasah syar`ieyah aw nizam al-daulah
islamiyah fu syuun al-dusturiyah wa al-kharijiyah wa al-maliyah.
Kaherah: Dar al-ansar.
Abdullah Md Zin. (2014). Penghayatan wasatiyyah dalam pentadbiran
Malaysia. Seminar antarabangsa penghayatan wasatiyyah dalam
kerangka maqasid syariah, 9-10 April 2014, Wisma Felda, Kuala
Lumpur.
Al-Maraghi. Tafsir online. http://read.kitabklasik.net/.
Al-Qaradhawi. (2009). Fiqh jihad. Jakarta: Wahba Bookshop.
Al-Qurtubi, Muhammad ibn. Ahmad. (t.t). al-Jami’ li al-Ahkam al-
Quran. Kaherah: Dar al-Kitab al-Arabi.
Anis, Ibrahim & Muntasar, ‘Abd. al-Halim. (1972). al-Mu’jam al-
Wasit. Jilid 2. Beirut: Dar Ihya al-Turath al-‘Arabiy.
Arpaci, I. (2010). E-government and technological innovation in
Turkey case studies on governmental organizations. Transforming
Government: People, Process and Policy, 4, 1, 37-53.
Bernama. (2012). eKasih menang anugerah perkhidmatan awam PBB
2012, diakses dari internet: http://www.bernama.com.my/bernama/
v6/bm/listgeneral.php?pg=5, 30.6.2012.
Drejer,A. (2002). Situations for innovation management. European
Journal of Innovation Management, 5, 1, 4-17.
Ismail Ibrahim. 2011. Konsep wasatiyyah: Perspektif Islam. Konvensyen
Wasatiyyah, USIM.
Jurnal Psikologi & Kaunseling Perkhidmatan Awam Malaysia
Jun 2015, Bil. 10, ISSN: 2229-810X, 183-207 206

Khalek, A. (2011). Makna kesederhanaan untuk komuniti


global. Utusan Online. diakses dari internet: http://ww1.
utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1219&pub=Utusan_
Malaysia&sec=Rencana&pg=re_08.htm, 30.6.2012.
Mahmood Zuhdi Abdul Majid. (2013). Pendekatan wasatiyyah dan
cabaran eksterisme di Malaysia dalam Wastiyyah Pemacu Peradaban
Negara. Murshaddad Hasbullah dan Mohd Asri Abdullah (Eds.),
Putrajaya: Institut Wasatiyyah Malaysia, 5-15.
MAMPU. (2012). Hub inovasi sektor awam. Diakses dari internet:
http://s3p.mampu.gov.my/bisa/, 15.6.2012.
Maslee, M. dan Khairuddin, A. R. (2011). Wasatiyyah dalam politik.
Konvensyen fiqh ummah, JAKIM.
Mohd. Nasran Mohamad (2005). Teori politik al-mawardi mengenai
khalifah dalam Zulkiple Abd. Ghani dan Mohd. Syukri Yeoh
Abdullah. Dakwah dan etika politik di Malaysia. Kuala lumpur:
Utusan publications and distributors.
Mohd. Ribuan Che Omar (2004). Amalan etika kerja dalam perkhidmatan
awam malaysia: Satu kajian di kementerian pembangunan usahawan
dan koperasi malaysia (masters thesis). Universiti utara malaysia.
Muhammad Al-Buraey (1985). Administration development: An
Islamic perspective. England: Kegan paul international limited.
Muhammad Yusuf Musa (1961). Al-madkhal li-dirasah al-fiqh al-
islami. Dar al-fikr al-’arabi.
Ng, Y. S., Singh, S. K. & Jayasingam, S. (2012). Organizational
culture and innovation among malaysian employees. The Journal
of Human Resource and Adult Learning, 8, 2, 147-157.
Ortt, J. R. & Duin, P. A. (2008). The evolution of innovation
management towards contextual innovation. European Journal
of Innovation Management, 11, 4, 522-538.
Perrott, B. (2014). The sustainable organisation: Blueprint for an
integrated model. Journal of Business Strategy, 35, 3, 26-37.
Ramli Awang (2012). Islam pemikiran kenegaraan dan pemerintahan
Islam. Johor Bahru: Penerbit UTM Press.
Jurnal Psikologi & Kaunseling Perkhidmatan Awam Malaysia
Jun 2015, Bil. 10, ISSN: 2229-810X, 183-207 207

Sharifah Hayaati, S. I., Asmak, A. R. & Mohd. Izani, M. Z. (2009).


Pengukuhan nilai dan profesionalism di kalangan penjawat awam ke
arah efektif governan di Malaysia. Jurnal Syariah, 17, 3, 559-592.
Surat Arahan Pelaksanaan Hari Inovasi dan Usaha-usaha Meningkatkan
Budaya Inovasi dalam Perkhidmatan Awam (29/10/2010).
Taimiyah, Ibn. (1969). Majmu’ fatawa. Riyadh: tauzi’ al-riasah al-
‘amah li idarah al-buhuth al-‘ilmiah wa al-ifta’ wa al-dakwah
wa al-irsyad.
Utusan Online, (19-1-2012). Konsep wasatiyyah terbaik untuk
keharmonian negara. Tahniah PM!.
Wan Ahmad Tirmizi Wan Sulaiman (2006). Penerapan nilai dan
etika: Satu penilaian berdasarkan kes-kes tatatertib di suruhanjaya
perkhidmatan awam malaysia (masters thesis). Universiti Teknologi
Mara.
Yayasan Inovasi Malaysia (2012). Apakah kreativiti dan inovasi? diakses
dari internet: http://www.yim.my/index.cfm?&menuid=3&lang=EN,
17. 6.2012.
Zangoueinezhad, A. & Moshabaki, A. (2011). Human resource
management based on the index of Islamic human development.
International Journal of Social Economics, 38, 12, 962-972.
Zulkifli, M.B. dan Mohd Aizam, M. (2012). Wasatiyyah dalam
akidah, Konvensyen fiqh ummah, JAKIM.
View publication stats

You might also like