You are on page 1of 81

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Latar Belakang Kajian

Kajian ini memberi tumpuan terhadap watak dan perwatakan Michael Corleone dalam

filem The Godfather. Kajian ini menggunakan medium filem The Godfather sebagai

sumber utama dalam merungkai watak dan perwatakan Michael Corleone. Menurut Peter

Cowie (2012:4) The Godfather telah memecah rekod box office menjadikan filem ini adalah

filem paling laris pada tahun 1972. Mereka memperolehi sebanyak USD 81.5 juta di

Amerika Utara dan meningkat kepada USD 85.7 juta apabila ditayangkan semula pada

tahun 1973. Pada tahun 1997, filem ini sekali lagi ditayangkan dan keseluruhan kutipan

ditafsirkan sebanyak USD 135 juta .

Kathleen Grace (2014) pernah menyatakan “seorang pelakon perlu membawa watak

dengan cara semula jadi dan meyakinkan. Seorang pelakon juga perlu menyerahkan dirinya

kepada watak supaya dapat menaikkan kewibawaan mereka. Penonton harus berhenti

melihat mereka tetapi lihatlah watak yang mereka bawa”. Tugas pelakon dalam sesebuah

filem bukannya mudah. Mereka perlu merealisasikan watak dan perwatakan yang diberi

supaya tidak mencacatkan sesebuah filem. Menurut Kathleen Grace lagi, berjayanya

sesebuah filem juga bergantung kepada pelakon. Pelakon juga mempengaruhi penjualan

sesebuah filem.

Dalam pemilihan pelakon, pengarah perlu bijak memilih agar watak dan perwatakan yang

dibawa oleh pelakon dapat ditafsirkan dengan baik mengikut kehendak pengarah, cerita dan

1
juga perwatakan. Dalam hal ini, pemilihan Al Pacino sebagai pendokong watak Michael

Corleone dalam The Godfather adalah tepat. Buktinya Al Pacino telah dicalonkan dalam

kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dalam Academy Award pada tahun 1972. Bukan

mudah untuk seorang pelakon dicalonkan dalam Academy Award. Menurut John Young

(2012),“The Academy is made up of approximately 6,000 members. Each member belongs

to a branch — the directing branch, the writing branch, the cinematography branch, etc.

You can’t belong to multiple branches, so the Coen brothers are out of luck even though

they direct, write, and edit their movies”.

Untuk menyertai Academy Award bukanlah sesuatu yang mudah. Seperti penyataan di atas,

ribuan pengkarya berusaha untuk disenaraikan dalam pencalonan Academy Award. Sebagai

pendatang baru dalam dunia perfileman Hollywood, Al Pacino berjaya menempatkan

dirinya sebaris dengan pelakon-pelakon hebat yang lain, justeru membuka mata penggiat

filem di Amerika. Ini membuktikan bahawa beliau layak untuk mendokong watak Michael

Corleone yang digilai oleh pelakon ternama yang lain.

Kekuatan pelakon adalah lakonan. Kekuatan lakonan adalah sejauh mana penghayatan

pelakon terhadap watak dan perwatakan. Dari pemilihan pelakon, penentuan watak

sehinggalah proses penghayatan watak adalah satu kerja yang sangat rumit dan perlu

dirungkai. Menurut Abdul Samat Salleh (2005:65), “Seorang pengarah yang arif dan

berpengetahuan tentang drama dan lakonan, akan membantu kepada pembentukan watak

dan perwatakan oleh pelakon”. Perhubungan antara pelakon dan pengarah adalah sangat

penting bagi memastikan sesebuah watak dan perwatakan dapat ditafsir dengan baik di

dalam sesebuah filem. Dalam hal ini, pelakon tidak kira sama ada filem atau teater perlu

2
ada komunikasi yang baik dengan pengarah bagi mencapai objektif dalam penghayatan

watak dan perwatakan.

The Godfather mempunyai triloginya sendiri iaitu The Godfather Part 1 (1972), The

Godfather Part 2 (1974) dan The Godfather Part 3 (1990). Dalam menganalisis watak dan

perwatakan Michael Corleone, pengkaji memilih untuk membuat kajian melalui The

Godfather Part 1 (1972). The Godfather dipilih atas faktor kejayaan filem ini sendiri.

Setelah penelitian dibuat, pengkaji mendapati, banyak penulisan artikel dari majalah yang

menceritakan tentang kejayaan filem The Godfather, namun tiada kajian ilmiah yang dibuat

berkaitan dengan watak dan perwatakan Michael. Atas kejayaan dan perjalanan

penggambaran filem The Godfather yang mencabar, pengkaji nekad untuk melaksanakan

analisis berkaitan filem The Godfather.

1.1.1 Filem The Godfather dan Kejayaannya

The Godfather adalah filem jenayah yang diterbitkan pada tahun 1972 di Amerika yang

diarahkan oleh Francis Ford Coppola dan diterbitkan oleh Albert S. Ruddy. Lakon layar

bagi filem ini adalah dari sentuhan Mario Puzo dan Coppola sendiri. Antara pelakon yang

terlibat dalam filem ini adalah seperti Marlon Brando dan Al Pacino sebagai ketua mafia

yang terlibat dalam aktiviti yang berunsurkan jenayah yang menetap di New York sekitar

tahun 1945-1955. The Godfather menceritakan transformasi watak Michael Corleone yang

dibawa oleh Al Pacino dari seorang yang tidak terlibat dalam aktiviti mafia sehinggalah dia

menjadi seorang ketua mafia justeru meneruskan legasi ayahnya iaitu Vito Corleone yang

dipegang oleh Marlon Brando.

3
The Godfather adalah berdasarkan novel yang ditulis oleh Mario Puzo. The Godfather telah

dianggap sebagai salah satu filem terhebat di pawagam dan juga salah satu filem yang

paling berpengaruh khususnya dalam genre gangster. Peter Cowie (2012:74) menyatakan

bahawa pada tahun 2007, The Godfather diletakkan di bawah United States National Film

Registry oleh America Film Institute. Filem ini berjaya meraih kutipan tertinggi yang

pernah dihasilkan dan kekal sebagai pendahulu box office pada tahun 1972. Filem ini telah

memenangi tiga anugerah Oscar pada tahun itu. Anugerah yang mereka menangi adalah

Best Picture, Best Actor dimenangi oleh Marlon Brando and Best Adapted Screenplay

dimenangi oleh Francis Ford Coppola dan Mario Puzo.

Filem ini juga telah mendapat beberapa pencalonan dalam anugerah Oscar iaitu Al Pacino,

James Caan dan Robert Duvall yang bertanding dalam kategori Pelakon Pembantu Terbaik

dan juga Coppola yang dicalonkan sebagai Pengarah Terbaik. Selain The Godfather yang

dihasilkan pada tahun 1972, Coppola telah menghasilkan dua lagi sekuel iaitu The

Godfather II pada tahun 1974 dan juga The Godfather III pada tahun 1990.

Salah seorang pelakon yang menjayakan filem The Godfather dan juga telah dicalonkan

dalam kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dalam Academy Award pada tahun 1972

adalah Al Pacino atau nama sebenar Alfredo James Pacino. Beliau dilahirkan pada 25 April

1940 dan kini berusia 75 tahun merupakan seorang pelakon yang terkenal dengan

kehebatannya di layar perak dan juga di pentas teater. Beliau dilahirkan di Manhattan, New

York, Amerika Syarikat. Selain berlakon beliau juga adalah seorang pengarah dan penerbit

4
filem. Aktif dalam bidang lakonan sejak tahun 1967 membuatkan beliau disegani bukan

sahaja di Hollywood malah di seluruh dunia.

Watak Michael Corleone yang dipegang olehnya dalam filem The Godfather yang

diterbitkan pada tahun 1972 telah melonjakkan namanya dalam industri perfileman

Hollywood. Al Pacino sangat sinonim dengan watak gangster terutama dalam beberapa

filem yang mendapat sambutan yang sangat hebat seperti Michael Corleone dalam filem

The Godfather dan juga Tony Montana dalam filem Scarface. Al Pacino telah memenangi

pelakon terbaik ketika Academy Award yang ke-65 menerusi watak Frank Slade dalam

filem Scent of a Women.

Michael Corleone merupakan tunjang utama dalam filem trilogi The Godfather. Watak

Michael Corleone juga telah diiktiraf sebagai watak penjahat paling ikonik ke-11 dalam

sejarah filem oleh American Film Institute walaupun sesetengah pengkritik menganggap

watak Michael Corleone adalah sebagai hero tragis.

1.1.2 Al Pacino Sebagai Michael Corleone

Sebagai pengarah, Francis Ford Coppola lebih mahir dalam pemilihan pelakon kerana

seorang pengarah mestilah mengkaji terlebih dahulu naskah yang ingin diarahkannya.

Namun terdapat beberapa kekangan yang dihadapi oleh Coppola berikutan filem The

Godfather yang bakal diarah olehnya diterbitkan oleh Paramaount Pictures. Penerbit juga

ada hak dalam pemilihan pelakon kerana mereka mahu filem mereka terjual dan mendapat

5
keuntungan daripada pelakon yang dipilih. Dengan kesilapan memilih pelakon boleh

menyebabkan sesebuah filem itu tidak laku dan penerbit akan menanggung kerugian.

Disebabkan itu sesetengah penerbit akan memilih pelakon yang mempunyai nama dan

peminat yang ramai untuk menjual filem mereka.

Peter Cowie (2012:20) menyatakan bahawa dalam pemilihan pelakon dalam The

Godfather, terdapat percanggahan pendapat. Justeru terjadinya ketidaksetujuan diantara

pengarah dan penerbit. Antara perkara yang menyebabkan percanggahan pendapat dan

perkara yang tidak dipersetujui oleh pihak penerbit adalah yang pertama, Coppola mahu

pelakon Marlon Brando memegang watak Don Corleone dan yang kedua, adalah

melibatkan pilihan yang pelakon yang tidak terkenal pada masa itu iaitu Al Pacino yang

dipilih oleh Coppola sebagai Michael Corleone.

Apabila Coppola membaca novel The Godfather, beliau membayangkan Michael Corleone

itu adalah Al Pacino. Pada ketika itu, Al Pacino banyak membuat persembahan di

Broadway. Pada usia 30 tahun, Al Pacino telah memenangi beberapa anugerah dari

persembahan teater di Broadway. Pada 1970 dia melakonkan watak penagih dadah heroin

dalam filem The Panic in Needle Park yang mana membawa nama beliau ke Cannes

Festival yang mana menjadi titik permulaan kepada dirinya sebagai bintang pada masa akan

datang. Pada masa itu, Paramount selaku pelabur untuk filem ini tidak yakin bahawa Al

Pacino sesuai untuk watak Michael Corleone. Pada ketika itu juga, Robert Evans selaku

salah seorang penerbit menyatakan “a runt will not play Michael”, Mark Seal (2009). Pihak

penerbit menganggap Al Pacino adalah pelakon mentah yang tidak layak untuk

6
melakonkan watak Michael Corleone. penerbit yang mewakili syarikat produksi

memikirkan tentang penjualan filem mereka. Dengan meletakkan nama-nama besar pada

ketika itu, membolehkan filem mereka dijual dan mendapat keuntungan. Kehadiran Al

Pacino tidak disenangi oleh pihak penerbit. Namun Coppola tetap berkeras

mempertahankan Al Pacino sebagai pendokong watak Michael. Seorang pengarah yang

baik dapat melihat kemampuan dan potensi seseorang pelakon. Hasilnya, Al Pacino telah di

menarik perhatian penggiat filem Hollywood selepas kejayaan The Godfather.

Seorang pelakon yang bernama Rod Steiger menghubungi Puzo dan menyatakan minatnya

untuk memegang watak Michael Corleone. Paramount pada ketika itu menyenaraikan

beberapa pelakon yang berpotensi bagi mereka untuk memegang watak Michael. Antara

pelakon yang tersenarai adalah Ryan O’Neal, Martin Sheen, Robert Redford dan James

Caan. Selepas mereka menjalani beberapa kali sesi ujibakat dan screen test bersama

beberapa orang calon pelakon wanita, pihak Paramount mengakui dan akur bahawa Al

Pacino adalah pelakon yang paling sesuai untuk watak Michael Corleone.

Al Pacino mempunyai raut wajah yang boleh membuat sesiapa yang memandangnya akan

terpesona. Seorang pengarah, dapat mentafsirkan perwatakan melalui riak muka pelakon.

Peter Cowie (2012:20),“ "Para pelakon mempunyai hubungan baik antara satu sama lain di

dunia realiti selepas penggambaran filem ini. Keaton dikatakan terpikat pada Pacino

disebabkan wajah pacino yang penuh keikhlasan. Apabila Coppola membaca novel, dia

serta merta membayangkan Pacino sebagai Michael". Tidak mustahil, Al Pacino dapat

mencuri perhatian Coppola dalam pemilihan pelakon untuk watak Michael. Selain itu,

7
Diane Keaton yang merupakan rakan lakon dalam filem The Godfather telah jatuh cinta

dengan Al Pacino ketika dalam penggambaran filem tersebut. Mereka menjalinkan

hubungan bermula di sesi penggambaran filem ini. Selepas The Godfather (1972), Coppola

sekali lagi bekerjasama dengan Pacino dalam menjayakan filem The Godfather Part II dan

The Godfather Part III. Hasil terbitan trilogi filem ini, membuktikan bahawa Al Pacino

seorang yang disenangi oleh para pelakon dan tenaga produksi lain, seperti mana kenyataan

di atas.

Pada 19 April 1971, penerbit bersekutu Gray Frederickson telah menetapkan jadual

penggambaran kepada Al Ruddy yang merupakan penerbit untuk filem The Godfather.

Gray menetapkan 64 hari penggambaran dijalankan yang bermula pada 23 March di New

York dan di Sicily, Itali bermula 17 July. Rakaman suara untuk filem ini ditetapkan

bermula pada 11 Oktober, sementara itu untuk pratonton pertama pada 5 November. Gray

juga telah menetapkan, pada 10 Disember filem harus dicetak dan dijadualkan tayangan

akan berlangsung pada 17 Disember. Disebabkan masalah-masalah yang dihadapi, proses

Post Production telah dilanjutkan sehingga awal 1972 dan pihak penerbit terpaksa

mengeluarkan lagi modal sebanyak 6 juta USD.

Walaupun terdapat kekangan masa, Coppola sedaya upaya untuk mengadakan sesi latihan

bersama para pelakon. Coppola telah mengumpulkan kesemua pelakon yang terlibat untuk

makan malam di sebuah restoran bernama Patsy’s yang menghidangkan masakan

Neapolitan (Itali) yang merupakan restoran kegemaran Frank Sinatra dan juga Mario Puzo.

Peter Cowie (2012:30) menyatakan Coppola pernah memberi kata-kata berikut, “Brando

sat at the head of the table, and there was Al Pacino and Bobby Duvall and Jimmy Caan,
8
and my sister Talia served the pasta. It was like playing at a family, a sensual opportunity

for them to relate to each other”.

Pada sesi bacaan skrip pada hari berikutnya, Coppola menyatakan bahawa, mereka seperti

sudah di dalam mood family business yang merujuk kepada keluarga Vito Corleone. Mood

yang dimaksudkan oleh Coppola adalah bayangan Coppola terhadap ahli keluarga Corleone

yang bakal dicipta olehnya dalam filem The godfather. Coppola melihat sesi bacaan skrip

itu seakan situasi sebenar keluarga Corleone. Pengarah yang baik akan dapat

membayangkan situasi yang bakal diciptanya. Maka, dengan meletakkan pelakon pada

watak yang betul, membantu seorang pengarah untuk merealisasikan sesebuah babak agar

ianya dipercayai oleh penonton.

Dalam sesebuah produksi, kesefahaman antara pelakon sangat penting untuk mencapai

matlamat pengarah untuk menghasilkan lakonan dan filem yang berkesan. Dengan

pemilihan pelakon yang tepat, ia akan memudahkan tugas seorang pengarah. Ahmad Yatim

(2011) pernah berkata, “apabila seorang pengarah meletakkan sesebuah watak pada

pelakon yang tepat, ia akan memudahkan 70% tugas pengarah”. Kata-kata dari tokoh teater

tersebut sinonim sengan tindakan Coppola yang tetap dengan pendiriannya untuk memilih

Al Pacino sebagai pelakon untuk watak Michael Corleone. Kebanyakan pengarah

menghadapi masalah dengan pelakon yang tidak tahu ilmu lakonan dan juga tidak berjaya

menghayati watak, justeru terpaksa melantik jurulatih lakon untuk membantu pelakon.

Perkara ini menyukarkan lagi proses penggambaran filem.

9
Pemilihan pelakon mestilah bersesuaian dengan watak yang akan diberi. Ini kerana

kesilapan memilih pelakon, akan mengundang kepada kecacatan lakonan dan kualiti yang

diinginkan oleh pengarah tidak dapat dicapai. Ini dapat dibuktikan dengan pencapaian Al

Pacino yang tercalon dalam kategori Pelakon Pembantu lelaki Terbaik dalam Academy

Award 1972.

1.1.3 Michael Corleone Dalam The Godfather

Penulis novel dan juga penulis lakon layar filem The Godfather ialah Mario Puzo. Beliau

adalah orang yang bertanggungjawab mencipta watak Michael Corleone. Dalam The

Godfather beliau memotretkan watak Michael Corleone sebagai watak lelaki yang bijak.

Michael melanjutkan pelajaran ke kolej berprestij iaitu Dartmouth College. Apabila tamat

pengajian Michael dengan sukarela menyertai US Marine Corps dan dapat dilihat beberapa

pingat yang beliau peroleh melaui babak perkahwinan dalam filem The Godfather.

Hubungan Michael dan bapanya Vito Corleone sangat baik walaupun pernah menolak

pelawaan bapanya untuk masuk ke dunia perniagaan keluarganya (family business).

Peter Cowie (2012:11) menyatakan “Michael Corleone, anak lelaki bongsu Vito adalah

watak yang sangat rumit. Pada masa mudanya, dia cuba mengemudi dunia keganasan

keluarga Corleone walaupun pada asalnya bapanya mahu dia menjadi Senator atau

Gabenor. Namun peristiwa yang tidak diingini berlaku sehinggakan Michael terpaksa

menggalas tanggungjawab sebagai godfather”. Dalam The Godfather, pada permulaannya,

tidak disangka bahawa Michael akan menjadi ketua mafia atau pun lebih dikenali sebagai

“Don”. Michael lebih menjurus kepada kerja-kerja professional seperti yang dinyatakan di

10
atas. Namun selepas beberapa tragedi yang berlaku di dalam keluarganya. Beliau terpaksa

memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga atas kehendaknya sendiri yang pada

mulanya beliau tidak berminat untuk terlibat dalam dunia mafia.

Michael Corleone adalah watak yang sangat penting dalam perkembangan dan perjalanan

cerita filem The Godfather sehingga pengkaji ingin menghurai perwatakan yang ada pada

Michael Corleone dari sudut fisiologi, sosiologi dan juga psikologi. Dengan kajian yang

teliti dan menggunakan landasan teori block characterization, pengkaji akan dapat

mendalami watak dan perwatakan Michael Corleone.

1.2 Pernyataan Masalah

Manurut Ayanna Julien (2015), Al Pacino pernah mengeluarkan kenyataan bahawa watak

Michael Corleone dalam The Godfather merupakan watak yang paling sukar untuk

didokong olehnya, “Michael Corleone in The Godfather was and still is the most difficult

role I’ve played. I didn’t see him as a gangster; I felt his power was his enigmatic quality.

Unfortunately the studio couldn’t see that at first and were thinking of firing me. It was

during my early career, a major movie with Marlon Brando, and no one other than Francis

Ford Coppola wanted me for the part”.

Walaupun sudah berkecimpung dalam bidang lakonan lebih dari 40 tahun dan telah

berlakon dalam banyak filem, namun Pacino masih lagi menganggap Michael adalah watak

yang paling susah dibawa olehnya. The Godfather bukanlah filem aksi seperti filem lain

11
yang dilakonkan oleh Pacino. Namun lakonan yang minimal dan juga menggunakan rasa

dari dalam diri yang membuatkan watak Michael ini sukar untuk dilaksanakan.

Menurut Ayanna lagi, watak Michael Corleone adalah watak yang paling penting dalam

keluarga Corleone dan tidak mustahil mengapa ramai nama-nama besar Hollywood pada

masa itu seperti Jack Nicholson, Robert Redford, Warren Beatty dan Robert De Niro

mencuba untuk mendapatkan watak tersebut. Kekaguman Coppola terhadap lakonan Al

Pacino dalam filem The Panic dan Needle Park membuatkan beliau memilih Al Pacino

sebagai pendokong watak Michael Corleone. Pasti ada sebabnya kenapa mereka yang

mempunyai nama besar seperti di atas sanggup menghadiri ujibakat dan mencuba untuk

membawa watak Michael. Kejayaan Novel The Godfather berkemungkinan salah satu

faktor mengapa ramai bintang Hollywood menginginkan untuk memainkan watak Michael.

Coppola mempertaruhkan Al Pacino dan mempertahankan pendiriannya dengan memilih

Al Pacino yang pada ketika itu tidak mempunyai nama yang besar dalam industri filem jika

dibandingkan dengan calon-calon yang lain. Hasilnya, Al Pacino diberi pujian oleh

penonton dan pengkritik filem Amerika terhadap prestasi beliau sebagai Michael Corleone.

Tercalon dalam kategori Pelakon Pembantu Terbaik dalam Academy Award adalah bukti Al

Pacino adalah pelakon yang layak untuk memegang watak Michael Corleone. Al Pacino

(2015) pernah mengeluarkan kenyataan,“Nobody wanted me to play Michael Corleone in

The Godfather”.

Namun, Coppola yakin, Al Pacino adalah pilihannya yang tepat dan pemilihan ini adalah

berdasarkan pemerhatian terhadap karakter dan kemampuan Al Pacino bersesuaian dengan

watak Michael Corleone. Dalam penulisan Randee Down (2015), Al Pacino berkata, "When
12
Francis Coppola wanted me, I thought, 'He's sort of wrong; I think that's not the right

casting. The studios didn't want me at the time at all. I was unknown at the time. But he

fought so hard for me, and it was part of his vision”. Kejayaan The Godfather dalam

industri perfileman Hollywood menjadikan filem ini adalah filem yang memecah rekod

kutipan tiket dan juga mendapat pencalonan pelbagai anugerah dan bukti kualiti yang

dihasilkan oleh Coppola adalah beliau sendiri telah memenangi beberapa anugerah

berdasarkan filem yang diarahkannya.

Menurut Richard Corliss (2014), “The Godfather was its year’s box-office champ — its

$135-million take at North American theaters would be nearly $700m today — and, in real

dollars, still in the all-time top 25. Part II was sixth on the 1974 chart (Mel

Brooks’s Blazing Saddles was No. 1) and is widely considered the darker and stronger of

the pair. Together they formed a bold mural of America: crime infiltrating big business and

Washington politics, all intersecting with the Corleones’ family values”.

Joanna D.Mattia (2014) ada menulis artikel mengenai Al Pacino dalam majalah The

Sydney Morning Herald Entertainment bertajuk “Tidak boleh dibayangkan sekiranya The

Godfather tanpa Al Pacino, namun ianya hampir terjadi”. Dalam artikel ini juga

memberitahu sekali lagi bahawa, pihak Paramount Pictures tidak mahukan Al Pacino untuk

mendokong watak Michael Corleone sebaliknya mereka mahu pelakon yang terkenal dan

mempunyai rupa paras yang kacak untuk memberi keuntungan kepada mereka apabila di

tayangkan kelak. Antara nama-nama yang disenaraikan untuk memegang watak Michael

Corleone pada masa itu adalah Ryan O’Neal, Robert Redford dan juga Warren Beatty.

Adakah pemilihan Coppola satu kesalahan? Apakah yang terjadi ketika proses pembikinan

13
filem ini? Apakah tentangan yang dihadapi oleh Coppola atas tindakannya memilih Al

Pacino sedangkan ianya tidak dipersetujui oleh penerbit?

Kejayaan Al Pacino dalam membawa watak Michael Corleone dan juga kejayaan filem The

Godfather mencetus satu keinginan pengkaji untuk menganalisis watak dan perwatakan

Michael Corleone. Pengkaji ingin merungkai segala maklumat dan informasi yang sebelum

ini tidak ramai yang tahu samada dalam kalangan pencinta filem, ahli akademik mahupun

orang awam. Dalam kajian ini, pengkaji akan cuba merungkai maklumat yang berkaitan

watak dan perwatakan Michael Corleone. Beberapa gelaran dan pencalonan anugerah yang

diterima oleh pelakon yang melakonkan watak Michael Coleone seperti yang disebutkan

diatas.

Pengkaji tertarik untuk mengetahui ciri-ciri dan juga sifat-sifat yang terdapat pada watak

Michael Corleone. Sehubungan dengan sambutan yang luar biasa dari pengkritik dan juga

peminat filem terhadap filem The Godfather khususnya watak Michael Corleone, pengkaji

yakin bahawa kajian terhadap watak dan perwatakan Michael Coleone perlu dianalisis bagi

mengetahui kekuatan watak tersebut. Kajian ilmiah perlu dilakukan bagi merekod segala

data dan penemuan kajian. Hasil kajian yang dilakukan, pengkaji mendapati kurangnya

kajian terhadap watak dan perwatakan menggunakan teori block charaterization. Banyak

penulisan dan temu bual mengenai watak dan perwatakan Michael Corleon yang telah di

rekodkan secara penulisan namun kurangnya kajian secara ilmiah terhadap watak ini. Dapat

dilihat di laman web, penulisan yang berkaitan dengan kajian ini, namun ianya adalah

14
sekadar catatan temu bual dan pandangan peribadi oleh penulis. Oleh itu, kajian ilmiah

dengan berlandaskan teori block characterization perlulah dilakukan supaya dapat

menghuraikan watak dan perwatakan Michael Corleone dari sudut fisiologi, sosiologi dan

juga psikologi.

Kajian perlu dilakukan secara pecahan seperti teori block characterization supaya hasil

kajian yang diperolehi akan lebih terperinci. Melalui fisiologi, pengkaji akan dapat

menghuraikan perwatakan luaran Michael Corleone. Semestinya pemilihan pelakon

perlulah dilihat dari segi sifat luaran pelakon dahulu, dan kemudian disesuaikan dengan

watak. Melalui sosiologi pula, pengkaji dapat menghuraikan data-data yang sulit seperti

keturunan dan juga latar belakang sosial Michael Corleone. Manakala, dari sudut psikologi,

pengkaji dapat mengetahui pemikiran dan juga pendapat Michael Corleone.

Kesemua aspek ini terdapat dalam visual filem The Godfather, dan bukan itu sahaja, segala

dialog Michael Corleone dan juga dialog melalui watak lain akan membantu pengkaji

dalam menghurai perwatakan Michael Corleone dari aspek fisiologi, sosiologi dan

psikologi. Kajian seperti ini kurang dipertekankan dalam apa-apa kajian watak dan

perwatakan. Penggunaan teori ini juga kurang diprakrikkan sedangkan ianya sangat

membantu dalam kajian sesebuah watak.

15
1.3 Objektif Kajian

Dalam kajian ini, pengkaji akan menganalisis watak dan perwatakan Michael Corleone

dalam filem The Godfather. Objektif kajian ini dilakukan adalah untuk menghuraikan

permasalahan fisiologi, sosiologi dan psikologi watak Michael Corleone dalam filem The

Godfather.

1.4 Persoalan Kajian

Berdasarkan kepada objektif kajian, kajian ini bertujuan untuk menjawab persoalan apakah

faktor yang mempengaruhi kejayaan pembentukan watak Michael Corleone sebagai

diktator dalam filem The Godfather.

1.5 Skop Kajian Dan Limitasi

Pengkaji menganalisis watak dan perwatakan Michael Corleone berdasarkan filem The

Godfather yang diterbitkan pada 1972. Michael Corleone dijayakan oleh Al Pacino. Dalam

menganalisis watak dan perwatakan, pengkaji bersandarkan kepada block characterization.

Antara aspek yang terdapat dalam block characterization adalah fisiologi, sosiologi dan

juga psikologi.

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian dan penulisan ini akan menyumbang kepada penambahan maklumat mengenai

bidang seni persembahan di Malaysia khususnya dalam bidang teater ataupun drama.

16
Bahan bacaan sangatlah penting dalam pembelajaran di institusi-institusi, jadi dengan

merekodkan segala maklumat dari hasil kajian ini, ianya dapat memberi maklumat dan

pengajaran kepada beberapa golongan seperti pelakon amatur, pelajar teater dan pengkaji

yang ingin mengkaji bidang yang berkaitan dengan kajian ini. Selain itu, dengan penulisan

kajian ini, akan memberi maklumat tentang teori block characterization yang belum lagi

diterokai dan digunakan oleh pengkaji di Malaysia.

Kajian ini sedikit sebanyak menambah baik skop kajian watak dan perwatakn oleh para

pelakon khususnya pelajar seni persembahan dengan wujudnya penulisan ini. Penulisan ini

juga akan membantu pengkaji dalam kajian watak dan perwatakan pada masa akan datang.

Kajian watak dan perwatakan adalah amat penting dalam merealisasikan lakonan.

Sehubungan itu, kajian ini dapat membantu para pelakon dalam penghayatan watak dan

perwatakan dalam lakonan pentas mahupun lakonan televisyen atau filem.

1.7 Rumusan

Dalam kajian ini, pengkaji akan merujuk kepada artikel dan bahan bacaan yang berkaitan

dengan tajuk yang dipilih. Pemilihan skop kajian adalah bersesuaian dengan bidang kajian

pengkaji yang akan membantu penulisan dan kajian dilakukan dengan lancar. Pemilihan

subjek utama untuk dikaji adalah perkara sangat penting dalam sesebuah kajian pada

pendapat pengkaji. Dengan beberapa kejayaan filem The Godfather yang telah disenaraikan

dalam bab ini, pengkaji berpendapat pemilihan watak Michael Corleone dari filem The

Godfather adalah sesuai untuk dianalisis. Dari sudut teori yang dipilih iaitu block

17
characterization pula, dapat membantu pengkaji mengkaji dan menghuraikan watak dan

perwatakan Michael Corleone dengan ilmiah.

18
BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Dalam bab ini, pengkaji memfokuskan kepada tinjauan bahan-bahan bacaan yang berkaitan

dengan kajian yang dibuat samada dari dalam dan luar negara. Tinjauan ini bertujuan untuk

membantu pengkaji dalam mencari maklumat dan juga sebagai medium gambaran dan latar

belakang yang lebih jelas tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan tajuk kajian yang

dilakukan.

2.2 Definisi Filem

Hajar Opir (2018) menyatakan bahawa filem adalah karya cipta seni dan budaya yang

merupakan salah satu media komunikasi massa audio visual yang dibuat berdasarkan asas

sinematografi yang dirakam pada pita video atau bahan hasil penemuan teknologi lain.

Dalam kajian Hajar Opir juga menyatakan bahawa sejarah pembikinan filem berasal dari

penemuan konsep imej bergerak didahului oleh seorang jurugambar British, Eadweard

Muybridge pada tahun 1887. Beliau telah berjaya merakam gambar siri kuda yang sedang

berlari. Terdapat berbagai definisi filem sebenarnya.

Hajar Opir (2018) berkata bahawa filem diertikan sebagai imej yang terhasil dalam bentuk

visual bergerak yang mengandungi unsur-unsur penceritaan yang ditulis, diolah dalam

bentuk dialog, visual dan bunyi, yang kemudiannya dirakamkan menggunakan kamera,

diolah dengan menggunakan berbagai-bagai kepentingan dan matlamat untuk dipamerkan

secara tayangan di panggung-panggung wayang dan televisyen.

19
Hajar Opir (2018) menjelaskan, filem juga boleh diertikan sebagai hasil garapan pelbagai

seni yang memaparkan cerita dan cermin kepada budaya masyarakat tertentu,pemikiran dan

cetusan perasaan pembikinannya. Sebuah cerita tentang kehidupan yang tidak terbatas

kepada manusia sahaja, sama ada cerita itu benar, khayalan atau cerita yang telah

diubahsuai atau dipadankan; dan kesatuan bingkai-bingkai yang telah digarap secara

harmoni menjadi syot, kesatuan syot-syot menjadi jujuk, kesatuan jujuk menjadi babak dan

seterusnya kesatuan babak-babak menjadi sebuah teks atau cerita.

2.3 The Godfather Sebagai Ikon Filem

Charlie Ness (2011) menggambarkan, The Godfather bermula dimana Don Vito Corleone

yang merupakan ketua keluarga mafia di New York meraikan perkahwinan anak

perempuannya bersama isterinya, Carmela. Anaknya Michael ketika itu baru sahaja pulang

dari perang. Walaupun ayahnya seorang ketua mafia, namun Michael tidak berhasrat untuk

menjadi sebahagian daripada penerus legasi ayahnya dalam perniagaan. Tanpa diduga

Michael telah menjadi ketua mafia dan juga merupakan orang teratas dalam perniagaan

ayahnya. Cara lama ayahnya dalam perniagaan membuatkan ada ahli kumpulan mafia yang

lain berasa tidak senang. Percanggahan pendapat dan ideologi membuatkan mereka seolah

berada dalam peperangan diantara kumpulan. Michael berusaha untuk menjaga sebaik

mungkin perniagaan ayahnya. Bagi Michael segala keputusan yang dibuat adalah untuk

keluarganya. Mafia adalah panggilan kolektif bagi sesebuah organiasasi jenayah di Sicily,

Itali dan di Amerika.

20
Menurut Derek Malcolm (2014), The Godfather yang diarahkan oleh Coppola merupakan

filem bergenre gangster yang mempunyai persamaan dengan filem-filem gangster yang

lain, namun The Godfather mempunyai kelainan yang tersendiri dan memberi kesan yang

lebih besar dalam kerjaya Coppola sebagai pengarah filem. Pembinaan cerita

menggambarkan keluarga Corleone yang terlibat dalam aktiviti mafia menarik minat

penonton untuk lebih tahu mengenai kegiatan golongan ini sehingga filem The Godfather

memperolehi pendapatan paling laris di Amerika pada tahun 1972. Dibantu dengan

senimatografer hebat Gordon Willis dan pengarah muzik Nino Rota membantu Coppola

dalam menghasilkan satu filem yang bermutu tinggi. Kualiti hasil kerja disetiap bahgian

didalam filem adalah amat penting bagi memastikan sesebuah filem dapat dihasilkan

mengikut perancangan dan penghasilan filem yang berkualiti.

Eric D. Snider (2011) memberitahu melalui penulisannya bahawa filem The Godfather

yang dihasilkan pada tahun 1972 menduduki tempat ketiga didalam senarai filem terbaik

sepanjang zaman yang disusun oleh America Film Institut pada tahun 1998. Tidak mustahil

sehingga sekarang masih lagi ramai pengkritik dan peminat filem masih berkata-kata

tentang filem ini samada secara ilmiah mahupun tidak. Sehubungan itu, kajian yang lebih

terperinci perlu dilakukan supaya hasil kajian film ini dapat didokumentasikan secara

ilmiah dan menjadi rujukan dimasa hadapan.

2.4 Al Pacino

Neela Debnath (2015) menulis artikel mengenai Al Pacino dalam majalah The Guardian

bahawa Al Pacino hampir-hampir tidak terpilih untuk memegang watak Michael Corleone

21
di dalam The Godfather. Al Pacino memberitahu bahawa syarikat penerbitan tidak benar-

benar pasti samada dia adalah pelakon yang sesuai untuk memegang watak Michael dan

mereka mempertimbangkan untuk memecatnya dan digantikan dengan orang lain. Bryan

Alexander (2015) menyatakan bahawa Al Pacino pernah berkata,“I was unknown at the

time. But (Coppola) wanted me for the part. I thought it was a practical joke. But he did. It

was downhill after that. Because no one else wanted me. Paramount didn’t want me. Or

Brando.”

Al Pacino sendiri tidak sangka, pengarah filem ini akan memilihnya untuk memegang

watak penting dalam The Godfather memandangkan ramai lagi pelakon yang terkenal

datang menghadiri sesi ujibakat untuk merebut watak Michael Coleone. Di mata Coppola,

terdapat sudut pandang lain yang dilihat terhadap Al Pacino yang berkemungkinan

bersesuaian dengan Michael Corleone. Al Pacino (2015) mendedahkan bahawa, “Michael

Corleone in The Godfather was and still is the most difficult role I’ve played. I didn’t see

him as a gangster; I felt his power was his enigmatic quality,”.

Beliau berkata lagi, Francis Ford Coppola adalah orang yang bertangggungjawab

membawanya masuk ke dalam The Godfather yang pada mulanya ramai ahli tenaga

produksi tidak mahu beliau terlibat dalam The Godfather. Coppola menegaskan

pendiriannya sebagai untuk memilih Al Pacino untuk memegang watak Michael.

Perdebatan diantara Coppola dan juga barisan penerbit berlaku dan akhirnya Al Pacino

diberi tanggungjawab untuk merealisasikan watak Micahel Corleone. Al Pacino (2015)

sekali lagi berkata,“Unfortunately the studio couldn’t see that at first and were thinking of

22
firing me. It was during my early career, a major movie with Marlon Brando, and no one

other than Francis [Ford Coppola] wanted me for the part.”

Ben Child (2014) menyatakan bahawa Al Pacino tidak mahu membintangi filem The

Godfather namun Francis Ford Coppola mendesak supaya Al Pacino memainkan watak itu.

Dalam sejarah perfileman seperti sedia maklum, Al Pacino bersaing dengan beberapa

nama-nama hebat ketika itu seperti Jack Nicholson, Robert Redford, Warren Beatt serta

Robert De Niro jika ingin dibandingkan dengan beliau yang pada ketika itu tidak punya

nama yang gah dalam industry filem Amerika. Al Pacino (2014) mengeluarkan kenyataan,

“I didn’t want to do The Godfather. I didn’t know what was going on, I thought, ‘How am I

going to play this part?” “No one wanted me. Except for Coppola who was, I thought, a bit

mad. He just wanted me. Even I said, ‘What are you doing Francis? They don’t want me’.

Of course Warner Brothers said, ‘Who is this kid?! Why do you like this kid? What do you

see?”

Melalui penulisan artikel oleh Ben Child (2014), Al Pacino memberitahu bahawa Coppola

memilih beliau setelah menonton lakonan beliau sebagai penagih dadah ketika

persembahan teater. Coppola seorang pengarah yang sangat cerewet dalam pemilihan

pelakon. Berkemungkinan Coppola melihat Al Pacino mempunyai daya tarikan dan juga

gaya lakonan yang diinginkannya dalam menjayakan watak Michael Corleone. Dalam

temubual bersama Dany Jucaud (2015) yang tertulis dalam majalah Paris Match Al Pacino

berkata bahawa naskah Hamlet adalah naskah paling disukainya. Apabila ditanya

perbezaan berlakon dalam filem dan teater, Al Pacino (2015) menyatakan bahawa,“Can

23
you imagine a tightrope walker on his wire ? In order to remain standing, he must use all

of his muscles and his adrenaline. In cinema, he walks on a wire that is on the ground. If he

falls, he starts again immediately. In theater, there is no second chance”.

Selepas The Godfather ditayangkan, ramai yang memuji kejayaan Al Pacino dalam

merealisasikan watak Micahel Corleone yang pada awalnya beliau dipersoalkan tentang

kemampuannya dalam menjayakan filem itu. Kejayaan beliau dicalonkan dalam Academy

Award untuk kategori pelakon pembantu terbaik membuktikan beliau berhak dan layak

memegang watak Micahel Corleone. terdapat ulasan dari pengkritik filem (1972)

menyatakan,“Extremely long, large and handsomely polished and artfully tailored

gangster piece about, one presumes, the inner working of the Mafia, with Al Pacino as the

quiet, pleasant young man turned by constant violence into the most bloodily ruthless

leader of all when he takes over from his old dad Marlon Brando. Of suspect moral tone

with its sentimentality about The Family: but coldly realistic in other ways. Firmly bound

for becoming one of the biggest cinematic moneymakers of all time”.

2.5 Definisi Watak dan Perwatakan

Watak ataupun karakter merupakan satu unsur yang tidak boleh dipisahkan dengan filem.

Watak adalah perkara yang penting didalam sesebuah drama. Setiap watak yang dicipta

dalam drama mempunyai perwatakan tersendiri yang berbeza dari watak lain bagi

menghidupkan sesebuah drama ataupun filem. Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka

(2017) watak adalah sifat batin seseorang yang mempengaruhi tingkah lakunya atau

fikirannya. Dua tokoh dalam satu cerita atau novel berwatak berbudi pekerti; mempunyai

24
sifat keperibadian. Menurut kamus DBP juga, definisi watak sinonim dengan sifat,

perangai, kelakuan, tingkah laku, budi pekerti, moral, akhlak, tabiat, khalikah, pembawaan

dan juga tanjak.

Perwatakan pula adalah, ciri-ciri atau sifat yang ada pada sesebuah watak. Melalui catatan

seorang guru iaitu Cikgu Amin (2011) di dalam blognya memberitahu bahawa watak

adalah sesuatu objek atau pelaku, baik manusia mahupun makhluk lain seperti haiwan dan

tumbuhan. Watak adalah unsur yang mengembangkan tema dan persoalan serta plot

melalui aksi, tindakan, dialog dan konflik. Manakala perwatakan adalah cirri-ciri yang

ditonjolkan melalui perlakuan watak. Perwatakan boleh dijelaskan melalui ciri lahiriah

seperti bentuk, paras rupa dan tingkah laku sera berupa jasmaniah yang berkaitan dengan

perasaan, sikap dan pemikiran.

Dalam penulisan Okta Viana Nurrohmah (2014), beliau menyatakan bahawa dalam

penciptaan dan penentuan karakter (watak), pada umumnya pengarang menggunakan dua

cara atau metode dalam sesebuah karya. Pertama, metode langsung (telling) dan kedua

adalah metod tidak langsung (showing). Metode telling adalah pemaparan watak melalui

nama watak, penampilan dan perwatakan yang boleh dilihat dari luaran serta penulisan

pengarang yang menjurus kepada perwatakan watak. Manakala metode showing pula

adalah perwatakan yang dilihat melalui dialog, tingkah laku, nada suara, jati diri watak,

dialek, dialog watak lain, penekanan dan beberapa unsur lain.

25
2.6 Pembentukan Watak di dalam The Godfather

Bagi merealisasikan watak di dalam The Godfather, beberapa pelakon telah diarahkan

untuk berjumpa dengan doktor gigi bagi membuat perubahan pada raut wajah dengan

memakai menggunakan prostesis. Dalam pencarian definisi di dalam laman web

mykamus.com, prostesis atau prosthesis bermaksud, anggota palsu atau alat-alat yang

serupa. Melalui buku yang ditulis oleh Peter Cowie (2012:29), Henry R. Dwork merupakan

doktor gigi yang bertanggungjawab untuk mengubah struktur gigi bagi mendapatkan raut

wajah yang diingini untuk filem The Godfather. Henry telah mencatat pengalamannya

dalam proses transformasi pelakon melalui prostesis pergigian didalam jurnal yang bertajuk

Dental Survey: The Jurnal Of Dental Practice, diterbitkan pada 1972. Menurutnya, banyak

transformasi yang berlaku melalui prostesis pergigian.

Sebagai perunding prostetik pergigian untuk Council of Make-up Artists, beliau telah

banyak bekerjasama didalam pelbagai produksi dalam membentuk transformasi pelakon

namun The Godfather salah satu kerja yang paling mencabar yang pernah beliau lakukan.

Henry berkata, sepanjang beliau bekerjasama dengan pelakon The Godfather, mereka

sangat professional dan memberi kerjasama bagi mencapai hasil yang diinginkan.

Menurutnya lagi, Al Pacino dan Marlon Brando tidak mempunyai banyak masa untuk

berlatih bercakap menggunakan prostesis tersebut. Prostesis yang dimasukkan kedalam

mulut, diletakkan dirahang bawah, menyebabkan rahang pelakon akan kehadapan sedikit.

Ianya sedikit sebanyak menyukarkan mereka untuk berdialog. Namun dengan kemahiran

dan sikap profesional para pelakon, mereka berjaya merealisasikan perwatakan masih-

masing.

26
Al Pacino, yang digambarkan sebagai Michael Corleone, anak lelaki bongsu Vito Corleone

memerlukan pergigian khas dan solekan yang agak teliti bagi menampakkan rahang

bawahnya patah. Henry bekerjasama dengan Dick Smith yang merupakan jurusolek untuk

flem The Godfather. Mereka mengeksperimen pelbagai bentuk prostesis dan diletakkan di

rahang bawah Al Pacino. Setelah beberapa kali mencuba, barulah mereka membuat

keputusan untuk memilih bentuk yang sesuai bagi menggambarkan Michael Corleone.

Henry R. Dwork (1972:29) berkata, “I moved the actor's mandible to one side and opened

the bite to the height of the free- way space. this provided sufficient actual facial distortion

to allow Mr. smith to apply his miraculous make up”

Henry membentuk acuan yang sama dengan bentuk gigi dan rahang Al Pacino dengan

menggunakan akrilik. Akrilik yang telah diacu diletakkan di rahang bawah. Apabila Al

Pacino menutup mulut, gigi atas akan bertemu dengan acuan yang diletakkan di rahang

bawah. Jadi, kedudukan rahang akan ke hadapan sedikit. Mulut Al Pacino akan ke hadapan

sedikit, apabila dipakaikan akrilik itu. Apabila dilihat bentuk muka yang baru saja diubah,

bentuk muka itu akan sama seperti watak Vito Corleone yang mempunyai dagu kedepan.

Hal ini sangat penting dan harus dititik beratkan untuk merealisasikan watak-watak yang

terlibat. Selepas proses memasang akrilik itu dilakukan, pelakon akan disolek sepertimana

yang dikehendaki oleh pengarah dan dipersembahkan kepada pengarah untuk kelulusan.

Setelah beberapa kali percubaan, mereka berjaya mendapatkan raut wajah yang diinginkan

oleh Coppola.

27
Selain Al Pacino dan Marlon Brando, James Caan dan Al Lettieri juga dikehendaki untuk

menjalani proses transformasi bahagian rahang mulut. James Caan memegang watak

Santino iaitu anak sulong kepada Vito Corleone dan abang kepada Michael Corleone. Al

Lettieri pula adalah pendokong watak Solozzo yang merupakan ketua musuh kepada

keluarga Corleone.

2.7 Rumusan

The Godfather masih lagi diperkatakan sehingga hari ini walaupun ianya telah diterbitkan

lebih 40 tahun lepas. Kejayaan dan kehebatan filem ini adalah faktor mengapa ianya

menjadi buah mulut para penggiat filem dan pengkritik filem. Banyak artikel yang

dikeluarkan oleh majalah-majalah cetak dan elektronik. Namun begitu, pengkaji mendapati

kurangnya penulisan secara ilmiah dilakukan. Temubual oleh wartawan dalam bentuk

penulisan dan video sangat banyak dilakukan. Dalam menganalisis watak dan perwatakan

Michael Corleone, pengkaji menerangkan serba sedikit mengenai filem The Godfather,

pelakon dan juga watak yang dikaji.

Melalui kata-kata pengarah, pelakon dan juga pengkritik filem, pengkaji dapat merungkai

serba sedikit mengenai watak dan perwatakan Michael Corleone. Namun begitu, pengkaji

perlu mencari satu landasan teori bagi membantu menganalisis watak Michael Corleoen.

Dalam kajian literatur ini juga, kurangnya pendedahan mengenai pembentukan watak

secara terperinci. Kebanyakan maklumat dan data yang ditemui tertumpu kepada kejayaan

filem dan kejayaan pelakon sahaja.

28
Dari sudut akademik, pengkaji merasakan banyak lagi peluang dan ruang yang perlu diteliti

dalam filem The Godfather untuk dijadikan subjek kajian. Salah satu perkara yang pengkaji

temui hasil dari kajian literatur, yang perlu diberi tumpuan dalam mencari faktor kejayaan

pembawaan sesebuah watak adalah perhubungan antara pengarah dan pelakon, pelakon dan

pelakon, tenaga produksi dan pelakon, pengarah dan penaga produksi dan akhir sekali

hubungan antara penerbit , pelakon dan pengarah.

Persekitaran dan juga tahap hubungan ini adalah salah satu faktor kejayaan sesebuah filem

dan kejayaan seseorang pelakon yang membawa watak. Selain itu, sangat kurang analisis

dan kajian yang dilakukan oleh pelajar atau pengkaji di Malaysia berkenaan dengan analisis

watak. Bukan sahaja di Malaysia malah di luar negara juga kurang kajian seperti ini

dilakukan. Disebabkan kekawangan ini, pengkaji mengambil inisiatif untuk merujuk

kepada penulisan artikel dan temubual yang di terbitkan menerusi media elektronik.

Pengkaji hanya menemui satu buku sahaja yang menceritakan mengenai The Godfather dan

pengkaji gunakan sebagai rujukan dalam analisis ini.

Sepanjang proses mengumpul data dijalankan, banyak penulisan yang berkaitan dengan

filem The Godfather telah diterbitkan, namun ianya dalam bentuk artikel dan temubual.

Hanya ada beberapa buku sahaja yang diterbitkan mengenai The Godfather seperti yang

ditulis oleh Peter Cowie. Setelah membuat carian data di laman web dan juga buku,

kurangnya penulisan mengenai watak dan perwatakan secara ilmiah yang berlandaskan

teori akademik. Penulisan yang banyak diterbitkan adalah berunsurkan pendapat dan juga

29
pengalaman para pelakon, penerbit, krew filem dan juga pengarah. Sukar bagi pengkaji

untuk mencari penulisan akademik mengenai watak Michael Corleone. Oleh itu, pengkaji

mengambil tindakan mencari satu teori yang sesuai yang telah digunakan untuk mengkaji

watak dan perwatakan. Pemilihan block characterization sebagai landasan teori adalah

sangat sesuai kerana ianya merungkai setiap sudut sifat-sifat yang ada pada Michael

Corleone.

30
BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

Dalam bab ini, pengkaji akan menerangkan kaedah yang dijalankan untuk mengumpul dan

menganalisis data. Pengkaji mengunakan beberapa kaedah yang disusun supaya kaedah ini

bersesuaian dengan kajian yang dijalankan.

3.2 Pendekatan Kajian

Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif. Kaedah ini adalah satu kaedah yang terbaik

untuk mendapatkan maklumat kajian. Hal ini kerana ianya melibatkan pemerhatian, catatan

dan juga wawancara dalam mengumpul data dan juga maklumat. Dalam kajian ini,

pengkaji akan tertumpu kepada salinan filem The Godfather dalam menganalisis watak dan

perwatakan Michael Corleone.

Menurut Hammersley (1992:195-203), kualitatif data melibatkan analisis terhadap

perkataan (temubual, catatan) dan imej (pemerhatian, foto, video) berbanding nombor. Data

yang dikumpul akan bersifat natural melalui pemerhatian berbanding eksperimen.

Wawancara juga adalah tidak distukturkan. Kaedah ini sangat sesuai dengan kajian ini

kerana kecenderungannya mendokumentasikan dunia (bahan yang dikaji) melalui sudut

pandangan pemerhati (pengkaji). Oleh itu, pengkaji akan menggunakan pendekatan ini

kerana ianya releven dengan proses keseluruhan kajian ini.

31
3.2.1 Kajian Perpustakaan

Dalam kajian ini, pengkaji banyak memerlukan bahan bertulis, gambar didokumentasikan

atau apa sahaja maklumat yang berkaitan dengan kajian yang. Pengkaji membuat kajian

perpustakaan bagi mendapatkan bahan-bahan atau maklumat yang diperlukan. Bahan-

bahan kajian ini diperolehi dari Perpustakaan Utama Universiti Malaya, Perpustakaan

Peringatan ZA’BA Universiti Malaya, dan Perpustakaan ASWARA. Sumber ini

merangkumi teks, gambar, buku, jurnal, majalah, artikel, tesis dan sebagainya yang

berkaitan dengan topik yang dapat menyokong kajian.

3.2.2 Tontonan Filem dan Bacaan Skrip

Penelitian pada peringkat ini dilakukan dengan langkah-langkah berikut:

1. Pengkaji mencari salinan filem The Godfather (Appendix 1) dan juga

salinan skrip asal filem The Godfather (Appendix 1).

2. Pengkaji menonton filem The Godfather berulang kali.

3. Pengkaji melakukan Screen Shot ke atas babak yang atau shot filem The

Godfather yang berkaitan dengan kajian ini. Dilampirkan dalam bab 4.

4. Pengkaji meneliti dialog-dialog dalam filem The Godfather dan juga dari

skrip.

5. Pengkaji mengenalpasti dialog-dialog yang dapat membantu dalam proses

menganalisis. Dapat dilihat di dalam analisis di bab 4.

6. Pengkaji menguraikan data-data yang diperolehi, seterusnya menganalisis

watak Michael Corleone dalam The Godfather.

32
3.2.3 Analisis Kandungan

Dalam menganalisis data, pengkaji merujuk kepada kaedah yang diterapkan oleh Miles dan

Huberman. Menurut Fina Meelinar (2015), beliau menerangkan bahawa aktiviti dalam

analisis kualitatif dilakukan secara interaktif dan berlangsung secara terus menerus. Dalam

menganalisis data terdapat beberapa urutan iaitu, mengurangkan data, mengemukakan data

dan menyimpulkan data.

1) Pengurangan data

Fasa pengurangan data mula dilakukan melalui proses memilih, mengenalpasti dan

mengklasifikasi. Pemilihan dan klasifikasi merupakan langkah mengenalpasti data-data

yang merujuk kepada watak Michael Corleone. Tahap pengelasan adalah proses yang

dilakukan untuk mengklasifikasikan data, memilih data dan pengumpulan.

2) Membentangkan data

Data yang diperolehi dan setelah melalui proses kurangkan data. Data yang dikemukakan

perlulah berkaitan dengan watak dan perwatakan Michael Corleone.

3) Kesimpulan

Kesimpulan dilakukan selepas mengikuti dua peringkat. Kesimpulan diambil selepas data

dikumpulkan dan diperiksa semula. Setelah proses ini dilalui, hasil akhir kajian analisis

watak Michael Corleone di rekodkan dalam bentuk laporan kajian.

33
Pengumpulan Data/Bahan Analisis Data

 Kajian perpustakaan filem The  Analisis watak dan perwatkan


Godfather, teori analisis watak Michael Corleone menerusi
dan Michael Corleone skrip dan salinan filem The
Godfather bersandarkan Block
 Tinjauan hasil kajian sebelum ini Characterization
berkaitan analisis watak

 Mendapatkan salinan filem dan


skrip filem The Godfather

Rumusan Hasil Dapatan Kajian

 Block Characterization  Ciri-ciri dan sifat Michael


membantu dalam menganalisis Corleone.
watak dan perwatakan
 Michael Corleone dari sudut
 Perwatakan dapat dilihat bukan Fisiologi, Sosiologi dan
sahaja dari sudut visual malah Psikologi
dialog watak dan watak lain.

Rajah 3.1 : Rajah menunjukkan proses dijalankan oleh pengkaji dalam proses menganalisis watak
dan perwatakan Michae Corleone.

3.2.4 Rujukan Laman Web

Memandangkan The Godfather adalah filem antarabangsa, banyak penulisan tentang filem

ini didokumentasikan di laman web. Pengkaji banyak mendapat bahan rujukan dari laman

web. Dari laman web juga pengkaji dapat memperolehi salinan filem dan skrip The

Godfather. Pengkaji mendapati, dengan kaedah kajian di laman web, pengkaji dapat

menonton video temu ramah secara langsung dengan Al Pacino iaitu pendokong watak

Michael Corleone. Selain itu, terdapat juga video disebalik tabir yang banyak membantu

pengkaji dalam kajian ini. segala salinan video akan disertakan di Apendix 1.

34
3.3 Reka Bentuk Kajian

Dalam penulisan Norinawati Kamarulzaman (2007), menyatakan bahawa "Qualitative

research is a loosely defined category of research designs or models, all of which elicit

verbal, visual, tactile, olfactory, and gustatory data in the form ofdescriptive narratives like

field notes, recordings, or other transcriptions from audio- and videotapes and other

written records and pictures or films”. Terdapat dua huraian mengenai analisis kandungan

(content analysis). Selain kaedah tentang pemerhatian atau pendapat dalam analisis

kandungan, di mana kaedah ini difokus kepada sifat mengenai mesej yang berkaitan dengan

komunikasi.

Norinawati Kamarulzaman (2007), berpendapat bahawa berpandukan definisi tersebut,

kajian kualitatif juga boleh dipanggil sebagai penyelidikan terhadap interpretif,

penyelidikan naturalistik, penyelidikan fenomenologikal, dan juga penyelidikan bersifat

menghurai (descriptive research). Dari penontonan, analisis dapat dilakukan dan

diterjemahkan. Dengan tontonan filem, pengkaji dapat membuat persepsi berlandaskan

teori yang digunakan. Selain tontonan filem, bahan-bahan kajian lain juga perlu digunakan

seperti artikel dan juga penulisan yang berkaitan dengan kajian supaya kajian dan penulisan

tidak bersifat pandangan peribadi. Pengumpulan bahan kajian dan penontonan filem, akan

menghasilkan hasil kajian yang adil.

3.4 Kerangka Teori

Dalam kajian ini, pengkaji akan menganalisis watak dan perwatakan Michael Corleone dari

sudut fisiologi, sosiologi dan juga psikologi. Bagi mengkaji sesebuah watak dan

perwatakan terutama dalam sebuah filem ataupun cerita, ketiga-tiga unsur ini sesuai

35
digunakan. Dalam penulisan Aulia Silviana (2015) menyatakan bahawa, Hutagalung,

(1963: 63) berpendapat, perwatakan sesebuah watak memiliki tiga dimensi sebagai stuktur

pokoknya, iaitu fisiologi, sosiologi dan juga psikologi.

Menurutnya lagi ketiga tiga dimensi ini disebut sebagai block characterization oleh Wellek

& Werren (1962:221). Dalam sesebuah watak, ketiga-tiga dimensi ini adalah amat penting

bagi menggambarkan watak yang dicipta oleh pengarang. Dengan penggunaan block

characterization, seseorang pelakon atau pengkaji dapat merungkai dengan lebih dalam

untuk menghayati sesebuah watak.

MICHAEL
CORLEONE

BLOCK
CHARACTERIZATION

FISIOLOGI SOSIOLOGI PSIKOLOGI

Rajah 3.2 : Pembahagian Unsur- unsur dalam Bock Characterization

Dalam mencari definisi fisiologi, sosiologi dan juga psikologi, Okta Viana Nurrohmah

(2015) menerangkan bahawa Wiyatmi (2006:30-31) berpendapat bahawa fisiologi adalah

dimensi yang meliputi usia, jenis kelamin, keadaan tubuh, cirri-ciri muka, dan sebagainya.

Dimensi sosiologi pula meliputi status sosial, pekerjaan, jabatan, peranan dalam

masyarakat, pendidikan, agama, pandangan hidup, ideologi dan sebagainya. Psikologi pula

36
adalah meliputi mentaliti, ukuran moral, keinginan, perasaan peribadi, sikap, kelakuan dan

juga intelektualiti .Block characterization ini membantu pengkaji dalam mencari dan

menganalisis watak dan perwatakan Michael Corleone dan sangat bersesuaian dalam

menganalisis sesebuah watak.

3.5 Rumusan

Berapa pelakon yang terkenal pada era 70-an disenarai pendek sebagai pendokong watak

Michael Corleone. Sebagai pengarah, Coppola lebih berminat untuk memberikan watak

Michael kepada pelakon baru pada ketika itu iaitu Al Pacino. Perebutan watak ini terjadi

berikut watak Michael yang akan memberi impak kepada perjalanan filem The Godfather.

Perbalahan yang berlaku antara pengarah, Coppola dan barisan penerbit, menampakkan

betapa pentingnya watak Michael. Jika salah pilih pelakon, akan mengganggu keseluruhan

cerita.

Kejadian pertelingkahan ini dan juga perebutan terhadap watak Michael membawa

pengkaji untuk merungkai mengenai watak dan perwatakan Michael. Analisis yang

dilakukan akan memperlihatkan ciri-ciri dan sifat Michael yang menjadi asbab kepada

perebutan dan pertelingkahan dalam memilih pelakon untuk watak Michael.

Dalam menganalisis watak Michael, pengkaji perlu menggunakan teori yang bersesuaian

supaya kajian dan analisis berbentuk ilmiah. Jadi, kajian menerusi block characterization

dilakukan bagi membantu menghuraika watak dan perwatakan Michael Corleone. Aspek

37
yang terdapat dalam block characterization adalah sosiologi, fisiologi dan psikologi.

Pengkaji mengelaska perwatakan dan sifat Michael kepada tiga aspek ini.

Melalui penontonan filem dan juga penelitian skrip filem, pengkaji dapat merungkai

perwatakan Michael. data yang diperolehi dari penontonan filem dan juga penelitian skrip,

akan dinilai dan dikelaskan melalui block characterization. Hasil analisis yang dilakukan

menerusi metodologi yang dilakukan akan dapat memberi jawapan kepada persoalan kajian

ini.

38
BAB 4

ANALISIS WATAK DAN PERWATAKAN MICHAEL CORLEONE

4.1 Pengenalan

Hasil analisis kajian akan dirungkai dan diterangkan di dalam bab ini. Analisis dilakukan

terhadap watak Michael Corleone dalam filem The Godfather. Hasil analisis ini akan

mengetahui sifat-sifat yang terdapat pada watak Michael Corleone. Kajian dilakukan

bersandarkan teori block characterization yang mengandungi tiga dimensi atau aspek iaitu,

sosiologi, fisiologi dan psikologi.

4.2 Michael Corleone Dari Aspek Sosiologi

Dalam bab ini, pengkaji akan menganalisis watak Michael Corleone dari sudut sosiologi.

Dalam aspek sosiologi menjelaskan tentang status sosial sesuatu watak. Analisis dari aspek

Sosiologi akan menampakkan perhubungan Michael Corleone dengan watak yang lain.

Melalui analisis sosiologi akan menampakkan kehidupan Michael Corleone.

4.2.1 Latar Belakang Michael dan Keluarga

Michael Corleone dilahirkan ada 1920. Michael anak lelaki bongsu kepada pasangan Vito

dan Camella Corleone. Michael Corleone lebih mesra dipanggil Mikey oleh adik

beradiknya dan juga caporegimes. Caporegimes ataupun capodecina adalah perkataan dari

bahasa Itali yang bermaksud pangkat yang digunakan dalam mafia Itali-Amerika. Gelaran

Caporegimes digunakan untuk ketua mafia di Itali. Secara umumnya istilah ini menjurus

39
kepada ketua sindiket jenayah terancang yang memberi perintah atau arahan kepada anak-

anak buah yang bernaung di bawahnya.

Bapa Michael bernama Vito Andolini lahir pada 1892 di Sicily, Itali. Vito terpaksa

melarikan diri dari Sicily pada 1901 dan berhijrah ke Amerika kerana bapa dan abangnya

telah dibunuh oleh kumpulan mafia di sana. Disebabkan dia berasal dari perkampungan

kecil yang bernama Corleone, Vito telah diberi nama Vito Corleone oleh pegawai

imigresen Amerika. Melalui perniagaan, Vito mula membina empayar dan kuasa di

kawasan tempat tinggalnya, sehingga dia terkenali sebagai Don Vito Corleone kerana

berkuasa di situ. Ibu Michael Corleone bernama Carmella. Michael mempunyai dua abang

iaitu, Santino Corleone dan juga Frederico Corleone. Michael mempunyai seorang adik

perempuan bernama Constanzia Corleone. Kedua-dua abangnya bekerja dengan ayahnya

dan terlibat dalam aktiviti gangster dan jenayah namun bapanya berusaha untuk tidak

melibatkan Michael dalam urusan keluarga Corleone. Vito mahu Michael menjadi senator

atau ahli politik.

Kay Adam merupakan teman wanitanya namun Michael meninggalkan Kay kerana dia

perlu membalas dendam ekoran serangan terhadap ayahnya pada tahun 1945. Selepas

menembak McCluskey dan Solozzo di restoran Bronx, Michael menghilangkan diri selama

dua tahun dan bersembunyi di Sicily, Itali. Di Sicily, Michael berkahwin dengan gadis

tempatan bernama Apollonia. Namun Appolonia meninggal dunia akibat serangan bom

yang diletakkan di dalam kereta Michael. Michael kemudian kembali ke New York selepas

2 tahun di Itali. Michael mengambil alih perniagaan keluarga berikutan kematian abang

40
sulongnya iaitu Sonny. Selepas selesai urusan keluarganya, pada tahun 1951, ketika usianya

31 tahun, Michael berkahwin dengan bekas teman wanitanya dan memiliki dua orang anak

iaitu Anthony Corleone dan Mary Corleone. Setelah sembilan tahun bersama, Michael

berpisah dengan Kay Adam kerana Kay tidak boleh meneruskan perhubungan dengan

Michael disebabkan status Michael sebagai ketua gangster pada ketika itu. Michael

Corleone meninggal dunia pada tahun 1997 ketika usia 77 tahun di kampung asalnya

Sicily, Itali.

4.2.2 Pendidikan, Pekerjaan dan Status Sosial

Michael Corleone seorang yang berpendidikan tinggi. Beliau malanjutkan pelajaran ke

Dartmouth College yang merupakan institusi berprestij. Ketika babak di meja makan,

Sonny iaitu abang sulungnya menggelarkannya sebagai Einstein. Gelaran yang panggil oleh

abangnya merujuk kepada diri Michael yang berpelajaran berbanding adik beradik yang

lain. Pada tahun 1941, Michael telah menyertai US Marine Corps tanpa pengetahuan ahli

keluarganya. Dapat dilihat dari pemakaiannya ketika menghadiri majlis perkahwinan

adiknya Connie. Berdasarkan babak pertama dalam filem The Godfather, jelas kelihatan

bahawa Michael memakai pakaian rasmi US Marine Corps. Michael berusaha untuk

menjauhkan diri dari terjebak dengan dunia mafia yang diceburi oleh bapanya. Dari

seorang yang bekerja sebagai tentera, transformasi berlaku kepada diri Michael apabila

beliau terpaksa melarikan diri ke Itali kerana tindakannya membunuh Solozzo dan

McCluskey yang merupakan seorang polis.

41
Gambar 1: Babak dari filem The Godfather. Michael Corleone diangkat sebagai The Godfather dan
diakui oleh orang bawahannya dengan mencium tangan Michael.

Pada 1947, Michael pulang ke Amerika setelah 2 tahun bersembunyi kerana melakukan

pembunuhan ke atas McCluskey dan Solozzo. McCluskey adalah seorang pegawai polis

yang bersekongkol dengan Solozzo untuk membunuh Vito Corleone manakala Solozzo

merupakan musuh kepada keluarga Corleone. Apabila pulang ke Amerika, Vito Corleone

terpaksa melantik anak kesayangannya sebagai ketua bagi organisasi Corleone justeru

mengishtiharkan Michael sebagai Don Michael Corleone yang mempunyai hak penuh

keatas organisasi Corleone. Don adalah gelaran bagi ketua gangster atau mafia. Disini

bermula tugas Michael sebagai ketua mafia bagi organisasi Corleone.

Michael berkuasa menentukan arah tuju dan keputusan dalam syarikat dan organisasi mafia

ini. Sebagai seorang ketua dalam organisasi yang berasaskan mafia dan jenayah, Michael

secara perlahan-lahan menghapuskan ahli mafia yang mengkhianatinya dan bapanya.

Michael bertanggungjawab untuk menguruskan perniagaan keluarganya yang berunsurkan,

42
judi, pelancongan, perhotelan, restoren dan sebagainya. Manakala Solozzo berniat

membunuh Vito kerana Vito menolak permohonannya untuk meminjam modal untuk

melaksanakan perniagaan dadah. Michael juga perlu menjaga hubungan dengan ahli politik

kerana hubungan yang baik dengan ahli politik memudahkan urusan perniagaan.

4.2.3 Peranan dalam Masyarakat

Michael merupakan anak kesayangan Vito Corleone. Ketika babak di meja makan. Tom

Hagen memberitahu Michael bahawa Vito sudah merancang masa depan Michael. Namun

Michael menyatakan bahawa dia sudah menyertai tentera. Vito mahukan yang terbaik

untuk anak kesayangannya itu.

Gambar 2: Babak majlis perkahwinan Connie dari filem The Godfather. Vito Corleone bertanya di
mana anak lelaki bongsunya iaitu Michael.

43
Gambar 3: Babak dari filem The Godfather. Vito menyatakan, mereka tidak akan
mengambilgambar tanpa Michael.

Gambar 2 dan 3 diatas menunjukkan majlis perkahwinan anak perempuan Vito Corleone

iaitu Connie. Vito Corleone resah kerana Michael belum lagi tiba. “Where’s Michael?

We’re not taking the picture without Michael”, kata Vito Corleone. Ketika sesi bergambar

pengantin bersama keluarga Corleone, Vito menolak untuk bergambar sekiranya tiada

Michael. Jadi seluruh keluarga akan bergambar apabila Michael Corleone tiba di majlis

perkahwinan ini. Michael merupakan anak lelaki bongsu Vito Corleone. Melalui babak ini,

dapat dilihat betapa sayangnya Vito kepada Michael sehinggakan Vito sanggup menunggu

Michael untuk bergambar dan tidak akan bergambar sekiranya Michael tiada di situ.

44
Gambar 4: Babak perkahwinan Connie dalam filem The Godfather. Vito melihat Michael
melalui tingkap pejabatnya.

Gambar 5: Babak perkahwinan Connie dalam filem The Godfather. Micahel bersama Kay Adam
tiba di majlis perkahwinan Connie

Dari dalam pejabat melalui tingkap, Vito melihat Michael tiba dan berjalan masuk bersama

seorang wanita iaitu Kay Adam. Michael tiba dengan berpakaian tentera. Vito merenung

anak kesayangannya itu yang sedang menari bersama teman wanitanya. Kelihatan raut
45
wajah Michael begitu gembira meraikan perkahwinan kakaknya. Vito ketika itu sedang

menunggu tetamu didalam pejabatnya sempat menjenguk ke arah Michael, menunjukkan

betapa pentingnya Michael dalam hidupnya. Ketika menunggu tetamu, Vito kelihatan

gelisah memikirkan Michael yang belum tiba. Sebaik melihat kelibat Michael, Vito seperti

tidak sabar untuk menamatkan sesi pertemuan bersama tetamu khas di pejabatnya.

Gambar 6: Babak perbincangan keluarga Corleone setelah Vito ditembak oleh Solozzo. Sumber
dari filem The godfather.

Gambar di atas menunjukkan babak yang mana, Tom Hagen, Sonny, Clemenza, Tessio

dan juga Michael berbincang mengenai musuh mereka iaitu Sollozo. Dalam masa yang

sama, mereka sedang mencari orang yang bersubahat dalam kejadian tembakan Vito

Corleone. Ketika Sonny sedang berbincang dengan Tom, tiba-tiba Michael menyampuk

dengan pertanyaan, adakah Sonny akan membunuh penembak bapanya? Sonny tanpa

berfikir panjang, memberitahu Michael supaya tidak mencampuri urusan keluarga mereka.

Melalui babak ini juga, jelas menampakkan bahawa ahli keluarga Corleone memandang

46
rendah kepada Michael. Tom Hagen menasihati Sonny supaya tidak melibatkan Michael

dalam apa saja aktiviti yang berkaitan dengan keluarga Corleone. Ini kerana, Michael dari

awal lagi tidak mencampuri urusan keluarga Corleone. Michael lebih berminat untuk

berkhidmat sebagai tentera. Ianya sesuatu yang luar dari kebiasaan adik beradik lain.

Sonny dan Fredo bekerja dengan bapanya Vito, namun Michael tidak mengikuti jejak

mereka. Namun begitu, tindakan Michael untuk tidak mecemburi bidang perniagaan

keluarganya itu, disokong oleh bapanya. Bapanya melarang Michael untuk campur tangan

dalam hal perniagaan keluarga. Tom dan Sonny tidak yakin dengan Michael. Mereka

memandang rendah kemampuan Michael dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi

sehingga mereka hanya membenarkan Michael berada di rumah sahaja kerana bimbang

ancaman musuh sekiranya Michael terlibat dalam menyelesaikan masalah. Ini digambarkan

dengan percakapan Tom “Maybe we should’t get Mike mixed up in this too directly” dan

juga Sonny “Stay out of it” yang merujuk kepada Michael.

Setelah Michael diangkat sebagai Don, Kay memberitahu Michael bahawa Connie ingin

Michael menjadi Godfather kepada anaknya. Ketika babak didalam kereta, Kay

memberitahu hasrat Connie “Your sister wants to ask you something. Connie and Carlo

want you to be godfather to their little boy”. Dalam budaya mafia, seseorang diminta

menjadi godfather kepada anak orang lain kerana pengaruh dan kuasanya. Dapat dilihat,

Michael adalah orang yang penting dalam kalangan ahli keluarga dan masyarakat pada

ketika itu. Godfather bertindak melindungi orang bawahannya. Itulah yang dihajati oleh

47
Connie, supaya anaknya dilindungi oleh Michael. Dapat dilihat juga, Vito menjadi

Godfather kepada Johny Fontane, seorang penyanyi terkenal.

Kerjaya Johny berkembang adalah disebabkan kuasa yang ada pada Vito Corleone dan

begitu juga Michael, bertanggungjawab untuk membantu dan melindungi sesiapa sahaja

yang berada di bawahnya, denga syarat seseorang itu perlu mengakui bahawa dia adalah

Godfather. Pengakuan beserta ciuman tangan Godfather bermakna, seseorang itu berada di

bawah lindungannya. Boleh dirujuk melalui babak satu filem The Godfather.

4.2.4 Status Ekonomi

Rumah yang didiami oleh Michael Corleone dan keluarganya adalah sebuah rumah agam di

tepi tasik. Menggambarkan keluarga Michael adalah kaya dan berharta. Michael mewarisi

perniagaan bapanya yang menjalankan pelbagai jenis perniagaan seperti, perjudian, hotel,

perlancongan, restoran dan banyak lagi. Ini dibuktikan dengan penyataan Vito Corleone di

babak perbincangan bersama Solozzo dimana Solozzo ingin meminta bantuan kewangan

untuk memulakan perniagaan dadah, namun ditolak oleh Vito. Vito menyatakan bahawa

“I'll say no to you. I'll give you my reasons. I have many, many friends in Politics. But they

wouldn't be so friendly if my business was narcotics instead of gambling. They think

gambling is something like liquor, a harmless vice...and they think narcotics is dirty

business”.

48
Gambar 7: Sumber dari filem The Godfather. Michael sedang berunding dengan Moe Green untuk
membeli perniagaan Moe Green.

Selain itu, babak menunjukkan bahawa Michael seorang ahli perniagaan yang mempunyai

perniagaan yang besar adalah apabila Michael ingin mengambil alih perniagaan Moe

Green. Michael berkata kepada Moe Green “Is my credit good enough to buy you out? The

hotel, the casino. The Corleone family wants to buy you out”.

Dalam kehidupan seharian Michael dan keluarganya, terdapat beberapa pengawal yang

akan mengawal keselamatan mereka. Selain itu, Michael mempunyai pemandu peribadinya

sendiri. Ini membuktikan bahawa keluarga Corleone adalah kaya dan berpengaruh sehingga

mereka mampu untuk mengupah pengawal dan pemandu peribadi.

49
Gambar 8: Babak majlis perkahwinan Connie dari filem The Godfather menampakkan majlis
perkahwinan yang mewah dengan persembahan pemuzik okestra dan kehadiran
jemputan dari golongan kaya

Pada babak pertama filem The Godfather, dapat dilihat majlis perkahwinan Connie yang

meriah dan dihadiri oleh orang-orang ternama. Deretan kereta mewah kepunyaan tetamu

menggambarkan perhubungan keluarga Corleone dengan ahli politik dan juga ahli

perniagaan lain. Ketika majlis perkahwinan Connie juga, terdapat ramai pengawal yang

berjaga dan mengukuhkan lagi penyataan bahawa keluarga Corleone adalah kaya.

50
4.2.5 Budaya, Agama Dan Kepercayaan

Gambar 9: Babak dari filem The Godfather. Kelihatan Tesio sedang mencium tangan Michael
disaksikan oleh Clamenza.

Bagi mengakui bahawa Michael adalah The Godfather, orang bawahan perlu menunjukkan

hormat dengan bersalaman dan mencium tangan Michael. Terdapat beberapa babak yang

menunjukkan orang bawahan Michael mencium tangannya sebagai tanda mengakui bahawa

Michael adalah The Godfather. Budaya mencium tangan ini adalah tradisi dari zaman Vito

Corleone sehingga zaman Michael menjadi The Godfather. Dalam sebuah babak kelihatan

Tesio, Peter Clamenza dan Al mencium tangan Michael walaupun, Michael lebih muda

darinya. Namun disebabkan Michael telah dilantik sebagai The Godfather, mereka perlu

mengakui kesetiaan kepada ketua dengan mencium tangan Michael.

51
Gambar 10 : Babak Perkahwinan Michael Corleone dengan isteri pertamanya Apollonia dalam
filem The Godftaher.

Melalui babak perkahwinan dalam Gambar 10, menujukkan bahawa Michael Corleone

adalah seorang penganut agama Roman Katolik. Babak perkahwinan pertamanya

bersama Apollonia diadakan mengikut kepercayaan Katolik dimana mereka

dikahwinkan oleh seorang paderi.

Gambar 11: Babak majlis pengebumian Vito Corleone dalam filem The Godfather.
52
Gambar 11 adalah majlis pengkebumian Vito Coleone dijalankan di tanah perkuburan

kristian dan persemadian Vito Corleone ini juga membuktikan bahawa keluarga Corleone

adalah penganut Katolik. Dalam merungkai agama dan kepercayaan Michael, beberapa

babak dalam filem ini membuktikan bahawa Michael adalah seorang penganut Kristian

Katolik. Terdapat satu babak di akhir filem ini yang menunjukkan Michael Corleone berada

dalam sebuah gereja ketika majlis pembaptisan anaknya dan juga anak saudaranya.

Disitu juga dapat dibuktikan bahawa Michael seorang penganut Katolik dimana Michael

telah membaptis anaknya di hadapan paderi. Paderi berkata “Do you wish to be baptized?”

lalu Michael menjawab “I do wish to be baptized”, dan anaknya telah disahkan oleh paderi

sebagai kristian dengan kata-kata “I christen you Michael Francis Rizzi”.

4.2.6 Pandangan Hidup

Michael Corleone adalah seorang ketua yang tegas dan mempunyai perinsip hidup yang

tersendiri. Michael sangat tegas dalam hal perniagaan. Kata-kata yang sering diucapkan

oleh Michael adalah “I'll make him an offer he can't refuse”. Ini adalah kata-kata dari

ayahnya Vito Corleone yang menjadi pegangan Micahel dalam urusan perniagaan. Tawaran

yang diberikan oleh Michael tidak boleh ditolak atau sesuatu akan berlaku sekiranya

ditolak. Ini dibuktikan dengan peristiwa pembunuhan Moe Green yang telah diarahkan oleh

Michael Corleone kerana Moe Green enggan menerima tawaran dari Michael untuk

membeli hotel dan kasino milik Moe Green.

Abangnya Fredo adalah seorang yang sangat lurus dan sering bercerita mengenai hal

keluarga Coleone kepada orang luar seperti Moe Green. Dalam babak perbincangan antara

53
Michael dan Moe Green, Michael mengesyaki bahawa Fredo telah memberitahu Moe

Green tentang perancangan keluarga Corleone. Michael menasihati Fredo dengan kata-kata

berikut “Fredo, you're my older brother. I love you. But don't ever take sides with anybody

against the family again”.

Terlalu banyak pengkhianatan yang berlaku dalam organisasi Corleone seperti pembunuhan

abangnya Sonny dan juga serangan tembakan terhadap ayahnya Viro Corleone.

pembunuhan sonny didalangi oleh adik iparnya iaitu Carlo dan serangan terhadap bapanya

didalangi oleh pemandu peribadi ayahnya sendiri. Peristiwa ini menjadikan Michael

seorang yang berhati-hati untuk berurusan dengan sesiapa sahaja.

Membunuh ketua-ketua organisasi lain, adalah penyelesaian terhadap krisis yang melanda

antara kumpulan mafia. Michael merancang dan member arahan supaya ketua-ketua mafia

lain dibunuh. Apabila Michael tahu dalang disebalik pembunuhan abangnya iaitu Carlo,

Michael bersama pengawalnya datang ke rumah Carlo dan menyoalnya siapakah yang

berada di belakang Carlo selama ini. Michael menyatakan “Barzini is dead. So is Philip

Tattaglia, so are Strachi, Cuneo and Moe Greene”.

Babak ini menguatkan lagi penyataan bahawa Michael berpegang pada dasar, mati adalah

jalan terbaik kepada penyelesaian. Apabila Carlo mengaku bahawa dia bersubahat dengan

Don Barzini, Carlo dibunuh di dalam kereta. Setiap orang yang mengkhianati keluarga

Corleone akan diarahkan oleh Michael supaya dibunuh.

Dalam babak terakhir filem ini, isteri Michael mempersoalkan sama ada Michael adalah

orang yang memberi arahan supaya Carlo dibunuh atau tidak. Situasi sangat tegang pada
54
ketika itu. Michael kelihatan sangat marah kerana isterinya cuba mempersoal tentang

urusannya. Michael tidak suka isterinya masuk campur urusan peniagaannya.

Michael dengan tegas menyatakan, “this one time I'll let you ask about my affairs, one last

time”. Pertama kali dan terakhir, Kay bertanya samada suaminya itu membunuh Carlo atau

tidak dan Michael menafiknnya walaupun hakikatnya, Michael adalah orang yang

bertanggungjawab keatad kematian Carlo. Pembunuhan dilakukan untuk menghapuskan

pengkhianat dalam keluarga Corleone.

4.3 Michael Corleone Dari Aspek Fisiologi

Dalam menganalisis aspek fisiologi, pengkaji akan memberi penjelasan terhadap

penampilan fizikal Michael Corleone. Aspek ini akan memperlihatkan sifat watak Michael

dari segi luaran. Pemilihan pelakon yang dilakukan oleh pihak produksi sangat

mempengaruhi penampilan fizikal sesebuah watak. Pelakon perlu merealisasikan

perwatakan luaran sesebuah watak supaya keyakinan terhadap watak itu dapat diterima

oleh penonton. Dalam analisis aspek fisiologi, pengkaji akan menyenaraikan sifat –sifat

luaran watak seperti di bawah.

4.3.1 Usia

Michael Corleone dilahirkan pada tahun 1920-an di Hell’s Kitchen, New York, USA.

Dalam filem The Godfather, Michael Corleone digambarkan berusia diantara 25 tahun

hingga 40 tahun. Pada 1945 ketika berusia 25 tahun, Michael menawarkan diri untuk

membalas dendam terhadap Sollozzo dan McCluskey. Pada usia 27 tahun iaitu pada tahun

1947, Michael berkahwin dengan seorang gadis yang berasal dari Sicily, Itali iaitu

55
Apollonia Vitelli. Namun perkahwinan mereka tidak lama kerana Apollonia terbunuh

dalam letupan bom yang diletakkan di dalam kereta. Pada tahun 1952, ketika usianya 32

tahun, Michael berkahwin dengan bekas teman wanitanya iaitu Kay Adam. Selepas 9

tahun, iaitu pada usia Michael 41 tahun, Kay Adam berpisah dengan Michael kerana tidak

sanggup berada dalam keluarga yang berunsurkan Mafia. Michael Corleone meninggal

dunia pada tahun 1997 ketika usia 77 tahun di kampung asalnya Sicily, Itali.

4.3.2 Jantina

Watak Michael adalah seorang lelaki dan dapat dilihat dari segi nama yang diberikan oleh

ayahnya iaitu nama Michael Corleone. Perkahwinannya dengan Apollonia dan juga Kay

Adam menggambarkan Michael adalah seorang lelaki. Pelakon yang merealisasikan watak

Michael Corleone adalah Al Pacino yang merupakan seorang lelaki. Dari segi fizikal watak

yang digambarkan dalam filem The Godfather menegaskan bahawa Michael Corleone

berjantina lelaki. Peter Cowie (2012:11) menyatakan bahawa, Michael Corleone adalah

anak lelaki bongsu kepada pasangan Vito dan Carmella Corleone.

4.3.3 Ciri-ciri Fizikal

Michael Corleone yang digambarkan dalam filem The Godfather adalah seorang yang

berkulit cerah berikutan dia adalah berketurunan Itali. Rambutnya pula kelihatan sedikit

perang dan disikat ke sebelah kanan. Michael berambut pendek kerana dia adalah seorang

anggota tentera yang mengikut peraturan ketenteraan. Michael juga mempunyai bentuk

muka bujur. Al Pacino adalah orang yang bertanggungjawab menghidupkan watak

56
Michael. Dalam majalah Celeb Height (2011) menyatakan bahawa Al Pacino berketinggian

5 kaki 7 inci ketika menjayakan watak Michael Corleone. Tubuh badan Michael agak kecil

jika dibandingkan dengan watak-watak lain.

Gambar12: Babak dari filem The Godfather. Michael Corleone bersama teman wanitanya Kay
Adam menghadiri majlis perkahwinan adiknya Connie.

Ketika bercakap, Michael Corleone kelihatan membesarkan anak matanya dan memandang

tepat pada watak lain. Michael Corleone bercakap dengan penuh yakin, sinonim dengan

kerjaya awalnya sebagai tentera yang memerlukannya memberi dan menerima arahan

dengan jelas. Sedikit- sebanyak sifat sebagai anggota tentera terbawa dalam kehidupan

Michael Corleone.

4.3.4 Tabiat dan Postur Tubuh

Melalui pemerhatian pengkaji, Michael tidak mengelipkan mata ketika bercakap dengan

watak lain terutama bercakap tentang perkara yang serius. Terdapat beberapa babak di

dalam filem The Godfather yang menampakkan postur badan Michael akan senget ke

sebelah kiri ketika Michael duduk seperti dalam gambar 13, 14 dan 15. Postur duduk
57
ketiga-tiga babak ini adalah sama. Apabila dilakukan secara berulang, ianya menjadi tabiat

sesebuah watak. Al Pacino sebagai Michael memilih untuk mewujudkan tabiat duduk

seperti itu dan ianya dilakukan secara berulang.

Gambar 13: Babak dari filem The Godfather. Michael sedang bercerita hal keluarganya kepada
Kay Adam

Gambar 13: Babak dari filem The Godfather. Michael mencadangkan rancangannya untuk
membunuh Solozzo.

58
Gambar 13: Babak dari filem The Godfather. Michael menghadiri majlis pengkebumian bapanya.

Pada babak terakhir filem ini, isterinya Kay Adam cuba bertanya mengenai kematian Carlo.

Dapat dilihat ketika itu, Michael cuba mengelak dari bertentangan mata dengan Kay.

Sangat jelas Michael cuba mengelak dari memjawab soalan Kay kerana dia tidak mahu hal

sebenarnya diketahui oleh isterinya justeru dia memilih untuk tidak berkata benar. Begitu

juga babak makan malam bersama Kay sebelum mereka berkahwin.

Michael cuba mengelak dari bertentang mata kerana memikirkan tentang keadaan ayahnya

yang terlantar di hospital. Apabila ditanya oleh Kay samada mereka boleh bertemu lagi atau

tidak, Michael cuba mengelak dari menjawab soalan itu. Kelihatan disini, Michael

mempunyai tabiat, mengelak dari bertentang mata sekiranya dia bercakap tidak benar atau

ketika menyembunyi sesuatu.

59
4.4 Michael Corleone Dari Aspek Psikologi

Aspek psikologi adalah merangkumi pemikiran dan emosi dalaman Michael Corleone.

Psikologi juga akan mempengaruhi tindakan, tingkah laku dan juga penampilan sesebuah

watak. Tahap kestabilan sesebuah watak dapat dilihat dari segi fizikal luaran watak.

4.4.1 Berterus-terang

Gambar 14: Babak dari filem The Godfather. Michael sedang berterus terang mengenai hal
keluarganya kepada Kay Adam

Ketika Kay Adam dan Michael sedang menjamu selera, kedengaran jeritan orang ramai

kerana kemunculan Johnny Fontana, seorang penyanyi popular pada ketika itu. Kay amat

terkejut dan bertanya bagaimana keluarag Corleone kenal Johnny. Pada mulanya Michael

mengelak dari bercerita kisah yang sebenar, namun Kay memujuk Michael untuk

menceritakannya. Michael dengan tenang menceritakan bahawa bapanya banyak menolong

60
Johnny dalam kerjayanya sebagai seorang penyayi. Johnny berjaya menyertai satu

kumpulan muzik yang sangat terkenal. Apabila kerjayanya semakin berkembang, Johnny

ingin meninggalkan kumpulan itu namun pihak pengurusan tidak mahu melepaskan Johnny

kerana Johnny masih lagi terikat dengan kontak yang telah dipersetujuinya.

Vito Corleone selaku orang yang bertanggungjawab keatas Johnny bertindak bertemu

dengan pihak pengurusan dan memberi tawaran sebnayak 10,000 dollars supaya

melepaskan Johnny namun pihak pengurusan tidak mahu memberikan kerjasama.

Keesokan harinya Vito datang bersama Luca Brasi dan Luca mengacukan pistol ke kepala

pihak pengurusan terbabit dan dia bersetuju untuk melepaskan Johnny dengan bayaran

1,000 dollars sahaja. Peristiwa diatas amat menggerunkan Kay dan sesiapa sahaja yang

mendengar kerana ianya bukan kebiasaan abgi orang awam. Namun Michael perlu

menjelaskan secara terus terang kepada Kay mengenai keluarganya kerana Kay adalah

kekasihnya. Michael menegaskan bahawa dia tidak seperti mereka.

4.4.2 Romantik

61
Gambar 15: Babak dari filem The Godfather. Michael dan Kay Adam membeli belah menjelang
perayaan Krismas

Michael meluangkan masa membeli-belah bersama teman wanitanya Kay Adam ketika

menjelang Krismas. Dalam babak ini, Michael kelihatan romantik disamping Kay Adam.

Melalui kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2018), romantik adalah menjurus kepada

perilaku yang berkaitan dengan percintaan dan keindahan. Dalam babak ini, Michael dan

Kay Adam adalah pasangan kekasih yang sedang bercinta. Dalam babak ini juga kelihatan

raut wajah Michael yang begitu ceria bersama kekasihnya.

Gambar 16: Babak dari filem The Godfather. Michael Corleone sedang menari dengan teman
wanitanya semasa menghadiri majlis perkahwinan adiknya Connie.

Michael mengajak Kay untuk menari bersamanya di majlis perkahwinan Connie. Babak ini

memperlihatkan bahawa Michael seorang yang romantik.

62
4.4.3 Mengambil Berat

Gambar 17: Babak dari filem The Godfather. Michael sedang ternampak akhbar yang menyatakan
bapanya telah ditembak.

Semasa bersiar-siar dengan Kay Adam, Kay ternampak satu sesuatu di akhbar, lalu Kay

menarik Michael untuk melihat surat khabar. Michael terkejut dengan tajuk akhbar tersebut

“VITO CORLEONE FEARED MURDERED”. Michael terus membaca tulisan akhbar

tersebut dan tidak dinyatakan samada, Vito masih hidup ataupun sudah mati akibat

serangan yang berlaku. Michael bergegas mencari pondok telefon dan terus menghubungi

Sonny, abangnya. Kelihatan Michael hendak menangis namun dia hanya menahan.

Melalui nada suaranya, Michael seakan-akan takut sekiranya terjadi apa-apa kepada

bapanya, Vito. Sonny meminta Michael supaya segera pulang disebabkan keadaan menjadi

huru-hara akibat serangan musuh mereka iaitu, Solozzo. Sonny juga meminta Michael

pulang segera supaya dapat menemani ibunya. Dapat digambarkan dalam babak ini,

Michael risau dan mengambil berat tentang keadaan bapanya yang telah ditembak. Michael

63
segera pulang ke rumah bapanya sebaik sahaja mendapat tahu tentang berita buruk yang

menimpa Vito.

4.4.4 Pemalu

Gambar 18: Babak dari filem The Godfather. Michael sedang bercakap dengan Kay di talian.

Gambar diatas menunjukkan babak perbualan telefon diantara Michael dan juga kay Adam.

Terdapat beberapa orang yang berada di meja makan dan juga kelihatan Clamenza sedang

memasak. Kay bertanyakan kabar bapanya dan meminta Michael untuk membalas kata-

kata cintanya di pertengahan perbualan. Namun Michael menolak dengan berkata “can’t

talk” . Michael sempat memandang mereka yang berada di meja makan ketika berbual

dengan Kay. Disebabkan rasa malu dengan orang yang berada di dapur, Michael segera

menghentikan perbualan.

Michael merasa malu sekiranya mengucapkan kata cinta disitu dan ornag lain dengar.

Dengan menamatkan pernbualan, Michael merasa lebih selesa. Gambar pula menunjukkan

64
Clemenza yang mengusik Michael. Jika dilihat dalam dialog Clamenza, dia mengusik

Michael dengan menyanyikan lirik “I love you with all my heart. If don’t see you again

soon, I’m going to die”. Usikan Peter Clamenza itu membuatkan Michael merasa malu dan

dapat dilihat dari raut wajahnya yang seakan merah.

4.4.5 Pedendam, Berani dan Berwaspada

Gambar 19: Babak dari filem The Godfather. Michael sedang memberitahu rancangan untuk
membunuh McCluskey dan Solozzo

Michael telah ditumbuk oleh seorang polis bernama McCluskey. McCluskey adalah

seorang polis yang terlibat dalam urus niaga dadah dan rasuah juga terlibat dalam jenayah.

Michael mengesyaki, McCluskey adalah salah seorang yang terlibat dalam rancangan

pembunuhan Don Vito Coleone. Michael yang cuba menjaga keselamatan bapanya yang

terlantar dihospital, dituduh menghalang kerja polis lalu McCluskey menumbuk muka

Michael sebagai tanda amaran supaya tidak masuk campur halnya.

65
Apabila organisasi Corleone mengada perjumpaan untuk menyelesaikan masalah, Michael

dengan berani menawarkan diri dengan menyatakan, “They want me to go to the

conference with Sollozzo. Set up the meeting for two days from now. Sonny, get our

informers to find out where the meeting will be held. Insist it has to be a public place: a bar

or restaurant at the height of the dinner hour. So I'll feel safe. They'll check me when I

meet them so I won't be able to carry a weapon; but Clemenza, figure out a way to have

one planted there for me. Then I'll kill them both”. Dari dialog ini, dapat dilihat Michael

adalah seorang yang sangat berani.

Keberanian yang diperolehi oleh Michael adalah selari dengan kerjayanya sebagai tentera

dimana tentera telah dilatih untuk berani menghadapi musuh. Selain itu, dia juga seorang

yang berwaspada dan dapat diketahui melalui cadangannya supaya dia tidak membawa

pistol ketika di restoran. Kehidupan sebagai tentera memjadikan Michael sentiasa bersedia

dan berwaspada. Sikap Michael yang pendendam juga dapat dilihat dari babak ini.

Tindakan polis menumbuknya dan tindakan Solozzo menembak bapanya menimbulkan

rasa dendam sehingga Michael sanggup mempertaruhkan nyawanya untuk membalas

dendam.

66
Gambar 20: Babak dari filem The Godfather. Ketika di majlis pengkebumian bapanya, Michael
memerhati gerak-geri orang bawahan dan juga musuhnya

Babak diatas adalah hari pengkebumian Vito Corleone. Sudah jadi tradisi ahli mafia untuk

memberi penghormatan terakhir walaupun kepada musuhnya. Terdapat beberapa pemimpin

mafia yang lain hadir di majlis pengkebumian Vito Corleone. Michael memerhati seorang

demi seorang yang hadir ke upacara itu. Michael begitu berhat-hati dengan orang sekeliling

keran dia tahu sebagai ketua, dia tidak boleh meletakkan kepercayaan penuh kepada sesiapa

pun walaupun orang bawahan yang terdekat. Michael memerhati gerak geri musuhnya dan

juga orang bawahannya. Misalannya Tessio, yang merupakan orang bawahnya. Tessio

telah berpaling tadah dengan bekerjasama dengan musuh Corleone iaitu Barzini. Michael

dapat menhidu aktiviti Tessio dan dek kerana dendam terhadapa Tessio kerana berpaling

tadah, Michael mengarahakan supaya Tessio dibunuh.

67
Gambar 21: Babak dari filem The Godfather. Michael menyoal Carlo berkenaan keterlibatannya
dalam pembunuhan Sonny

Carlo adalah adik ipar Michael yang berkahwin dengan Connie. Disebabkan sikap Carlo

yang selalu mendera Connie dan juga berlaku curang, Michael bertindak berjumpa dengan

Carlo. Michael dapat tahu Carlo adalah orang yang bertanggungjawab dalam pembunuhan

Sonn, abang Michael. Selepas didesak oleh Michael, Carlo mengakui bahawa dia

bersubahat untuk Barzini yang merupakan musuh keluarga Corleone. Dendam yang

disimpan oleh Michael diatas kesalahan Carlo memaksanya untuk mengarahkan supaya

Carlo dibunuh.

68
4.4.6 Budiman

Gambar 22: Babak dari filem The Godfather. Michael terpana dengan kecantikan Apollonia

Gambar 22: Babak dari filem The Godfather. Pandang pertama antara Apollonia dan Michael

Ketika menyembunyikan diri di Itali, Michael telah jatuh cinta dengan seorang wanita

bernama Apollonia seperti gambar 21 dan 22. Apollonia gadis yang terpelihara dan dijaga

69
oleh keluarganya. Disebabkan salah faham antara rakan pengawal Michael dan juga bapa

Apollonia, bapa Apollonia bertindak memukul memarahi anaknya disebabkan menjadi

perhatian lelaki. Boleh dikatakan bahawa Michael Corleone adalah lelaki budiman. Ini

dibuktikan dengan babak dimana Michael meminta pengawalnya memanggil bapa

Apollonia dan meminta maaf atas salah faham yang berlaku lalu meminta kebenaran untuk

berkenalan dengan keluarga dan juga Apollonia dengan berkata sesuatu yang sangat berani

dan budiman, “I am an American hiding in Sicily from the police of my country. My name

is Michael.You can inform the police and make your fortune but then your daughter would

lose a father rather than gain a husband. In any case, I want to meet your daughter. With

your permission and under the supervision of your family. With all decorum. With all

respect. I am an honorable man”.

Gambar 23: Babak dari filem The Godfather. Michael meminta izin dengan bapa Apollonia untuk
berkenalan dengan anaknya dan keluarga

Oleh kerana sikap Michael yang budiman, bapa kepada Apollonia bersetuju dan menjemput

Michael untuk bertemu dengan keluarga untuk sesi makan dan berkenalan. Keyakinan diri

70
Michael membuktikan bahawa cirri-ciri ketua mafia sudah ada dalam dirinya. Tidak hairan

sekiranya tranformasi diri Michael berlaku dari seorang lelaki biasa kepada ketua mafia

yang berpengaruh dalam dunia gangster dan perniagaan.

Gambar 24: Babak dari filem The Godfather. Michael melamar Kay untuk menjadi isterinya

Gambar 24 diatas juga membuktikan Michael adalah seorang lelaki budiman dimana dia

melamar Kay Adam dengan menyatakan dia memerlukan Kay dalam hidupnya. Selepas

kematian isteri pertamanya iaitu Apollonia, Michael pulang ke Amerika untuk meneruskan

legasi bapanya. Setahun kemudian, dia berjumpa dengan Kay Adam dan melamar Kay

untuk menjadi isterinya.

71
4.4.7 Tegas

Gambar 25: Babak dari filem The Godfather. Michael memberi amaran kepada isterinya supaya
tidak masuk campur urusannya

Sikap Michael yang tegas berjaya menenangkan Kay Adam yang bertanyakan tentang apa

yang Michael lakukan terhadap adik iparnya Carlo. Michael sedaya upaya meyakinkan Kay

bahawa dia tidak megarahkan Carlo dibunuh dan pada hakikatnya Michael melakukannya.

Kay mendesak Michael untuk mengakui perbuatannya, kerana tidak tahan dengan desakan

itu, Michael member amaran kepada Kay agar tidak masuk campur dalam urusan

perniagaannya. Pada akhir babak diatas, Michael tidak mengaku yang dia lakukan

pembunuhan Carlo.

4.5 Rumusan

Sifat-sifat dan ciri-ciri watak Michael Corleone telah ditemui setelah pengkaji mendapatkan

data melalui tontonan filem dan juga penelitian skrip filem. Pengkaji membuat pengelasan

sifat-sifat dan ciri-ciri Michael Corleone kepada tiga aspek iaitu sosiologi, fisiologi dan

72
psikologi. Gabungan perwatakan ini membentuk hala tuju watak Michael Corleone.

Pengkaji mendapati, watak Michael Corleone lebih banyak meyerlah dari aspek psikologi

yang membawa kepada tindakan luaran watak Michael. Perwatakan Michael juga dapat

digambarkan melalui dialog Michael dan juga dialog watak lain. Selain itu, perwatakan

Michael Corleone dapat dilihat melalui penyusunan babak dalam filem ini. Psikologi

Michael Corleone telah meyerlahkan sifat luaran dan juga telah mengawal sega tindak

tanduk Michael. Kewibawaan Michael Corleone sebagai ketua yang diktator adalah

berpunca dari kejadian-kejadian pengkhianatan berlaku di dalam perjalanan cerita ini.

kejadian tersebut membawa kesan terhadap psikologi Michael. Tindak tanduk dan arahan

yang dikeluarkan adalah datangnya dari pemikiran Michael.

Namun begitu, pengkaji juga mendapati sifat-sifat dan ciri-ciri sesebuah watak juga

dipengaruhi oleh pelakon yang menjayakan watak itu. Dalam hal ini, Al Pacino adalah

pelakon yang pendokong watak Michael Corleone dan secara langsung memberi kesan

terhadap pembentukan watak dan perwatakan. Perletakan pelakon untuk sesebuah watak

perlu juga dilihat dari block characterization iaitu sosiologi, fisiologi dan juga psikologi.

Dalam kata lain, selain menganalisis watak dan perwatakan, block characterization juga

boleh digunakan dalam pemilihan pelakon kerana sifat-sifat dan ciri-ciri pelakon

mempengaruhi sifat-sifat da ciri-ciri watak yang dibawa. Michael sebagai seorang ketua

diktator banyak dipengaruhi oleh psikologinya dan secara tidak langsung ianya berkaitan

dengan psikologi pelakonnya iaitu Al Pacino.

73
BAB 5

RUMUSAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN KAJIAN

5.1 Pengenalan

Dalam bab ini, pengkaji membuat rumusan terhadap keseluruhan hasil dapatan kajian sama

ada ianya menjawab persoalan objektif yang dikemukan dalam penulisan tesis ini. Pengkaji

juga membuat kesimpulan dalam bab ini merujuk kepada keseluruhan proses penulisan

tesis ini dari awal hingga selesai. Selain itu, pengkaji mendapati, banyak lagi peluang dan

ruang yang perlu dikembangkan lagi dalam kajian terhadap filem The Godfather. Oleh itu,

pengkaji akan usulkan beberapa cadangan penyelidikan yang berkaitan dengan filem The

Godfather pada masa akan datang.

5.2 Hasil Dapatan Kajian

Analisis terhadap data yang diperolehi dalam bab empat bertujuan untuk menjawab

kenyataan objektif yang dikemukan dalam bab satu. Objektif dalam kajian ini adalah untuk

menghuraikan permasalahan fisiologi, sosiologi dan psikologi watak Michael Corleone

dalam filem The Godfather. Setelah pengkaji menganalisis watak dan perwatakan Michael

Corleone, pengkaji menemui beberapa ciri dan sifat yang terdapat pada watak Michael

Corleone. Sifat-sifat dan ciri-ciri ini adalah unsur yang membentuk watak dan perwatakan

Michael Corleone.

74
Bab 1 menerangkan secara menyeluruh tentang hala tuju kajian ini. dalam bab ini juga,

pengkaji telah menerangkan latar belakang mengenai filem The Godfather dan juga

kajayaan filem ini. kejayaan yang diraih menjadi sebab mengapa pengkaji memilih filem

ini untuk dikaji. Menghuraikan perwatakan yang ada pada watak Michael Corleone

merupakan tujuan utama analisis ini dilakukan.

Michael Corleone adalah watak yang sangat penting dalam perjalanan filem The Godfather.

Pengkaji telah menerangkan di dalam bab 2, betapa sukarnya pemilihan pelakon di lakukan

sehingga menimbulkan pertengkaran diantara pengarah dan juga pihak penerbit. Peristiwa

ini mebuktika bahawa watak Michael Corleone adalah watak yang sangat besar dan penting

dalam pembikinan filem ini. Namun, dengan kejayaan yang diraih oleh Al Pacino yang

membawa watak Michael membuktikan yang dia layak memegang watak Michael. Dalam

bab 2 juga pengkaji mendapati Banyak penulisan artikel dan temubual mengenai filem The

Godfather dilakukan sehingga sekarang. Membuktikan bahawa filem ini adalah sebuah

filem yang hebat.

Pembahagian ciri-ciri dan sifat watak melalui Block Characterization ini, akan

memudahkan seseorang pelakon mendalami sesebuah watak yang diberi. Bagi memahami

watak dan perwatakan Michael Corleone, analisis melalui setiap aspek dalam block

characterization perlulah dilakukan agar kajian watak dan perwatakan dapat dilakukan

dengan lebih mendalam. Analisis yang mendalam terhadapa watak dan perwatakan Michael

Corleone telah dilakukan di bab 4. Melalui aspek sosiologi, fisiologi dan psikologi,

pengkaji telah membuat pengelasan sifat-sifat dan cici-ciri yang terdapat pada watak

75
Michael Corleone. Pengkaji akan menerangkan secara ringkas tentang hasil dapatan

analisis yang telah dilakukan. Sosiologi lazimnya adalah perhubungan watak dengan watak

yang lain serta latar belakang watak tersebut. Dalam aspek sosiologi, pengkaji menganalisis

dan membuat pengelasan perwatakan Michael Corleone seperti berikut:

1) Latar belakang Michael dan keluarga

2) Pendidikan, pekerjaan dan status sosial

3) Peranan dalam masyarakat Status ekonomi

4) Budaya, Agama dan kepercayaan

5) Pandangan hidup

Pengkaji dapat menyimpulkan bahawa, perwatakan Michael Corleone dapat dilihat melalui

perjalanan cerita, penampilan watak dan juga terdapat pembayang perwatakan melalui

ungkapan dialog samada watak Michael atau watak lain. Fisiologi adalah ciri-ciri luaran

yang terdapat pada sesebuah watak. Menerusi watak Michael, pengkaji mudah untuk

mengetahui cirri-ciri dan sifat yang adalah pada Michael kerana dari segi luaran, ianya jelas

kelihatan. Berikut adalah pengelasan perwatakan Michael dari apek fisiologi :

1) Usia

2) Jantina

3) Ciri-ciri fizikal

4) Tabiat dan Postur tubuh

76
Dari sudut psikologi watak Michael, pengkaji membuat pengelasan perwatakan seperti

berikut:

1) Berterus-terang

2) Romantik

3) Mengambil berat

4) Pemalu

5) Pedendam, berani dan berwaspada

6) Budiman

7) Tegas

Penerangan mengenai sifat yang terdapat dari aspek psikologi diatas dilakukan di dalam

bab 4. Pembentukan watak dan perwatakan Michael Corleone adalah hasil dari gabungan

ketiga-tiga aspek dalam block characterization.

5.3 Cadangan Kajian Pada Masa Hadapan

Kajian ini masih perlukan perkembangan dan runag untuk diterokai. Dalam

lapangan analisis watak dan perwatakan, pengkaji berpendapat masih lagi perlu di beri

perhatian khususnya dari golongan pelakon dan juga pelajar seni teater samada lakonan

ataupun pengarahan. Kajian selanjutnya mungkin boleh dilakukan dengan menumpukan

77
kepada pelakon. Sebagai contoh kaedah lakonan yang digunakan untuk membina watak

ataupun kajian terhadap bagaimana pemilihan pelakon mempengaruhi sesebuah watak.

Dalam kajian ini, pengkaji membataskan hanya kepada watak Michael Corleone dalam

filem The Godfather 1972 iaitu bahagian pertama. Sedia maklum, The Godfather

mempunyai tiga bahagian. Pada masa akan datang, pengkaji berpendapat, kajian terhadap

watak dan perwatakan Michael Corleone perlu dilakukan terhadap ketiga-tiga bahagian

filem ini. Sekiranya analisis dilakukan terhadap ketiga-tiga bahagian, maka akan

lengkaplah perjalanan hidup Michael Corleone sebagai The Godfather.

Kajian seperti ini juga perlu dilakukan pada filem-filem Malaysia. Walaupun ada kajian

dibuat namun bilangannya sedikit. Pengkaji hanya menggunakan teori block

characterization sebagai landasan analisis ini. Mungkin pengkaji lain boleh menggunakan

teori analisis watak yang lain bagi merungkai perwatakan sesebuah watak.

5.4 Rumusan

Melalui kajian perpustakaan, pengkaji mendapati tidak banyak kajian yang dilakukan

mengenai watak dan perwatakan. Agak sukar bagi pengkaji dalam proses menyiapkan

kajian ini kerana kurangnya maklumat dan data dalam Bahasa Melayu khususnya.

Penerbitan buku yang berkaitan dengan kajian ini amat sukar ditemui. Pengkaji mengambil

langkah menerokai bidang penulisan kajian ilmiah dari negara luar. Di negara Indonesia,

banyak kajian watak dan perwatakan dilakukan dan banyak kajian yang dilakukan terhadap

78
filem dan drama tempatan. Skop kajian watak dan perwatakan adalah sangat terbatas.

Setelah pengkaji melalui proses kajian ini, pengkaji mendapati bahawa kurangnya kajian

yang mendalam terhadap watak dan perwatakan. Penggunaan teori dalam menganalisis

watak dan perwatakan tidak banyak digunakan.

Dalam hal ini, para pelakon khususnya pelajar bidang lakonan, harus mengaplikasikan teori

sebagai sandaran dalam membentuk sesebuah watak yang diterima untuk dilakonkan.

Ketika proses kajian dilakukan, pengkaji mendapati hanya satu sahaja kajian di Indonesia

yang bersandarkan teori block characterization, sedangkan teori ini sangat membantu

dalam kajian watak dan perwatakan khususnya para pelajar yang mengambil jurusan

lakonan.

Kemahiran pelakon mempengaruhi pembentukan watak yang diberi dan kebanyakan

pelakon hanya membaca dan menghafal sahaja tanpa membuat kajian watak yang

mendalam. Dalam lakonan, kajian watak dan perwatakan amat penting bagi seseorang

pelakon dalam menghayati watak yang diberi. Pendekatan yang digunakan oleh pengkaji

iaitu block characterization adalah sangat membantu pengkaji dalam menganalis Michael

Corleone.

Melalui tinjauan literatur, pengkaji mendapati banyak penulisan dari artikel, buku, blog dan

majalah mengenai The Godfather. Ada juga penulisan yang memfokuskan kepada watak

Michael Corleone. Namun kebanyakannya menumpukan kepada lakonan Al Pacino tanpa

79
menyentuh perwatakan Michael Corleone dengan lebih mendalam. Dengan pendekatan

block characterization, pengkaji mendapati, teori ini sangat membantu pengkaji dalam

merungkai dengan lebih dalam terhadap watak Michael Corleone.

Pemilihan pelakon yang dilakukan oleh pengarah atau pihak produksi banyak

mempengaruhi perwatakan sesebuah watak. Pemilihan pelakon tidak boleh dilakukan

secara sambil lewa. Perbincangan antara penulis, pengarah dan juga pihak produksi perlu

dilakukan supaya pelakon yang dipilih adalah sesuai dan sepadan dengan kehendak watak

dan cerita.

Dalam proses menganalisis watak dan perwatakan Michael Corleone, pengkaji mendapati,

sesebuah watak tidak berdiri dengan sendiri, malah ianya bergantungan dengan watak yang

lain. Dalam merungkai dan menganalisis Michael Corleone, pengkaji mendapati watak ini

lebih diterjemahkan melalui psikologi berbanding fisiologi dan sosiologi. Banyak dialog

dari Michael dan juga watak lain melambangkan perwatakan Michael Corleone. Ianya

bukan bergantung kepada visual watak semata-mata. Selain itu, pemilihan pelakon juga

mempengaruhi perwatakan sesebuah watak. Kebijaksanaan pengarah dalam memilih

pelakon untuk menggayakan watak mempengaruhi perwatakan sesebuah watak itu.

Al Pacino yang mendokong watak Michael secara langsung meletakkan Michael Corleone

dalam dirinya. Dari sudut fisiologi pelakon, mereka secara langsung menentukan fisiologi

watak yang dibawa. Namun dari sudut sosiologi dan psikologi akan ditentukan melalui

80
dialog, cerita dan skrip yang ditulis. Seperti yang diterangkan di atas, pemilihan pelakon

mempengaruhi perwatakan sesebuah watak. Samada pemilihan itu tepat atau tidak, ianya

bergantung sejauh mana keberkesanan lakonan pelakon dalam membawa watak yang

diberi.

Pengkaji telah pun menjawab objektif kajian dengan menyenaraikan perwatakan dan sifat-

sifat yang ada pada Michael Corleone. Analisis yang bersistematik dan berlandaskan teori

mampu menghasilkan penulisan yang ilmiah dan akan menjadi rujukan dimasa hadapan.

Secara umum, kajian ini bertujuan untuk merungkai watak dan perwatakan Michael

Corleone dalam filem The Godfather. Selain menyenaraikan sifat-sifat dan perwatakan

Michael Corleone, pengkaji juga menemui dapatan lain hasil dari analisis ini. Hasil dari

dapatan lain, pengkaji telah mencadangkan beberapa cadangan kajian yang berpotensi

dilakukan pada masa akan datang. Ini kerana, dengan adanya kajian lain, ianya akan

membuka perspektif dan sudut pandang lain terhadap analisis watak dan perwatakan

khususnya watak Michael Corleone justeru membantu pelakon untuk mendalami sesebuah

watak.

81

You might also like