You are on page 1of 3

Sinematografi adalah kata serapan dari bahasa Inggris Cinematography yang berasal daribahasa

Latin kinema gambar. Sinematografi merupakan ilmu terapan dalam bidang ilmu yang
membahaskan tentang teknik menangkap gambar dan menggabung-gabungkan gambar tersebut
sehingga menjadi rangkaian gambar yang dapat menyampaikan idea (dapat mengembangkan
cerita).Sinematografi memiliki objek yang sama dengan fotografi iaitu menangkap pantulan
cahaya yang kena pada benda dan pantulan membentuk imej yang sama dengan objek .
Perbezaannya, peralatan fotografi menangkap gambar tunggal, sedangkan sinematografi
menangkap rangkaian gambar. Penyampaian idea pada fotografi memanfaatkan gambar tunggal,
sedangkan pada sinematografi memanfaatkan rangkaian gambar. Jadi sinematografi adalah
gabungan antara fotografi dengan teknik perangkaian gambar atau dalam sinematografi disebut
montase (montage).
Selain itu, sinematografi juga mempunyai unsur-unsur tertentu. Antara unsur-unsur tersebut ialah
unsur utama yang meliputi visual gerak, audio, dan jalan cerita.Unsur kedua ialah unsur
penunjang iaitu seting, peralatan dan kesan. Sekiranya setiap unsur ini dipenuhi maka jadilah
sebuah filem. Setiap unsur-unsur ini mempunyai perkaitan antara satu sama lain jika satu
bahagian tidak dipenuhi sesebuah filem tidak akan menjadi.
Setiap filem mempunyai sinematografi dan filem yang akan diselusuri berkenaan aspek
sinematografi ialah filem Rock oo!Rimba bara kembali. Filem arahan Mamat Khalid ini
sememangnya menjadi fenomena kerana filem ini mengembalikan memori peminat muzik Rock
tanah air.
Sinematografi Rock oo! pada pendapat saya menggunakan unsur-unsur yang biasa sahaja. Visual
gerak berupa lambang-lambang komunikasi visual yang disajikan dengan cara Fotografi iaitu
tanpa cahaya, maka tak ada gambar. Bentuk komunikasi tersebut pula berbentuk
visual secara verbal mahupun non verbal yang mengandung nilai estetika,
artistik, mahupun dramatik. Komunikasi dalam filem Rock oo! disampaikan
melalui watak yang berbeza-beza. Setiap watak mempunyai ciri-ciri
komunikasi yang tersendiri contoh watak Jijo Alfonso Pareira Abdullah
lakonan Khir Rahman akan mengulang suku katan an beberapa kali
sebagai penekanan terhadap apa yang diperkatakan.
Audio pula seiring dengan perkembangan zaman. Sinematografi merupakan
bentuk produk teknologi audio dan visual pertama yang akan membentuk
unsur audio dan visual. Saat ini unsur audio berperanan besar untuk
menjelaskan dan mengaskan informasi mahupun komunikasi yang
terkandung pada unsur visual sinematografi. Kebanyakan audio yang
digunakan dalam filem Rock oo! merupakan lagu-lagu yang terkenal pada
zaman 80-an. Pada waktu tersebut muzik Rock amat terkenal di Malaysia.
Antara lagu-lagu yang digunakan ialah Teratai- Ramli Sarip nyanyian semula
oleh Que Haidar (tempoh filem 00:34:00), Ku di halaman rindu- Lefthanded

(tempoh filem 1:11:00), Kasih berubah- Flybaits.Sendiri May, Penawar


Rindu Orked Abdullah, Suci dalam debu Iklim, Sejuta wajah Sweet
Charity, Kuala Lumpur Dato Malek Ridzuan, Untukmu sayang Febians,
Intan ku kesepian Wings,Pawana Search, Musibah Sweet Charity dan
beberapa lagu lain.

Berkaitan jalan Cerita ia tidak seperti gambar tunggal yang dapat ditafsirkan
sendiri oleh yang melihatnya (satu gambar mewakili seribu kata), suatu
karya sinematografi relatif memiliki makna yang besar dari pelbagai
penonton yang melihatnya. Hal ini ditunjukan melalui rangkaian gambar
bergerak yang mengandung urutan jalan cerita. Namun, jalan cerita juga
terikat dan dibatasi oleh jangka waktu atau durasi filem. Jalan cerita Rock oo!
merupakan sambungan daripada filem Rock yang pertama. Plot cerita ini
berdasarkan kehidupan kugiran Rimba Bara setelah pemergian Zack dari
kugiran tersebut. Cerita bermula dengan kisah bagaimana Amy Mat Piah
melalui hari-harinya selepas dibuang dari kumpulan Rimba Bara. Hari-hari
beliau sering dihantui dengan kisah Rimba Bara, walaupun beliau telah
meneruskan pekerjaan beliau sebagai pembuat air batu campur. Amy Mat
Piah (Que Haidar) yang memegang kepada prinsip pantang anak petani
moden mengaku kalah berhajat untuk menyatukan kembali kumpulan yang
pernah menjadi kegilaan ramai, Rimba Bara dan dia berjaya memujuk Jijo
(Khir Rahman), Slash Haji Tapah (Pekin Ibrahim) dan Mi Black (Azmi Black).
Pelbagai rintangan yang harus dihadapi mereka apabila mereka mengambil
langkah besar untuk ke kotaraya Kuala Lumpur demi memartabatkan
kembali kumpulan Rimba Bara.Filem Rock Oo yang merupakan
kesinambungan filem Rock (2005), memaparkan kumpulan Rimba Bara yang
telah berpecah kerana Zul Kapan (Sofi Jikan), selaku penyanyi utama telah
berhijrah ke kumpulan lain manakala yang lain membawa haluan sendiri.
Tempoh masa filem ini ialah 1 jam 30 minit dan bagi saya tempoh masa ini
sememangnya mencukupi untuk menerangkan jalan cerita. Penceritaan yang
ringkas membuatkan penonton tidak bosan untuk mengetahui perkara yang
akan berlaku seterusnya. Setiap babak yang ditonjolkan mempunyai
kesinambungan yang baik dan penonton tidak akan pening untuk
memahaminya.
Unsur penunjang filem dalam sinematografi antara lain seting, peralatan,
dan efek.

Seting, atau lingkungan tempat pengambilan gambar. Set adalah ruangan


yang menjadi objek visual untuk setiap adegan. Merupakan unsur penguat
jalan cerita baik yang diambil secara alami maupun direka sedemikian rupa
(buatan) sebagai bahagian dari peralatan. Agar tidak menimbulkan salah
faham tentang ukuran, warna, hiasan dan jumlah perabot dalam sebuah set,
setiap perkara ini akan dipastikan semula dengan sutradara dan penata
fotografi. Pengambaran filem ini dilaksanakan di bandar Kuala Lumpur
seperti Central Market, Muzium PDRM dan negeri Perak pula di sekitar
bandar Ipoh dan Kg. Kuala Trong.
Peralatan meliputi kostum, tata hias, dan segala kelengkapan yang
diperlukan untuk lebih memberikan kesan yang boleh dialami mahupun
dramatik pada cerita yang akan dirakam melalui kamera atau di luar frame
kamera, termasuk segala peralatan dan kelengkapan produksi yang
diperlukan. Kostum dalam filem Rock oo! berunsurkan pakaian pemuzik Rock
seperti baju, seluar yang ketat dan berambut panjang. Peralatan muzik
seperti gitar, drum dan pembesar suara menjadi sebahagian dalam filem.

Kesan meliputi kesan gambar, suara, cahaya, transisi waktu, hingga kesan
istimewa yang direka secara animasi melalui program komputer agar lebih
memberikan kesan dramatik pada cerita. Kesan gambar yang digunakan
dalam filem tersebut bagi saya biasa sahaja melainkan ada kesan istimewa
atau khas yang digunakan pada babak akhir di mana kumpulan Rimba Bara
berjaya memasuki pusingan akhir Anugerah Juara Lagu 89. Gambaran
seperti pestas AJL direka semula bagi menceritakan persembahan yang
dilaksanakan kumpulan Rimba Bara pada masa tersebut.Manakala suara
pula kebanyakan pelakon menggunakan suara asal mereka termasuk juga
lagu-lagu yang digunakan dalam filem adalah suara asal penyanyi lagu
tersebut melainkan satu lagu iaitu Teratai- Ramli Sarip dinyanyikan semula
oleh Que Haidar.

You might also like