You are on page 1of 13

TEATER MALAYSIA (ATT3023)

TUGASAN 1 : Ciri-Ciri Teater Tradisional Dalam Mak Yong


‘Sindong’ Di Panggung Budaya Fakulti Muzik Dan Seni
Persembahan, UPSI

NAMA : SITI NUR ASYIQIN BINI ROSLAN


NO.MATRIK : D20171079182
PROGRAM : ISM SENI PERSEMBAHAN (TEATER)
FAKULTI : FAKULTI MUZIK DAN SENI
PERSEMBAHAN, UPSI
SEMESTER : SEMESTER 2 2018/2019
PENSYARAH : CIK FARA DAYANA BINTI MOHD
JUFRY
1.0 PENGENALAN

Berdasarkan buku Aspek Lakonan Dalam Teater Bangsawan (2005), Teater

tradisional bukanlah sesuatu yang baru muncul di Malaysia. Namun, ianya merupakan

sesuatu bentuk yang sudah wujud sejak berzaman-zaman lamanya. Teater tradisional

merupakan satu bentuk hiburan, bagi masyarakat melayu zaman dahulu. Bukan itu sahaja,

ia bersifat tradisi dan bersifat turun-menurun dan menjadi milik sesuatu masyarakat.

Terdapat pelbagai bentuk teater tradisional yang wujud di Malaysia. Antaranya ialah, mek

mulung, mak yong, main teri, wayang kulit, jikey, menora dan sebagainya. Teater

tradisional ini boleh dipecahkan kepada beberapa bentuk genre, iaitu penglipurlara,

wayang kulit, dramatari, ritual dan opera. Teater-teater tradisional di Malaysia terlalu

berkait rapat dengan agama, mitos falsafah dan sistem mistik serta corak budaya nya.

Teater tradisional mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Antaranya ialah mempunyai

gabungan tari, muzik dan drama. Menceritakan tentang lagenda dan mitos. Struktur

dramanya adalah diskursif, episodik dan didaktik. Mempunyai watak-watak stock. Teater

tradisional ini kebiasaanya dijalankan bagi tujuan penyembuhan, kesyukuran kepada

makhluk ghaib, menolak bala dan sebagainya. Seterusnya, menurut Mohd Afandi (1975:

362-283) teater mak yong adalah satu-satunya teater yang terkecuali daripada pengaruh

luar, kerana ianya mempunyai ciri-ciri kemelayuan yang tersendiri di dalam tarian,

muzik, orkestra, lakonan serta dialognya.

Oleh itu, pengkaji bersetuju untuk membuat satu kajian mengenai ciri-ciri teater

tradisional yang terdapat dalam persembahan Mak Yong ‘Sindong’ yang telah

dipentaskan di Panggung Budaya, Fakulti Muzik Dan Seni Persembahan, Universiti

Pendidikan Sultan Idris. Pengkaji akan melihat pada ciri tradisional iaitu watak-watak

stock, unsur adunan muzik, tari dan drama dan juga lakonan improvisasi.

2
2.0 CIRI-CIRI TEATER TRADISIONAL DALAM PERSEMBAHAN MAK YONG

‘SINDONG’ DI FMSP, UPSI

Gambar 1: Tarian Menghadap Rebab


Sumber : Persembahan Mak Yong ‘Sindong’, Panggung Budaya, FMSP, UPSI

Mak yong merupakan satu permainan teater tradisional yang berfungsi sebagai alat

hiburan masyarakat zaman dahulu. Menurut Mubin Shepperp (1972), ianya merupakan

sebuah drama baharu yang berkembang kira-kira 200 tahun dahulu di istana Kelantan

bernama mak yong juga berasal dari Selatan Thailand iaitu Pattani. Ini dapat dijelaskan

bahawa mak yong adalah kepunyaan asli orang melayu. Hal ini kerana, Pattani telah berada

di bawah takluk sultan Kelantan sejak 400 tahun yang lalu. Bukan itu sahaja, menurut Mohd

Afandi (1975: 362-283) teater mak yong adalah satu-satunya teater yang terkecuali daripada

pengaruh luar, kerana ianya mempunyai ciri-ciri kemelayuan yang tersendiri di dalam tarian,

muzik, orkestra, lakonan serta dialognya. Menurut Mana Sikana (1987:60) setelah beliau

menjalankan beberapa kajian, beliau dapat menerangkan bahawa boleh jadi mak yong ini

berasal dari Kelantan sendiri sekurang-kurangnya ada tiga alternatif definisi yang berbeza.

3
Zaman kegemilangan mak yong bermula pada awal abad ke-19. Kegiatan mak yong telah

dinaungi oleh kerajaan Kelantan.

Gambar 2: Pemuzik Mak yong ‘Sindong’


Sumber : Persembahan Mak Yong ‘Sindong’, Panggung Budaya, FMSP, UPSI

Menurut Brandon (1974) yang dipetik daripada buku aspek lakonan dalam teater

bangsawan, terdapat beberapa ciri teater tradisional Melayu antaranya ialah, Struktur

dramanya adalah diskursif, episodik dan didaktik dan dijalankan tanpa skrip, unsur-unsur

adunan drama,muzik dan tarian, watak-watak yang stock-type, hiasan latar yang tidak

realistik dan juga persembahan dijalankan untuk majlis-majlis tertentu. Antaranya

persembahan diadakan untuk menyatakan kesyukuran kepada mahkluk ghaib, semangat,

puaka, menolak bala, turun sawah, menuai padi, alat hiburan, menyampai idea dan

pengajaran. Oleh itu, pengkaji akan membincangkan tentang ciri tradisional iaitu watak-

watak stock, unsur adunan muzik, tari dan drama dan juga lakonan improvisasi atu tiada skrip

pada pementasan teater tradisional mak yong ‘Sindong’ di FMSP, UPSI.

4
2.1 WATAK-WATAK STOCK TYPE

Antara salah satu ciri teater tradisional melayu yang diperkatakan oleh Mohamed

Ghouse Nasuruddin (2000) ialah watak-watak yang stock-type atau stereotaip.

Menurut Mohamed Ghouse Nasuruddin (2000) setiap persembahan teater tradisional

pasti mempunyai watak-watak yang stereotaip dan dibahagikan kepada dua iaitu

watak baik dan watak jahat. Menurut Rahmah Bujang (2007), watak-watak stock type

pula dibahagikan kepada empat kategori utama iaitu, watak wira, wirawati, watak

jahat atau gergasi, watak sampingan dan lawak.

Gambar 3: Watak Pakyong, Pakyong Muda, Peran Muda dan Tua


merupakan watak baik
Sumber : persembahan mak yong ‘Sindong’, panggung budaya, FMSP, UPSI

Di dalam persembahan mak yong, terdapat beberapa jenis watak. Antaranya ialah

pak yong, mak yong, peran, dayang, tuk wok, jin, gergasi, hulubalang, batara guru

dan sebagainya. Ianya berkait dengan ciri teater tradisional mengenai watak-watak

stock type. Oleh itu, di dalam sampel yang dikaji, iaitu persembahan mak yong

‘Sindong’, terdapat watak-watak stock yang diperkatakan oleh Brandon (1974) dan

Mohamed Ghouse Nasuruddin (2000) iaitu watak pak yong dan mak yong. Pak yong

dan mak yong merupakan watak baik di dalam persembahan mak yong dan ia juga

5
boleh dikategorikan sebagai watak wira dan wirawati. Pakyong merupakan pelakon

utama dalam mak yong dan juga berperanan sebagai raja. Kebiasaanya pak yong ini

dipegang oleh wanita. Begitu juga dengan watak mak yong yang berperan sebagai

permaisuri. Dalam sampel yang dikaji, pak yong dipegang oleh wanita dan berperan

sebagai seorang raja di dalam sebuah kerajaan.

Gambar 4: Peran Muda dan Peran Tua


Sumber : persembahan mak yong ‘Sindong’, panggung budaya, FMSP, UPSI

Seterusnya, watak peran atau pengasuh. Peran dalam mak yong terbahagi kepada

dua iaitu peran tua dan peran muda. Menurut Mohamed Ghouse Nasuruddin (2000),

pelawak atau pengasuh terdapat dalam kesemua teater tradisional melayu. Mereka ini

menyediakan comic relief dan kadangkala mengatasi cerita utama. Selalunya, mereka

ini bertindak sebagai penasihat, pengasuh dan perutusan kepada watak-watak utama

iaitu raja atau permaisuri. Di dalam sampel yang dikaji, peran tua dan peran muda

berperanan sebagai penasihat raja, dimana mereka ini yang membantu raja untuk

mencarikan anakndanya seorang isteri. Bukan itu sahaja, peran tua dan peran muda

juga menjadi penasihat kepada raja muda kerana sikapnya yang tidak mahu

6
memaafkan ibu ‘Sindong’. Peran juga sebagai pak lawak di dalam sebuah pementasan

mak yong. Seperti di dalam sampel, peran tua dan peran muda telah berjaya

membuatkan penonton tidak kering gusi.

Gambar 5: Mek Bunga memukul ‘Sindong’


Sumber : persembahan mak yong ‘Sindong’, panggung budaya, FMSP, UPSI

Selain itu, dalam persembahan mak yong juga terdapat watak jahat, iaitu watak

ibu ‘Sindong’. Menurut Mohamed Ghouse Nasuruddin (2000), watak jahat

merupakan salah satu ciri dalam watak-watak stock. Watak ibu ‘Sindong’ atau Mek

Bunga adalah watak yang jahat dimana, dia merupakan seorang ibu tiri yang sering

mendera ‘Sindong’. Menurut Ghulam Sarwar (2004) watak-watak jahat ini bertujuan

untuk meningkatkan lagi rasa drama dalam sesebuah persembahan dan juga

merupakan watak yang melanda watak utama. Contohnya, watak ibu ‘Sindong’ yang

sering mendera ‘Sindong’, yang menyuruh ‘Sindong’ pergi ke pasar untuk membeli

pelbagai keperluan dengan berbekalkan wang seringgit. Adegan dimana mek bunga

memukul ‘Sindong’ dan menghalau ‘Sindong’ dari rumah tersebut telah mencetuskan

rasa drama dalam persembahan mak yong. Disini dapat disimpulkan bahawa sampel

yang dikaji ini mempunyai ciri-ciri teater tradisional melayu iaitu dari aspek watak-

watak stock-type

7
2.2 UNSUR ADUNAN MUZIK, TARI DAN DRAMA

Gambar 6: adegan yang mempunyai unsur adunan tari, muzik dan drama
Sumber : persembahan mak yong ‘Sindong’, panggung budaya, FMSP, UPSI

Setiap teater tradisional melayu pasti mempunyai adunan unsur tarian,

nyanyian dan seni lakon. Salah satu daripadanya ialah Mak yong. Mak yong

merupakan satu bentuk teater tradisional yang menggabungkan unsur adunan tari,

muzik dan drama. Perkara ini disokong oleh Mohamed Ghouse Nasuruddin (2000)

iaitu, sesebuah teater tradisional melayu mempunyai satu adunan drama, muzik

dan tari. Berdasarkan sampel yang dikaji, terdapat ciri teater tradisional melayu

yang menggabungkan unsur tari, muzik dan drama pada persembahan mak yong

‘Sindong’ tersebut.

Gambar 7: menghadap rebab


Sumber : persembahan mak yong ‘Sindong’, panggung budaya, FMSP, UPSI
8
Yang pertama, setiap persembahan mak yong akan dimulakan dengan lagu

bertabuh dan seterusnya menghadap rebab. Dalam menghadap rebab, pak yong

akan menyanyi dan menari bersama jang dong dang. Disini kita dapat lihat

elemen tarian dan nyanyian yang disebut oleh Mohamed Ghouse Nasuruddin

(2000). Bukan itu sahaja, terdapat satu adegan dimana berlaku satu tarian,

nyanyian dan drama. Dimana pada adegan tersebut, ‘Sindong’ menari sambil

menyanyi dan seterusnya berlakon semasa adegan melakukan persembahan

dihadapan raja untuk mengambil hati putera raja atau pak yong muda. Kewujudan

elemen tersebut membantu menaikkan lagi dramatik dalam persembahan.

Khususnya dalam persembahan teater tradisional melayu.

Selain itu, adegan atau babak yang boleh dikaitkan dengan ciri teater

tradisional melayu, khususnya dari aspek muzik tari dan drama ialah adegan

‘Sindong’ diperintahkan oleh dewa untuk belajar menari. Adegan ini dimana

‘Sindong’ pergi belajar menari dengan Mek Kenari. Berdasarkan pemerhatian,

terdapat alat muzik tradisional dimainkan sambil mengiringi gerak tari ‘Sindong’

dan rakan yang lain. di samping wujudnya lakonan pada adegan tersebut. Ini

menunjukkan bahawa elemen tersebut meningkatkan lagi unsur dramatik dalam

persembahan teater tradisional melayu. Ini disokong oleh Mohamed Ghouse

Nasuruddin (2000). Menurutnya, elemen tari, muzik dan lakonan ini membantu

untuk meningkatkan suasana sesuatu adegan.

9
2.3 LAKONAN IMPROVISASI

Gambar 8: Improvisasi Dalam Lakonan


Sumber : Persembahan Mak Yong ‘Sindong’, Panggung Budaya, FMSP, UPSI

Improvisasi berlaku apabila ketiadaan skrip. Bentuk teater tradisional seperti

mak yong, mek mulung, jikey, wayang kulit, menora ini menggunakan

improvisasi. menurut Kuritz (1983), improvisasi merupakan aksi-aksi mainan

yang dicipta melalui penganalisaan secara imaginatif dan dicipta berdasarkan

keadaan ketika itu. Menurut Cohen (1984) pula, improvisasi yang menjuruskan

kepada mempertajamkan watak dan perwatakan. Improvisasi merupakan

bahantara di mana pemain atau pelakon akan memperkembangkannya melalui

imaginasi-imaginasi yang terangsang. Oleh itu, di dalam pemerhatian sampel,

terdapat beberapa adegan yang dilakukan oleh pelaku secara improvisasi.

10
Gambar 9: improvisasi yang berlaku antara peran
Sumber : Persembahan Mak Yong ‘Sindong’, Panggung Budaya, FMSP, UPSI

Persembahan ini berdasarkan pengalaman dan penglibatan pengkaji. Oleh itu,

improvisasi ini disedari oleh pengkaji kerana melihat dari proses latihan sehingga

ke hari persembahan. Antara adegan yang berlaku improvisasi adalah, adegan

dimana peran tua disuruh oleh Raja untuk memanggil peran muda masuk ke

dalam istana. Disini dapat dilihat bahawa aksi yang berlaku semasa latihan

berbeza dengan aksi yang dilakukan oleh peran sewaktu hari persembahan. Ini

berkait dengan ciri teater tradisional melayu yang diperkatakan oleh Brandon

(1974) iaitu sebuah persembahan teater tradisional melayu tidak mempunyai skrip.

Selain itu, terdapat adegan dimana permaisuri telah memberi cabaran kepada

peran tua dan muda untuk menyanyi. Perkara ini merupakan satu bentuk

improvisasi aksi fizikal menari dan suara iaitu dialog. Aksi improvisasi ini

meningkatkan lagi nilai dramatik sesebuh persembahan. Menurut Abdul Samat

Salleh (2005), melalui improvisasi, para pelakon dapat mengubahsuai situasi sama

ada struktur, plot, adegan atau lakonan yang bertepatan dengan selera penonton.

Dalam konteks sampel yang diambil, aksi yang berlaku pada adegan tersebut

memperlihatkan struktur persembahan yang tidak dirancang semasa latihan

berlaku secara improvisasi semasa persembahan. Kesannya, aksi yang dilakukan

oleh peran mendapat sambutan daripada penonton.

11
3.0 KESIMPULAN

Gambar 10: Lakonan Dalam Persembahan Mak Yong ‘Sindong’


Sumber : Persembahan Mak Yong ‘Sindong’, Panggung Budaya, FMSP, UPSI

Kesimpulannya, persembahan mak yong ‘Sindong’ yang dipentaskan di Panggung

Budaya, FMSP, UPSI mempunyai ciri-ciri teater tradisional melayu yang dikemukakan

oleh Brandon (1974) yang dipetik daripada buku aspek lakonan dalam teater bangsawan,

iaitu Struktur dramanya adalah diskursif, episodik dan didaktik dan dijalankan tanpa

skrip, unsur-unsur adunan drama,muzik dan tarian, watak-watak yang stock-type, hiasan

latar yang tidak realistik dan juga persembahan dijalankan untuk majlis-majlis tertentu.

Antaranya persembahan diadakan untuk menyatakan kesyukuran kepada mahkluk ghaib,

semangat, puaka, menolak bala, turun sawah, menuai padi, alat hiburan, menyampai idea

dan pengajaran. Walaupun pengkaji hanya melihat dari 3 ciri sahaja, namun, dapat

dibuktikan bahawa persembahan mak yong ‘Sindong’ ini mempunyai ciri teater

tradisional.

12
4.0 BIBLIOGRAPHY
Bujang, R. H. (2007). Wadah Wahana Seni Persembahan. Kuala Lumpur: Jabatan Penerbitan
Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaysia Kuala Lumpur.

Nasuruddin, M. G. (2000). Teater Tradisional Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Salleh, A. S. (2005). Aspek Lakonan Dalam Teater Bangsawan . Kuala Lumpur: Jabatan
Kebudayaan dan Kesenian Negara.

Umi Abdullah . (2003). Cultural Appreciation Series: Makyung . Kuala LUmpur: Jabatan
Kebudayaan dan Kesenian Negara.

Yousof, G. S., & Khir,Patricia Matusky,Mew Chang Tsing, Mohd Anis M. (2004).
ENCYCLOPEDIA OF MALAYSIA PERFORMING ARTS. . Telok Ayer Street,
Singapore: Archipelago.

Zahari, R., & Sutung Umar RS. (2011). Makyung Warisan Mistik Malaysia. Kuala Lumpur :
Institut Terjemahan Negara Malaysia.

13

You might also like