You are on page 1of 8

Seni Orang Muda

Zack Zaideen: Penggiat Teater Negeri Kelantan Berjiwa Pendidik


Oleh Shafiq Azli Mohd Salleh

DUNIA teater ini bukan dunia yang menjanjikan duit yang lumayan serta tawaran lakonan yang berterusan. Teater ini adalah seni pementasa asli yang dipentaskan terus kepada audiens serta mempunyai cabaran yang tersendiri. Jadi, jika mahu bergiat dalam teater perlulah ada semangat berlakon teater yang tulen!. Begitulah buah bicara yang keluar daripada mulut saudara Zack Zaideen, seorang penggiat teater Kelantan yang aktif menulis skrip teater dan pada masa yang sama mengarahkan skrip tulisan beliau. Namanya cukup tidak asing lagi di negeri Kelantan malah telah memenangi banyak anugerah serta mendapat pengiktirafan pelbagai pihak. Banyak karyanya telah dipentaskan sama ada dalam bentuk teater, monodrama, bangsawan atau drama pentas. Beliau juga merangkap Yang Dipertua Anak Seni Pendidikan Negeri Kelantan (ASPEK), badan yang bertanggujawab dalam pementasan teater di negeri Kelantan. Menyusuri sejarah kegiatan beliau, beliau menyatakan secara jujur bahawa kerjaya seorang guru yang telah membawa beliau untuk berkecimpung dalam dunia teater. Sejarahnya cukup mudah. Ketika mula-mula diberikan penempatan untuk mengajar pada tahun 1993, beliau telah diarahkan oleh pihak pengurusan sekolah untuk menguruskan produksi drama di sekolah bagi pertandingan peringkat negeri. Maka, tidak dapat tidak beliau terpaksa memerah idea bersama para pelajar lain tanpa sebarang asas dalam pementasan. Namun, SMB ST John Sabah adalah menjadi satu titik tolak kepada beliau untuk memulakan kembara panjang dalam dunia

teater. Walaupun tidak berjaya memenangi sebarang hadiah pada pertandingan tersebut, namun bagi beliau itu adalah sejarah titik permulaan dia memulakan langkah dalam dunia ini. Kemudiannya, apabila dia ditukarkan mengajar di SMK Hamzah Machang, beliau terus menubuhkan kelab drama bagi menggapai impian beliau dalam bidang ini. Tanpa menoleh lagi, skrip ditulis dan pelajar-pelajar giat berlatih. Pasukan produksi dibentuk dan dia sendiri bertindak sebagai penerbit merangkap pengarah pada masa yang sama. Skrip drama milik beliau, Warisan Wawasan yang mengisahkan sejarah dan memaparkan nilai-nilai patriotisme telah ditampilkan pada pertandingan drama peringkat negeri Kelantan. Dan hasilnya, mereka berjaya ke kebangsaan dan meraih beberapa anugerah khas antara skrip drama terbaik, pelakon wanita terbaik dan kostum terbaik. Ketika itu beliau membulatkan tekad untuk terus bergiat aktif dalam dunia pementasan sehingga kini. Ketika disoal tentang tentang siapakah idola beliau, beliau tanpa ragu menyebut nama SN Noordin Hasan yang cukup dikenali sebagai seorang tokoh yang memaparkan aliran fitrah dalam skrip drama tulisanya. Baginya, apa yang uniknya tentang SN Noordin Hasan ialah dia mampu berfikir di luar kotak serta tidak terikat pada aliran drama realisme yang menjadi satu trend semasa ketika itu. Setiap drama tulisan SN Nordin Hasan sebolehnya membuat para penonton akan berfikir sejenak dan merangsang pemikiran para khayalak. Jika dilihat pada lewat pengkaryaan SN Noordin Hasan, beliau memaparkan banyak nilai-nilai Islam yang jelas terserlah pada karya-karya seperti Tiang Seri Tegak Berlima, Bukan Lalang Ditiup Angin dan pelbagai lagi. Oleh itu, wajar Noordin Hasan dianugerahkan Sasterawan Negara hasil usaha beliau dalam memaparkan nilai Islam dalam setiap karya tulisanya. Baginya, SN Noordin Hasan telah memulakan satu aliran baru dan telah mengubah persepsi aliran teater semasa. Tidak dapat

tidak, beliau juga turut mengatakan bahawa banyak karyanya dipengaruhi aliran yang dibawa SN Noordin Hasan sendiri. Selalunya, ramai yang bertanya beliau kenapa dalam banyak cabang seni yang ada, beliau tetap memilih teater sebagai satu pilihan utama. Ketika persoalan ini diajukan, beliau hanya mampu terkerisin. Dan beliau menjawab ringkas. Katanya Bagi saya, apabila saya menulis skrip drama atau teater, sa ya mampu berfikir di ruang bawah sedar atau subconscious mind. Pada masa yang sama, saya akan berfantasi sejauh mana yang saya mampu dan berkhayal dalam ruang pemikiran kreatif yang tidak terhad. Natijahnya, setiap orang yang terlibat dalam pementasan itu adalah hasil fantasi yang saya khayalkan sebelum ini!. Jadi, jika saya tidak mampu untuk berkhayal serta memainkan pemikiran saya ke arah khayalan tersebut, maka saya tidak akan mampu membuat jalan cerita pada masa yang sama mencipta perwatakan setiap watak yang telah saya imaginasikan sebelum ini!. Beliau juga turut menyatakan dalam pementasan teatar, beliau mampu berfikir di luar kotak imaginasi serta mencipta kekaguman kepada penonton untuk menyaksikan pementasan itu nanti. Teater juga banyak banyak memainkan permainan gerak, dialog, monolog serta aksi yang memudahkan beliau untuk menulis skrip. Nilai sastera juga diangkat di dalam dunia pementasan teater. Bagi beliau, pementasan teater adalah permainan gaya bahasa serta banyak mempunyai unsur keindahan yang sedia ada. Teater adalah salah satu cabang sastera yang luas cakupanya. Di dalam teater pula, banyak unsur sastera juga diambil seperti syair, gurindam, teromba, serta banyak lagi. Di dalam

teater juga diterapkan unsur percakapan berirama yang saling berkait dengan deklamasi sajak yang menekankan intonasi serta lontaran suara yang baik. Jika dalam sastera mempunyai banyak cabang bidang yang lain, maka teater adalah salah satu daripadanya. Teater adalah salah satu manesfestasi kepada sastera kerana sastera adalah sesuatu yang indah. Sebolehnya, dalam setiap skrip drama atau teater yang saya garapkan, saya akan menyelitkan unsur-unsur kekaguman kepada para penonton. Jika kekaguman dikaitkan dengan teater, maka ia perlukan keindahan secara tidak langsug. Oleh itu saya sentiasa menekankan penggunaan bahasa-bahasa klasik serta pemurnian sastera tradisonal yang telah saya tekuni sebelum ini. Maka, unsur kekaguman yang telah saya terapkan saling berkait rapat dengan sastera yang telah saya sebut sebelum ini. Di samping itu, unsur keanggunan, fantasi, imageri serta magis adaha saling berkait rapat antara sastera dan teater Beliau juga turut mengatakan bahawa beliau gemar bereksperimen dalam setiap karya beliau. Beliau sentiasa memberi improvisasi serta mengamalkan elemen yang baru pada masa yang sama dapat menyampaikan mesej berguna kepada khayalak. Kepuasan akan jelas terpancar apabila para penonton bertepuk tangan memecah keheningan dewan serta mendapat standing oviation daripada para penonton. Bila disoal tentang beza drama dan teater, dia menghuraikan bahawa dalam drama, maklum balas daripada penonton hanya dapat dilihat apabila drama itu keluar dari kaca televisyen, namun dalam teater maklum balas daripada penonton adalah segera sejurus sahaja pementasan itu selesai. Dalam teater, para penonoton akan bertepuk tangan dan memberikan pujian jika kami memberikan yang terbaik di atas pentas. Dan di situlah terletak kepuasan dalam jiwa seorang

penggiat teater. Bukan terletak pada duit semata-mata, namun jelas terpancar pada wajah apabila karya saya dapat menarik perhatian pada penonton yang hadir menyaksikan jerih perih kami berlatih dalam menjayakan setiap pementasan. Pementasan teater sekarang semakin berkembang di Malaysia ulas beliau lagi. Namun, ia berkembang dalam keadaan sakit kerana para penggiat teater sekarang sibuk untuk mempromosikan teater sebagai satu bahan komersial semata-mata. Perkembangan teater terbahagi kepada dua iaitu teater komersial dan teater mesej. Teater komersial adalah teater yang semata-mata dipentaskan untuk mengejar nilai wang ringgit pada masa yang sama mengenepikan seni teater itu sendiri. Antara penggiat teater seperti ini adalah Tiara Jacqueliena yang pernah mementaskan karya Puteri Gunung Ledang The Musical di Istana Budaya. Teater mesej pula adalah teater yang tetap berpegang teguh kepada penyampaian mesej dan tidak mengenepikan unsur-unsur tradisi dalam teater. Walau perkembangan teater di Malaysia adalah sangat baik, dan para penonton yang meningkat saban tahun, namun aspek-aspek seni dalam teater mestilah sentiasa diamalkan bagi meneruskan kelangsungan teater dalam Malaysia. Begitu juga perkembangan teater muzikal yang semakin diterima di Malaysia. Walaupun perkembangan ini mampu merancakkan industi teater tempatan, namun karya teater sudah hilang keaslian dan unsur-unsur tradisnya. Tambahnya lagi, teater muzikal seakan-akan meniru Broadway yang dicuplik dari Barat. Baginya, kita boleh mengambil elemen muzikal itu, namun harus tidak dilupakan unsur-unsur tradisi dalam teater Melayu itu sendiri. Jika keadaaan ini berterusan, maka teater berbentuk mesej seperti bangsawan serta monodrama tidak akan mendapat tempat kerana lambakan teater muzikal yang datang sama ada dari dalam negara atau luar negara.

Apabila disentuh pahit manis beliau dalam dunia pementasan ini bagi dikongsikan kepada pembaca di luar sana, beliau secara ikhlas menyatakan terlalu banyak pahit manis yang telah beliau lalui sepanjang 20 tahun beliau melibatkan diri secara serius dalam dunia teater. Namun, ada kenangan yang awalnya pahit namun menjadi manis apabila diingatkan semula. Katanya, ada kisah yang memberikan beliau sejuta pengajaran untuk diertikan. Ketika beliau membawa para pelajar bertanding ke teater peringkat kebangsaan, kos produksi telah melebihi bajet sebenar. Ini menyebabkan beliau terpaksa mendahulukan duit beliau dan mencari inisiatif lain. Tidak tergamak dihatinya untuk menceritakan kepada para pelajar tentang masalah yang beliau hadapi ketika itu kerana tidak mahu mematahkan semangat mereka untuk memberikan yang terbaik pada pertandigan. Setelah bertanding di peringkat kebangsaan, dia terkejut apabila pulangnya beliau ke Kelantan, beliau mengetahui berita bahawa keretanya telah ditarik oleh bank kerana tidak membayar ansuran bulanan selama 3 bulan.. Namun, memori itu baginya adalah manis walau sebenarnya pahit. Tidak sedikit cabaran dan dugaan yang datang melanda, di sebalik keripuhan tugas-tugas hakiki sebagai seorang guru, beliau tetap percaya bakat seni teater ini perlu diteruskan tidak kira rintangan datang bertali arus. Melayan karenah produksi yang pelbagai rencam, terlewat menerima bayaran untuk teater yang dipentaskan, masalah para pelakon yang terkadang berlagak diva, terkadang juga melayani karenah birokrasi yang merenyahkan dan kos produksi yang selalu melebihi bajet sedia ada adalah rencah sebagai seorang penggiat teater seperti beliau. Baginya, tidak pernah ada jalan pintas untuk mencapai kejayaan. Seorang penggiat teater perlulah sentiasa sabar dan tidak menyerah kepada keadaan yang mendesak. Usaha yang berterusan dan semangat tidak pernah menyerah kalah perlulah ada kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Sambungnya lagi, kebanyakkan pelakon hebat sekarang datang daripada dunia teater. Mereka terlebih dahulu mengkaji konsep script reading, projeksi suara, intonasi dan teknik lakonan yang dipelajari daripada pementasan teater. Lihatlah pada kemantapan lakonan Umie Aida, Fauziah Nawi dan Ellie Suriaty yang boleh melakonkan pelbagai watak serta membawa watak yang diberikan dengan baik. Oleh sebab itu, ,mereka mampu bertahan lama dalam industry seni tempatan kerana mereka sudah mempunyai asas lakonan yang baik serta tidak mengharap kepada pakej rupa semata-mata. Beliau berbangga apabila melihat kebanyakan anak didik beliau kini berjaya menempa nama dalam industri seni. Antaranya Catriona Ross yang dulunya pernah berlakon dalam teater arahan beliau. Ada juga di kalangan anak didik beliau yang berkerja di belakang tabir serta terlibat dalam pengarahan drama dan filem. Masih ramai di antara mereka juga selalu menghubungi beliau sekadar bertanya khabar tanda apresisasi terhadap guru yang telah banyak mencurahkan ilmu pementasan tanpa jemu. Tambahnya lagi, beliau menitipkan pesan kepada anak muda yang mahu menggulati seni pementasan teater supaya jangan pernah berhenti mencuba dan sentiasa bergaul dengan orang yang pakar. Pada masa yang sama, perlulah sentiasa belajar dan belajar untuk memajukan diri sendiri. Antaranya ialah menyertai pelbagai kursus serta bengkel yang dianjurkan. Galilah ilmu sebanyak mungkin semasa muda serta berkongsi pengalaman bersama orang lain. Sehingga ke hari ini, beliau masih giat melibatkan diri secara aktif sama ada dalam bengkel atau kursus teater yang dianjurkan oleh pihak DBP dan JKKN bagi memantapkan lagi ilmu yang ada. Baginya,

teater itu tidak pernah sempurna kerana sentiasa ada ruang untuk diperbaiki dan janganlah mudah berpuas hati dengan pencapaian sekarang. Akhir sekali, apabila dilontar persoalan tentang harapan dan impian beliau tentang teater tanah air, beliau mengimpikan karyanya nanti akan dipentaskan ke Istana Budaya suatu hari nanti. Baginya, Istana Budaya adalah satu tempat di eksklusif serta menjadi impian mana-mana penggiat teater di Malaysia amnya. Harapan beliau adalah untuk menyaksikan teater di Malaysia adalah setaraf dengan teater-teater bertaraf antarabangsa pada suatu masa nanti dan mampu dibawa ke luar negara sebagai salah satu produk pelancongan negara.

You might also like