You are on page 1of 4

pengertian:

Perkataan wakaf membawa pengertian sesuatu yang diberikan (derma) untuk


kegunaan orang ramai,berkait dengan agama Islam seperti membina;bangunan
wakaf,telaga,tanah,masjid,surau atau lain-lain. Pengertian juga diberikan kepada
tempat berhenti sebentar dalam bacaan dan bagi bangunan pula merupakan
tempat singgah sebentar mengambil rehat dalam perjalanan atau atau menanti
sesuatu ( Kamus Dewan edisi keempat : DBP-2007).
Dalam bahasa Arab ditulis
yang bererti perhentian . Dalam bacaan
ayat-ayat suci Al-Quran ada ketandaan yang bacaannya diwakafkan iaitu
diberhentikan sekejap sebelum meneruskan bacaan selanjutnya. Maksud itu
dapat dikaitkan dengan bangunan wakaf dalam masyarakat terutama di
Kelantan.
Penulisan ini ditumpukan kepada bangunan yang dibina ditepi jalan,kawasan
sawah, ladang , perkuburan dan rumah-rumah ibadat dalam masyarakat
Kelantan bagi tujuan berkumpul atau mengambil rehat terutama dalam
perjalanan atau menunggu kenderaan yang datang. Bangunan wakaf terdapat
yang dibina dengan kewangan derma orang ramai,ada juga yang dibina oleh
orang perseorangan diwakafkan bagi kegunaan orang ramai.Ada juga yang
dibina bagi mengingat sesaorang yang telah meninggal dunia semuga pahlanya
di kurniai Allah kepada roh si mati tersebut.
Kebelakangan ini terdapat bangunan bangunan wakaf yang dibina oleh badanbadan berkanun,syarikat-syarikat perniagaan dan mempamirkan logo syarikat
berkenaan pada bangunan wakaf tersebut.
Masyarakat Kelantan bermaksud penduduk Kelantan yang terdiri daripada orangorang Melayu,Siam dan Cina (kampung) . Yang terlibat dalam tradisi wakaf ini
adalah daripada gulungan tersebut yang mendiami atau berada dalam kelumpuk
masyarakat di Kelantan.
Bangunan wakaf merupakan bangunan rumah kecil ,bangsal atau pondok tempat
perhentian sementara. Wakaf dapat juga dimengertikan sebagai tempat berhenti
,singgah ,berihat ,beradu, bermalam bagi musafir dalam perjalanan.
Deiinasi VIal:af
Wakai adalah sebuah pondok,bangsal atau rumah kecil yang mempunyai satu
ciri rekabentuk yang.sangat unik. VIakaf ialah satu tempat perhentian
sementara. Dalam konteks lain,, wakaf dapatlah diertilian sebagai tempat
berhenti, singgah, berihat,beradu, bermalam bagi musafir dalam perjaianan.

Wakaf Ditepi Jalan ;

Pada masa dahulu perjalanan antara satu kesatu tempat mengambil masa yang
lama kerana berjalan kaki .Tidak ada jalanraya seperti sekarang yang dapat
digunakan bagi kenderaan saperti bas,motokar,motorsikal atau lain-lain. Yang
ada jalan kampong,melalui batas-batas sawah padi,lorong-lorong dalam
kampong .Menggunakan basikal pun amat rumit.Kebanyakan masyarakat tidak
mampu membeli basikal. Oleh itu perhubungan antara satu tempat kesatu
tempat lain ialah dengan berjalan kaki. Kadang kala terpaksa memikul atau
menjunjung barangan yang dibawa.Kalau banyak barangan dibawa terpaksa
diusung atau dikandar.
Kalau jauh berjalan terpaksalah banyak kali berhenti atau singgah untuk berihat.
Masa persinggahan itulah memerlukan wakaf tempat persinggahan. Biasanya
ditepi wakaf itu terdapat telaga iaitu pergi dan disediakan juga timba upeh
nibung bagi mengambil air dari perigi berkenaan untuk menuman melepas
dahaga ,mangambil wuduk,mandi atau lainnya.
Pada masa ini kebanyakan wakaf seperti ini telah menjadi tempat menunggu
bas atau teksi .Bahkan ada yang dibina oleh badan-badan atau syarikat swasta
untuk kemudahan orang ramai seperti itu sambil dapat berteduh daripada panas
matahari dan basah dek hujan. Wakaf-wakaf seperti itu juga dibina dengan baik
menggunakan batu- bata serta dipamir logo syarikat berkenaan pada dinding
bagunan tersebut.

Wakaf Sekolah-Sekolah
Pada masa ini banyak wakaf-wakaf didirikan di hadapan pintu besar berhampiran
jalan raya ke sekolah-sekolah dan juga pusat pengajian .Termasuklah di hadapan
pintu besar Akademi Islam Universiti Malaya Nilam Puri Kota Bharu.Begitu juga
di sekolah-sekolah seperti Maahad Muhammadi Laki-laki dan Perempuan Kota
Bharu dan Maktab Sultan Ismail Jalan Telipot Kota Bharu dan lain-lain lagi.
Wakaf-wakaf itu menjadi tempat pelajar-pelajar menunggu bas atau kenderaan
yang akan datang menjemput mereka setelah selesai pengajian pada setiap hari.
Wakaf-wakaf itu biasanya lebih besar dan panjang daripada wakaf biasa bagi
menampung pelajar-pelajar yang ramai mengguna pada satu-satu masa
terutama pelajar perempuan.

Wakaf Bendang
Pembinaan rumah wakaf berlaku juga dalam kawasan sawah atau bendang padi.
Masyakat Kelantan mengerjakan sawah padi kadang kala terdapat jauh daripada
rumah mereka. Mereka kesawah untuk membajak dengan mengguna kerbau
atau lembu. Setidak-tidaknya membajak diikuti pula dengan gerat iaitu
melumatkan tanah.Kemudian diikuti dengan menanam atau mencedung anak
semaian. Kadang-kadang masa menanam ini dilakukan secara bergotong royong
iaitu beramai-ramai dengan bergiliar-gilir.

Tanah-tanah sawah ini biasanya luas dan letaknya jauh daripada kawasan rumah
masing-masing.Lantaran itu mereka perlu tempat untuk berehat sekejap sambil
makan minum , menunaikan solat dan membasuh pakaian kerja dan kain
basahan. Diwakaf itu juga disimpan alat-alat pertanian yang digunakan semasa.
Biasanya wakaf dibina dipenjuru mana-mana tanah sawah dikawasan tersebut
yang dipilih oleh mereka dan kebanyakan ditentukan oleh ketua kampung.
Pembinaan wakaf wakaf ini biasanya dilakukan secara gotong-royong.

Wakaf Kampung
Wakaf jenis ini dibina didalam sesebuah kampong di pinggir jalan masuk ke
kampong berkanaan. Wakaf kampong ini berperanan lebih kepada tempat
berehat penduduknya sambil berbual-bual menghabiskan masa setelah selesai
kerja-kerja disawah atau pun diladang-ladang .Ada pula merupakn tempat
bermain dam (aji).Berbagai cerita akan timbul disini saperti; perbualan hal
disawah padi,cerita-cerita jenaka,teka teki dan berbagai lagi. Daripada keadaan
itu keluar kata-kata seperti;

Wakaf Pantai;
Wakaf jenis ini dibina ditepi pantai bagi kaum nelayan dan masyarakat setempat
berehat selepas mengharungi ombak dilaut kerana menangkap ikan sepanjang
hari.Ia juga menjadi ketandaan tempat atau kampong tertentu jika dilihat
daripada laut. Wakaf seperti itu juga menjadi tempat menunggu pemborong ikan
dan keluarga akan ketibaan nelayan balik daripada menangkap ikan dilaut
berkenaan. Tidak kurang pula menjadi tempat persinggahan musafir yang
melalui kawasan tersebut disamping menjadi tempat rehat penduduk setempat
dan pusat kawalan kampong diwaktu lapang terutama malam hari. Kepada
masyarakat setempat menjadi tempat tidur baring mereka sewaktu berehat
terutama jika tidak ke laut .Wakaf-wakaf pantai seperti ini banyak dibina
dimerata tempat dipantai-pantai dan kampung ,boleh dikatakan setiap penjuru
jalan dalam kawasan kampung dipantai seperti terdapat di Pantai Sabak,Kota
Bharu.

Wakaf Masjid;
Kebanyakan masjid yang dibina berhampiran lebuhraya atau pun jalan-jalanraya
yang besar menghubung perjalanan jarak jauh turut dibina wakaf dalam
kawasan atau laman masjid bagi berehat terutama wanita-wanita dan anak-anak
yang tidak dapat bersolat sambil menunggu suami atau saudara mara
menunaikan solat dimasjid. Yang nyata seperti Masjid Tua Kampung Laut di
Nilam Puri terletak ditepi lebuhraya selatan ke Kota Bharu dibina wakaf seperti
itu.

Pada masjid yang berhampiran dengan penjara terdapat wakaf-wakaf bagi


kegunaan berehat kaum keluarga yang menziarahi banduan dipenjara kemudian
menanti sanak saudara yang bersolat dimasjid seperti yang berlaku di Penjara
Pengkalan Chepa dan Masjid As- Salam Pengkalan Chepa.

Wakaf Pusat Pengajian


Dipusat-pusat pengajian pondok juga terdapat wakaf-wakaf yang dibina
dikawasan tersebut bagi tujuan mengingati tuan-tuan guru atau tokoh-tokoh
ulamak terkemuka yang mengasas pusat pengajian pondok berkenaan dan juga
ulamak setempat. Pondok-pondok ini juga merupakan tempat persinggahan ibu
bapa ,sanak saudara yang menghantar pelajar baru dan juga semasa meziarahi
anak-anak atau keluarga dipusat pengajian berkenaan.
Di kawasan Intitiut Pendidikan Guru ,Kampus Pengkalan Chepa,Kota Bharu
dulunya Maktab Perguruan Pengkalan Chepa terdapat wakaf-wakaf yang
didirikan bagi memberi kemudahan kepada pelajar-pelajar berehat selepas
menjalani kegiatan ko-kurikulum seperti pendidikan jasmi,permainan tenis dan
lain-lain dalam satu kompleks sukan yang luas. Bila selesai sesuatu sesi, pelajarpelajar berehat sekejap sebelum bertolak ke satu-satu lapangan disekitar bagi
menyambung kegiatan berikutnya.Wakaf-wakaf ini dibina dengan bentuk moden
iaitu daripada batu .

Wakaf Kubur;
Dalam masyarakat Melayu Kelantan pembinaan wakaf kubur adalah penting.
Wakaf ini berfungsi diwaktu kematian .Biasa ditanah perkuburan bahagian
hadapan didirikan dengan bangunan yang kekal yang menjadi tempat
berkumpul beramai-ramai berzikir dan bertahlil kepada kepada roh si mati.
Kadang kala diadakan majlis seperti itu seminggu sekali,berkala sempena hari
Raya Puasa,Raya Haji atau lain-lain hari besar dalam Islam. Wakaf tetap ini
biasanya dibinakan dengan keluasan lebih besar daripada pondok biasa bagi
menampung keramaian anak mukim yang datang pada sesatu masa. Seni reka
bentuk wakaf jenis ini berbeza antara satu tempat dengan tempat yang lain.
Perbezaan tersebut amat menarik bagi menunjukkan kekayaan senibina
masyarakat Melayu Kelantan.
Dalam kawasan perkuburan juga terdapat satu lagi jenis wakaf yang bersais kecil
,paling ringkas dengan membahagi komponan boleh dipindah dan dipasang pada
perkuburan jenazah yang baru dimakam . Pada biasanya setiap jenazah itu
diadakan majlis tunggu kubur selama tujuh hari.Pondok itu akandihuni
beberapa orang penunggu kubur membaca ayat-ayat Al-Quran selama masa
yang ditentukan itu . Sepanjang masa tersebut mereka menggunakan wakaf
yang boleh dipindah .Kemudian dipindah pula pada makam yang baru.

You might also like