Professional Documents
Culture Documents
KM 8 JALAN GOMBAK
53100 GOMBAK, KUALA LUMPUR
NO. TELEFON & FAX: 03 – 6189 6143
E-MEL: bbb7301@btpnsel.edu.my
KERTAS KERJA
HARI KARNIVAL MAHABBAH
SK (1) GOMBAK
2019
TARIKH:
12 OKTOBER 2019
(SABTU)
ANJURAN:
PERSATUAN IBU BAPA-GURU
UNIT HAL EHWAL MURID
BADAN KEBAJIKAN GURU & KAKITANGAN
ALUMNI SK (1) GOMBAK
1.0 PENGENALAN
Hari Karnival Mahabbah SK (1) Gombak dirancang atas inisiatif PIBG SK (1) Gombak. Karnival
ini diperkenalkan dengan objektif yang jelas bagi menyahut 11 anjakan yang di antaranya ialah
memaksimumkan kemenjadian murid bagi setiap ringgit yang dibelanjakan. Di samping itu, di
dalam anjakan yang ke 9 juga menyatakan, kerjasama pihak sekolah dengan ibu bapa,
masyarakat dan sektor swasta dikenali sebagai sarana. Justeru, karnival ini dijalankan untuk
mengumpul dana bagi tujuan kemudahan murid, guru dan prasarana. Oleh yang demikian,
dalam mencari dana untuk pihak sekolah, kerjasama PIBG, komuniti, agensi kerajaan dan
swasta dapat membantu pihak sekolah merealisasikan program ini.
2.0 MATLAMAT
Hari Karnival Mahabbah SK (1) Gombak ini adalah untuk menambah dana PIBG dan Badan
Kebajikan Guru & Kakitangan agar dapat memaksimumkan kemenjadian murid serta
menjalankan pelbagai aktiviti bagi peningkatan profesionalisme warga guru serta menambahkan
tabungan untuk kebajikan murid dan pembangunan prasarana agar lebih kondusif. Karnival ini
juga bertujuan untuk memberi peluang dan ruang kepada murid dan ibu bapa untuk turut serta
dalam semua aktiviti yang diadakan bagi membina pembangunan insaniah seiring dengan
pembangunan sahsiah.
3.0 OBJEKTIF
Hari Karnival Mahabbah SK (1) Gombak ini dilaksanakan bagi mencapai objektif-objektif berikut:
1. Menambah dana tabung PIBG dan Badan Kebajikan Guru & Kakitangan.
2. Memupuk semangat usahawan dalam kalangan murid di samping menjalankan aktiviti
amal bagi membantu pihak sekolah meningkatkan dana.
3. Mencari dana bagi meningkatkan profesionalisme guru dan staf SK (1) Gombak melalui
aktiviti latihan dalam perkhidmatan.
4. Mewujudkan kerjasama antara warga SK (1) Gombak, sekolah-sekolah berhampiran,
PIBG dan masyarakat setempat.
4.0 TARIKH DAN MASA
Hari Karnival Mahabbah ini dicadangkan untuk diadakan pada:
Tarikh: 12 Oktober 2019
Masa: 7.30 pagi – 3.00 petang
5.0 TEMPAT
Laman SK (1) Gombak
6.0 TEMA
7.0 ANJURAN
PENGERUSI
Shahrul Izam Bin Sulaiman (YDP PIBG)
TIMBALAN PENGERUSI
Shafit bin Ishak
(Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)
PENGARAH
Intan Diyana binti Md Kambali
TIMBALAN PENGARAH
Mohammad Anas Fitri bin Che Man
SETIAUSAHA
Khairatul Asmat binti Seman
BENDAHARI
Harun bin Halim
PENGURUS SIARAYA
Muhamad Azarudin bin Mohamud
PENGURUS JAMUAN
Norlina binti Ahmad (VIP)
Nor Aida binti Mustaffa
Tuan Hajjah Raha binti Raja Sulong (GURU)
BACAAN DOA
Ibrahim bin Mohd
PENGURUS MEMANAH
Muhamad Azarudin bin Mohamud (K)
Mohd Azaly bin Rosly (AJK PIBG)
PENGURUS DART
Ku Yati binti Ku Ibrahim (K)
Santhiya A/P Letchimanan
PENGURUS KEBERSIHAN
Semua Guru
Pekerja Pembersihan
PENGURUS KECEMASAN
Nur Fariza Azni binti Muhamed Said (AJK PIBG)