You are on page 1of 3

3/11/23, 5:26 PM Tapak Warisan Dunia - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

Tapak Warisan Dunia


(Dilencongkan dari Tapak Warisan Dunia UNESCO)

Tapak Warisan Dunia UNESCO adalah lain2 tempat-tempat khusus (seperti


hutan, gunung, tasik, padang pasir, monumen, bangunan, kompleks atau bandar)
yang dicalonkan dan juga, telah mendapat pengesahan untuk dimasukkan ke dalam
senarai yang dikendalikan oleh Program Warisan Dunia Antarabangsa UNESCO yang
ditadbir oleh Jawatankuasa Warisan Dunia UNESCO yang terdiri dari 21 kumpulan-
Piramid De la Luna di kumpulan kenegerian (negara) yang dipilih oleh Perhimpunan Am Kumpulan-
Teotihuacan Kumpulan Kenegerian bagi tempoh terhad [1]. (Sama seperti Majlis Keselamatan
PBB.)

Tujuan program
Program ini bertujuan mengkatalog, menyenarai, menama dan mengabadikan tapak-
tapak ulung warisan budaya atau warisan semula jadi penting demi warisan sejagat.
Tapak-tapak warisan boleh mendapat dana dari Dana Warisan Dunia di bawah
Tapak #86: Memphis syarat-syarat tertentu. Program ini ditubuhkan di bawah "Konvensyen Perlindungan
dan Necropolisnya,
Warisan Budaya dan Semula Jadi Dunia" yang dipersetujui oleh Persidangan Am
termasuk Piramid Giza
UNESCO pada 16 November 1972. Sejak itu, lebih 80 negara telah meratifikasi atau
di Mesir.
mengesahkan konvensyen tersebut.

Sehingga 2006, sejumlah 830 tapak telah disenaraikan sebagai Tapak Wariasan
Dunia yang terdiri daripada:

644 tapak bagi kebudayaan


162 tapak bagi kawasan semulajadi
24 tapak bagi ciri bercampur

Kaedah pemilihan
Tapak #114: Persepolis
di Shiraz (Iran).
Pencalonan

Kriteria

Tapak yang dicalonkan mesti mempunyai "nilai sejagat luar biasa" (outstanding
Tapak #404: Akropolis di
universal value) serta memenuhi sekurang-kurangnya satu daripada sepuluh kriteria
Athens, Yunani. utama di bawah:[2]

Kategori budaya

I. Melambangkan mahakarya yang mencerminkan daya kreatif dan kecerdasan manusia serta nilai yang
berpengaruh secara signifikan terhadap budaya

II. Menunjukkan keutamaan pada nilai-nilai kemanusiaan yang tidak berubah selama berkurun-kurun waktu
tertentu dalam hal seni bina, teknologi, seni monumental, tatakota atau reka bentuk muka bumi

https://ms.wikipedia.org/wiki/Tapak_Warisan_Dunia 1/3
3/11/23, 5:26 PM Tapak Warisan Dunia - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

III. Mengandung perincian atau bukti bahwa pernah ada ritual peradaban pada masa
lampau yang tersisa atau telah lenyap

IV. Wujudnya rasa kekaguman pada sebuah bangunan, seni bina atau teknologi yang
memiliki penggambaran tentang tahapan penting dalam sejarah peradaban manusia

V. Wujudnya rasa kekaguman pada sebuah tempat tinggal, tanah, atau perairan yang
dapat melambangkan budaya atau interaksi manusia dengan lingkungan, khususnya
yang masih terpelihara terhadap perubahan zaman yang signifikan

Tapak #292: Katedral


VI. Memiliki kaitan yang erat pada suatu peristiwa atau tradisi tertentu, dari sisi
Cologne di Jerman. pemikiran, kepercayaan, artistik dan sastra

Kategori alam

VII. Mengandungi fenomena alam luar biasa atau memiliki keindahan alam dan nilai
estetika langka

VIII. Wujudnya kepentingan yang melambangkan tahapan utama dalam sejarah


Bumi termasuk usia, perubahan geologis, perubahan tanah, simbol geomorfik atau
fisiografik yang khas
Tapak #307: Patung
Liberty, (Amerika IX. Wujudnya ciri utama yang memiliki peranan penting secara ekologi dan biologi
Syarikat). terhadap evolusi dan perkembangan pola tanah, air, terumbu karang dan ekosistem
bawah laut, serta kawasan ekosistem tumbuhan dan haiwan persekitaran

X. Mengandung habitat alami yang berperanan penting dalam pemuliharaan in-situ


untuk keragaman biologi, termasuk spesies yang diancam punah yang bernilai khas
dari sudut pandang sains dan konservasi[3]

Perangkaan
Tapak #447: Uluru,
(Australia). Kawasan
Zon Kebudayaan Campuran Jumlah
semulajadi
Afrika 42 32 4 78

Arab 61 4 1 66

Asia dan
kawasan 138 51 9 198
Pasifik
Eropah
Tapak #483: Chichen dan
377 58 10 445
Amerika
Itza di Yucatán,
Utara
(Mexico).
Amerika
Latin dan 86 35 3 124
Caribbean

Jumlah
704 180 27 911
besar

Rujukan
Site #540: Pusat
Sejarah St. Petersburg, 1. "About World Heritage" (http://whc.unesco.org/en/185/). World Heritage. Dicapai
(Rusia). pada 14 Oktober 2006.
2. "Criteria for Selection" (https://web.archive.org/web/20160612152223/http://whc.unes
co.org/en/criteria/). World Heritage. Diarkibkan daripada yang asal (http://whc.unesc
https://ms.wikipedia.org/wiki/Tapak_Warisan_Dunia 2/3
3/11/23, 5:26 PM Tapak Warisan Dunia - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

o.org/en/criteria/) pada 12 Jun 2016. Dicapai pada 14 Oktober 2006. Unknown


parameter |deadurl= ignored (bantuan)
3. Kriteria (http://whc.unesco.org/en/criteria/)

Pautan luar
Tapak #772: Sawah
Portal Tapak
Padi Berteres Banaue di Warisan Dunia
pergunungan dekat
Ifugao, (Filipina). UNESCO World Heritage Sites (http://whc.unesco.org) — Tapak rasmi
List of UNESCO World Heritage Sites (http://whc.unesco.org/en/list) — Tapak rasmi
Wikimedia Commons
mempunyai media
berkaitan Tapak Warisan
Dunia (https://common
s.wikimedia.org/wiki/Ca
tegory:World_Heritage_
Sites?uselang=ms)

Warisan Budaya Dunia


Pertama Quito,
(Ecuador).

Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Tapak_Warisan_Dunia&oldid=5726900"

https://ms.wikipedia.org/wiki/Tapak_Warisan_Dunia 3/3

You might also like