You are on page 1of 1

Forest Enactment 

Act (Application) Act 1985


Bagi mengelakkan bilangan populasi hidupan liar di negeri Perak semakin berkurangan dan pupus,
Pihak Berkuasa Negeri perlu menambah lagi keluasan hutan perlindungan yang ditubuhkan
dibawah Enakmen Akta Perhutanan Negara 1984 (Pemakaian) 1985 disamping mewartakan
kawasan-kawasan tertentu yang dikenal-pasti dibawah Enakmen Perbadanan Taman Negeri 2001.
Sebagai contoh juga, Pihak Berkuasa Negeri perlu mewartakan pengkelasan hutan mengikut
Seksyen 10(f), Enakmen Akta Perhutanan Negara 1984 (Pemakaian) 1985 iaitu sebagai hutan
perlindungan hidupan liar di Hutan Simpan Parit (HS Parit) dan sebahagian Hutan Simpan Kledang
Saiong (HS Kledang Saiong) kerana kedua-dua kawasan hutan simpan tersebut sahaja terdapat
habitat Siamang (Sympalangus syndactylus) di negeri Perak.
Bahkan habitat utama hidupan liar ini iaitu Hutan Simpan Piah dan Hutan Simpan Temenggor masih
lagi berada di bawah zon hutan pengeluaran (boleh dibalak). Oleh itu seharusnya ada langkah
proaktif daripada Jabatan Perhilitan dan Jabatan Perhutanan Negeri untuk menentukan semula
koridor hidupan liar ini dan mengkelaskan hutan simpan tersebut sebagai hutan perlindungan (Hutan
Hidupan Liar) di bawah Seksyen 10 (f) Akta Perhutanan Negara 1984

You might also like